Anda di halaman 1dari 2

Salam sejahtera, salam 1 Malaysia..

Terima Kasih Pengerusi Majlis, Yang Berusaha, Cikgu Kudang Ak Linggeh,


Guru Besar SK Telok Gelam, Yang Dihormati guru-guru penolong kanan,
guru-guru yang diraikan, warga kerja SK Telok Gelam, Tuai-Tuai Rumah,
para ibubapa dan rakan-rakan sekalian.
Tanggal 16 Mei setiap tahun merupakan Hari Guru. Tema Hari Guru pada
tahun ini ialah GURU : PENCETUS KREATIVITI PENJANA INOVASI..
Tema ini adalah tepat sekali berdasarkan peranan guru dalam mendidik
anak bangsa ke arah melahirkan modal insan yang berketerampilan untuk
membawa negara kita ke arah negara maju pada tahun 2020 nanti.
Guru-guru dan rakan-rakan yang dikasihi,
Setiap insan di dunia ini belajar daripada seorang guru. Tanpa guru kita
tidak akan boleh membaca, menulis dan menguasai ilmu. Guru ibarat
lampu yang menerangi kegelapan malam. Guru ialah insan yang mesti kita
hormati selepas ibu bapa kita. Menghormati dan mematuhi arahan guru
adalah sangat dituntut agar apa yang kita pelajari menjadi berkat dan
dirahmati.

Rakan-rakan sekalian,
Marilah kita tanamkan tekad dan azam, untuk belajar bersungguh-sungguh
bukan sahaja untuk diri kita dan ibu bapa kita, tetapi juga untuk guru-guru
yang telah banyak berkorban masa, tenaga dan buah fikiran demi untuk
kecemerlangan kita semua. Guru-guru kita akan berasa bangga jika kita
berjaya, namun guru juga akan turut kecewa dan berdukacita seandainya
kita gagal dalam pelajaran.

Pada

kesempatan

ini,

saya

mewakili

pelajar-pelajar

sekolah

ini,

mengucapkan Selamat Hari Guru kepada semua guru di SK Telok Gelam.


Semoga guru-guru terus dianugerahi kekuatan dan ketabahan dalam
mendidik

kami.

Akhir kata, kami menyusun sepuluh jari memohon ampun dan maaf,
seandainya antara kami telah melakukan kesalahan dan kesilapan kepada
guru-guru sama ada kami sedari atau tidak.
Pohon sirih pohon selasih
Tumbuh merimbun di hujung laman
Kalungan budi junjungan kasih
Menjadi kenangan sepanjang zaman
Sekian, terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai