Anda di halaman 1dari 2

REFLEKSI PERMAINAN TRADISIONAL

Pertama sekali ingin saya rafakkan setinggi-tinggi kesyukuran kehadrat Allah


S.W.T kerana dengan limpah kurnia-Nya dapatlah kumpulan kami (saya, Mohamad
Ibrahim dan Asyraf bin Ahmad) menyiapkan tugasan ini. Kedua, terima kasih yang tidak
terhingga kepada Encik Khairuddin bin Mat Hassan selaku pensyarah pembimbing
untuk subjek Pengurusan Dan Pentadbiran Pendidikan

Jasmani Dan Sukan. Tidak

ketinggalan juga kedua-dua ibu bapa dan rakan seperjuangan.


Kami telah diberi tugasan

dengan menganjurkan dan mengelolakan satu

permainan tradisional pada kali ini dan permainan tradisional yang telah kami pilih ialah
bola beracun di kampong.Pada saya permainan tradisional yang kami pilih ini
sememangnya sudah terkenal dan biasa kami lihat dan ada yang sudah mempunyai
pengalaman bermain tetapi dalam konteks ini bukan bermain yang ditekankan tetapi
pengurusannya yang menjadi tugasan utama.
Pada dasarnya tugasan ini tidaklah begitu rumit bagi saya dan rakan-rakan
kerana kami semua sememangnya telah mempunyai pengalaman dalam menganjurkan
sesuatu program sukan. Perbincangan telah diadakan antara kami bagi melaksanakan
proses

penganjuran

dan

pengelolaan

permainan

ini.

Dengan

terbentuknya

jawatankuasa penganjur ,maka pertandingan permainan tradisional ini telah dapat


dijalankan dengan jayanya. Walaupun saya tidak berapa minat dengan permainan bola
beracun ini tetapi pertandingan

permainan tradisional yang diadakan ini telah

menyebabkan saya berasa seronok bermain.


Beberapa kekuatan telah saya kenalpasti apabila belajar cara menganjurkan
kejohanan atau pertandingan permainan tradisional antaranya saya dapat mengukuhkan
lagi pengetahuan dan kefahaman saya bagaimana menjalankan proses penganjuran
yang yang bersistematik. Pengetahuan ini sudah tentu akan membantu saya untuk
mengelola sesuatu projek pada masa akan datang.

Beberapa perkara yang telah diajar dan di tegur serta dibimbing oleh En.
Khairuddin selaku pensyarah pembimbing

telah meninggalkan kesan yang cukup

bermakna kepada saya. Terdapat juga beberapa kelemahan yang dapat saya kesan.
Kami telah dibahagikan kepada lima kumpulan. Walaupun kami semua adalah guru

tetapi saya rasa aktviti dalam kumpulan memerlukan satu bentuk kerjasama yang cukup
baik . inilah kelemahannya di mana tidak wujud kerjasama yang betul betul mantap
bagi melaksana dan mengelolakan aktiviti ini. Hal ini demikian adalah kerana wujudnya
ego dalam diri masing masing.
Saya juga dapati,masa yang diberi kepada kami untuk menganjur projek ini agak
singkat.Dengan kekangan masa yang singkat ini sudah tentu perancangan yang benarbenar kemas dan mantap tidak dapat dilaksanakan.
Kesimpulannya sesuatu program pertandingan sukan termasuklah sukan
tradisional memerlukan pengurusan yang baik. Pengurusan yang baik pula memerlukan
mereka yang berpengetahuan dan berpengalaman.

Disediakan oleh,
Mohd zur Aliff Bin Rozmee

Anda mungkin juga menyukai