Anda di halaman 1dari 35

1.

0 KATA KATA ALUAN GURU BESAR


Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan
salam sejahtera.
Disiplin merupakan kunci utama menuju ke arah
kejayaan yang cemerlang. Kebebasan tanpa kawalan
akan menghancurkan konsep kebebasan itu sendiri.
Sayugia itu perlu diwujudkan satu peraturan dan garis
panduan bagi membimbing setiap insan memiliki
kebebasan bermoral dan tinggi nilainya.
Sekolah Kebangsaan Santong telah mengkaji,
menyusun dan menerapkan pelbagai peraturan bagi
membimbing
dan
mendidik
murid-murid
bagi
melahirkan insan yang seimbang dan terpuji bukan
sahaja di bidang pembelajaran tetapi bersikap terpuji
dan bermoral tinggi bagi memenuhi kehendakkehendak masyarakat dan negara.
Semoga setiap murid dapat mematuhi, memahami dan
seterusnya mengamalkan peraturan-peraturan yang
telah disediakan.
(KAMARUDIN BIN TAWANG)
Guru Besar,
Sekolah Kebangsaan Santong,
23100 Paka,
Terengganu.
2.0

FALSAFAH PENDIDIKAN NEGARA

Pendidikan di Malaysia adalah satu usaha yang


berterusan ke arah memperkembangkan lagi
potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu
untuk mewujudkan insan yang seimbang dan
harmonis dari segi intelek, rohani dan jasmani
berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada
Tuhan. Usaha-usaha ini adalah bagi melahirkan
rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan,
berketrampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab
dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri
serta memberi sumbangan terhadap keharmonian
dan kemakmuran masyarakat dan negara.
3.0

FALSAFAH SEKOLAH
Pendidikan di sekolah adalah satu usaha yang
berterusan ke arah melahirkan pelajar-pelajar yang
terdidik dan sempurna intelek, rohani, emosi dan
jasmaninya. Mereka dibimbing agar berkeupayaan
mencapai kecemerlangan dalam pendidikan,
berhemah tinggi dan berakhlak mulia.

4.0

PIAGAM SEKOLAH
Sekolah Kebangsaa Santong bersedia memberi
perkhidmatan yang mesra, adil dan saksama
kepada semua pelanggan kami berdasarkan 9 ciri di
bawah :-

4.1 Mendalami, memahami dan seterusnya


berusaha menyelesaikan masalah secepat
mungkin.
4.2 Memberi dan menyebarkan maklumat yang
diperlukan dengan cepat dan tepat.
4.3 Meningkatkan kerjasama dua hala bagi
mewujudkan
iklim
pengajaran
dan
pembelajaran yang kreatif, inovatif dan efektif.
4.4 Menyediakan tenaga pengajar dan pekerja
yang berkualiti dan mempunyai budaya kerja
yang cemerlang.
4.5 Menyediakan kemudahan peralatan dan bahan
sokongan pengajaran dan pembelajaran yang
mencukupi.
4.6 Meningkatkan tahap disiplin, kebersihan,
kesihatan dan keselamatan di sekolah.
4.7 Memberi khidmat bimbingan dan penyediaan
dalam pengurusan kurikulum dan ko kurikulum
dan
pelaksanaan
pengajaran
dan
pembelajaran kepada semua pelajar bagi
meningkatkan prestasi mereka.
4.8 Meningkatkan kemuafakatan dan penglibatan
masyarakat
setempat
dalam
urusan
pendidikan sepanjang masa berdasarkan
konsep budaya penyayang.
4.9 Melahirkan lepasan pelajar yang mempunyai
asas keintelektualan dan keperibadian yang
utuh bercirikan insan kamil.

5.0

WAWASAN SEKOLAH
Bahawa
sesungguhnya
wawasan
Sekolah
Kebangsaan Santong ialah untuk meningkatkan
tahap ketelusan dan mutu pencapaian melalui
semua usaha dan program pendidikan untuk
melahirkan Insan Kamil yakni berilmu, beramal
soleh dan berakhlak mulia.

6.0

MISI SEKOLAH
Bahawa sesungguhnya misi Sekolah Kebangsaan
Santong ialah untuk menuju ke arah kesempurnaan
pencapaian matlamat pendidikan melalui Falsafah
Pendidikan Negara.

7.0

ETIKA MURID
7.1
7.2
7.3
7.4
7.5
7.6
7.7
7.8
7.9

Rajin hadir ke sekolah setiap hari dengan hati


yang ikhlas.
Belajar
bersungguh-sungguh
sehingga
tercapai matlamat.
Taat kepada perintah guru dan kedua ibu
bapa / penjaga.
Patuh kepada undangundang dan peraturan
sekolah.
Saling hormat menghormati di antara satu
sama lain.
Hormat dan kasih sayang kepada semua
guru.
Menghormati orang yang lebih tua.
Mengamalkan sikap cintakan sekolah dan
sentiasa menjaga kebersihan sekolah.
Tidak merosakkan harta benda sekolah.
4

7.10
7.11
7.12
7.13
7.14

8.0

Sentiasa menjaga nama baik ibu bapa, guruguru dan juga sekolah.
Berusaha menaikkan dan mengharumkan
nama sekolah dalam pelbagai bidang.
Sekolah adalah tempat mencari ilmu sebagai
aset di masa hadapan.
Segala kerjakerja yang ditugaskan akan
dipatuhi dan dilaksanakan dengan sebaik
yang mungkin.
Selalu berdamping dengan guru dan bersikap
terbuka dalam masalah yang timbul demi
kebaikan dan kemajuan diri.

