Anda di halaman 1dari 25

HBAE 3103

FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA

SEPTEMBER /2014

HBMS3203
PENGAJARAN MUZIK V

NAMA

: WAN MAZLAN BIN WAN CHIK

NO. MATRIKULASI

: 641229025119001

NO. KAD PENGENALAN

: 641229025119

NO. TELEFON

: 0127162061

E-MEL

: wmazlan@gmail.com

PUSAT PEMBELAJARAN

: KELANTAN LEARNING CENTER

HBAE 3103

HBAE 3103
MUKA
SURAT

ISI KANDUNGAN
1.0.

PENGENALAN

1-3

1.1. STRUKTUR SEBUAH KUMPULAN KOIR

3-4

1.2. KATEGORI MENGIKUT LINGKUNGAN SUARA

4-6

1.3. KESERAGAMAN KOIR


2.0.

CIRI-CIRI PEMIMPIN KOIR YANG BAIK

7-8

2.1. KUPASAN PEMIMPIN KOIR YANG BAIK


2.1.1. Pengetahuan Muzik Yang Kukuh
2.1.2. Mempunyai Kemahiran Teknik Vokal

2.1.3. Teknik Memimpin Conducting Technique

2.1.4. Berpengetahuan Tentang Organ Atau Piano

2.1.5. Berpengetahuan Tentang Organ Atau Piano

9 - 10

2.1.6. Tidak Cepat Putus Asa


3.0.

4.0.

5.0

8-9

10

PERANAN PEMIMPIN KOIR

10 - 11

3.1. Merancang Penubuhan Kumpulan Koir

11

3.1.1. Pemilihan Ahli-ahli Koir

11 - 12

3.1.2. Menganalisa Skor Lagu

12 - 13

3.1.3. Membuat Latihan Merancang dan Melatih

13

3.1.4. Membuat Persembahan

14

3.1.5. Membuat Perancangan Peningkatan Kumpulan Koir

15

TEKNIK-TEKNIK PERMANASAN

15

4.0. TEKNIK-TEKNIK PERMANASAN

15 - 18

4.2. TEKNIK VOKAL: REGISTER

19 - 20

KESIMPULAN

20 - 21

RUJUKAN

22

HBAE 3103
1.0. PENGENALAN
Koir (Choir) merupakan satu esembel muzik yang dinyanyikan oleh penyanyi secara
beramai-ramai yang mana esembel berasal dari dari perkataan Perancis yang membawa
maksud bersama-sama. Ianya juga dikenali sebagai korus (chorus).
Korus dan Chorale memberi maksud yang agak sama. Sebenarnya, kedua-dua perkataan
ini datang dari kata dasar yang serupa, namun disampaikan dari dua tamadun berlainan
iaitu dari Yunani lama dan Rom yang membentuk beberapa corak yang berbeza.
Perkataan koral (Choral) adalah satu kata sifat yang menggambarkan perbuatan untuk
koir, korus dan chorale. Dalam erti kata ringkas, nyanyian beramai-ramai koir, korus dan
chorale dipanggil muzik koral. Wikipedia.
Kumpulan koir boleh kita ertikan sebagai sebuah kumpulan yang kreatif. Ia adalah
sebuah organisasiyang diertikan oleh De Masi (2003) sebagai sebuah kumpulan kreatif
yang tiada penghujungnya atau penamat.
Menurut De Masi (2003) terdapat sesetengah organisasi yang mempunyai persamaan
denganorganisasi koir. Keperluan dan pengurusan di dalam koir adalah saling
memerlukan , ini telahdijelaskan oleh De Masi (2003):
The personal relationships are, mainly, horizontal, warm, informal,
solidary andcentered in the emotiveness. The recognition and the moral
bonus are importantfor the individual and for the group. A charismatic
leadership prevails. Eachone is attentive to the thing that should give to the
other ones; each oneattributes a lot of importance to the interest, learns the
most possible, improves the quality of its own contributions; feels
responsible; knows how its personalcontribution is used for; and doesnt
discharge its own responsibilities on theother ones. The discipline comes
from personal interest, attraction exercised bythe leader, adhesion to the
mission, dedication to the work, faith, generosity, participation in the
game [...]. Obviously I emphasized the positive aspects,although, in fact,

HBAE 3103
the impact is not rare in creative groups and in organizationswithout
lucrative ends that cross disorientation and identity crises.
Satu kumpulan koir yang baik akan dapat membentuk satu nyanyian yang berharmoni.
Dalam sesebuah kumpulan koir setiap penyanyi akan menyanyikan koir dengan secara
berkumpulan bukannya secara solo dan bersaing antara satu sama lain.
Menurut wikipedia, Koir adalah sebuah ensembel muzik para penyanyi yang menyanyi
beramai-ramai. Ia bukan sebuah kumpulan penyanyi solo yang bersaing antara satu sama
lain, malah sebagai sekumpulan penyanyi yang membentuk nyanyian berharmoni.
Perkataan ensembel berasal dari bahasa Perancis yang bermaksud bersama-sama..
Koir pada asalnya merupakan satu kumpulan penyanyi yang kebiasaannya membuat
persembahan di gereja. Kebanyakan nyanyian kumpulan koir ini adalah berunsurkan
keagamaan kristian.
Dalam nyanyian koir setiap lapisan suara dinyanyikan lebih daripada seorang, samada
dengan iringan atau tanpa iringan alat muzik. Muziknya mungkin dalam bentuk
monofoni, seperti dalam Gregorian Chant (Zaman Pertengahan) atau berbentuk polifoni
(dengan beberapa lapisan suara). Ianya mungkin dipersembahkan oleh lebih daripada 12
orang penyanyi atau kurang, atau dalam satu kumpulan yang besar yang mengandungi
beberapa ratus penyanyi.
Jenis suara yang biasa terdapat dalam sesebuah kumpulan koir adalah:
i.
ii.
iii.
iv.

