Anda di halaman 1dari 35

Pentaksiran dalam Pendidikan Moral

1.0 Peranan Dan Tanggungjawab Guru Sebagai Agen Sosialisasi Dalam


Merealisasikan Aspirasi Negara.
Pendidikan ialah

satu usaha sistematik yang dibuat oleh masyarakat untuk

menyampaikan pengetahuan, nilai, sikap dan kemahiran kepada ahlinya. Ia merupakan


satu proses untuk memperkembangkan potensi individu dan perubahan yang berlaku
dalam diri manusia ".Menurut John Dewey, pendidikan adalah suatu proses
pembaharuan makna pengalaman, hal ini mungkin akan terjadi di dalam pergaulan
biasa atau pergaulan orang dewasa dengan orang muda, mungkin pula terjadi secara
sengaja dan dilembagakan untuk untuk menghasilkan kesinambungan sosial. Proses ini
melibatkan pengawasan dan perkembangan dari orang yang belum dewasa dan
kelompok dimana dia hidup.
Kamus Dewan mentakrifkan sosial ialah segala yang berkaitan dengan
masyarakat, perihal masyarakat atau kemasyarakatan. Manakala Mohd. Salleh Lebar
dalam bukunya Sosialisasi Sekolah dan Pendidikan mentakrifkan sosialisasi ialah
proses interaksi sosial yang membolehkan manusia memperolehi personaliti atau
sakhsiah dan belajar cara hidup masyarakatnya. Proses ini berlaku secara berterusan
dan banyak dipengaruhi oleh faktor-faktor persekitaran personaliti merangkumi
pemikiran, tahap emosi, daya kesedaran diri, konsepsi dan lain-lain lagi. Selain itu,
sosialisasi boleh didefinisikan sebagai interaksi antara manusia sama ada verbal atau
non verbal. Apabila manusia melakukan tugasan bersama, sekalipun tanpa interaksi, ia
juga dianggap sebagai proses sosialisasi.
Menurut Peter L. Berger, sosialisasi adalah proses dalam mana seorang anak
belajar menjadi seseorang yang berperanan dalam masyarakat. Manakala Robert M.Z.
Lawang memberi maksud sosialisasi adalah proses mempelajari nilai dan norma yang
diperlukan untuk memungkinkan seseorang dapat berperanan secara efektif dalam
kehidupan sosial. Menurut Horton dan Hunt pula, sosialisasi merupakan suatu proses
yang terjadi ketika seorang individu menghayati nilai-nilai dan norma-norma kelompok
di mana dia hidup sehingga terbentuklah keperibadiannya. Sebagai kesimpulannya,

Pentaksiran dalam Pendidikan Moral

sosialisasi adalah cara bagaimana individu bermasyarakat dalam menjalani kehidupan


sehariannya.
Sosialisasi bertujuan untuk mengembangkan kemampuan seorang anak dalam
kehidupan untuk berkomunikasi secara efektif. Selain itu, ia juga memberikan
keterampilan yang diperlukan seseorang yang mempunyai tugas dalam masyarakat.
Proses sosialisasi ini dapat menanamkan nilai-nilai kepercayaan kepada seseorang
yang mempunyai tugas dalam masyarakat. Sosialisasi yang betul dapat membentuk
keperibadian yang unggul dalam diri seseorang.
Menyanjung tinggi dan menyokong semua aspirasi negara juga merupakan
tanggungjawab penting semua guru, termasuk Guru Pendidikan Moral. Guru berkenaan
harus menjadi teladan dalam mempraktikkan prinsip yang positif di samping
menyebarkan mesej yang diingini kepada pelajar.Guru bukan hanya menyampaikan
ilmu pengetahuan semata-mata tetapi juga menanam sikap,nilai dan sahsiah yang
sempurna dan mematuhi peraturan masyarakat.Bagaimana,pada masa kini masyarakat
perindustrian yang maju dalam bidang teknologu sedang mengalami perubahan sisial
yang pesat. Guru bukan hanya menyampaikan ilmu pengetahuan semata-mata,tetapi
juga menanam sikap,nilai dan sahsia yang sempurna dan mematuhi peraturan
masyarakat.Pada masa kini,masyarakat perindustrian yang maju dalam bidang
teknologi sedang mengalami perubahan sosial yang pesat.
Antara peranan guru sebagai agen sosialisasi ialah dengan memupuk semangat
dan sifat cintakan negara, bangsa dan tanah air. Selain tugas mengajar di dalam bilik
darjah, adalah menjadi tugas guru juga bagi menyemai kesedaran sivik dan
kewarganegaraan di dalam diri pelajar selaras dengan prinsip-prinsip Rukun Negara.
Selain itu, Ibnu Khaldun ( 2006 ), menyatakan seseorang yang tidak dapat memperbaiki
kebiasaannya dan tidak menggunakan agama untuk memperbaiki dirinya akan
mendorong sifat kejahatan yang mempengaruhi dirinya. Justeru itu, sebagai seorang
yang merupakan agen sosialisasi seharusnya mendidik serta mengajar pelajar-pelajar
mereka seiring dengan zaman mereka. Pelajar sekarang tidak sama seperti cara guru
dididik sewaktu dahulu. Pembelajaran pada zaman sekarang amat mencabar kerana

Pentaksiran dalam Pendidikan Moral


wujudnya pelbagai

teknologi serta hiburan-hiburan melalaikan yang boleh menarik

perhatian pelajar.
Peranan guru seterusnya ialah menekankan aspek komunikasi dua hala. Guru
perlu mempunyai kemahiran dan dinamika untuk mengendalikan kumpulan-kumpulan
dalam bilik darjah. Ini kerana guru yang menekankan aspek ini akan mendorong
pelajar pelajar untuk menyoal dan menjawab soalan dan dengan itu dapat membantu
pelajarnya mengembangkan perhubungan yang sihat yang akan membaiki sikap
terhadap sekolah dan pembelajarannya. Jika guru itu memilih untuk menyampaikan
maklumat sahaja, maka kemahiran berkomunikasi tidak dikembangkan. Kemahiran
berkomunikasi adalah penting untuk sosialisasi.
Selain itu, guru perlu mengendalikan projek gotong- royong untuk membersihkan
kawasan sekolah, balai raya, pusat warga tua, rumah anak yatim dan sebagainya.
Usaha seperti ini akan menyediakan peluang untuk pelajar berinteraksi sesama mereka
atau dengan penghuni-penghuni di pusat-pusat tersebut. Ini juga merupakan peluang
untuk pelajar bersosialisasi.
Tingkah laku guru merupakan salah satu pengaruh sosialisasi dalam kalangan
pelajarnya. Ini kerana guru berdiri di hadapan beratus-ratus orang pelajar. Segala
percakapan, tindakan dan tingkah laku guru diperhatikan dengan rapi oleh para pelajar.
Ini membawa implikasi bahawa perwatakan guru sering diteliti oleh pelajar. Lantaran itu,
guru hendaklah memainkan peranan sebagai contoh teladan atau role model kepada
pelajar-pelajarnya. Sekiranya guru itu memiliki sahsiah yang mesra dan sentiasa
menyapa pelajar- pelajar dengan baik, maka pelajar itu juga berasa lebih selesa.
Sahsiah guru itu akan dicontohi oleh para pelajarnya.

