Anda di halaman 1dari 19

Definisi Penilaian Dalam Kurikulum:

Penilaian ialah perkara yang tidak asing kepada


guru-guru. Guru akan memberikan ujian kepada
pelajar-pelajar dan dari ujian ini para guru dapat
membuat beberapa keputusan. Guru dapat
mengelaskan kumpulan pelajar yang telah
menguasai kemahiran yang diajar, termasuk
pelajar yang mencapai keputusan cemerlang,
pelajar yang perlu latihan lebih banyak dan
adakah cara pengajaran guru itu telah
disampaikan dengan baik dan berkesan.
(Penilaian Kendalian Sekolah:PKS)
Selain ujian-ujian dan peperiksaan, guru-guru
juga boleh mendapatkan maklumat dengan cara
menyoal pelajar dari masa ke semasa. Apabila
guru mengajar, pelajar akan selalu disoal.
Daripada jawapan yang diberi pelajar, guru dapat
mengenalpasti sama ada pelajar itu tahu atau
tidak tahu jawapan sebenarnya.
Daripada latihan-latihan dan kerja rumah, guru
juga dapat mengetahui kemajuan seseorang
pelajar itu. Banyak cara yang dilakukan oleh
guru-guru bagi mendapatkan maklumat tentang
pelajar dan kemajuan di dalam pembelajarannya.
Jika dihalusi, kita akan mengetahui bahawa
penilaian ialah sebahagian besar daripada aktiviti
pengajaran yang dilakukan oleh guru-guru.

Setiap masa guru perlu membuat keputusan.


Sebelum keputusan dibuat, guru secara sedar
atau tidak, ada menjalankan penilaian. Kadangkadang penilaian itu dilakukan dengan cara
terkawal. Hal ini adalah menerusi ujian dan
peperiksaan. Selalunya penilaian dibuat dengan
cara tidak terkawal dan berterusan. Hal ini dapat
dilihat di dalam aktiviti guru semasa melakukan
proses Pengajaran dan Pembelajaran (P&P).
(Panduan Penilaian Dalam Bilik Darjah,Dewan
Bahasa dan Pustaka: 1983)
Dalam mata pelajaran Pendidikan Seni Visual,
penilaian boleh dilakukan sama ada penilaian
secara terkawal atau penilaian tidak terkawal.
a) Penilaian Terkawal:
Dijalankan dalam suasana yang terkawal dan
serius, di mana pelajar menjawab soalan-soalan
dalam keadaan tenteram dan tidak diganggu. Ia
merupakan ujian pencapaian yang berbentuk
kertas dan pensel. Pelajar diberi masa yang sama
panjang, menjawab dalam masa yang sama,
menggunakan kertas soalan dan bentuk soalan
yang sama dan diawasi oleh pengawas atau
petugas sepanjang masa. (masa ujian atau
peperiksan)
Antara contoh penilaian terkawal ialah ujian-ujian
yang dikendalikan oleh Kementerian Pelajaran

seperti SPM,STPM (yang ada menawarkan kertas


PSV) serta ujian atau peperiksaan pada setiap
penggal persekolahan yang telah dimasukkan
dalam takwim persekolahan sepanjang tahun.
Penilaian terkawal sangat sesuai untuk
mendapatkan maklumat yang dengan
pengetahuan dan juga kemahiran. Dalam masa
yang singkat, banyak perkara yang dapat
dinilaikan kerana penilaian cara ini dapat
mengelakkan pelajar dari meniru, berbincang
sesama mereka ketika menjawab soalan, kualiti
soalan yang sam arata dan sebagai.
b) Penilaian Tidak Terkawal:
Sebagaimana yang diketahui, guru menilai
pelajar pada setiap masa.
Penilaian adalah sebahagian daripada aktiviti
pengajaran. Penilaian tidak terkawal ini
didahulukan dalam keadaan sebenarnya semasa
perlakuan itu berlaku. Guru memerhatikan
tingkah laku pelajar setiap hari dan mengumpul
maklumat daripada pemerhatian tersebut.
Dalam proses P&P, banyak perkara yang diajar
dan dipelajari, justeru untuk menyedia dan
menjalankan penilaian terkawal amat mustahil.
Ini disebabkan banyak juga perkara yang
bersabit dengan sikap, nilai dan aktiviti-aktiviti