Soprano (S) (suara perempuan tinggi)


Alto (A) (suara perempuan rendah)
Tenor (T) (suara lelaki tinggi)
Bass (B) (suara lelaki rendah)

Kini, koir di Malaysia bukan lagi bagi tujuan upacara keugamaan penganut kristian tetapi
ianya telah menjadi satu seni nyanyian berkumpulan yang dinyanyikan sebagai satu
persembahan. Ianya juga merupakan satu nama am bagi sesuatu kumpulan nyanyian yang
2

HBAE 3103
menyanyi bersama dalam persembahan contohnya, koir sekolah, koir kebangsaan, dan
lain-lain. Lagu-lagu yang dinyanyikan adalah seperti lagu berunsur patriotik dan juga
lagu yang digemari ramai. Lagu-lagu ini biasanya digubah semula untuk disesuaikan
dengan nyanyian koir.
Dalam sesebuah kumpulan koir penyanyi-penyanyi koir bukan semestinya seorang
penyanyi yang baik, tetapi setelah latihan yang betul, ahli-ahli koir akan mampu untuk
menghasilkan gabungan suara yang berharmoni, mantap dan merdu.
Di sekolah, satu kumpulan koir selalunya terdiri daripada 45 orang atau lebih penyanyi
kumpulan nyanyian yang terdiri daripada 45 orang atau lebih. Kebiasaanya kupulan ini
ditubuhkan bagi memenuhi kehendak masyarakat bagi tujuan persembahan atau
pertandingan atau sebagai satu aktiviti ko-kurikulum. Koir dapat memberi penekanan ke
arah pembentukan kualiti diri dan sahsiah pelajar merangkumi aspek perasaan, kreativiti,
nilai sosialisasi, esteika dan etika. Di samping sebagai pendorong yang berfungsi sebagai
penggerak minda untuk memikir dengan lebih ke arah peningkatan diri, penglibatan
dalam aktiviti koir memerlukan komitmen dan disiplin diri yang tinggi. Aktiviti koir ini
juga dapat mencungkil bakat pelajar yang sekaligus membina keyakinan kental dalam
diri.
Sebuah kumpulan koir tidak memerlukan perbelanjaan yang tinggi berbanding dengan
aktiviti muzik lain. Dari segi peralatan muzik, sebuah kumpulan koir dapat melakukan
persembahan tanpa penggunaan alat muzik dan keperluan masa latihan adalah agak
singkat.
1.1. STRUKTUR SEBUAH KUMPULAN KOIR
Sebuah kumpulan koir kebiasaannya diketuai oleh seorang pemimpin koir atau juga lebih
dikenali sebagai konduktor muzik (sama seperti orkestra). Konduktor untuk koir kadangkala dipanggil pengarah koral,

pemimpin korus, atau pemimpin koir, terutamanya

kepada koir-koir yang bersekutu dengan sesebuah orkestra.

HBAE 3103
Kebiasaannya kumpulan koir mengandungi empat bahagian, namun jumlah pada
hakikatnya bahagian ini adalah tidak terhad. Selain daripada empat bahagian, bilangan
bahagian kumpulan nyanyian di dalam satu-satu persembahan koir yang paling biasa
adalah tiga, lima, enam dan lapan.
Kumpulan koir boleh menyanyi dengan atau tanpa iringan alat-alat muzik. Nyanyian
tanpa iringan instrumen dipanggil nyanyian acapella.

Instrumen atau alat muzik

iringan boleh mengandungi apa saja instrumen, yang terdiri daripada satu hinggalah
kepada orkestra penuh. Walaubagaimana pun piano atau organ sering digunakan bagi
mengiringi sebuah kumpulan koir.
1.2. KATEGORI MENGIKUT LINGKUNGAN SUARA
Dalam sebuah kumpulan koir yang baik, terdapat empat kumpulan suara iaitu kumpulan:

Suprano lazimnya terdiri dari wanita.


Alto lazimnya terdiri dari wanita.
Tenor terdiri dari lelaki
Bes terdiri dari lelaki

Manakala bagi kumpulan koir kanak-kanak biasanya hanya terdiri daripada dua gabungan
suara iaitu alto dan soprano kerana suara kanak-kanak lelaki lebih kurang suara kanakkanak perempuan.
Semasa pemilihan ahli, suara ahli calon akan duji terlebih dahulu bagi menentukan
dimana kedudukan suara mereka samaada soprano, alto, tenor mahupun bes. Setelah
suara diuji setiap ahli akan ditempatkan mengikut kategori suara. Kemudian, barulah skor
lagu diedarkan berdasarkan kepada kumpulan suara masing-masing.
Suara soprano kebiasaannya mempunyai lingkungan suara dari C tengah (C4) hingga
ke A atas (A5) untuk muzik koir. Perkataan soprano secara umumnya merujuk
kepada penyanyi yang bersuara tertinggi dalam lingkungan suara wanita. Dalam
nyanyian 4 penyanyi koir berharmoni, penyanyi soprano adalah penyanyi bersuara
tertinggi yang kebiasaannya membentuk melodi muzik nyanyian. Namun terdapat juga
4