Pentaksiran dalam Pendidikan Moral

2.0 Peranan Dan Tanggungjawab Guru Sejajar Dengan Falsafah Pendidikan


Kebangsaan, Kod Etika Keguruan, Wawasan 2020 dan Rukun Negara.
2.1Peranan Dan Tanggungjawab Guru Sejajar Dengan Falsafah Pendidikan
Kebangsaan.
Falsafah Pendidikan Kebangsaan(FPK) yang dulunya dikenali sebagai Falsafah
Pendidikan Negara (FPN) telah digubal secara keseluruhannya dengan rapid an teliti
oleh pakar-pakar pendidikan. Penggubalan ini telah mengambil kira pelbagai jenis
aspek yang berkaitan dengan keperluan-keperluan individu, masyarakat dan Negara.
Berdasarkan kepada pertimbangan atas Laporan dan Akta Pendidikan, Rukun
Negara dan cirri-ciri ideologi serta kebudayaan masyarakat Malaysia, maka Falsafah
Pendidikan Kebangsaan(FPK) telah digubal dan diumumkan secara rasminya pada
tahun 1988. Falsafah ini akan dapat menentukan haluan, asas dan sumber inspirasi
kepada semua usaha dan segala rancangan dalam bidang pendidikan.Falsafah
Pendidikan Kebangsaan(FPK) yang dinyatakan berikut akan menentukan arah haluan,
asas dan sumber aspirasi kepada semua usaha dan rancangan dalam bidang
pendidikan.

Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan


lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang
harmonis dan seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan
kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bertujuan melahirkan
rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia,
bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi
sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara.
Falsafah Pendidikan Kebangsaan ( FPK ) di atas berhasrat untuk melahirkan
insan yang mulia dan sempurna supaya menjadi warganegara yang baik dari segi
intelek, emosi, rohani dan jasmani. Demi mencapai hasrat-hasrat ini guru perlulah

Pentaksiran dalam Pendidikan Moral


memainkan

peranan

yang

sangat

penting.

Guru

bertanggungjawab

memperkembangkan potensi murid secara menyeluruh dan bersepadu iaitu insan yang
seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani.
Guru perlu memainkan peranan sebagai pengajar, pengurus, fasilitator,
pembimbing, penggalak, penyelaras dan juga sebagai inovator, iaitu orang yang
mendatangkan pembaharuan. Seseorang guru perlu menggerakkan, mengatur dan
menilai prestasi murid-murid. Sebelum memulakan satu-satu pelajaran, minat murid
seharusnya dicungkil terlebih dahulu terhadap topik yang akan disampaikan. Proses
pembelajaran berlaku lebih cepat sekiranya murid-murid mempunyai minat terhadap
pelajaran itu. Oleh itu, adalah penting bagi seorang guru menggerakkan muridnya
dengan pelbagai cara seperti menggunakan alat bantu mengajar, mengadakan main
peranan (role playing), mengadakan simulasi dan sebagainya.
Selain itu, guru juga perlu membimbing murid-murid supaya mereka memahami
topik yang diajar. Guru seharusnya mengaitkan tajuk yang diajar dengan pengalamanpengalaman murid untuk membolehkan mereka memahami konsep-konsep dengan
lebih mudah lagi. Perkataan-perkataan yang diguna pakai oleh guru sepatutnya mudah
difahami dan penerangannya jelas dan padat. Penggunaan alat bantu mengajar seperti
carta, gambar, dan lain-lain dapat menjelaskan lagi konsep yang ingin disampaikan.
Guru juga mesti menolong murid-murid mengatur fakta-fakta supaya menjadi konsep
yang bermakna. Idea yang abstrak boleh dijadikan konkrit dengan menggunakan alat
bantu mengajar ini.
Guru juga perlu menolong murid-murid mempraktikkan dan mengulangi aktiviti
sehingga pembelajaran itu menjadi berkesan. Guru juga menilai murid-muridnya
dengan menjalankan pelbagai ujian. Penilaian ini akan dapat mengesan sejauh mana
objektif pengajaran dan pembelajaran sudah tercapai. Tuntasnya, guru memikul
amanah yang amat besar untuk melahirkan insan yang berilmu dan bersahsiah tinggi
sejajar dengan matlamat FPK. Guru juga memainkan peranan yang amat besar dalam
merealisasikan matlamat kenegaraan yang akan menentukan jatuh bangunnya bangsa
dan negara pada masa hadapan.

Pentaksiran dalam Pendidikan Moral

2.2 Peranan Dan Tanggungjawab Guru Sejajar Dengan Kod Etika Perguruan.
Kod etika perguruan merupakan satu sistem prinsip yang mengawal kemoralan
dan perlakuan guru. Kod ini merupakan satu panduan perlakuan atau etika kerja untuk
profesion perguruan.Guru sebagai seorang professional harus mematuhi peraturan
yang terkandung dalam kod etika ini di samping mengamalkan peribadi mulia selaras
dengan etika profession dalam menjalankan tugas harian.
Kod etika guru terbahagi kepada 4 perkara iaitu tanggungjawab kepada pelajar,
tanggungjawab terhadap ibu bapa, tanggungjawab terhadap masyarakat dan negara
dan tanggungjawab terhadap rakan sejawat dan profesion perguruan. Bagi memenuhi
tanggungjawab terhadap pelajar guru mesti bersikap adil terhadap pelajar tanpa
mengira faktor keturunan, agama , politik, dan lain-lain. Guru perlu lebih mengutamakan
kebajikan pelajar daripada hal-hal lain dan membimbing pelajar di bilik darjah tanpa
mengambil bayaran. Di samping itu, guru mesti menunjukkan contoh berpakaian,
pertuturan dan tingkah laku yang dapat dijadikan contoh oleh pelajar. Selain daripada
itu, guru hendaklah memelihara dan meningkatkan kecekapan ikhtisas melalui
pengajian,

penyelidikan,lawatan

dan

mengahdiri

kursus

ikhtisas,

persidangan,

mesyuarat atau seminar supaya proses pengajaran mencapai mutu yang setinggitingginya.
Selain itu, bagi memenuhi tanggungjawab guru terhadap ibi bapa guru mesti
menghormati tanggungjawab utama ibu bapa terhadap anak-anak mereka. Mereka
harus berusaha untuk mewujudkan hubungan mesra dan kerjasama yang erat di antara
institusi pendidikan dengan rumahtangga. Guru perlu menganggap semua maklumat
yang diberikan oleh ibu bapa mengenai keadaan rumahtangga atau mengenai anak
mereka sebagai sulit dan tidak akan membocorkannya kepada sesiapa kecuali kepada
mereka yang berhak mengetahuinya.Guru mesti sentiasa memberikan maklumat
kepada ibu bapa demi kepentingan anak-anak mereka, dan menggunakan maklumat
yang diterima daripada ibu bapa secara teliti dan bijaksana. Mengelakkan diri daripada
menggunakan atau dipengaruhi oleh kedudukan sosial dan ekonomi ibu bapa pelajar
haruslah dipatuhi oleh setiap guru. Guru juga mesti sentiasa mengelakkan diri daripada

Pentaksiran dalam Pendidikan Moral

mengeluarkan kata-kata atau melakukan sesuatu yang boleh menjejaskan kepercayaan


pelajar terhadap ibu bapa atau penjaga mereka.
Seseorang guru mestilah mengelakkan diri daripada menyebarkan sesuatu
ajaran yang boleh mencemarkan nama baik negara ataupun yang bertentangan dengan
prinsip-prinsip Rukunegara. Guru haruslah memupukkan sikap dalam diri pelajar
dengan nilai yang membantu dan membimbing mereka untuk menjadi warganegara
yang taat setia , bertanggungjawab dan berguna, menghormati orang-orang yang lebih
tua dan menghormati adanya perbezaan kebudayaan keturunan dan agama. Pelajar
juga mestilah menghormati masyrakat tempat guru berkhidmat dan memenuhi segala
tanggungjawab sebagai seorang penduduk negara. Di samping itu, hormatilah
masyarakat tempat kita berkhidmat dan memenuhi tanggungjawab sebagai ahli
masyarakat. Seterusnya, kita juga perlu menggalakkan kerjasam di antara guru dengan
ibu bapa dan masyarakat, serta mengamalkan tingkah laku sopan yang diterima oleh
masyarakat.
Sebagai seorang yang bertanggungjawab terhadap rakan sejawat dan profesion
keguruan, kita perlu mengelakkan diri daripada membuat sebarang kenyataan yang
boleh mencemarkan nama seorang guru lain di hadapan pelajar atau ibubapa, atau
berbuat sesuatu yang boleh menjatuhkan martabat seorang guru. Guru juga tidak
melibatkan diri dalam kegiatan yang menjejaskan kecekapannya sebagai guru
contohnya berniaga di waktu persekolahan. Di samping itu, kita juga berusaha untuk
menunaikan tanggungjawab dengan rajin dan bersungguh-sungguh sejajar dengan
kemajuan ikhtisas dan sosial. Seterusnya kita perlu sentiasa bersedia untuk membantu
rakan sejawat terutamanya mereka yang baru menjadi seorang guru. Akhir sekali, kita
perlu menjadi ahli bagi sebuah perubahan guru.