seni yang kreatif tidak dapat dinilai dengan


berkesan jika dibuat secara terkawal.
Sebagai guru perlu sentiasa bersedia dan sensitif
kepada keadaan apabila perkara-perkara yang
ingin diketahui itu berlaku. Setiap masa penilaian
dijalankan. Sebagai contoh, jika sifat sabar
pelajar yang ingin dinilai maka keadaan tidak
terkawal ini adalah keadaan yang baik kerana
perkara ini dapat memberi maklumat yang
sebenarnya tentang pelajar tersebut. Hal ini
sangat ketara tentang perkara-perkara yang
bersabit dengan sikap dan nilai.(Furst,E.J.:1958)
Gambarajah 1:

Perkaitan di antara 3 perkara penting dalam


proses Pengajaran & Pembelajaran
Contoh Jenis-Jenis Instrumen:
- Ujian (sejarah & apresiasi seni)
- Kaedah pemerhatian
- Kaedah temubual

- Kaedah perbincangan
- Kaedah anekdot
- Menggunakan senarai semak
- Menggunakan soal selidik
- Pengukuran sikap
- Portfolio
(Crow & Crow dalam Psikologi Pendidikan Untuk
Perguruan,DBP. Kementerian Pelajaran
Malaysia:1983)
Jenis-jenis instrumen yng boleh digunakan dalam
penilaian Pendidikan Seni Visual di sekolah:
a) ujian diagnostik (tentang minat/ sikap dan lainlain contoh):
Mengenalpasti sesuatu masalah yang berlaku
dan menentukan punca
punca yang menimbulkan masalah itu.
Diagnostik mempunyai tujuan-tujuan yang
konstruktif. Dalam prosese P&P, Ujian Diagnostik
(UD) dapat memenuhi dua tujuan.
Pertama menentukan kedudukan seseorang
pelajar dalam pelajarannya. Kedudukan pelajar
perlu diketahui sebelum memulai sesuatu
pelajaran. Dengan cara sedemikian barulah
sesuatu pelajaran itu dapat diajar dengan lebih

berkesan kepada pelajar-pelajar yang


ditempatkan pada peringkat yang sesuai.
Kedua, untuk mengenalpasti sebab wujud
kelemahan dalam pembelajaran setelah punca
kelemahan itu diketahui maka sesuatu P&P
pemulihan dapat dirancang dan dijalankan.
Sebagai contoh, seorang guru ingin menilai
kebolehan pelajar menguasai kemahiran
mewarna pada waktu pagi. Guru perlu menilai
dari aspek pilihan warna serta penggunaan
teknik yang sesuai. Dari penghasilan kerja pelajar
tersebut guru mengumpul data, seterusnya
sudah dapat menilai kebolehan pelajar sama ada
boleh menguasai, kurang menguasai atau lemah.
Dari sini guru akan merangka strategi pengayaan
atau pemulihan dengan meletakkan pelajar di
dalam sesuatu kumpulan yang sesuai dengan
aras kebolehan mereka. (Guilford,J.P.:1967)
Justeru penilaian boleh dianggap sebagai proses
membuat pertimbangan/membuat keputusan
dalam mengkritik nilai, mutu, kualiti, harga bagi
sesuatu perkara. Gay (1985) berpendapat
bahawa Penilaian ialah proses yang dianggap
sistematik semasa mengumpul dan menganalisis
data bagi menentukan sama ada sesuatu objektif
yang telah ditetapkan itu tercapai. Penilaian
boleh dijalankan dengan menggunakan

