Anda di halaman 1dari 2

AGUSTIN BERNAD PATUNG STEVANUS

PISMP PKMP1 2015

BIL. JURNAL : MINGGU PERTAMA


TARIKH : 27 31 2015
MASALAH / PERISTIWA :
1. Penyesuaian di sekolah baru
2. Mengumpul Maklumat Am sekolah

Penyesuaian Diri
Sepanjang minggu ini perkara utama yang saya tekankan ialah menyesuaikan diri di sekolah
yang baru bagi saya. Proses suai kenal sepanjang seminggu ini saya jalankan bukan sahaja
dengan murid-murid saya tetapi juga dengan kakitangan lain yang ada di sekolah ini.
Mengumpul Maklumat Am Sekolah
Seminggu pertama praktikum kali ini saya gunakan juga untuk seberapa banyak maklumat
sekolah yang saya perlukan untuk dimasukkan ke dalam fail praktikum yang perlu
dilengkapkan.

ANALISIS
Penyesuaian di sekolah baru.
Proses penyesuaian diri di sekolah ini adalah sangat mudah dan tidak mengambil masa yang
lama kerana semua warga sekolah ini adalah sangat mesra dan peramah. Kedatangan kami
ke sekolah ini disambut baik oleh semua warga sekolah ini. Suasana sekolah ini ceria dan
sentiasa meriah dengan lawak jenaka dan kemesraan para warga sekolah yang ada. Hal ini
membuat saya agak selesa dan tidak kekok untuk menjalankan praktikum di sekolah ini.
Meskipun tekanan kerana sekolah ini berkongsi tapak dengan pihak PPD Serian, namun ianya
tidak mengganggu sedikitpun aktiviti yang dijalankan di sekolah ini.

Mengumpul maklumat am sekolah


Proses mengumpulkan maklumat yang saya perlukan juga berjalan dengan begitu baik sekali
kerana kemesraan dan kerjasama yang diberikan oleh semua kakitangan di sekolah ini.
Kesemua mereka tidak segan silu untuk membantu kami dalam mengumpulkan maklumat
yang kami perlukan. Bukan itu sahaja, mereka juga menawarkan bantuan secara suka rela
untuk menyediakan bahan-bahan yang diperlukan sebagai maklumat tambahan.

AGUSTIN BERNAD PATUNG STEVANUS


PISMP PKMP1 2015

CADANGAN / TINDAKAN SUSULAN


Sepanjang minggu ini saya belum diberikan kelas untuk diajar kerana mereka ingin menyusun
jadual saya agar lebih kemas dan tersusun mengikut masa-masa yang sesuai. Tindakan
susulan sepanjang minggu ini ialah sentiasa berinteraksi dengan guru-guru yang
bertanggungjawab dengan jadual saya agar saya dapat tahu lebih awal kelas yang saya akan
ajar. Hal ini akan memudahkan saya untuk lebih bersedia menghadapi kelas yang akan saya
ajar pada minggu hadapannya.
KESIMPULAN
Kesimpulan yang dapat saya rumuskan ialah minggu pertama praktikum kali ini adalah lebih
kepada membantu saya mengembangkan kemahiran intrapersonal saya dalam bersosial dan
berinteraksi dengan pihak sekolah agar semua urusan dapat berjalan dengan lebih sistematik
dan teratur.

Tandantangan Guru Pelatih

Disahkan Oleh:

Agustin Bernad Patung Stevanus

Guru Pembimbing / Pensyarah Pembimbing

Anda mungkin juga menyukai