Anda di halaman 1dari 16

1.

Pengenalan
Kemahiran bernilai tambah ialah kemahiran yang dapat digunakan dalam
setiap sesi pengajaran dan pembelajaran bagi membantu guru menjalankan aktiviti
yang lebih berkesan ke arah melahirkan modal insan yang cemerlang. Kemahiran
bernilai tambah ini merupakan inisiatif daripada Kementerian Pelajaran Malaysia
agar dapat mencapai hasrat Kementerian Pelajaran supaya kurikulum ini dapat
memenuhi aspirasi Negara.
Kemahiran bernilai tambah mengutamakan pengalaman yang diperoleh oleh
murid di bilik darjah lalu menggunakan kemahiran tersebut dalam situasi kehidupan
murid serta dapat mengaplikasikannya dalam dunia yang sebenar. Kemahiran
bernilai tambah dalam pengajaran Bahasa Melayu bertujuan memantapkan
kebolehan berbahasa dan meningkatkan perkembangan dan kebolehan pelajar dari
segi kognitif, afektif, emotif dan psikomotor pelajar.
Sehubungan itu, penyerapan kemahiran bernilai tambah mengambil kira
aspek kesesuaian objektif dan hasil pembelajaran. Selain itu, bahan dan teknik untuk
pengajaran kemahiran bernilai tambah perlu diambil kira supaya proses pengajaran
difahami oleh murid. Penyerapan kemahiran bernilai tambah dalam pengajaran
dapat menjadikan ilmu yang dipelajari oleh murid dalam kelas lebih bermakna dan
relevan dengan tuntutan kehidupan mereka pada masa hadapan.

2.0

Kemahiran Bernilai Tambah


Kemahiran bernilai tambah merupakan kemahiran umum yang diaplikasikan

merentas semua domain mata pelajaran di sekolah rendah dan menengah. Konsep dan
prinsip kemahiran bernilai tambah yang digariskan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia
sejajar dengan kemahiran generik. Kemahiran bernilai tambah merupakan kemahiran yang

diperoleh melalui aplikasi kemahiran generik dan pendekatan, teknik serta kaedah tertentu
dalam pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah.
Dalam literatur pendidikan, istilah kemahiran generik sering diutarakan dengan
pengertian yang arbitrari. Gagne mentakrifkan kemahiran generik sebagai strategi kognitif.
Sarjana kognitif pula merujukannya sebagai ilmu bebas domain (domain- independent
knowledge) Stasz et. Al, 1990: Bikson dan Law, 1995; Bikson, 1994 mentakrifkan kemahiran
generik sebagai suatu literatur pendidikan umum tentang keupayaan kognitif seperti belajar
cara belajar, menganalisis dan menyelesaikan masalah, inovasi dan komunikasi.
Menurut Attewell (1994) : pengguna/ pekerja yang memiliki kemahiran generik dapat
mempelajari aplikasi baru yang disampaikan kepadanya dengan mudah. Dalam hal ini,
kemahirangenerik dilihat sebagai sangat penting namun masih kurang diberi penekanan. Di
Institut pengajian tinggi dan maktab- maktab perguruan menjadikan kemahiran generik
sebahagian daripada kurikulum pengajian. Latihan Guru Sekolah Bestari yang ditawarkan di
Malaysia memberikan peningkatan kemahiran generik yang meliputi kemahiran berfikir
secara kritis dan kreatif, kemahiran belajar, kemahiran mentafsir dan menilai, dan kemahiran
fasilitator. Meskipun aplikasi kemahiran generik semakindiberikan penekanan, namun
terdapat variasi tentang subkemahiran yang terangkum dalam kemahiran generik.
Selain itu, terdapat pelbagai perspektif kemahiran generik, para sarjana bersetuju
bahawa jenis kemahiran generik yang utama ialah kemahiran berfikir(penyelesaian
masalah),strategi pembelajaran (mencipta) mnemonik untuk mengingat dan kemahiran
metakognitif. Para sarjana, penggubal kurikulum dan pelaksana pendidikan bersetuju
tentang kepentingan kemahiran generik serta tuntutan untuk melengkapkan individu pelajar
dengan kemahiran tersebut.
Terdapat tujuh komponen dalam kemahiran bernilai tambah iaitu kemahiran berfikir,
kemahiran belajar cara belajar, kemahiran teknologi dan maklumat dan komunikasi, kajian
masa depan, kecerdasan pelbagai, pembelajaran konstruktivisme dan pembelajaran
kontekstual. Bagi tiga kemahiran pertama di atas, terkandung pecahan kemahiran generik
yang lebih khusus seperti kemahiran menganalisis, kemahiran merujuk bahan atau
menyusun data dan fail dalam komputer. Kajian masa depan, kecerdasan pelbagai,
pembelajaran kontekstual merupakan pendekatan pembelajaran yang menjadi medium
untuk memperkukuhkan kemahiran generik di samping mencetuskan kemahiran tambahan
yang relevan dengan kehidupan harian. Aplikasi pendekatan- pendekatan tersebut
menyediakan wadah mencetuskan kemahiran berinteraksi, meningkatkan kemahiran
interpersonal serta kebolehan bekerja dalam pasukan. Kemahiran bernilai tambah dalam