COGAN KATA SEKOLAH


Ilmu, amal, iman dan takwa .
Sekolah merupakan gedung ilmu di mana murid
murid perlu tekun berusaha untuk mencapai
kejayaan cemerlang selaras dengan kehendak
Falsafah Pendidikan Negara.

9.0

PERATURAN SEKOLAH BAB A - PELAJAR


9.1

Perwatakan Pelajar
9.1.1 Rambut mestilah sentiasa kemas dan
bersih.
9.1.2 Berfesyen secara keterlaluan adalah
dilarang.
9.1.3 Pelajar tidak dibenarkan mewarnakan
rambut.
5

9.1.4 Pelajarpelajar perempuan digalakkan


memakai tudung berwarna putih (mini
telekung) yang tepinya dijahit biasa,
bukan berendarenda atau berbunga
sulam.
9.1.5 Pelajar lelaki mestilah berambut
pendek.
Depan : Tidak melebihi kening
Tepi: Tidak mencecah telinga
Belakang:Tidak mencecah kolar baju
9.1.6 Pelajar
perempuan
dilarang
menyimpan kuku panjang atau
mengecat kuku.
9.2

Pakaian Seragam Sekolah


Pakaian seragam sekolah yang lengkap,
kemas dan bersih dipakai pada hari-hari
persekolah, menghadiri upacaraupacara
rasmi sekolah dan membuat lawatan rasmi.
Muridmurid diwajibkan memakai lencana
sekolah setiap hari.
9.2.1 Pakaian Murid Lelaki
9.2.1.1 Baju
Semua
murid
mestilah
memakai baju berwarna putih,
berleher dengan dikenakan
kancing butang putih dan
berlengan pendek.
9.2.1.2 Seluar
6

Berseluar panjang berwarna


biru tua.
9.2.1.3 Tali Pinggang
Lebar tali pinggang tidak
melebihi 3.75 cm, berwarna
hitam sahaja.
9.2.1.4 Kasut
Murid-murid
hendaklah
memakai kasut kanvas/kain
berwarna putih biasa tanpa
sebarang jenama yang mahal.
9.2.1.5 Stoking
Muridmurid
diwajibkan
memakai stoking berwarna
putih sahaja, melebihi 10 cm
selepas buku lali.
9.2.2 Pakaian Murid Perempuan
9.2.2.1 Baju
Pakaian murid perempuan
adalah baju kurung berwarna
putih.
9.2.2.2 Kain
Kain sarung berwarna biru
tua.
9.2.2.3 Tudung
Tudung dan mini telekung
berwarna putih tanpa renda
7

dan
sulaman
adalah
diwajibkan.
Sebarang
kerongsang atau brooch
tidak dibenarkan.
9.2.2.4 Kasut
Murid-murid
hendaklah
memakai kasut kanvas/kain
berwarna putih biasa tanpa
sebarang jenama yang mahal.
9.2.2.5 Stoking
Muridmurid
diwajibkan
memakai stoking berwarna
putih sahaja, melebihi 10 cm
selepas buku lali.
9.2.3 Barang Kemas, Perhiasan dan Alat
Solek
9.2.3.1 Murid- murid tidak dibenarkan
memakai sebarang barang
kemas seperti rantai leher,
anting-anting, cincin KECUALI
jam tangan.
9.2.3.2 Murid-murid
jua
dilarang
memakai apa jua alat solek.
Cekak
rambut
berwarna
sahaja dibenarkan.
9.2.4 Pakaian Untuk Bersukan dan
Bersenam

9.2.4.1 Semua murid dikehendaki


memakai track suit berwarna
gelap dengan kemeja T
sekolah berwarna putih.
9.2.4.2 Kasut putih dan stoking putih
kecuali untuk permainan
permainan yang memerlukan
kasut khas.
10.0

PERATURAN SEKOLAH BAB B MASA


10.1

Masa Persekolahan
10.1.1 Masa persekolahan
seperti berikut:-

Hari

Tahap 1

Ahad
Isnin
Selasa
Rabu
Khamis

7.45
7.45
7.45
7.45
7.45

adalah

Tahap 2
12.45
12.45
12.45
12.45
12.45

7.45
7.45
7.45
7.45
7.45

1.15
1.15
1.15
1.15
1.15

10.1.2 Loceng permulaan sekolah


akan dibunyikan pada pukul
7.35 pagi.
10.1.3 Murid-murid berbaris di dataran
perhimpunan untuk membaca
zikir munajat dan mengaminkan
doa.
10.1.4 Loceng
dibunyikan
untuk
menandakan permulaan kelas,
pertukaran waktu, turun dan
naik rehat dan waktu pulang.
10.1.5 Murid-murid
juga
mestilah
berbaris di luar kelas masingmasing ketika waktu pulang.
Doa akan dibacakan dan muridmurid dibenarkan pulang dalam
keadaan yang teratur mengikut
barisan.
10.1.6 Loceng
kecemasan
akan
dibunyikan panjang daripada
biasa sebanyak 3 kali berturutturut atau lebih.
10.2

