Anda di halaman 1dari 25

1.

0 Pengenalan
Negara Palestin terletak di bahagian barat daya negara Syam yang memanjang ke kawasan
persisiran pantai di sebelah Timur Laut Mediterranean. Kedudukan Palestin dianggap
strategik kerana ia merupakan tempat perhubungan antara benua Asia dan Afrika dan
dijadikan sebagai titik pertemuan antara dunia-dunia negara Islam. Menurut kajian arkeologi
yang dikaji oleh para sejarawan, Kota Jericho merupakan kota pertama yang dibina di
sebelah Timur Laut Palestin dalam lingkungan masa lebih kurang 8000 tahun S.M.
Penduduk yang tinggal menetap di Palestin kebanyakannya terdiri daripada keturunan
kabilah Arab seperti Kanan, Umuriah, Palestin, dan kabilah-kabilah Arab yang menetap di
Palestin sebelum dan selepas era pembukaan Islam. Penduduk yang berasal daripada
keturunan yang berlainan ini bergabung di bawah satu ikatan iaitu agama Islam dan bahasa
Arab yang menyatupadukan mereka.
Palestin memiliki kedudukan geografi yang sangat strategik, iaitu terletak di kawasan
pertengahan negara-negara Arab. Tempat ini merupakan tempat turunnya agama Samawi,
tempat peradaban kuno muncul, menjadi jambatan aktiviti dan penyusupan tentera pada era
yang berbeza. Oleh itu, Palestin adalah tempat yang istimewa berbanding dengan tempat
lain. Lokasi strategik membolehkan negara ini menjadi penghubung pelbagai benua lain di
dunia. Selain itu, negara Palestin menjadi pintu masuk bagi perjalanan ke tempat-tempat
negara jiran.
Nama Israel berasal daripada kitab Bible Ibrani. Tanah Israel memiliki kawasan agama
Yahudi yang paling penting seperti Kuil Pertama dan Kuil Kedua Solomon, Raja terkenal
Yahudi. Oleh hal yang demikian, tanah Israel merupakan sebuah tanah yang penuh dengan
keistimewaan. Kehadiran orang-orang Yahudi merosot semasa pemerintahan Assyria,
Babylon, Parsi, Yunani, Rom Byzantine dan Sassanid terhadap mereka akibat pengusiran
beramai-ramai dan akibat kegagalan pemberontakan Bar Kokhba terhadap empayar Rom
pada tahun 132 M. Walaubagaimanapun, kedatangan orang-orang Yahudi masih beterusan.
Sebahagian penduduk Yahudi berpindah ke Galilea, Mishnah, Talmud dan Jurusalem.
Kemudian,

selepas mengalahkan empayar Byzantine, Islam menakluk tempat tersebut

pada tahun 638 M.Tampuk pemerintahan kawasan ini senantiasa mengalami penukaran
sehinggalah menjadi sebahagian empayar Mamluk dan seterusnya sebagai Empayar Turki
Uthmaniyyah pada tahun 1517 M.
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) telah membuat keputusan untuk
membahagikan daerah mandat British-Palestin. Negara-negara timur tengah dan negara
Islam menentang dengan tegas terhadap keputusan ini. Menurut Pertubuhan BangsaBangsa Bersatu (PBB), orang Yahudi berhak mendapatkan 55% daripada seluruh tanah

wilayah tersebut manakala Baitulmuaqaddis yang menjadi bandar suci orang Yahudi,
Muslim dan Kristian dijadikan sebagai bandar kebangsaan.Negara Israel telah ditubuhkan
pada 14 Mei 1948. Namun demikian, Israel menghadapi serangan yang dilancarkan dari
tentera pakatan Lubana, Syria, Jordan, Mesir, Iraq dan negara Arab yang lain selepas sehari
pengisytiharan penubuhan. Israel telah mengalahkan tentera bersekutu Arab dan merampas
sebanyak 70% wilayah di bawah kekuasaan Palestin. Kekuasaan Israel menjadi lebih kuat
dari masa ke masa dan mula bertapak di bumi Arab.
Perhubungan antara kedua-dua negara Palestin dan Israel telah wujud sejak zaman
kegemilangan Islam dan berterusan sehingga ke hari ini. Isu yang berkaitan dengan Israel
sudah wujud pada zaman kemerosotan kerajaan Turki Uthmaniyyah. Hubungan Israel
dengan Palestin secara langsung melibatkan hubungan dengan negara-negara Arab.
Negara Israel dan Palestin menjalinkan hubungan dari segi politik telah menghasilkan
berbagai-bagai jenis perjanjian sama ada mengenai ekonomi dan politik. Negara Arab
pernah berusaha mencari ikhtiar untuk menangani kekangan ini dengan mencadangkan
pendamaian antara kedua-dua intiti politik. Raja Saudi, Raja Fahd telah mengeluarkan
cadangan supaya mengadakan satu pendamaian antara kedua-dua pihak untuk
menamatkan konflik ini tetapi telah ditentang oleh Presiden Amerika Syarikat masa itu,
Ronald Reagan. Perjanjian Sykes-Picot Agreement yang ditandatangani antara pihak barat
dan Israel secara rahsiah tanpa pengetahuan Arab Saudi telah mengetatkan hubungan
antara kedua-dua negara.
Selain itu, Orang Yahudi mempunyai hubungan agama dan kepercayaan dengan
rakyat di Palestin. Punca utama yang mengakibatkan isu konflik berlaku disebabkan
perebutan kawasan wilayah. Contohnya, orang Yahudi telah bertindak melancarkan
serangan ke atas tempat-tempat suci agama Kristian dan Islam pada tahun 1967. Kawasan
seperti Jericho, Qumran, Sungai Jordan, Bethlehem dan Baitulmauqaddis adalah tempat
suci umat Kristian yang dikuasai oleh orang Yahudi. Tempat suci umat Islam juga tidak
terkecuali dalam penguasaan masyarakat Yahudi yang mencetuskan konflik besar.
Misalnya, Masjid Al-Aqsa, Kubah Al-Sakhra dan makam-makam para anbia di Khalil. Rakyat
Palestin sebanyak 150 000 menjadi pelarian dari kawasan Tebing Barat ke Jordan kesan
daripada serangan peperangan yang berlaku pada tahun 1967.
Proses Damai Oslo seperti Perjanjian Kaherah, Perjanjian Toba, Perjanjian Sharm alSheikh merupakan bukti-bukti wujudnya hubungan dua intiti politik dalam hal ehwa politik
dan ekonomi. Walaubagaimanapun, rundingan dan musyawarah berkenaan tidak berkesan
kerana tidak berupaya menyelesaikan konflik yang menjadi serius dari masa ke masa ini.
Dalam pada itu, penggabungan ekonomi antara negara Israel dengan Palestin berlaku.

Israel berpendapat bahawa dasar-dasar ekonomi mereka di Palestin dapat membantu


dalam pembangunan ekonomi. Sebenarnya, Palestin telah diekspoloitasikan oleh Israel
kerana mereka telah menjadikan orang Palestin sebagai orang bawahan atau pekerja
buruh. Rakyat Palestin diibarat tidak dapat berdiri di atas kaki sendiri dari aspek ekonomi.
Banyak rakyat Palestin telah diambil dari Tebing Barat untuk bekerja dalam sektor
pembinaan dan pertanian. Penduduk Palestin terpaksa bergantung kepada ekonomi Israel
dalam sektor perindustrian kerana 90 peratus barangan diimport dari Israel dan barangan
dari wilayah yang diduduki pula menjadi pasaran eksport kedua terbesar bagi Israel.