Pentaksiran dalam Pendidikan Moral

2.3 Peranan Dan Tanggungjawab Guru Sejajar Dengan Wawasan 2020


Semasa pelancaran Majlis Perdagangan Malaysia pada 28 Februari 1991,
Y.A.B.Perdana Menteri telah membentangkan satu kertas kerja bertajuk MalaysiaMelangkah ke Hadapan yang mengandungi satu pemikiran dan rangka kerja mengenai
maklumat Malaysia menjadi sebuah negara maju pada tahun 2020. Ianya dikenali
sebagai Wawasan 2020.
Wawasan 2020 bukanlah merupakan satu dasar khas tetapi merupakan tindak
balas kepada perkembangan ekonomi, sosial dan politik yang berlaku di peringkat
nasional danantarabangsa yang telah memberi cabaran hebat kepada negara.
Wawasan ini telah diketengahkan sebagai satu garis panduan dan rangka kerja
mengenai pendekatan yang harus diambil dalam memulakan langkah bagi perjalanan
jauh yang akan ditempuh oleh negara. Objektif di atas hanya boleh dicapai jika rakyat
Malaysia dapat menghadapi dan mengatasi pelbagai halangan/rintangan yang
dianggap sebagai cabaran. Di bawah ini diperturunkansembilan cabaran yang telah
dikenal pasti iaitu:
(i) Mewujudkan negara Malaysia bersatu yang mempunyai matlamat yang serupa dan
dikongsibersama. Ia mesti menjadi negara yang aman, berintegrasi di peringkat wilayah
dan kaum, hidupdalam harmoni, berkerjasama sepenuhnya, secara adil dan didokong
oleh satu bangsa Malaysiayang mempunyai kesetiaan politik dan dedikasi kepada
negara;
(ii) Mewujudkan masyarakat yang berjiwa bebas, tenteram dan maju dengan keyakinan
terhadapdiri sendiri, bangga dengan apa yang dicapai serta gagah menghadapi
pelbagai masalah.Masyarakat Malaysia ini mesti dapat dikenali melalui usaha mencapai
kecemerlangan, sedarsemua kemampuannya, tidak mengalah kepada sesiapa, dan
dihormati oleh rakyat negara lain;
(iii) Mewujud dan membangunkan masyarakat demokratik yang matang, mengamalkan
satubentuk persefahaman yang matang, demokrasi Malaysia berasaskan masyarakat
yang bolehmenjadi contoh kepada banyak negara membangun;

Pentaksiran dalam Pendidikan Moral

(iv) Mewujudkan masyarakat yang sepenuhnya bermoral dan beretika, yang


manawarganegaranya kukuh dalam nilai agama, dan kejiwaan dan didorong oleh tahap
etika palingtinggi;
(v) Mewujudkan masyarakat liberal dan bertolak ansur, rakyat pelbagai kaum
bebasmengamalkan adat, kebudayaan dan kepercayaan agama masing-masing dan
pada masa yangsama, meletakkan kesetiaan mereka kepada satu negara;
(vi) Mewujudkan masyarakat saintifik dan progresif, mempunyai daya perubahan tinggi
danmemandang ke depan, yang bukan sahaja menjadi pengguna teknologi tetapi juga
menyumbangkepada tamadun saintifik dan teknologi masa depan;
(vii) Mewujudkan masyarakat penyayang dan budaya menyayangi, iaitu sistem sosial
yang mana kepentingan masyarakat lebih utama daripada diri sendiri dan kebajikan
insan tidak berkisar kepada negara atau individu tetapi di sekeliling sistem
kekeluargaan yang kukuh;
(viii) Memastikan masyarakat yang adil dalam bidang ekonomi. Iaitu masyarakat
yangmelaksanakan pengagihan kekayaan negara secara adil dan saksama di mana
wujud perkongsiansepenuhnya bagi setiap rakyat dalam perkembangan ekonomi.
Masyarakat sedemikian tidak akanwujud jika masih ada pengenalan kaum berdasarkan
fungsi ekonomi, dan kesemua kemunduranekonomi berdasarkan kaum; dan
(ix) Mewujudkan masyarakat makmur yang mempunyai ekonomi bersaing,dinamik, giat
dan kental.
Guru harus berfikiran glokal dengan mengadunkan aspek tempatan dengan
kepelbagaian entiti dunia yang berlaku begitu pantas dengan pelbagai karenah yang
harus dibendung secara lebih bijak dan berhati-hati. Guru masa kini harus melihat
kurikulum pendidikan secara dinamik. Bagi rakyat, kurikulum yang menjadi intipati
kemajuan dan perpaduan ialah integrasi antara kaum.

Pentaksiran dalam Pendidikan Moral

10

2.4 Peranan Dan Tanggungjawab Guru Sejajar Dengan Rukun Negara


Rukun Negara (1970) merupakan satu set prinsip panduan hidupuntuk rakyat
Malaysia.Ideologi nasioanal ini bertujuan untuk mengeratkan perpaduan rakyat
berbagai

kaum

disampingmemelihara

cara

hidup

masyarakat

yang

harmoni,

berdemokrasi, adil, liberal, progresif danberetika.Pernyataan Rukunegra:


BAHAWASANYA NEGARA KITA MALAYSIA
mendukung cita-cita hendak mencapai perpaduan yang lebih erat dikalangan
seluruhmasyarakat.memelihara satu cara hidup demokratik,
mencipta satu masyarakat yang adil dimana kemakmuran Negara akan dapat
dinikmatibersama secara adil dan saksama,
menjamin satu cara yang liberal terhadap tradisi-tradisi kebudayaannya yang
kayadengan

berbagai

corak,membina

satu

masyarakat

progresif

yang

akan

menggunakan sains dan teknologi moden,


MAKA KAMI, rakyat Malaysia, berikrar akan menumpukan seluruh tenaga dan usaha
kami untuk mencapai cita-cita tersebut berdasrkan prinsip-prinsip yang berikut:
Kepercayaan kepada Tuhan
Kesetiaan kepada Raja dan Negara
Keluhuran Perlembagaan
Kedaulatan Undang-undang
Kesopanan dan kesusilaan
Setiap prinsip dalam Rukun Negara merupakan panduan cara hidup kita semua.
Setiap prinsip tersebut juga ada yang berkaitan dengan nilai-nilai murni yang unggul.
Guru Pendidikan Moral haruslah sentiasa membimbing dan menerapkan nilai-nilai
berkenaan dimana ia tersirat dalam Rukun Negara supaya hasrat untuk melahirkan
rakyat yang dinginkan dapat dicapai.

