Anda di halaman 1dari 9

Perbezaan Antara Psikoterapi, Kaunseling dan Bimbingan

Dalam kehidupan masyarakat di Malaysia terutama dalam kalangan orang


Melayu, konsep bekerjasama, tolong menolong, bergotong-royong sudah
menjadi budaya sejak zaman dahulu lagi. Konsep aktiviti yang berbentuk
musyawarah
atau
perundingan
dengan
pihak-pihak
lain
untuk
menyelesaikan masalah atau mencapai persetujuan bukanlah sesuatu yang
asing dalam kehidupan masyarakat dahulu. Malah masyarakat Melayu
terutamanya lebih cenderung untuk menyelesaikan masalah melalui majlis
tersebut secara perbincangan, bertukar-tukar pendapat dalam membuat
keputusan atau mencapai matlamat. Dalam majlis ini orang yang
bertanggungjawab dalam mengendalikan permasalahan masyarakat
biasanya terdiri daripada para imam, ketua kampung ataupun mereka yang
disegani masyarakat seperti guru agama, guru sekolah dan sebagainya.
Pada masa kini perhubungan menolong telah mendapat tempat di hati
masyarakat.
Masyarakat
kini
semakin
bijak
dalam
memperoleh
perkhidmatan menolong melalui individu-individu yang terlatih dalam bidang
psikologi dan kaunseling. Namun begitu, masyarakat umum belum lagi dapat
membezakan antara perkhidmatan psikoterapi, kaunseling danbimbingan.
Secara umumnya, masyarakat mengetahui bahawa kaunseling adalah
nasihat, manakala nasihat dan bimbingan juga adalah kaunseling. Walaupun
nampak secara praktisnya adalah sama dari aspek menolong tetapi ketiga-

tiga aspek ini mempunyai perbezaan yang agak ketara kepada pengamal
perhubungan menolong ini. Perhubungan menolong kini dibantu oleh
pelbagai teori, kemahiran dan teknik yang menjadikan bidang itu suatu
bidang yang profesional.
Dalam memahami istilah dan konsep ketiga-tiga aspek ini beberapa sumber
rujukan perlulah dilihat dalam usaha untuk memperjelaskan lagi kefahaman
dalam membezakan ketiga-tiga aspek perhubungan menolong ini.

Psikoterapi

Menurut Kamus Dewan Edisi Ketiga, psikoterapi membawa maksud


rawatan sakit jiwa atau gangguan mental dengan menggunakan kaedah
psikologi.
Menurut
Kamus Yahoo:
Education,
psikoterapi
adalah
The treatment of mental and emotional disorders through the use of
psychological techniques designed to encourage communication of conflicts
and insight into problems, with the goal being relief of symptoms, changes in
behavior leading to improved social and vocational functioning, and
personality growth.
Mahmood Nazar Mohamed (2001), menyatakan kaedah terapi jiwa
atau lebih dikenali dengan nama psikoterapi membawa erti rawatan
kecelaruan jiwa dan tingkah laku menggunakan kaedah psikologi. Altrocchi
(1980) dalam Ab Alim Abdul Rahim (1994) menyatakan psikoterapi
merupakan proses seseorang atau beberapa orang profesional kesihatan
mental membantu seseorang atau lebih individu yang mengalami kesukaran
psikologi dalam hidupnya.
Kaunseling
Pepinsky & Pepinsky dalam Sapora Sipon et al (2003) menyatakan
kaunseling adalah satu proses yang membabitkan interaksi antara seorang
kaunselor dengan kliennya. Interaksi ini berlaku dalam keadaan sulit dengan
tujuan membantu klien mengubah tingkah lakunya sehinggalah resolusi
yang diambilnya memuaskan kehendaknya. Beliau juga menekankan agar
sesi kaunseling dijalankan dalam suasana tertutup, sulit, tidak dilihat dan
tidak didengari oleh orang lain.

Muhd Mansur Abdullah & Siti Nordinar Mohd Tamin (1996) kaunseling
membawa maksud sebagai satu perhubungan interpersonal yang digunakan
oleh kaunselor membantu individu secara keseluruhan untuk menyesuaikan
diri dengan lebih berkesan terhadap dirinya sendiri dan juga terhadap
persekitarannya.
Rickey & Therese (1995) menjelaskan definisi kaunseling sebagai a
profesional relationship between a trained counselor and a client. This
relationship is usually person-to-person, although it may sometimes
involve more than two people. It is designed to help clients to understand
and clarify their views of their lifespan, and to learn to reach their selfdetermined goals through meaningful, well-informed choices and through
resolution of problems of an emotional or interpersonal nature
Shertzer dan Stone (1974) dalam Abdul Ghani Sulaiman (2003)
menegaskan bahawa kaunseling adalah proses interaksi yang membolehkan
individu ini memahami diri dan situasinya. Proses ini akan mengakibatkan
pembentukan atau penjelasan matlamat dan nilai hidup individu itu sehingga
dia dapat menentukan tindakan yang wajar diambilnya untuk masa
depannya.