HBAE 3103
soprano yang boleh menyanyi lebih tinggi atau rendah dari lingkungan suara
kebiasaannya.
Manakala alto pula kebiasaanya meliputi di antara G di bawah C tengah hingga ke E
sepuluh di bawah C tengah (G3-E5). Ini merupakan lingkungan suara terendah bagi
wanita. Dalam kumpulan 4 penyanyi

koir, suara penyanyi alto adalah yang ke-2

tertinggi. Nota alto pada asalnya ditulis dalam klef alto tetapi kini ditulis dalam klef
trebal. Walaupun lelaki dan wanita boleh menyanyi di dalam lingkungan suara penyanyi
alto, namun istilah ini lebih kerap ditujukan untuk penyanyi wanita . Istilah kontralto
adalah istilah spesifik untuk merujuk kepada penyanyi alto wanita yang berlawanan
dengan penyanyi alto lelaki atau instrumen muzik atau klef. Tetapi, dalam koir setiap
tingkat suara ni mempunyai peranan masing-masing dalam meharmonikan sesuatu
persembahan nyanyian.
Di dalam nyanyian 4 penyanyi koir, penyanyi tenor ialah yang bersuara kedua rendah, di
atas suara penyanyi bes dan di bawah suarapenyanyi soprano dan penyanyi alto.
Lingkungan suara seorang penyanyi tenor koir biasanya tidak sehebat suara penyanyi
tenor opera. Sesetengah nyanyian koir tidak memerlukan penyanyi tenornya
menggunakan keseluruhan tenaga kuasa suara tenor, walaupun sesetengah koir tetap
memerlukan tenor untuk menyanyikan nada B3 ke atas sehingga G4.
Suara tenor memang sukar untuk dimiliki oleh sesebuah kumpulan. Ini adalah disebabkan
ia amatlah sukar untuk seseorang lelaki dewasa memiliki suara tinggi yang unik untuk
digelar tenor. Kebanyakan lelaki dewasa lebih gemar menyanyikan lagu untuk bahagian
bes atau bariton. Oleh sebab itu, kerapkali penyanyi lelaki yang tidak memiliki suara
tenor dilantik untuk memegang bahagian tersebut walaupun suara mereka tidak sampai
ke tahap lingkungan suara seorang tenor. Apabila perkara sebegini wujud dalam
sesetengah kumpulan koir, kebiasaanya penyanyi alto disuruh menyanyikan bahagian
tenor walaupun sesetengah alto yang dipilih juga mempunyai lingkungan suara yang
tidak cukup tinggi.

HBAE 3103
Bes ialah suara lelaki yang menyanyi di dalam lingkungan suara yang paling dalam dan
rendah di dalam suara manusia. Lingkungan suara penyanyi bes kebiasaannya adalah dari
F2 hingga ke E4 tetapi boleh menjadi seluas Eb2 hingga F4. Suara penyanyi bes berubah
dari suara dada hingga ke pertengahan suara di sekitar A3 atau Ab3 di bawah pertengahan
C dan berubah kepada daftar suara utama pada sekitar D4 atau C#4 di atas pertengahan
C. Suara rendah penyanyi bes adalah kekuatan mereka manakala suara tinggi ialah
kelemahan mereka.
Nyanyian koir dikategorikan menurut lingkungan suara seperti berikut:

Koir campuran (mengandungi suara penyanyi lelaki dan wanita) jenis ini adalah
corak kumpulan koir yang paling kerap dibuat, mengandungi penyanyi-penyanyi
soprano, alto, tenor dan bes yang dikenali dengan nama singkat sebagaiSATB.
Jika suara-suara ini dibahagi kepada dua bahagian, nama pendek yang digunakan
ialah SSAATTBB, manakalaSATBSATB jika kumpulan koir tersebut terbahagi
kepada dua separa bebas empat bahagian koir. Sekiranya suarabariton digunakan,

istilah pendek yang digunakan adalah SATBarB.


Koir lelaki menggunakan istilah pendek SATB yang serupa dengan koir
campuran namun S merujuk kepadasoprano kanak-kanak lelaki manakala alto
dinyanyikan oleh lelaki dewasa dengan penggunaan falseto, kerap juga dipanggil
sebagai kauntertenor. Format ini adalah amat biasa digunakan di dalam koir

katedral British.
Koir wanita mengandungi suara soprano dan alto sahaja, menggunakan

singkatan SSAA atau SSA


Koir kanak-kanak sering dibuat dalam dua bahagian SA (soprano; alto) atau tiga
bahagian SSA atau kadang-kala mengandungi lebih banyak suara.

1.3. KESERAGAMAN KOIR


1. Permulaan dan tamat (attack and released)
Permulaan nyanyian pada setiap not perlu diselaraskan dengan setiap individu dan
setiap kumpulan . Begitu juga dengan cara menamatkan setiap not yang
6

HBAE 3103
dinyanyikan. Kesemuanya perlu diselaraskan agar wujud persembahan sebagai
satu kumpulan dan bukan bersifat individualistik.
2. Menentukan aras dinamik
Pemimpin koir dapat mendengar keseluruhan ensembel dengan baik kerana
kedudukannya didepan dan berhadapan dengan kumpulannya. Penentuan aras
dinamik bertujuan memberikan impak serta keseimbangan bunyi keseluruhan
koir.
3. Pakaian
Pakaian kumpulan koir yang seragam akan mempamerkan identiti serta kerjasama
yang telah terbina. Namun apa yang penting ialah ia bersesuaian dengan acara
serta tatacara dan etika persembahan. Pastikan pakaian tersebut tidak
menyumbang kepada gangguangangguan seperti berlaku pakaian terlalu ketat
sehingga

mengganggu

kelancaran

pernafasan.