2.0 Konflik Israel dan Palestin


Konflik Israel dan Palestin merujuk kepada satu persengketaan yang masih berlaku dan
belangsung sehingga tidak kehabis-habisan antara kedua-dua negara timur tengah, iaitu
Israel dan Palestin yang merupakan sebahagian daripada konflik Arab-Israel yang terbesar
di seantero dunia. Secara umumnya, pertelingkahan yang berlaku pada masa kini merujuk
kepada pertikaian antara dua kumpulan politik yang mempunyai ideologi yang berlainan
dalam tuntutan ke atas kawasan tanah yang sama. Pelbagai usaha dan kaedah telah
digunakan serta diterapkan ke dalam usaha penyelesaian masalah pertikaian yang berlaku
serius di negara timur tengah ini.
Menurut tinjauan pendapat dari pelbagai pihak masyarakat, kebanyakan orang Israel
dan Palestin bersetuju bahawa sebuah penyelesaian dua negara merupakan cara yang
terbaik dan berkesan untuk menghentikan konflik yang melanda dunia ini. Konflik ini
merangkumi berbagai-bagai aspek seperti politik, ekonomi, sosial, dan agama. Rundingan
pernah berlaku di antara kedua-dua pihak negara tetapi tidak membawa kesan yang positif.
Oleh itu, masalah ini masih belum mencapai jalan penyelesaian yang berkesan.
Konflik yang melanda kedua-dua negara ini menjadi lebih serius apabila kuasa-kuasa
barat masuk campur tangan sama ada secara langsung atau tidak langsung. Pertikaian
yang berlaku di Israel dan Palestin melibatkan kuasa secara langsung dan tidak langsung
daripada antarabangsa. Misalnya, negara barat yang terbabit dan masuk campur tangan
ialah negara Amerika Syarikat, Britain dan lain-lain lagi. Kuasa barat mempunyai muslihak
yang tersembunyi ibarat ada udang di sebalik batu. Mereka mempunyai matlamat tersendiri
dalam konflik Israel-Palestin dan bukannya sekadar-kadar untuk menghulurkan bantuan
pertolongan dan memberi belas kasihan kepada kedua-dua negara sahaja.

3.0 Faktor-Faktor Berlakunya Konflik antara Israel dan Palestin


3.1 Faktor Agama
Salah satu sebab yang membangkitkan isu antara Israel dan Palestin ialah faktor
keagamaan. Golongan Israel telah menubuhkan satu gerakan yang bernama gerakan
Zionisme sebagai satu gerakan keagamaan yang dijalankan oleh orang Yahudi. Keadaan ini
menyebabkan mereka berusaha dengan penuh kesungguhan dalam mendapatkan negara
atau kawasan untuk dijadikan sebagai pusat penyebaran agama mereka. Kawasan Palestin
dipilih untuk dijadikan pusat penyebaran agama mereka kerana Palestin merupakan tempat
diturunnya kitab Injil dan berlakunya kisah-kisah yang dialami oleh Nabi Ibrahim A.S dan
Nabi Musa A.S.
Konflik kedua-dua negara tersebut mula berlaku selepas Israel menyertai diri dalam
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) . Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu memberi
cadangan supaya 100 000 rakyat Palestin dimasukkan dan dijadikan sebagai warganegara
Israel dalam usaha mencari jalan penyelesaian kepada kekangan pelarian yang terdiri
daripada golongan Tahudi. Walaubagaimanapun, cadangan ini telah ditentang dan ditolak
mentah-mentah oleh orang Yahudi kerana mereka inginkan negara Israel dihuni oleh orang
yang beragama Yamahudi sahaja. Golongan lain terutamanya golongan yang beragama
Islam tidak diterima dan disukai oleh mereka. Isu perebutan tanah yang berlaku di Palestin
telah mencetuskan konflik antara Israel dan Palestin. Tanah di Palestin diangga tanah suci
bagi orang Yahudi dan mempunyai segala hak ke atas tanah tersebut. Hal ini telah
mencetuskan perselisihan faham antara kedua-dua negara dan akhirnya berlaku
peperangan secara tidak berhenti-hentian.

3.2 Faktor Ekonomi


Terusan Suez merupakan sebuah terusan buatan manusia yang terbesar terletak antara
Mesir dan Semenanjung Sinai dengan kepanjangan 163 kilometer dan kelebaran 300m. Ia
berfungsi antara Pelabuhan Said di Laut Mediterranean dan Suez di Laut Merah. Terusan
Suez berfungsi membenarkan laluan air secara dua hala serta menjadi kepentingan antara
Eropah dan Asia tanpa mengelilingi benua Afrika. Ia menggabungkan bahagian Utara dan
Selatan tasik besar Bitter yang menyambungkan Laut Mediterranean hingga ke Teluk Suez
di Laut Merah.
Tindakan Mesir memiliknegarakan Terusan Suez melalui ucapan Gamal Abdul Naseer
pada ketika itu mengakibatkan ketidakpuasaan beberapa pihak yang memiliki kepentingan
masing-masing. Kesan daripada itu, Israel melancarkan peperangan ke atas Mesir dan

seterusnya menyebabkan konflik antara kedua-dua negara ini menjadi lebih sengit dan
ketat. Keadaan ditambah buruk lagi apabila pihak lain turut mengambil kesempatan dalam
hal tersebut. Negara Israel mempunyai kepentingan dari segi ekonomi terhadap Terusan
Suez, iaitu menjadi laluan utama bagi mengangkat bahan-bahan senjata perang yang
diimport dari Perancis. Hal ini menjadi faktor utama dalam usaha untuk menyekat dan
menghalang pengaruh Mesir di kawasan tersebut dan secara tidak langsung menjadikan
hubungan antara kedua-dua kuasa semakin rumit dan tercabar.

3.3 Faktor Ideologi Zionisme


Seorang wartawan Yahudi, Theodor Herzl yang berasal dari Austria membawa ideologi
Zionisme dalam agenda dunia pada akhir abad ke-19. Herzl dan rakannya berpendapat
bahawa keyahudian adalah sebagai sebuah nama ras dan bukannya sebuah masyarakat
beriman. Menurut Theodor, orang-orang Yahudi dijadikan sebagai sebuah ras terpisah dari
bangsa Eropah dan menyebabkan mereka tidak dapat hidup bersama-sama antara satu
sama lain. Oleh itu, pembinaan dan pembangunan tanah air sendiri amat penting dan
bermakna bagi mereka.
Uganda dicadangkan oleh Theodor Herzl untuk dijadikan sebagai tempat atau negara
golongan Yahudi pada awalnya tetapi kemudiannya beliau telah membuat keputusan
supaya Palestin dijadikan negara bagi orang Yahudi. Beliau mengambil tindakan ini kerana
Palestin dianggap sebagai tanah air bersejarah bagi orang Yahudi. Dalam pada itu, ideologi
Zionisme mengatakan bahawa keamanan dan kesentosaan antara bangsa-bangsa lain tidak
wujud. Keadaan ini mengakibatkan konflik antara Palestin dan Israel berlangsung sehingga
mencapai satu masa yang agak panjang dan menjadikan keadaan di negara Palestin
senantiasa berada dalam keadaan kucar-kacir dan huru-hara.

