Anda di halaman 1dari 16

HBPE 3203 : Pendidikan Luar

FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA

SEMESTER JANUARI 2012

HBPE 3203
PENDIDIKAN LUAR

NO. MATRIKULASI

830805045509-002

NO. KAD PENGNEALAN

830805-04-5509

NO. TELEFON

017-6752622

E-MEL

ismi.zaid@yahoo.com

PUSAT PEMBELAJARAN

MELAKA

HBPE 3203 : Pendidikan Luar

ISI KANDUNGAN

TAJUK

MUKA SURAT

1. PENGENALAN

2-3

2. KONSEP PEMULIHARAAN DAN PEMELIHARAAN ALAM


SEKITAR DI MALAYSIA

2.1 : AKTIVITI PEMULIHARAAN DAN PEMELIHARAAN


ALAM SEKITAR DI SEKOLAH

2.1.1 : AKTIVITI KITAR SEMULA

2.1.2 : KEMPEN SATU PELAJAR, SATU POKOK

2.2 : AKTIVITI PEMULIHARAAN DAN PEMELIHARAAN


ALAM SEKITAR MENERUSI PIHAK KERAJAAN

3. FAKTA ASAS BUNGA RAFFLESIA

5-6

4. STATUS TABURAN DAN POPULASI BUNGAN RAFFLESIA

5. FAKTOR KEPUPUSAN BUNGA RAFFLESIA

6. USAHA-USAHA KONSERVASI TERHADAP BUNGA RAFFLESIA

7-8

7. FAKTA ASAS BADAK SUMATERA

9 - 10

8. STATUS TABURAN DAN POPULASI BADAK SUMATERA

10

9. FAKTOR KEPUPUSAN BADAK SUMATERA

11

10. USAHA-USAHA KONSERVASI TERHADAP BADAK SUMATERA

11 - 13

11. KESIMPULAN

13 - 14

12. RUJUKAN

15

HBPE 3203 : Pendidikan Luar

1. PENGENALAN
Alam sekitar merupakan penampung keperluan hidupan dengan membekalkan
sumber makanan, udara dan sumber tenaga. Alam sekitar yang berkualiti pula ialah alam
sekitar yang dapat memenuhi kesemua keperluan hidupan ini dengan baik dan
pencemaran adalah pada paras yang minimum. Tujuan pendidikan konservasi yang utama
ialah untuk memupuk kesedaran dan kepekaan terhadap alam sekitar dan alam semula
jadi termasuk permasalahannya. Objektif ini akan meningkatkan keprihatinan individu
dan kelompok komuniti serta masyarakat terhadap konservasi alam semula jadi.
Objektif pertama UNESCO 1976 ialah pengetahuan knowledge. Pengetahuan
yang dimaksudkan ialah pemahaman dan pengetahuan yang terperinci mengenai alam
sekitar, permasalahan, peranan dan tanggungjawab terhadap alam sekitar. Pengetahuan ini
dapat memberikan peluang kepada semua orang untuk mendapatkan kesedaran,
pengetahuan, dan komitmen untuk bersama-sama berganding bahu melakukan konservasi
alam semula jadi.
Objektif yang seterusnya ialah sikap attitude. Nilai-nilai moral yang perlu
dipupuk adalah rasa prihatin yang mendalam terhadap alam, motivasi untuk turut serta
dalam usaha-usaha perlindungan alam sekitar serta semangat dalam manghargai alam
secara lestari yang harus ditanam dalam diri pelajar. Pembentukan sikap yang mesra
terhadap alam semula jadi akan menjadikan manusia lebih menghargai sumber-sumber
yang semakin berkurangan.
Keterampilan untuk menyelesaikan masalah-masalah yang berlaku dalam
konservasi sumber daya alam juga dijadikan sebagai salah satu objektif pendidikan
konservasi. Objektif ini dapat mengembangkan etika konservasi dan memberikan
pengetahuan tentang cara dan kaedah yang betul serta tepat untuk menyelesaikan masalah
pencemaran di alam sekitar.

