Anda di halaman 1dari 40

FAMILY THERAPHY

KONSEP-KONSEP
DALAM TERAPI KELUAR
Kumpulan 2
Ridzuan bin Mahmud

TRIANGLE (SEGITIGA)
DEFINASI PERHUBUNGANSEGITIGA.
Dari segi definisi, triangle ditakrifkan sebagai satu jenis
gabungan yang khusus di mana dua orang ahli di dalam
sesebuah keluarga bergabung untuk menentang seorang lagi.
Misalnya: ibu dan anak bergabung untuk menyerang bapa.
Gabungan akan berlaku apabila pihak yang memulakan
gabungan tadi biasanya dalam keadaan tertekan, mungkin
kerana timbul sesuatu isu dengan si suami.

Triangle juga didefinisikan sebagai a three person system


that develops when stress between two people becomes so
great that a third person is drawn in to decrease the
tension, thus creating a triangle.

TRIANGLE (SEGITIGA)
Apabila gabungan ini berlaku, ketegangan yang dirasai
akan berkurang, tetapi ia tidak semestinya
menyelesaikan isu yang menimbulkan ketegangan dan
yang mendorong kepada usaha untuk membentuk
triangle ini. Oleh yang demikian, walaupun keadaan ini
berlaku, terapis keluarga tidak akan membiarkan triangle
ini berterusan semata-mata untuk mengurangkan
ketegangan pihak yang membentuk gabungan ini, kerana
isu yang membawa kepada terbentuknya triangle tidak
diatasi.
Pihak ketiga yang terlibat di dalam triangle ini lambat
laun akan merasa berat dengan penglibatannya, dan
kadang-kadang boleh membawa kepada simptom, dalam
bentuk tingkahlaku ataupun diserang penyakit.

TRIANGLE (SEGITIGA)
Dalam terapi keluarga, terapis akan berusaha untuk
meleraikan triangle ini melalui proses detriangulation,
yakni memecah gabungan ini dan membimbing pasangan
suami isteri yang bergaduh tadi untuk membentuk
struktur baru, pola interaksi baru dan hirarki baru
mengikut mana yang sesuai.

Dalam teori Murray Bowen, triangle boleh melibatkan ahli


dari generasi yang lain, seperti generasi ibubapa
pasangan atau pun cucu pasangan. Triangle boleh juga
dibentuk dengan objek seperti binatang kesayangan, hobi,
diari dan sebagainya.

Merupakan
Perhubungan
Tiga
Penjuru

SUAMI

ISTERI

ANAK

DAPATAN TERAPI

1. Berpunca dari orang ke -3.


-Lelaki mengadu pada kekasih baru.
-Perempuan mendapatkan sokongan
rakan agresif.

2. Jika dibiarkan akan


menambahkan konflik.

3. Rawatan Terapi

-Penstabilan/Rasionalisasi

CONTOH

IBUBAPA BERCERAI
Timbul kemaharahan / kelukaan / dendam

TANGGUNGJAWAB
a. Hak bersama
b. Giliran membeli baju
c. Menghantar dan mengambil
Wujud perasaan masih Berprasangka
DI NEGARA KITA

STRUKTUR KELUARGA
DEFINASI STRUKTUR KELUARGA
KELUARGA SEPERTI KUMPULAN LAIN
MEMPUNYAI PERKAITAN ANTARA SATU
SAMA LAIN, DALAM PERKEMBANGAN YANG
CEPAT, INTERAKSI SUATU KETIKA
KELIHATAN BEBAS BERBEZA MENJADI
TETAP DAN BOLEH DIRAMAL DAN APABILA
CORAK-CORAK INI MANTAP, AHLI
KELUARGA AKAN GUNAKAN SATU
BAHAGIAN KECIL JULAT PENUH TINGKAH
LAKU.
(Minuchin & Nichols 1993)