kurikulum semakan mengutamakan pengalaman di bilik darjah sesuai dengan situasi


kehidupan dunia sebenar murid serta senario dunia sebenar.

2.0

Komponen Kemahiran Bernilai Tambah

Kemahiran berfikir
Kemahiran
pembelajaran
konstruktivisme

Kemahiran Teknologi
maklumat dan
komunikasi

Kemahiran bernilai
tambah
Kemahiran
pembelajaran
kontekstual

Kemahiran belajar
cara belajar

Kemahiran
kecerdasan pelbagai

2.1

Kemahiran kajian
masa depan

Kemahiran berfikir
Berfikir ialah sesuatu aktiviti yang sangat penting dalam kehidupan
manusia. Alat berfikir manusia ialah akal atau minda dan inilah yang
membezakan manusia dengan haiwan bukanya otak seperti yang disebut
sarjana barat. Pusat Perkembangan Kurikulum (2002) yang merumuskan

pendapat Mayer (1977 dan 1991) dan Fraenkel (1980) merumuskan


Kemahiran Berfikir sebagai proses menggunakan minda sama ada untuk
mencari makna dan pemahaman terhadap sesuatu, membuat pertimbangan
dan keputusan atau menyelesaikan masalah.
Kualiti dan kuantiti akal adalah berbeza antara seorang individu
dengan individu yang lain. Proses berfikir juga melibatkan satu set
pertanyaan yang dimulai dengan perasaan ingin tahu. Jawapan diperlukan
apabila adanya pertanyaan. Pergerakkan minda secara aktif yakni melibatkan
proses mencari dan menilai kerana tidak semua maklumat yang diperolehi itu
sesuai dengan jawapan yang diperlukan.
Kepentingan berfikir yang menggunakan akal dalam kehidupan
manusia memang tidak boleh dinafikan lagi. Terdapat beberapa kemahiran
berfikir yang boleh dijalankan dalam pengajaran dan pembelajaran iaitu
kemahiran berfikir kreatif, kemahiran berfikir kritis dan kemahiran berfikir
menaakul. Kemahiran berfikir secara kreatif akan membolehkan murid untuk
menjana idea, membuat inferens, menghubungkait, meramal, membuat
hipotesis, mensintesis, mengitlak, menganalogi, membuat gambaran mental
dan reka cipta. Kesemua elemen yang terdapat kemahiran berfikir kreatif
akan

merangsang

pembelajaran.Dari

pemikiran
segi

murid

menjana

ketika

idea,

dalam

murid

pengajaran

dapat

dilatih

dan
untuk

mengemukakan idea, mencadangkan alternative, mencadangkan sebab,


menghasilkan atau mencetuskan idea baharu dan sebagainya. Dengan
membuat inferens pula, murid diajar dan dibimbing untuk membuat
kesimpulan,

membuat

tanggapan

dan

penyataan

awal

berdasarkan

pemerhatian. Di sini kita dapat lihat bahawa murid diberi peluang untuk
berfikir sebelum menyatakan atau meluahkan pandangan tentang sesuatu
yang diajar. Menghubungkait pula menguji murid dalam menerangkan sebab
dan akibat, menyatakan perkaitan, membuat perhubungan dan sebagainya.
Dari segi meramal pula, murid sememangnya diasah untuk berfikir sama ada
ramalan yang dilakukan itu betul atau tidak. Membuat hipotesis ialah
menyatakan cadangan yang perlu dikaji kesahihanya, membuat andaian
yang perlu dibuktikan kesahihannya. Mensintesis pula ialah mengabungkan
idea, menggubalkan pola, ,membuat generalisasi, membuat rumusan
daripada keseluruhan idea. Seterusnya mengitlak pula ialah membuat
penyataan umum berdasarkan pola, membuat generalisasi, membuat
rumusan umum daripada keseluruhan idea. Kemudiaan, menganalogi pula
ialah memetaforakan, membuat sindiran, membuat kiasan, membandingkan