maklumat atau data berbentuk kuantitatif atau


kualitatif atau kedua-duanya sekali.
Contoh Ujian Diagnostik:
Guru mengumpul maklumat selepas ujian
pencapaian terhasil dalam bentuk profil individu
atau pelajar berasaskan kemahiran yang diajar.
Berdasar data yang dikumpul guru akan
mengetahui aspek yang manakah masih beum
dikuasai oleh pelajar sepenuhnya ataupun di
peringkat yang dapat diterima.
Contoh: Data individu dalam Unit 1: Unsur Seni.
Contoh maklumat terkumpul melalui ujian
pencapaian yang diadakan berdasar sukatan
pelajaran, selalunya dilapurkan dalam bentuk
peratus (%), jumlah markah dan peringkat
peratusan.
Gambarajah 2:
Berdasar data yang dikumpul dapat membantu
guru menyediakan rancangan P&P yang lebih
sistematik sama ada latihan dalam bentuk
pengayaan atau pemulihan.
Ujian diagnostik ini sesuai digunakan kerana
tujuan pengujian dan penilaian yang paling jelas
adalah untuk memberi pergerakan kepada

pelajar supaya mereka belajar dan guru pula


mengajar dengan sempurna.(Gronlund,N.E:1965)
Kesimpulannya di sini penilaian merupakan
sebagai proses pengajaran-pembelajaran secara
berterusan. Maklumat yang diperolehi selepas
penilaian dilakukan dapat digunakan serta merta
bagi mengatasi mana-mana masalah
pembelajaran yang wujud. Keadaan ini dapat
dilihat dalam gambarajah 3. (Abu Bakar
Nordin:1986)

b) pemerhatian/pengamatan:
Dalam bidang seperti Pendidikan Seni Visual,
pelajar perlu menyelami perkara-perkara yang
berkait dengan bidang itu untuk mengetahui ciriciri dan bidang itu. Sebagai contoh dalam
Pendidikan Seni Visual, pelajar perlu memahami
dan mempelajari bidang penghasilan seni yang
meliputi Asas Seni Reka, Seni Halus, Komunikasi
Visual, Reka bentuk dan Kraf Tradisional,
manakala bidang sejarah dan apresiasi seni pula
meliputi perkembangan Seni Visual di Malaysia,

alat permaianan, seni bina dan sebagai. (Sukatan


Pelajaran P.Seni: Kementerian Pelajaran Malaysia)
Pelajar perlu memerhati setiap elemen dalam
kandungan dan perkembangan seni supaya
dapat menjadi pelajar yang kreatif dan kritis.
Melalui pemerhatian dan pengamatan pelajar
akan mempelajari dan kemudian menyatakannya
dalam bentuk ekspresi atau penyataan diri
tentang apa yang dilihat dan diamati.
Pengamatan adalah asas kepada pembentukan
sesuatu hasil atau ciptaan karya. Apabila pelajar
mengamati sesuatu, dia akan menerapkannya di
dalam pemikirannya. Penggabungannya dengan
pengetahuan dan didorong oleh motivasi tertentu
menyebabkan pelajar bersedia untuk
mengemukakan sesuatu gubahan idea atau hasil
karya.
Pengamatan adalah satu proses yang kompleks.
Ini dapat dilihat daripada hasil karya yang
dikemukakan kelak. Hasil karya banyak
dipengaruhi oleh faktor-faktor yang berkait
dengan kemahiran mekanis. Jika pelajar disoal,
mungkin ia akan memberi gambaran yang
berlainan tentang benda yang diamati itu
daripada gambaran sebenar.
Sebagai contoh yang lain, seorang pelukis
mengamati sebuah rumah, hasil pengamatannya

