Anda di halaman 1dari 13

INSTITUSI PENDIDIKAN GURU

MALAYSIA
KAMPUS RAJA MELEWAR
SEREMBAN
PROGRAM BINA INSAN GURU (BIG)
PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU (PPG)
AMBILAN JUN 2011
SEM 8

KERTAS KERJA
CERAMAH SURAT PEKELILING & IKHTISAS

PENGANJUR :
PPG BTM 1 & PSV 2
&
SJK(T) VAGEESAR
PENSYARAH PEMBIMBING :

PN.RAJAM
PENGENALAN
Kursus Bina Insan Guru (BIG ) merupakan suatu wahana ke arah
pembinaan dan pembentukan kualiti insan guru yang dihasratkan selaras
dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan ( FPK ) dan Falsafah Pendidikan
Guru (FPG). Melalui aktiviti yang dirancang, pelajar dapat mengenal diri
dan mampu mengaplikasikan pengetahuan dan pengalaman yang
diperolehi ke arah pembangunan diri sebagai insan guru secara
berterusan. Program ini diharap dapat melahirkan guru-guru yang memiliki
kemantapan sahsiah dan kuasa profesional yang tinggi serta sentiasa
bersedia dan mampu menangani pelbagai cabaran pendidikan dan arus
globalisasi.

MATLAMAT
Ke arah mempertingkatkan lagi perkembangan profesionalisme di
kalangan guru.

OBJEKTIF
1. Memberi pendedahan kepada semua guru tentang kandungan suratsurat pekeliling ikhtisas terutamanya yang melibatkan aktiviti kokurikulum.
2. Memberi pengetahuan kepada para guru mengenai aspek-aspek
keselamatan dan kesihatan murid dalam aktiviti ko-kurikulum.
3. Memberi ilmu kepada para guru tentang prosedur ataupun piawaian
yang perlu diikuti dalam melaksanakan tugas harian.

4. Memupuk keyakinan diri dan meningkatkan motivasi guru untuk


menjalankan aktiviti ko-kurikulum di sekolah dengan lebih berkesan.
KUMPULAN SASARAN
Semua Pelajar BTM 1 & PSV 2
Program Pensiswazahan Guru Ambilan Jun 2011

PENGANJUR
Semua Pelajar BTM 1 & PSV 2 PPG & SJK(T) Vageesar.

CADANGAN TARIKH, MASA DAN TEMPAT


Tarikh

: 19.03.2015 (Khamis)

Masa

: 9.00 pagi - 1.00 tengahari

Tempat

: SJKT Vageesar

PERSONALIA :
Bil

Tajuk & Penceramah

1. Keselamatan & Kesihatan


En.Azron Bin Suradi

Tarikh

Masa

Tempat

19.03.2015
(Khamis)

9.00 pagi

SJKT Vageesar

(Penolong PPD
Unit Ko-kurikulum)
2. Aduan & Siasatan
Tn.Hj.Maarof Bin Muhsin
(Penolong PPD
Unit Siasatan & Aduan)

hingga
11.00 pagi.

19.03.2015
(Khamis)

11.00 pagi
hingga
1.00 tgh.

SJKT Vageesar

SUMBER KEWANGAN
Bil
1.

Sumber
Sumbangan pelajar PPG BTM 1
28 orang x RM40.00

RM 1120.00

JUMLAH

RM 1120.00

ANGGARAN PERBELANJAAN
Bil

Perkara

1.

Kudapan

RM

120.00

2.

Pengangkutan

RM

800.00

3.

Cenderahati Penceramah

RM

200.00

JUMLAH

RM 1120.00

JAWATANKUASA INDUK
Penasihat

: PN.RAJAM (Pensyarah Pembimbing Program


BIG PPG BTM 1)

PengerusI

: PN.K.SATHIAVANI

N/Pengerusi

: PN.K.MAGESWARY

Setiausaha

: PN.THILAKA

P/Setiausaha

: PN.KOGILA

Bendahari

: PN.K.RADHA

AJK

: PN.ESWARY
PN.KALAIVANI
PN.CLARA RANI

JAWATANKUASA KERJA
1. Kertas Kerja :

1. PN.T.RAJINI
2. PN.R.S.SIVANESWARI
3. PN.S.BAWANI

2. Pengangkutan :

PN.INDRA GANDHI

3. Makanan

1. PN.VIJAYALETCHUMY

2. PN.ARUL
3. PN.KALAIMATHI
4. PN.THIRUSELVI
4. Jurugambar

PN.NALAYINI

5. Cenderahati

PN.TACHAINEE

ATURCARA PELAKSANAAN PROGRAM


Masa
6.00 pagi
6.30 pagi

Perkara
Para guru berkumpul di SJKT Lorong Jawa
Kudapan

7.00 pagi
9.00 pagi
11.00 pagi
1.00 tgh.
1.30 tgh.
2.00 ptg.

Bertolak ke SJKT Vageesar


Ceramah 1 Keselamatan & Kesihatan
Ceramah 2 Siasatan & Aduan
Penutup & Pemberian Cenderahati
Makan Tengahari
Pulang ke rumah.