HBPE 3203 : Pendidikan Luar

Seterusnya ialah kemampuan penilaian evaluation ability. Sekiranya setiap


pelajar mempunyai kemampuan untuk menilai konservasi alam dan program pendidikan
dari segi ekologi, ekonomi, sosial, estetika dan pendidikan, alam sekitar pada masa depan
pasti dapat dipelihara dan masalah pencemaran atau pelupusan haiwan dapat ditangani
dengan mudah.
Objektif yang terakhir ialah mengambil bahagian participation. Apabila pelajar
mengambil bahagian dalam aktiviti konservasi, mereka dapat meningkatkan rasa
tanggungjawab terhadap sesuatu masalah konservasi alam lalu dapat mengambil tindakan
yang relevan dan sewajarnya untuk mengatasinya.

2.KONSEP PEMULIHARAAN DAN PEMELIHARAAN ALAM SEKITAR DI


MALAYSIA.
2.1 Aktiviti Pemuliharaan dan Pemiliharaan Alam Sekitar di Sekolah
2.1.1

Aktiviti Kitar Semula


Pelbagai usaha boleh dilakukan oleh kita sebagai individu dan pelajar untuk

memelihara alam sekitar. Salah satu amalan yang boleh pelajar laksanakan di sekolah
adalah Kitar Semula. Kitar Semula bermaksud mengasingkan, mengumpul, memproses
dan menggunakan bahan yang telah dipakai dalam kehidupan harian dan diguna atau
diproses dengan menghasilkan satu produk baru.
2.1.2

Kempen Satu Pelajar, Satu Pokok


Berikutan dengan aktiviti penebangan pokok yang semakin giat dijalankan dan

sukar dibendung, kuantiti hutan di dunia menjadi semakin berkurangan. Untuk


menimbulkan perasaan cinta akan alam sekitar, pihak sekolah boleh menganjurkan
kempen Satu Pelajar, Satu Pokok. Kempen ini dapat dilakukan dengan menjemput
seorang penceramah untuk menerangkan tentang kepentingan alam sekitar serta kesan
yang akan berlaku jika tidak menjaganya.

HBPE 3203 : Pendidikan Luar

2.2 Aktiviti Pemuliharaan dan Pemeliharaan Alam Sekitar Menerusi Pihak


Kerajaan.
Di seluruh malaysia, telah wujud rangkaian kawasan perlindungan bagi tujuan
pemeliharaan dan pemuliharaan habitat flora dan fauna. Taman Negara yang terbesar di
semenanjung malaysia meliputi kawasan seluas 434.351 hektar tanah dan telah
diwartakan pada awal tahun 1939.
Dalam usaha-usaha untuk mengekalkan dan melindungi jenis-jenis hutan dalam
keadaan semula jadi, Jabatan Perhutanan telah mengambil langkah menubuhkan Hutan
Simpanan Dara (VJR) sebagai rezab semula jadi dan Arboretum. Sehubungan itu,
perhatian tertumpu kepada aspek perlindungan terhadap spesies-spesies yang luar biasa
dan yang menghadapi kepupusan. Sebagai contoh, Hutan Rekreasi Sungai Udang,
Melaka telah diilhamkan oleh Y.A.B Ketua Menteri Melaka sendiri disempurnakan
perasmiannya pada tanggal 26 Jun 2005. Pada tahun 1987, hutan rekreasi ini telah
diwartakan sebagai Hutan Simpanan Kekal dengan keluasan yang masih tinggal kurang
dari 200 hektar. Hutan Simpan Sungai Udang ini telah berjaya dikekalkan berkeadaan
semula jadi hasil usaha pemuliharaan dan penanaman semual oleh pihak berwajib. Antara
spesies berharga hutan yang berjaya ditanam di hutan simpan ini ialah Pokok Karas
(aquilaria Malaccensis), Pokok Kayu Jati (Tectona Grandis), Pokok Nyatoh (Ganua
Hirtiflora (Ridley) Van Royan) dan banyak lagi. Pada Tahun 2008, sebanyak
RM300.000.00 telah diperuntukkan oleh kerajaan negeri bagi meningkatkan lagi
kemudahan rekreasi di Hutan Rekreasi Sungai Udang.
Segala usaha-usaha ini tidak akan berjaya jika semua pihak tidak memainkan
peranan masing-masing di dalam usaha mengekalkan dan melindungi spesies flora dan
fauna yang terdapat di Malaysia ini dari diancam kepupusan. Kerjasama dari semua pihak
ditagih dalam usaha memastikan aktiviti pemuliharaan dan pemeliharaan alam sekitar di
Malaysia mencapai objektifnya agar generasi akan datang dapat menikmati spesies flora
dan fauna yang terdapat di negara ini.