tidak lagi serupa dengan rumah asalnya. Di


dalam instrumen pemerhatian/pengamatan ini,
kemahiran yang berkait rapat melalui deria patut
diberi penekanan, ini termasuklah sensitif
terhadap pergerakan, pendengaran, penglihatan,
penyentuhan dan sebagai.
Hasil karya pelajar akan dinilai guru dengan
mengambil kira aspek-aspek tertentu seperti
ketelitian, kehalusan karya, bahkan hasil dari
pemerhatian dan pengamatan tersebut, guru
akan membuat penilaian untuk mengesan
perkara yang telah dipelajari oleh murid hasil dari
pengajarannya. Guru juga memerlukan maklum
balas mengenai keberkesanan kaedah mengajar
yang telah digunakan.
b) Ujian bertulis:
i) Ujian Objektif
Manusia mempunyai sifat yang sukar diketahui.
Di antara sifat-sifat ini ialah pengetahuan
tentang sesuatu, kemahiran di dalam bidang,
sikap terhadap sesuatu kumpulan manusia,
minat dalm seni serta reaksi terhadap sesuatu
pergerakan. Maklumat tentang sifat-sifat ini
hanya dapat di infer daripada perlakuan yang
ditunjukkan melalui sesuatu situasi. Satu
daripada situasi ini ialah situasi ujian.

Ujian selalu digunakan untuk mendapat


maklumat tentang pembelajaran pelajar. Banyak
keputusan dibuat berasaskan maklumat daripada
ujian. Ujian mesti mempunyai keesahan yang
dapat diterima dan ujian itu juga boleh dipercayai
bahkan senang dan praktikal kepada pihak yang
menggunakannya seterusnya dapat memberi
maklumat tentang apa yan g ingin diketahui
guru.
Seseorang pelajar yang selalu mendapat
kepujian dalam ujian akan mempunyai sikap
positif terhadap guru, sekolah dan
pembelajarnnya. Sebaliknya pelajar yang selalu
gagal akan mempunyai sikap yang negative dan
aspirasi rendah. Justeru guru dan pengguna ujian
sama ada dalam dibentuk sendiri atau didapati
daripada punca lain.
Jenis ujian objektif sebagai contoh, merupakan
pembentukan soalan-soalan yang mudah, cepat
serta senang dijawab. Satu daripadanya adalah
ujian benar-salah. Item ini boleh dijawab dengan
mudah dan cepat. Pemberian markah boleh
dijalankan dengan menggunakan petunjuk.
Langkah cermat perlu diambil kira supaya
susunan perkataan dalam kenyataan jelas dan
tepat serta maknanya tidak boleh dipersoalkan
lagi. Guru dapat membuat penilaian tentang
keberkesanan pembelajarannya melalui

keputusan ujian tersebut sama ada pelajar dapat


menjawab dengan cemerlang atau tidak.
Pembinaan item jenis objektif ini sesuai
digunakan sama ada bagi pelajr di Tingkatan 1
hingga Tingkatan 5. Ini disebabkan setiap satu
item hanya menumpukan satu perkara dan satu
peringkat dalam pengetahuan atau kemahiran.
Dalam erti kata lain pembinaan item jenis
objektif ini tidak menguji banyak perkara
sekaligus. Pembinaan item jenis ini cukup
berstruktur bagi mengelakkan penyelewengan
semasa menjawab. Namun begitu ada juga
pelajar yang menjawab secara meneka
sahaja.Justeru satu panduan tentang pembinaan
item ini perlu dibincangkan supaya
kebolehpercayaan dan kesahannya diperakukan.
ii) Ujian Subjektif:
Makna perkataan yang membawa maksud
dipengaruhi oleh pilihan diri sendiri, oleh itu
perkara yang subjektif tidak dapat dibuktikan
dengan saintiik. Penyataan juga tidak dapat
dipastikan dengan tepat. Ujian subjektif biasanya
berbentuk esei dan pemberian markahnya boleh
dibuat dengan dua cara iaitu dengan cara;
a) pemarkahan secara pandangan sepintas lalu
- membaca lalu memberi pandangan berdasar
perasaan sama ada esei pelajar itu baik atau

