Anda di halaman 1dari 10

2.0 Isu Guru dan Analisis : ( Peranan Guru Dalam Merealisasikan PPPM ) .

Pada Oktober 2011 , Kementerian Pendidikan telah melaksanakan kajian semula


sistem

pendidikan

negara

Malaysia

secara

menyeluruh

dalam

usaha

membangunkan Pelan Pembangunan Pendidikan yang baharu . Kerajaan telah


mengambil keputusan melaksanakan kajian semula system pendidikan berdasarkan
standard pendidikan anatarabangsa yang kian meningkat , peningkatan aspirasi
negara dan harapan ibu bapa serta masyarakat terhadap dasar pendidikan negara
dalam mempersiapkan generasi muda untuk menghadapi keperluan abad ke 21 .
Dalam tempoh 11 bulan pelaksanaan kajian , Kementerian telah memperoleh
input daripada pelbagai sumber seperti laporan penyelidikan yang dijalankan oleh
pakar pendidikan dari UNESCO , Bank Dunia , OECD , dan enam Institusi Pengajian
Tinggi Awam . Kajian ini juga melibatkan penyertaan pemimpin sekolah , guru , ibu
bapa , orang ramai dan murid di seluruh negara . Dokumen awal Pelan
Pembangunan Pendidikan telah dibangunkan bagi menilai prestasi semasa sistem
pendidikan Malaysia dengan mengambil kira secara objektif pencapaian lampau dan
membandingkannya dengan tanda aras anatarabangsa . Pelan ini melakarkan visi
sistem pendidikan dan murid yang dapat memenuhi keperluan negara pada masa
depan . Pelan ini juga mencadangkan 11 anjakan starategik dan potensi yang perlu
dilaksanakan oleh Kementerian bagi mencapai visi yang dihasratkan .
Perubahan atau penambaikan sisitem pendidikan dilakukan dari semasa ke
semasa . Pihak yang berkenan berbuat demikian adalah atas alasan bahawa
perubahan tersebut penting untuk rakyat dan negara . Pelancaran Pelan
Pembangunan Pendidikan Malaysia ( PPPM ) 2013 2025 oleh Timbalan Perdana
Menteri , Tan Sri Muhiyiddin Yassin pada bulan September 2013 yang lalu adalah
antara perubahan terkini dalam sistem pendidikan kita .

Antara perkara penting dalam PPPM adalah untuk melahirkan murid yang
mempunyai 6 ciri utama , seperti yang berikut , iaitu :
pengetahuan (murid yang berpengetahuan).
kemahiran berfikir (murid yang mahir berfikir) .
kemahiran memimpin (murid yang dapat menjadi pemimpin) .
kemahiran dwibahasa (murid yang menguasai sekurang kurangnya 2 bahasa) .
etika dan kerohanian (murid yang berpegang pada etika dan memiliki sifat rohani
yang tinggi) .
identiti nasional (murid yang mempunyai indentiti kebangsaan).
Dalam menzahirkan hasrat kerajaan untuk melahirkan murid yang mempunyai 6
ciri utama seperti yang digariskan , guru merupakan tonggak utama kearah
mencapai hasrat tersebut . Gurulah yang berperanan memastikan muridnya
berpengetahuan , mempunyai kemahiran berfikir , berkeupayaan memimpin ,
menguasai dwibahasa , mempunyai etika dan kerohanian yang kukuh , serta murid
yang beridentiti nasional . Hasrat yang disasarkan oleh pihak kerajaan itu sangat
sempurna sifatnya jika generasi yang lahir dalam era PPPM 2013 2025 dapat
dibentuk dan dididik seperti yang dirancang . Oleh hal yang demikian , guru perlulah
melengkapan diri dan bersedia melakukan perubahan agar berupaya melhirkan
kesemua hasrat tersebut . Penguasaan ilmu pengetahuan bagi setiap guru amatlah
penting dalam menjayakan hasrat untuk melahirkan pelajar yang mempunyai
Kemahiran Berfikir Aras Tinggi ( KBAT ) seperti yang dituntut oleh PPPM .
Langkah Kementerian Pendidikan Malaysia memperkenalkan alat berfikir dan
mengeluarkan banyak dana seperti i Think perlu dimanfaatkan secara serius . Hal
ini demikian kerana , untuk melahirkan murid yang mempunyai KBAT , guru juga
perlu melakukan anjakan paradigma , sebagai contoh pelajaran secara berpusatkan
guru serta pembelajaran berorentasikan peperiksaan tidak lagi diamalkan .
Sehubungan dengan itu , setiap murid perlu menguasai pelbagai kognitif termasuk

