Anda di halaman 1dari 4

Definisi

Pasar Malam pula ditakrifkan sebagai konsep pasar atau bazaar yang
perniagaannya dimulakan pada waktu petang sehingga kepada waktu malam. Ia merupakan
sejenis pasar jalanan yang terdapat di Malaysia, Singapura dan Indonesia yang biasanya
berada di kawasan perumahan.
Di pasar malam terdapat pelbagai gerai mudah alih, yang menjual barang-barangan
seperti makanan[2] dan hasil tani seperti sayur-sayuran, buah-buahan, daging dan barangan
basah yang lain. Barangan lain seperti permainan, perkakasan, buku, baju dan sebagainya
ada dijual. Ia menarik banyak orang mengunjunginya kerana harga barangan yang
berpatutan. Pasar malam hanya dibuka beberapa malam dalam seminggu, kerana peniaga
berpindah-randah ke kawasan berlainan setiap hari sepanjang minggu. Tawar menawar
merupakan amalan biasa di pasar sedemikian.

KONSEP AKTIVITI PERNIAGAAN RUNCIT KATEGORI PENJAJA KECIL:


1.Menjalankan aktiviti perniagaan tanpa premis tetap ( kedai ).
2.Mempunyai lesen bagi menjalankan perniagaan dari pihak berkuasa tempatan.
3. Mendirikan gerai sementara atau menggunakan kenderaan beroda.
4.Terdiri daripada penjaja menjalankan perniagaan kecil-kecilan.
5. Bergerak dari satu tempat ke satu tempat yang lain.
6.Berbentuk milikan tunggal.
7. Contoh aktiviti: jualan basah, jualan kering, makanan ringan, pakaian, buahbuahan dan barangan keperluan harian.
KESAN NEGATIF PERNIAGAAN RUNCIT DI PASAR SEHARI PEKAN POKOK
SENA
1 PENCEMARAN
Kebiasaannya selepas habis berniaga, persekitaran kawasan pasar minggu ini akan dipenuhi
dengan sampah sarap. Lebih menyedihkan lagi, sampah sarap itu akan berterbangan dan
berselerak ke tempat lain.Ini dapat menimbulkan pencemaran di samping menyukarkan
pembeli untuk menyusuri tapak perniagaan itu sendiri kerana bau yang kurang
menyenangkan.
2 KESESAKAN LALU LINTAS
Masalah kesesakan lalu lintas sering berlaku kerana pengunjung suka meletakkan kenderaan
mereka sesuka hati. Walaupun pihak kerajaan telah menyediakan infrastruktur yang baik,
termasuklqh tempat meletak kereta, ada juga segelintir pengunjung yang tidak menggunakan
infrastruktur tersebut dengan betul. Ini diburukkan lagi dengan sikap segelintir peniaga yang
tidak mematuhi peraturan lalu lintas dengan berniaga hingga ke gigi jalan. Ini menyukarkan
keadaan.
3 HARGA TANPA KAWALAN
Kebanyakan harga barang di pasar minggu ini tidak dipantau oleh pihak kerajaan. Terdapat
pembeli yang tertipu dengan sikap peniaga yang menaikkan harga dengan sengaja. Antara
alasan yang dilontarkan oleh peniaga apabila harga dengan tiba-tiba yang meningkat ialah
musim hujan nelayan tak turun laut , laut bergelora dan sebagainya.

4 BARANGAN TIDAK BERKUALITI


Terdapat juga barangan tidak berkualiti dari segi ketulenannya. Contohnya jam yang
berjenama di jual di Pasar Sehari dengan harga yang murah, itu tandanya barangan itu tidak
berkualiti atau dengan kata lain barangan palsu. Menjual barangan palsu ini merupakan salah
satu jenayah yang kian menular pada masa kini. Saya bersyukur jikalau terdapat pihak
pihak tertentu sama ada pihak kerajaan mahupun pihak NGO sekali pun yang berusaha
membanteras penjualan barangan palsu ini.
CADANGAN UNTUK MENGURANGAN KESAN NEGATIF PERNIAGAAN
RUNCIT POKOK SENA.
1 PENGAWALAN HARGA
Kerajaan perlu sentiasa memantau dan mengawal harga barangan yang dijual. Pihak
berkenaan perlu sering turun padang untuk memastikan pelanggan tidak ditindas. Sepatutnya
semua peniaga perlu meletakkan tanda harga untuk memudahkan urusniaga mereka seperti
meletakkan tanda harga pada jualan memudahkan pembeli dan peniaga
2. KEMPEN KESEDARAN
Kempen kesedaran ini mengunakan risalah , tampal poster dan banner bagi memberi
kesedaran kepada pengunjung dan peniaga untuk sama-sama menjaga kebersihan kawasan.
Sebagai contoh, Cintailah Alam Sekitar dan Kurangkan Penggunaan Plastik.Nilai
cintakan kebersihan perlu disemai dalam jiwa setiap individu sama ada peniaga atau pembeli.
3 MENYEDIAKAN KEMUDAHAN ASAS
Pihak berkuasa perlu menyediakan lebih banyak tong sampah di kawasan perniagaan, ini bagi
memudahkan pembersihan dilakukan sendiri oleh perniaga dapat dijalankan dengan lebih
mudah.
SOALAN TEMUBUAL:
1. Encik/Puan sering datang ke pasar malam ini
2. Apa barang yang biasa Encik/Puan beli?
3. Apakah Encik/Puan rasa harga barang di pasar malam ini murah?
4. Adakah barang-barang yang dijual di pasar malam ini memenuhi cita rasa Encik/Puan?
5. Adakah tapak pasar malam ini bersesuian?
6. Jika tapak pasar malam ini tidak sesuai, boleh Encik/Puan beri cadangan di mana tapak
yang sesuai untuk perniagaan pasar malam dijalankan?
7. Adakah tong-tong sampah disediakan oleh PBT di sekitar pasar malam ini untuk
mengelakkan pencemaran sampah-sarap daripada berlaku?
FAKTOR MENJADIKAN TARIKAN PENGUNJUNG UNTUK KE PASAR MALAM DI
JERTEH

