Anda di halaman 1dari 9

Nama:

Menuta
ma

Berita

Artikel

Topik

Kata laluan:

Galeri

Chat

Hebaha
Keahlian Hubungi Aduan
n

4 Julai 2005
Homepage
Jadikan kami homepage
anda!

Menu Utama
MENU UTAMA
BERITA TERDAHULU
WEB TV
BERITA BERGAMBAR
ARTIKEL
EDISI MOBIL
HEBAHAN
POS BERITA
POS PROGRAM
NEGARA ISLAM
KERTAS KERJA
PENERANGAN
TARBIYAH
PERJUANGAN
SEJARAH
TULISAN TUAN GURU
UCAPAN DASAR
MEMPERINGATI MEMALI

Menu Islam

TERJEMAHAN AL-QURAN
SIRAH AN-NABAWIYAH
FIQHUSSUNNAH
HADITH BUKHARI
HADITH MUSLIM
HADITH ABU DAUD
HADITH QUDSI
ISLAMIC GLOSSARY
FATHI YAKAN
MAUDUDI'S NOTES
PERJUANGAN PATTANI
QURAN'S INDEX

Keahlian

Jika sekiranya kita diperintah oleh Islam


Posted on Monday, February 21 @ 02:24:12 MYT
Topic: Islam

Mohammad Waqas
Dunia yang kita tinggal di dalamnya pada hari
ini adalah jauh dari mengamalkan cara hidup
seperti yang diajarkan oleh Rasulullah SAW.
Masyarakat hari ini didominasikan oleh
pengeluaran barangan keperluan hariandan
diperintah oleh sistem munafiq (yang juga
dikenali sebagai demokrasi), Mereka mengubah
nama-nama untuk menghalalkan apa yang
telah diharamkan oleh Allah. Riba yang lebih
dikenali sebagai interest atau faedah begitu
berleluasa, pembunuhan dan keganasan
berlaku setiap hari, penzinaan merupakan satu
hobi, penceraian adalah sebahagian dari
kehidupan, wang adalah segala-galanya
manakala agama tidak bererti atau tidak
penting lagi dan tidak digunakan lagi dalam
menetapkan hukum dalam sesebuah negara.

Apa yang saya katakan ialah sistem kafir;


sistem yang telah digunakan hampir di seluruh
dunia. Sistem yang memisahkan agama dari
negara. Sistem yang mempromosikan
sekularisme dan sekularis. Satu sistem yang
mengatakan bahawa ia adalah satu sistem yang
lengkap dan sempurna, tetapi sering meminda
hukum-hukum yang sedia ada dan sering
ditambah dan dimansuhkan pada setiap ketika.
Marilah kita sentuh mengenai riba. Apakah
riba? Riba adalah berhubung dengan pinjaman
wang yang dikenakan bunga, interest atau
faedah. Firman Allah SWT di dalam al-Quran:
Wahai orang-orang yang beriman!
Bertakwalah kamu kepada Allah dan
tinggalkanlah (jangan menuntut lagi) saki
baki riba (yang masih ada pada orang
yang berhutang) itu, jika benar kamu
orang-orang yang beriman. Oleh itu, kalau
kamu tidak juga melakukan (perintah

login

Related Links

More about Islam


News by admin
Most read story about
Islam:
Doa Imam besar
Makkah yang
menyentuh hati

Article Rating
Average Score: 0
Votes: 0
Please take a second
and vote for this
article:

Cast my Vote!

Options

Printer Friendly
Page
Send to a Friend

AKAUN ANDA
LADANG CHAT
SENARAI AHLI
FORUM
SEMBANG
SURAT PEMBACA
DOWNLOAD
LINK PENTNG
ADUAN
HUBUNGI KAMI

Berita
Bergambar

KEMUSNAHAN BANGSA
MENUJU DEMOKRASI
SERANGAN MORTAR
MUJAHIDDIN FALLUJAH
BUATAN AMERIKA
PEMBEBASAN IRAQ
IGAUAN AMERIKA
HAIFA STREET
KEMUSNAHAN AMERIKA

Video & Audio

BEKAS PADERI 1
BEKAS PADERI 2
BEKAS PADERI 3
BEKAS PADERI 4
SERANGAN DI SAMARRAH
SERANGAN DI AL-QA'IM
DOA IMAM MAKKAH
MOSAIC TV
RENUNGAN
SERANGAN MUJAHID
CARA MEMBEBASKAN IRAQ
MESEJ DARI MUJAHIDDIN

