Anda di halaman 1dari 6

Berita Utama

Guru maut ditembak


0

Google +0

Cetak

Oleh Muhamaad Razis Ismail


BACHOK: Seorang Penolong Kanan Hal Ehwal Murid Sekolah Kebangsaan
Beris Panchor, di sini, maut ditembak sebaik keluar dari pintu pagar
sekolah berkenaan, kira-kira jam 2 petang tadi.
Mangsa, Hashim Mat Zin, 43, yang juga guru mata pelajaran Muzik ditembak ketika
memandu kereta Mercedez Benz untuk pulang ke rumah selepas habis waktu
persekolahan.
Mangsa sempat memandu kira-kira 300 meter selepas ditembak dan berhenti di
sebuah rumah berhampiran sekolah berkenaan sebelum meninggal dunia.

Artikel ini disiarkan pada : 2013/07/08

- See more at:


http://www2.hmetro.com.my/articles/Gurumautditembak/Article#sthash.EXA
pKrAp.dpuf

Guru kantoi terlibat dadah


WARTAWAN SINAR HARIAN
21 Oktober 2014

Share on facebookShare on twitterShare on google_plusone_shareMore Sharing Services4


Guru sekolah rendah ini (dua, kiri) ditahan kerana disyaki mengambil dadah dalam serbuan di sebuah
rumah di Kampung Gong Pasir, petang kelmarin.
Keadaan bilik ini tidak ubah seperti sarang tikus yang dipenuhi dengan kotak rokok dan botol plastik.
Guru sekolah rendah yang juga anak seorang tokoh politik ini (kiri) mengakui sudah lama terlibat
penyalahgunaan dadah, namun tidak diketahui sehingga dia ditangkap polis, petang kelmarin.
Polis melakukan pemeriksaan selepas memecah masuk rumah disyaki menjadi port dadah dalam
kalangan penagih yang ditahan dalam serbuan di Gong Pasir, petang kelmarin.

DUNGUN Seorang guru sekolah rendah ditahan kerana disyaki terlibat penyalahgunaan dadah dalam
satu serbuan di sebuah rumah teres satu tingkat, dekat sini, petang kelmarin.
Rahsia penglibatan kakitangan awam itu terbongkar selepas risikan polis mengesan sebuah rumah yang
dijadikan tempat melepaskan gian kerana sering dikunjungi individu mencurigakan, disyaki penagih.
Guru terbabit dikatakan bijak menyembunyikan perbuatan tidak bermoral itu sebelum segalanya
terbongkar dalam serbuan dilakukan sepasukan polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Daerah
diketuai
Sub
Inspektor
Ismail
Omar,
kira-kira
jam
4.30
petang
kelmarin.
Sebaik menyedari kehadiran polis, sekumpulan penagih termasuk guru terbabit yang berada di dalam
rumah berkenaan, dikatakan enggan membuka pintu menyebabkan polis terpaksa mengumpil dan
memecahkan
pintu
utama
untuk
melakukan
pemeriksaan.
Sebuah bilik rumah teres difahamkan milik bapa guru terbabit yang juga pemimpin NGO itu dipercayai
dijadikan tempat melepaskan gian berikutan penemuan beberapa peralatan untuk mengambil dadah.
Bagaimanapun, guru terbabit yang difahamkan anak seorang tokoh politik dikenali di Dungun, menafikan
dia terlibat penyalahgunaan dadah sehinggalah ujian saringan air kencing mendapati dia positif syabu.
Guru lelaki berusia awal 30-an dan dikatakan masih bujang itu juga dipercayai sudah lama terlibat
penyalahgunaan
dadah
tanpa
pengetahuan
bapanya.
Selain guru terbabit, tiga lagi rakannya turut diberkas selepas didapati positif dadah, termasuk seorang
pengedar berusia 34 tahun yang menjadi buruan polis sejak beberapa bulan lalu.
Dalam serbuan itu, suspek disyaki memiliki dadah selepas penemuan lapan paket dipercayai syabu
dalam poket seluarnya dengan nilai anggaran RM1,600, dan disiasat mengikut Seksyen 12(2) serta
ditahan
reman
sehingga
23
Oktober
ini.
Sementara itu, guru terbabit bersama dua lagi rakannya yang difahamkan bekerja sebagai pemandu lori
dan pekerja badan berkanun pula, dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Dungun untuk siasatan lanjut

mengikut

Seksyen

15(1)

Akta

Dadah

Berbahaya

1952.