Bimbingan
Muhd Mansur Abdullah & Siti Nordinar Mohd Tamin (1996) bimbingan
merupakan bantuan yang diberikan kepada individu yang bertujuan untuk
mengembangkan pemahaman terhadap diri sendiri dan juga terhadap
sesuatu di persekitarannya. Begitu juga antara terma kaunseling dan
bimbingan juga sering digandingkan bersama apabila menyentuh isu-isu
yang berkaitan seperti menurut Failor dalam Muhd Mansur Abdullah & Siti
Nordinar Mohd Tamin (1996) bimbingan dan kaunseling itu merupakan
khidmat membantu individu dalam proses pemahaman diri dan penerimaan
dirinya, memahami dirinya dari segi ekonomi buat masa kini dan
perencanaan masa depannya, serta menyesuaikan pula kedua-dua
pembolehubah pemilihannya itu mengikut kepuasan dan keberkesanan
dirinya.

PERBEZAAN ANTARA PSIKOTERAPI, KAUNSELING DAN BIMBINGAN

Rickey (1995) menyatakan satu masalah yang sering dihadapi oleh


pengamal kaunseling iaitu dalam membezakan antara kaunseling dan
psikoterapi. Beliau menegaskan usaha dalam membezakan kedua-dua aspek
ini belum dijumpai yang mendapat kelulusan secara universal. Sesetengah
pengamal berpendapat bahawa adalah tidak perlu dibezakan kerana
penggunaan terma ini boleh digunakan secara sinonimnya. Ini adalah kerana
kaunselor-kaunselor yang terlatih juga biasanya dilatih sebagai psikoterapi.
Walau bagaimanapun, menurut Rickey (1995), perbezaan antara
psikoterapi dan kaunseling yang dibuat adalah samar dan tidak jelas.
Cottone dalam Rickey (1995) membezakan kedua-dua faktor ini dari aspek
sejarah, jenis klien, seting tempat, perbezaan matlamat dan keseriusan yang
dihadapi oleh klien. Perbezaan ini kelihatan samar kerana program-program
di hospital juga menyediakan perkhidmatan kaunseling seperti juga terapi di
mana individu-individu yang terlatih dalam bidang kaunseling juga diambil
bekerja dalam seting psikologi dan psikiatri. Dalam kata lain kaunselor juga
menyediakan perkhidmatan seperti prikoterapis dan psikoterapis juga
menyediakan perkhidmatan kaunseling. Walau bagaimanapun dalam
menyediakan perkhidmatan yang sama, kaunseling dan psikoterapi adalah
berbeza.

Kaedah Amalan
Dari segi perlaksanaannya, Mahmood Nazar Mohamed (2001)
menjelaskan bidang psikoterapi menggunakan teknik yang dikenali sebagai
hipnoterapi bagi tujuan membantu pesakit mengenali dan memahami
masalah yang menyebabkan kecelaruan jiwa yang sedang mereka alami
seperti yang dicadangkan oleh Klienhauz (1985) iaitu hipnoterapi ialah
sejenis alat yang boleh menolong psikoterapis. Harper dan Parloff dalam Ab
Alim Abd Rahim (1994) menyatakan sekarang terdapat lebih kurang 130
pendekatan psikoterapi yang berbeza-beza di antara satu sama lain.
Kesemua pendekatan mempunyai kriteria sebagai asas proses psikoterapi.
Terdapat empat kriteria iaitu diterima, meluaskan konsep kendiri,
mempelajari tingkah laku yang baru dan mengalami perasaan.
Mahmood Nazar Mohamed (2001), pakar psikiatri sering
menggunakan dadah dan ubat-ubatan untuk merawat dan meredakan