3.4 Faktor Sejarah


Salah satu faktor yang mencetuskan konflik perebutan tanah antara negara Palestin dan
Israel secara tidak berhenti-hentian adalah dari aspek sejarah. Kejadian pemerintahan ke
atas kawasan Palestin oleh golongan Bani Israel pada masa sebelumnya menjadi dorongan
utama kepada mereka untuk mendapatkan kembali tanah Palestin. Bani Israel telah
memberi hujah bahawa mereka mempunyai kelayakan yang sepenuhnya dalam memerintah
tanah Palestin kerana mereka lebih lama bertapak dan bersinggah di Palestin. Namun
demikian, satu kajian sejarah pula menunjukkan bahawa zaman pemerintahan Bani Israel
ke atas kawasan Palestin begitu singkat bagi tempoh masanya, iaitu tidak melebihi 4 kurun

tetapi kerajaan Islam telah memerintah Palestin selama 12 kurun. Golongan Israel yang
majoritinya terdiri daripada orang Yahudi telah pun keluar dari tanah Palestin dan
memutuskan hubungan dengan Palestin selama 18 kurun.
Walaubagaimanapun, golongan Israel yang kebanyakannya terdiri daripada golongan
Yahudi datang kembali untuk menuntut hak mereka ke atas tanah Palestin dan memberi
kenyataan bahawa tanah itu adalah hak milik mereka sejak awal lagi seterusnya mengusir
keluar penduduk yang menetap di Palestin dengan biadab oleh rejim Zionis pada tahun
1948. Keadaan ini menjadi penyebab berlakunya konflik antara Israel dan Palestin sehingga
berlaku isu-isu ketidakamanan seperti kekacauan dan peperangan berpanjangan.

3.5 Faktor Perebutan Tanah


Isu perebutan tanah antara kedua-dua negara Israel dan Palestin berlaku disebabkan
kepercayaan yang dipegang oleh golongan Zionis yang khususnya terdiri daripada orang
Israel percaya bahawa tanah Palestin, khususnya Jurusalem, merupakan sebuah tempat
suci bagi agama Yahudi dan mereka berhak ke atas tanah tersebut. Orang Yahudi
menekankan prinsip kebebasan beragama dan tidak ada anasir paksaan dalam menganuti
agama. Namun demikian, orang Yahudi sendirilah yang tidak memegang dan mematuhi
prinsip-prinsip agama tersebut serta melakukan kezaliman dan kekerasan ke atas penduduk
Palestin. Tamsilnya, kejadian pengusiran secara paksaan, rampasan tanah, harta, dan lainlain kezaliman yang mereka lakukan.
Pandangan golongan Islam berbeza dengan golongan Yahudi Israel yang menafikan
hak dan tuntutan orang Yahudi terhadap kawasan Palestin. Masyarakat Islam mengatakan
bahawa tanah Palestin terutamanya kawasan Jurusalem merupakan tempat suci bagi umat
Islam. Ia merupakan kiblat pertama bagi umat beragama Islam dalam menjalankan ibadat
solat. Sejajar dengan itu, tempat ini dipercayai tempat terjadinya mukjizat terbesar yang
dialami oleh Nabi Muhammad s.a.w, iaitu Isra Mikraj, perjalanan malam dari Masjid Haram di
Mekah menunju Masjid Aqsa di Jurusalem, kenaikannya ke langit, dan kembali lagi ke
Masjid haram.

4.0 Kesan Konflik Antara Israel dan Palestin


4.1 Kesan Terhadap Pendidikan
Menurut kajian daripada Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), hasil laporan telah
menunjukkan bahawa hampir 40 000 kanak-kanak Palestin di kawasan Gaza tidak
mempunyai sekolah untuk menuntut pelajaran. Hal ini berlaku atas sekatan yang dilakukan
oleh Israel terhadap Palestin yang kini sudah memasuki tahun kelima. Kesan daripada
pertelingkahan antara Israel dengan Palestin di Gaza, hampir 82 peratus sekolah kerajaan
terpaksa beroperasi dalam dua sesi persekolahan,iaitu dari awal pagi hingga ke petang
malam untuk menampung jumlah pelajar yang banyak atas kekurangan sekolah.
Dalam pada itu, sebanyak 250 pelajar dan 15 orang guru telah terbunuh semasa sesi
pembelajaran dijalankan dalam serangan Israel terhadap Palestin. Bagi kanak-kanak yang
hidup dalam serangan tersebut, mereka telah manghadapi masalah yang serius seperti
kehilangan ahli keluarga lain, rumah tempat tinggal mereka sudah dibom dan diroboh, dan
berkemungkinan besar menghadapi penyakit trauma. Laporan daripada Bank Dunia
menunjukkan bahawa sebanyak 80 peratus pelajar Palestin di Gaza gagal dalam
peperiksaan Matematik manakala sejumlah 40 peratus pelajar sekolah gagal dalam subjek
bahasa ibunda mereka sendiri, iaitu bahasa Arab. Pelbagai sekolah di Gaza telah musnah
dan roboh termasuklah 18 buah yang musnah teruk. Sekatan dikenakan untuk mengelakkan
aktiviti pembinaan sekolah baharu dijalankan oleh Palestin. Israel tidak membenarkan bahan
binaan seperti simen dan keluli dibawa masuk ke Gaza atas alasan ia boleh digunakan oleh
puak Hamas untuk membina terowong.
Sejajar dengan itu, sekolah di bawah kelolaan Agensi Pemulihan dan Kerja
Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (UNRWA) dan dua sekolah kerajaan musnah akibat
dibedil oleh pasukan tentera Israel. Bedilan peluru Israel mengenai pintu pagar sekolah
UNRWA di Rafah menyebabkan sekurang-kurangnya sembilan orang termasuk wanita dan
kanak-kanak maut dan 45 lagi menghadapi kecederaan yang serius. Selain itu, Israel
melancarkan serangan ke atas sebuah sekolah di Jabalia dan menyebabkan sekurangkurangnya 15 orang termasuk empat kanak-kanak mati dalam serangan tersebut. Ekoran
daripada itu, pembangunan semula dalam sektor pendidikan negara Palestin menghadapi
cabaran yang besar. Penutupan sekolah telah meningkatkan kadar keciciran dan seterusnya
menganggu proses pembelajaran. Selain sekolah kerajaan, pendidikan tinggi, iaitu universiti
juga terpaksa ditutupkan atas kekurangan prasarana pembelajaran.

Kebanyakan kawasan di Al-Atatra musnah dalam peperangan. Kebanyakan pelajar


kehilangan ahli keluarga atau rumah mereka. Mereka cuba menghindari kematian dan
kemusnahan dengan datang ke sekolah, tetapi mereka terkejut apabila mendapati sekolah
mereka juga musnah. Di samping itu, kebanyakan pelajar tidak dapat menumpukan
konsentrasi yang secukupnya kepada pelajaran semasa sesi pengajaran dan pembelajaran
(P&P). Sebagai contoh, terdapat sekurang-kurangnya 35 pelajar dalam setiap kelas. Ini
memberi kesan besar kepada pelajar, iaitu menyebabkan prestasi mereka lemah dan tidak
aktif dalam perbincangan. Kebanyakan daripada mereka mengalami trauma serta
senantiasa panik dan hilang tumpuan semasa guru sedang mengajar di depan bilik darjah.
Hal ini demikian kerana mereka takut akan serangan pasukan tentera Israel yang kejam dan
keras.

