Tema 2 Cmpur TGN Barat
Tema 2 Cmpur TGN Barat
faktor
ekonomi.
mengeksploitasi
kekayaan
bahan
mentah
yang
dimiliki.
hasrat untuk memajukan industrinya. Lantaran itu, negara-negara itu sering bersaing
untuk mendapatkan tanah jajahan agar tidak terlepas peluang kepada kuasa barat yang
lain.
Terdapat beberapa bukti yang menunjukkan bahawa faktor mekantilisme telah
membawa kepada campur tangan kuasa-kuasa barat di Asia Tenggara dan Asia Timur.
Antaranya ialah perluasan kuasa Inggens di Myanmar. Myanmar sememangnya
mempunyai kepentingan ekonomi bagi lnggeris. Hal ini kerana Myanmar kaya dengan
bahan mentah seperti kayu jati, galian batu permata. minyak dan tanah pertanian yang
subur serta terletak di laluan perdagangan yang penting ke negara China. Kekayaan
ekonomi Myanmar ini telah mendorong pihak Inggeris berusaha menguasai Myanmar
melalui tiga siri peperangan iaitu Perang Inggeris-Burma Pertama, Perang InggerisBurma Kedua dan Perang Inggeris-Burma Ketiga. Akibatnya pada tahun 1886. seluruh
Myanmar
telah
jatuh
ke
tangan
Inggeris.
Perluasan dan pengukuhan kuasa Belanda di Indonesia juga didorong oleh faktor yang
sama. Kepulauan Maluku yang merupakan tempat yang paling kaya dengan hasil
rempah ratus akhirnya berjaya dikuasai oleh Belanda. Kuasa Belanda seterusnya
berjaya mengukuhkan pengaruh di Jawa yang merupakan kawasan pertanian yang
produktif yang mampu memberikan pendapatan yang lumayan kepada Belanda.
Sementara Pantai Timur Sumatera dan Kalimantan pula kaya dengan petroleum.
Justeru itu, Belanda berusaha mengukuhkan haknya di seluruh Indonesia dalam rangka
melaksanakan eksploitasi sepenuhnya kekayaan ekonomi di Indonesia melalui
penubuhan syarikat perdagangan seperti Royal Dutch Shell, Syarikat Minyak Dordrecht
dan
lain-lain.
Sepanyol pula memerluan tebu yang banyak ekoran terciptanya mesin memproses tebu
untuk menghasilkan gula. Faktor ini telah mendorong penguasaan kuasa Sepanyol di
Filipina.
Sementara itu di Asia Timur juga berlaku perluasan pengaruh imperialisma barat yang
dipengaruhi oleh faktor mekantilisme. Negara China merupakan sebuah negara yang
mempunyai kepentingan perdagangan kaya dengan teh, sutera serta hasil galian.
Tambahan pula. China mempunyai kepadatan penduduk yang tinggi. Pada tahun 1830
an. jumlah penduduk China adalah melebihi 400 juta orang. jumlah ini menjadikan
negara China mempunyai kuasa beli yang amat berpotensi kepada hasil pengeluaran
industri barat. Kekayaan dan kepentingan ekonomi yang dimiliki oleh negara China
telah menjadi daya penarik kepada negara-negara barat untuk menguasai negara
China. Kekalahan China dalam Perang Candu 1 (1839 1842), Perang Candu 11(18561860) dan Perang China-Jepun (1894-1895) telah membuka ruang kepada kuasakuasa barat untuk mengeksploitasi ekonominya. Alasan yang sama juga digunakan
oleh Amerika Syarikat untuk memaksa Jepun nembuka pintu negaranya dengan
menandatangani Perjanjian Kanagawa pada 21 Mac 1854. Dengan itu. beberapa
pelabuhan
Jepun
telah
dibuka
untuk
perdagangan
dengan
kuasa
asing.
pada
tahun
1856.
Selain danipada faktor mekantilisme, tendapat juga faktor-faktor lain yang mendorong
campur tangan kuasa barat di Asia Tenggara dan Asia Timur. Kemajuan sains dan
teknologi seperti penciptaan kapal berkuasa wap, pembukaan Terusan Suez.
pengenalan sistem telegraf telah berjaya menyumbang kepada campur tangan dan
penguasaan orang-orang barat. Ciptaan ini telah memberi kemudahan kepada orangorang barat untuk tiba di Timur dengan lebih cepat dan pantas. Kos perjalanan juga
dapat dikurangkan. Keadaan ini memberi peluang kepada imperialis barat menegakkan
kekuasaan
di
Timur.
Di samping itu. orang-orang barat juga berazam membalas dendam terhadap orangorang Islam kerana kekalahan mereka dalam Perang Salib. Justeru itu, mereka
berusaha menghapuskan kekuasaan dan kejayaan Islam di Asia Tenggara dengan
memperhebatkan misi suci untuk mengkristiankan penduduk di Asia Tenggara. Bukti
kejayaan mereka terserlah apabila kuasa Sepanyol telah berjaya mengkristiankan
penduduk Filipina dan tindakan Perancis menuntut kebebasan paderi Kristian di
Indochina. Mereka juga mendakwa bahawa campur tangan orang-orang barat adalah
didorong oleh rasa tanggungjawab untuk memperadabkan atau mentamadunkan orang
Asia setanding dengan peradaban barat yang dianggap lebih baik dan unggul.