Anda di halaman 1dari 42

Projek Pustaka Alaf Azhari, MANHAL

_______________________________________________________________________________________

PENGENALAN EKONOMI ISLAM


Islam merupakan agama samawi yang lengkap meliputi segala aspek dalam
pelbagai samada dari aspek kerohanian, kebendaan dan jasmani. Islam bukan sahaja
merupakan akidah semata-mata tetapi ia juga meliputi peraturan mengenai politik,
ekonomi dan kemasyarakatan. Rasulullah saw sendiri melaksanakan pemerintahan di
Madinah Al-Munawwarah yang meliputi aspek-aspek ekonomi seperti mengadakan pasar
muamalat secara Islam. Dari sini ekonomi Islam telah berkembang berdasarkan syariat
Islam bagi membentuk peradaban dunia yang beretika dan berakhlak tinggi. Islam
menyediakan sebuah sistem ekonomi yang sempurna di dalam mempergunakan sumbersumber yang dikurniakan oleh Allah bagi memenuhi keperluan-keperluan yang
dikehendaki oleh semua manusia, serta menyediakan keadaan-keadaan yang dapat
menjadikan kehidupan ini lebih selesa. Islam menganggap kekayaan sebagai satu
amanah dari Allah dan mestilah digunakan dengan baik kerana ia adalah satu ujian akidah
dan pemilikan manusia hanya sebagai pemegang amanah, yang diamanah dengan tujuan
mencapai objektif-objektif Allah. Dua objektif yang terpenting ialah kesejahteraan manusia
sejagat dan keadilan sosioekonomi.

Ekonomi Islam
Kedatangan Islam sejak 14 kurun yang lalu telah membawa asas-asas dan panduan yang
lengkap bagi membentuk dan melaksanakan ekonomi Islam walaupun nas-nas al-Quran
mengenainya adalah secara umum kecuali nas-nas mengenai harta pusaka yang
diturunkan secara detail dan lengkap. Ekonomi ini telah dilaksanakan pada pemerintahan
baginda Rasulullah, pemerintahan para khulafa al-Rasyidin dan pemerintahan selepas itu.
Maksud ekonomi Islam ialah pembinaan etika pengurusan ekonomi yang bertepatan
dengan syarak dan asas-asas ekonomi.
Dari segi istilah ekonomi Islam terbahagi kepada 2 bahagian iaitu:
Pertama : Asas-asas tetap yang dikenali sebagai ideologi yang merupakan asas-asas
yang telah dijelaskan dalam al-Quran yang sewajibnya manusia patuhi. Ia merupakan
perkara yang tetap dan tidak akan berubah walaupun dengan perubahan masa, keadaan
dan tempat.

Projek Pustaka Alaf Azhari, MANHAL


_______________________________________________________________________________________

Kedua : Asas-asas yang berubah yang dikenali sistem pengurusan. Prinsip ini
berdasarkan etika pengurusan ekonomi dan peraturannya. Ia merupakan pola-pola yang
yang boleh berubah mengikut situasi keadaan, masa dan tempat serta keperluan
masyarakat dan negara. Perkara ini adalah berkaitan dengan cara perlaksanaan,
pengurusan

bagi membina ekonomi Islam dalam menyelesaikan

permasalahan

masyarakat yang sentiasa berubah.

Asas-asas yang tetap.


Asas yang tetap ialah perkara yang pokok dan asas yang telah ditetapkan oleh syarak
melalui al-Quran dan as-Sunnah yang semestinya dipatuhi oleh umat Islam sepanjang
masa dan tempat. Ia dikenali sebagai Ideologi ekonomi Islam (Mazhab Iqtisodi al-Islami).
Di antara perkara yang tetap yang terkandung dalam al-Quran dan as-Sunnah mengenai
ekonomi ialah :
1.Tuhan ialah Pemilik.
Segala harta perbendaharaan di semesta alam ini adalah milik Allah dan manusia hanya
diberi amanah untuk memelihara dan menjaganya.
Firman Allah yang bermaksud : Dan hanya kepunyaan Allahlah apa yang ada di langit dan
apa yang ada di bumi (al-Najm 31)
Dan nafkahlah sebahagian dari harta kamu yang Allah telah jadikan kamu
menguasainya ( al-Hadid 7)
Dialah jua yang memiliki segala yang ada di langit dan di bumi serta yang ada di antara
keduanya dan juga yang ada di bawah tanah basah di bawah perut bumi (Taha 6)
Kefahaman manusia mengenai konsep harta yang diamanah oleh Allah untuk mereka
menguruskannya merupakan aspek yang terpenting yang menjadikan manusia perlu
sentiasa beriltizam dengan manhaj Ilahi. Apabila konsep Allah ialah Pemilik sudah
tersemat dalam hatinya, maka akan lahir golongan yang sentiasa bersyukur kepada Tuhan
kerana kurniaan nikmat yang telah diberikan oleh Allah. Ia juga merasa mulia kerana
sebahagian daripada harta kekayaan Tuhan telah diserahkan kepadanya untuk diuruskan.
Perlu diingatkan bahawa kesemua harta , tubuh, badan, jasad dan ruh adalah ciptaan

Projek Pustaka Alaf Azhari, MANHAL


_______________________________________________________________________________________

Allah dan hak miliknya. Allah bebas memberi dan menarik segala harta jika Ia kehendaki.
Berapa ramai orang yang miskin telah menjadi kaya dan orang yang kaya menjadi miskin.
Kesemua ini adalah tertakluk kepada kekuasaan dan kehendak Allah yang Maha Perkasa.
Manusia hanya mempunyai tekad, usaha dan azam dalam mencari perkara yang ingin
diperolehi dalam hidpnya. Dengan usaha dan tekad yang gigih manusia akan dapat
sesuatu hasil dari harta kekayaan Tuhan. Walaupun manusia mengatakan bahawa harta
yang diperolehi hasil titik peluhnya tetapi sebenarnya adalah pemberian dari Tuhan untuk
menguji samada manusia itu bersyukur atau tidak. Melalui keazaman dan tekad manusia
menjuruskan segala usaha untuk menggunakan tubuh badan dan pancaindera yang
merupakan ciptaan Tuhan dan harta Allah untuk mencari kekayaan di dunia ini. Oleh itu
segala harta kekayaan yang dimiliki oleh manusia adalah milik Allah yang diamanahkan
untuk kita mengurus, memelihara dan berbelanja dengan sederhana sambil bersyukur. Di
hari akhirat Allah akan menanyakan setiap hambaNya mengenai harta kekayaan, dari
mana dia memperolehi dan kemana dibelanjakannya.
2.Jaminan harta kepada setiap individu dan masyarakat.
Firman Allah yang bermaksud Tahukah kamu orang yang mendustan agama itulah orang
yang mengherdik anak yatim dan tidak menganjurkan memberi makan orang miskin. (alMaaun 1-3)
Dan orang-orang yang dalam hartanya tersedia sebahagian tertentu bagi orang yang
miskin yang meminta dan orang yang tidak mempunyai apa-apa yang tidak mahu
meminta (al-Maarij 24-25)
3.Menegakkan keadilan sosial dan perseimbangan ekonomi di antara anggota
masyarakat.
Ekonomi Islam berteraskan keadilan dan seimbang, tidak ada jurang yang begitu jauh
antara oarng miskin dengan orang kaya. Persaudaraan yang dipupuk oleh Islam akan
berhasil sekiranya perseimbangan dan agihan kekayaan adalah saksama dikalangan
masyarakat. Pendapatan dan pengagihan yang ketidaksamaan yang berleluasan sudah
tentu akan merosakkan persaudaraan umat Islam. Islam amat menekankan keadilan
sosial dan perseimbangan ekonomi supaya setiap individu dijamin dapat menikmati taraf
hidup yang sempurna sejajar dengan manusia sebagai khalifah di muka bumi ini. Firman

Projek Pustaka Alaf Azhari, MANHAL


_______________________________________________________________________________________

Allah yang bermaksud Supaya harta itu jangan hanya beredar diantara orang-orang kaya
sahaja dikalangan kamu (al-Hasyr 7)
Ayat ini menerangkan bahawa tidak harus harta kekayaan itu hanyaa berlegar dalam satu
bilangan yang kecil tanpa kelompok yang lain.
Sabda Rasulullah saw yang bermaksud : Ambillah harta dari orang kaya dikalangan
kamu dan diberikan kepada orang-orang miskin.(1)
Adalah menjadi tanggungjawab ketua negara bagi menjamin setiap individu mendapat
taraf hidup yang sempurna, memberi bantuan kepada yang kurang mampu.
Sabda Rasulullah saw yang bermaksud : Tanggungan yang ditinggalkan oleh orang yang
telah pergi akan menjadi tanggungjawab kita.(2)
Sabda Rasulullah yang bermaksud: Orang yang dijadikan oleh Tuhan pentadbir tentang
hal ehwal orang-orang Islam, tetapi dia terus tidak mengambil peduli terhadap keperluan
mereka dan kemiskinan mereka, Tuhan juga tidak akan memperdulikan keperluan dan
kemiskinannya.(3)
Baginda juga pernah bersabda: Pemerintahan negara menjadi pembantu orang yang
tidak ada pembantunya.(4)
Sebuah masyarakat Islam ialah hidup dalam keadaan bantu-membantu dalam sistem
ekonomi dan menjamin taraf hidup yang sempurna bagi semua anggota masyarakat.
Sabda Rasulullah saw yang bermaksud: Orang yang makan hingga kekenyangan
sedangkan jiran tetangganya kelaparan bukanlah merupakan seorang Islam yang
sejati.(5)
Malah Islam menganggap manusia sebagai satu keluarga, hidup dalam keadaan tolong
menolong antara yang kaya dengan yang miskin supaya tidak berlaku jurang yang jauh
antara keduanya. Islam tidak membezakan antara yang kaya dengan yang miskin, yang
tinggi dengan yang rendah, atau yang putih dengan yang hitam. Mereka adalah sama di
hadapan Tuhan dan di hadapan Hukum yang diturunkan olehNya. Tidak harus ada
diskriminasi dari segi kaum, bangsa, warna kulit atau kedudukan. Kriteria yang tunggal

Projek Pustaka Alaf Azhari, MANHAL


_______________________________________________________________________________________

bagi menilai diri manusia ialah watak peribadi yang mulia dan sumbangannya terhadap
Islam dan kemanusiaan.
Rasulullah saw bersabda: Sesungguhnya Allah tidak akan melihat muka kamu atau
kekayaan kamu, Dia akan melihat hatimu dan perbuatanmu.(6)
Orang yang paling mulia antara kamu adalah yang berbudi pekerti terbaik.(7)
Saidina Umar sangat prihatin dalam persoalan keadilan pengagihan harta, setiap orang
mempunyai hak yang sama dalam kekayaan masyarakat dan beliau sentiasa memastikan
setiap individu masyarakat menerima bahagiannya. Pernah satu ketika beliau telah keluar
malam dan didapati satu keluarga dalam keadaan kelaparan lantas beliau menanggung
makanan dan diberikan kepada keluarga tersebut.
Saidina Ali telah menyebutkan bahawa Tuhan telah mewajibkan terhadap orang yang
kaya untuk memberi kepada mereka yang miskin apa yang mencukupi untuk mereka. Jika
yang miskin kelaparan atau bertelanjang tanpa pakaian atau dalam keadaan kesusahan,
ini adalah kerana yang kaya telah merampas hak mereka, dan memang layaklah jika
Tuhan menuduh mereka yang bertanggungjawab terhadap perampasan ini dan
menghukumi mereka.
Para Ulamak telah hampir sebulat suara berpendapat bahawa adalah menjadi
tanggungjawab seluruh masyarakat Islam pada keseluruhannya, terutama sekali
tanggungjawab yang kaya khususnya untuk menjaga keperluan asas bagi mereka yang
miskin, dan jka yang berada tidak memenuhi tanggungjawab mereka meskipun mereka
mampu berbuat demikian, negara haruslah memaksa mereka.
Oleh itu, pemerintah harus memastikan keadilan memberi hak kekayaan di kalangan
anggota masyarakat dan adalah tanggungjawab orang kaya menolong orang yang miskin
dengan bersedekah atau memberi zakat dan lain-lain lagi.
4.Menghormati harta-harta yang dimiliki oleh pemiliknya.
Islam mengharamkan mencuri, merompak harta orang lain tanpa ada keiizinan syarak,
malah Islam menyuruh kita menghormati dan memelihara harta milik orang lain. Firman

Projek Pustaka Alaf Azhari, MANHAL


_______________________________________________________________________________________

Allah yang bermaksud : Bagi lelaki ada bahagian daripada apa yang mereka kerjakan
dan bagi wanita ada bahagian daripada apa yang mereka usahakan. (an-Nisa 32)
Laki-laki yang mencuri dan perempuan yang mencuri, potonglah tangan kedua-dua
sebagai balasan bagi apa yang mereka kerjakan dan sebagai siksaan dari Allah.
(al-Maidah 38)
Rasulullah bersabda yang bermaksud : Setiap muslim atas muslim yang lain haram
ke atasnya darah, harta dan maruah.(8)
Sabda Rasulullah yang bermaksud Sesiapa yang terbunuh bagi mempertahankan
hartanya adalah syahid. (9)
5.Kebebasan yang terikat dalam memiliki harta.
Seseorang itu bebas memiliki harta sebanyak mana yang mungkin tetapi hendaklah
dengan cara yang dibenarkan oleh syariat Islam, ia tidak boleh memiliki harta dengan cara
riba, peras ugut dan memakan harta anak yatim dan mengambil secara batil. Firman Allah
yang bermaksud Dan janganlah sebahagian kamu memakan harta sebahagian yang lain
di antara kamu dengan jalan yang batil (al-Baqarah 188)
Dan Allah menghalalkan jual beli dan mengharamkan riba (al-Baqarah 275)
6. Memakmurkan pertumbuhan ekonomi yang menyeluruh.
Firman Allah yang bermaksud Dia telah menciptakan kamu dari bumi (tanah) dan
menjadikan kamu pemakmurNya (Hud 61)
Dan Dia menundukkan untuk kamu apa yang ada di langit dan apa yang ada di bumi
semua (sebagai rahmat) daripadaNya (al-Jaatsiyah 13)
Dan carilah kurnian Allah dan ingatlah Allah banyak-banyak supaya kamu beruntung (alJumuah 10)
7. Melarang dari membazir dan menyeru bersedekah.