4.2 Kesan Terhadap Manusia


Peperangan yang kerap berlaku di kawasan timur tengah telah mengorbankan nyawa
manusia yang tidak bersoda di merata-rata tempat. Mereka hanyalah orang biasa sahaja
dan tidak mempunyai sebarang senjata. Orang awam yang tidak bersalah seperti kanakkanak, wanita, dan orang tua dibunuh tanpa dedikasi dan berperikemanusiaan oleh tentera
penceroboh. Mangsa peperangan mengalami penderitaan akibat kehilangan orang yang
tersayang bagi mereka seperti ahli keluarga ekoran daripada keganasan dan kezaliman
yang dilakukan oleh pihak penceroboh. Sesetengah penduduk yang tidak terbunuh diseksa
dengan teruk dan kejam oleh pasukan tentera penceroboh sehingga mengalami kecacatan
yang kekal.
Kekejaman tentera penceroboh ini dapat dilihat apabila mereka melakukan serangan
tanpa mengira tempat dan keadaan. Mereka melancarkan serangan terhadap sekolahsekolah kerajaan dengan sesuka hati sahaja dan mengakibatkan banyak nyawa terkorban
yang kebanyakannya terdiri daripada para pelajar yang tidak berdosa. Mereka sentiasa
mencari peluang untuk menghancurkan kawasan yang mempunyai komuniti masyarakat
padat. Salah seorang doktor dari Norway telah ditugaskan untuk merawat mangsa di Gaza.
Beliau telah mengatakan bahawa pasukan tentera Israel menggunakan sejenis senjata yang
mengandungi unsur yang boleh membunuh seseorang dengan kadar perlahan dalam
lingkungan masa 6 bulan pesakit terkena serangan tersebut.

4.3 Kesan Terhadap Ekonomi

Negara yang terbabit dalam peperangan secara langsung akan menjejaskan ekonomi
negaranya sehingga menjejaskan pembangunan sesebuah negara. Penduduk tempatan
terpaksa melepaskan pekerjaan mereka yang sedia ada semata-mata untuk beperang
dalam memelihara keamanan negara. Kesannya, aktiviti-aktiviti ekonomi seperti pertanian,
perdagangan, pelancongan dan lain-lain lagi tidak dapat berjalan dengan lancar. Pelabur
asing akan menarik semula semua dana yang telah disuntik dan dilabuh ke dalam ekonomi
negara Israel dan Palestin. Kebanyakan pemilik firma telah membuat keputusan untuk
memberhentikan operasi firma dan kembali pulang ke negara asal mereka kerana tidak
berkeupayaan menanggung kos operasi. Ini akan menyebabkan negara yang terbabit
mengalami kerugian yang agak besar. Kadar penggangguran dalam kalangan penduduk
mengalami peningkatan dari semasa ke semasa seterusnya menyebabkan pembangunan
negara terganggu.

4.4 Kesan Terhadap Harta Benda


Peperangan telah mengakibatkan kemusnahan harta benda awam manusia. Tempat tinggal
orang awam yang tidak berdosa dihancurkan oleh letupan bom semasa peperangan.
Mereka terpaksa melarikan diri dari satu tempat ke tempat yang lain untuk mengelakkan diri
daripada menjadi mangsa semasa peperangan berlaku. Jambatan dan bangunan pencakar
langit yang dibina berjuta ringgit diroboh dalam masa sekelip mata akibat peperangan. Hal
ini telah menyebabkan kerajaan dan para penduduk menghadapi kerugian yang besar.
Menurut laporan, sebanyak 1.5 juta penduduk yang tinggal di rumah kediaman
mereka sendiri menghadapi masalah kekurangan belakan air. Laporan OCHA mengatakan
bahawa penduduk di Gaza hanya mendapat dua jam bekalan elektrik sahaja pada setiap
hari. Peperangan antara Israel dan Palestin telah membawa banyak implikasi yang serius
terutamanya kemusnahan dari segi bahan binaan. Sebanyak 141 sekolah dan lima hospital
dimusnahkan dan terpaksa ditutup atas kerosakan yang berat sejak serangan Israel ke atas
kawasan Gaza. Dalam pada itu, 10 690 rumah musnah dengan keadaan yang teruk
manakala 5435 rumah menghadapi kerosakan sederhaan dan masih lagi boleh didiami oleh
penduduk Palestin. Kanak-kanak berlumba-lumba berulang alih dari rumah ke sekolah
setiap hari kerana takut menjadi mangsa pada bila-bila masa sahaja.

4.5 Kesan Dari Segi Bahan Kimia


Kesihatan penduduk terjejas kesan daripada penggunaan senjata yang mengandungi
bahan-bahan kimia dan biologi dalam peperangan antara negara Israel dan Palestin. Orang

Tua dan kanak-kanak merupakan orang yang paling berpotensi untuk menghidap penyakit
tersebut. Kesihatan penduduk setempat akan mengalami masalah yang besar dan semakin
merosot dan seterusnya menjejaskan pembangunan negara. Sehubungan dengan itu,
kebakaran yang berlaku atas letupan bom dari pihak penceroboh akan mengakibatkan
pencemaran udara yang serius serta membawa berbagai-bagai kesan sampingan kepada
kesihatan manusia. Pelepasan bahan-bahan yang mengandungi unsur radioaktif akan
mengakibatkan masalah kepada zuriat manusia seperti kecacatan pada generasi yang akan
datang.
Bahan kimia yang terkandung dalam senjata pasukan tentera telah membimbangkan
masyarakat wanita yang menetap di kawasan peperangan. Hal ini demikian kerana doktordoktor yang ditugaskan di bandar Gaza telah melaporkan bahawa kecacatan dalam
kelahiran bayi telah mengalami peningkatan secara mendadak. Tamsilnya, seorang wanita
Gaza yang bernama Dalal Al-Agh didapati melahirkan bayi yang tidak sempurna di Hospital
Al-Shifa di Bandar Gaza City. Bayi itu sukar bernafas, tangannya pendek, kaki dan
hidungnya rata. Kecacatan kelahiran bayi itu adalah kesan langsung daripada pendedahan
kepada bahan kimia yang dilepaskan menerusi senjata-senjata peperangan.