dapat menyelesaikan masalah dan mempunyai pemikiran yang kreatif dan inovatif .
Usaha untuk melahirkan murid yang mahir berfikir turut dilakukan di sekolah ,
khususnya melalui P & P . Dalam proses tersbut , murid didedahkan pelbagai jenis
soalan , termasuklah yang memerlukan daya pemikiran yang kritis dan kreatif .
Dalam era transformasi pendidikan , guru hendaklah menghasilkan murid yang
mampu berfikir secara kreatif dan kritis serta memperkembangkan potensi murid
dalam semua aspek JERIS bagu mencapai pendidikan bertaraf anatarabangsa .
Menurut Mok Soon Sang ( 2007 ) , Profesor Syed Muhammad al Alatas
menyatakan ilmu merupakan sesuatu yang bermakna dan membawa penyaburan
serta semangat kepada jiwa manusia . Hal ini menunjukkan ilmu merangkum semua
aspek kehidupan luaran dan dalam jiwa manusia . Guru sebagai pengamal ilmu
perlu mempraktikkan budaya ilmu seperti membaca , berfikir , memerhati , berkarya ,
terlibat dalam sumbangan , dan bertukar fikiran serta mencari pengalaman baharu
(Ragbir Kour 2007 ) . Dalam P & P , guru akan memindahkan ilmu yang baik ,
meninggikan adab murid , serta memberi tunjuk ajar ke arah kebenaran sebagai
pengamal ilmu .
Untuk melahirkan murid yang berpengetahuan , khususnya untuk meastikan
kanak kanak mengusai kemahiran literasi dan numerasi , guru mampu memainkan
peranan . Kebanyakan guru dapat menggunakan pengalaman dan kemahiran
masing masing untuk mengaplikasikan pelbagai kaedah dan aktiviti P & P dalam
membimbing murid agar menguasai kedua dua kemahiran tersebut . Walaupun
begitu , usaha untuk menggalakkan murid menambahkan pengetahuan dalam
pelbagai bidang agak mencabar .
Hal ini dikatakan demikian sebagai keperluan harian hasrat tersebut murid perlu
menjadikan pembacaan sebagai keperluan harian mereka . Kegagalan pihak
sekolah dan ketiadaaan sokongan yang berkesan daripada pihak lain untuk
membimbing murid agar meningkatkan amalam membaca tidak memungkinkan
murid yang berpengetahuan dapat dilahirkan . Bilangan murid yang gemar membaca
, masih kurang memuaskan . Antara puncanya budaya membaca ini tidak diamalkan

oleh orang dewasa terutama sekali ibu bapa di rumah . Bagi guru yang kurang
membaca pula , mereka kurang cenderung untuk menasihati murid agar membaca .
Jika guru yang berkenaan berbuat demikian , keberkesannya tidak seberapa kerana
guru tersebut tidak dapat menghayati kenikmatan membaca .

Oleh itu peranan guru sebagai pembentuk tingkah lakulah yang dapat
membentuk tingkah laku dari yang negatif kepada positif , iaitu dari tidak suka
membaca kepada tabiat gemar membaca . Menurut pandangan Islam , orang yang
menajdi guru diberi Allah kelebihan berganda . Hadis Nabi Muhammad(SAW)
bermaksud Bahawa orang yang berilmu harus mengajarkan ilmu pengetahuan
kepada orang lain dan perkataan mengajar itu amat terpuji . Menurut Al Ghazali
pula dari perspektif Islam , tingkah laku manusia mempunyai tujuan agama dan
kemanusiaan . Tingkah laku normal atau tidak normal adalah berdasarkan kepada
kekerapan dan berlaku sepanjang masa dan mempunyai masalah psikologi .
Sebarang pembentukan tingkah laku murid haruslah diuruskan oleh guru supaya
murid yang dihasilkan mempunyai tingkah laku yang terpuji dan dapat diterima
umum .
Menurut Lewis M . Beaker ( 2001 ) , tingkah laku adalah sebarang perbuatan
yang dilakukan sama ada secara terus atau tidak , secara sedar atau separa sedar .
Carl Rogers ( 1999 ) , menekankan bahawa seseorang individu bertingkah laku
mengikut persepsi diri sendiri dan keadaan . Sekiranya individu itu mempunyai
konsep kendiri yang positif maka dia berupaya berintetaksi dan bertindak dengan
lebih yakin .
Pengurusan tingkah laku boleh ditakrifkan sebagai satu rancangan untuk
memodifikasikan tingkah laku bermasalah ke satu matlamat yang telah ditetapkan
dengan teknik yang sesuai . Dr . Ragbir Kaur ( 2005 ) , setiap guru mesti ada satu