sesuatu yang ada ciri- cirri persamaan dan sebagainya. Akhir sekali ialah
reka cipta yang menuntut agar murid dapat menghasilkan gubahan asli,
membuat rekaan bentuk, mencipta sesuatu, membuat pengubahsuaian,
menghasilkan idea kreatif dan sebagainya.
Kemahiran berfikir kritis pula ialah membuat analisis, membuat
penilaina, membuat sintesis, membuat kritikan dan menilai kemunasabahan
sesuatu idea. Dalam proses membuat penilaian itu akan melibatkan
penyesuaian beberapa aspek atau elemen. Mengkritik karya kesusasteraan
akan melibatkan penggunaan teori kajian sastera sebagai kayu pengukurnya.
Beberapa

aktiviti

yang

melibatkan

pemikiran

ini

ialah

mencirikan,

membandingbezakan, mengumpul dan mengkelaskan, membuat urutan,


menganalisis, menilai dan membuat kesimpulan.
Kemahiran berfikir menaakul pula ialah membuat penimbangan
secara logik dan rasional terhadap beberapa contoh sebelum membuat
kesimpulan. Terdapat penaakulan secara induktif dan penaakulan deduktif
dan kemudian memberi beberapa contoh untuk membuktikan kebenaran
rumusan tersebut. Antara aktiviti yang melibatkan penaakulan ialah hipotesis
dan pengumpulan. Seterusnya ialah strategi berfikir atau disebut kemahiran
berfikir kreatif dan kritis. Gabungan pemikiranitu bertujuan untuk membuat
konsepsi, keputusan dan menyelesaikan masalah.
2.2

Kemahiran Teknologi Maklumat Dan Komunikasi


Kemahiran Teknologi Maklumat dan

Komunikasi

bermaksud

kebolehan, keupayaan menggunakan alat- alat ICT dalam pengajaran dan


pembelajaran secara terancang, sesuai dan berkesan. Kemahiran Teknologi
Maklumat Dan Komunikasi perlu diajarkan kepada murid supaya mereka
boleh menggunakan komputer untuk tujuan komunikasi seperti menghantar
dan

menerima

e-

mel,

menggunakan

aplikasi

perisian

dalam

menyempurnakan tugasan harian dan memperolehi maklumat melalui


internet. Kemahiran generik ini adalah berasaskan empat bentuk penggunaan
Teknologi Maklumat Dan Teknologi dalam pengajaran dan pembelajaran iaitu
pembelajaran tutorial. Pembelajaran secara tutorial menggunakan computer
dan perisian pendidikan sama ada dalam CD- ROM, cakera keras atau laman
web, membolehkan kandungan pelajaran disampaikan dalam urutan yang
ditetapkan dan dikawal oleh sistem. Pembangun perisian kini mereka bentuk
perisian

pendidikan

bercirikan

sistem

tutorial

pintar

dan

berupaya

menyesuaikan maklumat mengikut tahap keupayaan murid. Selain itu TMK


untuk tujuan penerokaan. Penggunaan TMKn secara penerokaan yang

berasaskan pendekatan konstruktivisme ini membolehkan murid membuat


inkuiri penemuan dan mengakses maklumat daripada CD- ROM, internet dan
portel

maklumat,

mengkaji

sesuatu

fenomena

secara

simulasi

dan

demonstrasi dengan langkah menggunakan perisian untuk membuat tugasan


dan menggunakan perisian aplikasi umum seperti atau prosesnya dikawal
oleh murid sendiri. Di samping itu, TMK sebagai alat aplikasi. Murid berupaya
memproses kata, hamparan elektronik, perisian untuk mereka bentuk serta
alat aplikasi lain seperti penyemak ejaan. TMK juga adalah sebagai alat
pemudah

komunikasi.

Kaedah

ini

membolehkan

murid

menghantar,

menerima dan berkongsi maklumat dengan guru atau murid lain menerusi
perkembangan terkini. Komunikasi dilakukan dalam pelbagai mod termasuk
2.3

teks, grafik, audio, video atau kombinasi.


Kemahiran Belajar Cara Belajar
Belajar cara belajar ialah satu proses teknik sama ada belajar
bersama guru mahupun belajar tanpa bersama guru. Menurut Sherina yang
dipetik oleh Abdul Hamid Mahmood(2007) pula berpendapat belajar cara
belajar merupakan kaedah belajar atau menelaah pelajaran yang boleh
berlaku dalam kelas bersama guru ataupun secara berseorangan membaca
buku di perpustakaan. Kemahiran belajar cara belajar diajarkan kepada murid
supaya mereka peka terhadap teknik pembelajaran yang berkesan.
Kemahiran belajar perlu dikuasai ialah menentukan bahan yang optimum,
pemerolehan maklumat dan memproses maklumat. Penguasaan kemahiran
ini membolehkan murid meningkatkan pengetahuan, kecekapan, kemahiran
bertindak untuk menghadapi dunia yang semakin mencabar dan sering
berubah. Antara aspek kemahiran belajar cara belajar ialah kemahiran
mendengar iaitu mendengar secar aktif dan intensif, kemahiran merujuk
termasuk