STRUKTUR KELUARGA
Struktur didefinisikan sebagai suatu penyusunan pola
interaksi. Pad peringkat awal, interaksi akan
membentuk struktur, tetapi apabila struktur atau pola
interaksi, atau peraturan yang berkaitan dengan cara
interaksi, struktur ini akan menentukan bentuk
interaksi. Misalnya: di peringkat awal pola interaksi
yang wujud agak bermacam-macam jenis, tetapi lama
kelamaan, pasangan atau keluarga itu sendiri akan
membuat pilihan tertentu yang mengurangkan struktur
yang akan digunakan di dalam interaksi. Apabila pola
interaksi ini menjadi regular, biasanya kita dapat
meramalkan bentuk atau pola interaksi tadi. Misalnya:
pola interaksi semasa di meja makan, mungkin berbeza
dengan pola interaksi di bilik tidur.

STRUKTUR KELUARGA
Struktur wujud di dalam berbagai-bagai subsistem yang
wujud di dalam sistem keluarga. Misalnya: pola interaksi
yang wujud dalam subsistem ibu-bapa, mungkin berbeza
dengan pola struktur yang wujud di dalam subsistem
adik-beradik. Begitu juga di dalam subsistem ibubapaanak. Interaksi antara subsistem ini dipengaruhi oleh
sempadan (boundary ) yang wujud antara subsistem.
Sempadan ini dikatakan invisible barriers that
regulate the amount of contact with others
Terdapat tiga jenis sempadan yang diutarakan oleh
Salvador Minuchin di dalam terapi strukturalnya.
Sempadan-sempadan itu ialah (a) sempadan yang jelas
(clear ), (b) sempadan yang menyekatan (diseengaged )
dan (c) sempadan yang kabur (enmeshed ).

STRUKTUR KELUARGA
Sempadan yang jelas memudahkan interaksi antara
subsistem, kerana masing-masig tahu di mana
sempadan boleh dan di mana sempadan tidak boleh.
Dalam keadaan sebegini, interaksi atau struktur menjadi
jelas dan dengan sendirinya dapat mengurangkan
pergeseran, di samping memupuk perkembangan
berdikari.
Sempadan yang menyekat pula akan mengurangkan
interaksi, menyebabkan ahli-ahli di dalam keluarga
merasa tersendiri dan tersisih. Baiknya sempadan
begini ialah ia akan membantu dalam perkembangan
autonomi dan berdikari. Yang tak baiknya ialah
sempadan sebegini menyekat atau mengurangkan
interaksi dan hasilnya ahli-ahli akan merasa kurang
mesra dan kurang kasih sayang.

STRUKTUR KELUARGA

Sempadan yang kabur pula boleh


menimbulkan keadaan tidak teratur dan
anarkis, kerana tidak wujud batasan-batasan
yang jelas, sehingga siapa sahaja boleh masuk
campur dalam subsistem lain pada bila-bila
masa sahaja. Dalam keadaan sebegini, hirarki
dalam keluarga menjadi lintang pukang dan
sukar untuk ditentukan siapa sebenarnya yang
berkuasa. Selain dari itu, sempadan sebegini
tidak akan membantu di dalam perkembangan
autonomi dan kompetensi. Yang baiknya
sempadan ini memupuk rasa mesra dan kasih
sayang walaupun akan melumpuhkan inisiatif.

STRUKTUR KELUARGA
PENSTRUKTURAN KELUARGA
Ditentukan oleh;
a. Generasi
b. Jantina
c. Fungsi
d. Halangan-halangan luar
biasa.
Sempadan Perlindungan
-Pemisahan
-Autonomi keluarga
-Ahli-ahlinya

STRUKTUR KELUARGA
SEMPANAN PERLINDUNGAN
-Pemisahan
-Autonomi keluarga
-Ahli-ahlinya
CONTOH

1.Peraturan melarang panggilan


talefon pada waktu makan malam.
2. Sapaan perbualan ibubapa
- Sistem pemisahan akan terhakis.
3. Ibubapa yang selalu c/tangan
- Anak-anak tidak akan belajar
menyelesaikan masalah sendiri.

