Anda di halaman 1dari 12

SETIA EMAS

91

Nama : _____________________________________

011
Tarikh : ______________

SETIA EMAS
011
Bahasa
Melayu
Kertas 1
UAT
2005 / 2006
50 minit

011

UJIAN AKHIR TAHUN


TAHUN ENAM : 2005 / 2006

BAHASA MELAYU
Kertas 1
Lima puluh minit

JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA DIBERITAHU


1. Kertas soalan ini mengandungi 40 soalan. Jawab semua soalan.
2. Jawab dengan menghitamkan ruangan pada kertas jawapan.
3. Bagi setiap soalan, hitamkan satu ruangan sahaja.
4. Jika kamu hendak menukar jawapan, padamkan tanda yang telah dibuat. Kemudian
hitamkan jawapan yang baru.

UJIAN AKHIR TAHUN FORMAT BARU 2005 / 2006


011 - BAHASA MELAYU TAHUN ENAM : KERTAS PEMAHAMAN

91

SETIA EMAS

SETIA EMAS

92

011

Kertas soalan ini mengandungi 11 halaman bercetak

011 Setia Emas - Ujian Akhir Tahun 2005 / 2006

SETIA EMAS

Tiap-tiap soalan diikuti oleh tiga pilihan jawapan A, B dan C atau empat pilihan jawapan A, B,
C dan D. Antaranya, ada satu jawapan sahaja yang betul. Pilih jawapan yang betul itu.
Kemudian, tandakan jawapan kamu dengan menghitamkan ruangan pada kertas jawapan.

Soalan 1 hingga Soalan 19


Isi tempat kosong dalam ayat-ayat di bawah dengan jawapan yang paling sesuai.
Soalan 1 berdasarkan gambar 1

__________ lah cara membuat kek perasa vanila, kata


Chef Wan kepada suri rumah itu.
A
B
C
D

Sini
Situ
Begini
Begitu

Gambar 1

Soalan 2 berdasarkan gambar 2

Julia menerima panggilan telefon __________ neneknya di


kampung.
A
B
C

dari
kepada
daripada

Gambar 2

Semasa melawat kilang minuman itu, kami __________ dengan baik oleh pengurus kilang
tersebut.
A
B
C

dilayan
dijamu
dijaga

Soalan 4 berdasarkan gambar 3

Nur Afiqah berusaha __________ diri dengan kawan-kawan


di sekolah barunya.

UJIAN AKHIR TAHUN FORMAT BARU 2005 / 2006


011 - BAHASA MELAYU TAHUN ENAM : KERTAS PEMAHAMAN

92

SETIA EMAS

SETIA EMAS

93
A
B
C

011

menyesuai
bersesuaian
menyesuaikan

Gambar 3

Soalan 5 berdasarkan gambar 4

Rancangan Hari Ini Dalam Sejarah disiarkan __________


mengenang kembali peristiwa silam.
A
B
C
D

bagi
agar
kerana
supaya

Gambar 4

Suara Abdul Jamil sungguh __________ sehingga mengganggu adik perempuannya yang
sedang tidur lena.
A
B
C
D

nyaring
manja
garau
lunak

Soalan 7 berdasarkan gambar 5

Marina duduk di __________ Mei Lan ketika mereka sedang


bermain congkak.
A
B
C
D

belakang
hadapan
kanan
kiri

Gambar 5

Ibu bapa perlu memberi __________ kepada anak-anak untuk meningkatkan prestasi
pelajaran mereka.
A
B
C
D

dorongan
asuhan
ingatan
arahan

Soalan 9 berdasarkan gambar 6

UJIAN AKHIR TAHUN FORMAT BARU 2005 / 2006


011 - BAHASA MELAYU TAHUN ENAM : KERTAS PEMAHAMAN

93

SETIA EMAS

SETIA EMAS

94
9

011

__________, panasnya cuaca hari ini! kata Encik Murad


ketika dia melawat projek pertanian di desa itu.
A
B
C
D

Eh
Cis
Hai
Aduhai

Gambar 6

Soalan 10 berdasarkan gambar 7

10

Sultan Mansur Shah telah menganugerahi Pendekar Radin


__________ pakaian serta _________ keris emas.
A
B
C
D

sehelai ... sebatang


sepasang ... sepucuk
sepersalinan ... sebilah
sebungkus ... sebatang

Gambar 7

11

Fikirkanlah perkara itu __________ sebelum kamu membuat keputusan, kata ayah
kepada Shuhaimi.
A
B
C
D