bentuk sistem pengurusan tingkah laku mengawal kelas , pembelajaran yang sihat
dan produktif .
Guru perlu berusaha membimbing tingkah laku positif dan menghentikan tingkah
laku negatif dan membebaskan murid daripada sebarang gangguan . Kegagalaan
menguruskan tingkah laku akan menyebabkan gangguan emosi yang serius .
Tingkah laku yang tidak diuruskan dengan baik akan memeberi kesan kepada
proses P & P yang akhirnya akan menyebabkan prestasi akademik murid merosot .

Asas penting dalam pembentukkan tingkah laku murid adalah membina


hubungan yang positif anatara guru dan murid di dalam sekolah atau bilik darjah .
Hubungan yang dibina adalah berlandaskan perasaan guru murid terutama di
dalam pendidikan sekolah rendah . Untuk memupuk hubungan kasih sayang dan
tepat kepada murid murid . Dalam masa yang sama guru juga boleh terima pujian
daripada muridnya . Melalui cara ini tingkah laku murid dapat dibentuk dengan lebih
berkesan .
Jadi untuk memupuk tabiat membaca dalam kalangan murid murid , guru
hendaklah merancang strategi dan kaedah yang dapat menarik minat murid seperti
program memberi butang berwarna mengikut bilangan buku dibaca , atau
memberikan hadiah buku kepada murid semasa hari lahir mereka . Guru juga harus
menjadi amalan membaca sebagai aktiviti yang menyeronokkan dan murid dapat
menikmati faedah membaca .
PPPM juga mempunyai matlamat untuk melahirkan pelajar yang mempunyai
keupayaan untuk memimpin. Matlamat ini tidak mudah dicapai kerana tidak banyak
program berkesan untuk melahirkan murid seperti yang dimatlamatkan. Pelajar yang
dianggap bertanggungjawab dan mempunyai pencapaian akademik yang agak baik
akan dilantik sebagai pengawas sekolah. Segelintir yang lain akan dilantik sebagai
pengawas pusat sumber , ketua kelas, pemimpin rakan sebaya, pemimpin persatuan
atau kelab. Perancangan khusus untuk membimbing murid agar menjadi pemimpin

yang berkualiti sehingga kini masih belum jelas. Program untuk melahirkan
pemimpin yang berkualiti tidak dipinggirkan, tetapi hanya dijadikan program
sampingan. Oleh sebab itulah ibu bapa dan murid beranggapan bahawa program
bukan akademik kurang penting,maka sokongan dan sambutan murid terhadap
program sedemikian kurang menggalakkan.
Peranan guru bukan sahaja merangkumi aktiviti P&P berdasarkan kurikulum
dan sukatan pelajaran semata-mata tetapi merangkumi pembentukan akhlak
keseluruhan seseorang murid. Seorang guru yang berkesan akan memastikan
bahawa muridnya menguasai kemahiran yang diperlukan untuk menangani masalah
atau cabaran yang mungkin dihadapi dalam kehidupannya. Oleh itu, guru perlulah
berperanan sebagai pembimbing, bekerjasama dengan pihak sekolah dan ibu bapa
untuk membimbing murid kea rah kehidupan berkualiti dan sihat.
Guru boleh berperanan sebagai mentor di mana peranannya merupakan
kombinasi malatih, menyokong, memberikan bimbingan dan maklum balas yang
membina untuk malatih dan membentuk diri murid-murid sebagai secara langsung
dan tidak langsung semasa di sekolah sama ada semasa aktiviti P&P di dalam kelas
atau semasa aktiviti ko-kurikulum yang diadakan. Peranan guru tidak terbatas
sebagai seorang pengajar semata-mata melaksanakan tugas mereka berdasarkan
skop kurikulum dan arahan pihak pengurusan sekolah. Sebagai pendidik , guru juga
pembimbing dan mendidik pelajar menjadi insan yang sihat , positif dan dapat
memberikan sumbangan kepada masyarakat.
PPPM juga mensasarkan murid dapat menguasai lebih daripada satu
bahasa. Penguasaan lebih daripada satu bahasa memberikan kelebihan yang
banyak kepada seseorang murid. Selain dapat membaca bahan bacaan dalam
pelbagai bahasa, golongan ini lebih mudah berkomunikasi dengan pihak lain dan
seterusnya meningkatkan imej diri. Di sekolah , dua bahasa yang seharusnya
dikuasai oleh murid ialah bahasa kebangsaan, iaitu bahasa Melayu dan bahasa
Inggeris , iaitu bahasa antarabangsa. Tidak dinafikan bahawa guru memainkan
peranan untuk mendidik murid agar menguasai kedua-dua bahasa tersebut. Namun

