Anda di halaman 1dari 15

masalah murid pemulihan khas

Pengenalan
Menurut Frank Smith (1971), membaca adalah satu operasi psycholinoustic.
Bacaan juga merupakan satu langkah lanjutan dalam perkembangan pembelajaran
bahasa dan memproses perkembangan-perkembangan yang diterima. Atan Long
(1976) pula mengatakan membaca adalah proses kembalikan daripada proses menulis
kepada proses mentafsirkan kembali lambang-lambang bertulis dan mendapatkan
makna atau buah fikiran daripada bahan bertulis itu. Sementara itu, Abu Basar (1981),
berpendapat membaca adalah gabungan proses menyuarakan lambang-lambang
tulisan, mengamati serta memahamkan kandungannya.
Sebagai rumusannya, membaca merupakan satu proses di mana lambanglambang bertulis dipindahkan kepada bentuk suara, memahami makna-makna yang
terkandung di dalamnya serta mengaitkan makna-makna tersebut kepada pengalaman
sedia ada murid.
Dalam kemahiran bacaan, terdapat beberapa proses yang membantu seseorang
untuk menguasai kemahiran bacaan dengan baik. Antaranya, bacaan sebagai proses
sensori (kederiaan), bacaan sebagai proses pengamatan (perseptual), bacaan sebagai
proses bahasa (linguistik) dan bacaan sebagai proses mental (kognitif).
Kemahiran membaca memerlukan seseorang murid itu dalam proses bersedia
dari segi fizikal termasuklah keadaan penglihatan dan pendengarannya yang sempurna
dan matang. Keadaan persekitaran yang dapat memberi pengalaman yang pelbagai,
emosi, motivasi dan sahsiah yang membentuk dan mendorong ke arah kesediaan
membaca. Begitu juga dengan kecerdasan dan perkembangan kognitif seseorang
murid itu.
Selain itu, daya diskriminasi atau pengamatan seseorang murid dari segi
penglihatan dan pendengaran juga turut memainkan peranan penting dalam
penguasaan terhadap kemahiran membaca. Begitu juga dengan penguasaan bahasa
yang bertindak sebagai alat berfikir dan melahirkan kehendak, rasa dan cita rasa setiap
individu.
Masalah Penguasaan Kemahiran Membaca di kalangan Murid Pemulihan Khas
Menyentuh tentang masalah dalam kemahiran bacaan, secara amnya, beberapa
isu yang sering berlaku di kalangan murid-murid pendidikan pemulihan antaranya ialah
tidak, kenal huruf, meninggalkan huruf atau perkataan, tidak memahami apa yang
dibaca, teragak-agak, salah sebutan, lemah daya ingatan, menambah perkataan,
mengulang perkataan dan mengeja semasa membaca.
1) Tidak kenal huruf

2)

3)

4)
a)
b)

c)
d)
e)
f)
g)

Masalah tidak kenal huruf merupakan punca utama kebanyakan kanak-kanak gagal
membaca dengan baik. Keadaan ini akan menyebabkan murid-murid menyebut
sesuatu huruf sesuka hati atau dengan meneka sahaja dan menjadikan perkataan itu
tidak bermakna atau berlainan makna.
Meninggalkan huruf
Huruf dan imbuhan ditinggalkan ketika membaca. Contohnya, buah disebut uah,
kering disebut kerin, mengandungi disebut mengandung dan sebagainya.
Meninggalkan perkataan
Perkataan dalam ayat juga kerap ditinggalkan semasa membaca seperti buku itu
sangat tebal dibaca sebagai buku itu tebal.
Tidak memahami apa yang dibaca
Gagal memahami maksud perkataan dan frasa yang berkaitan dengan waktu seperti
selepas, sudah, sebelum, pagi, sekejap dan sebagainya.
Tidak memahami maksud perkataan dalam pelbagai situasi, misalnya dalam ayat
panjatlah lagi pokok itu, yang bermaksud melarang seseorang itu daripada memanjat
pokok difahami sebagai ayat menyuruh seseorang itu memanjat pokok lagi.
Gagal memahami atau membuat urutan idea atau peristiwa yang terdapat dalam bahan
bacaan terutamanya apabila diminta menceritakan semula petikan yang dibaca.
Lambat memberi tindak balas terutamanya apabila tidak memahami arahan yang
dibaca.
Gagal menghubungkan sebab dan akibat dalam bahan bacaan yang dibaca.
Tidak dapat mengenal pasti perkara yang tidak munasabah (absurdities) dalam bahan
yang dibaca.
Tidak dapat mentafsir atau menggunakan carta, graf, peta, rajah dan sebagainya.

5) Teragak-agak
Teragak-agak bermaksud berhenti sejenak sebelum menyebut sesuatu perkataan
ketika membaca disebabkan murid tidak pasti akan bacaannya.
6) Salah sebutan
Salah sebutan terjadi akibat murid-murid tidak mengenal huruf atau tidak tahu
membunyikan sesuatu huruf sehingga sesuatu perkataan tidak bermakna lagi dalam
konteks ayat berkenaan. Kesalahan-kesalahan di atas boleh mengubah makna
perkataan atau ayat yang dibaca dan perlu juga diberi perhatian oleh guru untuk
mengatasinya. Selain itu, guru juga perlu memerhati tingkah laku yang ditunjukkan
semasa murid membaca yang boleh menunjukkan murid itu bermasalah dalam bacaan.
Antara tingkah laku yang boleh dikenal pasti adalah seperti yang berikut :a) Membatang suku kata terlebih dahulu sebelum dapat menyebut seluruh perkataan.

b)
c)
d)
e)
f)
g)
h)
i)
j)

Bacaan tersekat-sekat iaitu perkataan demi perkataan dan tidak lancar.