12

masak-masak
benar-benar
hidup-hidup
bulat-hidup

Rasdan gigih menjalani latihan. __________, dia gagal mendapat tempat pertama dalam
pertandingan lompat jauh.
A
B
C
D

Meskipun
Setelah itu
Jika demikian
Namun demikian

Soalan 13 berdasarkan gambar 8

13

Tan Ah Leong __________ tahi lembu yang bertaburan di


atas jalan ketika dia hendak pergi ke rumah kawannya.
A
B
C

terpijak
tersepak
tertendang

Gambar 8

Soalan 14 berdasarkan gambar 9

UJIAN AKHIR TAHUN FORMAT BARU 2005 / 2006


011 - BAHASA MELAYU TAHUN ENAM : KERTAS PEMAHAMAN

94

SETIA EMAS

SETIA EMAS

95
14

011

Amboi, cantiknya __________ di tasik itu! kata Nita kepada


abangnya.
A
B
C
D

flora dan fauna


pemandangan
keadaan
suasana

Gambar 9

Soalan 15 berdasarkan gambar 10

15

Puan Zunaidah __________ tangan anaknya ketika hendak


melintas jalan itu
A
B
C
D

menghayun
memimpin
menolak
menarik

Gambar 10

16

Lima __________ rumah kedai telah hangus dalam kebakaran di Jalan Bendahara, Teluk
Intan pada bulan lepas.
A
B
C
D

biji
jalan
pintu
buah

Soalan 17 berdasarkan gambar 11

17

Bendera Jalur Gemilang __________ ditiup angin semasa


perhimpunan rasmi pagi itu.
A
B
C
D

bergoncang-goncang
bergoyang-goyang
berkibar-kibar
beralun-alun

Gambar 11

18

Rumah kayu yang usang di kampung Pasir Salak itu telah dibaiki dan dicat semula oleh
sekumpulan __________.
A
B
C
D

bangsawan
sukarelawan
cendekiawan
olahragawan

Soalan 19 berdasarkan gambar 12

UJIAN AKHIR TAHUN FORMAT BARU 2005 / 2006


011 - BAHASA MELAYU TAHUN ENAM : KERTAS PEMAHAMAN

95

SETIA EMAS

SETIA EMAS

96
19

011

Mak Cik Norhasimah membeli dua __________ serai di


pasar tani pagi tadi.
A
B
C
D

ikat
gugus
batang
rumpun

Gambar 12

Soalan 20
Pilih perkataan seerti bagi perkataan yang bergaris.
20

Mereka menuju ke ruang tamu untuk menikmati juadah yang sudah berhidang.
A
B
C
D

sajian
sarapan
makanan
hidangan

Soalan 21
Pilih perkataan berlawan bagi perkataan yang bergaris.
21

Setelah disoal siasat, pencuri itu akhirnya mengakui perbuatannya.


A
B
C
D

menolak
menafikan
menyetujui
membantah

Soalan 22
Pilih peribahasa yang paling sesuai untuk diisikan di tempat kosong dalam ayat-ayat di bawah.
22

Wajahnya muram sahaja kerana anak sulungnya menghidap penyakit jantung berlubang.
A
B
C
D

Kecil tapak tangan, nyiru ditadahkan


Ketam menyuruh anaknya berjalan betul
Minyak dengan air tidak akan bercampur
Cubit paha kanan, paha kiri pun sakit juga

Soalan 23
Pilih jawapan yang betul bagi ayat tanya yang diberikan.
23

Bagaimanakah reaksi para penonton tentang pementasan teater itu?


A
B
C
D

Para penonton ternanti-nanti untuk melihat pementasan teater itu.


