Anda di halaman 1dari 2

Tahap pencapaian beberapa negara dalam pencapaian Matematik, bacaan,

dan Sains.
700
600
500
400
300

Matematik
Bacaan

200

Sains

100
0

Graf 1: Tahap pencapaian beberapa negara dalam subjek Matematik,


Bacaan, dan Sains
Berdasarkan jadual yang dilampirkan, dapat kita lihat kedudukan Malaysia
berada pada tahap yang agak rendah iaitu pada tangga ke 14 dari bawah.
Shanghai-China, Singapura, dan Hong Kong-China merupakan tiga buah
negara yang berada pada kedudukan teratas dalam ketiga-tiga subjek
berdasarkan skor min dalam PISA 2012. Hal ini menunjukkan ketiga-tiga
negara ini mempunyai sistem pendidikan yang agak baik berbanding dengan
negara-negara lain. Bagi ketiga-tiga subjek yang dikaji, Shanghai-China
berada pada tahap yang paling tinggi. Manakala, negara Itali, Sepanyol dan
Persekutuan Rusia berada pada tahap sederhana (PISA 2012). Dapat kita

lihat di ketiga-tiga negara ini, pencapaian dalam subjek Sains agak tinggi
berbanding subjek lain. Seperti kita sedia maklum, negara seperti Rusia
sememangnya mementingkan ilmu Sains dan mereka antara negara yang
telah menghantar banyak angkasawan ke angkasa lepas. Tiga negara yang
berada pada kedudukan terendah adalah negara Qatar, Indonesia dan Peru.
Ketiga-tiga negara ini menunjukkan pencapaian yang paling tinggi dalam
subjek bacaan berbanding subjek Sains dan Matematik. Hal ini mungkin
disebabkan sistem pendidikan di negara mereka masih agak terkebelakang
berbanding negara-negara maju yang lain. Namun begitu, negara Peru
berada pada tahap tercorot bagi ketiga-tiga subjek yang dikaji.
"Mutu pencapaian negara kita mengikut ujian Program Pencapaian Pelajar
Antarabangsa (Pisa), satu ukuran antarabangsa, pada puratanya lebih
rendah dari apa yang kita harapkan dalam menuju kepada ekonomi yang
berasaskan ilmu.
(Tengku Razaleigh Hamzah, 2014)
Berdasarkan kenyataan di atas, dapat kita lihat mutu pendidikan negara
masih berada pada tahap yang membimbangkan. Walaupun kerajaan
menitikberatkan dan mengutamakan sistem pendidikan berbanding sistem
lain, namun tahap pencapaian kita masih tidak mencapai apa yang
diharapkan. Menjelang tahun 2020, negara sepatutnya dapat bersaing
dengan negara-negara maju yang lain dalam bidang pendidikan. Jika kita
congak, lebih kurang 5 tahun sahaja lagi kita akan melangkah ke tahun
2020, namun tahap prestasi pendidikan negara masih tidak seperti yang
tercatat dalam wawasan 2020.

Anda mungkin juga menyukai