Membaca terlampau cepat atau gopoh tanpa menghiraukan tanda bacaan.
Membaca terlampau lambat atau merangkak-rangkak.
Menunjuk perkataan dengan jari ketika membaca.
Tingkah laku yang tidak selesa seperti mengerdip-ngerdipkan mata, mengerut dahi,
menggeleng-geleng kepala dan sebagainya.
Suara terlalu perlahan atau tidak jelas atau blurring.
Kedudukan mata terlalu dekat dengan bahan bacaan.
Cuba mengelak daripada aktiviti membaca.
Tidak boleh membaca langsung.
Guru mestilah peka dengan petunjuk-petunjuk tingkah laku yang dipamerkan oleh
murid-muridnya kerana tingkah laku tersebut menunjukkan murid berkenaan
menghadapi masalah dalam bacaan.

7) Lemah daya ingatan


Ingatan pada otak kadang kala mendatangkan masalah seperti sel-sel pada otak tidak
dapat berhubung antara satu sama lain. Ini mungkin disebabkan oleh kecederaan yang
pernah dialami oleh pesakit sama ada kemalangan ataupun kecederaan akibat
terhantuk benda yang keras.
Simptom:
a.
Semakin lemah daya ingatan/ lupa
b.
Gagal mengenal pasti objek
c.
Masalah emosi seperti kemurungan dan depresi
d.
Rasa janggal di tempat yang biasa dilawati
e.
Hilang kemampuan jasmani
f.
Tidak mengendahkan kebersihan diri
g.
Tidak berminat dengan pelajaran/ pekerjaan
8) Menambah Perkataan
Murid-murid sering menambah perkataan semasa membaca seperti bulan-bulan
disebut bulang-bulang, ikan-ikan disebut ikang-ikang dan seumpamanya.
9) Mengulang Perkataan/ Ulangan (repetition)
Mengulang-ulang perkataan atau suku kata semasa membaca dan perbuatan
mengulang ini bukan disebabkan oleh masalah gagap.
10) Mengeja Semasa Membaca

a) Teragak-agak semasa membaca


b) Menunjuk teks bacaan dengan jari ketika membaca
c) Tidak berupaya membaca ayat yang panjang kerana was-was dan kurang yakin salah
atau betul.
d) Kemajuan pembacaan yang lemah
Secara khususnya, masalah-masalah dalam bacaan berlaku dalam beberapa
peringkat iaitu pada peringkat mengenali bentuk huruf, suku kata, kesukaran dalam
pengamatan dan juga kesukaran membaca peringkat ayat.
Daripada pelbagai masalah yang berlaku di kalangan murid pendidikan pemulihan,
salah satunya adalah murid tidak dapat membatang perkataan yang mempunyai
banyak suku kata. Contohnya, perkataan-perkataan seperti jambatan, pelajaran,
pendapatan dan sebagainya.
Masalah ini akan menyebabkan murid tidak dapat menguasai kemahiran membaca.
Murid akan cepat berasa jemu dan kadang-kadang akan cuba mengelak daripada
aktiviti membaca.
Beberapa cara dapat dijalankan bagi mengatasi masalah ini. Fokus utama
hendaklah dimulakan dengan penguasaan terhadap kemahiran asas yang bermula dari
bawah, barulah seseorang murid itu dapat menguasai kemahiran yang seterusnya.
Langkah-langkah Untuk mengatasi Masalah Penguasaan Kemahiran Membaca di
Kalangan Murid Pemulihan Khas.
Beberapa cadangan yang difikirkan perlu bagi meningkatkan prestasi
pengajaran dan potensi pembelajaran murid untuk meningkatkan kemahiran membaca
murid sekolah rendah antaranya mengenalpasti kanak-kanak atau masalah yang
dihadapi. Kanak-kanak yang menghadapi masalah dari aspek mental iaitu lemah
didalam pengamatan, ketidakbolehan mengenal sesuatu benda atau objek, nombor,
perkataan
atau ayat.Antara kaedah
yang
boleh
dijalankan
ialah kaedah
fonetik.Mengikut kaedah ini,murid diperkenalkan dengan bunyi huruf . Murid dilatih
untuk
membunyi
huruf
secara
terasing
misalnya a bunyi aaa,
e bunyinya eee , o bunyinya ooo dan sebagainya. Guru menunjukkan kad huruf dan
minta murid membunyikan huruf tersebut.