penyakit mental di samping menjalankan penyelidikan dalam bidang


tersebut dengan menggunakan kaedah psikoterapi. Ab Alim Abd Rahim
(1994) proses psikoterapi melibatkan beberapa perkara penting dengan
menggunakan model pendekatan iaitu Psikoanalisis, Tingkah Laku,
Kemanusiaan, Kewujudan dan Antara Perseorangan. Psikoterapi melibatkan
seorang atau lebih ahli terapi juga melibatkan seorang atau lebih yang
ditolong. Kaedah psikoterapi yang digunakan merupakan kaedah psikologi
bagi membantu mengatasi tingkah laku bilazim dan jarang digunakan untuk
masalah harian.
Kaunseling pula mempunyai beberapa jenis pendekatan iaitu
pendekatan krisis, pemulihan, pencegahan dan perkembangan. Kaunseling
juga melihat dan menitikberatkan kepada bidang psikososial, kognitif, afektif,
fizikal, seksual, vokasional dan kerjaya. Dalam menjalankan sesi kaunseling
terdapat juga beberapa proses, teknik dan kemahiran yang digunakan
berdasarkan kepada teori-teori yang diperkenalkan oleh pelopor-pelopor
barat. Antara teori-teori yang digunakan dalam kaunseling adalah teori
Psikoanalitik, teori Gestalt, teori Realiti, teori Adler dan lain-lain lagi.
Dalam sesi kaunseling terdapat beberapa proses iaitu satu urutan
peristiwa yang berlaku dalam satu jangka masa dan berkembang dari satu
peringkat ke satu peringkat sehingga mencapai matlamat kaunseling itu
sendiri. Abdul Ghani Sulaiman (2003) kaunseling merupakan proses
berkongsi daripada segi intelek dan emosi di antara kaunselor dan klien.
Aspek kemahiran juga amat dipentingkkan dalam menjalankan sesi
kaunseling. Untuk menjayakan proses kaunseling kaunselor perlu
mengetahui dan mempunyai kemahiran kaunseling yang dikendalikan.
Sapora Sipon et al (2003) kemahiran-kemahiran yang perlu dikuasai oleh
kaunselor adalah seperti kemahiran menyoal, kemahiran berkomunikasi,
kemahiran melakukan dorongan minima, kemahiran memparafrasa,
kemahiran membuat klarifikasi, kemahiran membina hubungan, kemahiran
meneroka, kemahiran berempati, kemahiran menghadapi kesenyapan,
kemahiran mengetahui teori dan teknik-teknik kaunseling.
Rickey (1995) terma bimbingan masih digunakan kepada asas
perkhidmatan menolong yang terhad walaupun ia memberi fokus seakan
sama dengan kaunseling. Berdasarkan kepada konsep yang digunakan
dalam pelbagai aktiviti, bimbingan adalah ke arah mendidik terutamanya
kepada pelajar terutama dalam memilih kerjaya. Bimbingan juga merupakan
satu elemen daripada aktiviti kaunseling dalam membantu individu seperti

kaunseling kelompok, konsultasi dengan pihak pentadbir dan guru dan juga
kaunseling keluarga.

Profesional yang terlibat


Mahmood Nazar (2001), pakar psikoterapi mempunyai Ijazah
Kedoktoran (ph.D.) dalam bidang psikologi. Tumpuan mereka ialah pesakit
yang menghadapi masalah jiwa yang serius dan juga yang tidak begitu
serius. Mereka menggunakan kaedah percakapan (verbal) dalam
mengendalikan rawatan sakit jiwa atau kecelaruan tingkah laku. Manakala
kaunselor pula menurut Brems (2001) adalah seorang yang mempunyai
kelulusan ijazah dalam bidang kaunseling.
Matlamat
Rickey (1995) menyatakan dalam konteks yang kontinum matlamat
psikoterapi adalah lebih kepada melibatkan keseluruhan perubahan ke atas
struktur peribadi klien, manakala matlamat kaunseling adalah tepat dan
terbatas, lebih terarah kepada perkembangan, lebih berkaitan dengan situasi
segera dan lebih mengutamakan dalam membantu individu agar berfungsi
dan menjalankan peranan dengan sebaiknya.
Byrne dalam Sapora Sipon et al (2003) menyatakan matlamat
kaunseling bagi kaunselor adalah untuk menggunakan kemahiran
teknikalnya dengan berasaskan penghargaan terhadap individu, tanpa
mengira pendidikan, kecerdasan, warna kulit atau latar belakang individu
tersebut. Untuk membantu pihak yang dikaunsel mencapai kesedaran
tentang dirinya serta mengekalkan kesedaran tersebut supaya dia menjadi
orang yang bertanggung jawab terhadap dirinya dan ini dapat meningkatkan
perhatian terhadap kesejahteraan orang lain, dan membantu pihak yang
dikaunsel menggunakan dengan sepenuhnya potensi dirinya yang selaras
dengan cara hidupnya dan batas etika masyarakatnya.