sebaliknya dan markah diberi berasaskan kepada


pandangan tadi.
b) pemarkahan secara analitik
- pemberian markah yang lebih relevan dan baik
berdasar ciri-ciri jawapan esei itu sendiri. Sebagai
contoh melalui markah 100%, beberapa elemen
telah diberi pecahan markah mengikut kronologi
kepentingan isi. Sebagai contoh dalam kertas
Pendidikan Seni Visual Sijil Pelajaran Malaysia
iaitu Kertas 2: Seni Halus (menggambar) ,
markah 50 yang ditetapkan meliputi markah
seperti yang telah dipecahkan kepada beberapa
bahagian utama iaitu;
i) Warna 15 markah
ii) Gubahan 15 markah
iii) Interpretasi 10 markah
iv) Kreativiti 10 markah
Biasanya cara pemberian markah secara
analitikal ini akan tersedia rapi dalam satu skim
pemarkahan. Namun begitu skim pemarkahan ini
bukanlah sesuatu yang rigid dan tidak boleh
disangkal. Ia tetap mempunyai kelemahan
berdasar hasil karya pelajar dengan markah yang
diberi, di mana kadang-kadang tidak boleh
diterima akal. Maksud di sini karya pelajar tidak
sepatutnya dapat markah yang tinggi apabila

dinilai penghasilannya kurang memuaskan.


Justeru ciri-ciri utama mengadakan ujian seperti
keesahan, kebolehpercayaan, interpretasi data
dan sebagai diragui apabila timbul isu-isu di
sebaliknya.
(c) Pentaksiran
Dalam konteks sekarang, istilah pentaksiran mula
digunakan dalam membuat penilaian. Popham
(2000) berpendapat istilah pengukuran,
pengujian dan pentaksiran digunakan silih
berganti dan dianggap sebagai sinonim. Dalam
konteks pendidikan, pentaksiran merupakan
sebahagian daripada proses pembelajaran yang
merangkumi aktiviti menghurai, mengumpul,
merekod, memberi skor dan menterjemah
maklumat pembelajaran seseorang pelajar. Dasar
penting bagi pencapaian P&P yang berkesan
melalui langkah2 pengujian, pengukuran dan
penilaian yang tepat dan berkesan dijalankan
dalam kelas. Justeru kecekapan guru dalam
membangun instrumen pengujian dan penilaian
amat penting.
Namun begitu cara penilaian seperti ini
mengundang beberapa isu, yang secara tidak
langsung mempertikaikan corak penilaian dalam
sistem pendidikan dalam negara kita. Antara
persoalan yang timbul seperti berikut;

a) Soalan bocor
b) Skrip tidak diperiksa tetapi markah ada
c) Soalan di luar sukatan pelajaran
d) Berlaku pakatan untuk capai kejayaan
e) Pelajar masih gagal walaupun telah
menduduki peperiksaan beberapa kali.
f) Terdapat pelajar yang tidak dibenarkan
menduduki peperiksaan.
g) Peperiksaan dan pentaksiran kurang menjurus
ke arah pembelajaran yang
berkualiti tinggi.
h) Mendorong pelajar berbuat apa sahaja untuk
dapat markah tinggi.
i) Berlaku kesilapan dalam pemberian markah.
j) Gagal menjawab soalan walaupun telah diajar
berulang kali.
(d) Portfolio
Penilaian portfolio berdasar kesesuaian tema,
kecekapan menggunakan alat dan bahan untuk
transform idea melalui pengolahan unsur-unsur
seni visual, menilai juga tentang kreativiti pelajar
menyelesaikan masalah artistik, ketepatan,
kesempurnaan, ketelitian dan kehalusan kerja.
Michael (1998) mencadang 8 objektif perlu

