Anda di halaman 1dari 25

PENDAHULUAN

Di Malaysia, guru atau pendidik merupakan penjawat awam yang terpenting dalam
bidang pendidikan. Perkhidmatan seseorang guru amat penting bagi merealisasikan aspirasi
negara. Guru memiliki ciri-ciri istimewa sama ada terbina secara semulajadi atau dilatih.
Cabaran abad ke dua puluh satu ini memerlukan guru-guru atau para pendidik
memperlengkapkan diri dengan cabaran baru yang sedang dihadapi oleh pelajar yang amat
rencam dan kompleks.
Para guru perlu lebih memiliki ketrampilan diri sebagai pendidik sempurna dengan
memiliki pelbagai ilmu tradisional dan moden, kefahaman dasar dan aspirasi negara dengan
jelas dan mantap, bersahsiah tinggi, beretika cemerlang, pelbagai kemahiran pengajaran dan
pembelajaran dan kaedah pengurusan terkini.Guru hari ini perlu bergerak pantas sepantas
perkembangan dan kehendak dunia masa kini terutama di bidang pendidikan selaras
perkembangan zaman sains dan teknologi, zaman komputer, zaman ledakan ilmu teknologi
maklumat, zaman langit terbuka dan sebagainya.Namun begitu aspek asas yang terpenting
ialah guruguru perlu memiliki, memahami, menghayati dan mengamalkan nilai, norma dan etika
perkhidmatan yang cemerlang. Guru yang mengamalkan etika perkhidmatan cemerlang sudah
pasti menjamin organisasi sekolah dan negara mencapai
hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan Wawasan 2020. 2.0 Falsafah Pendidikan
Kebangsaan Matlamat pendidikan di Malaysia amat jelas melalui Falsafah Pendidikan
Kebangsaan yang menyatakan: suatu usaha berterusan ke arah lebih memperkembangkan
potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk melahirkan insan yang seimbang .
Manakala misi Kementerian Pelajaran Malaysia pula berhasrat

Membangunkan sistem

pendidikan yang berkualiti bertaraf dunia bagi memperkembangkan potensi individu


sepenuhnya dan mematuhi aspirasi Negara Malaysia. SesungguhnyaFalsafah Pendidikan
Kebangsaan yang diwujudkan di Malaysia merupakan sesuatu yang perlu dan penting
untuk mencerminkan dan memperjuangkan cita-cita dan keunggulan Negara (Md Fiah, 2004).
Falsafah tersebut menjadi teras dan dasar kepada semua penggubalan program dan aktiviti
yang dipikul di bahu para guru di sekolah untuk menjamin jenis insan yang akan dilahirkan
melalui sistem pendidikan negara. 3.0 Nilai dan Etika Perkhidmatan Awam Menurut Kamus
Dewan Edisi Tiga; Nilai bermaksud darjat, kualiti, mutu, taraf atau sifat ketinggian dalam
pemikiran, agama, kemasyarakatan dan lain-lain. Norma bermaksud ukuran untuk menentukan
sesuatu atau peraturan atau ketentuan yang telah menjadi kebiasaan yang dijangka akan

[Type text]

dipatuhi oleh setiap anggota masyarakat. Adab bermaksud tingkah laku serta tutur kata yang
halus(sopan),
berbudi bahasa , budi pekerti yang halus dan kesopanan. Etika bermaksud prinsip moral atau
akhlak atau nilai-nilai akhlak yang menjadi pegangan seseorang individu atau sesuatu
kumpulan,
persatuan atau pekerjaan dan lain-lain . Nilai dan Etika Kerja Perkhidmatan Awam di Malaysia
ialah dasar kerajaan yang memberi panduan tingkah laku kepada penjawat awam berlandaskan
nilai-nilai akhlak yang mulia untuk mencapai matlamat sebuah negara yang bertamadun,
bermaruah dan berakhlak. Kefahaman dan penghayatan nilai dan etika ini akan mengubah
pemikiran, tindakan dan tingkah laku anggota perkhidmatan awam agar bertanggung jawab dan
amanah, membuat sumbangan kepada pembangunan tamadun dan merealisasikan standard
mutlak bagi mendorong anggota perkhidmatan awam berkhidmat dengan ikhlas dan berkesan.

[Type text]

INOVASI PEDAGOGI GURU CEMERLANG


Guru Cemerlang ditakrifkan sebagai seorang guru istimewa, dedikasi dan bermotivasi, yang
mempunyai kemahiran dan kepakaran yang tinggi dalam bidang tugasnya, hasil daripada
himpunan pelbagai pengetahuan dan pengalaman yang luas dan berterusan pada sepanjang
tempoh perkhidmatannya.
Guru Cemerlang mempunyai kualiti peribadi dan kepimpinan yang boleh diteladankan serta
sentiasa mencapai mutu kerja yang cemerlang. Guru Cemerlang ditakrifkan sebagai seorang
guru istimewa, dedikasi dan bermotivasi, yang mempunyai kemahiran dan kepakaran yang
tinggi dalam bidang tugasnya, hasil daripada himpunan pelbagai pengetahuan dan pengalaman
yang luas dan berterusan pada sepanjang tempoh perkhidmatannya.
Guru Cemerlang mempunyai kualiti peribadi dan kepimpinan yang boleh diteladankan serta
sentiasa mencapai mutu kerja yang cemerlang.
KECEMERLANGAN PERIBADI
Mempunyai keyakinan diri
Berakhlak dan bermoral
Bersikap adil dan bertimbang rasa
Beramanah dan bertannggugjawab
Kreaktif dan inovatif
Sentiasa mengurus diri dengan kemas
Sedia berkongsi dan berkerjasama
Bersikap terbuka
Bersikap positif
2. KECEMERLANGAN PENGETAHUAN DAN KEMAHIRAN
Mengamalkan budaya ilmu
Kebolehan untuk menyelesaikan masalah dan membuat keputusan yang rasional dan objektif