Pentaksiran dalam Pendidikan Moral

11

3.0 Pentaksiran
3.1 Konsep Pentaksiran
Dalam konteks pendidikan, pentaksiran merupakan satu episod dalam proses
pembelajaran yang merangkumi aktiviti menghurai, mengumpul, merekod, memberi
skor dan menginterpretasi maklumat tentang hasil pembelajaran seseorang pelajar bagi
tujuan tertentu.Mengikut pakar dan penulis buku yang terkenal dalam bidang berkenaan
iaitu David Payne dalam bukunya Applied Educational Assessment Edisi Kedua tahun
2003, pentaksiran ialah integrasi proses mengumpul maklumat, menginterpretasi
maklumat atau memberi nilai kepada maklumat itu dan membuat keputusan
berdasarkan interpretasi yang dibuat ke atas maklumat. Pentaksiran ialah satu proses
mendapatkan maklumat dan seterusnya membuat penghakiman tentang

produk

sesuatu proses pendidikan.Melalui proses iaitu Langkah yang digunakan untuk


mendapatkan hasil yang dikehendaki.Maklumat yang diperolehi menjadi: bukti tentang
prestasi pelajar dalam sesuatu perkara yang ditaksir.Penghakiman ialah proses
pertimbangan

tentang

pencapaian

pendidikan

pelajar.Seterusnya

produk yang

dihasilkan ialah pengetahuan, kemahiran dan nilai yang pelajar peroleh setelah melalui
proses pendidikan.
Pentaksiran ialah satu sistem atau proses yang meliputi aktiviti-aktiviti
mengumpul maklumat tentang strategi dan aktiviti pengajaran dan pembelajaran,untuk
membuat

analisis

dan

keputusan

dengan

tujuan

mengambil

tindakan

yang

sewajarnya,seperti merancang aktiviti pengajaran dan pembelajaran selanjutnya


dengan cara yang lebih berkesan.Prosedur penilaian mengandungi aspek-aspek
pengujian,pengukuran,penganalisisan dan penyimpulan. Berdasarkan keterangan
diatas,pengujian dan pengukuran merupakan aktiviti-aktiviti utama dalam aktiviti
penilaian.Prosedur penilaian ini boleh dilaksanakan dalam lima peringkat yang
dihuraikan secara ringkas seperti yang berikut :
Peringkat

Peringkat

Peringkat

Persediaan

pentadbiran

pemeriksaan

ujian

ujian

dan pengukuran

Peringkat
Peringkat

Interprestasi

analisis

dan tindakan

Pentaksiran dalam Pendidikan Moral

12

Secara kesimpulannya, penaksiran boleh merujuk kepada satu proses yang


sistematik dalam mengumpul data dan maklumat, menterjemah, merekod dengan
menggunakan alat dan teknik yang tertentu dalam membuat keputusan berkaitan
dengan matlamat dan objektif yang bersesuaian, strategi pengajaran dan program
penempatan serta sebagai satu alat untuk membuat klasifikasi bagi menentukan
seseorang individu itu berkeperluan khas atau sebaliknya.
3.2 Definisi Pentaksiran, Pengujian, Penilaian dan Pengukuran.
3.2.1 Definisi Pentaksiran
Pentaksiran merupakan satu proses mendapatkan maklumat dan seterusnya
membuat pertimbangan tentang hasil daripada sesuatu proses pendidikan. Dari konteks
pendidikan pentaksiran merupakan satu kesinambungan dalam proses pembelajaran
yang merangkumi aktiviti menghurai, mengumpul, merekod, memberi skor dan
menginterpretasi maklumat tentang pembelajaran seorang pelajar bagi sesuatu tujuan.
Pentaksiran juga merupakan satu proses untuk mendapatkan gambaran tentang
prestasi pembelajaran seseorang dalam sesuatu subjek atau aktiviti pembelajaran.
Aktiviti pentaksiran dijalankan secara berterusan.
Noraini Idris (2008) menyatakan pentaksiran dirancang dan dikendalikan oleh
guru dan menjadi sebahagian daripada proses pengajaran yang diharapkan dapat
memperbaiki proses pembelajaran pelajar. Pentaksiran dilaksanakan secara berterusan
yang bersifat formatif melibatkan guru sepenuhnya dan memberi peluang kepada
pelajar untuk menunjukkan penguasaan mereka dalam kemahiran yang dipelajari, yang
tidak boleh ditaksir melalui ujian bertulis. Kaedah pentaksiran ini amat sesuai digunakan
untuk mentaksir kemahiran pelajar. Menurutnya lagi, pentaksiran sebagai pembelajaran
menggalakkan seseorang guru menggunakan kebijaksanaan untuk menilai kefahaman
pelajar dalam proses pembelajaran, dan seterusnya membuat perancangan untuk
memperbaiki pelajar. Contohnya dalam kelas Matematik, guru boleh menapis dan
membuat klasifikasi pelajar tentang tahap kebolehan semasa proses pengajaran dan

Pentaksiran dalam Pendidikan Moral

13

pembelajaran dijalankan. Pelajar menjalankan aktiviti, dan sebagai guru, kita menilai
pada masa tersebut.
Kesimpulannya pentaksiran membelajaran pembelajaran di mana dapat
menggalakkan seseorang guru menggunakan kebijaksanaan untuk menilai kefahaman
pelajar dalam proses pembelajaran, dan seterusnya membuat perancangan untuk
memperbaiki pelajar. Di samping membantu guru dalam memperkembangkan lagi
teknik, kaedah dan mengesan kelemahan pelajar.
3.2.2 Definisi Penilaian
Stufflebeam (1971) dalam Azizi Ahmad, Mohd Ishak Awang (2008) telah dipetik
mengatakan bahawa penilaian sebagaithe process of delineating, obtaining and
providing useful information for judging decision alternatives. Stufflebeam dalam Mok
Soon Sang ( 2009 ) telah dipetik berkata penilaian ialah suatu sistem atau proses
yang meliputi aktiviti-aktiviti mengumpul maklumat tentang strategi dan aktiviti
pengajaran dan pembelajaran, untuk membuat analisis dan keputusan dengan tujuan
mengambil tindakan yang sewajarnya, seperti merancang aktiviti pengajaran dan
pembelajaran selanjutnya dengan cara yang lebih berkesan.
Gagne and Berliner ( 1991 ), menyatakan bahawa penilaian sebagai aktiviti
khusus dan sebahagian daripada akauntabiliti pendidikan iaitu pendidik adalah
bertanggungjawab ke atas kejayaan usaha mereka. Penilai pula adalah pendidik yang
membantu penggubal polisi untuk mempertingkat lagi pendidikan. Contohnya, penilaian
dilakukan ke atas kurikulum, pengajaran, bahan pengajaran dan juga pencapaian
pelajar untuk mendapatkan data supaya kelemahan yang ada dapat diatasi. Abu Bakar
( 1986 ), mentafsirkan penilaian sebagai proses yang meliputi penentuan objektif,
pengutipan maklumat, dan pembentukan kesimpulan. Apabila proses ini berjalan
dengan sistematik dan saintifik, maka keputusan yang dibuat akan lebih tepat dan
dapat memenuhi tujuan keputusan itu dibuat.
Berdasarkan definisi dari hasil pengumpulan maklumat yang pelbagai di atas,
dapat disimpulkan bahawa penilaian merupakan suatu proses yang luas. Ianya

Pentaksiran dalam Pendidikan Moral

14

melibatkan interpretasi hasil pengukuran kuantitatif, huraian kualitatif atau gabungan


kedua-duanya. Secara kuantitaif, pencapaian murid-murid dinilai dalam bentuk angka
dan peratusan. Maklumat dengan cara ini mudah dikemaskini, disusun dan
diringkaskan dalam bentuk yang mudah difahami. Penilaian dalam pendidikan
seterusnya pula mencakupi aspek-aspek seperti hasil pengajaran, perlaksanaan sesi
pengajaran dan pembelajaran dan matlamat ke arah mencapai hasil pengajaran dan
pembelajaran.
Ianya juga merupakan suatu proses mendapatkan maklumat berguna sekaligus
menentukan pencapaian sesuatu objektif pengajaran dan pembelajaran. Perlaksanaan
proses penilaian boleh dilakukan sebelum, semasa dan selepas proses pengajaran
berlangsung. Perlaksanaan yang dilakukan sebelum dan selepas proses pengajaran
dan pembelajaran dapat membantu guru menilai keadaan murid dan keberkessanan
kaedah dan pendekatan

mengajar yang

digunakan. Ini

adalah berdasarkan

perbandingan keputusan penilaian sebelum dan selepas pengajaran.


