Anda di halaman 1dari 9

Aplikasi Seni Dalam Pengajaran

http://rafaierizuwansenipendidikan.blogspot.com/2010/11/aplikasi-seni-dalam-pengajaran.html

Seperti yang kita sedia maklum pada hari ini, di sekolah pada masa kini tidak kira sekolah
rendah mahupun sekolah menengah telah dimasukkan pengajaran matapelajaran seni. Seni dalam
pendidikan atau pengajaran lebih dikenali sebagai (SDP) yang diwujudakan bagi membantu
perkembangan yang seimbang individu itu dari aspek jasmani, emosi, rohani, intelek dan juga
sosial sejajar dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang turut sama ingin mewujudkan insan
yang seimbang dari aspek yang sama. Selain itu, ianya juga bermatlamat untuk menyediakan
guru yang mempunyai pengetahuan dan juga kemahiran untuk mengintegrasikan aktiviti seni
visual, seni pergerakan dan juga seni muzik dalam proses pengajaran dan pembelajaran dalam
matapelajaran yang lain. Seni dalam pendidikan merupakan sesuatu yang baru dan ianya
menggabungkan tiga elemen penting. Elemen-elemen yang dimaksudkan ialah seni visual, seni
pergerakan dan juga seni muzik. Dalam seni visual ianya lebih melibatkan lukisan, manakala
seni pergerakan merangkumi penggunaan ruang dalam sesuatu aktiviti. Dan seni muzik pula
lebih kepada interpretasi seseorang terhadap muzik yang didengarinya.
Menurut Dr. Sharifah Norul Akmar Syed Zamri (2006), asas pendidikan di rujuk sebagai
3R iaitu membaca, menulis dan mengira. Penggunaan huruf, R adalah satu perkataan yang
sesuai digunakan dalam Bahasa Inggeris tetapi mungkin tidak dalam Bahasa Melayu. Seni perlu
dijadikan R keempat atau literasi asas kerana Seni dalam Pendidikan memainkan peranan yang
penting dalam proses pembelajaran dan pengajaran. Ketiga-tiga elemen tadi jika diaplikasikan
dalam pengajaran guru, hasil yang diperolehi adalah proses pengajaran dan pembelajaran
menjadi lebih sempurna. Hal ini kerana, pengajaran yang dilaksanakan dengan menggabung jalin
pelbagai unsur seni yang mana ianya berbeza dari kaedah pengajaran yang turun-temurun
berkonsepkan pengajaran meggunakan kapur dan papan tulis sebagai media menjadikan muridmurid merasa bosan, sekiranya penyampaian maklumat samaada nyanyian melalui seni muzik
dapat menjadikan murid berasa lebih seronok untuk belajar. Selain itu, murid akan berasa lebih
selesa dan lebih mudah untuk memahami sesuatu tajuk yang diajar. Hal ini kerana, guru

mengajar dengan menggunakan kaedah penyampaian isi pelajaran melalui nyanyian dan
sebagainya.
Warna, irama dan juga pergerakan merupakan elemen yang senantiasa wujud di sekeliling
murid-murid. Melalui kewujudan unsur-unsur ini, murid-murid dapat mempelajari sesuatu yang
baru disekeliling mereka dengan lebih seronok dan lebih berkesan. Irama merupakan elemen
yang terdapat dalam seni muzik. Dalam pendidikan seni, irama digambarkan sebagai sesuatu
susunan sesuatu corak yang berulang, susunan sekata yang mewujudkan pergerakan. Kanakkanak akan mula memahami dan belajar sesuatu kemahiran dalam irama sewaktu mereka
melakukan aktiviti seperti melompat, bergerak ke kiri dan ke kanan, menari, melukis corak dan
sebagainya. Sebenarnya irama dapat meransang minda kanak-kanak untuk memberikan tumpuan
apa yang sedang dilakukan. Tanpa kehadiran muzik yakni irama, sudah semestinya sesuatu
aktiviti itu menjadi hambar dan murid akan merasa cepat bosan. Selain itu, kehadiran Irama
dalam aktiviti yang dilakukan secara tidak langsung menarik minat kanak-kanak untuk menyertai
sesuatu aktviti dengan lebih seronok dan bersemangat. Kanak-kanak akan merasa lebih seronok
melakukan aktviti seperti melompat sambil mengikut irama muzik. Mereka juga akan meneroka
pergerakan-pergerakan yang lebih kreatif dan menarik apabila wujudnya tindakbalas kanakkanak tersebut dengan muzik atau irama yang mereka dengar. Ruang juga merupakan elemen
dalam matapelajaran Seni Dalam Pendidikan. Ruang dapat didefinisikan sebagai kawasan yang
terletak di sekeliling sesuatu objek atau dengan kata lain jarak antara dua objek. Menurut
Howard Gardner ( 1983 ), kecerdasan ruang melibatkan kebolehan-kebolehan melihat dunia
visual spatial dengan lebih tepat. Bilik darjah perlu disusun dengan baik bagi memastikan
terdapat ruang yang cukup untuk guru dan juga pelajar melakukan aktiviti dengan selamat, selesa
dan berkesan. Ini secara tidak langsung membantu menjadikan proses pengajaran dan
pembelajaran lebih efektif dan seterusnya mencapai matlamat pnp tersebut.
Selain itu, guru perlulah memahami dan menghayati kurikulum dan menguasai Sukatan
Pelajaran Pendidikan Seni Visual. Kemahiran guru dalam mengolah sukatan pelajaran dengan
menumpukan kepada perkembangan pengetahuan dan peningkatan kemahiran tertentu dengan
menggunakan

pelbagai

pendekatan

dan

teknik

yang

sesuai.