[Type text]

Menyertai dan memanfaatkan kursus dalam perkhidmatan untuk meningkatkan kualiti kerja
Kebolehan menyediakan kertas kerja, laporan prestasi murid/pelajar sekolah, minit mesyuarat,
dokumentasi dan penerbitan sekolah
Pakar rujuk pengajaran dan pembelajaran
Berupaya mengendalikan aktiviti kokurikulum
Mengenalpasti keperluan dan masalah individu murid/pelajar serta menyediakan program
tindakan susulan
Pengurusan masa, bahan, sumber, alatan pengajaran dan pembelajaran
Peka dan prihatin terhadap keperluan kebajikan murid/pelajar
3. KECEMERLANGAN KERJA
Pengurusan keceriaan bilik darjah
Berjaya membimbing murid/pelajar mematuhi peraturan dan tahap pembelajaran
Menguasai dan menggunakan pelbagai kaedah dan teknik pengajaran dan pembelajaran
Melaksanakan rutin dengan berkesan bagi memudahkan pembelajaran
Menyemak kerja murid/pelajar dengan teliti, tepat dan memberi komen yang positif untuk
menggalakkan pembelajaran yang seterusnya
Memberi kerja bertulis dan latihan megikut kekerapan yang sesuai
Memberi bimbingan pelajaran pelajaran kepada murid/pelajar di luar waktu pengajaran
Menggunakan hasil pengujian dan penilaian untuk membaiki pengajaran
Sentiasa merangsang murid/pelajar berfikir
Merancang pelajaran yang baik
Hasil pembelajaran murid/pelajar menunjukkan peningkatan
Aktiviti kokurikulum yang berkaitan dengan mata pelajaran dirancang dan dilaksanakan dengan
penuh komitmen
[Type text]

Peranan dalam kokurikulum sebagai guru penasihat atau jurulatih


Berupaya meningkatkan penglibatan, minat dan prestasi murid/pelajar
4. KECEMERLANGAN KOMUNIKASI
Memulakan atau merintis sesuatu usaha dan berupaya meneruskan usaha itu
Berjaya berinteraksi dan menyampaikan idea dan mesej dengan berkesan secara lisan dan
bertulis
Sentiasa memelihara hubungan mesra dan menghormati semua ahli masyarakat sekolah
5. KECEMERLANGAN POTENSI
Menyumbangkan tenaga dan kepakaran ke arah kejayaan sekolah dalam bidang kokurikulum
sekurang-kurangnya di peringkat sekolah dan daerah
Penglibatan dalam kursus, seminar, bengkel peringkat sekolah, daerah dan kebangsaan
sebagai fasilitator, penyedia kertas kerja dan penceramah
Sentiasa belajar untuk peningkatan kerjaya sebagai pendidik mempunyai wawasan .

[Type text]

PERANAN DAN TANGGUNGJAWAB GURU CEMERLANG


1. Membuat perancangan pengajaran, melaksanakan pengajaran mata pelajaran kepakaran
dan pembentukan serta pembangunan diri pelajar mengikut tahap yang tertinggi yang
ditetapkan oleh KPM

Sediakan Rancangan Pengajaran berasaskan Peraturan Pendidikan 1997, kurikulum

kebangsaan dan surat pekeliling.

Mengajar mata pelajaran kepakaran / bidang pengkhususan mengikut garispanduan dan

tahap kebolehan pelajar.

Rancang dan laksana tugas-tugas berkaitan dengan P & P ( BBM, pentaksiran

pencapaian pelajar, penetapan tugasan dan penyemakan kerja bertulis pelajar ).

Tentukan status semasa pencapaian ( TOV ) setiap pelajar .

Amal kaedah/strategi pengajaran menggunakan pelbagai bahan P&P terkini, kreatif,

inovatif, menarik dan berkesan.

Kenalpasti secara spesifik kelemahan dan kekuatan setiap individu pelajarnya.

Sedia program pengayaan/pemulihan.

Pantau kemajuan pencapaian akademik pelajarnya.

Sedia laporan dan analisis kemajuan setiap pelajarnya.

Menyampaikan laporan kemajuan pelajar kepada pengetua, ibubapa dan pelajar.

Sedia JSU pentaksiran dan penilaian.

Jadi ahli badan profesional berkaitan dengan mata pelajaran kepakarannya.

2. Memimpin dan membantu dalam tugas kurikulum dan kokurikulum berkaitan dengan mata
pelajaran, kepakaran atau bidang pengkhususan

Jadi ahli panitia mata pelajaran.

Jadi pakar rujuk mata pelajaran.