KANDUNGAN DAN PROSES


(PROCESS VS CONTENT)

APA KANDUNGAN DAN PROSES


Di dalam komunikasi terdapat dua elemen/unsur. Satu dikatakan
content iaitu apa yang diucapkan, dan satu lagi proses, iaitu
bagaimana dan siapa serta bila content itu diucapkan. Dengan
melihat kepada isi percakapan semata-mata tidak cukup di dalam
mengendalikan terapi keluarga, walaupun content ini
mengandungi dua perkara penting. Satu laporan
(report /informatin/maklumat)) dan satu lagi command ( arahan)
Terapis perlu melihat kepada cara atau bagaimana dan kepada
siapa cakapan itu dilakukan bagi menunjukkan struktur dan
hirarki. Misalnya: apabila kanak-kanak inginkan sesuatu daripada
ibunya, lihat sahaja bahasa yang diguna, cara ia disampaikan,
nada suara yang digunakan. Dengan memerhati proses,terapis
akan mendapat celik akal bagaimana seseorang kanak-kanak
memanipulasi ibu atau bapanya. Demikianlah halnya perbualan
antara suami dan isteri. Dalam keadaan dan suasana yang
bahagia, kata-kata yang sama diucapkan dengan gaya yang amat
berbeza daripada apa yang akan mereka gunakan dan bagaimana
mereka akan ujarkan jika kedua-duanya dalam keadaan
ketegangan lantaran pergeseran.

KANDUNGAN DAN PROSES


(PROCESS VS CONTENT)

Oleh yang demikian, dalam terapi keluarga


memang tidak cukup sekadar memberi
tumpuan kepada kata-kata yang diucapkan
atau content kerana dalam terapi keluarga
yang amat diutamakan ialah interaksi antara
ahli yang membawa kepada homeostasis
ataupun sebaliknya. Kerana itu tumpuan
hendaklah diberikan kepada proses dan bukan
kepada content semata-mata.

KANDUNGAN DAN PROSES


KES

MENUMPUKAN PROSES KOMUNIKASI


BERCAKAP)

(ORANG

KES

1.Menggalakkan mahasiswa th 1 bercakap


dengan ibubapa bayangan.
2.Menggalakkan wanita muda menyatakan
ekspressi bantahan agresif melalui katakata.
3.Ibubapa yang bimbang diri dalam keadaan
kontras (pandangannya/anak)
WANITA MUDA AKHIRNYA MENYATAKAN PERASAAN BAHAWA WAKTU DI
KOLEJ ADALAH MEMBUANG MASA.
IBUBAPA MENYATAKAN BETAPA PENTINGNYA MENERUSKAN
PERSEKOLAHAN.
A

KANDUNGAN DAN PROSES


RAWATAN KELUARGA BERFOKUS
KES (TIDAK PUASHATI)

1.Isteri mengambil minuman keras bagi mengurangkan


kebimbangan terhadap suami .
Ahli Terapi a. Fokus ekslusif kepada kandungan
bagaimana meningkatkan proses
membuat keputusan mereka.
KES TEMPATAN.

1. Apa yang perlu dibuat


2. Pendekatan bagaimana kita perlu lakukan

MAKNA DAN GEJALA

(THE MEANING FUNCTION OF SYPTOM)


Mengikut Vogel dan Bell, apabila terapis mendapati
sesuatu simptom pada seseorang klien yang dikenalpasti
terapis akan mendapati yang simptom ini mempunyai fungsi
menstabilkan keadaan di dalam keluarga atau yang
membantu di dalam mengembalikan homeostasis di dalam
keluarga yang sedang dilanda pergeseran atau
pertelagahan terutama di antara kedua ibubapa. Simptom
boleh mengambil bentuk tingkah laku yang merisaukan
ibubapa, ataupun bentuk penyakit yang tiba-tiba menyerang
kanak-kanak tadi. Lantaran itu, kata Vogel dan Bell apabila
berlaku keadaan sebegini seringkali simptom tadi adalah
suatu petanda bahawa keluarga itu sedang dilanda
masalah, khususnya antara kedua ibubapa. Apa yang
berlaku, apabila simptom ini muncul, kedua ibubapa akan
memberi tumpuan kepada simptom pada diri kanak-kanak,
dan pergeseran antara mereka akan menjadi reda buat
seketika. Sekali gus kestabilan atau homeostasis akan
kembali.