User Info
Welcome, Anonymous

mengenai larangan riba itu), maka


ketahuilah kamu: Akan adanya
peperangan dari Allah dan RasulNya,
(akibatnya kamu tidak menemui selamat)
dan jika kamu bertaubat, maka hak kamu
(yang sebenarnya) ialah pokok asal harta
kamu. (Dengan yang demikian) kamu
tidak berlaku zalim kepada sesiapa dan
kamu juga tidak dizalimi oleh sesiapa.
[al-Baqarah :278 - 279]
Allah SWT telah mengisytiharkan perang ke
atas mereka yang berurusan dengan riba tetapi
dalam sistem kafir yang kita hidup dan beramal
dengannya pada hari ini, riba telah menjadi
satu kewajipan. Allah SWT tidak
mengisytiharkan perang ke atas riba tanpa
sebab. Mereka yang beramal dengan amalan
riba pada hari ini menyedari kenapa ia
diharamkan oleh Islam. Riba menjadikan yang
kaya bertambah kaya dan yang miskin
bertambah miskin. Kita ambil dunia ketiga
sebagai contoh, negara dunia ketiga telah
meminjam berbillion-billion ringit untuk
membolehkan rakyat mereka mendapat
minuman air yang segar dan bersih. Dalam
masyarakat Islam, negara tersebut hanya perlu
membayar jumlah yang sama yang telah
dipinjam. Walau bagaimanapun dalam sistem
kerajaan kafir yang kita diperintah pada hari
ini, negara tersebut terpaksa membayar balik
dua kali ganda dari jumlah yang dipinjamnya,
yang menyebabkan negara tersebut menjadi
bertambah miskin dan terpaksa meminjam
lebih banyak dan terpaksa menanggung bunga
yang lebih besar.
Riba sengaja diletakkan di tengah-tengah
masyarakat oleh ahli fikir kepada sistem kafir.
Dengan cara memasukkan beberapa ribu
ringgit ke dalam akaun bank kita dalam jangka
masa beberapa hari dan kemudian kita akan
diberikan keuntungan merupakan suatu yang
amat sukar untuk ditolak. Walau
bagaimanapun, jika kita mencampurkan racun
dengan gula dan kemudiannya kita
meminumnya, ia mungkin terasa lebih manis
tetapi akhirnya ia masih lagi racun dan boleh
membunuh kita. Para penggunakan menyedari
hakikat ini dan telah terjebak ke dalam
perangkap syaitan. Hanya setelah kita
mendapatkan wang tersebut baru kita mula
menyedari kesan buruknya.
Wang membuatkan dunia ini berdetik dan
apabila pengguna memiliki wang yang baru
sahaja mereka pinjam daripada bank mereka,
keinginan mereka untuk membeli apa sahaja
akan bertambah kuat kerana mereka berfikir
untuk membayar balik adalah mudah dan apa

Nickname
Password
Login

(Register)

Membership:
Latest: kinobaik
New Today: 0
New Yesterday: 4
Overall: 313
People Online:
Visitors: 55
Members: 0
Total: 55

Pelawat
We received

835710
page views since Mac 2004

Download
Poster

yang mereka fikirkan ketika itu hanyalah


keinginan untuk memiliki kereta yang terbaik di
bandar atau memakai pakaian yang termahal.
Sebaik sahaja kesemua wang tersebut habis
dibelanjakan, mereka akan menyedari bahawa
mereka terpaksa bekerja keras untuk
membayar balik. Dan tentunya, wang yang
mereka perolehi hasil daripada kerja mereka
terpaksa digunakan untuk membiayai keperluan
harian mereka. Akhirnya pengguna akan
merasa kekurangan kewangan dan apa yang
akan mereka lakukan? Mereka akan bekerja
lebih masa atau melakukan dua pekerjaan. Ini
bermakna akan berkuranglah masa lapang atau
masa untuk bersama masyarakat dan inilah apa
yang dikehendaki oleh pemerintah kafir.
Apabila seseorang itu tidak mempunyai masa
lapang, maka berkuranganlah masa untuk
mereka memikirkan tentang ciptaan atau
Penciptanya. Beliau akan menjadi seperti robot.
Mereka bekerja sepanjang masa, balik
kerumah, makan, rehat seketika bersama
keluarga dan kemudian tidur. Keesokan paginya
pusingan tersebut akan berulang kembali.
Menurut Islam, memberi pinjaman dengan
mengenakan bunga atau interest atau faedah
adalah haram. Kita hanya dikehendaki
membayar apa yang kita pinjam. Dan
adakalanya kita tidak perlu membayar kerana
pemberi pinjaman menyedari bahawa beberapa
ringgit yang dipinjamkan kepada kita dapat
membelikannya syurga, iaitu taman-taman
yang mengalir sungai di bawahnya.
Juga dalam masyarakat Islam, tidak ada yang
kaya atau miskin. Setiap orang akan dilayan
sama dan setiap orang akan memiliki apa yang
dimiliki oleh jiran mereka. Islam menggalakkan
golongan yang berada membantu jirannya yang
miskin. Sabda Rasulullah SAW dalam hadith
terkenal:

