Anda di halaman 1dari 7

PUSAT KEMAHIRAN UNIKOP @ KOLEJ UNIKOP Caw MELAKA

( Dimiliki Oleh KOP Educators & Consultants Sendirian Bhd 214250-X)


NO.2, Jalan TBC 10, TAMAN BUKIT CHENG\
75250 MELAKA
TEL. NO: 06-3122388, FAKS : 06-3122186

KERTAS PENERANGAN
NAMA DAN KOD
PROGRAM / PROGRAM
TITLE AND CODE

IT-020-2 PEMBANTU JURUTEKNIK SISTEM


KOMPUTER

TAHAP / LEVEL

DUA(2)

NO DAN TAJUK
MODUL / MODULE
NO AND TITLE

MODULE 5: HARDWARE MAINTENANCE


(PREVENTIVE)

NO DAN TAJUK TUGAS


/ TASK(S) NO AND
TASK STATEMENT

02.02 DIAGNOSE SYSTEM ERROR LOGS/BEEPS


02.06 MAINTAIN COMPUTER SYSTEM UNIT
02.07 MAINTAIN COMPUTER PERIPHERALS
03.01 CHECK INTERNAL AND EXTERNAL
COMPUTER
POWER SUPPLY DEVICES
03.02 INSPECT COMPUTER SYSTEM UNIT

OBJEKTIF
PENCAPAIAN
PIAWAIAN / TERMINAL
PERFORMANCE
OBJECIVE

MEMBANTU
PELAJAR
BAGI
MENGETAHUI
PENJAGAAN PERKAKASAN KOMPUTER DENGAN
LEBIH SISTEMATIK UNTUK TUJUAN PENGGUNAAN
PERKAKASAN DALAM TEMPOH MASA YANG LAMA.

NO KOD / CODE NO

IT-020-2 /MO5/P(2/5)

NAMA PELAJAR

Muka :

Drp 6

Tarikh :

TAJUK : HARDWARE MAINTENANCE (PREVENTIVE)

TUJUAN :
Kertas Penerangan ini bertujuan untuk membantu pelajar bagi mengetahui
cara-cara menjaga perkakasan mengikut spesifikasi dan cara yang betul, sesuai
dengan kehendak yang dinyatakan dalam NOSS.

NO KOD

Muka

IT-020-2 /MO5/P(2/5)

drpd

PENERANGAN :
Pengenalan bagi penjagaan perkakasan komputer, peralatan yang dugunakan
untuk membersih, cara-cara menjaga untuk tujuan penggunaan yang selamat
dan lancar.
Penjagaan PC
Penjagaan

terhadap

PC

selalunya

tidak

diberi

perhatian

yang

sewajarnya.

Penyelenggaraan ringkas dan betul menyelamatkan sistem dari kerosakan serius.


Panduan penjagaan dibahagikan kepada dua bahagian iaitu perkakasan dan perisian.
Tips yang diberi hanya sebagal panduan dan cadangan sahaja, boleh ditambah atau
diubahsuai mengikut kehendak masing-masing. Senarai tips yang disusun ini mungkin
dapat membantu sedikit sebanyak cara-cara mengendali komputer peribadi.
Penjagaan perkakasan komputer
Dapatkan sebuah peranti UPS (Uninterrupted Power Supply atauVoltageStabilizer)
untuk menyelamatkan data atau perkakasan komputer sekiranya bekalan elektrik
tertutup dengan mengejut atau keadaan arus elektrik yang kurang stabil. Windows
sangat tidak gemar penutupan secara kasar kerana ia memerlukan Shut Down yang
sempurna. Peralatan UPS boleh juga mengurangkan kebisingan pada talian kuasa
elektrik.
Letakkan disket dan CD-ROM di dalam bekasnya (jewel box) untuk elak dari debu,
kesan calar atau kelembapan. Pegang CD-ROM dengan tidak menyentuh permukaan
kilat.
Tutup komputer, monitor dan pencetak dengan penutup plastik atau kain
sekiranya ia tidak akan digunakan agak lama.
Seterusnya tips dalam bentuk rajah dengan cara penjagaan yang meliputi perkakasan
seperti monitor, kotak komputer, bekalan kuasa, CPU, papan kekunci, tetikus, pembesar
suara, mikrofon dan pencetak. Panduan yang diberikan mungkin bukan yang terbaik

NO KOD

IT-020-2 /MO5/P(2/5)

Muka

drpd

tetapi sekurang-kurangnya boleh membuka minda untuk mencari cara yang lebih
sempurna.

Peralatan

Peralatan yang di perlukan untuk penjagaan perkakasan seperti berikut:

Tisu, kain, berus lukis berbagai saiz (kecil, sederhana dan besar), kit

pencuci CD, bekas air, sekotak kecil kapas dan kapas bayi.

Lampu suluh kecil dan mesin vakum.

Penjagaan Monitor

Penjagaan perkakasan komputer perlu dilakukan secara berterusan. Ambil satu masa
yang terluang untuk melakukan kerja-kerja pembersihan perkakasan. Lihat Gambarajah
1.0.