4.6 Kesan terhadap Emosi


Peperangan yang berlaku akan mengundang kepada gangguan emosi yang teruk terhadap
orang awam yang tidak berdosa terumanya terhadap kanak-kanak yang sedang mengalami
proses pembesaran ke tahap remaja. Ganggaung emosi akan dihadapi oleh kanak-kanak
yang dibesarkan dalam keadaan yang kucar-kacir sekiranya tidak mendapat rawatan yang
berkesan. Hal ini demikian kerana mereka telah mendedah kepada anasir-anasir yang
negatif seperti kekejaman yang dilakukan oleh pasukan tentera penceroboh terhadap ahli
keluarga tersayang mereka dan sebagainya. Sehubungan dengan itu, kebanyakan kanakkanak yang masih hidup berkemungkinan besar menghadapi masalah kecacatan dari segi
mental dan fizikal. Peristiwa hitam sebegini pasti memberi kesan yang mendalam dalam
ingatan dan sanubari mereka untuk selamanya.
Ketua Program Psikologi Jabatan Kesihatan Palestin di Gaza, Fadel Abu Hayyin
mengatakan bahawa lebih daripada 100 000 kanak-kanak di Palestin menghadapi masalah
dari segi psikologi akibat peperangan yang melanda mereka. Beliau juga memberi hujah
bahawa kesan masalah ini lebih besar daripada kapasiti perkhidmatan, dan institusi khusus
lainnya di kawasan persisiran. Beberapa gejala mula berlaku dalam kalangan kanak-kanak
negara Palestin. Mereka tidak dapat menumpukan konsentrasi yang secukupnya dalam
pembelajaran di sekolah, prestasi peperiksaan mereka merosot, enggan pergi ke sekolah

sejak pasukan tentera Israel mengadakan sekatan-sekatan jalan.Sebilangan besar kanakkanak di Gaza didapati kekurangan gizi makanan yang seimbang kerana pengepungan
tentera Israel yang berterusan tanpa berhenti-hentian.

5.0 Langkah-Langkah Untuk Membebaskan Palestin


5.1 Kepentingan Palestin dan Baitul Maqdis diterapkan
Umat Islam digalakkan supaya sedar bahawa Baitul Maqdis dan kawasan Palestin adalah
penting dan bermakna kepada agama Islam. Umat Islam wajarlah menghargai kedua-dua
kawasan yang dianggap suci. Hal ini demikian kerana Baitul Maqdis merupakan tempat
berlakunya Israk dan Mikraj, iaitu tempat Nabi Muhammad s.a.w bertemu dengan Allah s.w.t.
Baitul Maqdis menjadi tanah perantaraan dalam peristiwa itu. Ketibaan Nabi Muhammad
s.a.w di Baitul Maqdis memberi implikasi yang cukup besar terhadap umat Islam dan secara
tidak langsung membuktikan bahawa ia merupakan satu rantau yang penting dalam
masyarakat Islam.
Menurut Al-Qaradawi, Allah s.w.t telah menjadikan Baitul Maqdis sebagai
persinggahan terakhir Nabi Muhammad s.a.w di bumi sebelum baginda menjalani fasa yang
kedua, iaitu Mikraj. Tempat pengiktirafan Nabi Muhammad s.a.w sebagai rahmatan li alalamin terletak di Baitul Maqdis, di mana baginda menjadi iman solat terhadap seluruh para
anbiya yang membuktikan bahawa bagindalah merupakan Nabi yang terakhir melalui kontek
Islam. Dalam pada itu, Baitul Maqdis merupakan kawasan Nabi Muhammad s.a.w dan para
sahabat Nabi mengadap wajah semasa menjalankan solat selama 16 hingga 17 bulan
selepas peristiwa Israk dan Mikraj berlaku. Baitul Maqdis juga merupakan tempat Qibla yang
pertama dalam Islam. Oleh itu, peristiwa-peristiwa yang berlaku telah membuktikan bahawa
betapa pentingnya Baitul Maqdis dan Palestin terhadap umat Islam. Orang Islam tidak boleh
memandang remeh soal Baitul Maqdis dan Palestin ini kerana ia bukan isu masyarakat Arab
semata-mata, tetapi ia merupakan isu bagi seluruh umat Islam di seantero dunia.
Pemerintahan Islam ke atas Palestin ketika zaman Saidina Umar al-Khattab, dan juga
ketika Salahuddin al-Ayyubi, rantau tersebut kembali kepada suasana yang aman dan
sentosa. Selain itu, Baitul Maqdis pada ketika itu terus didiami oleh masyarakat yang terdiri
daripada pelbagai bangsa dan agama dan agama Kristian pula menjadi penduduk majoriti.
Kejadian ini telah membuktikan sikap toleransi Islam terhadap agama lain, dan sikap hidup
bersama secara aman para pemimpin yang berpegang kepada ajaran Islam. Mereka juga
diberikan jaminan keselamatan dalam dokumen yang dikenali sebagai al-Uhda

al-Umariyyah, iaitu jaminan Umar terhadap keselamatan penduduk Baitul Maqdis pada
masa itu. Tuntasnya, kesedaran tentang kepentingan Palestin harus dipupuk dan dilahirkan
pada sanubari masyarakat Islam di dunia agar mereka dapat merasai pemilikan tanah
bersejarah itu merupakan hak milik umat Islam.

5.2 Ketidakgantungan Kepada Amerika Syarikat dan Sekutu


Amerika Syarikat dan sekutunya merupakan antara kuasa yang terbesar dalam menguasai
dunia pada globalisasi ini. Pelancaran perang ke atas pengganas merupakan strategik atau
dikatakan muslihak mereka untuk melumpuhkan Islam di dunia. Bak kata pepatah, ada
udang di sebalik batu. Kuasa besar Barat tidak mahu sesebuah negara kembali kepada
corak pemerintahan dan pentadbiran berasaskan agama Islam. Hal ini demikian kerana
mereka bimbang

kejadian ini mampu menjejaskan barat itu sendiri. Pergolakan antara

negara Israel dengan Palestin turut dikesan kerana kuasa barat berminat besar dalam
mengungguli kawasan Timur Tengah yang kaya dengan pelbagai hasil petroleum.
Sehubungan dengan itu, Amerika Syarikat turut membenarkan negara Israel membina
nuklear. Tindakan ini jelas dilihat dan sudah bercanggih dengan resolusi Pertubuhan
Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), yang ingin menjadikan kawasan Timur Tengah bebas
daripada sebarang serangan nuklear. Kedamaian dan keamanan tidak akan tercapai atas
sikap double-standard yang ditunjukkan. Penyelesaian konflik Israel dan Palestin tidak harus
melibatkan kuasa-kuasa dunia lain yang mempunyai banyak kepentingan peribadi ke atas
negara itu sendiri, melainkan sekiranya mereka betul-betul ikhlas mahu mencari ikhtiar untuk
membebaskan negara Israel dan Palestin daripada pertelingkahan.

5.3 Desakan Israel Untuk Mematuhi Resolusi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu


(PBB)
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) telah mengeluarkan banyak resolusi terhadap
Israel, tetapi Israel bersifat angkuh, serta tidak mahu tunduk kepala dan mengikuti apa yang
diputuskan di peringkat antarabangsa. Tamsilnya, Israel tidak mematuhi kehendak Resolusi
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) 487 (1981) yang berbunyi: Calls upon Israel to
place its nuclear facilities under the safeguard of the UNs International Atomic Energy
Agency. Mereka terus menunjukkan keangkuhan tidak mahu tunduk kepada apa yang telah
diputuskan di peringkat antarabangsa. Oleh hal yang demikian, umat Islam akan terus
berjuang dengan penuh kegigihan menentang kezaliman Israel untuk mengembalikan
keamanan seperti yang telah dikecapi semasa pemerintahan Islam. Inilah yang dilakukan

oleh Hamas, Hizbullah dan lain-lain kumpulan dalam usaha untuk memperjuangkan dan
memelihara nasib umat Islam Palestin.