Projek Pustaka Alaf Azhari, MANHAL


_______________________________________________________________________________________

Segala harta yang dimiliki hendaklah dibelanjakan secara sederhana, tidak terlalu bakhil
dan tidak terlalu boros. Ia sentiasa membelanjakan harta untuk jalan Allah. Firman Allah
yang bermaksud Sesungguhnya pemboros-pemboros itu adalah saudara-saudara
syaitan (al-Isra 27)
Dan janganlah kamu serahkan kepada orang-orang yang belum sempurna akalnya harta
mereka yang ada dalam kekuasaan kamu yang dijadikan Allah sebagai pokok kehidupan.
( an-Nisa 5)
Aspek-aspek yang berubah.
Aspek-Aspek yang berubah ialah khas dalam bentuk pelaksanaan dan pengurusan bagi
menjayakan asas-asas ekonomi Islam dalam masyarakat yang berubah-ubah. Ia meliputi
aspek perancangan, tindakan dan cara penyelesaian yang terbaik dalam masyarakat dan
negara. Di antaranya ialah:
Menerangkan kadar kapasiti kos taraf hidup untuk setiap individu masyarakat. Perkara ini
sentiasa berubah mengikut keadaan dan tempat. Pemerintah berhak menentukan kadar
kos-kos tersebut.
Memastikan keadilan dalam pengagihan harta, menjaga perimbangan ekonomi dalam
masyarakat supaya tidak berlaku jurang yang tinggi.
Memastikan pengeluaran yang cukup untuk keperluan masyarakat dan negara.
Menerangkan aspek-aspek jual beli yang dibenarkan oleh syara dan menjauhkan aspek
penindasan dan riba.
Pelaksanaan teori ekonomi tersebut memerlukan kepada ijtihad semasa disebabkan
perubahan tempat, masa dan perubahan sosial dan maklumat tetapi hendaklah mengikut
dua aspek asas iaitu:
Pertama : Beriltizam dengan asas-asas ekonomi Islam berdasarkan nas-nas al-Quran
dan as-Sunnah.
Kedua : Hendaklah mengambil hukum mengikut cara yang ditetapkan oleh ulama feqah
seperti Qias, Istihsan, Istishab dan sebagainya.

Projek Pustaka Alaf Azhari, MANHAL


_______________________________________________________________________________________

Berdasarkan nas-nas yang berkaitan dengan ekonomi agak sedikit dan umum maka
didapati para khulafa dan imam mujtahidin mengambil pendekatan berdasarkan situasi
keadaan masyarakat ketika itu untuk maslahah umat.
Di sini kita dapati bahawa ekonomi Islam adalah gabungan antara aspek-aspek yang tetap
yang dikenali sebagai Ideologi Ekonomi yang terdiri daripada asas-asas serta usul pokok
yang terkandung dalam al-Quran dan as-Sunnah seperti menghormati harta orang lain,
tidak mencuri, tidak berbelanja boros dengan aspek yang berubah-ubah yang dikenali
sebagai Sistem Ekonomi yang sentiasa berubah-ubah mengikut cara pelaksanaan dan
pengendaliannya.
Sikap Umat Islam kini dalam melaksanakan Ekonomi Islam.
Umat Islam di dunia ini seramai 900 juta orang yang merangkumi 45 buah negara
merupakan satu jumlah yang amat besar. Malangnya kebanyakan negara tersebut masih
lagi mengunakan ideologi ekonomi kapitalis, sosialis dan lain-lain lagi. Kefahaman mereka
mengenai ekonomi Islam agak kurang menyebabkan umat Islam mundur.
Pada awal kurun ini ilmu ekonomi Islam mula dikaji selidik oleh para cendiakawan dan
para ulamak muslim dalam merangka ekonomi Islam yang lebih konkrit selepas
kebanyakan negara Islam mencapai kemerdekaan. Sistem ekonomi barat yang tidak
mementingkan aspek kemanusian, akhlak memaksa cendiakawan Muslim bertambah
yakin bahawa ekonomi Islam merupakan alternatif terbaik bagi umat Islam dalam
mencapai kebahagian hidup yang hakiki. Bagi dunia Islam pendidikan ilmu ekonomi Islam
telah mula diperkenalkan dan proses membina masyarakat berteras aspek-aspek ekonomi
Islam mula mendapat perhatian. Sumber-sumber ilmu ekonomi Islam amat banyak tetapi
terbiar sehinggalah pada waktu ini munculnya cendiakawan Muslim mula meneroka dan
menggali khazanah ilmu ekonomi Islam yang telah lama tersohor. Beberapa persidangan
mengenai ekonomi Islam telah diadakan seperti:
Persidangan antarabangsa yang pertama dalam ekonomi Islam yan diadakan di Mekah di
bawah anjuran Universit Raja Abdul Aziz, Jeddah pada Febuari 21-26 1976, kertas kerja
persidangan ini telah dibukukan dalam bahasa Arab dan bahasa Inggeris dan
diterjemahkan ke bahasa Melayu oleh Dewan Bahasa dan Pustaka daripada sebahagian
dari kertas kerja persidangan tersebut.

Projek Pustaka Alaf Azhari, MANHAL


_______________________________________________________________________________________

Persidangan ekonomi Islam yang diadakan di London pada Julai 1977 anjuran Majlis
Islam Eropah (Islamic Council of Europe) dan kertas kerjanya telah dicetak pada tahun
1979 oleh Majlis Islam Eropah dengan tajuk The Muslem World and
the future Economic order.
Persidangan Ekonomi Islam anjuran Liga Negara-negara Arab pada 9 hingga 11 Febuari
1983 yang diadakan di Universiti Jordan, Amman.
Persidangan kedua ekonomi Islam yang diadakan di Islamabad, Pakistan pada 19 hingga
23 Mac 1983 anuran Universiti Islamabad dengan kerjasama Pusat Antarabangsa
Penyelidikan Ekonomi Islam di Jeddah.
Persidangan Metodologi Ekonomi dalam Islam antara teori dan pelaksanaan yang
diadakan di Kaherah pada 9 hingga 12 April 1983 anjuran Universiti Mansurah Mesir.
Pesidangan Antarabangsa Ekonomi Islam yanga diadakan di Paris pada April 1983.
Persidangan-persidangan yang diadakan oleh Lujnah Penyelidikan Islam Universiti alAzhar juga membincangkan topik ekonomi Islam, peranan zakat, penyelidikan harta dan
lain-lain. Persidangan ini telah diadakan semenjak tahun 1964 dan sebanyak sembilan
persidangan telah diadakan. Antara pembentang kertas kerja yang berkaitan dengan ilmu
ekonomi Islam seperti Syeikh Muhammad Abu Zahrah, Dr. Ali Abdul Wahid Wafi dan lainlain.
Persidangan Lujnah Fiqh Islami kali ke sembilan yang diadakan di Dubai pada 1hb-6hb
Zulkaedah 1515 bersamaan 1hb-6hb April juga telah membahaskan mengenai ekonomi
Islam mengenai saham, pertukaran wang, perjualan emas, penggunaan cek dan
sebagainya. Sebelum ini Persidangan Antarabangsa Fiqh Islami kali pertama diadakan di
Paris pada 1951, kali kedua di Damsiq pada April 1961, kali ketiga di Kaherah pada Mei
1967, kali keempat di Tunis pada Januari 1975 dan kali kelima di Riyadh pada November
1977.
Di dalam negara-negara Islam,Malaysia agak kehadapan dalam isu-isu ekonomi Islam
dengan penubuhan institusi-institusi ekonomi yang sekarang menampakkan hasilnya yang
memuaskan sepeti Bank Islam, Takaful Islam, Baitul Mal, Tabung Haji, YPEIM dan lainlain. Malah subjek ekonomi Islam juga telah diajar di peringkat sekolah menengah dan
Universiti berbanding dengan negara-negara lain yang masih lagi mengajar ekonomi
sosialis dan kapitalis. Subjek ekonomi tidak diajar dengan lengkap dan comperative
dengan sistem yang lain.

Projek Pustaka Alaf Azhari, MANHAL


_______________________________________________________________________________________

Universiti al-Azhar mengajar subjek ekonomi Islam sebagai satu subjek selepas
rombakannya pada tahun 1961 dalam Kuliah Perdagangan dan Kuliah Syariah (bahagian
siyasah syariyyah diperingkat pengajian tinggi) Universiti Raja Abdul Aziz di Jeddah juga
mengajar subjek ini sejak penubuhannya pada tahun 1964.(10) Walaubagaimanapun ia
tidak dapat menghasilkan pakar-pakar dalam bidang ekonomi sehingga rombakkan telah
dibuat selepas Muktamar Ulamak Muslim di Kaherah pada September 1972 mengenai
pentingnya ekonomi Islam diajar di kolej-kolej serta universiti di negara-negara Islam.
Selepas Muktamar Antarabangsa Ekonomi Islam di Mekah pada 1976, barulah
perubahan-prubahan bagi mengajar pelajaran ekonomi Islam semakin berhasil dengan
rombakan di Universiti al-Azhar dengan mengadakan pengajian diperingkat ijazah lanjutan
dalam bidang ekonomi Islam(11) dan juga Universiti Raja Abdul Aziz, Jeddah, Universiti
Jordan Amman, Universiti Umm Durman Khartoum, Universiti Karachi di Karachi,
Universiti Punjab di Lahore. Di Malaysia, Universiti Islam Antarabangsa telah
memperkenalkan subjek ilmu ekonomi Islam sejak awal penubuhannya.
Satu persidangan siyasah syariyyah telah diadakan pada 23 & 24 Januari 1995 anjuran
kerajaan negeri Terengganu juga telah membincangkan mengenai ekonomi di Malaysia.
Antara pembentang kertas kerja ialah Datuk Syed Othman Al Habshi dan Datuk Dr Dbdul
Halim Ismail.
Bagi menjayakan prinsip ekonomi Islam, ia memerlukan beberapa aspek berikut:
Ia memerlukan kepada pakar-pakar perunding mengenai ekonomi Islam sehingga dapat
mengeluarkan kaedah serta jalan penyelesaian berdasarkan asas-asas syariat Islam.
Memerlukan ijtihad yang baru dalam perkara-perkara yang tidak pernah disentuh oleh
fuqaha dahulu atau timbulnya perkara yang memerlukan kepada ijtihad kerana perubahan
masa, tempat dan keadaan sosial. Ijtihad serta pendapat ulamak dahulu mungkin
berdasarkan situasi zamannya, maka perkara itu telah berubah. Pada zaman sekarang
satu kaedah fiqh menyatakan perubahan hukum berdasarkan perubahan masa dan
tempat.
Mereka hendaklah menjelaskan konsep ekonomi Islam dengan jelas. Pada hari ini
kebanyakkan orang menggambarkan bahawa Islam hanya menyatakan persoalan riba
semata-mata tanpa ada jalan penyelesaian bagi perniagaan dan perdagangan dalam
Islam.

10

Projek Pustaka Alaf Azhari, MANHAL


_______________________________________________________________________________________

Perkembangan Pembelajaran Ekonomi Islam dan buku-buku rujukan terpenting.


Pada awal permulaan Islam, perkembangan ekonomi Islam agak terhad iaitu hanya
berkisar mengenai pertanian dan pedagangan. Ulamak-ulamak pada masa ini hanya
mengeluarkan hukum pada masalah yang tertentu sahaja.
Perkembangan ekonomi Islam semakin berkembang pesat apabila negara Islam semakin
luas, maka lahirlah ulamak-ulamak yang mengarang kitab-kitab mengenai muamalat
perdagangan dan jual beli pada kurun kedua hijrah. Walaubagaimanapun, ia bukanlah
satu subjek yang khusus malah ia terangkum dalam bab feqah yang lain.
Kitab-kitab feqah turath yang membicarakan mengenai persoalan ekonomi dan muamalat:
Fiqh Maliki
Al-Mudawanah al-Kubra-Imam Malik bin Anas, diriwayat oleh Imam Shahnun.
Bidayaul Mujtahid Wa Nihayatul Muqtasid-Imam Abu Walid Muhammad bin Rush.(w595)
Al-Jamei Al-Ahkam al-Quran- Imam Abdullah Al-Qurtubi (w671)
Syarah al-Kabir Imam Ahmad Al-Dardir.(w1201 H)
Hasiyah al-Dasuki Muhammad bin Ahmad bin Arfah al- Dasuki (w 1230 H)
Fiqh Hanafi
Al-Ahkam al-Quran- Abu Bakar ar-Razi Al-Jasas.(w370 H)
Mabsud Imam Syamsuddin Syarhasi (w483 H)
Tuhfatul Fuqaha Imam Alauddin As-Samarqandi (w540 H)
Badaiq As-Sanaiq Fi Tertib Syaraiq Imam Alauddin Al-Kasani (w587)
Radu al-Muktar ala Dar al- Muktar Ibnu Abidin (1252 H)
Fiqh Syafie
Al-Umm Imam Muhammad bin Idris As-Syafie (w 201 H)
Al-Ahkam al-Sultaniah Abu Hassan Al-Mawardi (w 450 H)
Al-Majmuk Imam Nawawi (w 657 H), Imam Subki dan Imam Mutie
Al-Asbah Wan Nazair Imam Jalaluddin As-Sayuti (w 911)
Mugni Muhtaj syarah Minhaj Syarbini (w 977 H)
Nihayatul Muhtaj Ila Syarah al-Minhaj Imam Ar-Ramli (w1004 H)