1. Masjid
2. Rasuah
3. Gelombang Biru

Artikel

MUJAHID: Fajar yang


bersinar di Fallujah
EKSLUSIF: Cerita sebenar
sebalik rampasan Akademi
Rusia
HILTON: Junta Bush
mendedahkan arahan
serangan 911
Gambar penderaan di

Tidak beriman seseorang dari kamu


sehingga kamu mendoakan untuk saudara
kamu apa yang kamu doakan untuk diri
kamu sendiri (Bukhari dan Muslim).
Cetak rompak tidak wujud dalam Islam. Adalah
menjadi tanggungjawab umat Islam untuk
membenarkan orang lain mengambil manfaat
dari idea atau ciptaannya walaupun ia
bermakna mereka akan kehilangan kewangan
kerana jika jika kamu kehilangan kewangan
kerana membantu orang yang lebih
memerlukannya lebih daripada kamu maka
adalah lebih baik bagi kamu.

penjara Abu Gharaib


MUJAHID: Fajar yang
bersinar di Fallujah
[Bahagian 2]

Pengajaran penting dari


Tsunami

Mujahid: Fajar yang


bersinar di [Bahagian 3]
Ramadhan, Bulan
kemenangan

Pengganas AS tidak
memberi kita pilihan
kecuali menentang
mereka

Program
No events for today.

Kalendar
No events for today.
July 2005

10 11 12 13 14 15 16
17 18 19 20 21 22 23
24 25 26 27 28 29 30
31

Iklaneka

Dalam sistem kafir yang kita hidup pada hari


ini, perceraian adalah sesuatu yang kerap
berlaku dan penzinaan adalah sebahagian dari
kehidupan harian. Ini adalah jalan yang paling
bahaya yang sering dilalui oleh masyarakat
pada hari ini. Dan menurut fakta, penzinaan
merupakan sebab utama berlakunya
perceraian. Semua ini tidak akan berlaku dalam
masyarakat Islam kerana penzinaan termasuk
dalam dosa-dosa besar. Hukuman bagi
penzinaan ialah merejam sampai mati. Walau
bagaimanapun bukanlah hukuman yang
menghalang orang-orang yang beriman dari
melakukan penzinaan tetapi mereka tidak
menghampiri zina kerana takut kepada Allah
SWT dan hukuman daripada Allah SWT di
akhirat kelak.
Islam menangani masalah ini dari akarnya. Apa
yang menyebabkan berlakunya penzinaan?
Penzinaan berlaku akibat seseorang tertarik
kepada seseorang yang lain. Islam telah
menghalang kesemua ini dari berlaku dengan
mengarahkan orang-orang yang beriman agar
bersikap merendah diri dan bersederhana. Ini
termasuk kaum lelaki dan wanita. Islam
mewajibkan umat nya berpakaian yang sopan
dan menutup aurat. Media kafir telah beberapa
kali mengkritik Islam dan dituduh menindas
kaum wanita dengan dikatakan telah memaksa
mereka memakai hijab di atas nama
kesopanan. Apa yang mereka tidak laporkan
ialah Islam juga menggalakkan kaum lelaki
berpakaian sopan. Islam telah meletakkan
martabat yang tinggi kepada kaum wanita di
dalam masyarakat dan kaum lelaki
menghormati dan memandang tinggi kepada
wanita yang berpakaian sopan dan menutup
aurat, tidak seperti apa yang dilaporkan oleh
media kafir.
Mereka sanggup berbelanja berjuta-juta ringgit
untuk menarik wanita Islam agar mendedahkan
aurat mereka. Mereka juga telah menganjurkan
berbagai-bagai program dan pertandingan
untuk menarik wanita agar mendedahkan aurat
mereka. Mereka tahu wanita yang
mendedahkan aurat akan mudah mereka
hampiri dan mudah diajak terjun kelembah
penzinaan.
Dengan bersopan santun, wanita Islam tidak
akan terdedah kepada mata-mata yang jahat.
Pakaian tersebut juga akan mejauhkan mereka
dari diperkosa, mereka tidak akan dihina atau
dipersendakan. Kaum lelaki pula akan
menjauhkan diri dari penzinaan dengan cara
menjauhkan diri dari pergaulan bebas di antara
lelaki dan perempuan, tidak membesar diri atau