MAKNA DAN GEJALA

(THE MEANING FUNCTION OF SYPTOM)

Oleh yang demikian, jika terapis berusaha untuk


memulihkan simptom ini, usaha itu hanyalah untuk
seketika. Apabila ibubapa kembali bergaduh, maka
simptom ini akan timbul semula
Hari ini berdasarkan konsep dan kefahaman ini, iaitu
simptom adalah tanda sesuatu masalah sedang melanda
sesebuah keluarga, maka terapis tidak lagi memberi
perhatian kepada usaha memulihkan simptom pada diri
kanak-kanak tadi. Sebaliknya, apabila timbul simptom,
usaha terapis keluarga ialah menjalinkan semula
hubungan antara ahli di dalam keluarga itu, dan tidak
memberi tumpuan kepada simptom di kalangan anakanak.

MAKNA DAN GEJALA


(THE MEANING FUNCTION OF SYPTOM)

AHLI TERAPI MENGETAHUI BAHAWA SALAH


SATU CARA MENGENAL PASTI GEJALA/TANDA
IALAH PESAKIT SERING MEMPUNYAI SATU
PEGARUH PENSTABIL KE ATAS KELUARGA DI
MANA MEREKA BERCAKAP DALAM
MEMPENGARUHI KELUARGA HOMEOSTATIK
SEBAGAI SATU FUNGSI SIMPTOM
(Jackson 1957)

MAKNA DAN GEJALA


(THE MEANING FUNCTION OF SYPTOM)

PENYELESAIAN KONFLIK
Ahli-ahli Terapi perlu waspada
i. Aduan yang terpendam
ii. Penyesuaian ibubapa
iii. Bagaimana hadapi anak
iv. Konflik ibubapa

masalah anak.

Scapegoat/kambing hitam adalah sesuatu istilah berat


Sebelah dan bersifat menghakim.

KITARAN HAYAT KELUARGA


(FAMILY LIFE CYCLE)

MAKSUD
Kitaran Hayat keluarga adalah rantaian kehidupan
sesebuah keluarga yang berkaitan dengan sesebuah
keluarga tersebut. Bila kita fikir kitaran hayat (hidup),
kita cenderung berfikir dimana individu-individu
menyentuh melalui penggunaan masa, menguasai
cabaran dalam suatu tempoh, dan bergerak untuk ke
tahap seterusnya. Kita mencapai kemajuan mengikut
peringkat-peringkat dan halangan-halangan
perkembangan mengikut perubahan permintaan.
Tempoh-tempoh pertumbuhan perkembangan dan
perubahan diikuti oleh tempoh-tempoh kestabilan relatif
ketika perubahan dapat disatukan (dijalan).

KITARAN HAYAT KELUARGA

(FAMILY LIFE CYCLE)

Apabila kita berbicara tentang kitaran hidup, biasanya


kita akan membayangkan tentang pergerakan,
perkembangan dan pertumbuhan individu dari satu
peringkat ke peringkat yang seterusnya. Biasanya juga,
kita akan teringat kepada beberapa nama seperti
Havighurst yang mengkaji tentang developmental
tasks, Piaget yang mengkaji tentang cognitive
development , Eric Erikson yang mengutarakan teori
perkembangan psikososial yang merangkumi lapan
tahap perkembangan dari peringkat bayi hinggalah
peringkat lewat dewasa, serta Kohlberg yang mengkaji
perkembangan moral.