Gabungan Kaedah Fonik dengan Kaedah Pandang dan Sebut

Kaedah yang dicadangkan ini menggabungkan kaedah fonik dan kaedah


pandang dan sebut dalam satu pelajaran membaca pada peringkat awal. Kaedah
pandang dan sebut juga dikenali sebagai Kaedah Seluruh Perkataan.
Kaedah gabungan yang dicadangkan ini berasaskan kepada perkara-perkara berikut:
a) Sistem ejaan bahasa Melayu adalah mengikut abjad dan fonemik ertinya ada
hubungan yang rapat di antara simbol atau huruf dan bunyinya.
b) Suku kata perkataan Bahasa Melayu adalah jelas (jika dibandingkan dengan bahasabahasa lain dengan bahasa Inggeris misalnya).
c) Ciri-ciri yang baik daripada kaedah fonik dan kaedah pandang dan sebut boleh
digabungkan.
d) Murid-murid Melayu yang baru melangkah masuk ke darjah 1 rata-rata telah pun
mempunyai perbendaharaan Bahasa Melayu yang mencukupi untuk terus belajar
membaca.
Melalui kaedah ini guru tidak perlu menunggu murid mengetahui semua nama huruf,
bunyi huruf dan suku kata sebelum mereka membaca perkataan-perkataan atau ayat.
Malahan guru tidak begitu perlu memperkenalkan dan mengajar abjad dan bunyi huruf
dari
a
hingga
z
secara
tertib
biasa.
Kaedah gabungan ini mencadangkan murid diperkenalkan kepada bunyi beberapa
huruf vokal dan konsonan, dan kemudian terus membunyikan suku kata dan perkataanperkataan yang bermakna, dalam satu hingga dua pelajaran. Dengan cara begini dalam
dua atau tiga pelajaran sahaja, murid akan terus dapat membaca beberapa perkataan
dan ayat, dan ini membuatkan murid merasa bangga kerana mereka boleh membaca
serta faham apa yang dibaca.
Untuk menjelaskan kaedah ini secara terperinci, lihat beberapa contoh berikut:
1. Mulakan dengan memperkenalkan bunyi dua atau tiga huruf vokal: a, o, u dengan
menggunakan kad imbasan (flash card). Buat latihan membunyikan huruf ini beberapa
kali, selang-seli.
2. Kemudian perkenalkan pula bunyi dua atau tiga huruf konsonan, misalnya: d, k,
m dengan menggunakan kad imbasan, dan buat latih tubi beberapa kali supaya semua
murid dapat melafazkan bunyi tiap-tiap lambang itu dengan jelas.
3. Gabungkan bunyi tiap-tiap huruf konsonan dengan huruf vokal supaya menjadi suku
kata:

Da

di

du

ka

ki

ku

sa

si

su

4. Seterusnya bina beberapa perkataan yang bermakna, misalnya:

ba..... ba.... baba


bu..... bu.... .bubu
da..... da..... dada
ku..... ku..... kuku
5. Ulangi langkah ini beberapa kali, kemudian gabungkan dua perkataan menjadi ayat dan
latih murid membacanya:

baba
dada

bubu
kuku

6. Perkenalkan gabungan lain:

a ..... ku..... aku


a..... da..... ada
i..... ni..... ini
i..... tu...... itu
bu..... ku..... buku
ba..... ba..... baba
bu..... ka..... buka
ba..... ju..... baju
7. Suruh murid-murid membaca ayat-ayat berikut daripada beberapa perkataan di atas:

aku ada
aku buka
ini
buku
itu
baju

buku
baju
aku
aku

8. Kemudian gantikan aku dengan baba dan ulang membacanya.


9. Seterusnya baca ayat-ayat ini pula:

Buku

dia

Buku
Buku

baba
aku/ku

10. Gantikan buku dengan baju, baju, dan kuku dan ulang bertubi-tubi dengan kad
imbasan.
11. Perkenalkan gabungan bunyi lain pula seterusnya.

i ... bu ..... ibu


bu ... di ..... budi
u ... da ..... uda
budi
budi
budi

ibu
ibuku
uda

di ... a ..... dia


ka ... ki ..... kaki
kaki
kaki
kaki

dia
ibu
kuda

12. Suruh murid membaca ayat-ayat yang menggunakan berbagai-bagai perkataan yang
dicipta:

ibu buku
baba uda
bubu
udaku ada kuda
dia
kaki
kuda
buku
uda
Kaedah gabungan ini boleh diajar di dalam tiga hingga empat hari, selama sejam
sehari. Dalam seminggu sahaja murid-murid boleh mengenal huruf-huruf a, e, i, o : b, d,
k dan membaca suku kata, perkataan-perkataan dan ayat yang dibentuk daripadanya.
Cadangan yang dikemukan ini berguna kepada guru pemulihan khas sebagai panduan
dalam mempelbagaikan kaedah pengajaran.

Contohnya :

aA

eE

oO O
s
S

uU
U

mM MMMM
M

Banyak aktiviti yang boleh dilaksanakan dalam mengajar murid mengenal abjad
antaranya permainan abjad. Permainan memancing abjad agak menyeronokkan dan
murid akan terhibur dan secara tak langsung boleh menarik minat murid untuk
membaca. Setiap huruf yang dapat dipancing akan disebut dengan betul dan dilakukan
secara berulang-ulang. Dengan cara ini diharap murid akan dapat membaca dengan
cepat.