5.4 Bebaskan Penganut Agama Yahudi Daripada Fahaman Zionis


Penubuhan kumpulan Zionis bermatlamat untuk mendirikan sebuah kerajaan Israel Raya.
Mereka yang berfahaman Nasionalis Sekular merupakan golongan yang menyokong
konsep Zionis. Oleh itu, segelintir masyarakat Yahudi mengatakan bahawa fahaman Zionis
adalah untuk menubuhkan negara Israel Raya tidak ada mengena dengan agama mereka.
Hal ini telah menyebabkan masyarakat dari Rabbi Yahudi berdiri menentang kewujudan
negara Israel itu sendiri. Daripada perspektif yang berlainan, pihak sekularis Yahudi pula
mempunyai pandangan yang berbeza. Masyarakat sekularis Yahudi berasa rendah diri,
serta merasakan mereka dihina atas ketidakwujudan sebuah negara yang merdeka bagi
mereka. Sehubungan dengan itu, mereka juga ditindas di negara barat dan dibuhuh oleh
Ardolf Hitler, pemerintah negara German semasa zaman perang dunia kedua.
Sesetengah pemimpin mereka telah memilih kawasan Palestin sebagai sebuah
tempat untuk dijadikan sebuah negara sekular Yahudi atas peristiwa hitam itu. Fahaman ini
telah mendominasikan seluruh bangsa Yahudi sehinggakan konsep Zionisme telah
mewarnai kehidupan agama mereka. Fahaman ini telah mempengaruhi pemikiran bangsa
Yahudi sehinggakan mereka menggunakan kaedah matlamat menghalalkan cara atau the
ends justify the means untuk melakukan kejadian yang dikira keras dan kejam, seperti
membunuh rakyat biasa Palestin, menghalau dan merampas harta benda orang awam dan
menjadikannya milik orang Yahudi.
Konklusinya, fahaman sekular harus dihapuskan dalam pemahaman masyarakat Yahudi
kerana ia telah mendatangkan pelbagai implikasi yang negatif terhadap manusia. Idea
sonsang dan fahaman Zionisme

mengakibatkan kucar-kacir berlaku khasnya di negara

timur tengah pada zaman globalisasi yang moden ini.

5.5 Pemerkasaan Badan-badan Setempat dan Internasional


Terdapat pertubuhan yang berfungsi mempertingkatkan kesedaran orang ramai tentang isu
yang melanda negara Palestin dan Israel di rantau Nusantara. Sesetengah pertubuhan

bersifat kepada unsur politik dan turut membincangkan soal yang berkaitan dengan konflik
Israel-Palestin yang menjadi lebih serius pada masa sekarang, manakala terdapat
pertubuhan yang bersifat badan bukan kerajaan (NGO). Sebagai seorang yang rasional, kita
haruslah mengelakkan diri daripada dijadikan sebagai alat untuk sesuatu agenda politik
pihak-pihak tertentu yang akan merugikan idealisme perjuangan Islam.

Kita perlu bersikap hat-hati terhadap pihak-pihak yang berkepentingan kepada aspek
politik untuk mengelakkan mereka daripada bertindak lebih kritikal. Oleh hal yang demikian,
kita akan menjadi lebih bebas dalam melakukan analisis dan pentaksiran secara berkesan
terhadap sesuatu gagasan dan seterusnya bertindak. Badan-badan yang sedia ada harus
melihat setiap perkara dengan menggunakan pendekatan bird eyes, iaitu menilai elemen
positif dan negatif bagi setiap pihak yang terbabit dalam konflik ini. Sudah tentu jika
pemerkasaan badan-badan tempatan dan internasional dijalankan secara berterusan dan
digembleng dengan baik, ia akan menambah kekuatan umat Islam dalam mengatasi isu-isu
global yang menyentuh hati dan perasaan umat Islam seantero dunia.

6.0 Tindakan Yang Diambil Untuk Mengatasi Masalah Ini


6.1 Kerajaan Malaysia
Nota bantahan terhadap konflik Israel dan Palestin telah diserahkan kepada Setiausaha
Agung Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB), Ban Kim Moon oleh kerajaan Malaysia,
dalam usaha untuk mengecam kezaliman Israel terhadap penduduk yang tinggal menetap di
kawasan Gaza yang menyebabkan hampir 376 rakyat Palestin terkorban dalam keadaan
yang keras pada Januari 2009 yang lalu. Dalam pada itu, nota bantahan yang sama juga
dihantar kepada Setiausaha Agung Pertubuhan Persidangan Islam (OIC), Ekmeleddin
Ihsanoglu dan Setiausaha Negara Amerika Syarikat (AS), Condoleeza Rice untuk meminta
serangan dan peperangan antara kedua-dua negara dihentikan dengan serta-merta.
Sejajar dengan itu, Sidang Parlimen khas mengenai isu Palestin diadakan pada 12
Januari 2009 bersamaan 15 Muharam 1430H oleh kerajaan Malaysia dengan segera untuk
menangani masalah yang serius ini. Persidangan ini telah diadakan dua kali oleh pihak
kerajaan Malaysia sejak tahun 1965. Persidangan ini bertujuan mengeluarkan langkahlangkah penyelesaian masalah dengan kadar segera serta menggesa pelbagai pihak dari
seantero dunia agar kekejaman rejim Zionis terhadap rakyat Palestin ditamatkan dengan
segera.

Kerajaan Malaysia telah mengumpul dan menyumbangkan dana kewangan sebanyak


US$1 Juta dalam usaha untuk membantu penduduk Palestin yang terbabit dalam konflik
Israel-Palestin sejak belakangan ini. Wang itu disalurkan menerusi Mercy Malaysia bagi
menyediakan bantuan berkenaan seperti bekalan makanan dan minuman yang diperlukan
oleh mangsa-mangsa peperangan. Kelengkapan seperti peralatan dan barangan akan dibeli
di Mesir untuk dibawa ke Gaza melalui pintu sempadan di Rafah dengan menggunakan
bantuan dana tersebut.

6.2 Non-Goverment Organisations (NGO)


6.2.1 Malaysian Medical Relief Society (MERCY)
Pertubuhan Bantuan Perubatan Malaysia (Mercy Malaysia) merupakan sebuah pertubuhan
bukan kerajaan (NGO) yang ditubuhkan pada tahun 1999. Pertubuhan ini memberi
konsentrasi dalam memberi pertolongan kemanusiaan. Segala aktiviti atau tindakan yang
dilakukan oleh Mercy Malaysia adalah mengikut piawaian antarabangsa. Ia berfungsi
sebagai satu badan bantuan kemanusiaan. Organisasi ini bertujuan menghulurkan bantuan
atau pertolongan semasa berlakunya krisis dan bencana dalam jangka masa 48 hingga 72
jam. Mercy Malaysia telah bertindak menghantar pasukan pertama di sempadan Gaza
dalam isu serangan Israel ke atas penduduk tetap Palestin yang berlaku pada 27 Disember
untuk menepati mandat tempoh yang telah ditetapkan.

6.2.2 Organisation of The Islamic Conference (OIC)


Menurut kajian, peranan OIC dalam isu mempertahankan masjid al-Aqsa dikatakan berada
pada tahap yang tidak memuaskan. Masjid al-Aqsa mashi berada dalam lingkungan
kawalan Zionis. Hanya merekalah yang berkuasa menentukan orang-orang yang dibenarkan
memasuki masjid al-Quds. Hal ini demikian kerana golongan remaja dan belia rakyat
Palestin dilarang mendirikan solat di dalam masjid manakala golongan lelaki tua dan
golongan kurang berupaya sahaja dibenarkan masuk ke masjid untuk melakukan solat.
Tambahan pula, berpuluh-puluhan pasukan tentera Israel bertidak mengawasi kawasan
masjid diiringi dengan senapang mereka masing-masing semasa umat Islam menunaikan
solat Jumaat.Zionis mempunyai kebebasan dalam keluar masuk ke kawasan lingkungan
Baitul Maqdis serta mencetuskan beberapa serangan ke atas masjid-masjid yang dibina di
kawasan Palestin.