Aplikasi

seni

dalam

pengajaran sebenarnya memberi peluang kepada murid-murid untuk meneroka alam sekeliling
mereka, yakni apa yang mereka lihat, sentuh, bergerak dan berfikir dalam setiap aktviti

pembelajaran yang mereka lakukan. Melalui cara ini, secara tidak langsung, ia mengajar murid
untuk menangani menguruskan sumber imaginasi, kreativiti, pemikiran, serta emosi dengan lebih
efektif dan proaktif. Kanak-kanak di sekolah rendah belajar dalam suasana yang aktif. Mereka
membina pengetahuan secara aktif. meneroka pergerakan-pergerakan yang lebih kreatif dan
menarik apabila wujudnya tindakbalas kanak-kanak tersebut dengan muzik atau irama yang
mereka dengar. Pembelajaran secara aktif dan juga melibatkan interaksi sosial amatlah
digalakkan. Melalui aktiviti yang dilakukan seperti meneroka, membuat eksperimen dan
mengolah bahan, murid akan memperoleh pengalaman yang baru. Pengalaman tersebut akan
kekal kerana mereka meneroka sendiri dan menggunakan pencaindera mereka untuk menilai apa
yang dilakukan. Oleh itu, melalui aktiviti seni, kanak-kanak boleh meluahkan idea atau perasaan
mereka yakni emosi secara bebas dan kreatif.
Guru matapelajaran hendaklah melengkapkan diri dengan kemahiran- kemahiran yang
diperlukan. Perancangan aktiviti juga perlu diberi tumpuan demi menjadikan proses pengajaran
dan pembelajaran yang dilakukan berkesan. Guru hendaklah memainkan peranan dengan
menggalakkan murid menggunakan sepenuhnya kelebihan diri mereka disamping guru
menyediakan pelbagai aktiviti yang meransang minat kanak-kanak dan memenuhi keperluan
murid-murid yang mempunyai kepelbagaian gaya belajar. Tiga unsur dalam Seni Dalam
Pengajaran iaitu seni visual, muzik dan juga pergerakan perlulah digabungkan dengan
semaksimum mungkin bagi menjadikan proses pengajaran dan pembelajaran berlaku dengan
berkesan dan kreatif. Guru perlulah mempunyai pengetahuan tentang bagaimana untuk
menggunakan warna dengan baik, memasukkan elemen-elemen irama dan dalam masa yang
sama menggunakan ruang yang sesuai bagi meransang minda murid-murid sewaktu proses
pengajaran dan pembelajaran. Melalui kaedah tersebut iaitu gabungan elemen seni dalam
pendidikan, murid akan berasa seronok dan gembira serta melakukan aktiviti dengan lebih aktif.
Mereka tidak terikat dengan cara atau teknik pengajaran yang lama dimana ianya lebih
berpusatkan kepada guru.
Pengajaran dalam bilik darjah boleh dilaksanakan dengan mengaitkan mata pelajaran
tertentu dengan unsur warna, irama, pergerakan. Contohnya, matapelajaran sains guru akan
mengajar tajuk haiwan iaitu haiwan liar. Guru boleh membawa murid-murid ke ZOO Negara.
Seterusnya murid-murid menjalani proses memerhati, membuat catatan tentang ciri-ciri binatang

yang dilihat dari aspek warna, tubuh badan, saiz dan sebagainya. Selain murid-murid juga boleh
melukis rupa bentuk binatang yang mereka lihat. Kebebasan perlulah diberikan kepada murid
untuk mereka menggunakan warna dan mencampurkan untuk mendapatkan hasil yang menarik
dan kreatif. Guru boleh mengarahkan murid untuk membentang hasil yang diperolehi.
Pembentangan boleh dilakukan secara berkumpulan. Setiap kumpulan boleh menggunakan setiap
ruang yang ada dalam kelas dengan semaksimum mungkin dan menjalinkan bersama kreativiti
mereka bagi menjadikan pembentangan tersebut menarik dan kreatif. Seterusnya setiap
kumpulan akan membuat persembahan seperti menyanyi dan juga menari lagu yang berkaitan
dengan haiwan yang telah mereka kaji. Mereka boleh membuat pergerakan dan bunyi haiwan
yang telah mereka kaji. Perbincangan antara ahli kumpulan perlu dilakukan untuk menghasilkan
satu bentuk persembahan yang menarik dan kreatif.
Secara umumnya, aplikasi seni dalam pengajaran merupakan suatu kaedah yang seharusnya
dikuasai oleh semua guru untuk memberikan pemahaman yang berkesan kepada muridmuridnya. Degan kaedah yang dilaksanakan dalam mata pelajaran murid-murid yang
memperolehi ilmu baru akan merasa seronok dan tidak bosan kerana semua perkara seperti
keindahan, keceriaan, muzik melalui bunyi-bunyian yang dihasilkan dapat memberikan pelajar
tidak tertekan dengan isi pelajaran yang diajar oleh guru. Walaubagaimanapun guru seharusnya
mengetahui peranannya sendiri, guru bukan sahaja memberikan ilmu baru kepada muridmuridnya malah guru seharusnya meningkatkan motivasi pelajar melalui kekreatifan yang sedia
ada untuk menarik minat murid-muridnya terhadap subjek yang diajar. Kekreatifan seseorang
guru tersebut dalam menurun ilmu pengetahuannya kepada murud-muridnya perlu diambil kira
untuk menjamin masa depan masyarakat dan Negara.

Posted by Mohamad Rafaie bin Mohamad Rizuwan at 12:10 AM

Anda mungkin juga menyukai