3.2.3 Definisi Pengujian
Pengujian dilihat sebagai suatu proses yang terhad dan merujuk kepada suatu
teknik untuk mendapatkan maklumat mengenai perubahan tingkah laku individu. Alat
yang digunakan untuk mengukur pencapaian murid dalam sesuatu pengujian adalah
ujian dan pemerhatian. Ia biasanya dilaksanakan bermula dari peringkat persediaan
diikuti dengan peringkat perlaksanaan dan diakhiri dengan peringkat pemeriksaan.
Kebiasaannya, pengujian dilaksanakan untuk mengenalpasti kemampuan murid dan
pencapaian murid terhadap sesuatu kemahiran atau ilmu yang dipelajari.
Pengujian merupakan satu prosedur yang sistematik bagi mengukur sampel
tingkah laku atau perubahan seseorang pelajar dengan menggunakan satu set
instrumen.Menurut Cronbach, 1970, menyatakan ujian ialah satu prosedur sistematik
untuk memerhati tingkah laku seseorang individu dan mengelaskannya dengan satu
sistem yang berkategori. Proses pengujian lazimnya bermula dengan perancangan
ujian, diikuti oleh pentadbiran ujian dan berakhir dengan pemeriksaan skrip jawapan

Pentaksiran dalam Pendidikan Moral

15

murid. Melalui proses pengujian ini, guru boleh mengetahui kedudukan dan prestasi
serta penguasaan murid terhadap tajuk-tajuk yang diuji. Ini membolehkan guru
menempatkan murid-murid mengikut kumpulan dalam bilik darjah untuk memudahkan
pengajaran.
Pengujian merujuk kepada keseluruhan proses yang terlibat di dalam mendapatkan
bukti (evidence) keupayaan pelajar; daripada menentukan objektif pengujian, merangka
soalan atau tugas, menjalankan ujian, memeriksa atau memberi markah termasuk
melaporkan keputusan ujian kepada pihak-pihak yang terbabit (pelajar, pihak sekolah,
pihak kementerian, ibu bapa dan lain-lain). Antara bentuk-bentuk pengujian termasuklah
ujian bulanan, peperiksaan, pemerhatian, temuduga, portfolio serta tugasan-tugasan
kelas yang diberi markah.
3.2.4 Definisi Pengukuran
Mok Soon Sang (2009) telah dipetik berkata pengukuran ialah suatu proses atau
sistem yang digunakan untuk menentukan nilai kuantitatif sesuatu benda, perkara atau
keadaan. Azizi Ahmad, Mohd Ishak Awang (2008) telah dipetik berkata pengukuran
membawa maksud yang lebih luas berbanding pengujian. Pengukuran bermaksud
sebagai suatu proses mendapatkan penjelasan secara numerik atau melalui angka
tentang sebanyak mana individu atau murid mempunyai sesuatu cirri yang diukur
dengan menggunakan instrumen.
Berdasarkan definisi dari hasil pengumpulan maklumat yang pelbagai di atas,
dapat disimpulkan bahawa pengukuran merupakan suatu proses yang melibatkan alat
untuk mengukur secara kuantitatif pencapaian murid dalam sesuatu perkara.
Pengukuran hanya berfokus kepada penentuan status atau tahap murid. Ianya tidak
melibatkan proses penilaian.pengukuran merupakan sesuatu yang tidak bersifat mutlak
kerana pengukuran lebih menumpukan kepada penentuan status atau tahap dalam
bentuk kuantitatif, berfokus kepada pengumpulan data secara numerikal dan
mengkategori.

Pentaksiran dalam Pendidikan Moral

16

3.2.5 Perkaitan antara Pengujian, Penilaian dan Pengukuran.


Pengujian, Pengukuran, dan penilaian adalah antara beberapa konsep yang
penting dalam dunia pendidikan. Sering kali istilah ini bertukar ganti digunakan. Ketigatiga istilah berkenaan mempunyai makna yang lebih spesifik dan ketiga-tiganya
mempunyai perbezaan. Dalam dunia pendidikan, penilaian yang sistematik ialah
dengan mengambil kira semua faktor yang boleh mempengaruhi maklumat atau
dapatan yang diperolehi supaya dapat membantu guru dalam membuat sebarang
keputusan yang tepat.
Secara umumnya pengujian,penilaian dan pentaksiran digunakan untuk
menentukan
dilakukan

tindakan

susulan

oleh

pihak

penambahbaikan

dalam

pendekatan

yang

yang

tertentu
aspek

digunakan,

harus
untuk

kaedah,

teknik

dan

starategi yang akan digunakan dalam proses


pengajaran

dan

Walaubagaimanapun

pembelajaran.
pengukuran,pengujian,

penilaian dan pentaksiran mempunyai konsep


yang berbeza dan setiap daripadanya mempunyai hasil yang berlainan dalam
membantu proses pentaksiran dijalankan secara keseluruhannya.
Kesimpulannya pengujian, pengukuran dan penilaian yang tepat dan berkesan
yang dijalankan oleh guru di bilik darjah membantu guru dalam mempertingkatkan
pencapaian pengajaran dan pembelajaran yang berkesan serta membantu guru dalam
memperkembangkan lagi teknik, kaedah dan mengesan kelemahan pelajar.

3.3 Jenis-jenis Pentaksiran

Pentaksiran dalam Pendidikan Moral

17

Terdapat beberapa tujuan penting yang mendorong untuk melaksanakan proses


Pentaksiran dalam mata pelajaran Pendidikan Moral. Objektif pertama ialah untuk
mendapatkan gambaran tentang prestasi seseorang murid dalam pembelajaran.
Seterusnya, proses ini dijalankan untuk menentukan kemahiran dan penguasaan yang
sedia ada dalam kalangan murid sebelum sesi pengajaran. Selain itu, objektif ketiga
ialah untuk memilih calon-calon untuk memasuki sesuatu kursus atau jurusan.
Tambahan lagi, guru melaksanakan proses pentaksiran ini untuk mendapatkan
maklumat tentang murid secara berterusan dan mereka akan menjadi sebagai alat
motivasi bagi murid serta memperbaiki kelemahan murid dalam pembelajaran.
Terdapat dua jenis pentaksiran yang boleh digunakan oleh guru-guru sekolah
semasa mengajar. Jenis pentaksiran tersebut ialah Pentaksiran Formal dan Pentaksiran
tidak Formal. Pentaksiran Formal biasanya dilakukan secara formal atau rasmi yang
melibatkan prosedur, peraturan dan tatacara yang ditetapkan oleh pihak-pihak tertentu.
Ia terbahagi kepada 2 iaitu penilaian formatif dan sumatif.

Formal

Jenis
Pentaksiran

Tidak
Formal

3.3.1 Pentaksiran Formal

Pentaksiran dalam Pendidikan Moral

18

Penilaian secara amnya telah dibahagikan kepada dua jenis iaitu penilaian
formatif dan penilaian sumatif. Scriven ( 1976 ), merujuk penilaian formatif sebagai
penilaian yang dibuat dalam masa pengajaran di samping mempengaruhi pengajaran
dan

proses

pembelajaran

yang

sedang

dilaksanakan.

Penilaian

formatif

ini

membolehkan guru mengajar dengan berkesan dan meningkatkan pencapaian pelajar.