Mereka dilepaskan dengan jaminan polis sehingga laporan kimia diterima untuk mengesahkan status
urin.

KHAMIS, 9 FEBRUARI 2012

Rahsia guru edar dadah terbongkar


TEMERLOH: Kegiatan licik seorang guru berusia 32 tahun berstatus duda menjadi pengedar dadah kecilkecilan di Tualang Hilir, Kerdau, di sini, terbongkar apabila dia ditahan dalam Ops Tapis yang dijalankan
pihak berkuasa pada jam 5 petang, kelmarin.
Difahamkan, ketika serbuan, guru yang mengajar di sebuah sekolah menengah itu nekad merempuh
sepasukan anggota polis daripada Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD)
yang mengepungnya.

Bagaimanapun, lelaki terbabit gagal memboloskan diri terjatuh dari motosikal ditunggangi sebelum
bertindak agresif dan bergelut dengan sepasukan anggota polis dalam usaha memboloskan diri.
Pada masa sama, polis merampas beg pinggang dipakai guru terbabit dan mendapati ia mengandungi
satu tiub straw berisi ketulan kristal dipercayai syabu seberat 0.20 gram.

Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Mohd Nor Mansor, berkata selain itu, polis turut menemui lapan
keratan kertas aluminium yang mengandungi beberapa ketulan pil jenis E5.

Menurutnya, polis turut merampas wang tunai RM463 dipercayai hasil kegiatan penjualan dadah dan alat
timbang digital yang digunakan untuk menyukat syabu mengikut tempahan pelanggan.
Katanya, siasatan mendapati, guru terbabit sudah 13 tahun mengajar dipercayai terbabit dalam kegiatan
haram berkenaan empat tahun lalu.
myMetro: 9 Februari 2012

Cikgu kung fu guru besar


Oleh Hadzlihady Hassan
hadzlihady@hmetro.com.my
GEORGETOWN: Pelajar sebuah kelas di sekolah rendah di Air Itam, di sini, dihidangkan aksi kung fu
antara guru besar dan guru kelas selepas berlaku perselisihan faham antara dua pendidik itu, pagi
semalam.
Dalam kejadian jam 9.30 pagi itu, pergaduhan antara dua guru lelaki terbabit dikatakan berpunca selepas
guru besar lalu berhampiran sebuah kelas dan terdengar bunyi bising, sebelum dia membuat teguran
kepada guru kelas itu.

Difahamkan, guru kelas berkenaan enggan menerima teguran itu menyebabkan berlaku pertengkaran
antara mereka dan guru besar itu seterusnya cuba merakam suasana dalam kelas berkenaan
menggunakan telefon bimbitnya.
Menurut sumber, melihatkan tindakan guru besar itu, guru kelas terbabit secara tiba-tiba naik angin
sebelum dia terus menyerang dan memukul guru besar berusia 48 tahun itu.

Berikutan itu, kedua-dua guru terbabit bergaduh dan kejadian itu diperhatikan murid kelas berkenaan
dan murid lain, katanya.

Menurutnya, suasana bertukar menjadi kecoh hingga memaksa guru lain campur tangan untuk
meleraikan pergaduhan kedua-dua guru terbabit.
Akibat pergaduhan itu, guru besar terbabit cedera di kedua-dua tangan dan juga belakang kepalanya,
katanya.

Sumber itu berkata, guru kelas juga cedera pada mata akibat terkena tikaman pen ketika bergelut dan
kedua-duanya sudah membuat laporan polis mengenai kejadian itu.
Timbalan Ketua Polis Daerah Timur Laut, Superintendan Ahmad Bakhtiar Kassim berkata, guru besar
terbabit mendapatkan rawatan di Hospital Pulau Pinang (HPP) dan membuat laporan polis berhubung
kejadian itu.

Setakat ini, polis masih menjalankan siasatan lanjut berhubung kejadian itu dan dua guru berkenaan
dipanggil memberi keterangan bagi membantu proses siasatan, katanya. Sementara itu, Pengarah
Pelajaran Pulau Pinang, Ahmad Tarmizi Kamaruddin yang mengikuti kursus ketika dihubungi Harian
Metro berkata, dia belum menerima sebarang laporan berhubung kejadian itu.
myMetro: 29 Februari 2012

Anda mungkin juga menyukai