Anda di halaman 1dari 4

Tema 2: Campur Tangan: Campur tangan kuasa barat di Asia Tenggara dan Asia

Timur pada abad ke 19 dipengaruhi oleh factor mekantalisme?


ejak abad ke-16 lagi. kegiatan penjelajahan kuasa-kuasa barat telah bermula
berasaskan matlamat Gospel, Gold and ,Glory iaitu agama. ekonomi dan kemegahan.
Kuasa Portugal dan Sepanyol merupakan dua kuasa terulung yang mendahului kuasakuasa Eropah lain dalam usaha meluaskan pengaruh mereka di Asia atas tujuan
tersebut. Pada abad ke-19, kegiatan imperialisme kuasa barat di Asia ternyata di
pengaruhi oleh perkembangan-perkembangan semasa khususnya yang berkatian
dengan

faktor

ekonomi.

Sepanjang abad ke-19, terdapat perlumbaan di kalangan kuasa-kuasa barat untuk


meluaskan pengaruh di Timur berikutan tercetusnya Revolusi Perindustrian di Eropah.
Oleh itu, tumpuan utama mereka ke Timur adalah berkait rapat dengan kepentingan
ekonomi khususnya perdagangan. Dengan erti kata lain, kepentingan mekantilisme
telah menjadi pendorong utama kehadiran orang-orang barat ke Timur khususnya di
Asia Tenggara dan Asia Timur. Tambahan pula, pembukaan Terusan Suez pada tahun
1869 telah memendekkan jarak perjalanan antara Timur dan Barat. Keadaan ini telah
memberi kemudahan dan menggalakkan lagi kedatangan orang-orang barat ke timur
untuk

mengeksploitasi

kekayaan

bahan

mentah

yang

dimiliki.

Perkembangan Revolusi Perindustrian di Eropah pada abad ke-19 telah mempengaruhi


kuasa-kuasa barat berlumba-lumba untuk menguasai negara-negara yang kaya dengan
bahan mentah untuk keperluan kilang-kilang mereka. Bahan mentah yang sering kali
menjadi rebutan antara kuasa barat ialah bijih timah, getah, kelapa sawit. sutera. kain
kapas dan lain-lain. Bijih timah sangat diperlukan untuk perusahaan ayan atau
mengetin makanan. getah untuk industri automobile bagi menghasilkan tayar dan
bahan penebat elektrik serta sutera dan kapas untuk industri tekstil. Selain itu. mereka
juga bertujuan mencari tanah jajahan baru untuk meluaskan pasaran bagi barangan
siap yang dihasilkan oleh industri mereka. Justeru itu, tumpuan diberikan ke atas
negara yang bukan sahaja memiliki hasil bumi yang banyak. malahan turut juga
mempunyai bilangan penduduk yang ramai seperti India, China. Indonesia dan lain-lain.
Tanpa bekalan bahan mentah dan pasaran. sesebuah kuasa tidak akan mencapai

hasrat untuk memajukan industrinya. Lantaran itu, negara-negara itu sering bersaing
untuk mendapatkan tanah jajahan agar tidak terlepas peluang kepada kuasa barat yang
lain.
Terdapat beberapa bukti yang menunjukkan bahawa faktor mekantilisme telah
membawa kepada campur tangan kuasa-kuasa barat di Asia Tenggara dan Asia Timur.
Antaranya ialah perluasan kuasa Inggens di Myanmar. Myanmar sememangnya
mempunyai kepentingan ekonomi bagi lnggeris. Hal ini kerana Myanmar kaya dengan
bahan mentah seperti kayu jati, galian batu permata. minyak dan tanah pertanian yang
subur serta terletak di laluan perdagangan yang penting ke negara China. Kekayaan
ekonomi Myanmar ini telah mendorong pihak Inggeris berusaha menguasai Myanmar
melalui tiga siri peperangan iaitu Perang Inggeris-Burma Pertama, Perang InggerisBurma Kedua dan Perang Inggeris-Burma Ketiga. Akibatnya pada tahun 1886. seluruh
Myanmar

telah

jatuh

ke

tangan

Inggeris.

Perluasan dan pengukuhan kuasa Belanda di Indonesia juga didorong oleh faktor yang
sama. Kepulauan Maluku yang merupakan tempat yang paling kaya dengan hasil
rempah ratus akhirnya berjaya dikuasai oleh Belanda. Kuasa Belanda seterusnya
berjaya mengukuhkan pengaruh di Jawa yang merupakan kawasan pertanian yang
produktif yang mampu memberikan pendapatan yang lumayan kepada Belanda.
Sementara Pantai Timur Sumatera dan Kalimantan pula kaya dengan petroleum.
Justeru itu, Belanda berusaha mengukuhkan haknya di seluruh Indonesia dalam rangka
melaksanakan eksploitasi sepenuhnya kekayaan ekonomi di Indonesia melalui
penubuhan syarikat perdagangan seperti Royal Dutch Shell, Syarikat Minyak Dordrecht
dan

lain-lain.

