Anda di halaman 1dari 5

OBJEKTIF

Menggunakan bahan terpakai


untuk mengelakkan pencemaran
alam sekitar.
Memanfaatkan bahan terpakai
dengan lebih efisyen.
Dapat mengurangkan penyakit
berjangit dengan mengurangkan
bilangan
tikus.
Meningkatkan lagi kadar
kebersihan alam sekitar.

RASIONAL PROJEK

Mengurangkan populasi tikus.


Meningkatkan tahap kebersihan persekitaran.
Mengelakkan populasi haiwan perosak yang lain di

kawasan tersebut.
Mengurangkan penyakit berjangkit yang dibawa
oleh tikus.
Menjimatkan kos menggunakan bahan terbuang.
Mengitar semula bahan terbuang yang mengambil
masa yang lama untuk lupus.
Mengurangkan tahap pencemaran alam sekitar.

KAEDAH PENYELIDIKAN
Pembinaan model.
Membaiki kekurangan pasa model.
Menguji keberkesanan model dengan
meletakkannya di kantin sekolah.
Menilai.

Menyedari tentang masalah yang selalu dihadapi oleh


pekerja-pekerja kantin, kami telah memasang perangkap
tikus yang telah kami cipta daripada bahan buangan.
Impak positif telah dapat dilihat dengan perangkap yang
kami pasang di kantin sekolah telah berjaya menangkap
seekor tikus. Diharapkan dengan adanya alat ini, dapat
Membantu mengurangkan kadar populasi haiwan perosak
di negara kita.

Pada masa yang sama, alat ini juga dapat


mengurangkan lagi kadar pencemaran alam sekitar.
Seterusnya dapat mengurangkan lagi kadar pencemaran
alam sekitar. Seterusnya, dapat meningkatkan kualiti
kebersihan. Penciptaan alat ini mampu mengurangkan kos
kerajaan untuk memproses semula bahan-bahan terbuang
tanpa memanfaatkannya terlebih dahulu. Akhir sekali, alat
ini dapat meningkatkan kesedaran masyarakat tentang
kepentingan kegunaan bahan-bahan terbuang.


Kami menjalankan projek penagkapan tikus mengguanakan bahan terpakai.
Kajian ini dijalankan bertujuan untuk menangkap tikus yang banyak berkeliaran di kantin
sekolah. Kajian ini dijalankan oleh 4 orang pelajar yang dipimpin oleh Puan Zuwiyah Binti
Hamid selaku guru penasihat kelab.

Pemilihan projek perangkap tikus adalah bertujuan untuk membendung populasi


tikus yang semakin bertambah akan menyebabkan wabak penyakit yang dibawa oleh
tikus tersebar seperti leptospirosis. Leptospirosis atau penyakit tikus boleh menyerang
manusia melalui air yang dicemari dengan air kencing tikus tersebut menyentuh bukaan
pada kulit , mata atau dengan selaput lender.

Tikus merupakan sejenis mamalia yang mempunyai habitat di kawasan tempat


tinggal manusia. Tikus merupakan haiwan perosak yang selalu mengundang kesusahan
buat manusia, amnya. Hal ini demikian kerana, tikus merupakan binatang paling
kotor,mencemari makanan dan merosakkan harta benda. Sekiranya tiada langkah
pencegahan yang diambil , sudah tentu ramai manusia terpaksa mananggung risiko
penyakit berbahaya termasuk kos rawatan yang tinggi.

Oleh itu, kami telah mencipta alat untuk menangkap tikus menggunakan kos
menjimatkan yang beranggaran RM 1.00. Alat ini akan memudahkan masyarakat
membinanya sendiri. Selain itu, kita juga dapat mengitar semula bahan terbuang,
menjimatkan kos, dan sekaligus dapat memelihara alam sekitar

Anda mungkin juga menyukai