Anda di halaman 1dari 3

FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN

Falsafah pendidikan yang menjadi panduan bagi semua


aktiviti pendidikan di Malaysia dIkenali sebagai FPK.
Dengan adanya FPK, maka sistem pendidikan negara
sebenarnya
menganjakkan
diri
ke
kedudukan
terkehadapan dengan mengungkapkan secara jelas

prinsip dan nilai asas yang mendasari dan membentuk


sistem pendidikan Malaysia daripada peringkat yang
paling rendah hingga kepada peringkat tertinggi iaitu
universiti. FPK menjelaskan tujuan dan matlamat
pendidikan untuk individu dan negara. Kedua-dua tujuan
selaras, iaitu untuk melahirkan insan yang berilmu,
berakhlak mulia dan bertanggungjawab yang juga akan
menjadi seorang warganegara yang baik. Pendidikan
merupakan proses asas dan utama untuk pembinaan
insan yang baik, seimbang dan bersepadu yang secara
langsung merupakan saluran utama dan yang paling
penting untuk menjayakan hasrat dan cita-cita negara.
Salah satu yang terkandung dalam FPK adalah
falsafah tentang manusia yang berasaskan kepercayaan
kepada Tuhan dan agama. Matlamat pendidikan adalah
untuk membangunkan semua aspek diri manusia secara
harmonis dan seimbang supaya kesepaduan fitrah diri
manusia terpelihara. Berilmu dan berpendidikan harus
menghasilkan budi pekerti yang baik dan akhlak yang
mulia yang sekali gus menjadi ciri-ciri asasi seorang ahli
keluarga, masyarakat dan warganegara yang baik dan
terdidik.
Satu konsep asas yang terkandung dalam FPK ialah
tentang ilmu, nilai ilmu dan peranan ilmu dalam
pembangunan insan dan masyarakat. Nilai ilmu terletak
pada kebenaran kandungan yang berfungsi bukan sahaja
untuk memaklumkan dan menerangkan kepada manusia
akan sesuatu, tetapi lebih penting lagi ilmu
mempengaruhi, mengubah dan membentuk diri serta

masyarakat manusia. Fungsi ilmu yang boleh mengubah


manusia dan masyarakat inilah yang menjadikan sesuatu
yang amat tinggi nilainya. Pendidikan ialah satu proses
dan aktiviti sepanjang hayat dan manusia sentiasa berada
dalam keadaan memerlukan perluasan, pendalaman dan
pengesahan kepada ilmu yang ada. Pengalaman bukan
sahaja boleh memperkaya dan mengukuhkan ilmu tetapi
juga mencabar dan mengubah ilmu yang sedia ada pada
manusia.
FPK juga melihat individu itu dalam beberapa lapisan
pertalian atau perhubungan. Tujuan pendidikan bukan
sahaja untuk pembangunan dan kesejahteraan diri
individu
tetapi
juga
untuk
pembangunan
dan
kesejahteraan
setiap
lapisan
hubungan
individu
berkenaan bermula dengan keluarga, meluas kepada
masyarakat dan negara.
Berdasarkan FPK, jelas bahawa tujuan pendidikan
tinggi bukan hanya setakat memperoleh segulung ijazah
atau diploma, tetapi adalah untuk pembangunan diri
manusia secara menyeluruh dan seimbang supaya
menjadi seorang insan, ahli keluarga dan masyarakat dan
warganegara yang berilmu, bertanggungjawab, berakhlak
mulia, dan berbakti.

Anda mungkin juga menyukai