PENUTUP :
Aktiviti yang dirancang adalah selaras dengan hasrat Kementerian
Pelajaran Malaysia dalam melahirkan guru-guru yang berdisiplin dan
cemerlang, tabah menghadapi cabaran serta beriltizam dalam apa jua
bidang. Adalah diharapkan program ini akan memberikan faedah kepada
para guru dalam mengenali dan mengetahui isi kandungan surat dan
pekeliling yang melibatkan aktiviti ko-kurikulum di sekolah. Seterusnya,
memberikan impak yang cemerlang pada para guru agar dapat menempah
alam pendidikan yang mencabar kini.
Disediakan oleh:
-------------------------(THILAKA A/P MUNIYANDI)
Setiausaha J/K Ceramah
Unit PSV 2, PPG.

REFLEKSI

Pada semester yang kelapan , saya sebagai pelajar PPG ambilan Jun 2011
dikehendaki untuk menjalankan program BIG iaitu Lawatan Penanda Aras Ke
Sekolah Cemerlang / Sekolah Harapan dan Sekolah Berprestasi Tinggi dan
mengendalikan sebuah ceramah oleh pegawai pegawai PPD di sekolah. Saya telah
berbincang untuk menjalankan lawatan dan ceramah ini dengan rakan-rakan opsyen
saya. Kami telah bercadang untuk menggabungkan dengan unit BTM 1. Permintaan
kami telah disetujui oleh pensyarah Pengajian Tamil. Kami sangat bersyukur kerana
dapat melawat sekolah harapan bersama rakan-rakan berunit pengajian tamil 1
Lantaran, melalui kerjasama dan kolabarasi antara dua pihak telah menjadikan lawatan
dan ceramah berjalan dengan lancar dan sempurna.

Pelaksanaan BIG ini dapat berasaskan kepada kesedaran bahawa profesion


keguruan adalah mulia dan insan guru adalah pembina generasi, pembentuk jati diri
dan role model kepada masyarakat, Justeru guru harus mampu menyesuaikan diri
dalam semua keadaan dan mampu menangani cabaran era globalisasi. Melalui
program yang telah dijalankan, kami dapat mengenal diri (real-self) dan mampu
mengaplikasikan pengetahuan dan pengalaman yang diperoleh kearah pembangunan
diri sebagai insan guru secara berterusan.
Pada 19 Mac 2015 bersamaan dengan hari Khamis, guru-guru PPG Sem 8
serami 28 orang telah mengadakan lawatan Bench marking ke SJK (T) Vagesaar,
Kuala Selangor. SJK(T) Vagesaar adalah merupakan Sekolah Bestari. Terima kasih
saya ucapkan kepada seluruh warga SJK (T) Vagesaar, Kuala Selangor. terutamanya
kepada Tuan Guru Besar, Penolong - penolong Kanan, dan para guru kerana memberi
peluang dan kebenaran kepada saya untuk menjalani lawatan di sekolah ini.
Tujuan lawatan penanda aras ini memberi peluang kepada kami mengenali
budaya sekolah dan pengurusan sekolah yang cemerlang. Melalui program ini, pelajar
didedahkan dengan ciri kepimpinan, pengurusan, iklim dan budaya sekolah,
infrastruktur sekolah dan info struktur kokurikulum. Objektif utama aktiviti bengkel ialah
untuk mendedahkan pelajar kepada maklumat maklumat berkaitan cirri - ciri guru
yang inovatif.
Saya juga berharap Program Bina Insan Guru Fasa ini dapat memberikan
pendedahan kepada guru

tentang pengurusan sekolah secara formal. Diharapkan

aktiviti ini juga dapat meningkatkan sahsiah diri melalui protocol dan etika social
sebagai seorang guru selaras dengan matlamat kerajaan bagi melahirkan insan guru
yang memiliki ciri-ciri personaliti yang unggul dan kualiti profesionalisme yang tinggi
melalui pembinaan budaya IPG.
Tugasan yang diberikan ini banyak memberikan makna dan ilmu yang
berharga dalam diri saya dan rakan-rakan saya untuk menjadi seorang guru yang
berpotensi dan cemerlang pada masa hadapan. Pada awalnya kami terpaksa
menghadapi pelbagai rintangan seperti

mencari sekolah harapan di daerah yang

terdekat dan meminta kebenaran daripada IPG dan sekolah tersebut. Kami juga

mengalami masalah menetapkan tarikh sebab para guru mengalami masalah


menghadiri kursus , program sekolah dan masalah peribadi.
Saya juga ingin mengucapkan syukur dan terima kasih kepada tuhan
kerana telah memudahkan kerja program saya. Benarlah firmanNya bahawa setiap
kesusahan pasti ada kesenangan. Saya juga ingin mengucapkan ribuan kasih kepada
warga Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil Vagesaar, Kuala Selangor

kerana telah

memberikan kerjasama yang sangat baik kepada kami. Jasa kalian tidak dapat kami
lupakan sehingga bila-bila dan tuhan sahaja yang mampu membalasnya.
Saya berharap agar amanah ini telah dijalankan dengan sempurna, walaupun
terdapat kekurangan dari beberapa sudut, namun saya akan berusaha untuk
melakukan penambahbaikkan dari semasa ke semasa. Oleh itu, saya berharap pihak
tuan dapat menerima tugasan yang telah disiapkan ini dengan hati yang terbuka.
Segala silap dan salah yang terdapat dalam tugasan saya dahului dengan ribuan
kemaafan.
THILAKA MUNIYANDI
810601-05-5774

Anda mungkin juga menyukai