KITARAN HAYAT KELUARGA

(FAMILY LIFE CYCLE)

Apa yang disebutkan di atas adalah penting bagi pelajar


psikologi dan kaunseling, tetapi bagi terapis keluarga,
kitaran hidup keluarga amatlah penting, kerana kitaran
hidup keluarga menambah sekurang-kurangnya dua lagi
komponen penting.

Pertama, keluarga perlu menyusun semula untuk


mengakomodasi sebarang perubahan dan pertambahan
di dalam keluarga. Maksunya, sistem struktur, sistem
hirarki dan sistem interaksi perlu diubahsuai apabila
wujud pertambahan atau kekurangan di dalam sesebuah
keluarga itu. Ia tidak boleh beroperasi dengan
menggunakan struktur, hirarki dan interaksi yang sama
pada semua masa dalam semua keadaan.

KITARAN HAYAT KELUARGA


(FAMILY LIFE CYCLE)

Kedua, perkembangan yang berlaku kepada mana-mana generasi


keluarga, sama ada yang lebih tua, atau yang lebih muda, akan
memberi kesan kepada ahli keluarga itu, sama ada melibatkan seorang
dua atau semua ahli.

Sebagai contoh: apabila anak dihantar ke tadika, banyak perubahan


dan penyesuaian yang perlu dibuat oleh keluarga. Jadual bangun tidur,
jadual membasuh pakaian, jadual menyiapkan sarapan dan lain,
sehingga termasuklah sistem penghantaran anak ke tadika.

Bagitu juga halnya apabila berlaku perubahan pada generasi yang lebih
tua. Jika salah seorang ibu atau bapa meninggal, maka kebajikan yang
ditinggalkan itu perlu diberi perhatian. Bukan semua cara boleh
digunakan, kerana setiap individu itu berbeza dan harus dilayan dengan
cara yang berbeza.

Lantaran wujudnya keadaan sebeginilah, maka terapis keluarga merasa


yang kitaran hidup keluarga itu sebagai satu konsep perlu difahami dan
diambil kira dalam memberikan kaunseling atau terapi keluarga.

KITARAN HAYAT KELUARGA


(FAMILY LIFE CYCLE)

Sayugia diingatkan bahawa perubahan-perubahan yang berlaku mengikut


kitaran ini tidaklah berlaku secara teratur dan licin. Ia datang sebagai suatu
cabaran yang perlu dikendalikan dengan hati-hati.
Tambahan pula, konsep keluarga itu sendiri juga bermacam-macam: ada
keluarga ibu/bapa tunggal, ada keluarga tiri, ada keluarga berlainan etnik
dan lain-lain. Yang perlu diingat ialah konsep kitaran hidup keluarga ini
adalah kompleks, dan perubahan yang berlaku boleh berbentuk revolusi.

Jika sesebuah keluarga yang berhadapan dengan isu kitaran hidup keluarga
ini, keluarga tersebut perlu bersedia untuk membuat ubahsuaian kepada
struktur, hirarki dan pola interaksi sedia ada, dan jika sekiranya pada masa
yang sama, wujud simptom, simptom hendaklah dijadikan isyarat bahawa
sistem yang diamalkan perlu diubahsuai atau diganti dengan yang
lebihfunctional.
Sayugia diingatkan bahawa perubahan-perubahan yang berlaku mengikut
kitaran ini tidaklah berlaku secara teratur dan licin. Ia datang sebagai suatu
cabaran yang perlu dikendalikan dengan hati-hati.
Tambahan pula, konsep keluarga itu sendiri juga bermacam-macam: ada
keluarga ibu/bapa tunggal, ada keluarga tiri, ada keluarga berlainan etnik
dan lain-lain. Yang perlu diingat ialah konsep kitaran hidup keluarga ini
adalah kompleks, dan perubahan yang berlaku boleh berbentuk revolusi.

Jika sesebuah keluarga yang berhadapan dengan isu kitaran hidup keluarga
ini, keluarga tersebut perlu bersedia untuk membuat ubahsuaian kepada
struktur, hirarki dan pola interaksi sedia ada, dan jika sekiranya pada masa
yang sama, wujud simptom, simptom hendaklah dijadikan isyarat bahawa
sistem yang diamalkan perlu diubahsuai atau diganti dengan yang
lebihfunctional.

