Anda di halaman 1dari 2

LAWATAN PENANDA ARAS KE SMK PANTAI REMIS,PERAK

7 Mac 2014 - SMK Raja Shahriman telah mengadakan satu lawatan penanda aras ke SMK Pantai
Remis. Rombongan ini diketuai oleh GPM ,Puan Nur Zawani binti Mohd Sahir bersma 4 orang
guru lain dan 11 orang pengawas pusat sumber sekolah. Objektif lawatan ini untuk melihat
sendiri secara dekat cara pengoperasian dan pengurusan SMK Pantai Remis sebagai sekolah
yang telah memenangi tempat ke -3 diperingkat negeri Perak.
Rombongan kami dibawa melawat ke bilik-bilik khas seperti Pusat Sumber Sekolah,
Galeri Sejarah, bilik Makmal Sains, Bengkel Pengurusan Diri, dan seterusnya ke taman herba
sekolah. Melalui lawatan ini, banyak perkara serta pembaharuan dapat diambil dan dipelajari
untuk mempertingkatkan lagi mutu serta kualiti pencapaian di SMK Raja Shahriman dalam
pelbagai perkara terutamanya dari aspek pengurusan dan keceriaan sekolah ini.
Tahniah kepada Pengetua dan guru-guru di sekolah ini kerana telah membuat banyak
perubahan terhadap pengurusan,pencapaian, persekitaran dan keceriaan sekolah bak kata pepatah
"Dulu lain, sekarang lain". Semoga perkongsian ini memberi inspirasi kepada pihak rombongan
kami dan semoga lawatan muhibbah ini dapat mengeratkan lagi hubungan antara dua sekolah.

Anda mungkin juga menyukai