11

Projek Pustaka Alaf Azhari, MANHAL


_______________________________________________________________________________________

Fiqh Hambali
Al-Ahkam al-Sultaniah Abu Yala Al-Hanbali (w 458 H)
Al-Mugni Imam Ibnu Muhammad bin Qudamah (w 620 H)
Al-Fatwa Al-Kubra Imam Taqiuddin bin Taimiyah (w 728 H)
Ilam Al-Mawaqiien Imam Ibnu Qaiyim (w 751 H)
Fiqh Perbandingan
al-Mahally Imam Abi Muhammad Hazim Az-Zahiri al-Andalusi (w 456H)
Ar-Raudah Al-Nadair Imam Syarifuddin as-Sanani (w 1221 H) iaitu syarah kepada kitab
Majmuk Fiqh al-Kabir karangan Imam Zaid bin Ali (w 132 H) merupakan kitab bagi fiqh
Zaidiah.
Kitab turath yang berkaitan dengan ekonomi Islam.
Kharaj-Abu Yusuf Yaakub bin Ibrahim Al-Kufi al-Ansari(w172H). Beliau mengarang kitab ini
atas permintaan khalifah Harun ar-Rasyid bagi pengurusan perbendaharaan wang negara.
Kharaj- Yahya bin Adam al-Qarsy (w 203H)
Amwal- Abu Ubai Qassim bin Salam (w 224 H)
Amwal- Al-Hamid bin Zanjawiyah (w 251H)
Futuhul Buldan- Ahmad bin Yahya Jabir- dikenali dengan Balazari (w 329 H)
Muqadimah- Abdul Rahman Abu Zaid Waliuddin bin Khaldun (w 808 H)
Asas-asas ekonomi Islam
Asas-asas ekonomi Islam atau keistimewaannya bolehlah dirumuskan kepada 3 perkara:
Gabungan antara perkara yang tetap dengan perkara yang berubah.
Gabungan antara dua maslahah iaitu antara maslahah individu dan maslahah umum.
Gabungan antara maslahah kebendaan dan keperluan kerohanian.
Ekonomi Islam dari usul merupakan Iqtisad Ilahi (Ekonomi yang bertunjangkan sistem
tuhan) manakala dari segi pelaksanaan merupakan Iqtisad wadaie iaitu ekonomi yang
menggabungkan antara asas yang tetap dengan perkara pelaksanaan yang berubah.
Asas yang tetap iaitu dari segi asas-asas yang terkandung dalam al-Quran dan as-Sunnah
seperti yang telah diterangkan sebelum ini. Usul-usul ini tidak berubah walaupun
berlakunya perubahan tempat dan masa.

12

Projek Pustaka Alaf Azhari, MANHAL


_______________________________________________________________________________________

Asas yang berubah dan berkembang iaitu cara pelaksanaan berdasarkan usul-usul yang
tetap yang boleh berubah kerana faktor persekitaran, tempat dan masa yang dikenali
sebagai sistem ekonomi Islam seperti ijtihad Saidina Umar bin Khatab yang
menganggap tanah pembukaan di Syam dan Iraq sebagai pemilikan negara dan tidak lagi
menyerahkan tanah tersebut kepada individu pembukanya sebagai harta rampasan
perang iaitu Ghanimah
Dari keterangan di atas dapatlah disimpulkan bahawa ekonomi Islam terdiri daripada tiga
aspek terpenting:
Ekonomi Islam iaitu ekonomi Ilahi dari segi ideologi dan wadaie dari segi pelaksanaannya.
Ekonomi Islam bersesuaian untuk semua tempat, masa dan tidak terikat dengan peringkat
tertentu dari segi sejarah.
Peraturan ekonomi Islam berlainan dengan kelainan tempat dan masa, ia tidak terikat
dalam bentuk dan saiz yang tertentu.
Dari sini adalah satu kesilapan jika sekiranya ada suara-suara yang ingin mengembalikan
ekonomi Islam seperti zaman khulafa Al-Rasyidin sedangkan zaman kita bukanlah zaman
khulafa al-Rasyidin, masalah baru yang timbul memerlukan ijtihad dan pelaksanaan yang
berlainan dengan zaman-zaman yang sebelumnya. Perubahan pelaksanaan mungkin juga
boleh berlaku dalam satu masa tapi berlainan tempat umpamanya pelaksanaan di
Malaysia berkemungkinan berlainan di negara-negara yang lain.
Sememangnya pelaksanaan ekonomi Islam pada zaman khulafa merupakan contoh
berdasarkan asas syarak tetapi ia bersesuaian pada masa itu. Apabila pertumbuhan telah
berkembang, maka pelbagai bentuk dan saiz yang memerlukan kepada kaedah dan cara
metodologi yang baru.
Perbezaan-perbezaan pelaksanaan dibolehkan asalkan ia tidak bercanggah dengan
prinsip syariat yang asas bagi sistem ekonomi Islam. Segala bentuk ijtihad yang ingin
dikeluarkan mestilah merujuk kepada syariat Islam dan

hukum yang berkaitan

dengannya.
Gabungan antara dua maslahah iaitu maslahah individu dan maslahah masyarakat
memerlukan keseimbangan diantara keduanya disamping kepentingan negara. Negara

13

Projek Pustaka Alaf Azhari, MANHAL


_______________________________________________________________________________________

memerlukan pendapatan yang tinggi melalui hasil kekayaan sumber asli, cukai, zakat dan
pinjaman dan pengagihan yang saksama di kalangan anggota masyarakat bagi memenuhi
keperluan asas bagi mereka. Seseorang itu bebas memiliki harta tetapi ia terikat dengan
kepentingan umum yang seharusnya ditunaikan. Keseimbangan antara dua kepentingan
ini amat penting bagi menjamin taraf hidup dan jaminan sosial yang kuat. Sesungguhnya
umat Islam merupakan umat yang sederhana, seimbang dan pertengahan dalam semua
bidang hidup. Kepentingan ekonomi dalam setiap individu dan masyarakat seharusnya
ada keseimbangan dengan mengikut keutamaan dari segi dharuri, Hajiyyat dan Tahsinat
dan menjaga kuliyyat al-khamsah iaitu agama, diri, akal, keturunan dan maruah.
Ekonomi Islam tidak menjadikan kepentingan individu sebagai matlamat dan menafikan
hak-hak kepentingan umum seperti ekonomi kapitalis atau hanya mementingkan aspek
kepentingan umum sehingga menolak kepentingan individu dalam menikmati taraf hidup
yang sempurna seperti ekonomi sosialis. Ekonomi Islam adalah menjaga perseimbangan
antara kedua kepentingan tersebut seperti ungkapan dalam al-Quran, firman Allah yang
bermaksud: Kamu tidak menganiaya dan tidak pula dianiaya (al-Baqarah 279)
Seimbang antara kerohanian dan kebendaan.
Manusia diciptakan oleh Allah swt mempunyai sifat sukakan harta kekayaan. Al-Quran
telah menceritakan perkara itu dengan firmanNya yang bermaksud: Dan dihiaskan (dan
dijadikan indah) kepada manusia: Kesukaan kepada benda-benda yang diingini nafsu,
iaitu perempuan-perempuan dan anak-anak, harta benda yang banyak yang berpikulpikul, daripada emas dan perak, kuda peliharaan yang hebat lagi terlatih dan binatangbinatang ternakan serta kebun-kebun tanaman. Semuanya itu ialah kesenangan hidup di
dunia dan (ingatlah) Allah telah menyediakan tempat yang sebaik-baiknya untuk kembali
(iaitu syurga). (Al-Imran 14)
Dan sesungguhnya manusia sangat bakhil kerana terlalu sayangkan harta.(al-Aadiyaat
8)
Kedua-dua ayat ini menjelaskan mengenai sifat manusia yang terlalu sayangkan harta
benda yang menyebabkan mereka telah lalai dalam proses membina diri melalui
tazkiyatun nafs. Berlaku tidak keseimbangan antara amalan kerohanian dengan pencarian
harta kekayaan. Mereka terlalu asyik mencari harta kekayaan sehingga lupa untuk

14

Projek Pustaka Alaf Azhari, MANHAL


_______________________________________________________________________________________

bersyukur kepada Allah melalui sembahyang, berdoa, bersedekah dan melakukan amalan
kebajikan untuk masyarakat dan negara. Allah sangat gembira jikalau hambaNya yang
mempunyai harta kekayaan tetapi ianya tidak melalaikan ia dari sentiasa mengingati Allah.
Firman Allah bermaksud: Lelaki yang tidak dilalaikan oleh perniagaan dan tidak pula oleh
jual beli dari mengingati Allah, daripada membayar zakat. Mereka takut kepada satu hari
pada hari itu hati dan penglihatan menjadi goncang.(an-Nur 37)
Oleh kerana manusia dijadikan oleh Allah yang mengandungi unsur-unsur kerohanian dan
kebendaan, ia memerlukan perseimbangan antara kedua-duanya. Islam mencantumkan
aspek kerohanian dan material kehidupan ini dengan begitu lengkap dan kukuh yang
menjadi sumber kekuatan bersama bagi menuju kesejahteraan dan kebahagian hidup
manusia. Pemisahan antara dua aspek ini akan mengakibatkan kepincangan hidup
manusia. Pada hakikatnya, tidak ada pembahagian dan pemisahan antara aspek
kerohanian dan material dalam Islam. Kedua-duanya hendaklah selari dan seimbang.
Oleh itu masyarakat Islam akan mencapai kejayaan sekiranya mereka mencapai tahap
semaksima dari segi kerohanian dan memenuhi keperluan asas kehidupan dengan
sempurna dan lengkap secara seimbang. Keperluan, asas yang diperlukan oleh manusia
adalah yang terdiri dari aspek pekerjaan, tempat tinggal yang sempurna, makanan dan
pakaian yang mencukupi dan pendidikan bagi mengembangkan bakat yang tersedia ada
dalam setiap individu.
Saranan-saranan bagi menjayakan ilmu Ekonomi Islam.
Merumus semula metodologi ilmu ekonomi Islam yang bersesuaian pada konteks masa
kini berdasarkan dari segi persekitaran, masa dan tempat.
Melaksanakan perbelanjaan perbandingan antara sistem ekonomi yang lain dengan
ekonomi Islam dari segi ideologi, cara pelaksanaan dan keistimewaaannya.
Mengkaji segala khazanah ilmu silam yang berkaitan dengan fiqh muamalat dan
mengeluarkan pendapat-pendapat mereka bagi menyediakan satu sukatan pelajaran yang
sempurna bagi memahaminya.
Menyediakan para cendiakawan muslim pakar dalam bidang ekonomi dengan memberi
galakkan kepada mereka bagi membuat penyelidikan.
Menubuhkan pusat-pusat penyelidikan ekonomi, menggalakkan kerjasama dalam bidang
penyelidikan ilmu ekonomi antara universiti-universiti dan mengkaji tesis M.A dan PhD
dalam bidang ekonomi.

15

Projek Pustaka Alaf Azhari, MANHAL


_______________________________________________________________________________________

Keistimewaan Ciri-Ciri Ekonomi Islam.


Antara ciri ekonomi Islam ialah:
1.Rabbani
2.Kemanusiaan
3.Akhlak
4.Seimbang
Ekonomi yang bertunjangkan ciri rabbani.
Ekonomi Islam adalah bertunjangkan ciri rabbani kerana ia adalah dari Allah, matlamatnya
untuk Allah dan wasilahnya berpandukan syariat Islam. Segala kegiatan ekonomi dari
aspek

pertumbuhan,

penghasilan,

pengeluaran,

pertukaran

dan

pembahagian

bersandarkan asas-asas ciri rabbani dan objektifnya adalah untuk menuntut keredhaan
Allah. Firman Allah yang bermaksud Dialah yang menjadikan bumi ini mudah bagi kamu,
maka berjalanlah di segala penjurunya dan makanlah sebahagian dari rezekiNya, dan
hanya kepadaNyalah kamu kembali setelah dibangkitkan. (al-Mulk 15)
Seorang muslim akan berasa kegiatannya untuk mencari nafkah adalah bagi mencari
keredhaan Allah dan menambahkan ketaqwaan kepadaNya. Oleh itu

ia sentiasa

beriltizam dengan manhaj rabbani dalam berniaga, bercucuk tanam dan sebagainya.
Firman Allah yang bermaksud: Wahai manusia, makanlah yang halal lagi baik dari apa
yang terdapat di bumi (al-Baqarah 168)
Mereka meraikan kurniaan Ilahi secara seimbang dan sederhana, tidak terlalu boros dan
tidak pula terlalu bakhil. Mereka mengikut manhaj rabbani seperti terkandung dalam alQuran dengan firman Allah yang bermaksud: Wahai anak Adam, pakailah pakaianmu
yang indah di setiap memasuki masjid, makan dan minumlah dan janganlah berlebihlebihan. Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang boros. Katakanlah
siapakah yang mengharamkan

rezeki yang baik? Katakanlah siapakah yang

mengharamkan perhiasan dari Allah

yang telah dikeluarkan untuk hambaNya dan

siapakah pula yang mengharamkan rezeki yang baik? Katakanlah: Sesungguhnya itu
disediakan bagi orang-orang yang beriman dalam kehidupan dunia, khusus untuk mereka
sahaja di hari Qiamat. (al-Araf 31-32) Firman Allah yang bermaksud: Dan janganlah

16

Projek Pustaka Alaf Azhari, MANHAL


_______________________________________________________________________________________

kamu jadikan tangan kamu terbelenggu pada leher kamu dan janganlah kamu terlalu
menghulurkannya kerana itu kamu menjadi tercela dan menyesal (al-Isra 29)
Ketika mereka menikmati kurniaan Tuhan mereka bersyukur dan menyatakan itu adalah
rezeki dari Allah untuk hamba-hambaNya yang soleh. Allah telah merakamkan kisah
Sabayang

dikurniakan

nikmat

yang

banyak.

