Anda di halaman 1dari 2

MENANGANI MASALAH KELUARGA BERDASARKAN TEORI

STRUKTURAL
Susunan Esa Abd Samad, adiputerajagat@yahoo.com
Kes:
Pn Bella, berusia 28 tahun adalah ibu kepada empat orang anak, iaitu Benji, 12 tahun, Bibah,
8 tahun, Bienda, 5 tahun dan Bilal, 2 tahun. Suaminya, Shamsul, tinggal bersama mereka
tetapi akhir-akhir ini jarang berada di rumah kerana dia terpaksa balik lewat, membuat
pelbagai kerja sambilan bagi menampung kedaifan kehidupannya. Oleh sebab Shamsul
jarang berada di rumah dan kesukaran hidupnya menyara keluarga, Bella dan anak-anaknya
sering kali kehabisan sumber makanan malah gagal menampung kos perubatan. Malah flat
yang mereka beli turut diancam untuk dilelong oleh bank kerana gagal membayar tunggakan
melebihi enam bulan.
Sejak akhir-akhir ini Bella menghadapi pula masalah anaknya, Benji sering kali keluar hingga
larut malam dan bercampur-gaul dengan budak-budak nakal. Bella berasa tidak lagi mampu
mengawal anak sulungnya itu. Bella mengadukan masalahnya kepada kaunselor di Pusat
Kebajikan Komuniti. Pada awalnya mereka mencadangkan Benji dihantar ke Pusat
Pemulihan Akhlak. Bella risau anaknya menjadi semakin nakal jika ditempatkan di pusat itu.
Dia berkeras mahu menangani sendiri masalah itu. Kaunselor merujuk Bella berjumpa
dengan Kaunselor Keluarga di Pusat Kebajikan Komuniti. Sementara itu, ibu Bella yang
tinggal bersama mereka, sering kali mendesak Bella menyelesaikan segera masalah rumit itu.
ANALISIS MASALAH BELLA BERDASARKAN PERSPEKTIF MINUCHIN
Dari sudut pandangan strutktural, keluarga Bella nampaknya tidak terurus dan bermasalah.
Keluarga ini kekurangan sumber. Bella tidak mendapat sokongan, baik dari suaminya
Shamsul mahupun ibunya. Ironinya, tindakan Benji keluar dari rumah menunjukkan ceteknya
hirarki keluarga ini dan natijah kemiskinan keluarga mereka. Benji seakan-akan merampas
kuasa dari keluarga ini kerana sempadan dalam keluarga telah menjadi kabur. Jika struktur
keluarga tidak diperkukuh, Benji mungkin akan bertriangulasi iaitu mengadukan masalahnya
kepada orang ketiga, iaitu rakan-rakannya di luar.
PROSES RAWATAN MASALAH KELUARGA BELLA
Bagi membantu keluarga Bella, terapis struktural akan menyertai keluarga ini dan
menggalakkan semua ahli menyertai perbincangan termasuk Shamsul dan ibu Bella, setidaktidaknya dalam kebanyakan sesi. Terapis akan membuat pemetaan mental, selepas semuanya
duduk dan beliau menetapkan posisi kedudukan; siapa akan duduk di sebelah siapa dan
giliran bercakap. Kemudian terapis menggerakkan posisi kedudukan ahli-ahli dalam bulatan
hingga terbentuknya subsistem semulajadi iaitu dalam keadaan ahli-ahli dalam kumpulan
sekeluarga dikumpul sekali, seperti antara ibu bapa dan anak-anak. Terapis akan men
ggunakan teknik mimesis dan menyesuaikan dirinya dengan perasaan ahli keluarga.
Selepas terapis menyertai dan menyesuaikan diri dengan keluarga, dia akan mengambil alih
tugas kepimpinan terhadap keluarga ini. Dia akan menggunakan teknik unbalance iaitu
seakan menyebelahi salah seorang ahli dengan menggabungkan diri dalam subsistem
keluarga. Dengan berbuat sedemikian, terapis akan menekankan pentingnya subsistem

pasangan, Shamsul dan Bella. Dia akan bercakap secara spontan dalam sesi berkenaan.
Contohnya, jika Shamsul dan Bella gagal menyuruh anaknya, Benji duduk, terapis akan
memujuk anaknya itu duduk. Terapis juga akan menggunakan teknik reframing dalam
konteks ibu Bella yang suka campur tangan dan terlebih prihatin terhadap masalah keluarga
anaknya.
Terapis memulakan intervensi dengan subsistem ibu bapa untuk menjelaskan sempadan yang
kabur dalam keluarga itu. Terapis kurang memberi tumpuan kepada Benji sebaliknya
menumpukan kepada aspek dinamika keluarga. Benji mungkin akan kehilangan statusnya
sebagai pesakit dan struktur akan bertukar, kuasa akan kembali menyorot kepada subsistem
ibu bapa. Pada tahap ini terapis boleh berkongsi dengan Bella dan Shamsul tentang
pengetahuan kognitif dan pragnatif untuk membantu mereka mengekalkan situasi keluarga
yang telah pulih.
Disesuaikan dan diterjemah secara bebas dari Samuel T. Gladdin (2002). Family Therapy;
History, Theory and Practice: USA: Prentice Hall.

Anda mungkin juga menyukai