kemahiran

perpustakaan,

kemahiran

membaca,

kemahiran

mencatat dan menulis pantas, kemahiran menghasilkan laporan, kemahiran


mengorganisasian termasuk membina peta konsep, struktur senarai, jadual,
carat alir dan hierarki, pengurusan masa dan gaya pembelajaran termasuk
penetapan matlamat diri, rancangan pembelajaran, pengawalan tingkah laku
belajar

dan

senarai

semak,

persediaan

menghadapi

peperiksaan,

peperiksaan, teknik menjawab soalan pelbagai pilihan dan soalan esei,


strategi belajar termasuk kaedah mengingat jangka panjang dan akhir sekali
ialah strategi belajar dalam kumpulan.
2.4

Kemahiran kajian Masa Depan.

Kemahiran kajian masa depan ialah satu cara menyusun pemikiran


atau cara kita mengkonsepsikan kehidupan. Kemahiran kajian masa
depan diperkenalkan agar generasi baharu bersedia menghadapi
cabaran dan perubahan. Ini adalah kerana

masa depan manusia

pasti berubah, penuh dengan cabarn, dan dugaan yang tidak sama
dengan masa sekarang. Selain itu, kajian masa depan ialah satu
pendekatan pembelajaran untuk mendidik murid agar lebih prihatin
terhadap sesuatu isu atau permasalahan yang berlaku pada masa
lampau(membuat ramalan), masa kini(menjangka akibat) dan masa
depan(mengendalikan

perubahan).

Ini

bermakna

murid

dapat

membuat ramalan, menjangka akibat serta mengendalikan perubahan


supaya murid mendapat manfaat yang maksimum.
2.5

Kemahiran Kecerdasan Pelbagai


Kecerdasan
pelbagai

merujuk

kepada

kebolehan

murid

menyelesaikan masalah yang dihadapi dalam kehidupan sebenar.


Setiap individu memiliki kebolehan dan kecerdasan yang berbeza.
Kecerdasan pelbagai ini merangkumi kecerdasan verbal- linguistik,
logik- matematik, muzik, kinestetik, visual ruang, interpersonal,
intrapersonal dan naturalis. Oleh itu, guru perlu mengembangkan
potensi kecerdasan murid dengan menyediakan gaya pembelajaran
yang sesuai dengan minat dan kecederungan mereka kerana setiap
2.6

individu mempunyai kecerdasan dan kebolehan yang berbeza.


Kemahiran Pembelajaran Kontekstual
Pembelajaran kontekstual merupakan satu kaedah pembelajaran
yang mengabungkan atau menghubungkaitkan isi pelajaran dengan
pengalaman harian individu, masyarakat dan persekitaran, dan alam
pekerjaan. Pembelajaran kontekstual disampaikan dalam persekitaran
yang pelbagai secara konkrit yang melibatkan latihan amal adab
berfikir. Pembelajaran berlaku apabila murid- murid berupaya
menghubungkaitkan pengetahuan dan pengalaman baru secara
bermakna

dan

menghayati

kerelevanan

pembelajaran

dengan

kehidupan mereka. Antara prinsip pembelajaran kontekstual ialah


kanduangan pelajaran yang disampaikan dalam persekitaran yang
pelbagai, berpusatkan murid, menekankan pembelajaran secara
konkrit, berasaskan kecekapan dengan melibatkan latih amal,
menekankan interaksi, pembelajaran koperatif dan akses kepada
2.7

maklumat.
Kemahiran Pembelajaran Konstruktivisme

Konstruktivisme ialah satu pendekatan pengajaran berdasarkan


penyelidikan dengan membina pengetahuan baharu atau konsep
baharu secra aktif. Pembelajaran konstruktivisme dalam pembelajaran
dapat melahirkan pelajar yang boleh membina pemahaman dan
pengetahuan

baru

pengetahuan

dan

mereka

sendiri

pengalaman

secara

sedia

ada.

aktif

berdasarkan

Pembelajaran

ini

menjadikan murid lebih faham, yakin dan lebih seronok untuk terus
belajar sepanjang hayat. Konstruktivisme menekankan pemikiran
kritis, penyelesaian masalah, pengalaman pembelajaran yang autentik
serta pembinaan pengalaman melalui interaksi sosial. Pembelajaran
konstruktivisme berasaskan format 5E iaitu Engage(menghubungkait),
Explore(meneroka), Explain(menerangkan), Elaborate(menghuraikan)
dan Evaluate(menilai).