Kedatangan
10.2.1 Semua murid hendaklah hadir
tepat pada waktunya:a)
b)
c)

Setiap hari persekolahan


Kelas-kelas
bimbingan
atau pemulihan
Aktiviti ko - kurikulum

10.2.2 Murid yang tidak hadir ke


sekolah mesti membawa surat
10

akuan
doktor
atau
surat
keterangan daripada ibu bapa.
Tanpa maklumat tersebut murid
dianggap ponteng.
10.2.3 Ibu bapa atau penjaga akan
dimaklumkan secara bertulis
jika tidak hadir dan diminta
memberi penjelasan. Sekiranya
pihak sekolah tidak menerima
keterangan bertulis, tindakantindakan berikut akan diambil:
a) Tidak hadir sekolah tiga hari
pertama, makluman akan
dihantar
b) Tidak hadir tiga hari kedua,
surat amaran pertama akan
dihantar.
c) Tidak hadir tujuh hari
seterusnya
tanpa
pemberitahuan,
tindakan
memotong
nama
murid
berkenaan dihantar kepada
ibu
bapa/penjaga.
Salinannya dihantar kepada
Bahagian
Pendaftaran
sekolah-sekolah
Negeri
Terengganu, Bahagian Hal
Ehwal
Murid,
JPN
Terengganu
dan
PPD
Dungun/Marang.
10.2.4 Murid-murid yang ingin bercuti
di
luar
negara
semasa
persekolahan tidak digalakkan.
11

Jika
perlu
oleh
sebab
mendapatkan
rawatan,
ibu
bapa/penjaga mesti berunding
dengan Guru Besar untuk
mendapat kebenaran.
10.2.5 Dalam waktu persekolahan,
murid-murid tidak dibenarkan
keluar dari kawasan sekolah
tanpa kebenaran Guru Besar
atau guru Penolong Kanan.
10.2.6 Murid-murid yang balik pada
waktu
persekolahan
atau
diambil oleh ibu bapa/penjaga,
diwajibkan
mengisi
buku
kebenaran balik dan dicatat
oleh Guru Bertugas.
10.2.7 Sebarang
perjumpaan
ibu
bapa/penjaga dengan muridmurid tidak dibenarkan di waktu
persekolahan kecuali dengan
kebenaran Guru Besar.
10.2.8 Murid-murid tidak dibenarkan
menghubungi atau menelefon
ibu bapa/penjaga jika mereka
sakit.
Mereka
perlu
memberitahu guru kelas untuk
menghubungi
ibu
bapa/penjaga.
10.2.9 Murid-murid yang memerlukan
rawatan bolehlah mendapat
surat rawatan dari pejabat
sekolah.
10.2.10 Sebarang surat menyurat tidak
digalakkan
menggunakan
alamat sekolah. Jika berlaku
12

juga maka pihak sekolah


berhak membuka surat-surat
tersebut.
10.3

Masa Rehat
10.3.1 Semasa rehat, murid tidak
dibenarkan berada di dalam
kelas
melainkan
dengan
kebenaran guru.
10.3.2 Murid yang keluarawal tidak
dibenarkan mundar mandir di
luar bilik darjah, memanggil
atau mengganggu murid lain
di dalam kelas.
10.3.3 Lampu dan kipas di dalam
kelas hendaklah dimatikan
sebelum meninggalkan kelas.
10.3.4 Murid-murid tidak dibenarkan
masuk ke dalam tempat
penyediaan
makanan
di
kantin untuk makan atau
membeli makanan.
10.3.5 Murid-murid
hendaklah
berbaris dengan betul ketika
membeli makanan di kantin.
10.3.6 Murid-murid tidak dibenarkan
membeli makanan selepas
masa rehat berakhir.
10.3.7 Pinggan, mangkuk, gelas dan
sudu hendaklah dimasukkan
ke
dalam
bekas
yang
disediakan oleh pihak kantin.
10.3.8 Murid-murid tidak dibenarkan
membeli
makanan
dan
13

minuman di luar kawasan


sekolah pada waktu rehat.
10.4

Bantuan RMT
10.4.1 Murid murid yang mendapat
bantuan
sarapan
RMT
hendaklah datang awal ke
sekolah mengikut waktu yang
ditetapkan.