begitu, walaupun sudah 57 tahun Malaysia mencapai kemardekaannya, namun


masih terdapat murid bukan Melayu yang tidak dapat berbicara dalam bahasa
kebangsaan dengan fasih apabila diajukan soalan dalam bahasa Melayu.
Bagi pelajar di negeri-negeri tertentu seperti Kedah dan Kelantan, masih tidak
memisahkan diri mereka dengan dialek, masalah kemahiran berbahasa akan
timbul.Bagi sesetengah sekolah pula, dialek turut digunakan oleh pihak sekolah
ketika melaksanakan P&P dan juga semasa perhimpunan rasmi sekolah, dengan
alasan memudahkan murid-murid memahami mesejnya. Kelemahan murid untuk
menguasai bahasa Inggeris pula berkait rapat dengan persekitaran murid yang
jarang terdedah pada bahasa antarabangsa itu. Jika masalah ini tidak diberikan
perhatian, sudah pasti ciri pelajar yang dimatlamatkan oleh PPPM tidak dapat
direalisasikan.

Maka di sinilah peranan guru sebagai pengamal reflektif harus sentiasa


mempersoalkan amalan dirinya dan tidak hanya bertindak atas tabiat atau mengikut
arahan semata-mata. Refleksi membolehkan peramalnya menilai, memahami dan
belajar daripada pengalaman. Guru hendaklah membuat refleksi terhadap sesuatu
yang dikaitkan dengan aktiviti pengajarannya. Sesuatu disini bolehlah dikaitkan
demgam kelemahan murid menguasai bahasa Melayu dan bahasa Inggeris. Oleh
itu, guru yang reflektif akan merancang dan bertindak dengan penuh kesedaran
berasaskan teori dan prinsip P&P. Amalan ini boleh diperkembangkan dengan
bertanyakan diri soalan-soalan yang berkaitan dengan perkara-perkara yang
dilakukan sebelum, semasa dan selepas mengajar dengan tujuan mempertingkatkan
kemahiran kemahiran dalam profesion keguruan. Mengikut Schon (1987), apabila
peristiwa atau pengalaman di luar jangkaan berlaku, individu yang berfikir secara
sedar semasa menghadapi permasalahan tersebut telah melakukan refleksi semasa
tindakan. Apabila seseorang merenung kembali tindakannya, membauat analisa

tentang peristiwa lepas dan merancang tindakan susulan, individu tersebut telah
mengamalkan refleksi ke atas tindakan.
Daripada amalan merefleksi, guru dapat membuat penyelidikan untuk
mengatasi masalah yang telah dikenal pasti semasa membuat refleksi. Contoh ,
permasalahan penguasaan bahasa Melayu dan bahasa Inggeris murid-murid. Guru
sebagai penyelidik boleh mengkaji secara sistematik isu amalan bilik darjah,
membuat inkuiri untuk menghasilkan teori dan kefahaman baharu berkaitan
permasalahan yang dihadapi. Dapatan kajian bolehlah dikongsikan dengan guruguru lain di samping membina hubungan dengan rakan taulan dalam usaha mencari
amalan terbaik P&P.
Peranan guru sebagai penyelidik membenarkannya mengkaji sesuatu
peristiwa secara saintifik, membuat analisa berdasarkan bukti empirical dan data
yang sahih seterusnya membantu guru membuat keputusan yang bijak dan
berkesan mengikut teori-teori dan prinsip P&P. Oleh itu, guru dan dengan kerjasama
rakan-rakan sekerja dan panatia, dapat membuat penyelidikan untuk membuat
kajian tindakan terhadap isu masalah penguasaan bahasa Melayu dan bahasa
Inggeris dalam kalangan murid-murid. Diharap dengan adanya kajian tindakan yang
dilakukan maka dapatlah sesuatu tindakan diambil untuk mengatasi masalah ini.
PPPM turut mencatatkan bahawa system pendidikan akan menyediakan
pengalaman kepada kanak-kanak untuk berdepan dengan cabaran apabila dewasa
dengan keupayaan menyelesaikan konflik, bijak membuat pertimbangan, berpegang
pada prinsip ketika berada dalam situasi kritikal dan berani melakukan sesuatu yang
betul. Selain itu, usaha untuk melahirkan murid yang penyayang dan dapat
memberikan sumbangan kepada kesejahteraan komuniti dan negara turut diberikan
penekanan. Bagaimanakah golongan guru dapat memainkan peranan bagi
mencapai hasrat tersebut ?
Antara usaha untuk menzahirkan pelajar seperti yang dihasratkan itu adalah
melalui penyerapan nilai murni sama ada secara langsung ataupun secara tidak
langsung. Selain dilakukan melalui P&P di bilik darjah, penyerapan nilai murni turut