Organisation of The Islamic Conference (OIC)

mengambil tindakan dengan

mengadakan mesyuarat eksekutif OIC. Berbagai-bagai persetujuan telah disepakati bagi


menyelesaikan isu yang melanda Palestin dan Israel melalui perbincangan mesyuarat ini.
Tamsilnya,

Tabung

Kemanusiaan

dianjurkan

pembentukan kumpulan pengaman di

untuk

membantu

mangsa

kawasan lingkungan Gaza,

di

Gaza,

pemberhentian

peperangan antara Israel dan Palestin dan beberapa resolusi lain. Namun demikian,
pertubuhan OIC sebenarnya tidak mempunyai kekuasaan secara fizikal seperti Pertubuhan
Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) . OIC hanya merupakan satu organisasi Majlis NegaraNegara Islam sahaja dan tidak mempunyai sebuah perlembagaan eksekutif yang berkesan
dalam membolehkannya berkuasa dari aspek ketenteraan bagi melaksanakan misi
pengaman yang ditekankan dan diutamakan oleh mereka.

6.2.3 Aman Palestin


Aman Palestin telah ditubuhkan pada 3 Januari 2006 secara rasmi. Ia merupakan sebuah
pertubuhan yang bukan mementingkan dan mengutamakan keuntungan, tetapi memberi
konsentrasi kepada pertolongan bagi membantu rakyat Palestin yang terbabit dan terhina
dalam konflik Israel-Palestin secara kolektif, sistematik, berterusan dan berkesan. Syarikat
ini telah menghulurkan bantuan kebajikan dan sumbangan daripada orang ramai untuk
mengurangkan penderitaan yang ditimpa dan dihadapi oleh rakyat Palestin dalam konflik
Israel-Palestin.

6.3 Masyarakat Islam


Secara umumnya, masyarakat Islam di seantero dunia memainkan peranan dengan
memboikot barangan buatan Israel dan Amerika Syarikat untuk menunjukkan sokongan
mereka terhadap rakyat Palestin yang ditimpa kesusahan. Selain itu, pemboikotan
diwujudkan untuk menunjukkan rasa tidak puas hati terhadap negara-negara seperti Israel
yang banyak menyebabkan banyak nyawa terkorban dalam isu Israel-Palestin. Pemboikotan
produk dan perkhidmatan mereka dapat melumpuhkan ekonomi negara-negara musuh
sekiranya semua masyarakat Islam melakukannya dengan konsisten serta berterusan
dalam jangka masa panjang. Misalnya, Kleenex, Kotex, Hush Puppies, Revlon dan
Timberland merupakan antara produk dan perkhidmatan yang diboikot.

Rumusan
Negara Palestin terletak di bahagian barat daya negara Syam yang memanjang ke kawasan
persisiran pantai di sebelah Timur Laut Mediterranean. Kedudukan Palestin dianggap
strategik kerana ia merupakan tempat perhubungan antara benua Asia dan Afrika dan
dijadikan sebagai titik pertemuan antara dunia-dunia negara Islam. Tanah Israel merupakan
tanah yang istimewa kerana memiliki kawasan agama Yahudi yang paling penting seperti
Kuil Pertama dan Kuil Kedua Solomon, Raja terkenal Yahudi. Perhubungan antara keduadua negara Palestin dan Israel telah wujud sejak zaman kegemilangan Islam dan berterusan
sehingga ke hari ini. Isu yang berkaitan dengan Israel sudah wujud pada zaman
kemerosotan kerajaan Turki Uthmaniyyah.
Konflik yang melanda negara Israel dengan Palestin bukanlah sesuatu yang baharu
bagi masyarakat dunia. Serangan-serangan serta peperangan yang tidak kehabis-habisan
antara kedua-dua pihak pasukan tentera telah mengakibatkan implikasi yang agak serius
seperti mengorbankan ramai penduduk yang tidak berdosa dan meruntuhkan bangunanbangunan pencakar langit. Mereka yang terbunuh dalam konflik ini kebanyakannya terdiri
daripada penduduk biasa sahaja dan tidak memakai sebarang senjata pun. Penduduk yang
menetap di kawasan peperangan hidup dalam keadaan yang tidak sentosa dan senantiasa
risau dan takut akan pasukan tentera pihak sebelah yang akan melancarkan serangan ke
atas mereka pada bila-bila masa. Kanak-kanak hidup dalam suasana yang agak teruk dan
tidak sihat menyebabkan emosi dan psikologikal mereka terjejas. Mereka yang masih hidup
dalam serangan teraksa menghadapi kecacatan dari segi mental dan fizikal.
Penggunaan senjata yang mengandungi bahan-bahan kimia telah menjejaskan
kesihatan para penduduk kedua-dua negara ini. Orang Tua dan kanak-kanak merupakan
orang yang paling berpotensi untuk menghidap penyakit tersebut. Pembangunan negara
tersekat dan terjejas akibat daripada keruntuhan dari segi ekonomi dan sosial. Salah satu
sebab yang membangkitkan isu antara Israel dan Palestin ialah faktor keagamaan. Faktorfaktor lain seperti faktor ekonomi, ideologi Zionisme, dan unsur sejarah juga menjadi
penyebab kepada konflik Palestin-Israel.

Pelbagai pihak telah bertungkus rumus dalam mencari ikhtiar penyelesaian masalah
ini. Misalnya, Malaysian Medical Relief Society (MERCY), Organisation of The Islamic
Conference (OIC), Aman Palestin dan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) telah
memghulurkan pertolongan terhadap mangsa-mangsa perang dengan membekalkan bahan
makanan, minuman dan keperluan harian kepada mereka. Berbagai-bagai musyawarah dan
rundingan juga diadakan di merata-rata tempat oleh persatuan-persatuan berkenaan untuk
menyelesaikan masalah ini dan mencari pendamaian bagi kedua-dua negara ini. Dalam
pada itu, negara Malaysia juga tidak terkecuali dalam memberi pertolongan kepada
mangsa-mangsa khasnya di negara Palestin. Kerajaan Malaysia telah mengumpul dan
menyumbangkan dana kewangan sebanyak US$1 Juta dalam usaha untuk membantu
penduduk Palestin yang terbabit dalam konflik Israel-Palestin sejak belakangan ini.
Secara umumnya, kajian menunjukkan bahawa umat Islam hanya memainkan
peranan yang umum dan masih lagi belum memenuhi matlamat umat Islam di Palestin. Hal
ini demikian kerana pertolongan yang diberi hanyalah dari segi sumbangan dan bantuan
kemanusiaan sahaja. Walaubagaimanapun, bantuan yang diberi masih tidak berupaya untuk
memberhentikan konflik antara kedua-dua negara itu. Selain itu, meskipun pertubuhan
seperti OIC dan Liga Arab bersusah-payah mengutamakan pendamaian, mereka masih lagi
berada di bawah pengaruh Amerika Syarikat.