Bantu atasi kelemahan dan bimbing pelajar.

[Type text]

Penyelaras penyediaan PS, taktikal dan operasi P&P.

Merancang dan jadi fasilitator bengkel peningkatan profesionalisme guru.

Jadi penasihat persatuan akademik.

Rancang dan laksana aktiviti kokurikulum yg boleh bantu tingkatkan prestasi akademik.

Sedia laporan kemajuan setiap pelajar dlm aktiviti kokurikulum

3. Jadi pakar rujuk, beri khidmat nasihat dan membimbing guru dalam mata pelajaran
kepakaran atau bidang pengkhususan

Rancang dan laksana aktiviti perkembangan staf samada bidang kurikulum atau

kokurikulum.

Jadi mentor kepada guru dlm bidang pedagogi ( strategi pengajaran).

Beri maklumbalas kemajuan guru yang dibimbing kpd P/GB dan guru berkenaan.

Beri khidmat nasihat dan bimbingan kepada guru di institusi persekitaran

4. Menjalankan kajian, menghasilkan penulisan ilmiah dan penyelidikan, meneroka inovasi dan
penemuan baru dalam mata pelajaran kepakaran atau bidang pengkhususan dan membentang
hasilnya.

Jalankan kajian atau inovasi

Hasilkan penulisan/artikel

Bentang hasil kajian / penulisan

5. Melaksanakan tugas-tugas yang diarahkan oleh PPD, PPN, Pengarah Bahagian di KPM

Menjalankan tugas-tugas yang berkaitan dengan mata pelajaran kepakaran yang

diarahkan dari semasa ke semasa dengan kebenaran P/GB/ketua Jabatan


6. Am

Bertanggungjawab memaklumkan secara rasmi sebarang perubahan dari segi

pertukaran jawatan, penempatan dan apa juga ststus perkhidmatan kepada Bahagian Sumber
Manusia / Jemaah nazir Sekolah Ibu Pejabat dan Negeri .
[Type text]

AMALAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN GURU CEMERLANG

Sekolah yang cemerlang lahir dari pengurusan dan kepimpinan yang berkesan. Peranan yang
dimainkan oleh pengetua dan guru besar sangat penting bagi menjadikan sekolah mereka
sebagai institusi pembelajaran yang berkesan. Dengan keupayaan mereka mengembeling
seluruh tenaga guru dan pelajar-pelajar diyakini matlamat menjadikannya sekolah cemerlang
akan tercapai.
Tumpuan pengurusan sekolah kepada usaha untuk meningkatkan tahap kecemerlangan bidang
akademik di sekolah akan membolehkan guru-guru melaksanakan tugas pengajaran dan
pembelajaran mereka dengan lebih yakin, teratur dan berkesan. Keberkesanan pengajaran
guru
perlu ditingkatkan dalam usaha untuk menjadikan sekolah sebagai pusat kecemerlangan iaitu
tempat penyebaran ilmu pengetahuan dan penyampaian pelbagai jenis kemahiran serta
pembentukan keperibadian pelajar.
Dalam menjalankan penyeliaan di bilik darjah, guru besar perlu mempunyai pengetahuan
yang cukup serta kemaskini tentang perubahan sukatan pelajaran. Guru besar juga harus
mempunyai kemahiran dan kecekapan dalam mengesan masalahmasalah pedagogi yang
timbul
di dalam proses pengajaran dan pembelajaran serta dapat mengemukakan cadangancadangan
yang munasabah untuk membaiki kelemahan yang dikesaninya. Justeru, kebolehan untuk
berkomunikasi juga penting agar dapat mempengaruhi guru yang diselianya untuk mengubah
cara dan sikap dalam menjalankan tugas. Menurut Asnah (1993) gaya guru besar memainkan
peranan yang penting terutama selepas penyeliaan dilakukan. Contohnya, sokongan, cara
arahan

[Type text]

dan penerangan yang positif dapat membantu guru meningkatkan pengajarannya. Ini adalah
untuk mengelakkan wujudnya pertembungan antara guru besar dan guru yang mana akan
wujudkan ketidak sefahaman haluan antara mereka.
Tugas dan tanggungjawab guru di sekolah atau di bilik darjah ialah mengajar dan
mendidik pelajar secara serius sehingga pelajar tersebut dapat menguasai kemahiran atau ilmu
yang diajarkannya. Pengajaran yang berkesan akan dapat membantu pelajar
memperkembangkan
intelek, sosial dan personal dengan baik. Setiap guru akan merancang pengajaran dengan
tersusun dan berfokus. Pemilihan tajuk dan isi pelajaran yang sesuai dan mampu disampaikan
kepada murid dengan berkesan. Objektif pengajarannya mudah difahami dan jelas hala tuju
yang
hendak dicapai. Di samping itu, guru tersebut akan menentukan bahan bantu mengajar (BBM)
yang sesuai dan menarik bagi mewujudkan rangsangan murid untuk belajar.
Pernyataan Masalah
Banyak diperkatakan tentang perlunya penyeliaan pengajaran dijalankan oleh guru besar untuk
peningkatan prestasi murid. Al Ramaiah (1999) menyatakan penyeliaan sebagai satu usaha
untuk
mendorong, menyelaras dan membimbing para guru dalam hal pengajaran supaya mereka
lebih
berupaya melakukan semua fungsi berkaitan pengajaran. Mohd. Salleh Lebar (2000) pula
menyatakan bahawa penyeliaan dalam konteks pendidikan ialah berkaitan dengan aktiviti
pengajaran dan pembelajaran. Ia menjadi tugas pentadbir kerana penyeliaan adalah
sebahagian dimensi pentadbiran sekolah dan dianggap sebagai satu perkembangan bidang
profesional pengurusan.
Pada dasarnya, keberkesanan sesebuah sekolah berhubung kait dengan pengurusan
[Type text]