KITARAN HAYAT KELUARGA


(FAMILY LIFE CYCLE)

ADALAH BERKAITAN FIKIRAN DIMANA


INDIVIDU
i. Menyentuh melalui penggunaan masa.
ii. Menguasai cabaran dalam satu tempoh.
iii. Bergerak ke tahap seterusnya.
iv. Mencapai peringkat-peringkat tertentu
setelah melalui halangan mengikut
perubahan permintaan.

KITARAN HAYAT KELUARGA


(FAMILY LIFE CYCLE)

TIADA KETETAPAN/ VERSI TAHAP STANDARD

1.
2.
3.
4.
5.

Ibubapa tunggal.
Pasangan seks sejenis.
Keluarga angkat.
Kepelbagaian agama / kebudayaan.
Kepelbagaian etnik.
NILAI KLINIKAL SEBENAR KITARAN HAYAT
LEBIH BERTUMPU KEPADA
KETIDAKUPAYAAN ATAU MEMBUAT
PERALIHAN

KITARAN HAYAT KELUARGA


(FAMILY LIFE CYCLE)

MASALAH KITARAN HAYAT.


1. Bertemu cabaran alam semula jadi/
perkembangan (tidak mampu menampung
strukturnya untuk mengubah keadaan)
2. Bukan tanda keluarga tidak berfungsi tetapi
suatu yang gagal untuk menyesuaikan pada
satu titik perubahan hidup.

RESISTANCE (RINTANGAN)
DEFINASI

Di peringkat awal terapi keluarga, resistance yang


disalahtafsirkan oleh terapis ketika itu sebagai
kedegilan/keengganan atau penentangan, yakni tidak
mahu memberikan kerjasama yang sepatutnya atau tidak
mahu berubah, adalah lebih baik dilihat sebagai satu
bentuk kebimbangan atau ketakutan (fear ) di kalangan
ahli keluarga untuk menyatakan sesuatu secara terbuka
kerana bimbang tindakan sedemikian mungkin akan
membawa padah dan kerosakan ke dalam keluarga yang
sedang dirawat.

RESISTANCE (RINTANGAN)

Hari ini, terapis-terapis telah sedar bahawa memang


fitrah manusia untuk merasa berat untuk berubah jika
perubahan itu dijangka boleh membawa risiko kepada
keluarga mereka. Dalam konteks sebegini, keluarga
memang seharusnya menentang perubahan selagi
natijah kepada perubahan itu tidak dirasakan selamat,
dan selagi terapis tidak dilihat sebagai seorang yang
boleh dipercayai. Dalam konteks ini, tindakan yang
diambil oleh ahli keluarga ini adalah suatu tindakan
berhati-hati yang baik, dan bukan sesuatu kedegilan yang
membuta tuli.

RESISTANCE (RINTANGAN)
Jika terapis sedia menerima hakikat ini, maka tugas
terapis ialah membina keyakinan dan kepercayaan
terhadap dirinya dan tindakannya, supaya ahli-ahli
keluarga yang menghadiri sesi tidak merasa diintip atau
untuk dihentam. Terapis hendaklah berusaha keras bagi
mewujudkan iklim dan persekitaran yang mesra yang
diyakini. Mereka hendaklah berusaha untuk meyakinkan
ahli-ahli keluarga yang secara kolaboratif mereka akan
dapat mengatasi apa jua isu yang sedang dihadapi.