11.0

PERATURAN SEKOLAH BAB C KELAS


11.1
11.2

11.3

11.4

Murid-murid tidak dibenarkan meninggalkan


kelas tanpa memakai kad kebenaran keluar
kelas.
Murid-murid hendaklah mengetuk pintu dan
memberi salam dahulu dan setelah
mendapat kebenaran guru, barulah boleh
masuk ke dalam kelas.
Ketua kelas mestilah mengarahkan rakannya
di dalam kelas supaya bangun untuk
memberi hormat dan menjawab salam guru
atau pelawat yang masuk ke dalam kelas.
Semua pintu bilik darjah hendaklah ditutup
semasa muruid hendak keluar ke kelas-kelas
khas, ke tempat Pendidikan Jasmani dan
tamat waktu persekolahan.

14

12.0

PERATURAN
SEKOLAH
PERHIMPUNAN
12.1
12.2
12.3

13.0

BAB

Perhimpunan mingguan diadakan pada hari


Ahad mulai jam 7.35 pagi.
Semua murid dikehendaki segera ke tempat
perhimpunan.
Semasa perhimpunan, murid mestilah berada
di dalam barisan lurus dan senyap.
Pengawas mestilah mengawasi murid di
bawah jagaan masing-masing.

KEBERSIHAN DAN KECERIAAN SEKOLAH


13.1

Bilik Darjah
13.1.1 Tanggungjawab
setiap
murid
menjaga kebersihan bilik darjah.
13.1.2 Ketua/Penolong
Kelas
bertanggungjawab
memastikan
murid bertugas harian melaksanakan
tugas
mengikut
jadual
yang
disediakan.
13.1.3 Setiap kelas mesti mempunyai sudut
pembelajaran dan menghias kelas
dengan bahan-bahan yang sesuai.
13.1.4 Sebelum meninggalkan kelas, kerusi
meja mesti disusun dengan teratur.
Tutup suis lampu dan kipas.
13.1.5 Murid-murid
tidak
dibenarkan
memindahkan kerusi meja ke kelaskelas lain.

15

13.2

Kawasan Sekolah
13.2.1 Setiap murid mestilah menjaga
kebersihan dan keceriaan sekolah.
13.2.2 Sampah yang dijumpai hendaklah
dikutip dan dibuang ke adalam tongtong sampah yang disediakan.
13.2.3 Murid-murid dilarang sama sekali
memakan gula-gula getah (chewing
gum) atau meludah merata-rata
tempat
13.2.4 Menconteng
dinding
dengan
sebarang
bahan
adalah
satu
kesalahan.

13.3

Tandas
13.3.1 Setiap murid mestilah menggunakan
tandas dengan betul, menjaga
kebersihan dan dilarang membuang
sampah ke dalam lubang tandas.
13.3.2 Murid
hendaklah
berjimat
menggunakan air dan menutup paip
setelah digunakan.

13.4

Papan Kenyataan
13.4.1 Sebarang kenyataan yang ditampal
mestilah mendapat kebenaran guru.
13.4.2 Hanya maklumat, gambar dan berita
yang sesuai sahaja boleh ditampal.
13.4.3 Kenyataan yang agak lama melebihi
tempoh masa mesti ditanggalkan.

16

13.4.4 Murid-murid
dilarang
meminda
sebarang kenyataan yang ada di
papan kenyataan.
13.5

Kantin
13.5.1 Setiap murid mesti makan di kantin
sahaja.
13.5.2 Murid-murid diwajibkan berbaris
semasa hendak membeli makanan
dan minuman.
13.5.3 Semua
bekas
makanan
dan
minuman adalah milik kantin. Muridmurid mesti memasukkan bekasbekas makanan dan minuman ke
dalam bekas yang disediakan.
13.5.4 Murid-murid tidak dibenarkan masuk
ke
tempat
memasak
atau
menyediakan makanan.
13.5.5 Semua murid dilarang membeli
makanan dari luar kawasan sekolah
pada waktu pembelajaran.
13.5.6 Murid-murid dilarang berlari-lari,
memanjat meja dan membuang
sampah atau plastik.
13.5.7 Amalkan adab sopan santun semasa
makan dan minum
13.5.8 Mulakan makan dengan bacaan doa.

17

14.0

PERATURAN SEKOLAH BAB E HARTABENDA


14.1

Hartabenda Murid
14.1.1 Setiap murid hendaklah sentiasa
mengawasi dan memelihara barangbarang kepunyaan sendiri seperti
buku, dompet, pakaian, kotak pensel
dan lain-lain lagi.
14.1.2 Setiap murid hendaklah menulis
nama dan kelas untuk disimpan di
dalam dompet.
14.1.3 Kehilangan
atau
kerosakan
sebarang alat mestilah dilapor
kepada guru secepat mungkin.
14.1.4 Semua barang hilang yang dijumpai
hendaklah diserahkan kepada guru
bertugas.

14.2

Hartabenda Sekolah
14.2.1 Adalah
menjadi
tanggungjawab
semua murid menjaga harta sekolah
yang terdapat di dalam kelas,
makmal sains, makmal komputer,
bilik kemahiran hidup, bilik pusat
sumber, setor sukan, tandas dan di
mana-mana sahaja dalam kawasan
sekolah.
14.2.2 Sebarang kerosakan hendaklah
dilaporkan kepada guru.
14.2.3 Kerosakan yang dilakukan oleh
murid hendaklah ditanggung dan
diganti oleh murid sendiri.

