Anda di halaman 1dari 2

Natasya Nurain bt Khasim,

Kelas 7 PISMP SAINS 2,


IPGM Kampus Pendidikan Teknik,
71760 Bandar Enstek,
Negeri Sembilan.
Puan Sabariah Bt Ismail
Unit Disiplin,
Jabatan Hal Ehwal Pelajar,
IPGM Kampus Pendidikan Teknik,
71760 Bandar Enstek,
Negeri Sembilan.
22 JANUARI 2015

Puan,
Surat Tunjuk Sebab Ketidakhadiran Ke Perhimpunan Rasmi
Dengan segala hormatnya, perkara diatas dirujuk.
2.
Saya, Natasya Nurain bt Khasim,
dari kelas 7 PISMP SAINS 2 ingin
memohon maaf kerana tidak menghadirkan diri ke Perhimpunan Rasmi Jun yang
bertarikh 12 Januari 2015 (Isnin).
3.
Tindakan ini adalah tidak disengajakan. Saya secara tidak sengaja tertidur
semula selepas solat subuh dan terjaga kembali kira-kira pukul 8.30 pagi. Hal ini
telah menjadi punca ketidakhadiran saya ke perhimpunan rasmi bulanan.
4.
Untuk pengetahuan puan, pada hari tersebut saya demam, batuk dan
selsema. Disebabkan badan terlalu lemah, saya mengambil keputusan untuk
tidur semula selepas solat subuh dengan harapan akan terjaga kembali pada
pukul 7 lebih. Sebaik sahaja terjaga daripada tidur, saya terus bersiap secepat
mungkin untuk menghadiri kuliah.
Akhir kata, saya berjanji perkara sedemikian ini tidak akan berulang lagi dan saya
juga tidak akan ponteng mana-mana aktiviti atau program yang dianjurkan oleh
pihak IPG. Saya akan cuba sedaya upaya saya untuk melibatkan diri dalam setiap
aktiviti yang dianjurkan secara aktif.
Sekian, terima kasih
Yang benar,
.........................................
(NATASYA NURAIN BT KHASIM)
Kelas 7 PISMP SAINS 2
IPGM Kampus Pendidikan Teknik

Anda mungkin juga menyukai