Anda di halaman 1dari 13

Solat Sunat Tarawih

Posted by Shafi-Q.

Tarawih bererti istirehat manakala solat Tarawih pula bermaksudsolat


yang merehatkan. Dalam melaksanakannya, disunatkan duduk sebentar selepas salam sambil
memperbanyak zikir pada setiap rakaat keempat dan dikerjakan dalam keadaan tenang, tenteram dan
tidak tergesa-gesa menyelesaikannya.
Solat Tarawih adalah sunat muakkad yang boleh dilakukan secaraberjemaah atau
sendirian sama ada di rumah atau masjid pada malam-malam bulan Ramadan, di antara
waktu selepas solat Isyak hingga ke sebelum fajar.
Rasulullah SAW. bersabda; Allah SWT. menetapkan kewajipan puasa kepada kamu dan
disunatkan kepada kamu solat pada malam harinya. Sesiapa berpuasa pada siang hari dan
melakukan solat pada malam harinya kerana iman dan mengharapkan keredaan-Nya maka ia
kelak bersih dari dosa-dosanya seperti seorang bayi yang dilahirkan ibunya.
Solat Tarawih boleh dilaksanakan dengan setiap dua rakaat satu salam, sekurang-kurang 4 kali dan
disambungkan dengan solat Witir tiga rakaat atau boleh juga dilakukan 2 kali empat rakaat
berdasarkan hadis daripada Aisyah yang berkata: Rasulullah SAW tidak pernah mendirikan solat
malam melebihi 11 rakaat, baik pada Ramadhan mahupun bulan lainnya, beliau mendirikan empat
rakaat yang sangat panjang, kemudian empat rakaat lagi yang panjang, selepas itu solat tiga
rakaat. (Riwayat Bukhari).
.
.

TUJUAN
1.

Solat Tarawih adalah ibadah untuk menghidupkan malam Ramadan dan mendekatkan diri
kepada Allah SWT.
2.
Menggunakannya untuk menghafal kembali surah al-Quran.
3.
Mengharapkan kerahmatan dan keampunan Allah SWT.
Rasulullah SAW bersabda: Sesiapa yang melakukan solat malam pada Ramadhan
kerana keimanan dan mengharapkan keredaan dan keampunan Allah semata-mata,
maka diampunkan segala dosanya yang lalu. Riwayat al-Bukhari dan Muslim.
.
.

BACAAN SURAH
1.

Sebaik-baik surah yang dibaca selepas al-Fatihah pada solat Tarawih ialah satu juzuk
daripada al-Quran pada setiap malam seperti kelaziman seseorang yang hafaz al-Quran (alHafiz).
2.
Kebanyakan orang biasanya adalah dengan membaca surah-surah lazim:

3. Bermula malam ke 16, boleh juga dibaca mulai daripada surah al-Lail pada rakaat pertama
sehingga surah al-Masad, iaitu 20 surah bagi 20 rakaat solat Tarawih.
.
.

CARA MELAKUKAN SOLAT


.
Cara melakukan solat Tarawih sama seperti solat sunat yang lain. Solat Tarawih dilaksanakan setiap
dua rakaat satu salam, ini berlandaskan kepada hadis: Solat malam (solat Tarawih) adalah dua
rakaat, dua rakaat. (Riwayat Jamaah)
.
1. Niat:

.
2. Bacaan Selawat, Tasbih dan Doa Solat Tarawih
Setelah selesai melakukan solat fardu dan solat sunat Badiah Isyak, maka bolehlah dimulakan Solat
Tarawih dengan bacaan-bacaan berikut.

.
F. Baca doa berikut selepas selesai rakaat ke 8 atau ke 20, iaitu rakaat terakhir solat
Tarawih.
.

.
.

G. SOLAT SUNAT WITIR


.
A. Setelah selesai Solat Tarawih, sebelum meneruskan solat sunat Witir. Bilal akan menyeru:

Lakukanlah solat Witir, mudah-mudahan Allah memberi pahala kepada kamu!


.
Disambut jamaah dengan lafaz;

Bersolatlah. Tiada Tuhan melainkanAllah.


.
.

B. Cara Melaksanalam 2 Rakaat Pertama


1. Lafaz niatnya pada setiap dua rakaat pertama:

*
Sekiranya solat sendirian, tinggalkan perkataan di dalam kurungan;
Daku solat sunat Witir dua rakaat kerana Allah Taala.
.
.
2. Bacaan selepas Fatihah:
Rakaat pertama: Surah Al-Alaa
Rakaat kedua: Surah Al-Kafiruun
.
.

C. Selawat Selingan
.
1.

Sesudah salam, Bilal membacakan selawat;

Ya Allah!
Kurniailah kesejahteraan ke atas junjungan kami, kekasih kami dan pemimpin kami Muhammad
SAW.
.
2, Jamaah menyambut dengan ucapan;

Ya Allah! Berilah kesejahteraan dan keselamatan ke


atasnya (Muhammad SAW).
.
.

D. Cara Melaksanakan Satu Rakaat Terakhir


.
1.

Jamaah terus berdiri untuk mengerjakan satu lagi rakaat Witir. Lafaz niat pada satu rakaat
terakhir:

* Da
ku solat sunat Witir satu rakaat kerana Allah Taala.

.
.
2. Pada rakaat terakhir, selepas Fatihah, dibaca 3 surah berikut;
1.
2.
3.

Al-Ikhlas,
Al-Falaq dan
An-Naas.
.
.

E. Berdoa Qunut
Bermula malam 16 Ramadhan, disunatkan membaca Doa Qunut selepas berdiri tegak dari rukuk,
iaitu belum melakukan sujud pertama.

.
.

F. Berdoa
1.

Selesai mengerjakan Solat Witir disunatkan mengucapkan tasbih sebelum berdoa:

.
.
2. Boleh dibaca doa-doa berikut:

.
.

Peringatan
*Lafaz niat di atas boleh digunakan untuk semua orang. Jika menjadi imam atau makmum, pilih salah
satu perkataan tersebut dari dalam kurungan. Jika solat berseorangan perkataan di dalam kurungan
tidak perlu dibaca.
*Penentuan sesuatu surah seperti yang disebutkan itu hanyalah untuk memudahkan kita mengingati
bilangan rakyat sahaja dan kerana itu seseorang boleh membaca mana-mana surah atau ayat yang
diingatnya.
*Begitu juga tentang peraturan berselawat antara rakaat-rakaat solat sunat tarawih kerana tujuannya
adalah untuk menambahkan lagi ibadat pada bulan yang mulia ini.
.

Anda mungkin juga menyukai