18

14.2.4 Semua buku teks SPBT, buku


perpustakaan
dan
harta-harta
sekolah yang lain yang dipinjam oleh
murid
hendaklah
dipulangkan
sebelum meninggalkan sekolah.
Sekiranya murid gagal berbuat
demikian, sijil, surat akuan dan apaapa
surat
sokongan
tidak
dikeluarkan sehingga segala urusan
selesai.
14.3

Barang-barang sekolah dan Perkakas


14.3.1 Murid-murid hendaklah menjaga
perkakas
dan
barang-barang
sekolah dengan baik.. Perkakas
yang hendak digunakan mestilah
mendapat
kebenaran
daripada
guru/Guru Besar.
14.3.2 Segala perkakas yang dikeluarkan
dari bilik setor ataupun bilik darjah
hendaklah
dipulangkan
semula
selepas digunakan.
14.3.3 Segala perkakas sekolah didak
dibenarkan dibawa keluar dari
kawasan
sekolah
tanpa
pengetahuan
dan
kebenaran
daripada Guru Besar.
14.3.4 Segala kerosakan dan kehilangan
perkakas
sekolah
hendaklah
dilaporkan kepada guru dengan
segera.
14.3.5 Barang-barang
yang
tidak
dibenarkan dibawa ke sekolah ialan
19

barang-barang
yang
bukan
merupakan peralatan belajar seperti:
a)
b)
c)

d)
e)
f)
g)
h)
i)
j)
15.0

Buku-buku yang mengandungi


unsur lucah.
Komik-komik
berunsur
khayalan.
Alat-alat
elektronik
seperti
walkman, video game, telefon
bimbit, discman, video tape
dan sebagainya.
Benda-benda tajam/senjata.
Kad-kad permainan berunsur
judi.
Liquid paper.
Pensel tekan.
Pengasah pensel yang besar.
Majalah hiburan.
Mesin mengira ( calculator).

PERADUAN SEKOLAH BAB F KENDERAAN


KE SEKOLAH
15.1
15.2
15.3

Semua basikal yang digunakan oleh muridmurid mestilah mematuhi undang-undang


lalu lintas negara.
Basikal hendaklah diletak di tempat yang
disediakan dengan teratur dan berkunci.
Murid-murid yang berbasikal datang atau
pulang dari sekolah hendaklah menunggang
basikal di dalam satu barisan dan tidak
bersaing-saing di jalan raya.

20

15.4
15.5
15.6

15.7
16.0

Murid-murid hendaklah menuntun basikal


masing-masing apabila melalui jalan masuk
ke sekolah hingga ke tempat letak basikal.
Murid-murid dilarang menunggang basikal di
mana-mana kawasan sekolah pada bila-bila
masa sekalipun.
Murid-murid yang datang ke sekolah dengan
bas sekolah, van atau kereta mestilah
menunggu di balai menunggu semasa balik
hingga kenderaan tiba.
Murid-murid yang berjalan kaki ke sekolah
dinasihatkan berjalan dalam kumpulan.

PERATURAN SEKOLAH BAB G PENGAWAS


SEKOLAH / PUSTAKA
16.1
16.2
16.3

Semua pengawas mestilah berdisiplin tinggi,


tegas bila menjalankan tugas, bersopan
santun, bersikap adil dan jujur.
Pengawas mestilah cemerlang dalam
akademik, ko kurikulum serta menjadi contoh
teladan yang baik kepada murid-murid lain.
Pakaian pengawas berbeza berbanding
murid-murid lain iaitu:16.3.1 Pengawas Sekolah
a) Semua pengawas sekolah
memakai tanda nama.
a) Pengawas
Lelaki

21

mestilah

: baju kemeja kuning susu


berlengan panjang.
: Seluar panjang merah
hati.

: Vest merah hati.


: Kasut dan stoking hitam.
b) Pengawas
perempuan

: Baju kurung kuning susu.


: Kain tudung kuning susu
muda.
: Kain sarung merah hati.
: Vest merah hati
: Kasut dan stoking hitam.

16.3.2 Pengawas Pustaka


a) Semua pengawas pustaka
memakai tanda nama.
a) Pengawas
Lelaki

b) Pengawas
perempuan

17.0

mestilah

: baju kemeja hujau muda


berlengan panjang.
: Seluar panjang hitam.
: Vest merah hati.
: Kasut dan stoking hitam.
: Baju kurung hijau muda.
: Kain tudung hijau muda.
: Kain sarung hitam.
: Vest merah hati
: Kasut dan stoking hitam.