Setelah menguasai kemahiran mengenal abjad, diajar pula kemahiran


membunyikan sukukata, antaranya ialah membunyikan suku kata yang diberi
seperti :

ba
bi
be
bo
bu

ka
ki
ke
ko
ku

ma
mi
me
mo
mu

ta
ti
te
to
tu

sa
si
se
so
su

la
li
le
lo
lu

Sebaik-baiknya gunakan kad suku kata berwarna. Ini boleh menarik minat murid
kerana ia lebih menarik dan membantu murid meningkatkan penguasaan dalam
kemahiran membaca.

ba

baju
batu
KESIMPULAN

ta

ca

tu

ju

Lakukan aktiviti menyebut dan membunyikan suku kata dengan cara latih tubi sehingga
murid
menguasainya.
Untuk
lebih
menghiburkan,
guru
boleh
menggunakan kaedah lirik lagu dalam pengajaran dan pembelajaran. Menggunakan
kaedah nyanyian akan lebih menarik minat dan tumpuan murid dan secara tidak
langsung murid akan dapat menguasai kemahiran membaca dengan cepat.
Bagi kes murid istimewa atau pendidikan khas, kepekaan ibu bapa terhadap
proses pengembangan anak dituntut bagi membolehkan kelemahan mereka dikesan
sejak awal. Murid disleksia antara kelompok murid yang gagal menguasai 3M, namun
disebabkan pengetahuan ibu bapa yang rendah mengenai penyakit itu menyebabkan
masalah berkenaan tidak dipandang serius. Malah, ramai ibu bapa termasuk golongan
profesional cuba menafikan anak mereka berdepan masalah berkenaan hingga
merasakan tidak perlu dibantu. Murid disleksia melihat sesuatu dengan pandangan
yang berbeza terutama berkaitan pembelajaran. Sebagai contoh, mereka tidak dapat
diajar abjad dengan cepat kerana ada huruf yang akan ditinggalkan disebabkan
pemikiran tidak dapat 'membaca' huruf berkenaan. Dalam usaha menangani masalah
ini, kaedah P&P haruslah lebih khusus dan perlu dipraktikkan guru yang mahir
mengenainya.
Selain dari itu, beberapa aspek lain perlu diberi perhatian agar murid dapat
menguasai kemahiran membaca Iaitu dengan mengadakan kempen membaca.
Perluasan kempen membaca dan penempatan kaunselor di setiap sekolah. Namun,
keberkesanan pelaksanaannya tidak menyeluruh dan belum mampu memberi
perubahan besar terhadap perkembangan penguasaan kemahiran 3M di kalangan
murid terbabit. Pihak sekolah sepatutnya mengambil lebih inisiatif untuk menghidupkan
kempen membaca dengan mengadakan pertandingan membaca paling banyak bahan
bacaan , berikan hadiah atau sebarang ganjaran.
Ada juga yang menegaskan kepentingan peranan ibu bapa dalam membantu
anak menguasai kemahiran asas berkenaan, namun ia tetap tidak membebaskan guru
daripada membantu murid yang lemah itu. Berdasarkan kajian sebelum ini, keperluan
langkah penyaringan dan pengesanan awal murid yang belum menguasai 3M penting
bagi mengenal pasti pelaksanaan program pemulihan bersesuaian dengan mereka.
Langkah awal itu membolehkan murid dikelompokkan berdasarkan punca sebenar
kelemahan mereka menguasai 3M sama ada akibat persekitaran, pemakanan atau
kesihatan.
Mengadakan sudut bacaan di dalam kelas. Dengan adanya sudut bacaan ini
akan menjadikan murid bermotivasi untuk membaca. Melihat kawan-kawan lain
membaca , akan membuatkan murid yang tidak boleh dan tidak berminat untuk
membaca akan sedikit sebanyak akan terpengaruh.Lama-kelamaan akan menjadi

kebiasaan untuk mereka membaca. Dengan ini masalah pemulihan murid yang tidak
menguasai 3M akan berkurangan.