berlagak dan menyimpan janggut sebagaimana


yang dituntut oleh sunnah. Kesopanan akan
menghentikan penzinaan. Ia adalah satu
penyelesaian yang mudah tetapi dilihat oleh
golongan kafir sebagai satu penindasan. Kita
amat sedih melihat semakin ramai wanita Islam
yang berpakaian sebagaimana pakaian wanita
kafir yang mendedahkan aurat mereka atau
berpakaian separuh bogel dan mereka sedar
petapa ramainya orang yang melihat tubuh
mereka. Kecantikan tidak seharusnya
dipertontonkan. Ia sepatutnya dikhaskan untuk
suami mereka sahaja.
Dalam masyarakat Islam kita tidak perlu
kepada polis, penjara, hakim atau mahkamah
kerana yang dituduh akan diadili dan dihukum
menurut hukum Allah SWT. Yang dituduh tidak
harus dikurung. Malahan, tidak akan berlaku
tuduhan dalam Islam kerana hukum Allah akan
dilaksanakan dan hukum Allah tidak akan
berubah, tidak seperti hukum buatan manusia
yang mereka namakan sebagai akta atau
enekmen atau undang-undang hanya untuk
mengelirukan manusia dengan menukar nama.
Menurut hukum Allah jelas dikatakan bahawa
mencuri, membunuh dan lain-lain jenayah
adalah ditegah dan barangsiapa yang
melakukannya akan dihukum dengan hukuman
yang adil. Walau bagaimanapun, bagi keluarga
mangsa, memaafkan adalah paling baik dan
yang berhak untuk mengampun adalah
keluarga mangsa itu sendiri. Sekali lagi, bagi
mereka yang beriman, pembalasan adalah satu
faktor yang akan mencegah jenayah tersebut
daripada dilakukan, tetapi faktor utama ialah
apa yang akan mereka terima pada hari akhirat
kelak. Orang-orang yang beriman tahu jika
mereka melakukan jenayah, mereka mungkin
dapat melepaskan diri di dunia ini, tetapi Allah
tidak akan lupa dan mereka akan tetap
menerima pembalasan di akhirat kelak.
Sesungguhnya Allah adalah Maha Adil lagi
Bijaksana.
Satu perkara lagi dalam masyarakat Islam,
tidak akan berlaku hukuman yang berbeza bagi
dua jenayah yang sama. Jika mereka
melakukan jenayah yang sama, mereka akan
dihukum dengan hukuman yang sama menurut
syariah tidak seperti dalam masyarakat kafir di
mana seorang perogol dihukum 10 tahun
penjara manakala yang lain dihukum 3 tahun
penjara sahaja.
Dalam masyarakat Islam, pelaksana undangundang bukanlah orang yang akan memburu
penjenayah atau memberi mereka peluang
untuk melakukan jenayah dan kemudian