PERATURAN SEKOLAH BAB H PELAWATPELAWAT


17.1

Murid-murid tidak dibenarkan membawa


pelawat-pelawat berjumpa dengan mereka
22

17.2

17.3

17.4

17.5

18.0

pada masa persekolahan kecuali mendapat


kebenaran daripada Guru Besar.
Ibu bapa/penjaga yang ingin berjumpa anakanak mereka pada masa persekolahan
hendaklah menghubungi pejabat sekolah
terlebih dahulu.
Panggilan telefon kepada murid-murid tudak
akan dilayan melainkan panggilan penting
atau kecemasan yang dibuat oleh ibu
bapa/penjaga tersebut sahaja.
Pelawat-pelawat atau ibu bapa tidak
dibenarkan berada di dalam kawasan
sekolah kecuali pada hari-hari tertentu atau
dengan kebenaran pihak sekolah.
Sebarang kemalangan di kawasan sekolah
yang berpunca daripada pelawat atau ibu
bapa/penjaga menjadi tanggungan mereka
sendiri.

PERATURAN
KURIKULUM
18.1

BAB

KO

Semua murid Tahap 2 diwajibkan mengambil


bahagian dalam 3 aktiviti ko-kurikulum
berikut:
a)
b)
c)

18.2

SEKOLAH

Kelab/Persatuan Akademik
Pasukan Beruniform
Sukan/Permainan

Kehadiran adalah wajib. Tindakan akan


diambil jika tidak hadir tanpa sebab-sebab
tertentu.

23

18.3

18.4
18.5

Murid-murid mestilah memakai pakaian


mengikut aktiviti yang disertai seperti pakaian
beruniform, pakaian sekolah atau pakaian
sukan.
Murid-murid tidak dibenarkan menjalankan
kegiatan tanpa guru penasihat.
Rombongan dan Lawatan Sambil Belajar
18.5.1 Setiap lawatan atau rombongan
mestilah mendapat kebenaran Guru
Besar dan kelulusan pihak jabatan.
18.5.2 Persatuan yang terlibat mestilah
mengikut peraturan-peraturan yang
telah ditetapkan oleh pihak sekolah,
Jabatan Pendidikan Negeri dan juga
Kementerian Pendidikan Malaysia.
18.5.3 Setiap lawatan mestilah disertai oleh
guru penasihat persatuan atau kelab
atau
pasukan
dan
sekurangkurangnya seorang guru perempuan
ikut serta.
18.5.4 Semua urusan surat menyurat rasmi
mestilah melalui Guru Besar.

18.6

Insuran Kemalangan
18.6.1

Ibu
bapa
dinasihatkan
menginsurankan diri anak-anak
seperti mana yang ditawarkan
oleh pihak sekolah pada awal
tahun.

24

18.7

Penyertaan Pertandingan/Penyertaan Luar


18.7.1 Murid-murid dilarang menyertai atau
mewakili mana-mana majlis atau
pertandingan yang bukan dianjurkan
oleh pihak sekolah kecuali dengan
kebenaran Guru Besar.

19.0

PERATURAN SEKOLAH BAB J TATATERTIB


DAN KESOPANAN
19.1
19.2
19.3
19.4

19.5

Setiap murid wajib mengenali semua guru


dan kakitangan sekolah.
Setiap murid mestilah menghormati guruguru, kakitangan sekolah, pelawat dan
sesama rakan.
Ucapan salam hendaklah diberikan apabila
berjumpa sesama Islam dan ucapan salam
sejahtera bagi yang bukan Islam.
Murid-murid mestilah menunjukkan sikap dan
tingkah
laku
yang
baik
sepanjang
persekolahan dan menjaga nama baik
sekolah.
Murid-murid mesti manjaga tutur kata dan
budi bahasa yang baik dengan sesiapa
sahaja.

25

20.0

PERATURAN SEKOLAH BAB K PERKARA AM


20.1

Peperiksaan
20.1.1 Murid-murid
mestilah
mematuhi
peraturan-peraturan
peperiksaan
sekolah.
20.1.2 Murid-murid
tidak
dibenarkan
meninggalkan kawasan sekolah
walaupun
waktu
peperiksaan
berakhir lebih awal daripada waktu
sekolah kecuali mendapat arahan
Guru Besar.
20.1.3 Semua murid kelas peperiksaan
mestilah menjelaskan yuran kepada
pihak sekolah dalam jangka waktu
yang ditetapkan.
20.1.4 Semua
murid
dikehendaki
mengambil
peperiksaan
seperti
dijadualkan. Sekiranya seseorang
murid sakit pada hari peperiksaan, ia
wajib membawa surat rawatan
doktor.
Kebenaran
mengambil
peperiksaan diberi sekiranya cuti
tidak melebihi 2 hari.
20.1.5 Kebenaran mengambil peperiksaan
hanya diberi kepada murid yang
bercuti kerana sakit sahaja.
20.1.6 Bagi murid yang tidak hadir atas
sebab yang lain, mereka akan
direkodkan sebagai TH (tidak hadir)
dalam buku pelaporan.

26

20.2

Keselamatan Murid-murid
20.2.1 Keselamatan
diri
adalah
tanggungjawab murid sendiri.
20.2.2 Murid-murid
mestilah
sentiasa
menjaga keselamatan diri semasa
menjalankan
aktiviti
persatuan,
kelab, sukan, permainan dan aktiviti
di dalam bilik darjah, makmal sains,
makmal komputer dan bengkel.
20.2.3 Kemalangan akibat kelalaian sendiri
bukan tanggungjawab pihak sekolah.