Reaksi para penonton sungguh baik kepada pementasan teater itu.
Pementasan teater itu mendapat reaksi yang sungguh menggalakan.
Para penonton menyambut baik kedatangan kru pementasan teater itu.

Soalan 24
UJIAN AKHIR TAHUN FORMAT BARU 2005 / 2006
011 - BAHASA MELAYU TAHUN ENAM : KERTAS PEMAHAMAN

96

SETIA EMAS

SETIA EMAS

97

011

Pilih ayat tanya yang betul bagi jawapan yang diberikan.


24

Angin ribut yang bertiup menghalang para nelayan mendapat ikan yang banyak.
A
B
C
D

Apakah yang berlaku kepada para nelayan?


Di manakah para nelayan mendapat ikan yang banyak?
Mengapakah hasil tangkapan para nelayan agak berkurangan?
Bagaimanakah caranya para nelayan mendapat ikan yang banyak?

Soalan 25
Pilih ayat yang sama maksud dengan ayat yang diberikan.
25

Pihak polis akan mengenakan tindakan tegas bagi mengurangkan kadar kemalangan jalan
raya yang semakin membimbangkan dewasa ini.
A
B
C
D

Pihak polis yang bimbangkan kadar kemalangan jalan raya dewasa ini, bercadang
mengambil tindakan tegas.
Kadar kemalangan jalan raya yang semakin membimbangkan itu, memaksa pihak
polis mengenakan tindakan tegas.
Bagi mengurangkan jumlah kemalangan jalan raya yang semakin merisaukan pada
masa ini, pihak polis akan mengenakan tindakan tegas.
Bagi mengurangkan kadar kemalangan jalan raya yang semakin membimbangkan
dewasa ini, pihak polis telah mengenakan tindakan yang berat.

Soalan 26 dan Soalan 27


Pilih ayat-ayat yang menggunakan perkataan bergaris dengan betul.
26

I
II
III
IV
A
B
C
D

Pelajarannya patah di tengah jalan.


Kereta yang terlibat dalam kemalangan itu patah dua.
Pekerja asing itu tidak patah bercakap bahasa Melayu.
Dia sempat menyebut beberapa patah perkataan sebelum meninggal dunia.
I dan II sahaja
I dan IV sahaja
I, II dan IV sahaja
I, II, III dan IV

27

I
II
III
IV
A
B
C
D

Ayah rantai abang kerana dia terlalu nakal.


Rantai kasih antara Azli dengan Siti telah putus.
Rumah Zahid terletak kira-kira dua rantai dari jalan raya.
Rantai emas yang dipakai oleh adik telah diragut oleh seorang lelaki tua.
I dan II sahaja
I, II dan III sahaja
I, II dan IV sahaja
II, III dan IV sahaja

Soalan 28 hingga Soalan 30


Pilih ayat-ayat yang betul.
28

Kita haruslah sopan santun terhadap orang tua.

UJIAN AKHIR TAHUN FORMAT BARU 2005 / 2006


011 - BAHASA MELAYU TAHUN ENAM : KERTAS PEMAHAMAN

97

SETIA EMAS

SETIA EMAS

98

011

II
III
IV
A
B
C
D

Restoran Seri Anjung menyediakan berbagai jenis masakan.


Sektor pertanian merupakan sektor yang penting di negara kita.
Penyakit demam denggi amat berbahaya dan boleh membawa maut.
I dan III sahaja
III dan IV sahaja
I, III dan IV sahaja
II, III dan IV sahaja

29

I
II
III
IV
A
B
C
D

Pasu-pasu bunga itu saya cat.


Banjir besar itu telah menenggelamkan beberapa buah kampung.
Program itu dapat mewujudkan semangat perpaduan antara kaum di Malaysia.
Dia mengucapkan kepada kami terima kasih atas pertolongan yang kami berikan.
I dan III sahaja
I dan IV sahaja
I, III dan IV sahaja
II, III dan IV sahaja

30

I
II
III
IV
A
B
C
D

Barang-barang elektrik yang dijual di bazar itu sungguh amat murah.