HBPE 3203 : Pendidikan Luar

3. FAKTA ASAS BUNGA REFFLESIA


Bunga Pakma atau Refflesia
Saya memilih bunga yang terbesar di dunia bagi tujuan tugasan pada kali ini. Bunga
Rafflesia merupakan sejenis tumbuhan berbunga yang terbesar dan hanya boleh dijumpai
di kawasan Asia Tenggara sahaja.
Ciri-Ciri Bunga Refflesia
i.

Rafflesia adalah bunga yang besar dan berat dan mengeluarkan bau yang busuk .

ii.

Rafflesia adalah tumbuhan yang tidak berdaun

iii.

Rafflesia adalah tumbuhan yang tidak mempunyai akar. Tumbuhan ini


mempunyai tisu yang kelihatan seperti tiub halus memasuki tumbuhan perumah.
Rafflesia adalah sejenis parasit dan menyerap nutrisi dari tumbuhan lain.

iv.

Bintik-bintik di bunga Rafflesia adalah organ seksnya dan menghasilkan bau yang
amat busuk yang hampir sama seperti bau bangkai yang mereput.

v.

Bau busuk yang dikeluarkan oleh bunga ini adalah bertujuan menarik perhatian
mangsanya seperti lalat dan serangga lain.

vi.

Bunga Rafflesia mempunyai jantina iaitu jantan dan betina. Jantina betina adalah
yang sukar ditemui.

HBPE 3203 : Pendidikan Luar

Jenis-Jenis Refflesia Yang Telah Direkodkan


1. Rafflesia Arnoldii

2. Refflesia Aurantia

3. Refflesia Azlanii

4. Rafflesia Baletei

4. Rafflesia Banaoana

5. Rafflesia Bengkuluensis

6. Rafflesia Cantleyi

7. Rafflesia Gadutensis

8. Rafflesia Hasseltii

9. Rafflesia Keithii

10. Rafflesia Kerrii

11. Rafflesia Leonardi

12. Rafflesia Lobata

13. Rafflesia Manillana

14. Rafflesia Micropylora

15. Rafflesia Mira

16. Rafflesia Patma

17. Rafflesia Philippensis

18. Rafflesia Pricei

19. Rafflesia Rochussenii

20. Rafflesia Schadebergiana

21. Rafflesia Speciosa

22. Rafflesia Tengku Adlinii 23. Rafflesia Tuan Mudae

Sumber dapatan dipetik dari buku Rafflesia Bunga Terbesar di Dunia oleh Jamili
Nais pada tahun 2004.
4. STATUS TABURAN DAN POPULASI BUNGA REFFLESIA
Bunga Pakma atau Rafflesia ini mempunyai status taburan dan populasi yang
hanya boleh ditemui di hutan hujan tropika di sekitar kawasan Asia Tenggara sahaja.
Mengikut rekod penemuan bunga Rafflesia di serata Asia Tenggara, hanya ditemui di
beberapa negara tertentu sahaja seperti Malaysia, Indonesia, thailand dan Filipina. Hanya
boleh ditemui berdekatan kawasan sungai, kawasan curam dan berhampiran pokok buluh.
Berikutan hanya boleh ditemui di beberapa buah nagara sahaja di Asia Tenggara ini
mengakibatkan spesies flora ini menghadapi situasi diancam kepupusan yang sangat
serius dan membimbangkan sehingga dikategorikan sebagai tumbuhan kawalan yang di
ambang kepupusan.
Populasinya yang tidak banyak mengakibatkan ianya hampir pupus berikutan
habitat asal tumbuhan ini sering diganggu oleh manusia. Hanya mempunyai sebanyak 24
spesies yang berjaya direkodkan sehingga ke hari ini menunjukkan bahawa ianya sejenis
flora yang seharusnya dipelihara agar tidak pupus di masa akan datang.

HBPE 3203 : Pendidikan Luar

5. FAKTOR-FAKTOR KEPUPUSAN BUNGA RAFFLESIA


i.

Tumbuhan ini menjadi tumpuan pengamal perubatan terutama dari negara China
kerana dikaitkan berguna kepada kesihatan bagi ibu-ibu yang baru lepas bersalin
iaitu bertujuan untuk mengecutkan rahim peranakan.

ii.

Tumbuhan ini juga dikatakan membantu meningkatkan tenaga batin bagi


golongan lelaki.

iii.