Firman

Allah

yang

bermaksud:

Sesungguhnya bagi kaum Saba ada tanda kekuasaan Tuhan di tempat kediaman
mereka iaitu dalam kebun di sebelah kanan dan di sebelah kiri kepada mereka dikatakan:
makanlah olehmu dari rezeki yang dianugerahkan oleh Tuhanmu dan bersyukurlah kamu
kepadaNya. Negeri kamu adalah negeri yang baik dan Tuhanmu adalah Tuhan yang
Maha Pengampun (as-Saba 15)
Wahai orang-orang yang beriman, makanlah di antara rezeki yang baik-baik yang kami
kurniakan kepadamu dan bersyukurlah kepada Allah jika kamu benar-benar kepadaNya
sahaja kamu menyembah (al-Baqarah 172)
Dan diberikanNya kamu rezeki dari yang baik-baik agar kamu bersyukur. (an-Anfaal 26)
Mereka sentiasa mengikut manhaj rabbani dalam jualbeli dan pertukaran harta benda,
mereka tidak berusaha dalam perkara yang haram, tidak menzalimi orang lain, tidak
menipu, tidak mencuri, tidak memberi rasuah atau menerimanya. Bekerja dalam
lingkungan yang jelas halal, menjauhi yang jelas haram dan sentiasa berhati-hati dalam
perkara syubhat. Firman Allah yang bermaksud Padahal Allah menghalalkan jualbeli dan
mengharamkan riba (al-Baqarah 275)
Wahai orang yang beriman, jangan kamu saling memakan harta sesama kamu dengan
jalan yang batil, kecuali dengan jalan perniagaan yang berlaku dengan suka sama suka di
antara kamu. (an-Nisa 29)
Apabila memiliki harta, mereka tidak megah dan berlagak sombong malah sebahagian
hartanya dibelanjakan kearah kebaikan. Allah telah merakamkan kisah Qarun yang
angkuh selepas Allah mengurniakannya kemewahan. Firman Allah yang bermaksud:
Sesungguhnya Qarun itu adalah termasuk dalam kaum Musa, maka ia berlaku aniaya
terhadap mereka dan kami telah menganugerahkan kepadanya perbendaharaan hartaharta yang kunci-kuncinya sungguh berat dipikul oleh sejumlah orang-orang yang kuat

17

Projek Pustaka Alaf Azhari, MANHAL


_______________________________________________________________________________________

kuat. Ingatlah ketika kaumnya berkata kepadanya: Janganlah kamu terlalu bangga,
sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang membanggakan diri (al-Qashash
76)
Maka Qarun menjawab dengan angkuh, firman Allah yang bermaksud: Qarun berkata:
Sesungguhnya aku diberi harta itu kerana ilmu yang ada pada aku. (al-Qashash 78)
Akidah merupakan asas bagi pembangunan ekonomi.
Tauhid merupakan prinsip dan asas yang amat penting dalam Islam. Ia merupakan
kepercayaan seorang hamba kepada Allah Yang Maha Esa. Apabila tauhid ini tersemat di
dalam hati manusia maka akan terjalinlah hubungan erat antara hamba dengan
penciptaNya dan menafikan sebarang perhubungan yang serupa dengannya. Keunikan
hubungan ini ialah pengakuan seorang hamba untuk menyembah Tuhan Yang Maha Esa
dan segala bentuk kehidupan dunia ini adalah untuk mencari keredhaan Tuhannya dan
menolak sebarang kemungkinan untuk memperakui kewujudan apa jua yang lain yang
patut disembah..
Prinsip Tauhid ini menjadikan seorang hamba sentiasa akur terhadap kekuasaan Tuhan, ia
bertambah yakin bahawa segala ketentuan adalah rezeki dari Allah dan menyerahkan
segala ketentuan adalah dari Allah dan menyerahkan segala urusan kepada Tuhannya
setelah ia berusaha dalam mencari rezeki di dunia ini dan kepada Allah tempat
pergantungan dan petunjuk.
Prinsip Tauhid ini juga bermakna membebaskan manusia dari sebarang ikatan atau
pergantungan kepada manusia yang lain. Seorang hamba akan yakin dengan
pergantungannya kepada Allah. Prinsip ini terbina dalam dua aspek terpenting iaitu
hubungan hamba dengan Allah dan hubungan sesama manusia. Hubungan ini perlu
diasaskan kepada tauhid supaya wujud kesejahteraan hidup yang bertunjangkan kepada
sistem nilai dan akhlak yang mulia. Apabila tauhid ini terpancar dari hati sanubari
seseorang

hamba

maka

ia

akan

menekankan

aspek keadilan,

kesamarataan,

persaudaraan, kejujuran, belas kasihan, keutamaan kebaikan sosial dari individu,


menghormati harta milik orang lain, sentiasa bersyukur atas nikmat Tuhan dan segala
keputusan diputuskan melalui syura.

18

Projek Pustaka Alaf Azhari, MANHAL


_______________________________________________________________________________________

Prinsi Tauhid ini juga menjelaskan hubungan antara manusia dengan alam sekeliling
hendaklah dalam bentuk memelihara alam semulajadi yang merupakan anugerah Tuhan
yang tidak ternilai harganya. Walaupun manusia boleh menggunakan sumber alam ini
untuk membangunkan ekonomi dan pembangunan negara, ia tidak boleh disalahgunakan.
Cara ia menggunakan sumber alam ini hendaklah atas prinsip tauhid. Manusia tidak boleh
memusnahkan alam semulajadi sesuka hatinya seperti yang dilakukan oleh manusia kini.
Unsur-unsur kejadian alam ini merupakan tanda kekuasaan Allah bagi manusia merenung
dan berfikir. Hanya melaui prinsip tauhid ini manusia tidak akan melakukan pencerobohan
terhadap alam semulajadi kerana alam ini merupakan milik Tuhan yang dijadikan oleh
Allah untuk manusia menggunakannya dengan sebaik mungkin. Dalam menjaga
hubungan dengan Allah, manusia juga harus memelihara hubungan dengan alam
sekeliling. Ini bukan bermakna manusia harus memuja alam semulajadi seperti yang
dilakukan oleh golongan animistik.
Secara ringkasnya akidah Islam dibina atas ciri-ciri berikut:
a) Percaya beriman kepada Allah, Tuhan yang menciptakan alam ini, tidak ada
penyembahan kecuali kepadaNya, pertolongan dan hidayah adalah dari Allah. Tidak harus
bagi makhluk ini mengambil selain dari Allah menjadi pemimpin dan pelindungnya.
Bahawa manusia ini bukan sahaja terdiri dari jasad yang terdiri dari angota badan seperti
tulang, daging dan darah malah terdapat ruh yang tinggi dalam diri manusia. Oleh itu,
manusia terdiri dari jasad dan kerohanian yang semestinya seimbang.
Manusia keseluruhannya adalah hamba-hamba Tuhan Yang Maha Esa, mampunyai
kesamaan dalam hak-hak asasi, kebebasan memiliki harta dan perbezaan warna kulit dan
bangsa hanya untuk mengeratkan persaudaraan, tidak ada kelebihan warna kulit dengan
yang lain, tidak ada kelebihan bangsa atas bangsa yang lain kecuali dengan taqwa yang
membentuk budi pekerti yang mulia dan perwatakan yang baik.
Allah telah mengutuskan para Rasul dengan membawa risalah kebenaran bagi memberi
petunjuk kepada seluruh manusia dengan perundangan yang adil dan syariat yang
lengkap lagi sempurna untuk kebahagian manusia dan alam sejagat.
Kehidupan manusia bukan hanya sekadar makan atau minum seperti haiwan tetapi
mereka mempunyai tugas untuk beribadat kepada Allah, mengerjakan kebaikan sematamata untuk keredhaan Tuhan dan menjauhi segala perkara mungkar, maksiat dan keji.
Mereka sentiasa berpegang teguh dengan prinsip-prinsip Islam dan sentiasa sabar dalam
menjalani kehidupan di atas muka bumi ini.

19

Projek Pustaka Alaf Azhari, MANHAL


_______________________________________________________________________________________

Kematian bukanlah perkara yang terakhir bagi manusia dan penamat bagi kewujudan
manusia malah ia merupakan proses perpindahan untuk kehidupan yang lebih kekal dan
abadi. Di sana manusia akan dihitung segala amalan dan diberi ganjaran dan balasan
terhadap pekerjaan yang dilakukan di atas bumi ini.
Atas dasar inilah, sistem ekonomi Islam bertapak iaitu bertunjangkan tauhid kepada Allah.
Ekonomi Islam bermatlamat bagi mencapai kesejahteraan hidup dengan memenuhi
keperluan hajat manusia tetapi ia tidak merestui bahawa kehidupan ini merupakan
matlamat bagi segala-galanya kerana kehidupan akhirat lebih abadi untuk manusia yang
beriman kepadaNya. Oleh itu, manusia harus melakukan kebajikan yang kekal sehingga
hari kiamat seperti mewakafkan harta, bersedekah, mendirikan masjid, sekolah atau
tempat-tempat kebaikan supaya amalan pahala itu sampai kepadanya walaupun ia telah
mati.
Ahmad Sauqi pernah bersyair yang bermaksud:
Terlintas pada hatinya seseorang pernah berkata kepadanya:
Sesungguhnya kehidupan ini hanya sesaat dan sedetik,
Jadikanlah dirimu selepas mati dikenang,
Maka kenangan bagi manusia merupakan kehidupan yang kedua.
Kepentingan pendidikan iman amat penting dalam proses pembinaan ekonomi sehingga
seorang muslim itu merasai bahawa ia akan bertanggung jawab terhadap segala harta
yang digunakan, bertanggungjawab terhadap memberi bantuan kepada orang miskin dan
fakir. Iman juga merupakan benteng yang kukuh bagi menghalang seseorang muslim
melakukan perkara yang haram seperti memakan harta anak yatin secara batil, memberi
dan menerima rasuah serta riba.
Seorang muslim yang beriman sentiasa berwaspada terhadap segala pekerjaannya dalam
mencari nafkah supaya tidak terjerumus dalam perkara haram. Jika tubuh badan dan
darah dagingnya tumbuh dari hasil yang haram sudah tentu nerakalah tempatnya.
Disana ada perbezaan yang besar antara yang melihat harta untuk kepentingan dirinya,
menganggap dialah yang menghimpunkan harta, menganggap dia yang mengembangkan
penghasilan harta dan menganggap dialah yang layak menggunakan harta tersebut

20

Projek Pustaka Alaf Azhari, MANHAL


_______________________________________________________________________________________

dengan seorang yang melihat dirinya sebagai khalifah Allah bagi memakmurkan harta,
harta pada hakikat adalah kepunyaan hak milik Allah, ia hanya diberi amanah bagi
mengurus dan memanfaatkan harta untuk manusia keseluruhannya.
Bagi orang yang menganggap harta untuk kepentingan diri, mereka dengan penuh
sombong berkata: Ini adalah harta aku dengan orang yang beriman lagi merendah diri
sambil berkata: ini adalah kurniaan Allah kepada aku.
Perbezaaan antara Qarun yang berkata: Sesungguhnya aku hanya diberi harta itu kerana
ilmu yang ada padaku (al-Qashash 78) dengan nabi Sulaiman yang bersyukur atas
nikmat Tuhan: Inilah termasuk kurniaan Tuhanku untuk mencuba aku, apakah aku
bersyukur atau mengingkari akan nikmatNya. Dan barangsiapa yang bersyukur untuk
kebaikan dirinya sendiri dan barangsiapa yang ingkar maka sesungguhnya Tuhanku Maha
Kaya lagi Maha Mulia.(al-Naml 40)
Manusia sebagai pengurus harta milik Tuhan.
Telah diterangkan sebelum ini, bahawa segala apa yang di bumi ini dan di langit adalah
hak milik Allah. Manusia hanya diberi amanah untuk memelihara, memiliki dan mengurus
mengikut manhaj Ilahi. Antara manhaj Rabbani ini ialah kepercayaan seorang hamba
bahawa ia hanya sebagai pengurus, penjaga dalam harta milik Tuhan. Firman Allah yang
bermaksud: Allahlah yang telah menciptakan langit dan bumi dan menurunkan air hujan
dari langit, kemudian Dia telah mengeluarkan dengan air hujan itu berbagai-bagai buahbuahan menjadu rezeki untuk kamu, dan Dia telah menundukkan bahtera bagi kamu
supaya bahtera itu belayar di lautan dengan kehendakNya dan Dia telah menundukkan
pula bagi kamu sungai-sungai. Dan Dia telah menundukkan bagi kamu matahari dan
bulan yang terus menerus beredar dalam orbitnya dan Dia telah memberikan kepada
kamu malam dan siang. Dan Dia telah memberikan kepada kamu keperluan dari segala
apa yang kamu mohonkan kepadaNya. Dan jika kamu menghitung nikmat Allah, tidaklah
kamu dapat mengiranya. Sesungguhnya manusia itu sangat zalim dan sangat
mengingkari nikmat Allah.(al-Ibrahim 32-34)
Tidakkah kita melihat bahawa tumbuhan yang tumbuh adalah dari kekuasaan Tuhan.
Seorang petani hanya mengusahakan tanaman tersebut sekadar kemampuannya. Allah
yang berkuasa menurunkan air dari langit, meyuburkan tanah, memberikan udara dan