sekolah yang sistematik. Setiap warga sekolah mempunyai akauntabiliti dalam menjalankan
tugas yang telah diamanahkan. Menurut Wan Mohd. Zahid (1993) keberkesanan sesebuah
sekolah dapat diukur daripada proses pelaksanaannya dan bukan bergantung kepada dapatan
kajian semata-mata. Lantas, peningkatan kecemerlangan, sahsiah dan profesionalisme kerja
guru perlu diberi perhatian oleh pihak pengurusan sekolah melalui amalan penyeliaan kurikulum
di sekolah. Menyedari pentingnya penyeliaan dalam menentukan keberkesanan pelaksanaan
pengurusan kurikulum, kebanyakan sekolah telah menjadikan proses penyeliaan sebagai salah
satu daripada tugas utama yang dijalankan oleh pentadbir. Tetapi persoalannya adakah guru
faham dan bersedia untuk diselia pengajaran mereka. Bagi pentadbir pula, adakah amalan
penyeliaan yang dijalankan oleh mereka menggunakan langkah dan pendekatan yang betul.
Jikalau pun penyeliaan telah di buat oleh guru besar mengikut masa yang dijadualkan, timbul
juga persoalan adakah penyeliaan itu memberi kesan terhadap profesionalisme guru dan
seterusnya member impak kepada prestasi murid.

[Type text]

CIRI-CIRI PROFESIONAL DAN KOMITMEN GURU CEMERLANG

Menurut kajian Office for Standard in Education (OFSTED), badan penaziran sekolah di United
Kongdom, yang sama peranannya seperti Jemaah Nazir Sekolah di negara kita, terdapat tujuh
elemen yang perlu ada bagi seseorang guru cemerlang iaitu;
1

Mengetahui dan menguasai mata pelajaran yang diajar secara mendalam

Mempunyai harapan yang tinggi terhadap kemampuan dan kebolehan pelajarnya

Merancang pengajaran secara sistematik dan memenuhi keperluan pelajar

Mengurus pelajar dan mengawal bilik darjah dengan baik

Menggunakan masa dan sumber secara berkesan

Melaksanakan penilaian berterusan terhadap tugasan dan latihan pelajar

Memberikan kerja rumah sebagai pengukuhan kepada perkara yang dipelajari pelajar di

sekolah

Guru Berkesan
Bagaimana dan apakah ciri-ciri yang dimaksudkan dengan seorang guru yang berkesan itu?
Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia, Dato' Dr. Abdul Shukor Abdullah menyenaraikan ciri-ciri
guru berkesan sebagaimana berikut:

Bersikap profesional.

Mempamerkan ciri-ciri kekuatan teori.

Kaya ilmu.

Bertindak di atas landasan etika dan tatasusila kerja.

Bermoral teguh.

Sentiasa berusaha meningkatkan kualiti hasil pengajaran.

Prihatin dengan kehendak murid dan ibu bapa.

Berkebolehan menilai kekuatan dan kelemahan murid-murid.

Melengkapkan diri dengan kemahiran yang sejajar dengan tuntutan semasa.

Menampilkan watak terpuji, berimej, berperibadi mulia, berwawasan sebagai pendidik unggul
pada setiap masa.

Mempastikan situasi 'Guru mengajar murid belajar' wujud di dalam kelas.

Berupaya melahirkan 'persekolahan berwatak' supaya pelajar mempunyai kekuatan ilmu,


berpersonaliti sihat dan serba boleh.
[Type text]

Berupaya membina minda pelajar yang cemerlamg akademik.

Berupaya membentuk perwatakan murid dengan pelbagai keteguhan nilai diri (bermoral,
berakhlak mulia, berketrampilanm, pandai menyesuaikan diri dengan situasi tertentu).

Taat dan setia terhadap perkhidmatannya, mempertahankan martabat profesionnya.

Menunjukkan kesetiaan kepada kerajaan, bebas pendirian, tidak berbelah bahagi.

Profesional dan menumpukan perhatian kepada P&P di sekolah.