Selain itu, habitat asal tumbuhan ini diganggu oleh manusia menerusi pembukaan
kawasan baru, penerokaan hutan yang menjadi habitatnya, pembalakan haram,
penebangan hutan secara berleluasa serta pembangunan penempatan manusia.

iv.

Menurut kajian, tumbuhan ini juga masih belum pernah berjaya dibiak secara
komersil sebaliknya hanya tumbuh meliar secara semula jadi sahaja.

6. USAHA-USAHA KONSERVASI TERHADAP BUNGA REFFLESIA


Usaha-usaha konservasi adalah bertujuan memastikan flora dan fauna yang
diancam kepupusan dapat dipelihara agar dapat dipertontonkan kepada generasi akan
datang. Antara usaha konservasi yang dilaksanakan bagi usaha menyelamatkan Bunga
Refflesia di Malaysia ini adalah menerusi program In-Situ bertujuan mengekalkan
tumbuh-tumbuhan dan haiwan di habitat asalnya agar dapat mengekalkan biak baka flora
dan fauna tersebut. Program ini adalah hasil keperihatinan kerajaan Malaysia dengan
mewartakan hutan-hutan simpan dan dara yang terdapat di Malaysia sebagai Hutan
Simpan Negara yang dilindungi dari sebarang aktiviti yang mendorong kepada
kemusnahan bermula pada tahun 1997 di Semenanjung Malaysia serta Sabah dan
Sarawak. Semua pihak yang terlibat bekerjasama bagi memastikan objektif yang
dirangka menerusi program ini dapat dicapai seterusnya memastikan kesinambungan
habitat flora tersebut.

HBPE 3203 : Pendidikan Luar

Selain itu, program konservasi biodiversiti juga turut diperkenalkan dalam usaha
membantu pemuliharaan tumnbuhan yang diancam kepupusan ini. Biodiversiti adalah
program yang menggunakan teknologi sebagai memacu utama dalam usaha memantau
dan merekodkan hasil dapatan kajian berkaitan bunga Rafflesia ini. Sebagai contoh,
pemantauan menerusi kamera dan satelit dilihat mampu mengurangkan dan mengatasi
masalah pembalakan haram dan penerokaan hutan di kawasan habitat bunga Rafflesia ini.
Selain itu, penubuhan pusat penyelidikan dan pembangunan juga dilihat mampu
mengatasi masalah kepupusan tumbuhan ini. Hasil penyelidikan mampu membawa
perubahan yang positif ke atas tumbuhan ini menerusi program pembakaan secara
komersial.
Selain itu juga, kerajaan, badan NGO dan orang perseorangan juga memainkan
peranan penting dalam usaha mengawal populasi tumbuhan ini agar tidak pupus di masa
akan datang. Kesedaran disalurkan kepada masyarakat menerusi dokumentari berkaitan
tumbuhan tersebut. Penyebaran pendidikan di sekolah juga mempu membawa perubaan
di mana pelajar dididik agar menyayangi alam sekitar dan memeliharan flora dan fauna
yang terdapat di negara Malaysia ini.

HBPE 3203 : Pendidikan Luar

7. FAKTA ASAS BADAK SUMATERA


Badak Sumatera / Badak Kerbau ( Dicerorhinus Sumatrensis )
Saya memilih Badak Sumatera di dalam tugasan ini kerana badak ini di ambang
kepupusan jika usaha memeliharan habitat dan populasinya tidak dijalankan dengan
jayanya. Badak tergolong di dalam Order Perissodactyla dan famili Rhinocerotidae.
Terdapat dua subfamili badak iaitu badak yang mempunyai satu sumbu dan badak yang
mempunyai dua sumbu. Lima jenis badak yang ditemui di dunia iaitu Badak Hitam,
Badak Putih, Badak Sumatera, Badak India dan Badak Raya. Perkataan rhinoceros
bermaksud hidung yang mempunyai tanduk. Ini amat bersesuaian dengan badak kerana
hanya spesies badak sahaja yang mempunyai sumbu di atas hidungnya.
Ciri-Ciri Badak Sumatera
i.

Badak Sumatera merupakan badak yang terkecil di dalam keluarga badak dunia.

ii.

Mempunyai purata berat antara 600 hingga 950 kilogram dengan ketinggian 1.5
meter dan panjang badan antara 2 hingga 3 meter serta kulit perang kekelabuan
diselaputi bulu perang kemerahan dan merupakan spesies badak yang berbulu
paling lebat.

iii.