21

Projek Pustaka Alaf Azhari, MANHAL


_______________________________________________________________________________________

cahaya matahari sehingga tumbuhan itu menjadi subur. Berapakah usaha manusia
berbanding dengan kuasa yang dilakukan oleh Allah untuk menumbuhkan tanaman
tersebut. Firman Allah yang bermaksud: Maka terangkanlah kepadaKu tentang apa yang
kamu tanam? kamukah yang menumbuhkannya atau Kami yang menumbuhkanya? Kalau
Kami kehendaki benar-benar maka Kami jadikan dia kering dan hancur maka jadilah
kamu hairan dan tercengang sambil berkata: Sesungguhnya kami benar-benar menderita
kerugian bahkan kami menjadi orang yang tidak mendapat hasil apa-apa. Maka
terangkanlah kepadaKu tentang air yang kamu minum. kamukah yang menurunkannya
dari awan atau Kami yang menurunkan? Kalau Kami kehendakki nescaya Kami jadikan ia
masin, maka mengapakah kamu tidak bersyukur.(al-Waqiah 63-70)
Maka hendaklah manusia itu memerhati makanannya, sesungguhnya Kami benar-benar
telah mencurahkan air dari langit kemudian Kami belah bumi dengan sebaik-baiknya lalu
Kami tumbuhkan biji-bijian di bumi itu anggur dan sayur-sayuran, zaitun dan pohon kurma,
kebun-kebun yang lebat dan buah-buahan serta rumput-rumputan untuk kesenangan dan
untuk binatang-binatang ternakan kamu.(Abbasa 24-32)
Dan suatu tanda kekuasaan Allah yang besar bagi mereka adalah bumi yang mati. Kami
hidupkan bumi itu dan Kami keluarkan daripadanya biji-bijian, maka daripadanya mereka
makan. Dan Kami jadikan kepadanya kebun-kebun kurma dan anggur dan Kami
pancarkan kepadanya beberapa mata air supaya mereka dapat makan dari buahnya dan
dari apa yang diusahakan oleh tangan mereka. Maka mengapakah mereka tidak
bersyukur. (Yaasin 33-35)
Allah swt yang menumbuhkan segala tumbuhan yang ada di bumi ini. Dialah yang
menyuburkan tanah yang kering dengan menurunkan hujan dan mata air lalu tumbuh
buah-buahan untuk dinikmati oleh manusia. Mengapakah manusia tidak bersyukur dengan
kurniaan Tuhan malah ada yang merasa bongkak dengan kekayaan yang dimilikinya
tanpa mahu berbelanja pada jalan Allah bagi meninggikan kalimahNya. Matlamat hidup
kita adalah untuk beribadat manakala harta kekayaan adalah wasilah bagi kita untuk
mencapai kebahagiaan dalam beribadat. Mana mungkin seorang yang tidak mempunyai
harta untuk menunaikan haji di Mekah, mendermakan wang bagi membina masjid dan
tempat-tempat kebajikan. Perkara ini memerlukan kepada harta dan wang.

22

Projek Pustaka Alaf Azhari, MANHAL


_______________________________________________________________________________________

Apabila manusia mengetahui bahawa harta pada hakikatnya adalah milik Allah, ia hanya
sebagai penjaga dan pegurus harta tersebut, maka akan lahir sifat-sifat muslim yang sejati
dalam konteks pembangunan ekonomi, antaranya ialah:
Ia sentiasa berwaspada dalam mengurus harta, tidak terlalu sombong, bongkak dengan
harta kekayaan kerana ia yakin harta itu adalah milik Tuhan yang berkuasa menariknya
dalam bila-bila masa sahaja jika Ia kehendaki. Mereka tidak berkata seperti kata-kata
orang kafir inilah harta hak aku atau kata-kata Qarun Sesungguhnya aku diberi harta itu
kerana ilmu yang ada pada aku(al-Baqarah 78) malah mereka sentiasa berkata seperti
kata-kata nabi Allah Sulaiman Ini adalah kurniaan tuhanku(al-Naml 40)
Pernah seorang badawi muslim ditanya mengenai ternakan untanya: siapakah yang
memiliki unta ini? Beliau menjawab dengan penuh adab seorang muslim: Ia adalah milik
Allah yang dianugerahkan kepada aku. Betapakah mulia sifat orang mukmin yang
sentiasa bersyukur atas nikmat Tuhannya yang tidak terhingga untuk dihitung.
Ia sentiasa membelanjakan harta untuk jalan Allah, menolong orang-orang miskin dan
orang yang kurang bernasib baik. Mereka sentiasa berlumba-lumba kearah kebaikan dan
kebajikan. Firman Allah yang bermaksud: Dan mengapakah kamu tidak menafkahkan
sebahagian harta kamu pada jalan Allah yang mempusakai langit dan bumi? (al-Hadid
10)

Hati

mereka

sentiasa

terbuka

menerima

perintah

Tuhan

yang

memiliki

perbendaharaan langit dan bumi dengan mengikut syariat yang berkaitan dengan
peraturan dan hukum mengenai harta. Pada zaman Rasulullah saw, para sahabat
bertanya kepada Rasulullah Bagaimanakah kami hendak lakukan harta-harta Allah pada
milik kami, bagaimana hendak dinafkahkan? Berapakah nilainya yang perlu dinafkahkan
dan kepada siapa?
Dari Anas bin Malik berkata: Telah datang seorang dari Bani Tamim kepada Rasulullah,
maka ia berkata: Wahai Rasulullah, sesungguhnya bagi aku harta yang banyak, memiliki
keluarga dan tanaman serta harta, maka beritahulah bagaimana hendak aku lakukan?
Dan bagaimana aku hendak nafkahkannya? Maka berkata Rasulullah saw: Keluarlah
zakat, sesungguhnya ia adalah pembersih yang membersihkan engkau dan berikanlah
kepada keluarga kamu dan kenalilah hak-hak orang miskin, jiran dan orang yang
meminta.(12)

23

Projek Pustaka Alaf Azhari, MANHAL


_______________________________________________________________________________________

Dalam surah al-Baqarah terdapat dua ayat yang menyebutkan mengenai pertanyaan
orang muslim mengenai harta yang hendak dinafkahkan. Firman Allah yang bermaksud:
Mereka bertanya kepada kamu tentang apa yang mereka nafkahkan. Jawablah: Apa
saja harta yang kamu nafkahkan hendaklah diberikan kepada ibubapa, kaum kerabat,
anak yatim, orang-orang miskin dan orang-orang yang sedang dalam perjalanan.(alBaqarah 215)
Dan mereka bertanya kepada kamu apa yang mereka nafkahkan, katakanlah: yang lebih
dari keperluan.(al-Baqarah 219)
Ia merupakan sandaran syariat dan teori asas kepada pemerintah negara untuk
mewajibkan perkara yang perlu untuk dikenakan cukai kepada orang yang mampu bagi
menampung keperluan orang-orang yang memerlukan bantuan atau untuk mencapai
maslahah umum bagi agama dan negara.
Balasan orang kaya yang tidak menunaikan amanah dalam menjaga dan mengurus harta
benda.
Orang yang tidak menunaikan amanah dalam menjaga dan mengurus harta benda maka
Allah akan berkuasa menarik balik kekayaannya, menghancurkannya atau menukarkan
kepada orang lain jika ia tidak bersyukur. Mereka yang tidak menolong saudara muslim
dengan bersedekah dan menunaikan hajat mereka maka Allah tidak akan menjadikan
penolong kepadanya. Sabda Rasulullah saw yang bermaksud: Dan Allah akan menolong
hambaNya selama hamba itu menolong saudaranya.(shahih)
Al-Quran telah merakamkan kisah Qarun yang bongkak dengan hartanya, melampau
dalam kekayaannya. Sesungguhnya kaumnya telah memberi nasihat tetapi ia tidak
mempedulikannya. Firman Allah yang bermaksud: Sesungguhnya Qarun adalah
termasuk dalam kaum Musa, maka ia berlaku aniaya terhadap mereka dan kami telah
menganugerahkan kepadanya perbendaharaan harta yang kunci-kuncinya sungguh berat
dipikul oleh sejumlah orang yang kuat-kuat. Ingatlah ketika kaumnya berkata kepadanya:
Janganlah kamu terlalu bangga, sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang
terlalu membanggakan diri dan carilah pada apa yang telah dianugerahkan Allah kepada
kamu kebahagiaan negeri akhirat dan janganlah kamu melupakan kebahagiaan kamu dari
kenikmatan duniawi dan berbuat baiklah kepada orang lain sebagaimana Allah telah

24

Projek Pustaka Alaf Azhari, MANHAL


_______________________________________________________________________________________

berbuat baik kepada kamu dan janganlah kamu berbuat kerosakkan dibumi ini.
Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang berbuat kerosakan. Qarun berkata:
Sesungguhnya aku hanya diberi harta itu kerana ilmu yang ada pada aku. Dan apakah ia
tidak mengetahui bahawasanya Allah sungguh telah membinasakan umat-umat
sebelumnya yang lebih kuat daripadanya dan lebih banyak mengumpulkan harta? Dan
tidaklah perlu ditanya kepada orang-orang yang berdosa itu tentang dosa-dosa mereka.
Maka keluarlah Qarun kepada kaumnya dalam kemegahannya. Berkatalah orang-orang
yang menghendaki kehidupan dunia, moga-moga kiranya kita mempunyai seperti apa
yang telah diberikan kepada Qarun. Sesungguhnya ia benar-benar mempunyai
keberuntungan yang besar. Berkatalah orang-orang yang dianugerahi ilmu: Kecelakaan
yang besarlah bagi kamu, pahala Allah adalah lebih baik bagi orang yang beriman dan
beramal soleh dan tidak diperolehi pahala itu kecuali oleh orang-orang yang sabar. Maka
kami benamkanlah Qarun beserta rumahnya ke dalam bumi. Maka tidak ada baginya
suatu golongan pun yang menolongnya terhadap azab Allah. Dan tiadalah ia termasuk
orang-orang yang dapat membela dirinya.(al-Qashash 76-81)
Al-Quran juga merakamkan kisah dua orang pekebun dalam surah al-Kahfi. Firman Allah
yang bermaksud: Dan berikanlah kepada mereka sebuah perumpamaan dua lelaki, kami
jadikan bagi seorang di antara keduanya yang kafir dua buah kebun anggur dan kami
kelilingi kebun anggur itu dengan pohon-pohon kurma dan di antara kedua kebun itu kami
buatkan ladang. Kedua buah kebun itu menghasilkan buahnya dan kebun itu tiada kurang
buahnya sedikitpun dan kami alirkan sungai di celah-celah kedua kebun itu dan dia
mempunyai kekayaan besar, maka ia berkata kepada kawannya yang mukmin ketika ia
bercakap-cakap dengan dia: Harta aku lebih banyak dari harta kamu dan pengikutpengikut aku lebih kuat. Dan dia memasuki kebunnya sedang dia menzalimi dirinya
sendiri, ia berkata: Aku kira kebun ini tidak akan binasa selama-lamanya, dan aku tidak
mengira hari qiamat itu akan datang dan jika sekiranya aku dikembalikan kepada tuhanku,
pasti aku akan mendapat tempat kembali yang lebih baik daripada kebun-kebun itu.
Kawannya yang mukmin berkata kepadanya sedang ia bercakap-cakap dengannya:
Apakah kamu fikir kepada Tuhan yang menciptakan kamu dari tanah, kemudian dari
setitis air mani lalu Dia menjadikan kamu seorang lelaki yang sempurna? Tetapi aku
percaya bahawa: Dialah Allah, Tuhanku dan aku tidak mempersekutukan seorangpun
dengan Tuhanku. Dan mengapa kamu tidak mengatakan waktu kamu memasuki kebun
kamu masya Allah tidak ada kekuatan kecuali dengan pertolongan Allah? Jika kamu
anggap aku lebih kurang daripada kamu dalam harta dan anak. Maka mudah-mudahan

25

Projek Pustaka Alaf Azhari, MANHAL


_______________________________________________________________________________________

Tuhanku akan memberi kepada aku kebun yang lebih baik daripada kebun kamu ini dan
mudah-mudahan Dia mengirimkan ketentuan (petir) dari langit kepada kebun kamu
hingga kebun itu menjadi tanah yang licin atau airnya menjadi surut ke dalam, maka
sekali-kali kamu tidak dapat menemukannya lagi. Dan harta kekayaannya dibinasakan
lalu ia membolak-balikkan kedua tangannya tanda menyesal terhadap biaya yang telah
dibelanjakannya untuk itu, sedang pokok anggur itu roboh bersama para-paranya dan dia
berkata: Aduhai kiranya dulu aku tidak mempersekutukan seorangpun dengan tuhanku.
Dan tidak ada bagi dia segolongan pun yang akan menolongnya selain Allah dan sekalikali ia tidak dapat membela dirinya. Disana, pertolongan itu hanya dari Allah Yang Hak Dia
sebaik-baik pemberi pahala dan sebaik-baik pemberi balasan. Dan berilah perumpamaan
kepada mereka (manusia) kehidupan dunia adalah sebagai air hujan yang kami turunkan
dari langit, maka menjadi subur kerananya tumbuh-tumbuhan di muka bumi kemudian
tumbuh-tmbuhan itu menjadi kering yang diterbangkan angin. Dan adalah Allah Maha
Kuasa atas segala sesuatu.(al-Kahfi 32-45)
Pemerintah

berkuasa

mengambil

tindakan

undang-undang

kepada

rakyat

yang

membelanjakan harta dengan membeli arak, dadah dan enggan membayar zakat.
Kesemua ini termasuk dalam perkara tazir yang pemerintah berhak membuat undangundang jika dirasakan sesuai dengan keadaan dan tempat. Ini berdasarkan firman Allah
yang bermaksud: Dan janganlah kamu serahkan orang yang belum sempurna akalnya,
harta mereka yang ada dalam kekuasaanmu yang dijadikan Allah sebagai pokok
kehidupan. Berikanlah mereka belanja dan pakaian dari hasil harta itu dan ucapkanlah
kepada mereka kata-kata yang baik.(an-Nisa 5)
Dalam ayat ini menerangkan bahawa orang yang menjadi penguasa berhak menyekat jika
mereka tidak dapat mengurus harta dengan baik. Begitu juga, si bapa berkuasa menyekat
dengan memberi kuasa sepenuhnya dalam berbelanja jika didapati si anak itu tidak dapat
mengurus perbelanjaan dengan baik.
Di akhirat, setiap orang akan ditanya mengenai harta, di mana ia membelanjakannya dan
bagaimana

ia

menguruskan

harta-harta

tersebut.