Penilaian Formatif ini dijalankan bagi tujuan memperoleh maklumat bagi
memperbaiki kurikulum. dan dijalankan sepanjang masa dan maklumat yang diperolehi
daripada penilaian ini digunakan secara terus menerus. Ia bercorak ujian diagnostik
yakni yang dapat memberikan input akan masalah yang dihadapi murid dalam
mengikuti pembelajaran. Penilaian ini dijalankan sepanjang masa pengajaran dan
pembelajaran berlangsung. Segala maklumat yang diperolehi hendaklah digunakan
serta merta dalam memperbaiki pengajaran dan pembelajaran agar pelajar dan guru
sama-sama memperolehi manfaat daripadanya.Antara contoh penilaian formatif adalah
sesi soal jawab, latihan yang diberikan guru dan ujian di bilik darjah yang tidak
ditentukan gred.
Antara tujuan penilaian ini dilaksanakan adalah untuk memperbaiki pengajaran
dan

pembelajaran dan meningkatkan pencapaian pelajar pada akhir sesuatu

pelajaran.Penilaian ini juga dapat memperlihatkan kelemahan-kelemahan yang wujud


sama ada pada penyampaian guru atau penguasaan murid dan seterusnya guru akan
memperbaiki agar murid dapat menguasai dengan lebih baik. Ianya menolong muridmurid menguasai sesuatu unit atau topik pembelajaran dan ini memungkinkan mereka
memperolehi pencapaian yang lebih baik pada akhir penggal atau semester
persekolahan. Penilaian ini juga dijalankan bagi memperbaiki kualiti serta dapat
meramal pencapaian pelajar. Menjadi satu kepuasan kepada seseorang guru apabila
beliau dapat meningkatkan pencapaian murid-murid dari semasa ke semasa.
Selain itu,

guru juga dapat meninggi dan mengekalkan pencapaian yang

memuaskan. Hal ini melalui perbandingan yang boleh dibuat antara pencapaian murid
sekarang dengan pencapaian murid-murid lalu melalui rekod ujian formatif yang telah
dikendalikan dan mencatatkan masalah yang dihadapi oleh murid-murid dahulu serta

Pentaksiran dalam Pendidikan Moral

19

langkah penyelesaian yang telah diambil. Dengan cara ini, guru dapat mengekalkan
prestasi pelajar dan meramal pencapaian pada akhir penggal persekolahan.Guru juga
dapat mengubah suai pengajaran seseorang guru dengan menentukan pendekatan
yang lebih baik dalam penyampaian dan memberikan bimbingan pembelajaran kepada
murid-murid.Penilaian ini juga boleh menjadikan murid sentiasa bersedia untuk
menduduki siri ujian yang dijalankan dan dengan itu memerlukan ketekunan dan
tumpuan kepada topik-topik pembelajaran.
Penilaian sumatif ialah penilaian yang dibuat pada akhir pengajaran ( akhir
penggal/ akhir tahun), yang bertujuan untuk menilai pencapaian akhir pelajar. Berbeza
dengan penilaian formatif yang lebih menumpukan kepada penilaian penguasaan
pelajar dalam sesuatu tajuk, penilaian sumatif bertujuan untuk menentukan pencapaian
pelajar pada akhir penggal persekolahan atau akhir tahun yang juga dapat menentukan
keberkesanan sesuatu kurikulum. Gronlund ( 1985 ), menegaskan bahawa penilaian
sumatif dibuat pada akhir pengajaran.
Penilaian sumatif lebih menumpukan menilai tahap penguasaan pelajar dalam
satu-satu topik pembelajaran. Ia dilaksanakan untuk menentukan pencapaian pelajar
pada akhir sesuatu penggal persekolahan dan digunakan untuk menentukan
keberkesanan sesuatu kurikulum secara keseluruhan. Tujuannya adalah untuk
mengesan pencapaian pelajar selepas beberapa kemahiran diajar dan bagi
menentukan gred pelajar, memberikan sijil atau menempatkan semula pelajar dalam
kelas yang sesuai.
Antara tujuan penilaian sumatif dilaksanakan adalah bagi membantu murid-murid
secara individu dalam meningkatkan pencapaian dan memberikan gred kepada muridmurid

berdasarkan

pencapaian

yang

ditunjukkan

dalam

peperiksaan

yang

diadakan.Penilaian sumatif juga dilaksanakan untuk mengiktiraf kebolehan dan


kemahiran yang dimiliki oleh pelajar. Ini berdasarkan skor yang diperolehi oleh pelajar
dalam penilaian yang dijalankan. Selain itu, ianya juga dijadikan petunjuk dalam
memulakan sesuatu kursus baru yang berkaitan dan memperlihatkan peringkat

Pentaksiran dalam Pendidikan Moral

20

pencapaian yang berbeza mengikut kumpulan.Berikut merupakan perbezaan antara


penilaian formatif dan sumatif.
Jenis
Ciri
Pengertian

Penilaian Formatif

Penilaian Sumatif

Satu jenis ujian formal atau tak


formal untuk mengesan tahap
penguasaan dan kemajuan murid
di dalam kelas.

Satu jenis ujian formal untuk


mengesan tahap pencapaian
dalam sesuatu tap persekolahan.

Mengesan penguasaan dan


kemajuan murid untuk membaiki
kelemahan dengan kada segera.

Mengesan pencapaian murid


berdasarkan beberapa unit
pembelajaran dan pemeringkatan
gred murid di dalam kelas.
Menjalankan ujian formal atau
tidak formal semasa sesi
pengajaran dan pembelajaran
sama ada dibuat secara individu,
kumpulan atau menyeluruh.
Semasa sesi pengajaran
dilakukan atau setiap hujung
bulan.
Ujian tidak formal (pemerhatian
dan sesi soaljawab), atau formal
(ujian bulan) melibatkan ujian
kertas pensel dam masa yang
singkat.
Secara individu, secara kumpulan
atau kelas.
Meliputi sesuatu kemahiran (ujian
tidak formal) atau beberapa
kemahiran (ujian formal)

Tujuan

Aktiviti

Masa

Bentuk

Sasaran
Liputan

Menjalankan ujian formal atau


tidak formal semasa sesi
pengajaran dan pembelajaran
sama ada dibuat secara individu,
kumpulan atau menyeluruh.
Semasa sesi pengajaran dilakukan
atau setiap hujung bulan.
Ujian tidak formal (pemerhatian
dan sesi soaljawab), atau formal
(ujian bulan) melibatkan ujian
kertas pensel dam masa yang
singkat.
Secara individu, secara kumpulan
atau kelas.
Meliputi sesuatu kemahiran (ujian
tidak formal) atau beberapa
kemahiran (ujian formal)

Pentaksiran dalam Pendidikan Moral

21

3.3.2 Pentaksiran tidak Formal


3.3.2.1 Pemerhatian
Adalah

satu

kaedah

secarabersistematik dan
dengantepat

tentang

tepat

murid

penilaian

melalui

untuk

mengumpul

yang

menjadi

pemerhatian

yang

maklumat dan

sasaran

dijalankan
merekodnya

pemerhatian

ataupun

secarakeseluruhan kelas.Jika melibatkan individu tertentu ia adalah bertujuan untuk


mengenal pastipunca, sebab atau permasalahan yang dihadapi sama ada berkaitan
dengan

pembelajaran

cara

bersosialisasi

ataupun

isu

moral

yang

dihadapi.