dilakukan ketika melaksanakan aktiviti persatuan atau kelab dan juga melalui aktiviti
yang lain. Perkara ini bukanlah perkara baharu kerana penyerapan kasih saying,
keberanian, tanggungjawab, saling membantu, patriotik dan lain-lain sudah
dilakukan sejak dahulu. Walaupun begitu, usaha yang dilakukan guru di sekolah
kadangkala kurang menampakkan kesan positifnya memandangkan masih terdapat
pelajar yang tidak memiliki ciri seperti yang dimaksudkan itu. Usaha penyerapan nilai
murni ini tidak harus dilakukan bermusim, sebagai contoh, murid-murid dan guruguru bersemangat patriotik bila berada di bulan sambutan kemerdekaan sahaja.
Tetapi bila tempoh sambutan berakhir,seolah-olah ia hanya sekadar sambutan Hari
Kemerdekaan sahaja. Semangat patriotik bukan sahaja melalui kibaran bendera dan
pemakaian baju sahaja malah sepatutnya berterusan dan tersemadi di dalam jiwa
dan nurani setiap rakyat Malaysia.
Maka guru sebagai agen sosialisasi, guru berperanan membentuk individu
yang mampu, bersosialisasi dan memiliki kecedasan emosi yang tinggi agar dapat
menyesuaikan diri dalam dunia pekerjaan kelak. Guru yang memahami peresaan diri
dan orang lain mempunyai kawalan diri dan motivasi diri akan mempamerkan sifat
empati serta mampu membantu pelajar membentuk emosi yang sihat. Guru juga
dapat membentuk diri murid dengan konsep kendiri positif serta membina keyakinan
diri untuk mencapai potensi mereka.

3.0 Rumusan :
Kesimpulannya, kegagalan melahirkan lebih banyak murid yang memenuhi enam ciri
seperti yang dinyatakan dalam artikel ini tidak harus dipertanggungjawabkan kepada
pihak guru semata-mata. Persekitaran tempat tinggal murid-murid tidak kurang
pentingnya dalam mempengaruhi jati diri murid-murid. Murid yang tinggal dalam
keluarga yang mementingkan ilmu, mengamalkan nilai murni dalam aktiviti harian
dan memperlihatkan nilai patriotik secara tidak langsung mempengaruhi murid untuk
mencontohi ahli keluarga mereka. Demikian juga halnya dengan rakan sebaya dan

masyarakat setempat. Sekiranya murid sering bergaul dengan rakan-rakan yang


biasa berkomunikasi dalam dwibahasa, sudah pasti murid berkenaan akan turut
sama berbahasa dwibahasa.
Oleh yang demikian, tidak dapat dinafikan tugas dan tanggungjawab guru
adalah berat dalam usaha membentuk generasi negara masa depan yang mampu
menangani segala perubahan dan tuntutan masa. Maka iltizam, semangat dan sikap
yang positif sahaja yang mampu menonjol imej guru yang dapat memainkan
peranan yang cukup berkesan. Kepelbagaian tugas, tanggungjawab inilah member
cabaran pada guru bagi meningkatkan segala kualiti, sifat mahupun akauntabiliti
kepada bidang profesionalisme ini agar ia terus dipandang megah oleh masyarakat
dan dapat mendukung hasrat negara menaikkan mutu pendidikan negara setaraf
antarabangsa. Tegasnya, peranan guru di sekolah amat penting dalam melahirkan
murid seperti yang dimatlamatkan oleh PPPM. Namun begitu, keberkesanannya
juga bergantung pada pihak lain.

Anda mungkin juga menyukai