Bagi

orang

yang

melakukan

penyelewengan dalam mengurus harta serta melakukan kezaliman, penindasan dan


penipuan kepada orang lain terhadap harta mereka maka ia akan menerima balasan dari
Allah dengan azab yang pedih.

26

Projek Pustaka Alaf Azhari, MANHAL


_______________________________________________________________________________________

Firman Allah yang bermaksud: Dan orang-orang yang menyimpan emas dan perak dan
tidak menafkahkanya pada jalan Allah, maka beritahukanlah kepada mereka bahawa
mereka akan mendapat seksa yang pedih pada hari dipanaskan emas dan perak itu
dalam api neraka jahanam, lalu dibakar dengannya dahi mereka, lambung dan punggung
mereka lalu dikatakan kepada mereka: Inilah harta benda kamu yang kamu simpan untuk
dirimu sendiri, maka rasakanlah sekarang akibat dari apa yang kamu simpan itu. (alTaubah 34-35) Ekonomi yang berasaskan prinsip dan ciri-ciri rabbani ini menjadikan
seseorang

itu

sentiasa

berwaspada

dalam

megurus harta

kekayaan,

sentiasa

membelanjakan harta dalam lingkungan yang dibenarkan oleh syarak, berlumba-lumba


kearah kebaikan dan kebajikan, menolong anak yatim, orang miskin dan fakir.
Mereka yang berniaga tidak hanya berfikir mengenai untung rugi, tidak mengetahui
melainkan percakapan perkiraan, tetapi mereka mengharap lebih dari itu iaitu keredhaan
Allah dan keberkatan hidup dalam melaksanakan amanah harta tersebut sambil bersyukur
ke hadrat Ilahi. Dengan bertunjangkan tauhid, mereka memakmurkan bumi ini dengan
penghasilan ekonomi yang berdasarkan syariat Islam. Mereka menjadi kaya bukan kerana
penindasan, penipuan, kezaliman, peras ugut dan perompakan terhadap orang lain.
Setiap hari mereka memohon petunjuk kepada Allah supaya harta-harta itu tidak
melalaikan mereka dari mengingati Tuhan semesta alam.
b) Ekonomi yang berteraskan akhlak.
Keistimewaan sistem ekonomi Islam dengan sistem ekonomi yang lain ia tidak
memisahkan antara ekonomi dengan akhlak seperti ia tidak memisahkan antara ilmu
dengan akhlak, tidak memisahkan antara politik dengan akhlak kerana akhlak merupakan
tunjang kepada kehidupan seseorang bagi mencapai kebahagiaan yang hakiki.
Risalah Muhamadiah adalah untuk membentuk akhlak manusia seperti ungkapan nabi
saw yang bermaksud Sesungguhnya aku diutuskan untuk menyempurnakan kemuliaan
akhlak
Oleh itu, matlamat ekonomi ini mestilah seiring dengan matlamat bagi membentuk akhlak
yang mulia. Manusia terikat dengan akhlak dan iman dalam proses pertumbuhan ekonomi.
Mereka tidak boleh melakukan penyelewengan, pembaziran, penipuan demi untuk

27

Projek Pustaka Alaf Azhari, MANHAL


_______________________________________________________________________________________

kemajuan ekonomi. Ekonomi yang berteraskan akhlak merupakan ekonomi yang akan
membawa kesejahteraan alam sejagat dan keberkatan hidup seterusnya akan melahirkan
masyarakat yang bermoral.
Ekonomi yang terikat dengan akidah, contoh tauladan akhlak yang mulia seiring dengan
prinsip syariat Islam. Di sini beberapa contoh ekonomi yang bertunjangkan aspek akhlak:
Berterusan kaum musyrikin mengerjakan haji di Baitullah di Mekah sehingga tahun ke-9
hijrah. Kaum musyrikin ini mengerjakan tawaf dengan bertelanjang. Oleh itu Rasulullah
ingin membersihkan Kaabah dari perkara yang dilakukan oleh golongan musyrikin ini lalu
mengutus Saidina Ali kepada Saidina Abu Bakar yang menjadi ketua pada tahun sembilan
hijrah supaya mengisytiharkan bahawa selepas tahun ini tidak dibenarkan kaum musyrikin
mengerjakan haji dan tawaf dalam keadaan telanjang.
Tidak diragukan bahawa dengan tidak membenarkan golongan musyrikin mengerjakan
haji merupakan kerugian kepada umat Islam dari segi ekonomi tetapi mereka dalah
bertanggungjawab untuk memelihara kesucian Kaabah dan terikat dengan keimanan dan
prinsip syariat.
Firman Allah yang bermaksud Wahai orang-orang yang beriman, sesungguhnya orangorang musyrik itu najis, maka janganlah mereka mendekati masjid haram sesudah tahun
ini. Dan jika kamu khuatir menjadi miskin, maka Allah nanti akan memberikan kekayaan
kepada kamu dari kurniaaNya jika Dia menghendaki. Sesungguhnya Allah Maha
Mengetahui lagi Maha Bijaksana. (al-Taubah 28)
Peristiwa ini menjelaskan bahawa mereka yang menganggap dengan melarang golongan
musyrikin mengerjakan haji dan umrah akan menjejaskan ekonomi orang Islam dan
pendapat wang kemasukan akan berkurangan disebabkan mereka tidak lagi mengerjakan
haji tetapi ingatlah bahawa Allah yang memberikan kurniaanNya serta kekayaan kepada
sesiapa yang dikehendaki. Ini menjelaskan ikatan sistem ekonomi dengan prinsip akhlak
dari segi luarannya, memanglah merugikan orang Islam tetapi hakikatnya adalah
sebaliknya.
2-

Begitu juga tidak boleh lagi orang Islam atas nama pelancongan membenarkan

minuman

keras,

mendirikan

tempat-tempat

28

pelacuran,

perjudian,

kasino

dan

Projek Pustaka Alaf Azhari, MANHAL


_______________________________________________________________________________________

menghalalkan perkara yang diharamkan oleh Allah. Sekiranya kamu khuatir kemiskinan
sesungguhnya Allah akan mengkayakan kamu dari kurniaanNya jika kamu benar-benar
beriman kepadanya.
Antara adat golongan jahiliyah bagi mendapatkan sesuatu keuntungan dalam perniagaan
dan perdagangan mereka sanggup menggadai maruah anak-anak perempuan mereka
untuk ditiduri oleh orang lain sebagai habuan keuntungan. Mereka juga memberi habuan
dengan meniduri perempuan pelacur atau melakukan perzinaan semata-mata untuk
mendapat keuntungan. Kedatangan Islam mengharamkan kesemua perkara tersebut
dengan menegah golongan musyrikin melakukan perkara tersebut kepada anak-anak
perempuan mereka semata-mata untuk mendapat keuntungan.
Firman Allah yang bermaksud Dan jangan kamu paksa perempuan-perempuan kamu
untuk melakukan pelacuran, sedang mereka sendiri menginginkan kesucian, kerana kamu
hendak mencari keuntungan duniawi. (al-Nur 33)
Tidak dinafikan bahawa manusia tidak mempunyai had waktu untuk berniaga. Mereka
bebas berniaga pada setiap waktu dan hari. Dalam Islam perniagaan yang dijalankan
hendaklah tidak melalaikan seseorang dari mengingati Allah terutama pada hari Jumaat
apabila mendengar seruan sembahyang Jumaat hendaklah setiap muslim meninggalkan
jualbeli. Mereka hendaklah bersegera mengingati Allah dan menunaikan fardhu
sembahyang jumaat. Begitu juga dalam urusan keduniaan yang lain harus ditinggal
apabila tiba waktu sembahyang Jumaat. Firman Allah yang bermaksud: Wahai orang
yang beriman, apabila diseru untuk menunaikan sembahyang pada hari jumaat, maka
bersegeralah kamu mengingati Allah dan tinggalkan jualbeli. Yang demikian itu lebih baik
bagi kamu jika kamu mengetahui. (al-Jumaat 9)
Al-Quran mengingatkan manusia bahawa jangan mendahulukan perniagaan dan
permainan dari sembahyang dan amalan fardhu. Firman Allah yang bermaksud: Dan
apabila mereka melihat perniagaan atau permainan, mereka bubar untuk menuju
kepadanya dan mereka tinggalkan kamu sedang berdiri berkhutbah. Katakanlah Apa
yang di sisi Allah adalah lebih baik daripada permainan dan perniagaan dan Allah sebaikbaik pemberi rezeki. (al-Jumuah 11)

29

Projek Pustaka Alaf Azhari, MANHAL


_______________________________________________________________________________________

Mengharuskan minuman keras adalah menguntungkan bagi setengah orang kerana


mereka mempunyai laba perniagaan dalam kilang arak dan juga membolehkan mereka
mengutip cukai dari hasil penjualannya, ia juga membawa keuntungan dari segi eksport
dan import dalam negara tetapi Islam melarang minuman keras, membina kilang dan
memprosesnya. Keuntungan yang didapati hanya dari segi kebendaan tetapi minuman
keras boleh merosakkan kesihatan badan manusia, merosakkan fikiran manusia yang
boleh mengancam keamanan masyarakat dan ketenteraman negara bagi melahirkan
masyarakat yang kuat. Oleh itu, Islam mengharamkan minuman keras serta penghasilan
dari keuntungan yang sedikit di dunia ini kerana akibatnya lebih besar untuk
menghancurkan masyarakat manusia keseluruhannya. Begitu juga dengan penjualan
dadah adalah amat berbahaya kepada masyarakat dan negara kerana dadah boleh
melumpuhkan cita-cita generasi mendatang.
Oleh demikian, Islam tidak membenarkan manafaat keuntungan ekonomi secara cepat
yang boleh merosakkan kehidupan manusia dan negara. Demi untuk mengejar
keuntungan yang sedikit adakah kita sanggup untuk menghancurkan kekuatan
masyarakat dan negara? Dadah dan arak akan melumpuhkan masyarakat, menjadikan
kehidupan mereka tidak bermakna serta tidak mempunyai ciri-ciri kemanusiaan. Firman
Allah yang bermaksud: Mereka bertanya kepada kamu mengenai arak dan judi.
Katakanlah: Pada keduanya itu terdapat dosa yang besar dan beberapa manfaat bagi
manusia, tetapi dosa keduanya lebih besar dari manfaatnya.(al-Baqarah 219)
Pembinaan tempat pelancongan, tempat pelacuran, perjudian dan kasino untuk mengaut
keuntungan dan kebendaan adalah amat bertentangan dengan prinsip pembinaan akhlak
manusia yang mulia. Demi untuk mengaut keuntungan peribadi yang sedikit, maka kita
melakukan kerosakan terhadap masyarakat dan negara kerana pelacuran dan perjudian
menjadikan masyarakat hidup dalam khayalan dan lemah sedangkan kita menginginkan
masyarakat yang kuat, dinamis dan makmur.
Islam juga melarang umat Islam melakukan pembaziran dalam berbelanja dan terlalu
bakhil. Islam membentuk umat supaya berakhlak dalam berbelanja secara sederhana.
Allah swt menyifatkan orang yang sederhana dalam berbelanja sebagai ibadurrahman
(hamba-hamba Tuhan Yang Maha Penyayang) yang layak tinggal dalam syurga kelak.
Firman Allah yang bermaksud: Dan orang-orang yang apabila membelanjakan harta

30

Projek Pustaka Alaf Azhari, MANHAL


_______________________________________________________________________________________

mereka tidak berlebih-lebihan dan tidak pula bakhil dan adalah perbelanjaan itu di tengahtengah antara yang demikian.(al-Furqaan 67)
Ekonomi dalam Islam merangkumi aspek-aspek akhlak dan nilai-nilai murni. Ikatan
ekonomi dan akhlak merupakan ikatan yang kukuh dan kuat yang bersandarkan prinsip
syariat islam. Keuntungan ekonomi mestilah menepati nilai-nilai kemanusiaan berteraskan
akhlak yang mulia. Islam tidak membenarkan hanya untuk mengejar keuntungan kita
melakukan penipuan, kezaliman, penindasan, penyelewengan dan rasuah yang akan
merosakkan kehidupan manusia yang sejahtera.
Ekonomi yang berteraskan kemanusiaan
Bahawa matlamat ekonomi Islam adalah untuk melahirkan kehidupan yang makmur
dalam pelbagai aspek kehidupan manusia. Ciri kemanusiaan dalam ekonomi ini adalah
berseiringan dengan ciri rabbani yang telah diterangkan sebelum ini. Antara ciri-ciri
kemanusiaan iaitu kebebasan dan kemuliaan manusia, melaksanakan keadilan sesama
manusia, persaudaraan dan pertolongan, belas-kasihan terhadap setiap manusia
terutama orang miskin, fakir, anak yatim, orang yang dalam perjalanan dan janda-janda
yang kematian suami dan sesiapa yang kurang bernasib baik untuk menyara keluarganya.
Dari sini Islam mengakui hak kebebasan seseorang

itu untuk memikul harta,

memeliharanya dari diceroboh dan dirampas orang lain. Islam sering menyeru umatnya
sentiasa bekerja dan berusaha bagi menjamin kebahagian hidup. Makna kemanusiaan
dalam ekonomi ini adalah untuk melahirkan kehidupan yang bahagia dan makmur.
Pekerjaan dan usaha yang dilakukan itu dianggap sebagai ibadat dan jihad dalam Islam
Kehidupan yang bahagia terbina dalam dua aspek terpenting yang saling kait satu dengan
lain iaitu unsur kebendaan dan unsur kerohanian.
Unsur kebendaan dalam kehidupan bahagia.
Islam mengharuskan umatNya menikmati segala perkara yang ada di dunia ini dari
perkara-perkara

yang

baik.