Pemerhatian akan dibuat dalam bentuk memerhati tentang tingkah laku ,perbualan atau
interaksi sosial murid, dan juga hasilan kerja.
Penilaian melalui pemerhatian dilakukan secara berterusan mengikut jangka
waktu yang ditentukan, bagi membantu guru mendapat maklum balas tentang
keberkesanan pengajaran dan pembelajaran.Aspek yang diperhatikan menyeluruh,
meliputi aspek kognitif, afektif dan psikomotor yang melibatkan juga faktor-faktor bahan
dan persekitaran.Proses penilaian ini boleh dilaksanakan dengan menggunakan
instrumen seperti senarai semak, skala kadar, rekod anekdot, rekod profil dan lainlain.Dapatan dari proses ini boleh membantu guru dan pelajar membuat refleksi
terhadap prestasi masing-masing. Berikut merupakan contoh instrument penilaian
pemerhatian :

Pentaksiran dalam Pendidikan Moral

3.3.2.2 Senarai Semak

22

Pentaksiran dalam Pendidikan Moral

23

Senarai semak ialah alat pentaksiran yang mengandungi senarai item yang disediakan
untuk mengenal pasti perkembangan dari segi kemahiran fizikal, kognitif, bahasa dan
sosial. Senarai item yang disediakan adalah untuk menguji pengetahuan, kemahiran,
sikap, kebolehan dan tingkah laku murid.
Senarai tingkah laku yang dijangkan oleh murid-murid daripada Tahun satu hingga
Tahun enam telah ditentukan terlebih dahulu. Guru akan menyemak prestasi pelajar
berdasarkan kriteria tingkah laku yang ditentukan untuk satu tempoh tertentu. Semakin
tinggi markah senarai semak menunjukkan semakin banyak tingkah laku yang
dijangkakan ditonjolkan oleh murid-murid. Sampel senarai semak tingkah laku pelajar
adalah seperti berikut :

3.3.2.3 Skala Pemeringkatan


3.3.2.4 Temu Bual

Pentaksiran dalam Pendidikan Moral

24

Pentaksiran secara lisan ini boleh dilakukan dengan menggunakan kaedah temu
bual.Misalnya, temu bual dilakukan antara murid dengan guru di mana guru akan
mengemukakan soalan dan murid menjawab soalan tersebut atau guru memberikan
satu tajuk kemudian murid menceritakan tentang tajuk tersebut. Pentaksiran secara
lisan juga boleh ditadbir antara murid dengan murid. Hal ini dijalankan dengan memberi
sesuatu tajuk perbincangan kepada murid-murid kemudian, murid-murid yang terlibat
akan membincangkan tajuk tersebut. Cara pentaksiran secara lisan yang terakhir
adalah murid dengan bahan pembelajaran di mana guru memberikan sesuatu bahan
pembelajaran kepada murid. Contohnya, guru memberikan satu tajuk kepada murid
kemudian, guru akan mengemukakan beberapa soalan yang berkaitan dengan tajuk
tersebut dan murid akan menjawab soalan-soalan yang dikemukakan mengikut laras
bahasa mereka sendiri.
3.3.2.5 Rekod Anekdot
Satu catatan ringkas mengenai sesuatu peristiwa atau tingkah laku murid yang dianggap
penting, unik dan signifikan untuk direkod. Anekdot ditulis secara objektif untuk menerangkan
apa yang berlaku, bila clan di mana berlaku.
Perkara-perkara yang perlu dipertimbangkan untuk membuat rekod anekdot ialah:
a.

Membuat pemerhatian terhadap peristiwa yang berlaku.

b.

Mengenal pasti peristiwa itu penting clan signifikan kepada aspek perkembangan murid,

merangkumi kelebihan dan kekurangan.


c.

Menulis maklumat selepas peristiwa berlaku.

d.

Menulis apa yang dilihat secara objektif.

e.

Maklumat yang biasa direkod adalah berpandukan peristiwa yang menggambarkan

tentang perkembangan bahasa dan literasi, pola interaksi sosial dan kemahiran menyelesaikan
masalah murid. Contoh Rekod Anekdot adalah seperti berikut:

Pentaksiran dalam Pendidikan Moral

25

3.3.2.6 Hasil Kerja Murid


Hasil kerja murid yang terpilih sahaja perlu dimasukkan di dalam portfolio. Pemilihan hasil kerja
hendaklah dibuat oleh murid bersama guru. Catatan perlu dibuat ke atas setiap hasil kerja
murid yang telah dipilih setelah dianalisis dan dinilai. Catatan yang dibuat biasanya

Pentaksiran dalam Pendidikan Moral

26

menggambarkan tahap kebolehan, contohnya sudah boleh membuat bulatan, sudah boleh
menulis huruf. Koleksi hasil kerja murid dalam portfolio harus mengandungi hasil kerja yang
melibatkan murid khususnya semasa pemilihan isi kandungan, penentuan kriteria pemilihan isi
kandungan, penentuan kriteria untuk menilai dan bukti refleksi yang dibuat oleh murid.Maklumat
daripada hasil kerja murid ini membantu guru memahami murid dari segi perasaan, sikap dan
mengenalpasti kemajuan tahap penguasaan murid terhadap sesuatu kemahiran, pengetahuan
dan amalan nilai-nilai murni. Hasil kerja murid termasuklah gambar atau lukisan,tulisan ,binaan
yang disempurnakan ,cerita yang ditulis dan buku skrap.

4.0 Pembinaan Soalan-soalan Pendidikan Moral


4.1 Soalan Objektif ( Tahun 4 )
Soalan 1

Pentaksiran dalam Pendidikan Moral

27

Jenis Item : Objektif Aneka Pilihan


Aras Taksanomi Bloom : Mengingat
Soalan : Pilih satu jawapan yang tepat dan betul berdasarkan penyataan di bawah.

Memakai baju Melayu


Membaca al-Quran
Sembahyang lima waktu

1. Penyataan di atas merujuk kepada amalan suatu agama di Malaysia. Agama itu adalah
A Buddha

C Kristian

B Islam

D Hindu

Jawapan : B Islam

Soalan 2
Jenis Item : Objektif Aneka Pilihan
Aras Taksanomi Bloom : Mengingat
Soalan : Pilih Jawapan yang tepat dan betul.
2. Masyarakat yang beragama Kristian akan pergi ke
A Kuil

C Gereja

B Majid

D Wat

Jawapan : C Gereja

Soalan 3
Jenis Item : Objektif ( Positif / Negatif )
Aras Taksonomi Bloom : Memahami
Soalan : Pilih pernyataan yang betul.

pada setiap hari Ahad.

Pentaksiran dalam Pendidikan Moral

28

3. Terdapat beberapa kelakuan yang dianggap salah dalam peraturan sekolah. Antara berikut
menunjukkan kelakuan yang salah di sekolah.Kecuali
A. Membuang sampah di kawasan sekolah.
B. Mematuhi peraturan sekolah
C. Bergaduh di sekolah
D. Ponteng Sekolah
Jawapan : B Mematuhi peraturan sekolah

Soalan 4
Jenis Item : Objektif Aneka Pilihan
Aras Taksonomi Bloom : Memahami
Soalan : Amalan menghormati rakan sebaya adalah amat penting.Pada pendapat anda,
mengapakah kita perlu menghormati rakan kita yang berbeza agama ?
A Supaya boleh mendapatkan hadiah dari rakan
B Supaya kita menjadi terkenal
C Supaya boleh membanggakan diri
D Supaya dapat menjaga hubungan baik dengan rakan
Jawapan : D Supaya kita dapat menjaga hubungan baik dengan rakan

Soalan 5
Jenis Item : Objektif Cantuman
Aras Taksanomi Bloom : Memahami

Pentaksiran dalam Pendidikan Moral

29

Soalan : Sebagai seorang murid anda perlulah menghormati setiap warga sekolah seperti guru,
pekerja kantin, pengawal dan sebagainya. Tindakan berikut yang manakah menunjukkan sikap
menghormati warga sekolah
I Membantu guru untuk membersihkan sekolah
II Sentiasa memberi salam kepada guru dan pekerja sekolah
III Berkelakuan biadap dengan guru
IV Bertutur dengan sopan dengan pekerja kantin
A I,II,III

C II,III,IV

B I,III,IV

D I,II,IV

Jawapan : D I,II,IV

Soalan 6 & 7
Jenis Item : Objektif ( Isi Tempat Kosong )
Aras Taksanomi Bloom : Mengaplikasi
Soalan : Isi tempat kosong berdasarkan jawapan yang diberi.

merosakkan kesihatan

menolak ajakannya

membantu guru

menjaga kelas

6. Kamu telah dilantik sebagai ketua kelas. Tugas kamu sebagai ketua kelas ialah
dan sentiasa
.
7. Kean Seng diajak oleh Ramu menghisap rokok. Kamu telah
mengingatkannya bahawa merokok
.
Jawapan : 6. menjaga kelas, membantu guru
7. menolak ajakannya, merosakkan kesihatan
Soalan 8, 9 & 10

dan

Pentaksiran dalam Pendidikan Moral

30

Jenis Item : Objektif ( Betul & Salah )


Aras Taksanomi Bloom : Menganalisis
Soalan: Tandakan ( ) pada perkara yang patut dilakukan dan ( X ) pada perkara yang tidak
patut dilakukan.
8. Amira selalu melibatkan diri dalam segala aktiviti yang dilaksanakan di sekolah.Dia selalu
menolong guru kelasnya untuk membersihkan kelas.