mengambil wang mereka sebagai denda atau


mengurung mereka selama beberapa tahun.
Islam melihat kepada akar masalah tersebut
dan membunuhnya. Apakah yang menjadi
penyebab bagi kebanyakan aktiviti jenayah
tersebut seperti keganasan, rogol dan lain-lain
jenayah besar. Yang menjadi puncanya ialah
alkohol, dadah, persekitaran dan media.
Alkohol telah menjadi punca utama berlakunya
banyak jenayah tersebut dan masih menjadi
risiko utama, bukan sahaja kepada kesihatan
dan nyawa peminumnya tetapi juga masyarakat
di sekelilingnya. Telah terbukti bahawa jika
seseorang itu meminum arak dan kemudiannya
memandu, mereka akan menjadi risiko utama
kepada pengguna jalan raya yang lain dan
kepada dirinya sendiri. Semua ini tidak akan
berlaku dalam masyarakat Islam kerana arak
diharamkan oleh Allah SWT dan orang-orang
yang beriman memahami semua ini
sepenuhnya dan mentaati perintah ini
terutamanya setelah mereka melihat mayarakat
kafir yang berkelakuan seperti haiwan selepas
mereka meminum arak.
Arak merupakan senjata utama kepada
pemimpin sekular di dalam hirarki sistem kafir.
Ramai dari kalangan golongan kafir melihat
sebagai alat utuk melepaskan ketegangan dan
golongan sekularis memanipulasi media untuk
mengambarkan keadaan begitu. Apa yang tidak
dapat mereka lihat ialah perangkap yang akan
mereka masuki. Setelah bekerja keras
sepanjang hari mereka akan menggunakan
sebahagian masa rehat untuk ke bar atau pub
dan meminum beberapa gelas arak. Semakin
banyak mereka minum, maka semakin kurang
masa yang mereka ada untuk memikirkan
mengenai realiti kehidupan. Tiada lagi masa
untuk memikirkan tentang Tuhan. Firman Allah
SWT yang bermaksud:
Dan Dia telah memberi kepada kamu
sebahagian dari tiap-tiap apa jua yang
kamu hajati dan jika kamu menghitung
nikmat Allah nescaya lemahlah kamu
menentukan bilangannya. (Ibrahim: 34)
Kedegilan golongan kafir mengingatkan saya
mengenai satu kisah yang pernah saya dengar:
Seorang nelayan telah pergi ke laut untuk
menangkap ikan setiap pagi. Beliau
mencampakkan pukatnya ke dalam air dan
menunggu. Menjelang senja beliau akan
menarik pukatnya untuk melihat hasil
tangkapannya. Walau bagaimanapun apa yang
dilihatnya hanyalah ketulan batu dalam
pukatnya. Lalu beliau termenung sambil

mempersoalkan nasibnya. Semasa


mengenangkan nasibnya beliau telah membali
semula batu-batu tersebut ke dalam laut satu
persatu. Tanpa menyedari beliau termenung
sepanjang malam. Apabila terbit fajar, beliau
melihat ke arah tangannya dan ke arah apa
yang dibalingnya. Apa yang beliau baling
bukanlah batu. Tanpa disedari beliau telah
membaling permata yang tidak ternilai
harganya. Di dalam kegelapan tersebut, beliau
tidak melihat rahmat yang telah ditunjukkan
kepadanya, dan semasa mendapat sedikit
cahaya, beliau tidak melahirkan rasa
kesyukuran yang sebenarnya kepada
Penciptanya.
Kisah tersebut sama seperti golongan kafir,
tanpa diberi petunjuk, mereka tidak dapat
melihat rahmat dan kasih sayang yang telah
ditunjukkan oleh Penciptanya. Al-Quran dan asSunnah adalah merupakan cahaya petunjuk
tetapi sistem kafir dan pemimpinnya telah
menghalang cahaya tersebut daripada
menyinari ke atas masyarakat.
Dalam masyarakat Islam, kita akan mempunyai
doktor yang mampu menyembuhkan penyakit
dan bukannya doktor yang terpaksa bergantung
kepada dadah dan rawatan yang akan
menyebabkan lebih banyak lagi penyakit dari
apa yang mereka rawati. Hampir kesemua
ubat-ubatan kafir mempunyai kesan
sampingan, ada yang serius dan ada yang
kurang serius. Pokoknya, ubat masyarakat kafir
tidak mahu pesakit yang dialami oleh seseorang
itu sembuh sepenuhnya. Kalaupun dapat
disembuh, beberapa penyakit baru akan direka
dan dikenakan kepada masyarakat seperti HIV,
SARS dan sebagainya. Bagi golongan kafir
membiarkan seseorang itu sakit lebih baik dari
membuatnya sembuh sepenuhnya. Semakin
ramai yang sakit maka semakin banyaklah
peluang perniagaan yang akan mereka
perolehi. Kita dapat melihat pada hari ini di
mana merawat penyakit telah diperniagakan.
Semakin kronik penyakit yang dihadapi maka
semakin mahallah kos rawatannya.
"(Iaitu) orang-orang yang beriman dan
tenang tenteram hati mereka...." (arRa'd:28)
Sesungguhnya al-Quran dan as-Sunnah adalah
penyembuh terbaik kepada semua penyakit.
Sains perubatan seharusnya berpandukan
kepada al-Quran dan as-Sunnah. Kita dapati
banyak perkara yang ditemui oleh ahli sains
pada hari ini telah disebut 1400 tahun yang lalu
di dalam al-Quran dan as-Sunnah.