dibuat penilaian berasas pengalaman studio dan


hasil kerja seni pelajar itu sendiri; meliputi:
a) Komunikasi/ekspresi
b) Keyakinan diri
c) Perkembangan persepsi
d) Pengetahuan seni
e) Ketekalan organisasi estetika
f) Kreativiti
g) Kemahiran
h) keupayaan
Isu yang timbul:
a) Peruntukan perbelanjaan PCG tidak mencukupi
kerana anggaran kewangan berdasar kepala
pelajar. Jadi jika pelajar tidak ramai maka wang
peruntukan yang diterima juga kurang
sedangkan perbelanjaan untuk menghasilkan
folio memerlukan perbelanjaan yang melebihi
daripada apa yang diperuntukkan oleh PCG;
terpaksa ambil dari menengah rendah T1 hingga
T3 kerana biasanya peruntukan PCG untuk
mereka tinggi kerana bilangan pelajar yang
ramai
b) Pelajar membuat kerja amali selepas waktu
persekolahan. Aktiviti-aktiviti anjuran sekolah

serta kekangan waktu menyebab pelajar gagal


menyiapkan bidang tugas yang telah ditetapkan
mengikut takwim penghasilan folio dan hasil
karya; menyebabkan mereka terpaksa datang
pada waktu sebelh petang atau hari Sabtu tetapi
disebabkan masalah kewangan di kalangan
pelajar orang asli, mereka kerap tidak hadir ke
sekolah. Justeru folio dan hasil karya disiap dalam
keadaan tidak sempurna
d) Penguasaan sesuatu kemahiran tidak
mencapai tahap yang ditetapkan. Terdapat
pelajar yang tidak mempunyai asas langsung
dalam mata pelajaran PSV semasa di T4 dn T5,
tetapi mendaftar mata pelajaran tersebut
semasa di T6; guru perlu bermula dari awal
proses P&P.
a) Modul P&P m/p PSV perlu dibuat post mortem
serta penambahbaikan supaya kualiti P&P dapat
ditingkatkan.
(e) Menggunakan senarai semak
Borang senarai semak boleh dijadikan sebagai
instrumen untuk menilai pelajar dalam ketigatiga aspek domain iaitu kognitif, afektif dan
psikomotor. Guru membuat senarai semak untuk
melihat keberkesanan pembelajaran. Sebagai
contoh dalam pembelajaran di Tingkatan 6, guru
menyediakan borang senarai semak sama ada

pelajar telah menyiapkan tugasan yang diberikan


secara berperingkat mengikut sekuen yang telah
ditetapkan. Berdasar senarai semak juga guru
boleh menilai tahap penguasaan pelajar dalam
satu-satu tajuk di samping mendapatkan
maklumat daripada pelajar tentang respon
mereka terhadap P&P Pendidikan Seni.
Daripada maklumat atau data yang diperolehi
guru dapat mengambil tindakan susulan sama
ada meneruskan kaedah yang sama dalam P&P
atau membuat pengubahsuaian ke arah
pembelajaran yang lebih sistematik. Begitu juga
dengan maklumat yang dikumpul, guru boleh
merancang aktiviti seterusnya sama ada
membuat aktiviti pengayaan, pemulihan atau
penambah baikan. Malahan daripada maklumat
tersebut kelemahan pelajar dapat dikesan
tentang penguasaan dan pemahaman setiap
tajuk yang diajar guru. Rumusan daripada soal
selidik itu, guru akan tahu keberkesanan proses
P&P mereka. (Abu Bakar Nordin:1986)
Selain daripada itu dapat membina pelajar
menjadi pengguna yang bekerjasama dan yang
mementingkan kualiti dan nilai estetika dalam
penghasilan karya seperti terkandung dalam
mata pelajaran Pendidikan Seni Visual itu sendiri.
(Stephen & Rederick:1978)

Penutup
Seseorang guru harus menggunakan instrumen
yang tepat bagi menghasilkan keputusan yang
tepat. Jika instrumen yang digunakan mempunyai
kecacatan, hasil yang diperolehi daripada ukuran
yang dijalankan juga tidak tepat. Prosedur
penilaian mengandungi aspek pengujian,
pengukuran, penganalisisan serta merumus data
yang diperolehi.

Anda mungkin juga menyukai