Pekerja lebuh raya sedang memperlebar jalan menuju ke pekan Tangkak.
Kamus ekabahasa yang baru itu diterbitkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka.
Encik Suhaimi dan keluarganya berada di Pulau Langkawi hanya seminggu sahaja.
II dan III sahaja
I, II dan III sahaja
I, III dan IV sahaja
II, III dan IV sahaja

Soalan 31 hingga Soalan 35


Baca puisi di bawah dan kemudian jawab soalan-soalan berikutnya.

UJIAN AKHIR TAHUN FORMAT BARU 2005 / 2006


011 - BAHASA MELAYU TAHUN ENAM : KERTAS PEMAHAMAN

98

SETIA EMAS

SETIA EMAS

99

011

Bunga Raya berwarna merah,


Menjadi lambang kebanggaan negara;
Gundah perasaanku bertambah marah,
Sampah bertaburan di merata-rata.
Batang rumbia dibuat sagu,
Sagu diadun dijadikan lepat;
Hati sedih bertambah sayu,
Banjir kilat longkang tersumbat.
Pohon merbau pohon meranti,
Sumber pembalakan negara tercinta;
Bukit hijau pupus kini,
Lantaran percambahan industri berleluasa.
Panjat kelapa menggunakan sigai,
Sigai dicipta oleh Pak Senan;
Sisa toksik berlimpahan di sungai,
Pembangunan menggugat rezeki nelayan.
Gula melaka nira tebu,
Lopes enak menambat selera;
Ozon menipis menebal jerebu,
Pencemaran udara menyesakkan dada.
Bunga mawar berwarna-warni,
Mawar merah jadi pilihan;
Inikan budi masyarakat madani,
Pentingkan laba musnahkan keindahan.
Putat pegaga dibuat ulam,
Tumbuh subur di tepi jemuran;
Marilah teman mencintai alam,
Menjaga kebersihan elakkan pencemaran.

31

Hutan di negara kita semakin pupus kerana


A
B
C
D

32

dilimpahi sisa toksik.


lapisan ozon kian menipis.
berlaku pencemaran di kawasan hutan.
projek pembangunan yang tidak terkawal.

Apakah perasaan penulis apabila melihat sampah bertaburan dan longkang tersumbat?
A
B
C
D

Perasaan marah dan sedih


Perasaan sedih bertambah pilu
Perasaan marah dan otaknya buntu
Hatinya kesal terhadap penduduk dan masyarakat

UJIAN AKHIR TAHUN FORMAT BARU 2005 / 2006


011 - BAHASA MELAYU TAHUN ENAM : KERTAS PEMAHAMAN

99

SETIA EMAS

SETIA EMAS
33

rugi.
bala.
faedah.
untung.

Apakah seruan dan harapan penulis kepada teman-temannya supaya


A
B
C
D

35

011

Perkataan laba dalam puisi di atas bermaksud


A
B
C
D

34

100

menghijaukan kembali bukit yang pupus.


mencintai alam dan menjaga kebersihan
membersihkan longkang yang tersumbat
teman-temannya memelihara alam semula jadi

Semua pernyataan yang berikut merupakan kesan pembangunan industri, kecuali


A
B
C
D

masalah jerebu dan pencemaran alam.


penipisan lapisan ozon oleh asap pencemaran.
kemusnahan alam semula jadi secara berleluasa.
pembuangan sampah di merata-rata oleh masyarakat.