CIRI-CIRI GURU YANG CEMERLANG
Dalam aspek perancangan guru yang cemerlang didapati boleh mengesan masalah
pembelajaran pelajar sepanjang masa, merancang pelbagai alat dan bahan bantu mengajar
serta pelbagai kaedah dan teknik pengajaran dan pembelajaran (P&P) untuk pelajar pelbagai
kebolehan
Dari sudut pengurusan masa pula, guru yang cemerlang berjaya mengurus laporan prestasi
pelajar dengan kemaskini dan segala strategi pengajaran didokumentasikan .
Dalam proses pengajaran pula, guru yang cemerlang berjaya mengaitkan kepakaran sedia
ada pelajar dengan tajuk perbincangan serta melibatkan pelajar secara aktif dalam P&P.
Dalam proses pengajaran pula, guru yang cemerlang berjaya mengaitkan kepakaran sedia
ada pelajar dengan tajuk perbincangan serta melibatkan pelajar secara aktif dalam P&P.
Mereka merupakan guru yang reflektif dan sentiasa meneroka secara mendalam dan
berulang kali terhadap amalan dan tindakan untuk meningkatkan keberkesanan hasil
pengajaran di dalam bilik darjah.
Guru yang cemerlang juga kerap memberi kata-kata semangat dan perangsang yang
adakalanya dilekatkan di dinding kelas .
Di antara ciri-ciri yang harus dikekalkan oleh seorang guru yang cemerlang adalah seperti
berikut:
Mempunyai pengetahuan yang mendalam terhadap sesuatu bidang pengkhususannya.
Komitmen yang menyeluruh.
Penambahbaikan ilmu serta kemahiran secara berterusan.
Sebagai satu role model atau idola kepada pelajar.
Mudah didekati, mesra dan mampu menyelesaikan masalah dan memberi pandangan yang
bernas.
Secara amnya guru yang berkualiti harus berilmu, berdedikasi serta menjadi sumber inspirasi
kepada pelajar. Guru yang beginilah yang amat diharap-harapkan oleh semua golongan
masyarakat untuk memenuhi aspirasi Negara.
[Type text]

1.KECEMERLANGAN PERIBADI
Peribadi: Guru cemerlang ialah guru yang mempunyai sahsiah yang terpuji, berketrampilan dan
berpegang teguh kepada etika perguruan dan etika perkhidmatan awam serta peka dan prihatin
terhadap keperluan pelajar yang dapat menjadi role model kepada para pendidik.
*Mempunyai keyakinan diri
*Berakhlak dan bermoral
*Bersikap adil dan bertimbang rasa
*Beramanah dan bertanggungjawab
*Kreatif dan inovatif
*Sentiasa mengurus diri dengan kemas
*Sedia berkongsi dan berkerjasama
*Bersikap terbuka
*Bersikap positif
2.KECEMERLANGAN PENGETAHUAN & KEMAHIRAN
Pengetahuan dan kemahiran: Guru Cemerlang ialah guru yang menguasai dan menghayati
kandungan mata pelajaran atau bidang pengkhususan dan kepakarannya, menjadi pakar rujuk
pengajaran dan pembelajaran, bijak mengurus masa, bahan sumber, alat pengajaran dan
pembelajaran, mampu mengenal pasti keperluan dan masalah pembelajaran pelajar serta
menyediakan program tindakan susulan, berpengetahuan dan berkemahiran dalam bidangbidang teknologi maklumat dan komunikasi.
*Mengamalkan budaya ilmu
*Kebolehan untuk menyelesaikan masalah dan membuat keputusan yang rasional dan objektif
*Menyertai dan memanfaatkan kursus dalam perkhidmatan untuk meningkatkan kualiti kerja
*Kebolehan menyediakan kertas kerja, laporan prestasi murid, minit mesyuarat, dokumentasi
dll.
*Pakar rujuk pengajaran dan pembelajaran
* berupaya mengendalikan aktiviti kokurikulum
*Mengenalpasti keperluan dan masalah individu murid/pelajar serta menyediakan program
tindakan susulan
*Pengurusan masa, bahan, sumber, alatan p&p
[Type text]

*Peka dan prihatin terhadap keperluan kebajikan murid/pelajar


3. KECEMERLANGAN KERJA
Hasil kerja: Guru Cemerlang ialah guru yang berupaya meningkatkan hasil pembelajaran
(learning outcome) dan membangunkan potensi pelajar selaras dengan Falsafah Pendidikan
Kebangsaan menerusi peningkatan minat dan penglibatan pelajar, melalui pelbagai pendekatan
menerusi kebolehan dan keupayaan dalam membimbing pelajar di dalam dan di luar waktu
pengajaran, menerusi kekerapan pemberian kerja bertulis atau tugasan dan menerusi
penguasaan dan penggunaan pelbagai kaedah dan teknik pengajaran dan pembelajaran
*Pengurusan keceriaan bilik darjah.
*Berjaya membimbing murid mematuhi peraturan dan tahap pembelajaran.
*Menguasai dan menggunakan pelbagai kaedah dan teknik pengajaran dan pembelajaran.
*Melaksanakan rutin dengan berkesan bagi memudahkan pembelajaran.
*Menyemak kerja murid/pelajar dengan teliti, tepat dan memberi komen yang positif untuk
menggalakkan pembelajaran yang seterusnya .
*Memberi kerja bertulis dan latihan mengikut kekerapan yang sesuai .
*Memberi bimbingan pelajaran kepada murid di luar waktu pengajaran.
*Menggunakan hasil pengujian dan penilaian untuk membaiki pengajaran.
*Sentiasa merangsang murid berfikir.
*Merancang pelajaran yang baik.
*Hasil pembelajaran murid menunjukkan peningkatan.
*Aktiviti kokurikulum yang berkaitan dengan mata pelajaran dirancang dan dilaksanakan
dengan penuh komitmen.
*Berupaya meningkatkan penglibatan, minat dan prestasi murid .
Komunikasi: Guru Cemerlang ialah guru yang memiliki kemahiran komunikasi yang tinggi
secara inter dan intra-personal, serta berkemampuan menyampaikan idea dan mesej dengan
berkesan dalam pelbagai bentuk kemunikasi.
- Potensi : Guru Cemerlang adalah guru yang berwawasan, perintis sesuatu usaha, sentiasa
merancang, mengelola dan melaksanakan program-program pendidikan, mampu membuat
analisis dan mengambil tindakan terhadapnya, sentiasa belajar untuk meningkatkan kerjaya,
sentiasa terlibat dan menyumbang dalam kursus, seminar dan bengkel, menjalankan
penyelididkan dan menghasilkan penulisan ilmiah serta sentiasa menyumbangkan tenaga dan
kepakaran ke arah keupayaan sekolah.
[Type text]