20.3

Pertukaran Sekolah
20.3.1 Dibenarkan
hanya
dengan
persetujuan atau kehendak ibu
bapa/penjaga yang sah (salinan
surat nikah disertakan).
20.3.2 Bagi murid-murid kelas peperiksaan,
ibu
bapa/penjaga
hendaklah
memastikan
pertukaran
Pusat
peperiksaan telah
dibuat dan
disertakan salinan.
20.3.3 Semua yuran mestilah dijelaskan
sebelum pertukaran dibuat.

20.4

Kedai Sekolah
20.4.1 Semua murid yang ingin berurusan
dengan kedai sekolah mestilah pada
waktu rehat atau sebelum masuk

27

waktu pembelajaran kecuali dengan


kebenaran guru.
20.5

Yuran Sekolah
20.5.1 Yuran
khas
sekolah
mestilah
dijelaskan dalam tempoh tidak lewat
dari 3 bulan hari permulaan sekolah.

20.6 Skim Pinjaman Buku Teks (SPBT)


20.6.1 Semua murid mesti menjaga buku
teks pinjaman dengan baik dan
berbalut.
20.6.2 Buku-buku
pinjaman
mestilah
dipulangkan dalam keadaan yang
baik.
20.6.3 Buku yang rosak, hilang mesti
diganti dengan buku yang sama.
21.0

PERATURAN SEKOLAH BAB L KEBENARAN


GURU BESAR
21.1 Kebenaran
Guru
Besar
bermaksud
kebenaran yang diberikan oleh Guru
Besar secara langsung kepada manamana pihak yang berkenaan sama ada
secara bertulis atau lisan.
21.2 Kebenaran yang diberikan oleh mana-mana
pihak yang telah diturunkan kuasa
kepadanya oleh Guru Besar untuk
memberi kebenaran secara bertulis atau
28

lisan tertakluk kepada peraturan dan


arahan tambahan yang dikeluarkan dari
semasa ke semasa.
22.0

PERATURAN SEKOLAH BAB M KAWASAN


LARANGAN (KECUALI DENGAN KEBENARAN)
22.1 Kawasan-kawasan berikut adalah kawasan
larangan:a)
b)
c)
d)
e)
f)
g)
h)
i)
j)
k)
l)
m)
n)
o)
p)
22.2

Pejabat Guru Besar


Pejabat Guru-guru Penolong Kanan
Pejabat Sekolah
Bilik Guru
Bilik Perpustakaan
Setor Sukan dan peralan Sekolah
Tandas Guru dan Kakitangan
Bilik Kemahiran Hidup
Makmal Komputer
Makmal Sains
Bilik Tayangan
Bilik Bahan Bantu Mengajar
Bilik Muzik
Bilik SPBT
Bahagian Dalam Kantin
Kolam

Semua murid tidak dibenarkan berada di


dalam kawasan sekolah pada hari minggu
dan hari-hari kelepasan am.

29

23.0

PERATURAN SEKOLAH BAB N PERKARAPERKARA SALAHLAKU YANG DIANGGAP


BERAT
23.1 Menjadi ahli pertubuhan haram.
23.2 Membawa senjata yang merbahaya ke
sekolah.
23.3 Memukul guru atau Guru Besar.
23.4 Mengancam guru atau Guru Besar.
23.5 Melanggar
peraturan-peraturan
yang
ditubuhkan oleh sekolah atau Jabatan
Pendidikan.
23.6 Melukis atau menulis di dalam akhbar tanpa
memberitahu pihak berkuasa sekolah.
23.7 Sengaja merosakkan harta kerajaan atau
sekolah.
23.8 Sengaja merosakkan harta persendirian
guru-guru atau murid-murid.
23.9 Mengancam murid-murid lain.
23.10 Menghisap rokok dan mengambil dadah.
23.11 Berjudi.
23.12 Minum minuman keras.
23.13 Masih membantah arahan guru sekalipun
sudah 3 kali diberi amaran.
23.14 Menunjukkan sifat bongkak atau membuat
penghinaan terhadap guru atau Guru
Besar.
23.15 Sengaja menimbulkan kacau bilau dan
perpecahan kaum.
23.16 Melanggar peraturan-peraturan tatatertib
atau ingkar kepada keputusan yang
dibuat atas budi bicara Guru Besar.