Refleksi
Saya berasa syukur ke atas Tuhan dan ingin berterima kasih kepadaNya kerana akhirnya
saya dapat menyempurnakan tugasan ini dengan jayanya. Semua ini tidak akan berlaku
tanpa galakan dan dorongan yang diberi oleh ahli keluarga serta pensyarah saya untuk
menyiapkan kerja ini. Ketika proses penyiapan tugasan kerja ini, pelbagai masalah dan
kekangan telah saya hadapi dalam menyempurnakan tugasan ini.
Saya agak keliru terhadap kehendak soalan apabila menerima tajuk tugasan ini. Hai
ini disebabkan inilah kali pertama saya dikehendaki untuk menghasilkan tugasan sebegini.
Saya berasa bimbang dan tercabar untuk menyelesaikan tugasan ini kerana pengetahuan
sedia ada saya tentang subjek ini amatlah terhad. Sepanjang menyiapkan tugasan ini kami
telah banyak menerima pengalaman baharu sama ada secara langsung atau tidak
langsung. Walau bagaimanapun, cabaran dan halangan tidak mematahkan semangat saya.
Saya tetap berani dan bertungkus rumus untuk menghasilkan tugasan ini dengan sempurna
dalam masa yang ditetapkan.
Sehubungan dengan itu,saya menghadapi masalah dalam pencarian sumber rujukan
untuk membantu saya dalam penghasilan tugasan ini. Buku-buku dan bahan bacaan yang
diperolehi dari perpustakaan institut agak terhad. Tambahan pula, tidak ada satu pun
perpustakaan berdekatan dengan tempat tinggal saya. Oleh itu, saya terpaksa
menggunakan cara melayari internet dan mencantumkan sedikit-sedikit fakta yang saya
perolehi serta sedikit sebanyak maklumat dari buku-buku yang saya perolehi.
Sehubungan dengan itu, kesuntikan masa merupakan masalah yang saya hadapi
dalam proses penyediaan tugasan ini. Masa yang diberi untuk menyelesaikan tugasan ini
amat terhad sedangkan banyak perkara yang ingin dijelaskan dalam tugasan ini. Tambahan
pula, saya juga menerima tugasan-tugasan mata pelajaran lain pada masa yang sama.
Saya terpaksa meluangkan masa tidur beberapa hari malam untuk memastikan semua
tugasan dapat disempurnakan dan dihantar dalam masa yang ditetapkan.

Dalam menghasilkan tugasan ini, banyak ilmu pengetahuan telah saya pelajari
terutamanya dalam bidang isu semasa. Saya menyedari bahawa betapa ceteknya ilmu
pengetahuan saya. Saya perlu meningkatkan usaha lagi dan berazam untuk menambah
ilmu pengetahuan saya bagi memudahkan saya pada masa akan datang. Tugasan ini telah
membolehkan saya lebih memahami tentang isu-isu dan cabaran semasa yang berlaku di
seantero dunia. Untuk menghasilkan tugasan yang berkualiti, kita perlukan perancangan
dan persiapan rapi. Melalui tugasan ini, saya dapat belajar bagaimana cara untuk
menghasilkan satu tugasan dan membuat perancangan untuk menghasilkannya dengan
sempurna. Tugasan akan saya jadikan sebagai rujukan untuk meningkatkan proses
pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah apabila saya menjadi seorang guru pada suatu
hari kemudian.
Saya sedar bahawa sebagai seorang bakal pendidik, pengalaman dan ilmu haruslah
ditimba dan dicari sebanyak mungkin dari masa ke masa sebagai persediaan dan bekalan
untuk dibawa ke alam pekerjaan pada masa akan datang. Tugasan ini secara tidak langsung
dapat mengumpul dan menyimpan maklumat yang boleh dijadikan sebagai bahan simpanan
dan rujukan saya untuk dijadikan sebagai bahan bantu mengajar semasa menjalankan
proses pengajaran dan pembelajaran (P&P). Tuntasnya, segala ilmu pengetahuan dan
pengalaman yang dimiliki dapat terus dikembangkan dan digunakan dengan maksimumnya
untuk diaplikasikan di sekolah.
Nilai kerjasama dan saling membantu juga saya pelajari semasa menyelesaikan
tugasan ini. Saya dan rakan sekelas saya telah bekerjasama sesama lain dalam usaha
untuk menghasilkan tugasan ini. Kami mencari bahan-bahan yang berkenaan dengan tajuk
tugasan ini serta berkongsi maklumat yang dicari bersamas-sama. Perbincangan dan
pertukaran pendapat juga kami lakukan supaya tugasan ini dapat dihasil dengan baik.
Rakan-rakan saya akan menghulurkan tangan serta memberi pertolongan semasa saya
menghadapi sebarang masalah dalam penyiapan tugasan ini. Mereka akan memberi
nasihat dan membetulkan kesilapan saya dengan murah hati.
Sehubungan dengan itu, selepas menyelesaikan kerja tugasan ini, saya memahami
bahawa nilai saling menghormati antara satu sama lain amat penting dalam kehidupan
seharian. Melalui kejadian konflik Israel dengan Palestin, saya berpendapat bahawa sikap
bertolak ansur, sabar dan toleransi harus diterapkan ke dalam sanubari setiap orang untuk
mengelakkan pertelingkahan dan perselisihan faham kerap berlaku. Misalnya, peperangan
tidak akan berlaku jika kedua-dua pihak mengamalkan pendamaian serta bermusyawarah
sesama lain dalam menyelesaikan kekangan ini. Penduduk yang tidak berdosa pula pasti
tidak akan mengalami maut dengan tindakan yang kejam oleh pasukan tentera pihak lain.

Akhir kata, semoga pengalaman dan ilmu yang saya perolehi sepanjang proses
pelaksanaan tugasan ini dapat saya aplikasikan ketika berdepan dengan realiti sebenar. Hal
ini demikian kerana guru harus mempunyai pengalaman dan kepakaran dalam isu semasa
dunia untuk bergelar sebagai seorang guru yang serba boleh. Saya ingin mengambil
kesempatan ini untuk merakamkan ribuan terima kasih kepada pensyarah Encik Abdul Salis
yang telah banyak membantu serta memberi pandangan kepada saya mengenai tugasan
ini. Tugasan ini tidak akan dihasilkan dengan jayanya tanpa bantuan dan tunjuk ajar Encik.

Rujukan
Rujukan Internet
http://khairulnaimsblog.blogspot.com/2008/05/cabaran-dalam-dialog-antaraagama.htmldiakses pada 10 Ogos 2014

http://eprints.um.edu.my/2004/1/05_Bil_5_Konflik_Palestin_dan_Harapan_Masa_Depan_Dr
_Roslan.pdf diakses pada 10 Ogos 2014

http://sila-silagerasibansa.blogspot.com/2009/04/konflik-israel-dan-palestin.html

diakses

pada 13 Ogos 2014

http://eprints.utm.my/10272/1/Noor%E2%80%99_Amirah_Bte_Abd_Ghaffar.pdf

diakses

pada 14 Ogos 2014

http://cikemiau.blogspot.com/2011/07/tajuk-halangan-dan-cabaran-dalam.html diakses pada


16 Ogos 2014

Lampiran

Peta Israel

Bendera Palestin

Pasukan tentera melancarkan serangan

Isu pengeboman berlaku di kawasan Gaza

Anda mungkin juga menyukai