- Sumbangan kepada kemajuan pendidikan negara: Guru Cemerlang ialah guru yang
berupaya menjana idea baru dan berkongsi idea tersebut bagi meningkatkan mutu pendidikan
negara serta berupaya memberi buah fikiran yang boleh membantu peningkatan kualiti
pengajaran di institusi -ciri Guru Cemerlang
Ciri-ciri guru cemerlang dari segi kualiti adalah seperti berikut:
- Peribadi: Guru cemerlang ialah guru yang mempunyai sahsiah yang terpuji, berketrampilan
dan berpegang teguh kepada etika perguruan dan etika perkhidmatan awam serta peka dan
prihatin terhadap keperluan pelajar yang dapat menjadi role model kepada para pendidik.
- Pengetahuan dan kemahiran: Guru Cemerlang ialah guru yang menguasai dan menghayati
kandungan mata pelajaran atau bidang pengkhususan dan kepakarannya, menjadi pakar rujuk
pengajaran dan pembelajaran, bijak mengurus masa, bahan sumber, alat pengajaran dan
pembelajaran, mampu mengenal pasti keperluan dan masalah pembelajaran pelajar serta
menyediakan program tindakan susulan, berpengetahuan dan berkemahiran dalam bidangbidang teknologi maklumat dan komunikasi.
- Hasil kerja: Guru Cemerlang ialah guru yang berupaya meningkatkan hasil pembelajaran
(learning outcome) dan membangunkan potensi pelajar selaras dengan Falsafah Pendidikan
Kebangsaan menerusi peningkatan minat dan penglibatan pelajar, melalui pelbagai pendekatan
menerusi kebolehan dan keupayaan dalam membimbing pelajar di dalam dan di luar waktu
pengajaran, menerusi kekerapan pemberian kerja bertulis atau tugasan dan menerusi
penguasaan dan penggunaan pelbagai kaedah dan teknik pengajaran dan pembelajaran.
- Komunikasi: Guru Cemerlang ialah guru yang memiliki kemahiran komunikasi yang tinggi
secara inter dan intra-personal, serta berkemampuan menyampaikan idea dan mesej dengan
berkesan dalam pelbagai bentuk kemunikasi.
- Potensi : Guru Cemerlang adalah guru yang berwawasan, perintis sesuatu usaha, sentiasa
merancang, mengelola dan melaksanakan program-program pendidikan, mampu membuat
analisis dan mengambil tindakan terhadapnya, sentiasa belajar untuk meningkatkan kerjaya,
sentiasa terlibat dan menyumbang dalam kursus, seminar dan bengkel, menjalankan
penyelididkan dan menghasilkan penulisan ilmiah serta sentiasa menyumbangkan tenaga dan
kepakaran ke arah keupayaan sekolah.
[Type text]

- Sumbangan kepada kemajuan pendidikan negara: Guru Cemerlang ialah guru yang berupaya
menjana idea baru dan berkongsi idea tersebut bagi meningkatkan mutu pendidikan negara
serta berupaya memberi buah fikiran yang boleh membantu peningkatan kualiti pengajaran di
institusi

[Type text]