3.0

Analisis Rancangan Pengajaran Harian


Rancangan pengajaran harian yang dianalisis ialah berfokuskan
kepada mata pelajaran Bahasa Melayu Tahun 2. Bilangan murid yang terlibat
ialah 36 orang. Masa yang diperuntukkan adalah selama 1 jam. Tema yang
akan disentuh adalah berkaitan dengan kekeluargaan yang bertajuk Kasih
Ibu. Untuk memastikan PdP berjalan dengan lancar, guru telah merancang
Rancangan Pengajaran Harian mengikut langkah demi langkah.
Merujuk kepada Rancangan Pengajaran Harian yang dianalisis, guru
memulakan pengajaran dengan set induksi. Dalam set induksi, guru telah
menggunakan
Maklumat.

kemahiran

Kemahiran

bernilai

teknologi

tambah
yang

iaitu

kemahiran

diaplikasikan

ialah

Teknologi
dengan

menggunakan LCD, klip video dan skrin bagi menjalankan pengajaran di


dalam bilik darjah. Dalam set induksi ini, guru memulakan pengajaran dengan
menayangkan klip video yang bertajuk Ibu. Di samping itu, komponen
kecerdasan pelbagai iaitu kecerdasan visual- ruang juga dapat dilihat di sini
apabila guru menayangkan klip video yang mengandungi aktiviti yang selalu
dilakukan oleh ibu seperti ibu yang menjaga anak, ibu menyusui anak/
menyuapkan anak, ibu mambantu anak bersiap diri untuk ke sekolah, ibu
menjahit baju dan ibu yang sedang menorah getah. Selain itu, komponen
dalam kemahiran bernilai tambah iaitu kemahiran berfikir juga digunakan oleh
guru dalam set induksi ini. Guru menanyakan beberapa soalan dan meminta
murid untuk menyatakan individu yang terdapat dalam klip video. Seterusnya
perkara yang dilakukan oleh individu tersebut . Kemahiran belajar cara
belajar yakni mendengar dengan aktif juga digunakan oleh guru. Murid perlu
mendengar dan melihat segala paparan atau kejadian pada klip video agar
dapat mengenalpasti perkara atau situasi yang terjadi dalam video tersebut.
Dengan mendengar secara aktif, murid dapat menerima dan mempelajari
segala yang diajarkan dengan lebih cepat dan sempurna. Di samping itu,
guru mengaplikasi kemahiran kecerdasan pelbagai iaitu kecerdasan verballinguistik dengan meminta murid menceritakan tentang nama, umur,bentuk
badan, pekerjaan dan lain- lain berkaitan dengan klip video. Semasa
menceritakan tentang semua perkara tersebut, pengguaan intonasi dan nada
haruslah betul. Pemilihan teknik kecerdasan verbal linguistik amat sesuai
diselitkan dalam pengajaran dan pembelajaran ini kerana ia dapat
meningkatkan cara komunikasi murid serta kebolehan berbahasa setiap
murid.

Kecerdasan

interpersonal

juga

diterapkan

oleh

guru

bagi

menyempurnakan pengajaran dan pembelajaranya di mana apabila murid


diminta bercerita tentang ibunya dalam kelas dengan gaya yang menarik
penyampaian yang berkesan. Maka, murid yang lain juga akan berasa tertarik
dan teringin untuk menceritakan tentang ibu mereka. Secara tidak langsung,
wujud suasana pembelajaran yang aktif dan ceria di samping murid berusaha
untuk mengeluarkan idea dan berminat menceritakan tentang ibu masingmasing. Dalam set induksi ini, guru juga menerapkan nilai murni iaitu nilai
kasih saying dan nilai hormat menghormati. Penerapan nilai murni adalah
amat bersesuaian dengan tema yang ingin disampaikan iaitu kekeluargaan.
Merujuk kepada Rancangan Pengajaran harian yang dianalisis,
langkah 1 yang dirancang adalah selama 5 hingga 7 minit. Pada
permulaanya, guru menggunakan kemahiran teknologi maklumat iaitu bagi