Mengaitkan produk dengan nama artis


Selain itu, peniaga juga melariskan produk yang dijual dengan
mengaitkan nama artis dan selebriti tanah air, tidak kurang juga
mengaitkan dengan selebriti antarabangsa. Contohnya pengguna
boleh memiliki tudung Ikin serendah RM 10.00 dengan hanya
berbelanja di pasar malam. Pengaruh tudung Ikin yang

dipopularkan oleh isteri Mawi artis realtiti TV dari Akademi


Fantasia tidak perlu diperkenalkan lagi. Penangan hebat
membuatkan orang ramai mampu bergaya cantik dan sopan
seperti Ikin. Hari ini, pelbagai jenis tudung dan selendang yang
berkualiti boleh didapati di pasar malam. Kualiti dan fabrik
mungkin agak sedikit berbeza namun ia tetap memberikan
kepuasan kepada pengguna. Selain itu, terdapat juga peniaga
makanan yang mempromosikan kempen 1Malaysia melalui
makanan yang dijual. Kelihatan peniaga sangat kreatif dan peka
dengan perkembangan negara. Selain sedap, makanan 1Malaysia
ini juga jauh lebih murah dan banyak pilihan.
Berani dan lantang melontarkan suara
Peniaga pasar malam juga lebih berani dan lantang untuk
melontarkan suara mereka untuk meraih keuntungan.
Kebanyakan peniaga akan menjerit atau memasang tape yang
telah dirakam lalu dimainkan untuk mempromosikan produk
mereka. Seawal tapak pertama menjejakkan kaki ke pasar malam
sehingga ke payung terakhir pasar malam, rakaman tape ini akan
mencuri tumpuan. Pasti ramai yang sedar akan kewujudan
peniaga ini dengan menggunakan cara yang paling terkini.
Contohnya di pasar malam Padang Jawa setiap malam Jumaat,
gerai menjual barang-barang plastik dan keperluan dapur akan
mencuri tumpuan kerana memasang tape yang telah dirakam.
Setiap peniaga pasar malam mempunyai cara yang tersendiri
untuk memasarkan produk mereka. Hasilnya juga adalah berbaloi.
Sikap ramah dan mesra
Seterusnya, peniaga pasar malam juga lebih mesra dan ramah.
Sikap ini melambangkan peribadi yang baik dengan masyarakat.
Sekaligus, peniaga-peniaga ini akan membuatkan pembeli
merasa selesa dan mudah untuk menjalankan urus niaga dengan
mereka. Selain mempunyai mulut yang manis, peniaga pasar
malam juga lebih bertolak ansur dalam soal penawaran harga
barang yang dijual. Mereka akan membuatkan pengguna mencari
mereka lagi jika mengunjungi pasar malam. Kerana tawaran yang
diberikan akan mencetuskan kepuasan dalam diri pembeli.

Budaya tawar-menawar apabila berbelanja di pasar malam


merupakan satu kemestian. Selain itu, apabila kita terlibat dalam
kegiatan ini, secara tidak langsung hubungan sesama masyarakat
akan mesra melalui komunikasi dua hala yang telah berlangsung.

Rujukan
http://kkg2012.blogspot.com/,,,http://www.usahawan.com/strategi-bisnes/tipsmelariskan-jualan-produk-pasar-malam.html,,,http://www.mbsa.gov.my/msmy/mbsa/perkhidmatan/pelesenan/Documents/lesen_senarai_1jam.pdf

Anda mungkin juga menyukai