30

24.0

PERATURAN SEKOLAH BAB O TINDAKAN


DAN HUKUMAN MELANGGAR PERATURAN
SEKOLAH
24.1 Kesalahan-kesalahan yang dilakukan oleh
murid-murid dan hukumannya
24.1.1 AMARAN: Amaran diberikan untuk
kesalahan ringan dengan mencatat
kesalahan dan amaran ke dalam buku
rekod. Kesalahan-kesalahan adalah
seperti berikut:24.1.1.1 Berambut panjang.
24.1.1.2 Bising dalam kelas.
24.1.1.3 Tidak membawa buku teks
atau buku latihan
24.1.1.4 Makan dan minum di dalam
kelas.
24.1.1.5 Menconteng peralatan di
dalam kelas.
24.1.1.6 Tidak mengenakan butang
baju.
24.1.1.7 Keluar
kelas
tanpa
kebenaran.
24.1.1.8 Tidak menyiapkan kerja
sekolah.
24.1.1.9 Lain-lain.
24.1.2 Amaran diberi untuk kali pertama
melakukan kesalahan berikut. Amaran
Bertulis kepada ibu bapa/penjaga

31

akan diberikan
kedua:-

untuk

kesalahan

24.1.2.1 Tidak mematuhi peraturan


sekolah
(lencana,
baju,
seluar, kasut, stoking)
24.1.2.2 Ponteng kelas.
24.1.2.3 Datang lewat tanpa sebab.
24.1.2.4 Ponteng sekolah.
24.1.2.5 Ingkar arahan Guru Besar,
guru dan Pengawas sekolah
24.1.2.6 Keluar
dari
kawasan
sekolah di dalam waktu
persekolahan
tanpa
kebenaran dan sebab.
24.1.2.7 Membeli makanan dari luar
kawasan
sekolah
pada
waktu persekolahan.
24.1.2.8 Membuang
sampah
di
merata kawasan sekolah.
24.1.2.8 Menipu.
24.1.2.9 Melanggar undang-undang
lalu lintas
24.1.2.10 Lain-lain.
24.2

Prosedur Menjalankan Hukuman


24.2.1 Guru mata pelajaran atau guru kelas
memaklumkan pelajar bermasalah
kepada guru disiplin.
24.2.2 Buku khas disediakan untuk laporan.

32

24.2.3 Hukuman untuk kesalahan ringan


akan ditentukan oleh guru disiplin
sendiri.
24.2.4 Hukuman untuk kesalahan berat akan
dibawa ke pengetahuan Lembaga
Disiplin
sekolah
untuk
diambil
tindakan.
24.3

Hukuman Denda
24.3.1 Hukuman boleh dikenakan seperti
membayar wang untuk menggantikan
alat
yang
dipecahkan
atau
dirosakkan, mengutip sampah dan
lain-lain apabila:24.3.1.1
24.3.1.2
24.3.1.3

Datang lewat ke sekolah.


Bising dalam kelas.
Menyorok di tempat lain
semasa PJ dijalankan.
Tidak menyiapkan kerja
sekolah.
Tidak membawa pakaian
latihan jasmani.
Memecahkan
cermin
tingkap,
lampu
dan
sebagainya.

24.3.1.4
24.3.1.5
24.3.1.6

24.4

Hukuman Dera
Hukuman dera ialah merotan mengikut
peraturan-peraturan Pelajaran (Disiplin 1938)
bagi kesalahan-kesalahan berikut:-

33

24.4.1 Merosakkan
harta
sekolah/kerajaan/guru.
24.4.2 Mencuri
24.4.3 Merokok atau mengambil dadah.
24.4.4 Bergaduh/bertumbuk
24.4.5 Menulis surat asmara.
24.4.6 Berjudi
24.4.7 Membawa gambar/buku lucah.
24.4.8 Menunjukkan sikap bongkak dan
membuat penghinaan terhadap
guru atau kakitangan sekolah.
24.5

Gantung dan Buang Sekolah


Sebelum dibuang sekolah, pelajar terlibat
akan digantung dahulu persekolahannya
sementara
menunggu
keputusan
penyiasatan Lembaga Disiplin. Rujukan:
Peraturan-peraturan Pelajaran (Disiplin 1959)
dan pindaan-pindaanya. Kesalahan yang
boleh diambil tindakan di atas ialah:
24.5.1 Berasmara.
24.5.2 Menjadi ahli dalam pertubuhan
haram/jahat.
24.5.3 Membawasenjata merbahaya.
24.5.4 Menonton wayang atau gambar lucah.
24.5.5 Menulis di dalam akhbar tanpa
memberitah
pihak
berkuasa
sekolah.
24.5.6 Menjatuhkan maruah guru.
24.5.7 Mengancam atau peras ugut murid
lain.
34

24.5.8 Meminum minuman keras.


24.5.9 Bergaduh
dengan
melibatkan
kumpulan haram
24.5.10 Sengaja mengadakan kacau bilau
dan perpecahan kaum.
24.5.11 Terlibat dengan dadah seperti
mengedar,
menjual
dan
menggunakannya.
24.5.12 Memukul guru, pengawas, muridmurid lain.
24.5.13 Merompak.
24.5.14 Perbuatan
cuba
menjatuhkan
maruah murid perempuan.
24.5.15 Mengambil
bahagian
dalam
pergerakan
dan
perhimpunan
politik atau menolong mana-mana
parti politik.
24.6

Sijil Berhenti Sekolah


Kesalahan
yang
membawa
kepada
pembuangan sekolah hendaklah dicatat
dalam Sijil Berhenti Sekolah.
Peringatan :
Segala peraturan dan hukuman di atas
adalah sebagai panduan sahaja dan boleh
diubahsuai mengikut keperluan sekolah.

35

Anda mungkin juga menyukai