BIODATA GURU CEMERLANG


Nama Guru:Junaidi Bin Juantan
Jantina:Lelaki
Umur:37 Tahun
Gred:DGA 32
Lantikan ke Guru Cemerlang: Tahun 2008
Program lantikan Guru Cemerlang:Program Kertas Penulisan Bahagian A,B dan C.
Slide Share Teknik Menjawab Soalan.Teknik Soalan.
Tahun Diajar: Tahun 4,Tahun 5 dan Tahun 6
Matapelajaran :Bahasa Malaysia dan Pendidikan Jasmani Kesihatan.
Cita-cita:Ingin melanjutkan pelajaran ke peringkat Master.
Penempatan Pertama:Sekolah Kebangsaan Taman Selayang 2 Batu Caves Selangor.
Penempatan kedua:Sekolah Kebangsaan Gurun Pusat Gurun Kedah.
Penempatan ketiga:Seklah Kebangsaan Batu 4 Jalan Jeniang Gurun Kedah.
Maktab:Maktab Perguruan Sultan Abdul Halim Sungai Petani Kedah.
(1996)
Melanjutkan Pelajaran:PJJ OUM
Pengalaman Mengajar:15 Tahun
Anugerah Guru Cemerlang:6 Tahun
Alamat Sekolah:Sekolah Kebangsaan Batu 4 Jalan Jeniang Gurun Kedah.
Alamat Rumah:No 29 Taman Desa Aman 2 Guar Chempedak 08800 Guar Chempedak Kedah.
Cabaran Sebagai Guru Cemerlang.
*Memikul tanggung jawab yang besar dalam memastikan pencapaian murid-murid bagi
matapelajaran Bahasa Malaysia berada di tahap yang cemerlang.
*Menjadi tempat rujukan bagi meningkatkan prestasi dan bagi melaksanakan program yang
berkaitan dengan cemerlang dan berjaya mencapai sasaran yang dikehendaki.
*Menjadi contoh bagi kawan-kawan dan murid-murid dari segi teknik pengajaran dan
pembelajaran,kreativiti,sahsiah,kecemerlangan dan kualit perkhidmatan yang cemerlang.
*Beban tugas yang agak berat demi memastikan kecemerlangan yang dicapai berada ditahap
yang cemerlang serta membanggakan.
Visi Dan Misi:Peningkatan peratus kecemerlangan Bahasa Malaysia dalam peperiksaan awam
dan ujian Pentaksiran di peringkat sekolah.
[Type text]

Peningkatan peratus kelulusan Bahasa Malaysia bagi tahun 2005 hingga 2013 iatu 65% bagi
tahun 2005 dan 83% bagi Tahun 2013.

[Type text]

Lampiran

[Type text]

REFLEKSI.
Profesion perguruan bukanlah satu profesion yang statik dan tidak menjanjikan peluang
kenaikan pangkat yang menarik. Kementerian Pelajaran Malaysia mengadakan pelbagai
insentif untuk membantu meningkatkan profesionalisme perguruan melalui pelaksanaan Guru
Cemerlang contohnya. Sebagai seorang guru, kita seharusnya mempunyai kualiti yang khusus
dan konsisten supaya dipandang mulai oleh masyarakat. Profil guru cemerlang atau ciri-ciri
guru yang cemerlang dibahagikan kepada dua aspek utama iaitu:
1

Ciri-ciri personaliti seperti: menepati masa, berupaya mewujudkan suasana kecindan

atau humorous (jenaka) dan tegas.


2

Aspek kemahiran pedagogi seperti: komunikasi berkesan (bahasa yang mudah dan

lancar, pergerakan badan dan mimik muka yang sesuai, intonasi yang menarik dan lantang);
kreativiti dan keupayaan menyelesaikan masalah secara spontan.
Terdapat lima (5) aspek kecemerlangan yang dikehendaki oleh Kementerian Pelajaran Malaysia
(KPM) menurut seorang penyelidik iaitu Md. Nasir Masran (2000) dalam kertas prosiding
bertajuk Guru Cemerlang: Personaliti dan Kemahiran (Prosiding seminar kebangsaan
penyelidikan dan pembangunan dalam pendidikan 2000. 3 4 Oktober 2000, Bahagian
Pendidikan Guru, KPM, ms. 173 178): 1. Kecemerlangan Peribadi
Kecemerlangan peribadi yang dimaksudkan ialah meliputi perkara berikut:

Nilai kendiri yang positif

Berakhlak mulia

Adil

Bertimbang rasa

Amanah

Bertanggung jawab

Kreatif

Inovatif

Kemas

Sikap sedia berkongsi

Bersikap terbuka

[Type text]

Berpemikiran positif
2. Kecemerlangan Pengetahuan dan Kemahiran Berikut adalah perkara yang berkaitan dengan
kecemerlangan pengetahuan dan kemahiran:

Mengamalkan budaya ilmu

Berkebolehan menyelesaikan masalah

Membuat keputusan yang rasional serta objektif

Sebagai pakar rujuk bidang masing-masing


3. Kecemerlangan Komunikasi Komunikasi adalah suatu bidang yang amat perlu dikuasai oleh
warga guru sebagai suatu senjata utama dalam melaksanakan tugas menyebarkan ilmu dan
kemahiran kepada murid-murid. Berikut adalah perkara yang perlu dikuasai oleh seseorang
guru cemerlang berkaitan dengan komunikasi:

Kecekapan berinteraksi dan menyampaikan idea dan mesej secara berkesan.

Memula dan merintis sesuatu usaha sehingga berjaya.

Berkeupayaan memelihara hubungan mesra.

Menghormati semua ahli masyarakat sekolah atau institusi pendidikan.


4. Kecemerlangan Potensi

Keberkesanan sumbangan terhadap kejayaan sekolah atau institusi pendidikan dalam aktiviti
kurikulum dan kokurikulum.

Penglibatan yang bermakna dalam aktiviti-aktiviti ilmu seperti kursus-kursus profesional,


seminar, bengkel.

