Anda di halaman 1dari 2

Assignment 586

Assignment 2
Pendidikan fizikal lazimnya diajar dalam mata pelajaran pendidikan jasmani.
Namun Pendidikan fizikal boleh digabungjalinkan dalam mata pelajaran lain.
Penggabungjalinan merupakan proses yang penting dalam pengajaran dan
pembelajaran. Melalui proses ini, beberapa kemahiran dapat dikuasai serentak oleh
murid. Dalam sesi pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran seperti Sains, Bahasa
Malaysia, Muzik, Matematik dan sebagainya Pendidikan fizikal boleh digabungjalinkan
agar murid dapat melibatkan diri secara aktif supaya pembelajaran menjadi lebih
bermakna , berkesan dan menyoronokkan. Selain itu, pembelajaran seperti ini dapat
meningkatkan keyakinan, mengurangkan rasa rendah diri dan mencungkil bakat dalam
kalangan murid.
Pedidikan fizikal boleh digabungjalinkan dalam mata pelajaran Bahasa Malaysia.
Ianya boleh digabungjalinkan dalam proses asas pembelajaran kemahiran menulis dan
membaca bagi pelajar pemulihan atau tahun 1. Kemahiran menulis dan membaca
murid dapat diperkukuhkan melalui aktiviti fizikal dengan pengalaman murid dengan
tujuan memberikan maklumat dan mengubah sikap dan mempengaruhi tingkahlaku
murid. Contohnya huruf-huruf Bahasa Malaysia diajar melalui permainan
teng-teng. Mula-mula murid mencabut abjad dalam kotak yang disediakan. Murid perlu
ingat abjad tersebut dan murid menggunakan sebelah kaki sahaja untuk melompat di
setiap petak. Selepas sampai di hujung petak murid perlu lihat dan perhatikan dan perlu
mencari abjad mereka . Sekiranya murid tersalah cari , maka tibalah giliran peserta lain
untuk bermain. Jika berjaya maka peserta tersebut perlu teruskan permainannya.
Proses penggabungjalinan aktiviti fizikal ini menggalakkan penglibatan murid
pemulihan. Selain daripada merasa seronok dan dapat bermain, pelajar dapat
meningkatkan kemahiran menyebut, mengenali dan meneliti huruf dengan baik dan
tepat.
Dalam mata pelajaran Matematik juga penggabungjalinan pendidikan fizikal
boleh dijalankan. Contohnya bagi aktiviti pengayaan matematik tahun satu terhadap
angka .Guru boleh meminta murid membuat aktiviti regangan yang mudah di dalam
kelas sambil mengira dari nombor satu hingga ke nombor lapan. Selain itu guru juga
boleh menjalankan aktiviti berdiri setempat dan membentuk nombor menggunakan
badan mereka. Murid juga boleh menggunakan pergerakan tubuh mereka seperti jari,
kaki, tangan dan sebagainya. Cara untuk mengajar aktiviti ini dalam subjek Matematik
adalah , seorang murid akan melakar , menggayakan atau menyilang bentuk huruf
menggunakan anggota badan mereka. Murid yang lain pula akan membentuk huruf
tersebut. Dalam aktiviti ini kemahiran bukan lokomotor diajar secara tidak langsung.

Penggabungjalinan
dalam
matapelajaran
Pendidikan
seni
boleh
digabungjalinkan dengan meminta murid melukis situasi di restoren. Murid akan melukis
pekerja-pekerja restoren yang membacuh kopi, membuat roti canai, menggoreng mi,
membasuh pingan mangkuk, mop lantai dan sebagainya. Selepas melukis dan
mewarna gambar tersebut murid perlu melakonkan situasi restoren yang dilukis tadi
dengan iringan muzik.Pergerakan-pergerakan yang dilakukan merangkumi, pergerakan
lokomotor , bukan lokomotor dan pergerakan manipulasi alatan. Aktiviti sebegini boleh
melahirkan murid yang kreatif . Murid juga dapat melibatkan diri secara aktif dalam
aktiviti pengajaran dan pembelajaran.
Bagi murid tahun satu, aktiviti fizikal boleh digabungjalinkan untuk mengajar
subjek sains. Murid diajar mengenai binatang-binatang dan pergerakannya. Seterusnya
murid akan membuat pergerakan haiwan tersebut. Contohnya, gajah, kucing, ular,
kuda, tupai, harimau dan sebagainya.
Seterusnya, aktiviti fizikal digabungjalinkan dalam mata pelajaran pendidikan
muzik. Apabila murid diajar sesuatu lagu, guru bolehlah meminta murid membuat
pergerakan berirama atau pergerakan kreatif mengikut rentak lagu tersebut. Dengan
itu murid dapat mengingati lirik lagu tersebut dengan mudah. Dengan itu kecerdasan
pelbagai yang merangkumi muzik dan pergerakan yang diperkenalkan oleh Howad
Gardner dapat dicungkil daripada diri murid.
Kesimpulannya, pengajaran Pendidikan fizikal dalam matapelajaran selain
daripada pendidikan jasmani mampu memberi dan merangsang murid untuk terlibat
dalam pelbagai aktiviti dan membangunkan kemahiran asas bagi mencapai kejayaan.
Kejayaan yang diperolehi ini menjadikan seseorang murid lebih berkeyakinan dan
berpuas hati terutama dalam aspek pembangunan emosi. Pembangunan sosial boleh
membantu murid menyesuaikan diri murid sebagai ahli masyarakat. Ia juga dapat
memberikan pendedahan dan pengetahuan kepada murid kita tentang gaya hidup
cergas dan gaya hidup yang sihat.

Anda mungkin juga menyukai