memperdengarkan lagu Ibu kepada murid- murid bersama dengan seni kata
lagu berkenaan. Di samping berhibur dengan lagu, guru juga telah
menyenaraikan beberapa kosa kata daripada lirik lagu berkenaan. Di sini
saya berpendapat guru seharusnya menerapkan kemahiran belajar cara
belajar iaitu kemahiran membaca bagi membaca lirik lagu sebelum
menyanyikanya. Kemahiran membaca yang boleh digunakan adalah
skimming. Menerusi pembacaan secara skimming, barulah murid dapat
menyebut perkataan yang dipelajari dengan betul. Kemudian, barulah guru
menjelaskan kosa kata tersebut. Kad imbasan suku kata juga digunakan oleh
guru. Ini adalah amat sesuai bagi menarik minat murid untuk mengikuti
pembelajaran. Sekiranya guru asyik menggunakan LCD untuk melakukan
Pengajaran dan Pembelajaran, maka murid tidak berpeluang menyentuh atau
memegang bahan bantu mengajar yang digunakan. Berlainan pula sekiranya
adanya kad imbasan yang terdiri daripada bentuk yang kreatif dan berwarnawarni, murid dapat memegang dan menunjuk kosa kata sambil mengeja.
Selain itu, selepas pangajaran dan pembelajaran , kad imbasan tersebut
boleh dilekatkan atau digantung pada papan kenyataan bagi membolehkan
murid membacanya ketika ketiadaan guru. Teknik penerangan dan penyoalan
juga digunakan oleh guru dalam menerangkan maksud seni kata dan maksud
ayat majmuk. Kedua- dua teknik amatlah sesuai agar murid dapat memahami
dan mencapai objektif pembelajaran. Penyoalan yang berkesan harus
digunakan oleh guru agar murid dapat mengikuti pembelajaran standing
dengan tahap mereka. Dalam langkah 1 ini dapat dilihat bahawa guru
menggunakan teknik penyoalan yang bersesuaian

berdasarkan tayangan

video. Dalam aktiviti langkah 1 ini, guru menyelitkan kemahiran belajar cara
belajar iaitu kemahiran mendengar, participating dan mengambil nota. Di sini,
guru menyarankan agar murid membuat catatan ringkas sepanjang aktiviti ini.
Dalam aktiviti ini, saya berpendapat bahawa guru berusaha meningkatkan
tahap pemikiran murid. Walauoun murid diajar adalah tahun 2, namun guru
bersikap positif dan bertindak berani untuk menyuruh murid mencatat nota
ringkas. Walaupun agak mustahil bagi murid tahun 2 untuk mencatat nota
ringkas terutama bagi murid luar bandar. Akan tetapi, bagi murid di bandar
tidak mustahil murid dapat mencatat nota sepertimana yang diinginkan oleh
gur. Tindakan guru ini seharusnya dipuji dan diikuti kerana targetnya bukan
sahaja untuk mencapai objektif pengajaran dan pembelajaran, malah beliau
meletakkan dan mengharapkan sesuatu yang lebih untuk dicapai oleh
muridnya.

Berdasarkan

rancangan

pengajaran

dan

pembelajaran

yang

dianalisis, dalam langkah 2 adalah lebih berfokuskan kepada kemahiran


bertutur. Masa yang diperuntukkan ialah antara 15 hingga 20 minit. Dalam
aktiviti ini, guru menggunakan kemahiran belajar cara belajar iaitu kemahiran
mengingat. Menerusi kemahiran mengingat, murid diminta membuat
persembahan cerita secara lisan dengan intonasi dan nada yang betul.
Dalam aktiviti ini, murid diminta untuk bercerita tentang Kasih Ibu
berdasarkan seni kata lagu dengan sebutan yang jelas dan intonasi yang
betul menggunakan ayat majmuk keterangan dan ayat majmuk pancangan
relatif. Kemahiran mengingat yang digunakan adlah sesuai bagi memastikan
kelancaran sebutan agar tidak tersekat- sekat. Sebaliknya sebutan haruslah
jelas dengan suara yang lantang. Ini dapat menguji daya ingatan murid serta
kemahiran murid dalam bertutur di khalayak ramai. Kemahiranberfikir iaitu
menghubungkait dan menjana pelbagai kemungkinan juga digunakan guru
dalam langkah 2 ini. Di sini, murid diminta untuk menggunakan kosa kata
yang terdapat dalam seni kata lagu Ibu dalam ayat cerita masing- masing.
Sekiranya