PENDAHULUAN
Berbagai-bagai pendapat telah diberikan oleh tokoh-tokoh pendidik Barat
dan tempatan mengenai takrifan pendidikan pemulihan.
Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat
(2005: 1245,1246), Pulih bermaksud kembali seperti biasa (keadaan semula). Pemulihan
bermaksud perbuatan memulihkan, pengembalian kepada keadaan semula. Dalam konteks ini konsep
pemulihan merujuk kepada kanak-kanak yang menghadapi masalah dalam pembelajaran.
Pembelajaran pemulihan biasanya dikaitkan dengan usaha untuk memperbaiki sesuatu kekurangan
atau memperbetul sesuatu.
Menurut Sharifah Alwiah Alsagoff, 1983 : 371, pemulihan
bermaksud satu tindakan khusus yang diambil untuk mengatasi keperluan pendidikan murid yang
mengalami kesusahan dari segi pembelajaran dalam darjah khas di sekolah biasa, di pusat khusus
yang dihadiri oleh murid secara sambilan, dalam kumpulan yang diasingkan daripada sekolah biasa,
dan dalam darjah untuk pengajaran khusus oleh guru pemulihan.
Seorang tokoh barat pula
iaitu Blair (1956) mentafsirkan pengajaran pemulihan adalah satu bentuk pengajaran yang bertujuan
untuk membaharui teknik pengajaran dan pembelajaran untuk mengikis segala kebiasaan-kebiasaan
dan amalan-amalan yang tidak sesuai bagi murid-murid lambat.
Bagi Pusat Perkembangan
Kurikulum, Kementerian Pelajaran Malaysia (1984): mentafsirkan bahawa, '...langkah-langkah khusus
yang dijalankan untuk membantu murid yang menghadapi masalah pembelajaran tertentu dalam
kemahiran asas membaca, menulis dan mengira...hendaklah dipulihkan sebaik sahaja masalah
tersebut dapat dikesan dan ditentukan.'
Merujuk kerangka konsep Modul BMM3106,
Pemulihan dan Pengayaan Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah, dapat dibahagikan kepada 2
iaitu Pendidikan Pemulihan dan Pendidikan Imbuhan.
Pendidikan pemulihan adalah
pendidikan yang ditumpukan kepada murid-murid dalam mengatasi masalah penguasaan kemahiran
3M iaitu kemahiran menulis, membaca dan mengira. Rancangan pembelajaran disediakan untuk
murid-murid yang menghadapi masalah pembelajaran, tanpa mengira golongan kaya atau miskin.
Skop kajian pendidikan pemulihan ini banyak terbatas kepada pedagogi di dalam bilik darjah.
Program ini juga hanya meliputi aktiviti pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah. Ini
disebabkan objektif utama pendidikan pemulihan ini adalah untuk membetulkan kelemahan
penguasaan kemahiran-kemahiran asas.
Murid-murid pemulihan ini juga dianggap sebagai
murid-murid yang gagal menghadapi kerja normal sekolah untuk kumpulan sebaya mereka tetapi
kegagalan mereka tidak boleh dianggap disebabkan oleh kecacatan. Kadangkala mereka ini diberi
label pencapaian rendah yang bermaksud bahawa mereka memperlihatkan taraf pendidikan yang
tidak memuaskan berbanding dengan taraf pencapaian purata rakan-rakan sebaya mereka atau taraf
pencapaian yang diharapkan bagi murid-murid pada peringkat persekolahan.
Antara program
pemulihan biasa yang dijalankan di dalam kelas termasuklah Pemulihan KBSR, KIA2M dan PROTIM.
Program Pemulihan Khas pula ialah Sistem Penarikan Keluar (withdrawal System) di mana murid yang
dikenal pasti akan dihantar ke kelas pemulihan pada waktu tertentu untuk mata pelajaran Bahasa
Melayu dan Matematik. Mereka akan dihantar balik ke kelas setelah menguasi kemahiran asas yang
ditentukan. Melalui kelas khas pula, mereka yang dikenalpasti akan dimasukkan ke kelas pemulihan

sepenuh masa sehingga mereka menguasai kemahiran 3M.


Secara kesimpulannya,
pengajaran pemulihan adalah sejenis pengajaran yang dijalankan untuk membantu murid-murid
lambat dalam pembelajaran di sekolah agar mereka tidak terus ketinggalan dalam proses pendidikan
di sekolah dan dapat seiring dan setaraf dengan rakan mereka yang lain. Seseorang guru pemulihan
wajar mempunyai pengetahuan yang luas untuk melaksanakan pengajaran kepada murid-murid
ini.Tidak adil sekiranya murid-murid yang mengalami masalah dalam pembelajaran ini terus dibiarkan
begitu sahaja.
Pendidikan imbuhan pula, merupakan satu program pendidikan yang meliputi
bukan sahaja usaha-usaha mengatasi kelemahan pembelajaran tetapi juga usaha-usaha untuk
mencegah berlakunya sebarang masalah pembelajaran murid dari peringkat awal. Berbanding dengan
pendidikan pemulihan, skop kajian pendidikan imbuhan lebih meluas kerana pendidikan imbuhan
meliputi bukan sahaja unsur-unsur pedagogi dalam kelas seperti pendidikan pemulihan, tetapi juga
unsur-unsur sosioekonomi dan politik di luar kelas.
Konsep pendidikan imbuhan muncul
disebabkan ketidakseimbangan peluang pendidikan antara golongan berada dan miskin. Ini
bermaksud kanak-kanak dalam golongan bawahan tidak mendapat kemudahan pelajaran yang
sepatutnya. Peluang-peluang untuk mendapat pendidikan itu banyak direbut oleh mereka dari
golongan atasan. Murid-murid miskin dan kurang bernasib baik menghadapi kekurangan dari segi
kemudahan pelajaran, motivasi pembelajaran, kesihatan, kewangan, pendedahan pengetahuan dan
sebagainya. Justeru untuk merapatkan jurang perbezaan ini Pendidikan Imbuhan telah di rancang
khas dan merupakan pendekatan yang berkesan. Objektif utamanya adalah untuk merapatkan jurang
dalam peluang pendidikan di antara golongan kaya dengan golongan miskin. 1. MASALAH UTAMA
DALAM PENDIDIKAN PEMULIHAN BAHASA MELAYU
Masalah utama murid-murid dalam
pendidikan pemulihan Mata Pelajaran Bahasa Melayu dapat dibahagikan kepada 4 kemahiran. Ianya
adalah ;
i) Kemahiran Lisan
ii) Kemahiran Bacaan
iii) Kemahiran Ejaan
iv) Kemahiran Tulisan
Dalam tugasan ini, saya akan menghuraikan masalah utama
dalam pendidikan pemulihan Bahasa Melayu di sekolah iaitu kemahiran bacaan. Seterusnya saya cuba
mengemukakan punca-punca atau faktor-faktor yang menyebabkan masalah tersebut. Kemahiran
Bacaan
Membaca merupakan kemahiran yang sangat berguna dalam kehidupan kita seharihari. Melalui pembacaan, seseorang itu dapat memperoleh berbagai-bagai maklumat yang
diperlukannya. Kita membaca akhbar untuk mengetahui berita yang disiarkan di dalamnya. Kita
membaca pelbagai arahan bertulis dan mematuhinya kerana ingin menjalankan tugas seharian
dengan betul dan sempurna . Murid perlu membaca untuk mendapatkan ilmu pengetahuan daripada
buku-buku yang dirujuknya. Wajar bagi seseorang murid untuk menguasai kemahiran membaca.
Terdapat banyak definisi yang diberikan untuk menjelaskan maksud bacaan. Harris dan Sipay
(1980) menyifatkan proses membaca sebagai proses untuk memperoleh tafsiran yang bermakna
tentang lambang-lambang bercetak atau bertulis. Manakala Kenedy (1981) pula mendefinisikan
bacaan sebagai keupayaan seseorang untuk mengecam bentuk visual (lambang-lambang grafik yang
mewakili bahasa atau perkataan), menghubungkan bentuk itu dengan bunyi atau makna yang telah
diketahui, dan seterusnya berasaskan pengalaman lalu, memahami dan mentafsirkan maksudnya
(Marohaini Yusoff, 1999). Menurut Atan Long (1976): Membaca adalah proses kembalikan daripada
proses menulis kepada proses mentafsirkan kembali lambang-lambang bertulis dan mendapatkan
makna atau buah fikiran daripada bahan bertulis itu. Melalui definisi yang diberikan di atas sudah
cukup untuk menjelaskan bahawa kemahiran membaca adalah satu proses yang kompleks.
Berdasarkan definisi-definisi membaca yang ditelitinya, Marohaini Yusoff (1989) telah merumuskan
bahawa proses membaca adalah perlakuan perlakuan yang kompleks dan tidak dapat diperhatikan.
Cuma dua komponen kemahiran utama yang dipersetujui wujud dalam kemahiran membaca iaitu
kemahiran mengenal atau mengecam perkataan dan kemahiran memahami apa yang dibaca. Selain
daripada itu, perlakuan membaca mesti dapat menghasilkan pemahaman selain pengecaman dan
penyebutan perkataan-perkataan. Maksudnya, untuk menjadi pembaca yang berkesan, seseorang itu
tidak perlu dapat menyebut perkataan dengan betul dan lancar asalkan dia tahu makna perkataanperkataan yang dibacanya. Semasa membaca, seseorang itu perlu berfikir, merasai, dan
membayangkan apa yang dibaca.
Kesimpulannya, membaca adalah satu proses yang