Ini

bertentangan

dengan

setengah

agama

yang

mengharamkan segala perkara baik yang dikurniakan oleh Allah untuk dinikmati oleh
manusia. Firman Allah yang bermaksud : Wahai manusia sekalian, makanlah yang halal

31

Projek Pustaka Alaf Azhari, MANHAL


_______________________________________________________________________________________

lagi baik dari apa yang terdapat di bumi dan janganlah kamu mengikuti langkah-langkah
syaitan, kerana sesungguhnya syaitan itu adalah musuh yang nyata. (al-Baqarah 168)
Allah yang menghalalkan perkara yang baik dan mengharamkan perkara yang keji seperti
firman Allah yang bermaksud: Mereka menanyakan kepada kamu, apakah yang
dihalalkan bagi mereka? Katakanlah : Dihalalkan bagi kamu yang baik-baik.
(al-Maidah 4)
Allah menggambarkan sifat para rasul dan keistimewaan risalahNya yang dikenali
oleh ahli taurat dan injil. Firman Allah yang bermaksud: Iaitu orang yang mengikut rasul,
nabi-nabi yang ummi yang nama mereka didapati tertulis di dalam Taurat dan Injil yang
ada di /;[p-0sisi mereka, menyuruh mereka mengerjakan yang maruf dan melarang
mereka dari mengerjakan yang mungkar dan menghalalkan bagi mereka segala yang baik
dan mengharamkan bagi mereka segala yang buruk. (al- Araaf 157)
Pada zaman Rasulullah saw tersebarnya fikiran di kalangan para sahabat yang
mengharamkan memakan daging, tidur atas katil dan berkahwin dengan perempuan,
maka turunlah ayat yang menjelaskan perkara ini. Firman Allah yang bermaksud: Wahai
orang yang beriman, janganlah kamu haramkan apa-apa yang baik yang telah Allah
halalkan bagi kamu dan janganlah kamu melampaui batas. Sesungguhnya Allah tidak
menyukai orang-orang yang melampaui batas. Dan makanlah makanan yang halal lagi
baik dari yang Allah rezekikan kepada kamu dan bertaqwalah kepada Allah yang kamu
beriman kepadaNya. ( al-Maidah 87-88)
Al-Quran dan as-Sunnah telah menyebutkan perkara-perkara yang baik dari
kebendaan yang harus manusia menikmatinya, di antaranya ialah:
Perkara baik dari segi makan dan minum.
Islam mengharuskan umatnya menikmati makanan dan minuman yang baik lagi
halal seperti makan daging, buah-buahan serta minuman seperti susu, madu dan lain-lain
lagi. Kenikmatan makanan dan minuman yang dinikmati oleh manusia itu merupakan
kurniaan Ilahi yang harus kita bersyukur kepada Allah. Firman Allah: dan makanlah
makanan yang halal lagi baik dari apa yang Allah telah rezekikan kepada kamu. (alMaidah 88)

32

Projek Pustaka Alaf Azhari, MANHAL


_______________________________________________________________________________________

Makanlah olehmu dari rezeki yang dianugerahkan oleh Tuhanmu dan bersyukurlah kamu
kepadaNya. (al-Saba 15)
Perkara baik dari segi pakaian dan perhiasan.
Islam menyuruh umatnya berpakaian bagi menutup aurat yang merupakan perkara
dharuri manakala perhiasan merupakan perkara tahsinat. Firman Allah yang bermaksud:
Wahai anak Adam, sesungguhnya kami telah menurunkan kepada kamu pakaian untuk
menutupi auratmu dan pakaian indah untuk perhiasan. (al-Araaf 26)
Sesungguhnya Allah itu sangat sukakan kepada kecantikan seperti hadis shahih
yang diriwayatkan oleh Muslim dari Abu Masud bertaka: Bersabda Rasulullah yang
bermaksud: Sesungguhnya Allah itu cantik, dan sukakan kecantikan. Apabila kita
berpakaian hendaklah kemas, teratur dan elok dipandang. Gambaran yang menyatakan
umat Islam hanya hidup dalam keadaan melarat dengan pakaian yang bercarik, kotor
adalah bukan ajaran Islam. Islam sentiasa menyuruh umatnya sentiasa dalam keadaan
bersih dan kemas dalam berpakaian.
Perkara baik dari segi tempat tinggal
Rumah merupakan tempat tinggal dan penginapaan manusia adalah tempat merehatkan
manusia dari keletihan bekerja dan tempat bagi melahirkan kasih sayang keluarga.
Tempat tinggal yang baik lagi strategik amat perlu bagi setiap individu manusia yang
inginkan ketenangan dan kebahagian. Rumah yang bahagia akan melahirkan masyarakat
yang bahagia dan penyayang. Firman Allah yang bermaksud: Dan Allah yang menjadikan
bagimu rumah-rumah sebagai tempat tinggal. ( al-Nahl 80)
Allah telah menceritakan kisah kaum Samud yang mendirikan istana-istana yang
indah. Firman Allah yang bermaksud: Dan ingatlah olehmu di waktu Tuhan menjadikan
kamu pengganti-pengganti sesudah kaum Aad dan memberikan tempat bagimu dibumi.
Kamu dirikan istana-istana ditanah-tanahnya yang mendatar dan kamu pahat gununggunungnya untuk dijadikan rumah, maka itu ingatlah nikmat-nikmat Allah dan janganlah
kamu merajalela di muka bumi membuat kerosakan. (al-Araaf 74)

33

Projek Pustaka Alaf Azhari, MANHAL


_______________________________________________________________________________________

Rasulullah saw selalu berdoa kepada Allah supaya sentiasa memberi keselesaan
dalam rumah sebab rumah merupakan tempat melahirkan kebahagiaan dalam keluarga.
Sabda Rasulullah: Wahai tuhanku, ampunkanlah dosaku, berikanlah keselesaan dalam
rumahku dan berkatilah aku dalam urusan rezekiku. (13)
Kenderaan.
Kenderaan merupakan alat perhubungan yang amat penting sejak zaman dahulu
lagi. Perkembangan masa dan teknologi menjadikan manusia telah mencipta alat-alat
kenderaan yang serba canggih untuk kemudahan manusia. Islam membenarkan umatnya
memiliki kenderaan bagi memudahkan urusan kehidupan mereka. Firman Allah yang
bermaksud: Dan telah menciptakan kuda, baghal dan keldai agar kamu menungganginya
dan menjadikannya perhiasan. Dan Allah menciptakan apa yang kamu tidak
mengetahuinya. (al-Nahl 7)
Sesungguhnya binatang-binatang itu dijadikan Allah untuk kepentingan manusia
bagi membawa barang-barang yang tidak sanggup dipikul oleh manusia. Firman Allah
yang bermaksud: Dan ia memikul beban-bebanmu ke suatu negeri yang kamu tidak
sanggup sampai kepadanya melainkan dengan kesukaran-kesukaran yang memayahkan
diri. (al-Nahl 8)
Allahlah yang menjadikan binatang ternak untuk kamu, sebahagiannya untuk kamu
kenderai dan sebahagianyan untuk makan. Dan ada lagi manfaat-manfaat yang lain pada
binatang ternak itu untuk kamu dan supaya kamu mencapai suatu keperluan yang
tersimpan dalam hati dengan mengenderainya. Dan kamu dapat diangkut dengan
mengenderai binatang-binatang itu dan mengenderai bahtera. (al-Mukmin 79-80)
Pada zaman sekarang kenderaan yng direka adalah dari besi atau bahan galian
yang merupakan ciptaan Tuhan. Oleh itu walaupun manusia sekarang tidak menggunakan
binatang sebagai alat perhubungan tetapi kenderaan ini juga menggunakan sumber hasil
ciptaan Tuhan terdiri dari bahan galian besi, minyak dan lain-lain lagi bagi membantu
kereta, kapal terbang dan kapal laut.
Menikmati kehidupan suami/ isteri.

34

Projek Pustaka Alaf Azhari, MANHAL


_______________________________________________________________________________________

Menikmati kehidupan suami/ isteri adalah diharuskan dalam Islam. Dari sini akan
lahir keluarga bahagia serta keturunan yang baik. Firman Allah yang bermaksud: Allah
menjadikan bagi kamu isteri-isteri dari jenis kamu sendiri dan jadikan bagimu dari isteriisteri kamu itu anak-anak dan cucu-cucu dan memberimu rezeki dari yang baik-baik. Maka
mengapakah mereka beriman kepada yang batil dan mengingkari nikmat Allah.(al-Nahl
72)
Kehidupan suami/isteri akan menimbulkan kasih sayang, ketenangan dan
mahabbah. Firman Allah yang bermaksud: Dan diantara tanda-tanda kekuasaanNya ialah
Dia menciptakan untukmu isteri-isteri dari jenismu sendiri supaya kamu cenderung dan
merasa tenteram kepadanya, dan dijadikanNya diantara kamu rasa kasih sayang.
Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda bagi kaum yang
berfikir.(ar-Rum 21)
Suami/isteri boleh melakukan hubungan jenis kerana ia merupakan fitrah manusia
yang saling memerlukan. Firman Allah yang bermaksud: Isteri-isteri kamu seperti ladang
tempat kamu bercucuk tanam, maka datangilah tanah tempat bercucuk tanammu itu
bagaimana saja kamu kehendaki.(al-Baqarah 223)
Dihalalkan bagi kamu pada malam hari puasa bercampur dengan isteri-isteri kamu,
mereka adalah pakaian bagimu, dan kamu adalah pakaian bagi mereka.(al-Baqarah 187)
Dalam melahirkan pasangan suami/isteri yang bahagia, ia seharusnya mengakui
hak-hak yang telah ditetapkan oleh syariat Islam. Rasulullah saw pernah bersabda yang
bermaksud: Dunia ini merupakan kesenangan dan sebaik-baik kesenangannya ialah
perempuan yang solehah.(14)
Hiburan dan permainan.
Islam mengharuskan umatnya berhibur selagi tidak melalaikan dari mengingati Allah dan
dalam lingkungan prinsip dan roh Islam. Islam juga menggalakkan umatnya bermain
seperti menembak, menunggang kuda, berenang dan membuat latihan bersenam untuk
menguatkan anggota badan dan menghiburkan hati.

35

Projek Pustaka Alaf Azhari, MANHAL


_______________________________________________________________________________________

Berhibur dengan mendengar lagu-lagu yang membangunkan jiwa untuk berjihad,


menghiburkan hati dan menanamkan semangat untuk mempertahankan negara adalah
diharuskan. Hiburan ini adalah merupakan keperluan kepada individu dan masyarakat
yang seharusnya dilihat sebagai satu perkara yang baik sekiranya tidak bertentangan
dengan ruh Islam dan tidak melalaikan hati yang mengingati Allah. Sekiranya lagu-lagu itu
menyebabkan kita lupa kepada Allah, terlalu asyik dan khayalan dalam alam fantasi yang
menyebabkan dirinya berakhlak buruk dan perwatakan yang kasar adalah haram.
Perkara baik dari segi kecantikan dan perhiasan.
I

slam

mengharuskan

umatnya

untuk mencantik

dan

berhias. Allah

telah

merakamkan sikap segolongan yang enggan mencantikkan diri malah mengharamkannya.


Firman Allah yang bermaksud: Wahai anak Adam, pakailah pakaian yang indah di setiap
memasuki masjid, makan dan minumlah dan janganlah berlebih-lebihan. Sesungguhnya
Allah tidak menyukai orang-orang yang berlebih-lebihan. Katakanlah : Siapakah yang
mengharamkan perhiasan dari Allah yang telah dikeluarkan untuk hamba-hambaNya dan
siapa pulakah yang mengharamkan rezeki yang baik? Katakanlah: Semua itu disediakan
bagi orang-orang yang beriman dalam kehidupan dunia khususnya mereka sahaja di hari
kiamat. Demikianlah kami menjelaskan ayat-ayat itu bagi orang-orang yang mengetahui.
(al-Aaraf 31-32)
Allah menyuruh anak Adam menggunakan perhiasan seperti mana Allah menyuruh
makan dan minum bagi melengkapi kehidupan manusia. Perhiasan dan kecantikan
menjadikan manusia itu sentiasa dalam keadaan kemas dan teratur malah Allah
menghiaskan langit

dengan kecantikan supaya menjadi keindahan kepada manusia

apabila melihat dan merupakan tanda-tanda kekuasaan Ilahi. Firman Allah yang
bermaksud: Sesungguhnya kami telah hiaskan langit yang terdekat dengan hiasan, iaitu
bintang-bintang. (al-Syafaat 6)
Ini merupakan pandangan Islam mengenai perkara baik yang diharuskan untuk
manusia menikmati segala kurniaan Tuhan yang tidak terhitung untuk dikira. Oleh itu,
ekonomi Islam berteraskan konsep kemanusiaan yang menepati kehendak naluri hati
manusia yang berkehendakkan keselesaan hidup kerana manusia adalah terdiri daripada
unsur ruh dan unsur kebendaan.

