Anda di halaman 1dari 1

DOA MAJLIS PERASMIAN TILAWAH AL-QURAN

Ya Allah, sempena Majlis khatam Al-Quran peringkat daerah


segamat pada kali ini, kami menadah tangan memohon
rahmat dan keberkatan serta petunjuk al-Quran yang sentiasa
Engkau pelihara di bawah kebesaran dan keagungan-Mu.
Berilah dan tunjukkanlah kami jalan yang lurus dalam semua
urusan hidup untuk kebahagiaan dunia dan juga akhirat
Ya Allah , yang bersifat sempurna dan penuh kemuliaan.
Kami memohon ehsan dari-Mu, kurniakanlah kepada kami
nikmat kestabilan, kesejahteraan dan keselamatan.
Lindungilah kami dari segala keburukan dan keaiban.
Hindarkanlah kami dari segala rupa bentuk kemungkaran dan
kemaksiatan. Pimpinlah kami sekalian ke jalan yang Engkau
redhai buat selama-lamanya.
Ya Allah ya Tuhan kami, peliharalah negara kami Malaysia
khasnya dan negara Islam di seluruh dunia amnya dari
keadaan huru-hara dan segala bentuk ancaman. Peliharalah
perpaduan kami rakyat Malaysia selama-lamanya.

Anda mungkin juga menyukai