murid

dapat

menghubungkaitkan

kosa

kata

dengan

menggunakannya dalam pembinaan ayat, maknanya murid dapat memahami


kosa kata yang dipelajarinya. Kemahiran kecerdasan pelbagai iaitu
kecerdasan verbal linguistik juga digunakan oleh gur. Murid diminta berceriat
dan membaca ayat majmuk dengan menggunakan kata- kata secara santun
dan melafazkannya dengan nada dan intonasi yang betul. Di samping itu,
pemilihan perkataan yang tepat bagi mengambarkan idea juga harus
dititikberatkan oleh guru dalam melaksanakan aktiviti ini. Di akhir langkah 2
ini, guru menggunakan kemahiran pembelajaran konstruktivisme iaitu analisis
berkaitan dengan rutin harian ibu mereka sama ada sama ataupun tidak.
Teknik latih tubi yang digunakan oleh guru juga amat sesuai bagi
meningkatkan kefahaman murid. Latihan latih tubi seperti melengkapkan
ayat, mengisi tempat kosong, mencari kesalahan ejaan dalam ayat juga
dapat dilakukan oleh guru.
Langkah 3 pula ialah aktiviti pengukuhan yang mengambil masa 5
minit. Dalam langkah 3 ini, kemahiran berfikir iaitu merumus digunakan oleh
guru tersebut. Pada mulanya, guru membaca 2 petikan pendek iaitu petikan
1(Upah Bantu Ibu) dan petikan 2(Peristiwa Yang Memilukan). Kemudian
murid diminta untuk menceritakan tentang peristiwa berlaku berdasarkan
cerita yang disampaikan oleh guru. Ketika bercerita, murid secara tidak
langsung telah menggunakan kemahiran kecerdasan pelbagai iaitu merumus

bagi menyatakan maklumat yang terdapat dalam petikan yang dibaca oleh
guru. Melalui rumusan yang dilakukan, murid perlulah menggunakan bahasa,
ayat dan intonasi yang betul. Ini secara tidak langsung telah menggunakan
kemahiran kecerdasan pelbagai iaitu verbal linguistik dalam menyampaikan
rumusan yang difikirkan. Namun, pada pendapat saya dalam langkah 3 masa
yang diperuntukkan tidak mencukupi. Di samping itu, guru meminta murid
untuk merumus petikan yang telah dibacakan merupakan aras yang sukar
bagi murid tahun 2 dan tidak semua murid dalam kelas tersebut dapat
mendengar dengan aktif yakni mendengar dan memahami petikan yang
dibaca oleh guru. Ini akan menyukarkan murid yang lemah untuk mengikuti
aktiviti ini. Pada pendapat saya, guru mungkin boleh menggunakan satu
petikan sahaja . Selepas membaca petikan pendek tersebut, murid boelhlah
diminta untuk merumus dan menyatakan isi petikan tersebut. Ini bukan
sahaja murid berfokus pada satu petikan sahaja malah dapat memastikan
murid dari pelbagai tahap dalam kelas tersebut dapat mengikuti aktiviti
pengukuhan ini. Nilai murni iaitu yakin dan berani juga diterapkan oleh guru.
Penerapan nilai murni ini dapat dilihat ketika penyampaian rumusan oleh
murid, di mana murid dilatih untuk bertindak berani dan yakin dengan apa
yang diperkatakan di hadapan khalayak ramai.
Merujuk kepada Rancangan Pengajaran Harian yang dianalisis,
aktiviti pengayaan menyarankan murid agar mencapai kemahiran mendengar
dan bertutur. Dalam aktiviti pengayaan, murid- murid kumpulan A dan
kumpulan B diminta untuk menceritakan tentang peristiwa berkaitan dengan
Kasih Ibu kepada kawan- kawan dengan menggunakan ayat majmuk. Dalam
aktiviti ini, kemahiran berfikir secara kreatif iaitu menjana idea digunakan oleh
guru dalam memberi peluang kepada murid untuk menerangkan tentang
peristiwa Kasih Ibu kepada kawan- kawan. Murid- murid dilatih untuk
menyampaikan peristiwa tentang Kasih Ibu dengan menggunakan ayat
majmuk. Di sini, murid dirangsang untuk berfikir secara kreatif bagi
membentuk ayat majmuk . Selain itu, kemahiran kecerdasan pelbagai juga
dapat dilihat dari segi verbal linguistic. Guru sudah tentu berharap agar murid
dapat menyampaikan peristiwa Kasih Ibu dengan menggunakan bahasa dan
intonasi yang betul Kecerdasab kenestetik juga dapat dilihat menerusi aktiviti
ini, di mana murid menyampaikan rumusan dengan menggunakan anggota
badan, ekspresi badan untuk menyatakan idea. Bagi kumpulan C pula, murid
akan dibimbing oleh guru untuk bercerita tentang ibu masing- masing.
Walaupun hasil penceritaan murid tidaklah sehebat dan selengkao Kumpulan