Tidak

selesa

dengan

potongan/fesyen yang kurang sesuai/mendedahkan aurat menyebabkan penyanyi


kurang konsentrasi dan berkemungkinan hilang keyakinan diri.
2.0. CIRI-CIRI PEMIMPIN KOIR YANG BAIK
Seseorang pemimpin koir tidak semestinya hanya menjadi seorang konduktor yang hanya
menggoyangkan tangan dan mengharapkan ahli beliau menyanyi dengan baik, tetapi
beliau mempunyai tugas yang melebihi dari tugas ahli kumpulan. Beliau perlulah
memastikan semua ahli hadir latihan dan beliau juga perlu berhati-hati dalam memilih
bahagian yang bersesuaian dengan kumpulan koir agar nyanyian yang dipersembahkan
berhamoni.
Pemimpin koir mestilah mempunyai kemahiran seperti di bawah:
1. Mesti mempunyai pengetahuan muzik yang kukuh dan mendapat pendidikan teori
muzik secara formal.
2. Boleh boleh bermain alatan jenis berkeyboard.
3. Mempunyai daya pendengaran yang baik untuk mendengar pic dan irama.
4. Memiliki pengetahuan tentang asas vokal dan teknik paduan suara, dan mampu
memberi arahan kepada penyanyi dalam kumpulannya.
7

HBAE 3103
5. Memiliki pengetahuan tentang asas-asas konduktor, termasuk:
a. pola rentak
b. Permulaan dan tamat (attacks and releases; cueing)
c. ekspresi
6. Memiliki pengetahuan tentang organ atau piano dan kemampuan untuk membantu
pemain organ atau piano secara efektif mengiringi dan menunjang paduan suara
selama semasa latihan.
7. Mempunyai kemahiran yang tinggi dalam bidang bahasa samada bahasa Inggeris
maupun bahasa Melayu kerana ianya penting dalam paduan suara.
Manakala ciri-ciri pemimpin koir yang baik adalah seperti berikut:
1. Mempunyai pengetahuan dalam bidang muzik, khasnya tentang vokal;
2. Mempunyai minat terhadap tugas seorang pemimpin koir;
3. Mempunyai masa untuk mengendalikan kumpulan koir;
4. Mampu merancangkan dari aspek pemilihan ahli, pemilihan lagu, merancang
latihan serta membuat perancangan kumpulan;
5. Mampu mengendalikan kumpulan koir mengikut perancangan yang dibuat;
6. Mempunyai sikap yang positif terhadap persekitaran, boleh menerima pendapat
serta teguran rakan;
7. Mampu membuat gubahan muzik; dan
8. Tidak cepat berputus asa.
2.1. KUPASAN PEMIMPIN KOIR YANG BAIK
2.1.1. Pengetahuan Muzik Yang Kukuh
Seorang pemimpin koir yang baik mestilah mempunyai mempelajari teori
muzik kerana ianya melibatkan pembacaan notasi. Dengan membaca notasi
muzik, guru dapat melatih koir mengikut penulisan skor dan ianya menjadi
tetap dan tidak berubah-ubah. Sekiranya seseorang pepmimpin koir melatih
ahli-ahlinya hanya berdasarkan pada hafalan dan cuba jaya semata-mata, hasil
yang tidak tetap dan berubah-ubah mengikut daya ingatan seseorang ahli itu

HBAE 3103
akan berlaku. Keadaan ini akan memberi impak dalam nyanyia dan
keharmonian koir itu sendiri.
2.1.2. Mempunyai Kemahiran Teknik Vokal
Selain daripada memahami teori muzik, pemimpin koir juga perlu ada
kemahiran teknik dalam pengajaran vokal. Teknik vokal dipelajari secara
formal oleh pemimpin vokal yang berkemahiran. Teknik vokal adalah
merangkumi aspek pernafasan, penghasilan ton, sebutan, postur dan
sebagainya. Dengan memahami dan mempraktikkan teknik yang betul,
seseorang dapat menghasilkan mutu suara yang baik dan seterusnya
menghasilkan kumpulan koir yang bermutu.
2.1.3. Teknik Memimpin Conducting Technique
Teknik memimpin koir yang dimaksudkan di sini ialah peranan konduktor
berdiri di depan kumpulan koir. Konduktor bukan setakat menghayunkan
tangan mengikut rentak lagu semata-mata. Seorang konduktor perlulah
memahami tentang elemen-elemen asas dalam muzik seperti tempo, melodi,
irama, dinamik dan artikulasi perlu ada. Seorang pemimpin koir juga perlu
mempunyai kebolehan untuk menyampaikannya secara efektif kepada
ensembel dalam bentuk melalui ekspresi tangan, muka dan gamit badan.
2.1.5. Berpengetahuan Tentang Organ Atau Piano
Pemimpin koir yang baik perlu ada kebolehan bermain organ atau piano. Ini
disebabkan nyanyian melibatkan pic, julat notasi, jeda, harmoni, kord serta
gubahan. Kemahiran bermain organ atau piano amat membantu terutamanya
bagi sesi-sesi latihan. Kebolehan pemimpin koir bermain organ atau piano
dapat digunakan dalam latihan-latihan aural, latihan ketepatan pic, jeda, bunyi
not-not secara harmoni dan juga untuk aktiviti pemanasan suara. Kebanyakan
pemimpin koir yang mempelajari vokal, mereka juga mempelajari asas piano
kerana ini amat membantu mereka dalam mengendalikan latihan koir.
Sekiranya terdapat ahli koir yang dapat bermain organ atau piano juga amat
9

