Anda di halaman 1dari 3

REFLEKSI WAJ3131

Banyak pengetahuan dan ilmu baru yang saya telah perolehi dalam kursus ini. Saya
juga mendapati bahawa pemikiran saya bertambah lebih matang berbanding sebelum
ini. Saya berpeluang untuk melihat konsep dan jenis rangkaian yang mesti ada dalam
persatuan.
Saya telah dilantik sebagai Ahli Jawatan Kuasa Kebajikan bersama Hendry Belumbong
dalam persatuan Matematik. Tugas ini nampak mudah kerana tidak banyak melibatkan
pergerakan. Sungguhpun begitu, kami berdua membantu rakan yang lain yang
memerlukan bantuan. Tenaga kerja memanglah sedikit kerana kami hanyalah terdiri
daripada 24 orang tetapi dengan kata perangsang daripada pensyarah kami, Puan
Sufiah, kami lebih bertenaga malah beliau sendiri turut membantu kami dalam sesuatu
aktiviti.
Aktiviti utama kami ialah memurnikan Taman Matematik yang telah kami buat pada
semester lalu. Kami membuat gotong-royong bersama-sama. Antara aktiviti yang
dijalankan ialah mengecat, menyusun semula, memberi racun serangga, dan lain-lain.
Kerja-kerja ini memakan masa yang banyak. Jadi kami buat dengan pegangan kerja ini
akan selesai. Bak kata pepatah, sedikit-sedikit lama-lama jadi bukit.
Kesimpulannya, dengan kursus WAJ 3131 ini, saya dapat membantu diri saya sendiri
dalam mencabar diri saya untuk menyempurnakan sesuatu dan selain itu, saya juga
menerima pengalaman yang baru semasa melaksanakan aktiviti-. Saya berasa amat
gembira adalah tanpa kerja kursus ini, pastinya saya tidak dapat mempunyai kenangan
yang indah bersama rakan-rakan semasa melaksanakan akitiviti ini.
Disediakan oleh,
__________________________
(AHMAD AFIQ AFYFY BIN ROSLI)

LAPORAN AJK
Banyak pengetahuan dan ilmu baru yang saya telah perolehi dalam Persatuan
Matematik dan juga aktiviti Karnival Matematik kami. Pada kali ini, saya telah dilantik
sebagai Ketua AJK Tugas-tugas Khas. Tugas saya merangkumi semua tugas AJK lain
yang memerlukan bantuan. Khususnya bahagian yang kurang ahli dan saya sebagai
AJK Khas bertindak membantu mereka. Antara perkara yang kami banyak bantu adalah
dalam penyediaan peralatan, mengangkut barangan, membeli barang, dan lain-lain.
Semua ini adalah untuk menjayakan aktiviti kami dalam mengadakan Karnival
Matematik. Kami telah melalui beberapa fasa iaitu sebelum, semasa, dan selepas
Karnival Matematik dijalankan. Sebelum Karnival Matematik, kami semua membantu
dalam meberikan idea. Saya juga telah dilantik sebagai seorang penjaga tapak
permainan yang dipanggil Space Shooter. Ini adalah daripada hasil perbincangan saya
dn kumpulan saya iaitu Frederick Macson dan Muhd. Khairulzakirin.
Saya telah ditugaskan untuk membuat peraturan dan memberitahu cara bermain serta
pengumpulan mata. Frederick dan Khairulzakirin pula membina model Space Shooter.
Bahan-bahan yang digunakan adalah daripada bahan terpakai iaitu tin minuman yang
kosong. Tambahan pula, peralatan seperti guli kami perolehi daripada kursus sebelum
ini iaitu permainan tradisional.
Semasa karnival pula, saya telah ditugaskan untuk menjadi Fasilitator sekolah. Saya
juga telah menjadi pengacara untuk kumpulan saya iaitu permainan Space Shooter.
Tugas ini saya dapat laksanakan dengan jayanya berkat bantuan rakan saya yang lain.
Saya sangat bersyukur kerana tugas saya dipermudahkan. Tambahan pula, saya
kurang yakin kerana kerja yang diperolehi nampak padat. Selepas karnival, kami semua
mengemas semua dan melakukan post mortem secara kecil-kecilan bersama-sama
untuk penambahbaikkan pada masa akan datang.

Kesimpulannya, banyak yang telah saya pelajari dan saya seronok kerana mendapat
peluang untuk melakukan aktiviti bersama dengan rakan-rakan sekelas.
Disediakan oleh,
___________________________
(AHMAD AFIQ AFYFY BIN ROSLI)
Ketua Jawatankuasa Tugas-tugas Khas
Persatuan Matematik/ Karnival Matematik
IPG Kampus Tun Abdul Razak

Anda mungkin juga menyukai