Sentiasa berusaha meningkatkan ilmu dan kemahiran melalui akademik dan penyelidikan.
5. Personaliti Unggul Personaliti ialah perwatakan dan tingkahlaku. Personaliti ialah satu
daripada pembolehubah yang boleh memudahkan atau menyulitkan sesuatu proses pengajaran
dan pembelajaran. Guru cemerlang perlu mempunyai ciri-ciri personaliti unggul seperti berikut:

Adil

Sabar

Tegas

Konsep kendiri positif

Kesungguhan

Mesra

[Type text]

Prihatin

Kerjasama

Menepati masa

Bertanggung jawab

Berakhlak mulia

Kecindan (unsur jenaka)


Menurut penyelidik ini (Md. Nasir Masran, 2000) hanya memiliki tiga (3) sahaja ciri-ciri di atas
iaitu tegas, menepati masa dan kecindan dimiliki oleh semua guru cemerlang yang ada di
negara kita masa kini.

[Type text]

Refleksi Keseluruhan
Syukur ke hadrat ALLAH S.W.T kerana dengan izin-Nya saya telah diberikan ruang dan
peluang untuk menyiapkan tugasan kerja kursus ini. Tajuk bagi tugasan kerja kursus ini ialah
PSV 3132 Sepanjang menjalankan tugasan kerja kursus ini, pelbagai cabaran dan halangan
telah saya hadapi.
Pertama sekali menerima tugasan ini, persoalan utama yang berlegar-legar dan muncul
di kotak minda saya ialah mampukah saya menyiapkan tugasan kerja kursus ini
memandangkan pada masa yang sama terdapat beberapa tugasan kerja kursus yang lain yang
perlu disiapkan dalam tempoh yang sama. Keadaan ini sedikit sebanyak memberi tekanan dan
menguji daya tahan saya untuk melaksanakan tugasan tersebut. Walau bagaimanapun, saya
tetap tidak mengambil mudah memberi alasan dan helah untuk tidak menyiapkan tugasan ini
dalam tempoh yang telah diberikan. Sebaliknya, saya menyahut cabaran ini dengan
melaksanakan tugasan ini mengikut arahan yang telah diberikan. Hal ini kerana, saya
memikirkan bahawa soalan tugasan yang diberikan tidaklah begitu sukar memandangkan tajuktajuk yang dibincangkan bukanlah tajuk yang masih baru dan asing bagi kami. Malah, bahanbahan yang perlu disediakan berdasarkan kehendak tugasan sebenarnya telah disediakan lebih
awal .
Bagi mengatasi kekangan dan kesukaran yang saya nyatakan di atas, saya telah
mengambil inisiatif berbincang dan berkolaborasi dengan rakan-rakan dan pensyarah
pembimbing. Perbincangan dan kolaborasi ini sesungguhnya sangat membantu saya
menyiapkan tugasan ini dengan sempurna kerana saya berpeluang untuk bertanya kepada
rakan-rakan dan pensyarah tentang cara-cara melaksanakan tugasan selain mendapatkan hasil
yang sangat memuaskan. Perbincangan dan kolaborasi tersebut sebenarnya juga telah saya
mulakan semasa penyediaan bahan-bahani Kolaborasi-kolaborasi tersebut antara lain ialah
pemilihan bahan yang tepat dan baik, perkongsian idea, pengetahuan dan kemahiran dan
pertukaran bahan-bahan dengan rakan. Kolaborasi seumpama ini telah banyak membantu saya
menyiapkan tugasan dengan baik.

[Type text]

Selepas menyiapkan tugasan ini dengan jayanya, saya telah mengambil beberapa
perkara sebagai iktibar dan panduan kepada diri saya untuk menempuhi cabaran pendidikan
yang mendatang. Melalui pelaksanaan tugasan dalam subjek ini, saya mempelajari bahawa
seseorang guru haruslah menguasai dan mempunyai kemahiran yang tinggi terhadap
pembelajaran dan pengalaman serta matlamat dalam memacu kejayaaan untuk anak didik.
Selain itu, saya juga telah mempelajari bahawa seseorang guru haruslah bijak dan kreatif dalam
memilih, menggunakan dan menghasilkan bahan untuk sesebuah aktiviti pembelajaran.
Kreativiti seseorang guru dalam perkara ini sangat penting dalam membantu guru menyediakan
satu aktiviti dan tajuk pembelajaran yang dapat dilaksanakan dengan berkesan. Ciri asas
sesebuah bahan yang ingin digunakan mestilah menarik kepada murid-murid. Namun begitu,
bahan yang menarik sahaja tidak cukup untuk memastikan sesebuah aktiviti pembelajaran itu
dapat dilaksanakan dengan berkesan.

Sebagai penambahbaikan, saya melihat aspek pengurusan masa ini sebagai


kelemahan saya yang paling ketara sekali. Dalam hal ini, saya mengambil sedikit pengajaran
agar lebih proaktif apabila menerima tugasan daripada pensyarah supaya saya dapat
menguruskan masa yang saya ada dengan sebaiknya dan berkesan. Dengan yang demikian,
saya akan dapat menghasilkan tugasan yang berkualiti selain menggunakan masa yang lebih
tersebut untuk tujuan lain yang lebih bermanfaat.

Akhir sekali, saya bersyukur kerana dapat menyiapkan tugasan ini dengan
sempurnanya dan berharap hasil yang saya berikan menepati kehendak yang diperlukan.
Paling penting, pengetahuan dan kemahiran yang telah saya pelajari sepanjang melaksanakan
tugasan ini sudah pasti menjadi nilai tambah kepada pengetahuan dan kemahiran sedia ada
saya.

[Type text]

[Type text]

Anda mungkin juga menyukai