Anda di halaman 1dari 9

Pada zaman dahulu, Si Tompok

dan Pak Belalang bersahabat baik.


Si Tompok pandai memanjat pokok,
manakala Pak Belalang pula pantas
berlari.

Mereka saling membantu ketika


mencari makanan. Pada suatu hari,
Pak Belalang kagum melihat Si
Tompok menangkap mangsanya di
atas pokok.

Pak Belalang teringin menjadi


seperti Si Tompok. Wahai Si
Tompok, bolehkah engkau
mengajar aku memanjat pokok?
rayu Pak Belalang.

Boleh, tiada salahnya, kata Si


Tompok. Terima kasih, Si Tompok
kerana sanggup mengajar aku,
kata Pak Belalang. Keesokannya, Si
Tompok mengajarnya.

Pak Belalang mengikut segala


arahan Si Tompok. Dia juga gigih
belajar walaupun gagal buat
kesekian kalinya.

Sampai di pertengahan pokok, Si


Tompok terpandang ke bawah dan
melihat daging ayam yang
disembunyikan di dalam semak.

Tanpa berlengah, Si Tompok


segera melompat turun dari pokok
untuk mendapatkan daging
tersebut. Pak Belalang terkejut dan
menjerit ketakutan.

Wahai temanku Si Tompok,


mengapakah engkau tinggalkan
aku? Bukankah kau belum habis
mengajarku?

Dengan perasaan tidak bersalah


Si Tompok menjawab , Aku tidak
boleh tunggu kau. Nanti daging
ayam kau makan banyak kerana
kau lebih pantas dari aku.

Anda mungkin juga menyukai