Anda di halaman 1dari 6

INSTITUT PENDIDIKAN GURU

KAMPUS PEREMPUAN MELAYU, MELAKA

KERTAS KERJA CADANGAN


BENGKEL PENGUCAPAN AWAM

TARIKH:
22 JULAI 2015 (RABU)
TEMPAT:
DEWAN SRI KANDI IPG KAMPUS PEREMPUAN MELAYU
ANJURAN:
JAWATANKUASA PERWAKILAN PELAJAR SESI 2015/2016
DENGAN KERJASAMA:
JABATAN PENGAJIAN MELAYU IPG KAMPUS PEREMPUAN MELAYU

1.0 PENDAHULUAN
Program bengkel pengucapan awam ini amat diperlukan untuk melahirkan guru pelatih
yang mempunyai keyakinan yang tinggi serta keberanian dan petah bercakap dalam
memberi ucapan atau berpidato dengan lebih baik. Dengan adanya pendedahan ini
dapat membina keyakinan guru pelatih untuk berhadapan dengan sesebuah majlis
seperti pengacaraan, menjadi penceramah dan menjadi fasilitator yang memerlukan
kemahiran berkomunikasi yang tinggi.
2.0 RASIONAL
Bengkel pengucapan awam ini adalah satu program yang dirangka untuk memberi
pendedahan awal kepada guru pelatih tentang betapa pentingnya menguasai teknik
dan cara pengucapan yang baik. Oleh itu, guru pelatih perlu mengetahui tatacara dan
teknik penyampaian ucapan yang baik dan berkesan supaya dapat membina keyakinan
diri dan keberanian yang tinggi. Dengan adanya maklumat dan pengetahuan dalam
bidang ini, guru pelatih dapat membina keyakinan diri untuk lebih berani dalam
melahirkan pandangan dan pendapat sendiri serta dapat menyampaikan sesuatu
ucapan dan ceramah dengan baik apabila diberi tugas sebagai pengacara majlis,
penceramah atau pemidato.
3.0 MATLAMAT
Program ini bermatlamat untuk memberi informasi, pengetahuan dan maklumat serta
pendedahan mengenai teknik pengucapan awam kepada guru pelatih supaya dapat
menimbulkan minat, keyakinan dan keberanian yang tinggi untuk berucap di khalayak
ramai dengan ucapan yang baik dan berkesan.
4.0 OBJEKTIF
i. Untuk melahirkan guru pelatih yang mempunyai keterampilan diri dan sahsiah
yang tinggi, berdisplin, rajin, kreatif, kritis dan berinovatif.
ii. Membimbing guru pelatih untuk mengenali bakat dan potensi diri yang ada pada
diri mereka bagi menjana minda dalam mencapai wawasan kecemerlangan.
iii. Membentuk sikap dan nilai positif murid dan bermatlamat tinggi kearah
penonjolan imej kendiri yang bersesuaian.
iv. Memberi kesedaran kepada guru pelatih bahawa mereka berpotensi untuk
menjadi individu dan pemimpin yang cemerlang, gemilang dan terbilang di masa
hadapan.

5.0 BUTIRAN PROGRAM


Program ini akan diadakan sebagaimana butiran berikut:

Tarikh
Masa
Tempat

: 22 Julai 2015
: 2.00 petang hingga 5.00 petang
: Dewan Sri Kandi

6.0 KUMPULAN SASARAN


Bengkel pengucapan awam ini mensasarkan semua guru pelatih IPG Kampus
Perempuan Melayu Melaka.
7.0 ANGGARAN PERBELANJAAN
BIL
1.

PERKARA

JUMLAH

Cenderamata

JUMLAH

8.0 AHLI JAWATANKUASA


Jawatankuasa Induk
Penaung

: Cik Siti Norkiah Binti Idris


(Pengarah IPG Kampus Perempuan Melayu)

Penasihat

: Pn. Zamrah Binti Bongsu


(Ketua Jabatan Hal Ehwal Pelajar IPG Kampus
Perempuan Melayu)

Pengerusi

: En. Mohd Azizi Bin Yahaya


(Timb. Ketua Jabatan Hal Ehwal Pelajar IPG
Kampus Perempuan Melayu)

Timbalan Pengerusi

: En. Hamzah Bin Dolah


(Pensyarah Penasihat Exco Protokol dan Logistik
JPP 2015/2016)

Jawatankuasa Pelaksana
Pengarah Program

: Noor Shaiera Binti Hassan

Timb. Pengarah Program

: Nor Zaihanis Binti Zulkifli

Setiausaha

: Munirah Binti Md Sofi

Bendahari

: Nurul Hafidzah Binti Nasrudin

AJK DOKUMENTASI
DG Rafidah Binti Piut
Nadzirah Binti Osman

AJK CENDERAMATA
Nurul Iffah Binti Azman
Siti Aishah Binti Safiee
Siti Aisyah Binti Nasarudin

AJK PERSIAPAN TEMPAT


Nik Husniah Binti Nik Husin
Norehan Binti Othman
Tengku Zainab Binti Tengku Md Fauzi

AJK MAKANAN
Siti Fatimah Binti Husaini
Nur Dini Binti Mohd Supian

AJK TUGAS-TUGAS KHAS


Syafiqah Izzati Binti Suhaimi
Nur Izzati Binti Ahmad Izudin

AJK PENDAFTARAN

Syafiqah Binti Hasram


Nurhidayah Binti Muhamad
Nur Anis Zafirah Binti Mhd Zain

AJK PERALATAN DAN TEKNIK


Noor Shaiera Binti Hassan
Nor Zaihanis Binti Zulkifli

9.0 TENTATIF PROGRAM


TARIKH

22 Julai 2015

10.0

MASA
2.00 petang
2.10 petang
2.20 petang
3.30 petang
4.50 petang
5.00 petang

ATUR CARA
Ketibaan pelajar dan pensyarah
Bacaan doa
Slot 1 : Ceramah mengenai pengucapan awam
Slot 2 : Uji bakat
Majlis penutup
Bersurai

PENUTUP

Besarlah harapan penganjur agar program ini akan dapat mencapai segala objektifnya dan
segala kerjasama yang tidak berbelah bahagi daripada semua pihak amat diharapkan dan amat
dihargai. Semoga program ini mendapat keberkatan dan keredhaan Allah S.W.T.

Disediakan Oleh:
NOOR SHAIERA BINTI HASSAN
Pengerusi,
Exco Protokol dan Logistik,
IPG Kampus Perempuan Melayu Melaka.
Disemak Oleh:
EN. HAMZAH BIN DOLLAH
Pensyarah Penasihat,
Exco Protokol dan Logistik JPP 2015/2016,
Jabatan Teknologi Pendidikan,
IPG Kampus Perempuan Melayu Melaka.
Disahkan Oleh:
PN. ZAMRAH BINTI BONGSU
Ketua Jabatan,
Jabatan Hal Ehwal Pelajar,
IPG Kampus Perempuan Melayu Melaka.
ULASAN KU KP/ PEK

ULASAN PENGARAH
LULUS/ TIDAK LULUS
CIK SITI NORKIAH BINTI IDRIS
Pengarah,
IPG Kampus Perempuan Melayu Melaka.

Anda mungkin juga menyukai