Gambarajah 1.0
Monitor

Guna tisu atau kain lembap, lap habuk atau debu dan kesan-kesan jari di
permukaan skrin dan badan monitor.

NO KOD

IT-020-2 /MO5/P(2/5)

Muka

drpd

Kesan degil boleh dibuang dengan kapas yang dititik cecair pencuci CD.

Vakum lubang udara dengan dibantu berus kecil.

Ubah suis kecerahan dan kontras di panel monitor ketahap sederhana.

Untuk memanjangkan hayat monitor, jangan menutup lubang udara dengan


barang perhiasan atau kain tebal.

Jarakkan monitor dan dinding sebesar 20 cm untuk laluan udara.

Penjagaan kotak komputer dan kandungan


Perkara-perkara yang boleh dilakukan bagi penjagaan kotak komputer. Lihat
gambarajah 2.0 dibawah

Gambarajah 2.0

Guna vakurn untuk menyedut habuk dan debu di sekitar dalam kotak komputer
di bahagian-bahagian seperti dalam gambarajah 2.0

Guna berus kecil untuk sampai di tempat-tempat terlindung atau sempit.

Susun kabel-kabel reben dalam kotak komputer agar laluan udara tidak dihalang
di kawasan CPU dan unit bekalan kuasa.

NO KOD

IT-020-2 /MO5/P(2/5)

Muka

drpd

Penutup komputer harus sentiasa dilekatkan pacia badan komputer untuk


mengelakkan dari debu dan labah-labah berumah.

Antara kotak komputer dan dinding, harus ada sedikit ruang lebih kurang 20 cm
untuk laluan udara.

Penjagaan CPU
Sesekali hati harus berani membuka kipas CPU dari tempatnya untuk kerja-kerja
penyelenggaraan. Kalau dilakukan dengan betul dan cermat, semuanya akan berjalan
dengan lancar. Lihat gambarajah 3.0

Gambarajah 3.0

Buka empat skru dan keluarkan kipas dari atas CPU. Sink haba dibiarkan
ditempatnya. Sekiranya hendak dibuka, dapatkan bantuan playar muncung tirus atau
pemandu skru kerana klip mencengkam badan soket dengan kuatnya. CPU tidak
perlu dikeluarkan dalam proses ini.

Vakum celah-celah bilah kipas dan sink haba dengan berus kecil.

Setelah selesai kerja, skrukan balik kipas di atas sink haba dan pastikan kipas CPU
berpusing bila komputer dihidupkan.

Pengawal arus
Sistem komputer yang disambung terus ke bekalan elektrik pada dinding terdedah
kepada elektrik atau pengaliran elektrik berlebihan. Seperti alat elektronik dan elektrik
lain, bekalan tambahan yang mendadak akan menyebabkan kerosakan litar yang teruk.
PC tidak terkecuali. Adalah lebih baik bagi pengguna untuk membuat sedikit pelabura

NO KOD

IT-020-2 /MO5/P(2/5)

Muka

drpd

dengan mendapatkan pengawal aliran elektrik atau "surge protector". Selain


menyambungkan PC, penguna juga boleh menyambungkan pelbagai peranti lain seperti
pencetak kepada pengawal arus itu. Begitu juga untuk modem. Penguna juga
digalakkan menggunakan pengawal kilat bagi sambungan talian telefon ke modem
terutama ketika menggunakan modem sewaktu hujan lebat.
Memindah komputer
Seperti alat elektronik lain, PC agak manja, Jadi, jangan menghentak, menjatuhkan atau
menghumban sistem ini kerana kebanyakan komponen adalah sensitif kepada getaran
yang kuat. Contohnya, cakera keras dan pemacu CD-ROM. Hentakan yang kuat juga
boleh menyebabkan sambungan dengan papan litar utama menjadi longgar dan
komponen tertentu tidak boleh beroperasi dengan betul atau memberi mesej "error"
apabila ia disambungkan semula. Apabila memindahkan PC, pastikan semua kabel
dicabut dan tiada yang tertinggal. Pada masa yang sama, jangan mendekatkan benda
bermagnet kepada komponen elektronik kerana ia juga boleh merosakkan PC.
Soalan
1. Nyatakan Langkah-langkah penjagaan Monitor?
i.

__________________________________

ii.

__________________________________

iii.

__________________________________

iv.

__________________________________

2. Senarai langkah-langkah penjagaan kotak komputer?


I.

_________________________________________

II.

_________________________________________

III.

_________________________________________

IV.

_________________________________________

3. Senaraikan langkah-langkah penjagaan CPU


i.

_____________________________________________________________
_____________________________________________________________

ii.

_____________________________________

iii.

_____________________________________

iv.

_____________________________________

Rujukan:

NO KOD

www.notakom.tripod
www.ilmuit.com

IT-020-2 /MO5/P(2/5)

Muka

drpd

Anda mungkin juga menyukai