memerlukan pemikiran yang aktif. Berdasarkan definisi membaca dan rumusan yang dibuat berkaitan
dengan proses membaca, dapatlah dikatakan bahawa membaca adalah kemahiran yang kompleks
yang melibatkan beberapa kemahiran lain. 1.1 JENIS-JENIS MASALAH KEMAHIRAN BACAAN
Terdapat beberapa jenis masalah kemahiran membaca yang dikenalpasti dalam Pendidikan Pemulihan
Bahasa Melayu di sekolah. Antara masalah tersebut adalah; 1.1.1 - Salah sebutan
Murid
salah menyebut perkataan-perkataan yang dibacanya berikutan mereka tidak mengenal huruf atau
tidak tahu membunyikan sesuatu huruf. Oleh itu mereka akan cenderung untuk melakukan kesalahan
dalam menyebut huruf atau perkataan tersebut.
Contohnya perkataan, perkataan 'lidi' disebut
'lili', perkataan 'mari' disebut 'mali' atau perkataan 'lari' disebut 'lali'. Kesalahan-kesalahan ini
biasanya berlaku kepada murid-murid berbangsa Cina kerana mereka tidak dapat menguasai
kemahiran membunyikan huruf 'r' dengan tepat.
Antara tingkah laku yang kerap ditunjukkan
mereka adalah seperti berikut: a) membatang suku kata terlebih dahulu sebelum dapat menyebut
seluruh
perkataan. b) bacaan tersekat-sekat iaitu perkataan demi perkataan dan tidak lancar, c)
teragak-agak (hesitation) - teragak-agak bermaksud berhenti sejenak sebelum
menyebut sesuatu
perkataan ketika membaca disebabkan kanak-kanak tidak
pasti akan bacaannya, d) membaca
terlampau cepat atau gopoh tanpa menghiraukan tanda bacaan, e) membaca terlampau lambat atau
merangkak-rangkak, f) menunjuk perkataan dengan jari ketika membaca, g) tingkah laku yang
tidak selesa seperti mengejip-ngejip mata, mengerut,
menggeleng kepada, dan sebagainya, h)
Suara terlalu perlahan dan tidak jelas atau blurring, i) kedudukan mata terlalu dekat dengan
bahan bacaan, j) cuba mengelak daripada aktiviti membaca, dan k) tidak boleh membaca langsung.
Terdapat juga kesalahan dalam menyebut perkataan-perkataan ketika membaca disebabkan
pengaruh dialek atau loghat sesuatu tempat. Murid-murid di negeri Terengganu akan menyebut
perkataan 'makan' menjadi 'makang', perkataan 'pinggan' menjadi 'pinggang'. Keadaan ini akan
menyebabkan perkataan tersebut tidak bermakna atau akan merubah maksud ayat-ayat yang
dibacanya. 1.1.2 - Tidak kenal huruf
Masalah tidak kenal huruf merupakan punca utama
kebanyakan kanak-kanak gagal membaca dengan baik. Keadaan ini menyebabkan kanak-kanak akan
menyebut sesuatu huruf itu sesuka hati atau dengan meneka sahaja dan menjadikan perkataan itu
tidak bermakna atau berlainan makna.
Biasanya mereka memerlukan masa yang agak lama
untuk membacakan huruf atau satu-satu perkataan itu. Sebenarnya keadaan ini berlaku kerana
mereka menggunakan masa itu untuk mengingat kembali nama dan bunyi huruf-huruf tersebut
sebelum membacanya. Apabila mereka tidak dapat mengingati huruf-huruf itu, mereka akan
menyebutkan apa-apa sahaja huruf yang terlintas di dalam kotak ingatannya. Kemampuan untuk
mengingati satu-satu perkara juga hanyalah bersifat sementara. 1.1.3 - Membuang atau
meninggalkan huruf atau perkataan.
Murid tidak membunyikan atau meninggalkan bunyi
huruf, perkataan dan imbuhan juga menjadi punca masalah dalam kemahiran membaca. Contohnya
perkataan sudah disebut udah atau perkataan sendal disebut sedal. Perkataan tertentu di
dalam ayat juga kerap ditinggalkan semasa membaca.
Contohnya, Kucing itu sangat comel,
dibaca sebagai Kucing itu comel: Adakalanya murid meninggalkan imbuhan tertentu contohnya
dalam perkataan mengiringi disebut sebagai mengiring. 1.1.4 - Mengulang perkataan
Murid yang berhadapan dengan masalah membaca kerap mengulang-ulang perkataan atau suku kata
tertentu semasa membaca. Perbuatan mengulang ini disebabkan murid tidak tahu untuk
membunyikan perkataan seterusnya selepas sesuatu perkataan tertentu dibaca.
Contohnya
ayat " Kami makan di Restoran Aminah". Murid-murid yang mengalami masalah seumpama ini akan
mengulang-ulang perkataan 'Kami maka di' atau perkataan 'di' kerana mereka tidk dapat membaca
perkataan 'Restoran' atau cuba untuk mengeja perkataan tersebut. 1.1.5 - Menggantikan huruf atau
perkataan
Kadangkala, murid yang belum menguasai kemahiran membaca akan
menggantikan huruf atau perkataan dalam ayat yang dibaca. Contohnya ladang disebut lalang,
"sekolah" disebut "selokah" dan "bajak" disebut "jabak".Kadangkala, terdapat perkataan yang
digantikan dengan perkataan lain sehingga mengubah maksud ayat tersebut. 1.1.6 - Menambah
huruf atau perkataan
Mereka yang mengalami masalah membaca juga akan menambah huruf
atau perkataan ketika membaca. Perkataan yang akan disebut merupakan perkataan yang biasa

