Anda di halaman 1dari 2

Diya sofea yang comel

Karakter Diya Sofea Eryna Herry Zul lincah dan comel gayanya. Walaupun baru
berumur dua tahun, anak kedua kepadanpasangan Doktor Herry ZUl Abdul Hamid dan
Doktor Sara Umar tidak kekok apabila aksinya dirakam lensa kamera.
Sengaja WANITA memilih untuk melakukan sesi fotografi ini di padang
permainan. Ada kalanya focus si kecil ini agak terganggu untuk bergambar kerana
matanya tertambat kepada pelbagai benda menarik yang ada di padang permainan
Sambil jurugambar Jeffri Iran merakamkan aksi comel Diya, sekumpulan burung gagak
menarik pandangan anak comel ini berambut kerinting keperang-perangan anak
comel ini. Puas mengejar burung gagak, lokasi kami seterusnya berpindah ke papan
gelongsor. Terjerit kegembiraan apabila Diya melihat beberapa kanak-kanak
sebayanya ralit bermain. Menurut Mama Diya, seawal umur Diya enam bulan lagi
anak perempuannya didedahkan dengan dunia fotografi. Palbagai pertandingan bayi
comel sama ada di dalam mahupun bakal di siarkan untuk tatapan negara asing Diya
sertai.
Syukur, rezeki kerap menyebelahi Diya. Darah kacukan Arab dan Pakistan yang
diwaris Mama Diya rupanya turut diwarisi Diya.
ada masanya agak susah juga nak mengikut mood Diya. Tapi selalunya Diya faham
dan bole mengikut arahan terutamanya apabila bergambar. Di masa lapang selain suka
bergambar Diya juga gemar menari. Siri kartun animasi yang paling digemari adalah
Pororo.

sebagai ibu secara tak langsung sesi penggambaran ini menggalakkan Diya
dalam aktiviti sebegini. Walau bagaimanapun saya tidak mengharapkan bidang seni
akan diteruskan sehingga Diya dewasa.
sekiranya Diya berminat nak jadi model biarlah jadi model untuk busana
Muslimah. Lebih sopan dan manis, kongsi Mama Diya yang mengharapkan Diya
Berjaya di dunia dan akhirat kelak.
Aksi lincah diya juga pernah mengisi ruang iklan untuk Anmum 2011, Minyak Yu
Yee 2011, kempen Kementerian pelancongan Malaysia 2011 dan Astro TV Demo 2011.
Selain itu Diya juga memperagakan koleksi pakaian dari butik Poppkins (Singapura)
dan Tutuworkshop Malaysia.

Anda mungkin juga menyukai