Badak ini mempunyai dua lipatan kulit iaitu pada bahu dan hujung perut.

iv.

Badak ini mempunyai telinga yang paling besar berbanding dengan badak lain.

HBPE 3203 : Pendidikan Luar

v.

Badak Sumatera mempunya dua sumbu di bahagian atas hidung dengan sumbu
yang hadapan lebih panjang dari sumbu belakang.

vi.

Badak jantan lebih besar dari badak betina dan mempunyai bibir seperti cangkuk.

vii.

Spesies ini biasanya hidup bersendirian kecuali musim mengawan dan melahirkan
seekor anak pada setiap kelahiran.

viii.

Badak Sumatera hanya makan daun, akar, kulit pokok kayu dan buah-buahan
hutan yang jatuh ke tanah.

Sumber dipetik dari Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara
(PERHILITAN)
8. STATUS TABURAN DAN POPULASI BADAK SUMATERA
Badak Sumatera amat jarang ditemui di dunia dan siancam kepupusan di seluruh
kawasan taburannya. Pada masa dahulu, badak ini boleh ditemui di Asia Tenggara tetapi
kini ianya terhad dalam populasi kecil dan terpencil di Malaysia, Thailand, Selatan
Myanmar, Kemboja, Indonesia dan Vietnam. Di semenanjung Malaysia, taburan Badak
Sumatera terhad kepada beberapa buah negeri sahaja iaitu di Kedah, Perak, Pahang,
Terengganu dan Kelantan. Selain itu ia juga boleh ditemui di negeri Sabah dan Sarawak.
Spesies ini boleh ditemui di hutan tanah pamah sehingga ke hutan gunung dan
kebiasaannya pada ketinggian 1000 meter dari paras laut. Pada tahun 1990an, badak ini
boleh ditemui di seluruh negara namun pada tahun 2009, populasi badak ini dianggarkan
kurang dari 70 ekor sahaja. Badak Sumatera disenaraikan sebagai binatang liar yang di
lindungi sepenuhnya di bawah Akta Perlindungan Hidupan Liar Akta No. 76 (1972). Di
mana, tiap-tiap orang yang menyalahi undang-undang sama ada menembak, membunuh
atau mengambil sebahagian anggotanya adalah melakukan kesalahan dan boleh didenda
sebanyak RM15,000.00 atau dipenjara selama lima tahun atau kedua-duanya sekali.
Badak Sumatera disenaraikan di dalam Appendiks Convention of International Trade in
Endangered Species (CITIES). Spesies ini juga dikategorikan sebagai sangat terancam di
dalam Senarai Data Merah IUCN (2001).

10

HBPE 3203 : Pendidikan Luar

9. FAKTOR-FAKTOR KEPUPUSAN BADAK SUMATERA


i.

Kemusnahan habitat asal badak ini seperti pembalakan haram, penerokaan hutan
bertujuan perindustrian, pertanian ataupun pembangunan.

ii.

Pemburuan haram yang bertujuan untuk mendapatkan sumbu badak tersebut yang
dikatakan mempunyai nilai pasaran yang sangat tingga atas tujuan perubatan.

iii.

Pencemaran juga penyumbang kepada kemerosotan populasi Badak Sumatera ini.

iv.

Pemanasan global turut berperanan mengancam populasinya kerana lebih kerap


bersendirian dan melakukaan aktiviti berkubang sahaja walaupun pada musim
mengawan.

v.

Selain itu, populasi badak ini terancam berikut akibat terkena perangkap yang
dipasang oleh manusia yang bertujuan untuk mendaptkan haiwan yang lain.

vi.

Hasil hutan menjadi sumber makanan kepada haiwan yang semakin berkurangan
ini juga penyumbang kepada kepupusan Badak Sumatera ini.

10. USAHA-USAHA KONSERVASI TERHADAP BADAK SUMATERA


Sebagai contoh, Jabatan Perhilitan Malaysia menjalankan program konservasi Ex-situ
bagi memelihara Badak Sumatera di Malaysia. Konsep Konservasi Ex-situ Jabatan
perhilitan di Malaysia adalah untuk merancang, mengurus, mengendali dan menyelaras
program dan aktiviti pembiakan spesies Badak Sumatera. Proses pembiakan badak ini
secara ex-situ memerlukan perkhidmatan rawatan, aplikasi bioteknologi, pengurusan
genetic dan penelidikan. Terdapat empat program utama di bawah Konservasi Ex-situ:
i.

