Anda di halaman 1dari 2

Slaid 10

Slaid ini digunakan semasa sesi pengajaran dalam sesi P&P. Slaid ini
menunjukkan salah satu haiwan yang tinggal dalam cuaca panas yang melampau
iaitu badak air. Ciri-ciri khas dan tabiat haiwan memastikan tubuh badan mereka
sentiasa sejuk dengan berkubang dalam lumpur. Haiwan ini dipilih kerana terdapat di
buku teks maka ia sesuai dengan objektif pembelajaran. Secara keseluruhannya,
warna yang digunakan dalam slaid ini menghasilkan impak panas kerana pemilihan
warna yang berunsurkan warna-warna yang panas seperti merah dan jingga.
Maklumat ditulis dalam kotak dengan saiz tulisan yang besar di samping memberi
penegasan kepada isi utama maklumat dengan menggunakan warna kuning serta
digariskan. Gambar yang bersaiz besar diletakkan kerana ia dapat memberikan
rangsangan positif kepada murid untuk menjadi lebih berminat terhadap sesi
pengajaran dan pembelajaran. Terdapat butang home yang disediakan di hujung
sebelah kanan pda bahagian bawah dalam slaid ini bagi memudahkan guru untuk
kembali ke slaid ketiga yang mengandungi isi kandungan utama slaid. Selain itu,
dalam slaid ini juga terdapat butang next dan previous bagi memudahkan guru
untuk terus ke slaid yang seterusnya atau kembali ke slaid sebelumnya.

Anda mungkin juga menyukai