Anda di halaman 1dari 2

ARKIB : 29/04/2013

Terap budaya integriti dalam P&P


Oleh Norizan Abdul Muhid
pendidikan@utusan.com.my

Datuk Sufa'at Tumin (tiga dari kiri) bersama pemenang Pertandingan Pidato Integriti Piala Menteri
Pelajaran Malaysia 2013 antara Instiitut Pendidikan Guru di Auditorium Institut Integriti Malaysia,
Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Guru disaran membudayakan elemen integriti dan etika secara aktif


dalam proses pengajaran dan pembelajaran (P&P) sebagai satu usaha
membina serta memelihara generasi masa depan yang berpekerti
mulia.
Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia (Operasi Pendidikan), Datuk Sufa'at
Tumin berkata, pembudayaan integriti adalah satu proses berterusan yang turut
melibatkan peranan pelbagai institusi masyarakat seperti keluarga, pendidikan
dan media massa yang kini semakin terhakis.
''Dalam Institut Pendidikan Guru (IPG), pembudayaan menuntut pemimpin
bertindak sebagai suri teladan manakala anggota lain pula menzahirkan kod itu
dalam tindakan mereka.
"Penerapan integriti ini selaras dengan aspirasi Pelan Pembangunan
Pendidikan 2013-2025 agar setiap murid dipersiap untuk berani
menghadapi cabaran dan menegakkan keadilan serta menyelesaikan
konflik," jelasnya.
Beliau berkata demikian ketika berucap dalam pertandingan akhir Pidato Integriti
Antara Institut Pendidikan Guru (IPG) Piala Menteri Pelajaran Malaysia di Kuala
Lumpur baru-baru ini.
Yang turut hadir Timbalan Rektor IPG Malaysia, Dr. Lee Boon Hua dan Presiden
Institut Integriti Malaysia (IIM), Datuk Dr. Mohd. Tap Salleh.

Pertandingan yang bertemakan 'Integriti Asas Kelangsungan Generasi' itu kali


keempat diadakan dan disertai 50 bakal guru mewakili 25 IPG.
Menurut Boon Hua, guru berperanan besar dalam merealisasikan aspirasi
kerajaan untuk melahirkan generasi Malaysia yang mengamalkan integriti dalam
menjalankan tugas sama ada sektor awam, swasta atau bekerja sendiri.
"Guru berperanan menerapkan nilai murni yang berkaitan integriti
supaya budaya yang mulia ini tersemai dalam jiwa anak-anak sejak
mereka kecil lagi." tegasnya.
Malah, katanya, sebagai role model kepada murid-murid dan masyarakat, sudah
tentu guru-guru perlu menunjukkan nilai integriti yang tinggi untuk dicontohi.
''Sebagai bakal pendidik, pengetahuan tentang integriti ini amat
berguna untuk diaplikasikan dalam pengajaran dan pembelajaran (P&P)
sebagai salah satu cabang ilmu yang merentas kurikulum," tambahnya.
Dalam pertandingan itu, johan disandang oleh penuntut IPG Kampus Datuk
Razali Ismail, Hulu Terengganu, Muhammad Iqbal Zahamuddin manakala naib
juara pula menjadi milik Ronald James dari IPG Keningau dan Syafiq A.Ghani dari
IPG Perlis menduduki tempat ketiga.
Sementara itu, Muhammad Iqbal ketika ditemui berkata, usahanya menyertai
pertandingan itu buat kali ketiga tahun ini akhirnya membuahkan hasil.
"Walaupun pernah dua kali gagal, saya menjadikannya sebagai pendorong untuk
membaiki kelemahan.
"Saya mengambil masa kira-kira seminggu untuk membuat persediaan
menyertai pertandingan ini,'' kata pemuda kelahiran Pahang itu.
Kemenangan itu melayakkan Muhammad Iqbal membawa pulang wang tunai
RM3,000, piala iringan, trofi dan sijil penyertaan.
Pemenang tempat kedua menerima RM2,000 manakala tempat ketiga pula
menerima RM1,000.

Artikel Penuh: http://ww1.utusan.com.my/utusan/Pendidikan/20130429/pe_01/Terapbudaya-integriti-dalam-P&P#ixzz3dsKQTJ6p


Utusan Melayu (M) Bhd

Anda mungkin juga menyukai