Khidmat Veterinar.

ii.

Pembiakan dan Konservasi Ex-Situ di Pusat-Pusat konservasi Hidupan Liar.

iii.

Pembiakan Komersil.

iv.

Perbankan Sumber Genetik Hidupan Liar.

11

HBPE 3203 : Pendidikan Luar

Selain itu, Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara ( PERHILITAN )
telah menjalankan aktiviti pengawalan popuilasi dan habitat Badak Sumatera sedia ada
menerusi program pengawalan in-situ di mana pengawalan dan pemantauan oleh RPU
telah dimulakan pada tahun 1995 yang bertujuan untuk mengutip dan mengemaskini data
Badak Sumatera di lapangan. Kumpulan ini terdiri daripada empat hingga enam orang
kakitangan yang masuk ke habitat Badak Sumatera setiap bulan. Lokasi survey yang akan
dijalankan biasanya di kawasan yang diketahui habitat badak Sumatera sama ada di luar
kawasan hutan perlindungan atau di dalam kawasan hutan perlindungan.
Pihak bertanggungjawab juga telah melaksanakan program Inventori Biodiversiti
dalam usaha memeliharan habitat Badak Sumatera. Objektif inventori ini dilaksanakan
adalah untuk mengumpul data populasi Badak Sumatera berdasarkan kesan yang ditemui.
Data yang diperolehi daripada program ini akan dikumpul dan dianalisi dan boleh
disimpan di dalam database PERHILITAN.
Selain itu juga, pemasangan perangkap kamera turut di gunakan dalam usaha
pemeliharaan spesies Badak Sumatera ini. Kaedah perangkap kamera ini merupakan satu
kaedah yang digunakan untuk mendapatkan maklumat atau untuk mengetahui kehadiran
Badak Sumatera ini di kawasan yang jauh terpencil di dalam hutan. Kaedah ini pernah
digunakan pada tahun 1998 dalam kajian populasi Harimau Belang di Taman Negara oleh
Laidlaw.
Dasar penguatkuasaan juga adalah antara strategi pihak jabatan PERHILITAN dengan
bekerjasama sepenuhnya dengan agensi-agensi kerajaan seperti imigresen, polis dan
tentera bertujuan untuk memperkukuhkan pengawalan di kawasan sempadan dan habitat
yang didiami oleh Badak Sumatera dengan mengumpul maklumat dan perisikan. Selain
itu, orang awam digalakkan supaya bersama-sama membantu dengan cara member
maklumat berkenaan sebarang aktiviti yang menyalahi Akta Hidupan Liar 1972/76
terutamanya yang membabitkan aktiviti pemburuan haram terhadap Badak Sumatera.

12

HBPE 3203 : Pendidikan Luar

Kerajaan juga prihatin dan peka dengan program kesedaran awam dengan member
focus kepada meningkatkan kesedaran dikalangan masyarakat di Malaysia khususnya
yang tinggal berhampiran dengan habitat asal haiwan tersebut dalam usaha pemuliharaan
habitatnya. Kumpulan sasaran bagi program ini adalah terdiri daripada pelajar, belia,
guru-guru serta masyarakat setempat. Tanpa usaha yang berterusan dari semua pihak,
Badak Sumatera ini akan mengalami kepupusan sama seperti spesies haiwan yang sedia
pupus di bumi Malaysia ini. Kerjasama dari semua pihak amat ditagih semeunya dalam
usaha memastikan populasi dan habitat Badak Sumatera ini tidak diganggu oleh
kerakusan manusia.
11. KESIMPULAN
Secara keseluruhannya selepas menyiapkan tugasan yang diberikan kali ini saya
dapati jika kita tidak mengambil langkah yang drastic di dalam usaha mengekal dan
melindungi habitat-habitan flora dan fauna yang diancam kepupusan adalah tidak
mustahil dalam tempoh masa yang singkat segala flora dan fauna yang begiru unik dan
sukar ditemui ini akan pupus dan hilang dari muka bumi Malaysia ini. Ini adalah satu
kerugian dan kesannya akan diterima oleh generasi akan datang di mana mereka hanya
mampu melihat spesies yang pupus ini menerusi saluran media massa dan cerita-cerita
dari orang-orang yang sudah tua sahaja.
Habitat flora dan fauna ini harus dikawal dan lindungi kerana ianya memberikan
kesan yang positif kepada alam persekitaran mahupun kepada kerajaan Malaysia
menerusi prospek pelancongan. Kebanjiran pelancong-pelancong asing ke bumi Malaysia
ini adalah berkaitan Negara Malaysia di antara 10 negara di dunia yang kaya dengan
spesies flora dan fauna unik yang tidak boleh ditemui ditempat. Menerusi keunikannya ia
mampu menjana pendapatan ekonomi Negara. Lambakan pelancong sedikit sebanyak
membantu penduduk tempatan yang berada di sekitar kawasan yang lindungi
meningkatkan taraf hidup mereka.