RESISTANCE (RINTANGAN)
Dalam usaha terapis untuk meyakinkan ahli-ahli keluarga yang
mereka selamat untuk meluahkan isi hati mereka, terapis tidak
akan terlepas daripada merasa bimbang yang keadaan mungkin
menjadi buruk, wujud serang menyerang, sehingga beliau
sendiri tidak berupaya untuk mengawalnya. Kebimbangan
sebegini adalah real. Namun, terapis hendaklah berusaha
sedikit demi sedikit untuk mewujudkan suasana mesra, dan
meyakinkan ahli-ahli keluarga yang sesuatu isu itu masih boleh
diselesaikan melalui suasana hormat menghormati dan penuh
rasa kasih sayang tanpa konfrontasi atau serang menyerang.
Untuk mencapai hasrat ini, terapis hendaklah bersikap
optimistik dan yakin bahawa setiap individu mempunyai potensi
dan sumbangan positif di dalam isu yang sedang dibincangkan.
Melalui optimisma, pemikiran positif, dan hormat serta yakin
akan kebolehan ahli-ahli keluarga, terapis telah meletakkan
ahli-ahli keluarga di satu tahap yang boleh memberi kesan
psikologi kepada mereka.

RESISTANCE (RINTANGAN)

Seandainya, usaha kolaboratif seperti ini masih tidak


berupaya untuk mencapai hasrat yang diinginkan,
terapis terpaksalah bertindak sebagai expert yang
akan menasihati dan membimbing keluarga ke arah
menyelesaikan isu yang dibawa ke dalam terapi.

RESISTANCE (RINTANGAN)
Resistanceadalahsalah satuperadoxesTerapikeluargayangluar
biasa yangpergi lebih jauh untuk mendapatkan profesional
bagaimana untukmenguruskankesukaranmerekatetapisering
tidakmengikutnasihat therepuetic terbaik)yangakan
membantumerekauntuk menyelesaikanmasalah mereka.
Dalamcontoh yang boleh dilihat dimana, rintanganboleh
dielakkanjikaterapidijalankan untuk klienbersediauntuk berubah.
(Alan Carr,2009)
Perkara rintangan ini boleh dilihat dalam pelbagai cara;
i. Tidak melengkapi borang biodata
ii. Tidak menghadir temujanji
iii. Menolak untuk memberhenti proses terapi
iv. Tidak bekerja sama dalam sesi kaunseling.

RESISTANCE (RINTANGAN)
CADANGAN DALAM PENYELESAIAN
i.Menerangkanpercanggahan antara apa yang klien bersetuju
lakukan dan apa yang sebenarnya tidak
ii. Tanyatentangperbezaan antarakeadaandi mana
pelangganberjayamembuat susulan. Seseorang
bolehbersetujutindakandanada orang yang manatidak
iii. Mintaapayangmereka percayakan perkar yangdisekatdari
membuatkemajuan
iv. Tanyajikahalangan-halangan inibolehdiatasi
v.Tanya mengenaistrategiuntukmengatasi halangan
vi.Tanyaprodankontra tindakantindakan yang diambilini
vii.Bingkaidilematerapeutikyangmenggariskankosmengekalkan
status quo.

Kajian kes
Emilymerupakanseorangibutunggaldalampercubaanmendisplinkananaklelakinya
yangdiganggudenganperlindunganolehneneknyasendiri.Emilymengelakkan
bersamaibunyakeranabeliautidakpercayaibunyaakanmelakukansesuatuyang
baikuntuknya.Diatakutbahawajikadicabar,ibunyaakanmenjadilebihkritikaldan
membuatnyaberasalebihtertekan.Merekarisautidakkelihatanrealistik.Padamasa
laluapabilaEmilymelakukansesuatuyangkritikal,ibunyaakanhanyamengabaikan
apayangtelahberlaku.Mempertahankanoranglaindilihatfaktoryangtidak
manasabahkeranatidakbolehmelihat/merasaikenanganmereka.
Bagimembinakeyakinan,diamencubalagiuntukmemberitahuibunyaakan(mengenai)
perasandirinya.Ahliterapiperlumembinaamanahnyauntukbekerjadenganibunya
danperkara-perkarapentingbersamaibunya.Untukmencapaikredibilitiiniahliterapi
terpaksamenghormatilangkahEmilydanmengenalimasalahnyadaripada
menghadapiataumemanipulasirintangannya.Pertemuanahliterapikelihatankurang
mesra.
SalahsatuRintanganialahapabilamerekamenyesuaikankeluargamerekasebagai
rakan/sahabat,mencubauntukmembantumerekamengenalpastiapayang
diperlukanataumemaksamerekaberkaitancarayangmerekamahudandaripada
seorangpakaryangmemberiyangmemberinasihatdaripadamenunjukkan
kecacatan/kelemahanmereka.
Sepertiapayangandabayangkan,ahliterapikeluargamungkinmelihatbetapahebatnya
(baiknya)dirianda.Menghormatiahliterapidimanaandabolehmenyimpan
kemarahankepadaahlikeluargadaripadamenjeritdiantarasatusamalainatau
denganmenonjoldanmenyerbu.