Sepanyol pula memerluan tebu yang banyak ekoran terciptanya mesin memproses tebu
untuk menghasilkan gula. Faktor ini telah mendorong penguasaan kuasa Sepanyol di
Filipina.
Sementara itu di Asia Timur juga berlaku perluasan pengaruh imperialisma barat yang
dipengaruhi oleh faktor mekantilisme. Negara China merupakan sebuah negara yang
mempunyai kepentingan perdagangan kaya dengan teh, sutera serta hasil galian.
Tambahan pula. China mempunyai kepadatan penduduk yang tinggi. Pada tahun 1830
an. jumlah penduduk China adalah melebihi 400 juta orang. jumlah ini menjadikan

negara China mempunyai kuasa beli yang amat berpotensi kepada hasil pengeluaran
industri barat. Kekayaan dan kepentingan ekonomi yang dimiliki oleh negara China
telah menjadi daya penarik kepada negara-negara barat untuk menguasai negara
China. Kekalahan China dalam Perang Candu 1 (1839 1842), Perang Candu 11(18561860) dan Perang China-Jepun (1894-1895) telah membuka ruang kepada kuasakuasa barat untuk mengeksploitasi ekonominya. Alasan yang sama juga digunakan
oleh Amerika Syarikat untuk memaksa Jepun nembuka pintu negaranya dengan
menandatangani Perjanjian Kanagawa pada 21 Mac 1854. Dengan itu. beberapa
pelabuhan

Jepun

telah

dibuka

untuk

perdagangan

dengan

kuasa

asing.

Seiringan dengan kemajuan pesat dalam ekonomi perindustrian dan perdagangan,


wujud persaingan antara kuasa-kuasa barat untuk menguasai sebanyak mungkin Tanah
jajahan di Asia khususnya Asia Tenggara dan Asia Timur. Inggeris pada awalnya
bimbang dengan perkembangan pengaruh Perancis yang sedang mara menguasai
Indochina dan India. Kedua-dua kuasa ini sedang cuba mengatasi satu sama lain.
Justeru itu. Inggeris mesti bertindak terlebih dahulu menguasai Myanmar sebelum
Perancis berbuat demikian. Usaha Inggeris telah membuahkan hasil apabila seluruh
Myanmar jatuh ke tangannya pada tahun 1886. campur tangan Inggeris di Myanmar
juga didorong oleh usaha memulihkan keamanan akibat tercetusnya Pemberontakan
orang Arakan.
Di Indonesia. melalui dasar monopolinya. kuasa Belanda telah berjaya mengusir keluar
orang Portugis, Sepanyol dan Inggeris dan bertapak dan menguasai ekonomi
Indonesia. Di Negara China, kuasa-kuasa barat telah menggunakan kesempatan dan
kelemahan negara China untuk meluaskan pengaruh masing-masing. Contohnya,
Rusia menguasai Manchuria Selatan. Jerman menyewa Teluk Kiaocho. Inggeris
mendapat Hong Kong, Wei Hai Wei dan Perancis menyewa Teluk Kangcho. Kuasakuasa barat juga merebut peluang menandatangani penjanjian dengan Jepun selepas
Amerika merintis jalan membuka hubungan Jepun dengan dunia luar. Campur tangan
lnggeris di Jepun bermula setelah menandatangani Perjanjian Nagasaki pada Oktober
1854, Rusia menandatangani Perjanjian Shimoda pada tahun 1855 diikuti oleh kuasa
Belanda

pada

tahun

1856.

Selain danipada faktor mekantilisme, tendapat juga faktor-faktor lain yang mendorong
campur tangan kuasa barat di Asia Tenggara dan Asia Timur. Kemajuan sains dan
teknologi seperti penciptaan kapal berkuasa wap, pembukaan Terusan Suez.
pengenalan sistem telegraf telah berjaya menyumbang kepada campur tangan dan
penguasaan orang-orang barat. Ciptaan ini telah memberi kemudahan kepada orangorang barat untuk tiba di Timur dengan lebih cepat dan pantas. Kos perjalanan juga
dapat dikurangkan. Keadaan ini memberi peluang kepada imperialis barat menegakkan
kekuasaan

di

Timur.

Di samping itu. orang-orang barat juga berazam membalas dendam terhadap orangorang Islam kerana kekalahan mereka dalam Perang Salib. Justeru itu, mereka
berusaha menghapuskan kekuasaan dan kejayaan Islam di Asia Tenggara dengan
memperhebatkan misi suci untuk mengkristiankan penduduk di Asia Tenggara. Bukti
kejayaan mereka terserlah apabila kuasa Sepanyol telah berjaya mengkristiankan
penduduk Filipina dan tindakan Perancis menuntut kebebasan paderi Kristian di
Indochina. Mereka juga mendakwa bahawa campur tangan orang-orang barat adalah
didorong oleh rasa tanggungjawab untuk memperadabkan atau mentamadunkan orang
Asia setanding dengan peradaban barat yang dianggap lebih baik dan unggul.

Kesimpulannya. kepentingan mekantilisme merupakan faktor paling berpenganuh


dalam mendorong campur tangan kuasa barat di Asia Tenggara dan Asia Timur. Ianya
dibuktikan dengan berlakunya perubahan yang pesar dalam pembangunan dan
kemajuan ekonomi di Negara terlibat. Wala bagaimanapun, factor-faktor lain turut juga
membantu dan menyumbang kea rah campur tangan kuasa-kuasa barat pada abad ke
19.

Anda mungkin juga menyukai