13

HBPE 3203 : Pendidikan Luar

Usaha-usaha konservasi yang telah dilaksanakan oleh pihak kerajaan sejak dahulu
lagi sehingga ke hari ini hendaklah disambut baik dan dibantu oleh badan-badan NGO
mahupun secara orang perseorangan bagi memastikan segala usaha kerajaan selama ini
mendatang hasil seperti yang rancang. Kawalan dan perlindungi yang lebih ketat
memastikan habitat asal hidupan ini tidak terganggung dan terpeliharan dari anasir-anasir
luar yang mahu mengaut keuntungan dengan memusnahkan habitatnya. Penegasan dan
hukuman yang lebih berat diberikan kepada mereka yang menceroboh dan mengambil
mana-mana bahagian spesies yang dilindungi agar mereka tidak mengulangi perkara yang
sama. Selain itu, usaha memantau dan mengawal secara berkala melalui program
biodiversiti dilihat mampu melindungi dan mendapatkan maklumat yang penting dalam
usaha kerajaan menubuhkan pusat penyelidikan bagi mengkaji sesuatu spesies flora dan
fauna dengan lebih mendalam.
Pendidikan dan kesedaran kepada orang awam juga penting dalam usaha kerajaan
bagi memastikan flora dan faunan yang dilindungi ini kekal dan berkembang biak agar
dapat dipertontonkan kepada generasi akan datang. Menerusi program kesedaran kepada
masyarakat yang telah dilakukan amat berguna di dalam usaha menyedarkan masyarakat
betapa pentingnya mengekalkan habitat dan flora serta fauna yang sedia ada yang
diancam kepupusan ini. Pendidikan di sekolah juga berperanan dalam usaha kerajaan
memupuk nilai-nilai yang baik serta memupuk sifat menyayangi dan melindungi alam
sekitar agar generasi ini melindungi dan memeliharan alam sekitar serta hidupan yang
ada di sekeliling mereka.
Hutan hujan tropika telah banyak membekalkan kita dengan spesies-spesies yang
berguna terutamanya tumbuh-tumbuhan dan hidupan untuk makanan dan pertanian,
perubatan, estetik dan industri-industri yang bersumberkan tumbuhan hutan dan hidupan
liar. Seandainya hutan-hutan ini masih terus kekal, nescaya masih banyak lagi peluang
yang mampu disumbangkan untuk kehidupan sejagat.
(patah perkataan : 2,927)

14

HBPE 3203 : Pendidikan Luar

RUJUKAN / REFERENSI

badak Kerbau. Retrieved Mac 12, 2012, from wildlife.gov.my :


http://www.wildlife.gov.my/printed_material/kbdMamClist/badakKerbau.pdf
konservasi-ex-situ. Retrieved Mac 12, 2012, from wildlife.gov.my :
http://www.wildlife.gov.my/index.php/bm/fungsianaktiviti/konservasi-ex-situ
Asri, (2010). Pembasmian Hutan : Pembasmian hutan deforestation. Retrieved Mac 12,
2012, from Blogspot Website : http://asriblog.blogspot.com
Caeser Rio, (2011). Objektif Pendidikan Konservasi. Retrieved Mac 12, 2012
from Blogspot Website : http://caeser-rio.blogspot.com
Caeser Rio, (2011). Definisi Istilah kajian Flora dan Fauna. Retrieved Mac 12, 2012
from Blogspot Website : http://caeser-rio.blogspot.com
Utusan Malaysia (2010). Teknologi. Retrieved Mac 12, 2012 from Utusan Malaysia
(Edisi Online) :
http://utusan.com.my/utusan/info.asp?
y=2011&dt=0314&pub=Utusan_Malaysia&sec=Sains_
%26_Teknologi&pg=st_05.htm

15

Anda mungkin juga menyukai