JADUAL 4.1
TABLE STAGES OF THE FAMILY LIFE CYCLE
PERINGKAT-PERINGKAT

PROSESEMOSIONALPERALIHAN:

PERINGKAT KEDUAMENGUBAHDALAM

KITARANHAYATKELUARGA

PRINSIP UTAMA

STRUKTURKELUARGA
MEMERLUKANUNTUK

Meninggalkan rumah:Anak

Menerima

MENERUSKANPEMBANGUNAN
a.Pembezaandiridalam

mudatunggal

tanggungjawabkewangandan

keluargahubunganasal.

emosionaluntukdiri

b.Pembinaanperhubunganperhubunganrakan sebayaperibadi.
c.Establishmentkerjamaruah diri
dankebebasan kewangan.

Percampuran keluarga-

Komitmenuntuksistem baru

a.Pembentukansistem perkahwinan

keluargamelalui

b.Penyesuaian semula perhubungan

perkahwinan: barupasangan

dengan keluarga lanjutan dan rakanrakan petunjuk pasangan.

Keluarga dengan anak-anak

Penerimaan ahli baru dalam

a. Menyesuaikan sistem perkahwinan

yang masih kecil.

organisasi (keluarga)

bagi member ianak lebih peluang.


b. Menyertai pendidikan diri anak-anak,
Pengurusan kewangan dan barangan
rumah tangga.
c. Penyesuaian semulahubungan
dengankeluarga
besartermasukibubapadan
peranankeibubapaansecara meluas.

JADUAL 4.1
TABLE STAGES OF THE FAMILY LIFE CYCLE
a.Peralihanibu bapa-hubungankanakKeluarga dengan anak-

Menambahkan kestabilan dalam

anak remaja

sempadan keluarga,mengiktiraf

kanakuntukmembenarkanremajauntukbergerakke
dalam dankeluar daripada sistem

kebebasan anak-anak dan

b.Tumpuan kepadaisu-

Kelebihan keluarga nenek.

isupertengahankehidupanperkahwinandan kerjaya.
c.Bermulaperalihankearahmenjagagenerasi tua.

Pelancarankanak-kanak

Menerimapelbagai jalankeluar

a.Rundingan semulasistemperkahwinanpasangan.

danbergerak

daridan penyertaanke dalam

b.Pembangunandewasa-untukhubungandewasa.

sistemkeluarga

c.Penyesuaian semula hubungan termasuk dalam


undang-undang dan cucu
d.Berurusan dengankurang upaya
danibubapamenangani(datuk nenek)

Keluargadi kemudian

Menerimaperananperalihangener a.Mengekalkan fungsidengansendiri dan/

hari

asi.

ataupasangandan kepentingan
penurunanmukafisiologi:cari
galiperanankeluargadan sosialyangbarupilihanaang
lebih pentinggenerasipertengahan
d.Membuatpenetapansistembagikebijaksanaandanp
engalamanwarga tuayang
menyokonggenerasiyanglebih tuauntuk
keluarlebihberfungsike atas mereka
d. Berurusan dengankehilangansuami atau isteri,adikberadik,dan lain-lainrakan-rakan sebayadan membuat
persediaan untukmati

Anda mungkin juga menyukai