HBAE 3103
membantu dalam persembahan kerana pemimpin koir boleh menumpukan
kepada memimpin koir (conducting) tanpa risau tentang permainan piano.
2.1.6. Tidak Cepat Putus Asa
Dalam memimpin sesuatu kumpulan koir, banyak cabaran yang perlu
ditempuhi. Diantaranya kekangan masa, disiplin ahli koir, tempat, kewangan
dan banyak lagi. Jadi sekiranya seorang pemimpin tidak mempunyai kekuatan
mental dan fizikal yang baik maka mereka akan mudah putus asa. Ini
disebabkan cabaran-cabaran ini akan berterusan. Contohnya; Seorang ahli
kumpulan koir sering terlupa bahagian beliau yang menyebabkan kurang
keseimbangan dalam persembahan. Hal ini mungkin akan menyebabkan
pemimpin koir akan merasa putus asa dalam memberi pengajaran dan latihan
kepada ahli tersebut.
3.0. PERANAN PEMIMPIN KOIR
Seorang pemimpin koir yang baik perlu mempunyai ciri-ciri yang baik ini adalah
disebabkan peranan yang dimainkan oleh seorang pemimpin koir adalah besar. Pemimpin
koir mesti mempunyai satu komunikasi artistik dengan ensembel yang dipimpin ketika
latihan serta ketika sesuatu persembahan berlangsung. Seperti yang telah kita bincangkan
seseorang pemimpin ensembel bukan hanya sebagai ketua yang memberi isyarat mula
dan berhenti, malah beliau adalah penentukan tempo, memberikan pelbagai isyarat dari
permulaan hingga akhir dengan jelas. Seorang pemimpin yang baik juga mestilah
menjadi seorang pendengar yang kritis juga mampu membentuk bunyi yang dikehendaki
dari ensembel yang dipimpin beliau sama ada orkestra atau koir. Kefahaman yang
mendalam tentang elemen-elemen asas dalam muzik seperti tempo, melodi, irama,
dinamik dan artikulasi perlu ada dan juga kebolehan untuk menyampaikannya secara
efektif kepada ensembel dalam melalui ekspresi tangan, muka dan gamit badan (gesture).
Menjadi seorang pemimpin koir merupakan satu tanggungjawab yang besar. Perancangan
yang rapi perlu dilakukan bagi menghasilkan sebuah kumpulan koir yang berkesan dan

10

HBAE 3103
berjaya. Jadi seseorang pemimpin koir perlu memainkan peranan yang penting bermula
dari:
3.1. Merancang Penubuhan Kumpulan Koir
Sebelum penubuhan. Perancangan ini dari dua aspek iaitu diri sendiri dan kumpulan perlu
ada pada seorang pemimpin. Setiap perancangan yang dibuat mestilah dituruti dan
keperluan kepada tahap disiplin diri yang tinggi serta serta menghormati perancangan
yang dibuat bagi kejayaan koir yang ditubuhkan perlu ada. Disiplin bukan bermaksud
mengikat atau menyusahkan diri sendiri. Disiplin pemimpin koir perlu utamakan ialah
berbentuk kebebasan dalam melaksanakan perancangan.
Menurut Brinson, 1996, Disiplin mental yang diperlukan daripada para pengarah untuk
merancang butiran dan urutan acara bagi hari tersebut akan memberikan mereka
kebebasan melaksanakan persembahan yang lebih efisien dan berkesan.
3.1.1. Pemilihan Ahli-ahli Koir
Sebelum sesebuah kumpulan ditubuhkan pemilihan ahli kumpulan adalah sesuatu yang
diperlukan. Pemimpin koir tidak boleh hanya mengambil ahli tanpa sebarang tapisan
kerana ini akan menyukarkan beliau sendiri apabila melakukan latihan nanti. Uji bakat
perlu diadakan bagi memilih ahli-ahli kumpulan. Uji bakat adalah satu sesi penting bagi
pemimpin koir untuk memilih ahli-ahli koir bagi memenuhi kumpulan koir yang hendak
ditubuhkan sama ada kumpulan koir tradisional, patriotik, show choir atau lain-lain.
Uji bakat ataupun audition mungkin akan menakutkan peserta atau sesiapa saja yang
ingin menjadi ahli koir kerana mengganggap ia satu sesi yang sukar dengan pelbagai
ujian teknikal berkaitan dengan vokal yang mungkin pada jangkaan peserta ianya akan
menjadi sukar atau di luar kemampuan peserta. Bagi mengelakkan rasa kurang
berkeyakinan peserta uji bakat untuk mengambil bahagian dalam sesi uji bakat ini, poster
mengenai ujibakat dan perkara-perkara keperluan yang ada pada peserta disertakan dan
memperluaskan lagi penyertaan uji bakat ini secara terbuka.
Uji bakat perlu:
11

HBAE 3103

Dijalankan secara individu.

Dijalankan dalam kumpulan-kumpulan kecil dan seterusnya dalam kumpulan


peserta yang lebih besar.

Dilakukan di dalam satu bilik sahaja.

Dilakukan di dalam beberapa bilik berasingan oleh pemimpin koir dan ahli-ahli
lama

yang

berpengalaman.

Sekiranya

bagi

sekolah

rendah

guru-guru

berpengalaman yang terlibat akan mengadakan sesi uji bakat ini.


Selain daripada uji bakat, pemimpin koir juga perlu memilih peserta yang berbakat,
berminat, mempunyai ton suara yang berkualiti serta bersikap positif. Kebolehan
kemahiran membaca skor juga amat membantu.
Pemilihan Repertoir

Dalam memilih lagu atau repertoire beberapa kriteria perlu guru fikirkan.
Antaranya ialah:

Memahami konsep persembahan yang akan diadakan.

Berbincang dengan penganjur majlis.

Memahami kemampuan kumpulan koir dari segi umur, jumlah ahli koir serta
kebolehan menyanyi.

Memahami kehendak pertandingan jika menyertai pertandingan.

Mengetahui siapa yang akan diraikan.