9. Nizam suka bergaduh di kelas. Dia juga selalu menggunakan kata-kata yang kesat
semasa bertutur dengan rakan-rakan sekelasnya.

10. Marlin mendapat keputusan cemerlang dalam peperiksaan akhir tahun tetapi dia dituduh
meniru dalam peperiksaan tersebut. Namun, Marlin berani menafikan tuduhan tersebut dan
tunjukkan kertas jawapan peperiksaan kepada guru untuk diperiksa.
Jawapan 8 . ( ), 9. ( X ) , 10. ( )

Markah Keseluruhan Soalan Objektif : 10 markah ( 1 markah untuk setiap soalan )

4.1 Soalan Subjektif ( Tahun 5 )


Soalan : 1-5

Pentaksiran dalam Pendidikan Moral

31

Jenis Item : Subjektif ( Jawapan Pendek )

1.Terdapat beberapa amalan baik yang diamalkan dalam gambar di atas.Jelaskan amalan yang
dipraktikkan oleh watak-watak dalam di atas. ( 3 markah ) ( Aras Menganalisis )
(a) __________________________________________________
(b) __________________________________________________
(c) __________________________________________________
2. Nyatakan nilai yang diamalkan oleh setiap watak tersebut. ( 2 markah )( Aras Memahami )
_______________________________________________________
3. Nyatan kesan-kesan jika tidak menghormati amalan agama lain. ( 3 markah)( Aras
Memahami)
(a) __________________________________________________
(b) __________________________________________________
(c)__________________________________________________

4. Negara Malaysia terdiri daripada masyarakat yang berbilang kaum yang hidup bersamasama. Pada pendapat anda, apakah yang anda harus lakukan untuk mengekalkan keamanan
ini? Nyatakn contoh yang sesuai dengan jawapan anda. ( 6 markah ) ( Aras Aplikasi )

Pentaksiran dalam Pendidikan Moral

32

(a) __________________________________________________
(b) __________________________________________________
(c)__________________________________________________
5.Setiap agama mempunyai amalan yang berbeza. Bandingkan 3 amalan yang berbeza dengan
dalam agama anda dengan agama lain. (3 markah ) ( Aras Menganalisis)
(a) __________________________________________________
(b) __________________________________________________
(c) __________________________________________________

Soalan : 6-10
Jenis Item : Subjektif ( Lengkapkan ayat)
Aras Taksanomi Bloom :
6. Pengambilan dadah adalah salah di sisi undang-undang. Pengambilan dadah akan
menyebabkan
( 2 markah ) ( Aras Memahami )
7. Penjagaan kebersihan Alam Sekitar adalah tanggungjawab kita. Bagi menjaga kebersihan
alam sekitar, kita harus
( 2 markah ) ( Aras Aplikasi )
8. Kempen 1 Malaysia adalah usaha kerajaan untuk menyatupadukan rakyat Malaysia.Sebagai
seorang warganegara Malaysia, kita perlulah
( 2 markah )
( Aras Aplikasi )
9. Terdapat berbilang agama di Malaysia yang hidup bersama. Kita perlu menghormati amalan
agama lain dengan
( 2 markah ) ( Aras Aplikasi )
10. Keberanian merupakan suatu nilai yang perlu ada pada setiap insan.Kita harus sentiasa
berani menegakkan kebenaran kerana
( 2 markah )( Aras
Memahami )

Soalan : 1
Jenis Item : Esei
Aras Taksanomi Bloom : Menilai & Mencipta
Soalan 1 : Aras Menilai

Pentaksiran dalam Pendidikan Moral

33

Rakyat Malaysia telah menghulurkan bantuan kemanusiaan kepada mangsa-mangsa tsunami


di Indonesia. Dengan merujuk kepada nilai-nilai murni, jelaskan sikap rakyat Malaysia yang
prihatin. ( 15 markah )
Soalan 2 : Aras Mencipta
Malaysia merupakan sebuah negara yang didiami oleh rakyat berbilang kaum. !elbagai
perayaan yang dirayakan oleh setiap kaum sepanjang tahun. Nyatakan LIMA perayaan yang
anda tahu dan cara anda merayakannya bersama ahli keluarga dan rakan-rakan. ( 15 markah )
Soalan 3 : Aras Mencipta
Kerajaan Malaysia telah mengeluarkan suatu pernyataan bahawa kadar pencemaran semakin
tinggi di negara kita.Hal ini telah menyebabkan pelbagai masalah kesihatan seperti masalah
pernafasan, sakit mata, kehidupan air mati, jerebu dan sebagainya. Rancangkan langkahlangkah yang boleh dilaksanakan untuk mengurangkan pencemaran ini. ( 15 markah )
Soalan 4 : Aras Menilai
Kamu merupakan anak sulung dalam keluarga anda dan mempunyai 2 orang adik lelaki yang
sangat manja. Mereka selalu bergaduh antara satu sama lain untuk mendapatkan sesuatu.
Sebagai seorang anak sulung, apakah tindakan yang anda akan ambil untuk mengatasi
masalah ini. Jelaskan dengan contoh-contoh yang sesuai. ( 10 markah )
Soalan 5.: Aras Menilai
Anda merupakan seorang ketua pengawas di sekolah. Anda telah mendapati rakan karib anda
telah melanggar peraturan sekolah dan dia meminta anda untuk tidak melaporkannya. Apakah
yang anda akan lakukan dalam situasi tersebut. Nyatakan sebab-sebab anda dengan
mengaitkan nilai-nilai murni yang sesuai. ( 15 markah )

Pentaksiran dalam Pendidikan Moral

34

5.0 Rujukan
1. Abdul Rahman Md.Aroff. (1999).Pendidikan Moral Teori Etika dan Amalan Moral
.Serdang: Penerbit UPM
2. Abdul Rahman Md. Aroff & Chang Lee Hoon (1994). Pendidikan Moral. Petaling
Jaya:Longman Malaysia Sdn.Bhd.
3. Ee, A.M. (1994).Pendidikan Moral (Elektif). Kuala Lumpur: Penerbit Fajar Bakti Sdn.Bhd
4. Institut Pendidikan Guru ( 2011 ). Modul Pendidikan Moral. Kementerian Pelajaran
Malaysia. Cyberjaya.

Pentaksiran dalam Pendidikan Moral

35

5. Pengukuran,Pengujian dan Penilaian dalam Pendidikan yang dipetik pada 22 Mac 2015
dari laman web https://www.scribd.com/doc/13961409/Pengujian-Pengukuran-danPenilaian-dalam-Pendidikan
6. Peranan guru sebagai agen sosialisasi yang dipetik pada 22 Mac 2015 dari laman web
http://cikgusenisejarah.blogspot.com/2012/05/sosialisasi.html

Anda mungkin juga menyukai