Soalan 36 hingga Soalan 40


Baca petikan di bawah dan kemudian jawab soalan-soalan berikutnya.
Ramai yang menganggap pokok nanas atau ananas comosus hanya ditanam untuk
mendapatkan hasil buahnya saja. Sebenarnya, masih ada spesies nanas yang boleh
dikhususkan untuk dekorasi ruangan dalam dan halaman rumah.
Ananas bracteatus Strituatus merupakan spesies yang unik berbanding pokok nanas
yang biasa ditemui. Di negara kita, spesies ini begitu popular di kalangan masyarakat Cina
yang gemar menanamnya. Spesies ini tidak sukar untuk ditanam kerana memiliki ketahanan
sama ada ditanam pada cuaca redup atau di kawasan dedahan cahaya matahari terik.
Rupa bentuknya yang kecil dengan susunan daunnya yang seakan-akan roset lebih
menarik jika dipasukan dan diletak di atas meja. Susunan roset dedaun dari jambaknya
berwarna kemerah-merahan dan bercampur hijau di sekitar pucuknya sememangnya menarik.
Buahnya kecil tetapi tidak boleh dimakan.
Cara menyemai baka baru amat mudah kerana proses pertumbuhannya tidak
memerlukan pengurusan lanjutan. Anak benih yang baru boleh diambil dari jambak buah atau
jambak sendeng yang tumbuh pada bahagian bawah buahnya.
Penanam juga boleh mengambil anak benih yang sudah berakar yang tumbuh di sekitar
pokok induknya tetapi rupanya tidak cantik. Peminat nanas hiasan di Eropah lebih gemar
menyemai jambak atas buahnya kerana susunan daunnya lebih kemas.
Pasu yang memiliki ukur lilit enam puluh sentimeter boleh digunakan untuk menyemai
anak benih yang baru. Kompos perlu dicampur dengan sedikit tanah gambut dan dua bahagian
pasir kasar dan halus untuk memastikan pengaliran air yang baik.
UJIAN AKHIR TAHUN FORMAT BARU 2005 / 2006
011 - BAHASA MELAYU TAHUN ENAM : KERTAS PEMAHAMAN

100

SETIA EMAS

SETIA EMAS

101

011

Setelah anak benih ditanam, siraman awal dilakukan dan dua biji epal yang masak ranum
diletakkan di dalam pasu bagi membantu proses pertumbuhan akar, membaiki struktur tanah
semaian, dan menggalakkan pertumbuhan daun yang baru. Semaian ini perlu dibungkus
dengan beg plastik politena selama seminggu. Pokok ini boleh dipindahkan ke pasu lain dalam
tempoh enam bulan.

36

Apakah tajuk yang sesuai bagi petikan di atas?


A
B
C
D

37

Perkataan unik dalam petikan di atas membawa maksud yang berikut, kecuali
A
B
C
D

38

Buah nanas hiasan tidak boleh dimakan.


Masyarakat Cina gemar menanam nanas hiasan.
Ananas bracteatus Strituatus amat sukar ditanam.
Pokok nanas sesuai ditanam di kawasan bergambut.

Ananas bracteatus Strituatus dikatakan spesies yang unik kerana


A
B
C
D

40

ganjil.
istimewa.
tersendiri.
luar biasa.

Semua pernyataan yang berikut adalah benar tentang petikan di atas, kecuali
A
B
C
D

39

Pokok Nanas.
Ananas Comusus.
Keunikan Pokok Nanas Hiasan.
Cara-cara Menanam Pokok Nanas.

pokok nanas ini jarang ditemui.


susunan daunnya seakan-akan roset.
memerlukan epal ranum untuk pertumbuhan.
bentuknya kecil dan susunan daunnya seakan-akan roset.

Buah epal ranum dimasukkan ke dalam pasu semaian supaya


A
B
C
D

akar menjadi subur dan buah nanas menjadi lebih besar.


warna daunnya lebih menarik dan rasa buah nanas lebih enak.
pokok cepat membesar dan buah nanas itu menjadi lebih manis.
dapat membaiki struktur tanah dan merangsang pertumbuhan daun baru.

- KERTAS SOALAN TAMAT -

UJIAN AKHIR TAHUN FORMAT BARU 2005 / 2006


011 - BAHASA MELAYU TAHUN ENAM : KERTAS PEMAHAMAN

101

SETIA EMAS

SETIA EMAS

102

UJIAN AKHIR TAHUN FORMAT BARU 2005 / 2006


011 - BAHASA MELAYU TAHUN ENAM : KERTAS PEMAHAMAN

102

011

SETIA EMAS

Anda mungkin juga menyukai