Banyak dari rawatan yang paling berkesan yang


dilakukan pada hari ini telah diamalkan oleh
Rasulullah SAW 1400 tahun yang lalu.
Contohnya seperti berbekam. Kita dapati ada
dikalangan ahli sains yangv telah membiakkan
lintah untuk digunakan untuk membekam. Satu
contoh yang nyata ialah mengenai lalat. Pernah
satu ketika dulu seekor lalat telah masuk ke
dalam minuman, lalu Rasulullah SAW berkata
bahawa lalat itu hendaklah diselam dahulu
kedalam air tersebut sebelum dibuang, kerana
dikatakan pada sayap lalat tersebut terdapat
penawar. Kita dapati dalam teknologi perubatan
terkini mereka telah menggunakan ulat
daripada telur lalat untuk mematikan kuman
pada luka atau kudis, terutamanya luka yang
dialami oleh pesakit kencing manis.
Jika kita diperintah oleh Islam kita tidak perlu
lagi kepada Guantanamo Bay atau Abu Ghuraib
atau Kemunting kerana firman Allah SWT di
dalam al-Quran yang bermaksud:
"Dan tidaklah sama (kesannya dan
hukumnya) perbuatan yang baik dan
perbuatan yang jahat. Tolaklah (kejahatan
yang ditujukan kepadamu) dengan cara
yang lebih baik; apabila engkau berlaku
demikian maka orang yang menaruh rasa
permusuhan terhadapmu, dengan serta
merta akan menjadi seolah-olah seorang
sahabat karib." (al-Fussilat: 34)
Jika kita diperintah oleh Islam, penghakiman ke
atas mereka yang melakukan kesalahan akan
diadili secara adil dan saksama kerana mereka
akan diadili dengan hukum Allah SWT dan
bukannya oleh akta-akta rekaan manusia. Allah
SWT tidak akan melakukan kesilapan
sedangkan manusia banyak melakukan
kesilapan.
Jika kita diperintah oleh Islam, kita akan
memperolehi persaudaraan seluruh dunia dan
tidak akan kedengaran lagi kelaparan, tamak,
kemiskinan, orang-orang yang tiada tempat
tinggal, kekejaman, lezaliman dan
penyelewengan. Globalisasi Islam merapatkan
persaudaraan sejagat sedangkan globalisai kafir
hanya untuk kepentingan satu pihak sahaja.
Jika kita diperintah oleh Islam, bumi kita adalah
satu, keamanan kita adalah satu, peperangan
kita adalah satu, panji-panji kita adalah satu,
kegembiraan dan kebahagiaan kita adalah satu,
penderitaan kita adalah satu dan yang
terpenting sekali ialah Tuhan kita adalah satu!
Jika kita diperintah oleh Islam, anak-anak kita
akan mencari wira sebenar dan bukannya

mencari watak-watak dongeng sebagai wira


pujaan mereka.
Jika kita diperintah oleh Islam, kita akan dapat
menikmati kebebasan untuk bercakap bukan
kebebasan untuk bercakap apa yang golongan
kafir mahu kita mengatakannya.
Jika kita diperintah oleh Islam, wanita-wanita
kita tidak perlu lagi menanggalkan hijab
mereka.
Hanya jika kita diperintah dan ditadbirkan oleh
Islam yang sebenar. Islam yang diturunkan oleh
Allah SWT melalui Malaikat-Nya Jibrail AS
kepada Rasul-Nya, Nabi Muhammad SAW. Dan
bukannya Islam yang direka oleh Bush melalui
istilah 'Islam moderat' dan diterima oleh
seluruh pemimpin sekular dan dinamakan
sebagai 'Islam Hadhari' di Malaysia.
Associated Topics

Threshold
Refresh

No Comments Allowed for Anonymous, please register

Semua logo dan trademarks dalam laman ini adalah hak milik LADANG WEB 2003 dan dicipta
oleh admin
Web site engine's code is Copyright 2003 by PHP-Nuke. All Rights Reserved. PHP-Nuke is Free
Software released under the GNU/GPL license.
Page Generation: 0.162 Seconds

Anda mungkin juga menyukai