Berbincang

dengan

rakan-rakan

yang

mempunyai

pengalaman

untuk

mendapatkan idea.
3.1.2. Menganalisa Skor Lagu
Bagi sesebuah kumpulan koir yang berjaya, menganalisa skor lagu merupakan sesuatu
yang amat penting. Setiap lagu yang dicadangkan perlu dianalisa, dinilai dan disemak
dari beberapa sudut agar lagu tersebut sesuai.
Aspek-aspek yang perlu ditekankan adalah seperti:
12

HBAE 3103
a) Bentuk atau form lagu
b) Melodi lagu termasuk julat not-not serta jeda dalam gubahan
c) Harmoni lagu yang melibatkan lapisan suara dan juga tekstur suara
d) Perubahan-perubahan irama atau rhythm
e) Tanda-tanda ekspresi dan dinamik dalam lagu
f) Menentukan tempat yang bersesuaian bagi pernafasan
Semua di atas perlu untuk guru mengenalpasti kesukaran-kesukaran yang mungkin akan
dihadapi semasa nyanyian, disebabkan oleh latar belakang kumpulan koir dari aspek
umur, jantina dan kaum.
3.1.3. Membuat Latihan Merancang dan Melatih
Semasa latihan seseorang pemimpin koir perlu merancang sesi latihan mengikut disiplindisiplin yang tertentu walaubagaimana pun ahli-ahli masih mempunyai kebebasan
bagaimana ianya dapat dilaksanakan. Umur ahli-ahli juga perlu diambil perhatian agar
sesi latihan yang dirancang tidak begitu ketat dan terikat. Pemimpin koir perlu
menjadikan latihan koir sebagai sesuatu yang menyeronokkan agar ahli-ahli berminat
untuk kekal dalam kumpulan tersebut. Dengan cara ini kehadiran ahli tidak akan merosot.
Persediaan latihan perlu dipecahkan kepada enam aspek utama:
1. Pemilihan ahli koir, jurulatih pembantu dan pemuzik
2. Pemilihan repertoire mengikut konsep persembahan
3. Penjadualan latihan masa dan tempat
4. Aplikasi latihan bagaimana latihan dijalankan
5. Pemurnian akhir sebelum persembahan
6. Raptai persembahan

3.1.4. Membuat Persembahan


13

HBAE 3103
Ketika ingin mengadakan persembahan terdapat tiga aspek perlu dilaksanakan iaitu:
a) Sebelum Persembahan
Pemimpin koir mesti memastikan bahawa persediaan akhir dilakukan dengan
teliti seperti mengadakan raptai akhir, memastikan kostum cukup dan berkeadaan
baik serta memastikan hiasan menepati kehendak pemimpin koir. Ahli-ahli koir
perlu diberi rehat yang mencukupi. Motivasi bagi menguatkan semangat ahli-ahli
perlu diberikan agar mereka tidak gugup semasa berada di pentas semasa
persembahan. Mereka juga perlu dimaklumkan giliran persembahan dan telah
mengadakan latihan keluar dan masuk pentas. Ini dapat membantu ahli-ahli
bersedia dari segi minda.
b) Semasa Persembahan
Semasa membuat persembahan, keselesaan ahli koir perlu menjadi keutamaan,
dan ahli telah mengetahui susunan lagu dan seterusnya dapat memberi tumpuan
pada persembahan. Konduktor juga dapat memberi segala tanda isyarat dengan
jelas dan dapat dilihat oleh semua ahli termasuk pemuzik. Muzik yang dimainkan
juga perlu jelas dan dapat didengar oleh ahli koir.
c) Selepas Persembahan
Sebaik saja persembahan selesai, pemimpin koir semestinya tidak perlu membuat
sebarang ulasan atau komen kepada ahli-ahlinya. Ahli-ahli perlu diberi rehat agar
mereka dapat bertenang. Post-mortem boleh dibuat bila segalanya sudah selesai
dan pada masa yang sesuai. Sebarang kesalahan ahli tidak perlu ditimbulkan
kerana ianya dapat memberikan impak bagi persembahan akan datang.
Perbincangan hanya akan menyentuh cara atau teknik yang lebih baik bagi
memperkemaskan lagi persembahan.

3.1.5. Membuat Perancangan Peningkatan Kumpulan Koir


14

HBAE 3103
Semasa menjalankan post-mortem seorang pemimpin perlu mengenal pasti kekuatan dan
kelemahan kumpulan koirnya. Bagi meningkatkan lagi mutu koir perancangan baru perlu
diadakan dari segi persembahan, pengurusan dan sebagainya. Perancangan strategi perlu
baru perlu dibuat walaupun persembahan yang dilakukan oleh kumpulan koir tersebut
adalah yang sangat. Ini adalah bagi meningkatkan lagi kumpulan koir agar dapat menjadi
yang terbaik.
4.0. TEKNIK-TEKNIK PERMANASAN
Selain pernafasan dan juga postur, teknik fonasi merupakan salah satu teknik terpenting
bagi mendapatkan kualiti suara yang baik. Menurut sumber laman sesawang iaitu nukilan
Paul Mason di laman Voice Training, fonasi adalah satu penghasilan suara kesan
getaran yang terhasil daripada peti suara dan juga aliran udara. Untuk lebih jelas lagi saya
telah membaca satu artikel di laman sesawang Wikipedia di bawah tajuk

Vocal

Pedagogy menyatakan fonasi adalah pembunyian yang berlaku di kotak suara yang
bergetar seakan-akan berkala. Selain itu di dalam kata lain, proses menyuarakan yang
menggunakan pembunyian yang panjang di mana ia berlaku di bahagian larynx yang
mengubah aliran udara. Proses ini secara fisiologinya di panggil supra-glottal.