36

Projek Pustaka Alaf Azhari, MANHAL


_______________________________________________________________________________________

Zuhud yang dikenali dalam Islam bukan mengharamkan perkara yang baik,
menolak keselesaan hidup atau mengasingkan diri dari memakmurkan bumi ini tetapi ia
bermakna mengawal diri supaya tidak terlalu mengikut hawa nafsu, mementing dunia dari
akhirat apabila bertembung antara dua kepentingan tersebut. Firman Allah yang
bermaksud: Maka berpalinglah (wahai Muhammad) dari orang yang berpaling dari
ingatan kami dan tidak menginginkan kecuali kehidupan duniawi. (an-Najm 29) Dan
mereka yang mengutamakan kehidupan dunia maka sesungguhnya nerakalah tempat
tinggalnya. (an-Naziaat 38-39)
Ada juga yang menganggap bahawa dunia ini sebagai tempat yang buruk dan menolak
kehidupan dunia kerana mereka berdasarkan beberapa ayat-ayat al-Quran dan hadis
yang menggambarkan bahawa dunia tempat bagi orang kafir sahaja. Sebagai contoh
mereka berdalilkan sabda Rasulullah saw yang bermaksud Dunia merupakan penjara
bagi orang mukmin dan syurga bagi orang kafir. (Diriwayatkan oleh Muslim dari Abu
Hurairah 2956)
Bukan maksud dari hadis ini mengharamkan orang mukmin menikmati perkaraperkara baik malah ia merupakan antara amalan yang baik dan dikira sebagai amal soleh.
Maksud hadis ini bahawa orang mukmin dalam dunia ini adalah terikat dengan
tanggungjawab dan amanah yang mesti ditunaikan terikat dengan halal dan haram, tidak
boleh melakukan kecuali dibenarkan oleh syarak. Berapakah banyak perkara yang kita
idam hendak lakukan tetapi tidak dilaksanakan kerana perkara itu bertentangan dengan
roh syariat Islam. Kita hanya mengharap keredhaan Tuhan. Inilah yang dimaksudkan
dunia penjara bagi orang mukmin.
Maksud dengan syurga bagi orang kafir kerana mereka bebas untuk melakukan
apa sahaja yang disukainya tanpa ada had batasan dan tidak terikat dengan mana-mana
peraturan dan syariat.
Oleh yang demikian perkara yang baik yang diharuskan di sisi Islam adalah untuk
menenangkan jiwa manusia, melahirkan rasa tenteram pada hati, menyuburkan perasaan
kasih sayang dan lapangkan dada untuk melakukan perkara-perkara kebajikan.
Ekonomi yang berteraskan kesederhanaan.

37

Projek Pustaka Alaf Azhari, MANHAL


_______________________________________________________________________________________

Ekonomi Islam yang berteraskan kesederhanaan yan seimbang antara kerohanian


dan keperluan kebendaan. Ekonomi Islam berbeza dengan ekonomi kapitalis yang
mementingkan individu semata-mata dengan ekonomi sosialis yang mementingkan secara
jamaah. Ekonomi islam adalah seimbang antara kepentingan individu dan kepentingan
masyarakat dan negara. Seimbang antara keperluan dunia dan akhirat, seimbang antara
roh dan jasad, seimbang antara akal dan hati, seimbang antara teori dan praktikal.
Ekonomi Islam adalah seimbang antara kedua-dua aspek tersebut dengan memberi hakhak yang secukupnya. Firman Allah yang bermaksud: Dan Allah telah meninggikan langit
dan Dia yang meletakkan neraca keadilan supaya kamu jangan melampaui batas tentang
neraca itu. Dan tegakkanlah timbnagan itu dengan adil dan janganlah kamu mengurangi
neraca itu. (ar-Rahman 7-9)
Ekonomi Islam merupakan sebahagian dari sistem kehidupan manusia yang
diasaskan berdasarkan keseimbangan, kesederhanaan dan keadilan. Dalam bidang
ekonomi Islam adalah seimbang antara modal dan kerja, seimbang antara penghasilan
dan pengeluaran, seimbang antara pembahagian pengeluaran bersama. Di antara
keseimbangan ekonomi Islam yang terpenting yang membezakan antara yang lain ialah :
Pertama : Berkaitan dengan harta; antara golongan agama, falsafah, ideologi yang
mengharamkan

penggunaan

harta

malah

memerangi

kehidupan

dunia

serta

kenikmatannya dengan golongan yang menganggap harta sebagai matlamat hidup,


mengumpul harta untuk kepentingan diri dan menjadikan dunia segala-galanya dalam
hidupnya.
.
Kedua : Berkaitan dengan pemilikan; antara golongan yang membazir dalam berbelanja,
mencari harta dengan penipuan dan kezaliman dengan golongan yang menganggap harta
sebagai satu keburukan dan menjauhi diri dari memiliki harta.
Pendirian Islam mengenai dunia adalah pendirian yang seimbang dan sederhana
dan menganggap harta itu sebahagian dari keperluan hidup manusia. Islam tidak
cenderung kepada golongan yang menolak kesenangan dunia, menganggap dunia
membawa kepada keburukan dan kecelakaan, melarang dari berkahwin dan melarikan diri
daripada perkara yang baik yang diharuskan di sisi Islam seperti makan, minum, memakai
pakaian dan lain-lain yang merupakan untuk keselesaan hidup.

38

Projek Pustaka Alaf Azhari, MANHAL


_______________________________________________________________________________________

Islam juga tidak cenderung kepada golongan yang menjadikan dunia ini sebagai
matlamat segala-galanya malah menjadikan dunia ini sebagai tuhan mereka. Mereka ini
tidak langsung berfikir tentang hari akhirat seperti yang digambarkan oleh Allah dengan
firmanNya yang bermaksud: Dan tentu mereka akan mengatakan pula: Kehidupan kita
hanyalah di dunia saja, dan kita sekali-kali tidak akan dibangkitkan. (al-Anaam 29)
Sesungguhnya orang-orang yang tidak mengharapkan pertemuan dengan kami dan
merasa puas dengan kehidupan dunia serta merasa tenteram dengan kehidupan itu dan
orang-orang yang melalaikan ayat-ayat kami, mereka itu tempatnya ialah neraka
disebabkan apa yang selalu mereka kerjakan.(Yunus 7-8)
Pendirian Islam adalah pendirian yang seimbang antara mereka, menganggap
dunia merupakan ladang bagi akhirat, merupakan jalan bagi menuju ke arahnya, jalan
yang penuh dengan kebaikan dan kebajikan hingga mencapai kesejahteraan di dunia dan
di akhirat seperti ungkapan doa yang selalu diucapkan oleh setiap orang muslim. Firman
Allah yang bermaksud: Dan di antara mereka yang berdoa: Wahai tuhan kami, berikanlah
kami kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat dan peliharalah kami dari siksaan neraka.(
al-Baqarah 201)
Kerana itu Allah memberikan kepada mereka pahala di dunia dan pahala yang baik di
akhirat. Dan Allah menyukai orang-orang yang berbuat kebaikan.(Al-Imran 149)
Islam tidak memisahkan kehidupan dunia dengan agama, tidak memisahkan antara
kehidupan dunia dan kehidupan di akhirat bak pepatah mengatakan: Bekerjalah untuk
dunia seolah-olah kamu hidup selamanya, dan beramalah untuk akhirat seolah-olah kamu
hendak mati esok.
Harta merupakan wasilah untuk manusia membuat kebaikan jika digunakan ke arah
kebaikan dan harta bukan selama-lama merupakan kecelakaan kepada orang yang
memilikinya. Al-Quran juga menyebutkan harta sebagai kebaikan seperti firmanNya yang
bermaksud: Mereka bertanya kepada kamu tentang apa yang mereka nafkahkan.
Jawablah: Apa saja harta yang baik yang kamu nafkahkan hendaklah diberi

kepada

ibubapa, kaum kerabat, anak-anak yatim, orang-orang miskin dan orang-orang yang
sedang dalam perjalanan. Dan apa saja kebaikan yang kamu buat, maka sesungguhnya
Allah Maha Mengetahuinya.(al-Baqarah 215)

39

Projek Pustaka Alaf Azhari, MANHAL


_______________________________________________________________________________________

Rasulullah saw sentiasa berdoa supaya dijadikan di kalangan orang-orang yang


kaya dan menjauhkan dirinya dari kemiskinan dan kefakiran. Islam bukan menyuruh
umatnya hidup dalam keadaan kemiskinan, sentiasa mengharap pertolongan orang lain
dan merempat di merata tempat mengharap belas kasihan orang. Anggapan yang
menyatakan bahawa jika sekiranya ingin menjadi hamba yang soleh hendaklah hidup
dalam keadaan kemiskinan, bukan syiar Islam. Orang kaya yang bersyukur lebih Allah
kasihi dari orang miskin yang bersabar malah tangan yang menghulur adalah lebih baik
dari tangan yang meminta. Oleh itu, tidak timbul persoalan yang mengatakan bahawa
umat Islam perlu hidup dalam keadaan kemiskinan kerana ini merupakan ketentuan dari
Allah. Para sahabat yang sepuluh orang yang dijamin oleh Rasulullah saw memasuki
syurga adalah terdiri daripada golongan kaya seperti Abu Bakar As-Siddiq, Uthman bin
Affan dan Abdurrahman bin Auf. Harta yang dimiliki oleh mereka dibelanjakan ke arah
kebaikan sambil menambahkan kesyukuran mereka kepada Tuhan yang memiliki alam
semesta ini.
Sekiranya kita bersyukur atas nikmat kurniaan Ilahi, nescaya Allah akan
menambahkan rezeki dan keberkatan kepada kita semua. Ini merupakan janji Allah
kepada

hamba-hambaNya

yang

bersyukur.

Firman

Allah

yang

bermaksud:

Sesungguhnya jika kamu bersyukur, pasti kami akan menambahkan kepada kamu dan
jika kamu mengingkari nikmatKu, maka sesungguhnya azabKu sangat pedih.(Ibrahim 7)
Dan sekiranya mereka sungguh-sungguh menjalankan hukum Taurat dan Injil dan alQuran yang diturunkan kepada mereka dari Tuhannya, nescaya mereka akan mendapat
makanan dari atas mereka dan dari bawah kaki mereka.(al-Maidah 66)
Jikalau sekiranya penduduk-peduduk negeri beriman dan bertaqwa, pasti kami akan
melimpahkan kepada mereka berkat dari langit dan bumi tetapi mereka mendustakan
ayat-ayat kami itu, maka kami siksa mereka disebabkan perbuatannya.(al-Araaf 96)
Harta yang dimiliki oleh manusia itu adalah merupakan ujian dari Allah untuk
menguji samada ia bersyukur atau tidak bersyukur.

40

Projek Pustaka Alaf Azhari, MANHAL


_______________________________________________________________________________________

Sesungguhnya kelebihan manusia bukan terletak pada kekayaan harta, pangkat


atau kuasa tetapi terletak pada amal soleh, keikhlasan, ketaqwaan dan perwatakan yang
mulia.
Harta yang dikurnia oleh Allah itu hendaklah

dijadikan ia amal soleh yang

berkekalan walaupun kita telah mati dengan membina masjid, rumah-rumah kebajikan,
hospital, sekolah dan lain-lain yang memberi manfaat yang berkekalan hingga hari kiamat.
Firman Allah yang bermaksud: Harta dan anak adalah perhiasan kehidupan dunia tetapi
amalan-amalan yang kekal lagi soleh adalah lebih baik pahalanya di sisi Tuhanmu serta
lebih baik untuk menjadi harapan.(al-Kahfi 46)
Apabila kekuatan ekonomi umat Islam kukuh, maka matlamat utama manusia untuk
beribadat dapat dilaksanakan dengan sempurna dan lengkap. Manusia dijadikan oleh
Allah untuk beribadat kepadaNya dan dijadikan ekonomi sebagai wasilah bagi manusia
untuk mencapai kesenangan dan keselesaan dalam beribadat kepada Allah swt.
Secara kesimpulannya, ekonomi Islam yang bercirikan empat ciri tersebut adalah
melahirkan golongan umat yang mempunyai kekuatan ekonomi yang berasaskan sistem
nilai etika yang tinggi dan perwatakan yang baik lagi bersyukur untuk Tuhan Yang Maha
Esa.
Oleh:
Al-faqir ila afwa rabbi,
Mohd. Rumaizuddin bin Hj. Ghazali
Haiyu Sabiek, Madinat Nasr, Kaherah
1hb. Julai 1995.

HAK CIPTA TERPELIHARA


TIDAK DIBENARKAN MENERBITKAN SEMULA BAHAN INI DALAM APA JUA BENTUK
SEKALIPUN, MELAINKAN SETELAH MENDAPAT KEIZINAN PENERBIT. HARGAILAH
PENGORBANAN ORANG LAIN YANG BERTUNGKUS LUMUS MENYIAPKANNYA.
MENCETAK SEMULA DAN MENERBITKANNYA DALAM APA JUA BENTUK SEKALIPUN
DIANGGAP SEBAGAI JENAYAH DAN DIKIRA BERCANGGAH DENGAN SYARIAH
ISLAM.
Nota kaki:

41

Projek Pustaka Alaf Azhari, MANHAL


_______________________________________________________________________________________

Diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim


Abu Daud, Sunan Abu Daud, cetaka Isa Halabi, Kaherah jilid 2 hal. 124
Abu Daud, op. Cit jilid 1 hal. 481
Ibid, jilid 2 hal. 122
Al-Bukhari, Al-Adabul Mufrad, hal. 52:112
Muslim, Shahih Muslim, jilid 4 hal. 1987:34
Al-Bukhari, Shahih Bukhari, jilid 8 hal. 15
Riwayat oleh Muslim
Diriwayatkan oleh Nasaie
Dr. Sauqi al-Fanqari, Takrif bi Iqtisad Islami, Kem. Wakaf Mesir, 1995 hal. 11
Ibid, hal. 12
Berkata Al-Munzari: Diriwayatkan oleh Ahmad dan periwayatnya adalah shahih, begitu
juga berkata Hashimi dalam Mujmak Az-Zawahid
Diriwayatkan oleh Ahmad dan yang lain dari Abu Musa As-Syaari dan Turmuzi dari Abu
Hurairah, Shahih jamie Shagir(1265)
Diriwayatkan oleh Ahmad, Muslim dan Nasaie dari Abdullah bin Amru dan Muslim dari
Ibnu Umar, Shahih Jamie Shagir (3413)
HAK CIPTA TERPELIHARA
TIDAK DIBENARKAN MENERBITKAN SEMULA BAHAN INI DALAM APA JUA BENTUK SEKALIPUN,
MELAINKAN SETELAH MENDAPAT KEIZINAN PENERBIT. HARGAILAH PENGORBANAN ORANG LAIN
YANG BERTUNGKUS LUMUS MENYIAPKANNYA.

MENCETAK SEMULA DAN MENERBITKANNYA

DALAM APA JUA BENTUK SEKALIPUN DIANGGAP SEBAGAI JENAYAH DAN DIKIRA BERCANGGAH
DENGAN SYARIAH ISLAM.

42

Anda mungkin juga menyukai