Anda di halaman 1dari 3

Nama:

Menuta
ma

Berita

Artikel

Topik

8 Julai 2005
Tsunami turut menimpa pangkalan
tentera Amerika Syarikat
Posted on Saturday, January 15 @ 09:20:10 MYT
Topic: Bush Sharon

Oleh Jamaudin al Afghani Jr


Bala Tsunami pada 26 Disember 2004 yang
telah menimpa Aceh, Utara Malaysia, Phuket,
India, Sri Lanka dan Tanzania turut
menenggelamkan Pulau Diego Garcia milik
Amerika Syarikat yang terletak di lautan Hindi.

Berita ini walaupun dilaporkan oleh Harian


Metro pada keluaran seminggu yang lepas,
tetapi media antarabangsa tidak
memperbesarkannya kerana pulau tersebut
adalah merupakan sebuah pulau yang
menempatkan pengkalan tentera udara
Amerika yang terbesar.
Malapetaka yang menimpa Amerika Syarikat
ini telah menyebabkan presiden negara
tersebut gundah gulana selama dua hari
selepas tragedi 26 Disember tanpa membuat
sebarang kenyataan media. Pembaca boleh
menyelak semula akhbar lama dan akan
mendapati bahawa George Bush baru bersedia
untuk membuat kenyataan media
terutamanya berhubung dengan malapetaka
tersebut pada hari ketiga selepas kejadian.
Difahamkan apa yang menyedihkan Bush ialah
kerana Amerika baru sahaja dalam tempoh
sebulan dua ini berjaya menyiapkan satu
kekuatan baru di pulau tersebut dengan
persiapan senjata-senjata canggih terkini,
tentera dan yang paling penting adalah
perisik-perisik Amerika yang bertugas di pulau
tersebut. Bala Tsunami telah melenyapkan
terus pulau itu bersama-sama dengan 5,000
orang tentera, perisik dan senjata.
Mengikut satu sumber, persiapan terkini

Kata laluan:

Galeri

Chat

login

Hebaha
Keahlian Hubungi Aduan
n

Amerika di pulau tersebut adalah bertujuan


untuk melancarkan serangan terhadap
Republik Islam Iran dalam satu tempoh masa
yang terdekat kerana Amerika gagal
berkompromi dengan Iran melalui tuntutan
supaya Iran mengiktiraf negara haram Israel.
Penulis amat menyakini bahawa ini semua
adalah satu tanda kebesaran dan kekuasaan
Allah di samping petunjuk masjid-masjid di
tempat kejadian dipelihara oleh Allah daripada
kemusnahan. Perancangan jahat Amerika dan
sekutunya regim haram Israel ke atas Iran
sebagai sebuah negara yang mendaulatkan
sistem Islam telah digagalkan oleh
perancangan Allah yang lebih sempurna.
Sejarah ketika berlakunya perang Iraq-Iran
ciptaan Amerika selama lapan tahun telah
dimenangi oleh Iran walaupun negara tesebut
tidak mendapat bantuan dari mana-mana
negara pun.
Iraq yang dibekalkan dengan berjuta-juta tan
senjata oleh Kuwait, Arab Saudi, Turki dan
negara-negara bersekutu Amerika yang lain
tidak mampu mengalahkan Iran yang hanya
bergantung kepada kekuatan dalaman
rakyatnya yang cintakan mati syahid.
Pernah satu ketika seramai 70,000 tentera
yang lengkap dengan kereta kebal bergerak
dari tanah Iraq menuju ke Iran gagal
memasuki sempadan Iran yang hanya disertai
oleh seribu tentera bersama dengan kereta
kebal. Bukankah ini merupakan satu tanda
bantuan daripada Allah?
Semasa di peringkat awal kemenangan
revolusi Islam Iran, Jimmy Carter presiden
Amerika ketika itu menghantar 5 buah
helikopter tempur untuk menyelamatkan
tawanan rakyat Amerika di bandar Qom.
Helikopter-helikopter tersebut terhempas
apabila ribut pasir berlaku. Setelah peristiwa
itu berlaku, Carter mengarahkan operasi
tersebut dihentikan serta merta.
Tanda-tanda Islam akan bangkit semula
sedang berlaku sekarang terutama sekali
apabila regim haram Israel mengalami
kekalahan yang memalukan di tangan
Hizbullah sebuah pergerakan kerdil di Lubnan
sehingga memaksa regim tersebut berambus
dari Lubnan.
Apa yang penulis harapkan agar peristiwaperistiwa ini dapat dijadikan iktibar dan

tauladan supaya seluruh generasi Muslim


kembali semula ke pangkal jalan dengan
membawa kemulian panji-panji Islam selaras
dengan tuntutan Rasulullah SAW.
Segala sengketa dan permusuhan sesama
Muslim wajib dihentikan demi menghadapi
musuh yang sama iaitu Amerika dan regim
haram Israel, dajal yang telahpun muncul
sejak kurun ke-20 dalam bentuk sistem untuk
menghancurkan jati diri Muslim dan umat
dunia sekeliannya.
Associated Topics

Threshold
Refresh

No Comments Allowed for Anonymous, please register

Anda mungkin juga menyukai