Gambar Peti Suara

15

HBAE 3103
Bagi mewujudkan hasil suara yang baik, penyelarasan nafas pengawalan peti suara
adalah penting bagi melancarkan aliran udara di bahagian peti suara atau kawasan lipatan
vokal. Perkara ini penting bagi menghasilkan suara atau kualiti bunyi yang bersih dan
jelas. Melihat kepada cadangan Meribeth 2005, beliau mencadangkan supaya melakukan
aktiviti nyanyian dengan dua keadaan yang berbeza bagi membanding bezakan hasil yang
diperolehi. Keadaan yang pertama, menggunakan satu frasa lagu dengan menyanyikan
menggunakan teknik fonasi yang lemah dan rakamkan. Keadaan yang kedua,
menggunakan frasa lagu yang sama dan menggunakan teknik fonasi dengan baik dan
rakamkan. Kemudian bandingkan kedua rakaman tersebut bagi mencari perbezaan kualiti
suara.
4.1. TEKNIK VOKAL: FONASI
Dalam nyanyian pemanasan suara perlu dijalankan agar penyanyi akan dapat menyanyi
dengan baik selain daripada mengelakkan daripada berlaku kecederaan pada pita suara.
Sama seperti aktiviti sukan yang memerlukan latihan pemanasan badan bagi
mengelakkan kecederaan pada ahli sukan, penyanyi juga perlu melakukan latihan
pemanasan agar nyanyian dapat dihasilkan dengan jelas, indah, merdu dan nyaring.
Terdapat beberapa jenis latihan bagi mendapatkan hasil yang baik dari teknik fonasi ini.
Berikut adalah jenis latihan fonasi yang boleh dipraktikkan bagi menghasilkan kualiti
suara yang baik. Saya juga telah mengambil contoh latihan fonasi dari buku Basics of
Singing karya Jan Schmidt dan Heidi Counsell Schmidt dan seperti yang tertera di
bawah:
1. Membuat aktiviti menguap sambil membuka rongga suara. Di awal aktiviti,

mulakan dengan pic yang tinggi kemudian diluncurkan ke pic yang rendah.
Semasa menguap gunakan bunyi vokal ah atau oh. Contoh notasi:

16

HBAE 3103
Kemudian latihan tersebut diteruskan kepada pergerakan yang lebih sukar iaitu
meluncurkan pic tersebut ke atas dan ke bawah. Contoh notasi:

2. Membuat aktiviti dengan mengeluarkan suara iaitu lebih kepada bentuk nyanyian
dengan mengawal pernafasan di sekitar hidung ke dalam pic yang mempunyai not
yang tinggi dan yang rendah. Contoh notasi:

Selain itu juga, latihan fonasi boleh dilakukan secara muzikal tetapi menggunakan aktiviti
berkaitan dengan pergerakan dan bunyi-bunyian alam sekeliling. Antara contoh aktiviti
tersebut ialah:
1. Animal Farm
a. The Donkey

17

HBAE 3103
i. Haiwan apa yang mempunyai dua suara? (suara atas/tinggi dan
suara bawah/rendah) Jawapannya adalah keldai
ii. Kanak-kanak disuruh mengimitasikan bunyi keldai (hee-haw)
iii. Pastikan sebutan kedengaran dengar jelas
b. The Horse
i. Kuda juga menggunakan gabungan dua jenis suara (rendah dan
tinggi
ii. Kanak-kanak diajar membuat bunyi kuda (hyeee)
iii. Imitasi bunyi ini memerlukan sokongan yang kuat pada abdomen
2. WOOFERS AND TWEETERS
a. Little Dog
i. Kanak-kanak diajar mengimitasi bunyi seekor anjing (yip-yip)
ii. Pastikan suara mereka ringan dan tinggi
b. Dog Fight
i. Kanak-kanak secara berpasangan disuruh membunyikan suara
anjing bergaduh sesame sendiri
ii. Seorang menggunakan bunyi woof manakala seorang lagi
menggunakan bunyi yip, yip
iii. Latihan ini menggunakan sokongan abdomen
c. Tweeters
i. Kanak-kanak disuruh mengimitasi suara burung
1. Burung kakak tua yang sedang bercakap Polly want a
cracker!
2. Gagak ca-ca
3. Cuckoo koo-koo-koo
Segala contoh latihan di atas adalah siri latihan yang membawa kepada
penghasilan mutu nyanyian yang baik. Ini kerana teknik fonasi sangat penting
proses nyanyian berlaku. Oleh itu jenis-jenis latihan tersebut boleh diubah
mengikut kesesuaian penyanyi atau pelajar vokal.
4.2. TEKNIK VOKAL: REGISTER
Teknik vokal register adalah salah satu teknik terpenting di dalam nyanyian. Teknik
melatih kita untuk mengawal kedudukan atau register suara dan menggunakan teknik
tersebut dengan betul. Teknik register terhasil di dalam di kotak suara manusia dengan
bentuk getaran yang tertentu. Getaran tersebut bergantung kepada julat yang tertentu
18

HBAE 3103
kerana ia akan menghasilkan pic yang tertentu. Register suara terdapat tiga bahagian
iaitu, register atas, tengah dan bawah dan melibatkan dua resonans iaitu resonans suara
dada dan suara kepala.
Ahli-ahli patologi menyatakan bahawa kotak suara manusia mampu menghasilkan empat
getaran yang berbeza iaitu kenali sebagai modal, fry vocal, falsetto dan whitsle.
Tetapi kebanyakkan cendiakawan mengistilahkan kemampuan ini kepada nama suara
dada dan suara kepala dan falsetto. Pengunaan istilah ini lebih mudah difahami
kerana wujud kekeliruan dalam pemahaman register suara di mana mereka salah
meletakkan nama pada suatu kedudukan register suara.