didengar atau mereka gunakan sehari-hari. Selain itu mereka juga akan membunyikan perkataanperkataan tersebut mengikut bunyiyang dirasakannya sesuai. Contohnya perkataan buah akan
dibaca sebagai buwah.
Ada juga perkataan-perkataan tertentu ditambah dalam ayat.
Sebagai contohnya Saya suka bermain bola dibaca sebagai Saya sangat suka bermain bola". Hal
ini boleh berlaku terutama kepada murid-murid yang membaca secara mengeja perkataan demi
perkataan. Setelah mereka membaca seluruh perkataan dalam satu-satu ayat tersebut, mereka akan
membacanya pula tanpa mengeja. Ketika itu mereka akan membunyikan perkataan melalui hafalan
tanpa melihat perkataan yang dibacanya. 1.1.7 - Huruf atau perkataan dibaca terbalik
Murid-murid yang memerlukan pemulihan dalam kemahiran bacaan juga mengalami masalah
membaca huruf atau perkataan itu secara terbalik. Contohnya perkataan bala dibaca sebagai laba.
Contoh ayat yang dibaca terbalik pula adalah sepeti ayat Dia makan nasi dibaca sebagai
Dia nasi makan. Keadaan seperti ini kerap terjadi kepada murid-murid berbangsa India akibat
dipengaruhi oleh bahasa ibunda mereka. 1.1.8 - Tidak memahami apa yang dibaca
Ada
juga murid yang suka dan telah menguasai kemahiran membaca tetapi mereka tidak memahami apa
yang dibacanya. Antara masalah dalam memahami bahan bacaan ialah gagal memahami maksud
perkataan dan frasa, gagal membuat urutan idea atau peristiwa yang terdapat dalam teks, lambat
memberi tindak balas kerana tidak memahami arahan yang dibaca, gagal menghubungkan sebab dan
akibat dalam bahan bacaan seterusnya tidak dapat mentafsir atau menggunakan carta, graf, peta,
rajah dan lain-lain dalam bahan bacaan. 1.1.9 - Mengeja ketika membaca
Mengeja ketika
membaca juga salah satu masalah dalam kemahiran bacaan.Proses membaca sememangnya bermula
dengan mengenal huruf, membunyikan huruf dan seterusnya mengeja perkataan. Bagi mereka yang
sepatutnya telah menguasai kemahiran membaca, mereka tidak perlu mengeja perkataan demi
perkataan ketika mereka membaca. Contohnya bagi murid tahap 2, mereka tidak sewajarnya mengeja
ketika membaca. Sekiranya perkara seperti ini masih lagi dialami, mereka perlu melalui program
pemulihan.
1.2 PUNCA MASALAH KEMAHIRAN BACAAN Menurut Guy L.B dan rakan-rakan (1994),
punca masalah membaca boleh dibahagikan kepada tiga faktor utama iaitu; i) Faktor fizikal ii)
Faktor kognitif dan bahasa iii) Faktor emosi, persekitaran dan pendidikan. 1.2.1 Faktor Fizikal
Antara faktor fizikal yang boleh mempengaruhi masalah membaca ialah masalah penglihatan,
masalah pendengaran, masalah pertuturan dan masalah neurologikal iaitu kerosakan otak seperti
serebral palsi, aphasia, terencat akal dan lain- lain. Murid-murid pendidikan pemulihan tidak dapat
mengenal huruf yang mereka baca berpunca daripada faktor fizikal. Masalah penglihatan seperti rabun
atau silau boleh menyebabkan murid menghadapi masalah ketika membaca. Kanak-kanak yang
mengalami penyakit dyslexia akan melihat satu-satu objek itu terbalik dan sentiasa bergerak. Saya
ingin kongsikan pengalaman saya menonton filem Hindi bertajuk Taare Zameen Par arahan Aamir
Khan ( seperti Lampiran 6). Cerita tersebut mengisahkan seorang kanak-kanak bernama Ishaan
Awasthi lakonan Darsheel Safary yang mengalami disleksia. Di kelas, ketika Ishaan diminta gurunya
untuk membuka dan membaca buku pada halaman 38, bab 4, perenggan ke 3, dia seperti
kebingungan dengan perintah gurunya. Setelah dua kali diminta untuk membaca, dia berkata bahawa
semua hurufnya menari-nari. Begitu juga dengan masalah pendengaran kerana proses membaca
memerlukan deria pendengaran untuk meniru bunyi-bunyi huruf yang diperdengarkan oleh guru.
Biasanya keadaan ini berlaku sejak kanak-kanak itu dilahirkan lagi
Murid yang mempunyai
tahap kecerdasan yang rendah dan terencat akal pula akan menghadapi masalah serius dalam
menguasai kemahiran membaca. Di sekolah saya iaitu SK Taman Perling misalnya, terdapat 36 orang
murid Pendidikan Khas. Kebanyakan mereka mengalami masalah kecacatan mental berpunca daripada
diserang demam panas ketika bayi lagi
Kekurangan makanan berzat juga akan merosakkan
kesihatan murid seterusnya mempengaruhi kesediaan murid untuk belajar. Mereka tidak boleh
menumpukan perhatian terhadap pengajaran guru, kurang bersemangat untuk menyiapkan kerja dan
cepat letih. Murid yang kurang sihat mudah diserang pelbagai penyakit dan menyebabkan mereka
ketinggalan dalam pelajaran. Faktor sosio-ekonomi keluarga yang tidak stabil mempengaruhi
perkembangan fizikal kanak-kanak. 1.2.2 Faktor Kognitif dan Bahasa Tahap kognitif seseorang murid
yang rendah juga merupakan punca sehingga menyebabkan proses memperolehi kemahiran membaca