A dan kumpulan B, namun guru masih memikirakn inisiatif lain bagi


mempertingkatkan kebolehan murid kumpulan C dengan membimbing
mereka bercerita tantang ibu mereka. Maknanya di sini, murid diberi peluang
untuk bercerita walaupun agak kurang dari segi pembinaan ayat. Dalam
masa yang sama, guru bolehlah memperbetulkan kesalahan murid dari segi
ayat dan sebutan . Ini sedikit sebanyak membantu meningkatkan kemahiran
murid kumpulan C dalam bertutur .
Langkah terakhir dalam Rancangan Pengajaran Harian yang
dianalisis ialah penutup. Kemahiran bernilai tambah yang digunakan ialah
kemahiran teknologi dan maklumat yang boleh dilihat pada bahan bantu
mengajar yang berupa LCD dan skrin. Pelaksanaan penutup dilakukan
secara santai oleh guru. Di akhir pembelajaran, guru meminta murid
menyanyikan semula lagu dengan iringan muzik. Di samping itu, murid juga
dirangsang untuk merumus isi pembelajaran. Akhir sekali, guru member
pujian atas sikap murid. Sebagai kerja rumah pula, elemen merentas
kurikulum iaitu teknologi maklumat, kreativiti dan inovasi diterapkan apabila
murid diminta untuk mencipta satu kad ucapan Selamat Hari Ibu dengan
menggunakan komputer dan e- melkan kepada ibu masing- masing.
Kemahiran teknologi maklumat iaitu tutorial dapat dilihat dalam kerja rumah
yang diberikan di mana murid diminta mengemelkan kad ucapan kepada ibu
masing- masing. Pada pendapat saya, menghantar kad ucapan melalui emel adalah kurang sesuai dijalankan ke atas murid tahun 2. Ini adalah kerana
dalam pengajaran dan pembelajaran, guru tidak mengajar murid untuk
mengakses maklumat dan mengahntar e- mel melalui komputer. Selain itu,
tidak semua murid mampu atau mengetahui cara menghantar e- mel dengan
betul. Kemungkinan ibu mereka juga tiada akaun e- meld an ini menyukarkan
mereka untuk menyiapkan dan menyempurnakan kerja rumah mereka.
Kesimpulannya, perancangan Rancangan Pengajaran Harian ini
lengkap. Namun terdapat beberapa kelemahan yang perlu dibaiki. Antaranya
ialah kemahiran bernilai tambah yang digunakan haruslah ditulis dengan jelas
dan menepati tahap yang sedia ada pada murid.

4.0

Kesimpulan
Kemahiran bernilai tambah alaf baru bagi mengutamakan pengalaman di bilik
darjah sesuai dengan situasi dunia sebenar serta scenario dunia yang global.
Sehubungan itu, kurikulum Bahasa Melayu menyepadukan kemahiran lain
agar dapat memenuhi keperluan semasa pengajaran dan pembelajaran.
Kemahiran bernilai tambah merupakan suntikan baru kepada elemen
pengisian kurikulum, selain mengekalkan elemen pengisian kurikulum sedia
ada seperti penyerapan nilai murni, ilmu kewarganegaraan dan patriotism
serta peraturan budaya dan sosial.
Kemahiran bernilai tambah juga diterapkan secara eksplisit dalam
kurikulum semakan memperlihatkan komitmen Kementerian Pelajaran
Malaysia kea rah melahirkan pendidikan yang berkualiti. Di samping itu,
Kemahiran bernilai tambah perlu ddiintegrasikan dengan kandungan isi
pelajaran sesuatu subjek. Oleh itu, guru harus mengenalpasti terlebih dahulu
kandungan mata pelajaran untuk disisipkan dan mengajarkan kemahiran
bernilai tambah tertentu. Kepentingan pengajaran bernilai tambah ialah ia
merupakan salah satu cara untuk memenuhi konsep pembelajaran seumur
hidup dan menempuh cabaran abad ke-21. Dengan adanya kemahiran
berniali tambanh seperti kemahiran kajian masa depan, pelajar dapat
bersedia menghadapi segala masalah dan cabaran pada masa depan. Hal ini
kerana kaedah kajian masa depan merupakan satu pendekatan pengajaran
yang mendidik pelajar agar lebih prihatin terhadap sesuatu perkara atau isu
yang berlaku pada masa lampau, masa kini dan masa hadapan. Ini
bermakna, pelajar dapat membuat ramalan, menjangka akibat serta
mengendalikan perubahan. Selain itu, kemahiran bernilai tambah yang
disarankan dalam pengisian kurikulum sukatan pelajaran dapat memberi ilmu
pengetahuan kepada murid- murid secara tidak langsung. Biarpun murid ini

tidak mempelajari kemahiran muzik dan kemahiran berfikir misalnya, namun


kesan penyerapan itu dapat diambil positif oleh setiap pengguna kurikulum
sukatan pelajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah.

Anda mungkin juga menyukai