Anda di halaman 1dari 2

WAHABI itu ialah "MANUSIA/ FAHAMAN YANG MEMILIKI BANYAKKRITERIA-KRITERIA BERIKUT (yang kurang daripada

itu disebut CENDERUNG, yang kurang lagi disebut TIDAK DAPAT DIPASTIKAN dan setakat satu dua kriteria yang KURANG PENTINGsebagai BUKAN WAHABI):
1. Biasanya (*bukan semestinya) BIDAAH bagi mereka membawa hukum BERDOSA, tidak ada BIDAAH HASANAH (bidaah yang
baik), dan bidaah adalah SATU HUKUM selain daripada hukum-hukum sedia ada iaitu wajib, sunat, harus, makruh dan haram.
2. Biasanya melabelkan BIDAAH (yang membawa hukum berdosa) ke atas sambutan Maulidrurasul, kenduri tahlil arwah, bacaan Yaasin
pada malam Jumaat, berzikir dan berdoa beramai-ramai selepas solat fardhu dan lain-lain.
3. Biasanya bersandar kepada tokoh-tokoh seperti Syeikh al-Albani, Ben Baz, Fauzan, Utsaimin, Rabee dan lain-lain. Di negara ini
biasanya mereka bersandar kepada Dr. Asri, Rasul Dahri, Maszlee Malik, Hafiz Firdaus, Maulana Asri, Azwira dan lain-lain.
4. Biasanya di negara ini mereka gemar mengambil ilmu daripada laman-laman web seperti al-Ahkam.net (dah reda sikit dah), Darul
Kautsar, Institut al-Qayyim, INTIS, al-Nidaa, al-Fikrah.net dan lain-lain.
5. Biasanya mereka menentang keras kaum sufi, dunia tasauf dan jemaah-jemaah tariqat.
6. Biasanya mereka sangat tidak suka melakukan qunut ketika solat fardhu Subuh.
7. Biasanya mereka sangat tidak suka berzikir dan berdoa beramai-ramai selepas solat jemaah.
8. Biasanya mereka sangat terpengaruh dengan apa yang lemah, yang samar dan yang salah daripada Syeikh Ibnu
Taimiyah (yang benar daripadanya, kita juga sokong)
9. Biasanya tidak suka dengan keturunan Ahlul Bait.
10. Biasanya mereka sangat menyanjung perjuangan Syeikh Muhammad bin Abdul Wahhab dan para pengikutnya termasuklah bahagian
yang salah dan lemah.
11. Biasanya mereka menolak jemaah-jemaah Islam seperti Tabligh, Ikhwanul Muslimin, parti-parti Islam dan lain-lain. Jemaah-jemaah
ini kononnya pelengkap kepada 72 golongan yang salah daripada 73 golongan umat Islam. Dan 1 golongan yang terselamat itu ialah
mereka.
12. Biasanya mereka cuba mengaitkan tokoh-tokoh bukan berfahaman Salafi Wahabi dengan diri mereka menggunakan pelbagai helah
seperti Imam Abu Hassan al-Asyaari, Syeikh Abdul Qadir Jilani, Imam al-Ghazali, Tok Kenali dan lain-lain. Macamlah umat Islam tidak
kenal siapa tokoh-tokoh tersebut dan apa pegangan mereka.
13. Biasanya mereka menghukum kafir dan sesat kepada SELURUH penganut fahaman Syiah sama ada yang ekstrem ataupun tidak.
14. Biasanya mereka mengaitkan ajaran-ajaran sufi dengan Syiah dan Ahbash.
15. Biasanya mereka akan mengumpan orang baru dengan menunjukkan mereka pejuang paling aktif menentang pengaruh Syiah dan
menambah-nambah cerita untuk menunjukkan betapa bahayanya fahaman Syiah di sekitar kita dan betapa pentingnya agar kita bersatu di
dalam dakwah mereka. Kemudian barulah diterapkan sedikit demi sedikit fahaman Salafi Wahabi.
16. Biasanya mereka bersikap lunak dengan para sekularis (dan liberal), lebih-lebih lagi jika pihak tersebut mempunyai kuasa.
17. Biasanya mereka menyebarkan pembohongan kononnya SALAF TAK TAKWIL, KHALAF TAKWIL. (padahal banyak juga
salaf yang takwil)
18. Biasanya menolak ilmu tauhid Sifat 20, Imam Asyaari dan mazhab Asyairah.
19. Biasanya bergantung kepada Tauhid Uluhiyyah, Tauhid Rubbubiyyah dan Tauhid Asma wa Sifat.
20. Biasanya bergaul rapat dengan golongan Salafi Wahabi.

21. Biasanya menolak pilihanraya, parti-parti Islam dan demokrasi (kecuali apabila mereka ada kepentingan).
22. Biasanya suka mengaitkan apa saja yang buruk dalam agama Islam dengan Syiah walaupun kadang-kadang memang tiada sebarang
kaitan.
23. Biasanya membenci Dakwah Tajdid Sebenar (Tajdid Segar).
24. Biasanya mereka menjisimkan Allah, ataupun samar-samar- antara menjisimkan dengan tidak.
25. Biasanya mereka percaya bahawa Allah terpengaruh dengan tempat, ruang dan arah. Padahal Allah berlawanan dengan makhluk. Apa
saja yang terpengaruh dengan tempat, ruang dan arah ialah makhluk. Awas, jangan kita tersembah makhluk, ataupun tersembah Allah
yang bercampur dengan makhluk. Sembahlah Allah SAHAJA."

KESUDAHANNYA
Selepas ini janganlah ada lagi MADAH BERHELAH seperti:
Saya bukan Wahabi, Wahabi di Arab Saudi.
Saya bukan Wahabi. Wahabi ialah para pengikut Muhammad bin Abdul Wahhab.
Saya bukan Wahabi. Wahabi tidak bermazhab. Padahal saya bermazhab, malah saya mengajar kitab fiqh Imam Syafie.
Saya bukan Wahabi. Wahabi menolak Ikhwanul Muslimin termasuklah Qardhawi. Saya penyokong fiqh Qardhawi. Mana boleh saya dicop
Wahabi.
Saya bukan Wahabi. Wahabi tidak berjemaah padahal saya berada dalam Jemaah Islah Malaysia (JIM) dan PAS.
Kayu ukur kami bukannya belajar di Saudi, bukannya pengikut Muhammad bin Abdul Wahhab, mengajar kitab mazhab Syafie, menyokong
Qardhawi, ada jemaah ataupun lain-lain. Kayu ukur kami ialah SENARAI CIRI-CIRI WAHABI sebagaimana yang tertera di atas tadi. Jika
seseorang itu memiliki banyak daripada ciri-ciri itu, maka itulah WAHABI YANG KAMI MAKSUDKAN, bukan yang lain

Anda mungkin juga menyukai