menjadi sangat sukar. Antara simtom-simtom murid yang berhadapan dengan masalah ini ialah
lambat berfikir, cepat lupa, sukar memahami sesuatu, lemah pengamatan dan lain-lain. Hal ini terjadi
ada kaitannya dengan faktor genetik atau sejarah ketika mereka di dalam kandungan lagi. Keadaan ini
sudah tentu menjejaskan mereka untuk mengenal huruf-huruf dalam masa yang singkat. Faktor
bahasa pula melibatkan bahasa penerimaan yang melibatkan keupayaan semantik dan sintaksis. 1.2.3
Faktor Emosi, Persekitaran dan Pendidikan
Masalah membaca selalunya wujud seiring
dengan faktor-faktor emosi yang memberi kesan yang besar terhadap penyesuaian individu dan sosial
kanak-kanak. Ia juga berkait rapat dengan masalah psikologi. Masalah penyesuaian mungkin
berpunca daripada faktor-faktor fizikal atau perawakan dan persekitaran yang boleh menyebabkan
kegagalan membaca. Kegagalan membaca menjadikan murid kecewa dan menjejas emosi mereka.
Faktor persekitaran bagi murid yang kurang beruntung seperti tidak mendapat kasih sayang keluarga,
kurang zat makanan, tiada galakan keluarga dan lain-lain akan menjejaskan pencapaian mereka
dalam pelajaran termasuk keupayaan membaca. Ia berkait rapat dengan keadaan sosio-ekonomi
keluarga. Peranan ibu bapa dalam memastikan keperluan anak-anak untuk mencapai kejayaan tidak
dapat diberikan sepenuhnya. Hasilnya, anak-anak semakin jauh ketinggalan dari segi pencapaian
dalam pelajarannya berbanding dengan rakan-rakan sebaya mereka. Faktor pendidikan adalah seperti
tidak menyediakan peluang pengajaran secara individu, tidak memberi perhatian terhadap kesediaan
membaca kanak-kanak, mengabaikan kemahiran membaca dalam kebanyakan aktiviti sekolah,
penggunaan teknik pengajaran yang kurang berkesan dan lain-lain.
Copy and WIN : http://ow.ly/KNICZ

Anda mungkin juga menyukai