Anda di halaman 1dari 2

KELEBIHAN BERBUKA DENGAN BUAH

KURMA

Umat Islam memang sudah biasa dengan amalan sunnah memakan buah
kurma pada bulan ramadhan dan puasa sunat. Tapi sebenarnya apakah
kelebihan atau keistimewaan buah kurma, terutamanya sebagai
pembuka puasa? Jom kita teliti kandungannya:
1.

Gula Ringkas: Ia mengandungi fructosa dan dekstrosa (glukosa atau


gula ringkas) yang membekalkan tenaga yang cepat. Memang sesuai
semasa berbuka.

2.

Serat atau fiber: Kurma bukan sahaja memberikan tenaga cepat


melalui gula ringkas, malah fiber/serat sesuai untuk penghadaman dan
memberikan tenaga yang berpanjangan. Fiber memang sesuai untuk
memperlahankan penghadaman dan tidaklah memberi kejutan kepada
perut yang kosong. Juga sebagai alas perut sebelum memakan
makanan yang lebih berat.

3.

Rendah Sodium: Ini penting pada waktu di mana kita kekurangan air.
Makanan yang tinggi sodium (garam) mempercepatkan dehydration.

4.

Tinggi Potassium: Potassium penting dalam menyeimbangkan


bendalir badan, termasuklah kawalan denyutan jantung dan tekanan
darah.

5.

Antioxida: Kurma kaya dengan antioxida seperti beta-carotene, lutein


and zeaxanthin. Mungkin bukan faktor penting apabila berpuasa tetapi
tetap ada kebaikan untuk sistem imunisasi badan.

6.

Lain-lain: Kurma juga kaya dengan protein, vitamin B1, B2, B3 and
B5, A dan C. Selain itu juga mengandungi kalsium, manganese, copper,
besi (iron) dan magnesium.

Anda mungkin juga menyukai