Klien dan Tempat

Rickey (1995) menyatakan dari aspek profesional berhubung dengan


klien pula adalah psikoterapis berhubung dengan klien yang neurotik atau
psikotik manakala kaunselor berhubung dengan individu yang normal. Seting
tempat juga berbeza kerana psikoterapis lebih tepat berada di hospital
manakala kaunselor bekerja dalam seting pendidikan dan organisasiorganisasi lain.
Perbezaan dan persamaan antara psikoterapi, kaunseling dan bimbingan.

Aspek
perbezaan dan
persamaan

Psikoterapi

Kaunseling

Bimbingan

Jenis pekerjaan

Psikoterapis,
Terapis,
Seorang yang profesional
dan terlatih dalam bidang
berkenaan

Kaunselor,
seorang
yang profesional dan
terlatih dalam bidang
berkenaan

Sesiapa sahaja tidak


kira individu (guru,
pentadbir dsb), tidak
profesional

Kaedah
menolong

Merawat
pesakit
menggunakan
kaedah
psikologi disamping ubatubatan,
klien
yang
menghadapi
masalah
yang serius, berlandaskan
etika, mempunyai proses,
teori
sebagai
garis
panduan
pelaksanaan,
menggunakan kemahirankemahiran kaunseling

Menolong
klien
mengenal diri, klien
yang normal dan tidak
memerlukan
ubatubatan, berlandaskan
etika,
mempunyai
proses, teori sebagai
garis
panduan
perlaksanaan,
menggunakan
kemahiran-kemahiran
kaunseling

Memberi bimbingan,
tunjuk ajar, tiada
syarat etika, tidak
melalui proses, tiada
teori
khusus,
menggunakan
kemahiran-kemahiran
kaunseling

KESIMPULAN
Berdasarkan penjelasan di atas dapatlah disimpulkan bahawa dalam
perhubungan
menolong
bolehlah
diklasifikasi
sebagai
perbezaan
perhubungan menolong yang profesional dan perhubungan menolong bukan
profesional. Psikoterapi dan kaunseling merupakan perhubungan menolong
yang profesional kerana ia melibatkan proses-proses, teknik-teknik
berasaskan teori-teori yang dijalankan oleh seorang yang profesional seperti
psikoterapis dan kaunselor. Ia juga dikatakan profesional kerana mempunyai
etika-etika yang perlu dipatuhi dan dijalankan dalam sesuatu seting yang
dibenarkan sahaja. Manakala perhubungan menolong dalam bimbingan
tergolong dalam bukan profesional kerana ia tidak melibatkan proses dan
pengendalinya juga tidak memerlukan seorang yang profesioal.
Psikoterapi dan kaunseling dapatlah dibezakan melalui intervensi yang
dijalankan iaitu psikoterapi dijalankan kepada klien yang mempunyai
masalah kejiwaan yang lebih serius berbanding kaunseling yang dijalankan
kepada klien yang normal. Secara keseluruhannya adalah menjadi kesukaran
dalam membezakan antara psikoterapi dan kaunseling kerana dalam
kebanyakan bahan rujukan didapati perkataan psikoterapi biasanya
digandingkan dengan kaunseling dan terma bimbingan juga digandingkan
bersama dengan kaunseling. Ini membawa maksud bahawa ketiga-tiga
elemen ini saling berkait dan sukar untuk dibezakan hanya dari aspek-aspek
tertentu sahaja. Melalui pengertian ini bolehlah disimpulkan bahawa dalam
psikoterapi terdapat elemen kaunseling dan bimbingan, dalam kaunseling
terdapat elemen bimbingan tetapi dalam bimbingan tiada elemen
psikoterapi dan kaunseling.Walau bagaimana sekalipun, dalam usaha untuk
membezakan ketiga-tiga aspek ini iaitu psikoterapi, kaunseling dan
bimbingan terdapat juga suatu persamaan iaitu dari aspek kemahiran yang
digunakan dalam perhubungan menolong ini. Elemen-elemen kemahiran
seperti empati, membina perhubungan, kemahiran menyoal, kemahiran
mendengar, kemahiran interpersonal, kemahiran membuat refleksi,
kemahiran meneroka, kemahiran merumus dan sebagainya amat membantu
dalam ketiga-tiga perhubungan menolong ini. Dengan menggunakan

kemahiran-kemahiran tersebut dapat mengoptimakan keberkesanan dalam


menjalankan ketiga-tiga perhubungan menolong ini.

Anda mungkin juga menyukai