Bentuk otot yang terlibat ketika suara dada


Penggunaan istilah suara dada, suara kepala dan falsetto adalah yang paling meluas
di kalangan penggiat muzik amnya dan penyanyi khasnya. Suara dada di kenali sekitar
abad ke-13 setelah suara ini dibezakan dari suara tekak dan suara kepala. Suara dada
terhasil dari getaran resonans di bahagian rongga dada di mana penggunaannya adalah
amat terhad iaitu hanya digunakan di bahagian pic yang rendah dan suara biasa (suara
percakapan). Semasa penggunaan teknik suara dada, bahagian kotak suara akan
mengesan getaran yang berkala pada rawan yang berhubung dengan pangkal tekak.
Penyanyi akan diberi gambaran bahawa berlaku satu getaran di bahagian muka dan
torasik atau dada.
Suara kepala juga telah dikenali pada abad ke-13 seperti yang dinyatakan oleh
Johannes de Garlandia dan Jerome of Moravia. Penggunaan teknik adalah sesuai ketika
menyanyikan pic yang tinggi. Menurut Clippinger, titik permulaan pertukaran register
19

HBAE 3103
suara bagi lelaki dan perempuan bermula dari huruf Eb atau E di atas middle C.
Kelebihan penggunaan teknik adalah memudahkan seseorang penyanyi itu menyanyikan
pic yang tinggi dengan selesa. Ini kerana suara kepala mempunyai renj yang besar
berbanding suara dada.
Selain menggunakan teknik suara kepala, terdapat satu lagi teknik yang digunakan
ketika hendak menyanyikan lagu yang mempunyai pic yang tinggi. Teknik ini dipanggil
dengan nama suara falsetto atau suara palsu. Ia adalah suara yang berada di atas renj
suara sebenar dalam lingkuang renj satu oktaf. Kebiasaannya pengguna teknik ini akan
menghasilkan suara yang breathy di mana jumlah penggunaan udara adalah lebih
banyak. Oleh itu, pengawalan pernafasan sangat penting bagi menghasilkan mutu suara
yang baik.
5.0. KESIMPULAN
Untuk menghasilkan sebuah kumpulan koir yang baik dan berjaya, perancangan yang
teratur dan teliti perlu buat dan perlu dipatuhi. Sekiranya perancangan ini dibuat dengan
baik maka seseorang pemimpin itu akan dapat menghasilkan sebuah kumpulan yang
berkesan dan berkualiti. Sistem penjadualan dan sikap yang tegas dalam mengendalikan
kumpulan perlu diambil berat agar ahli kumpulan koir tidak mengambil kesempatan atau
sambil lewa menjalani sesi latihan. Sikap kesungguhan mengendalikan latihan akan
menarik keyakinan dan semangat kepada ahli kumpulan koir menjalani latihan dengan
baik.
Latihan dengan mengadakan warm-up vokal dan tubuh turut menarik minat serta
perangsang kepada ahli koir. Mungkin aktiviti-aktiviti tersebut kelihatan tidak begitu
penting tetapi ia sebenarnya amat penting kerana ia boleh memberi persediaan fizikal
yang berkesan dalam nyanyian di samping membantu menggalakkan ahli menyertainya
kerana sesi tersebut adalah sungguh menarik seperti suatu permainan atau hiburan.
Contohnya senaman ringan dari segi fizikal, pemanasan suara yang mempunyai pelbagai
aktiviti boleh dijalankan seperti bubbling, humming, dan cara latihan suara yang
menggunakan pelbagai teknik yang menarik lagi berkesan.
20

HBAE 3103

Seorang pemimpin koir yang baik perlu menjadikan sesi latihan koir sebagai satu sesi
yang menarik dan menyeronokkan. Dengan cara ini minat ahli-ahli koir akan lebih
bertambah untuk terus bersama dengan kumpulan tersebut. Latihan yang betul dan
berkesan penting kepada ahli koir. Pujian atau motivasi perlu diberikan oleh jurulatih
sebagai perangsang dan dorongan dalam menambahkan kekuatan semangat mereka
menyanyi dengan berkesan.

RUJUKAN
Anderson, M. William., Lawrence, E. Joy. (2001). Elementary Classroom 5th Edition.
United States of America: Wadswoah Thomson Learning
Benjamin, Thomas., Melson, Robert. (2008). Techniques And Materials Of Music 7th
Edition. United States Of America: Thomson Schirmer
21

HBAE 3103
Christy, Van A. (1990). Foundations In Singing: A Basic Textbook In Vocal Technique
And Song Interpretation (2nd Edition). WM.C.Brown Publishers
Hackett, Patricia. (1988). The Musical Classroom Background Models And Skills For
Elementary Teaching. New Jersey, United States of America: Prentice Hall Inc.
Herrold, M. Rebecca. (2001). New Approaches To Elementary Classroom Music (3rd
Edition). United States of America: Prentice Hall
McRae, W.Shirley. (1991). Directing The Childrens Choir. New York: Schirmer Books
Phillips, H. Kenneth. (1996). Teaching Kids To Sing. New York: Schirmer Books
Schmidt, Jan. (1989). Basics Of Singing 2nd Edition. New York: Schirmer Books
Soewito, M. (1996). Teknik Termudah Olah Vokal Dan Lagu. Jakarta: Titik Terang
Turner, J. Clifford. (1976). Voice And Speech In The Theatre. Pitman Publishing
Welch, Graham., Murao, Tadahiro. (1994). Onchi And Singing Development: A CrossCultural Perspective. Great Britain: The Roehampton Institute
Koir
http://Ms.Wikipedia.Org/Wiki/Koir
Resepi Muzik Saya
http://janecheahblogger.blogspot.com/2011/11/nyanyian-harmoni.html
Sejarah Muzik
http://duniamuzzikku.blogspot.com/p/sejarah-muzik.html

22

Anda mungkin juga menyukai