Anda di halaman 1dari 34

Daging Gulai Darat

Posted: 05 Aug 2015 07:03 PM PDT

Daging Gulai Darat


Sumber : CT Delima
Bahan-bahan :
300 gm daging lembut - bersihkan dan dipotong kiub
1 sudu kecil pes asam jawa
2 1/2 cawan santan - dari 1 biji kelapa
1 sudu besar ketumbar biji - disangrai dan tumbuk halus
1 sudu besar cili kisar
2 biji kentang - potong dadu besar
3 tangkai cili hijau/merah - dibelah dua
1 sudu besar gula merah
garam secukup rasa
Bahan Kisar Halus:
8 ulas bawang merah

2 ulas bawang putih


1/4 cm kunyit hidup
1/4 cm lengkuas
Cara-cara :
1. Campurkan bahan kisar bersama daging, cili kisar, sedikit air dan pes
asam jawa dalam kuali. dan masak sehingga mendidih dan daging lembut.
2. Masukkan santan, kentang, ketumbar tumbuk, garam dan gula merah
kacau rata dan biarkan hingga kentang dan daging empuk dengan api
sederhana.
3. Sebelum di angkat, masukkan cili hijau/merah kacau rata dan angkat.
Hidangkan bersama nasi hangat.

Daging Gulai Darat


Apam Gula Hangus
Posted: 07 Feb 2015 10:51 PM PST

Apam Gula Hangus


Bahan-bahan
200gm gula pasir
200ml air panas
1 sudu besar mentega
2 sudu besar susu pekat manis
2 biji telur
200gm tepung gandum
1 1/2 sudu teh baking powder
1 1/2 sudu teh soda bikabonat
Cara-cara :
1. Masak gula pasir dalam periuk tebal hingga perang. Tutup api dan
tuang air panas di tepi periuk sedikit demi sedikit supaya tidak terpercik.
Kacau hingga rata. Masukkan mentega dan kacau hingga cair. Kemudian
masukkan susu pekat manis. Kacau sebati dan biarkan karamel sejuk.
Ketepikan.
2. Ayak tepung, baking powder dan soda bikarbonat.

3. Pukul telur hingga kembang dan gebu, masukkan tepung berselang seli
dengan karamel dan whisk hingga licin dan sebati.
4. Masukkan adunan 1/2 penuh ke dalam acuan. Panaskan pengukus
dan kukus selama 10-15 minit.
5. Angkat dan keluarkan dari acuan.
Baklava Puff
Posted: 06 Feb 2015 07:09 PM PST

Baklava Puff
Sumber : Juicy Cafe
Olahan : K1
Bahan-bahan
5 keping pastry puff 8 x 8in

Bahan A - Campuran Kekacang


130 gm pistachios
200 gm walnut
200 gm badam
1 sudu kecil serbuk kayu manis
Kisar hampir halus - bakar 10 minit
Bahan B - Sirap Kayu Manis
1/2 biji lemon - sagat kulit dan ambil 2 sudu besar jusnya
100 gm gula kastor
100 gm madu
1 batang kulit kayu manis
100 ml air
2 sudu kecil air mawar *
Hiasan - 20 gm pistachios cincang
Cara-cara :
1. Satukan bahan A bersama parutan kulit lemon, serbuk kayu manis dan 2
sudu besar gula kastor, gaul sebati. Ketepikan.

2. Masak bahan B kecuali air mawar hingga mendidih dan gula larut, tapis
dan keluarkan kulit kayu manis. Sejukkan dan masukkan air mawar.
Ketepikan.

3. Keluarkan pastry puff dari peti sejuk dan biarkan lembut. Potong pastry
puff dengan pizza cutter atau pisau tajam kepada 16 potongan empat
segi. 8 kepingan tanpa potongan dan 8 kepingan di potong silang X tetapi
jangan sampai putus. Supaya pastry puff tidak melekat, jangan keluarkan
plastik alasnya semasa memotong.

4. Letakkan kepingan yang di potong silang ke atas kepingan tanpa


potongan. Menggunakan hujung pisau, buka lipatan silang X ke 4 penjuru.
5. Sudukan 2 sudu kecil campuran kekacang di tengahnya. Setelah
selesai, tekan bahagian tepi puff menggunakan garfu supaya tidak terbuka
sewaktu di bakar.
6. Bakar dalam oven yang telah di panaskan terdahulu dengan suhu 180C
selama 15 - 20 minit atau sehingga keperangan. Pasang kipas oven
supaya puff masak sekata.
7. Keluarkan dari oven dan curahkan sirap ke atas setiap kepingan
baklava menggunakan sudu kecil.
8. Sejukkan baklava, taburkan pistachios cincang sebagai hiasan.

Baklava Puff
Koleh Ubi Keledek Ungu
Posted: 05 Feb 2015 07:49 PM PST

Koleh Ubi Keledek Ungu


Sumber : Dari Dapur Kak Yah
Bahannya
500 gm ubi keledek ungu
500 ml santan (santan pekat campur air)
1 cawan gula
1 cawan tepung beras
1 biji telur
Sedikit garam
2 helai daun pandan
1 sudu besar minyak masak
Loyang 6 x 6 dialas dengan plastik
Cara-cara :
1. Rebus ubi dengan garam sehingga empuk dan tinggal sedikit airnya.
Lenyek bersama saki baki air yang sedikit itu.
2. Masak santan, gula dan daun pandan hingga naik wap saja. Sejukkan

sebentar dan keluarkan daun pandan.


3. Satukan santan bersama tepung beras, minyak masak dan ubi tadi ke
dalam periuk tebal atau kuali tembaga. Kacau atas api perlahan sehingga
pekat dan berkilat dan tidak melekat di tepi kuali.
4. Tuang ke dalam loyang tadi, ratakan. Sejukkan dalam peti sejuk
selama 4 jam. Sedia untuk dipotong.
Nota : Ubi keledek boleh diganti dengan ubi badak ungu, keledek oren
atau ubi keladi.

Cream Horns Pastry Puff


Posted: 03 Feb 2015 06:11 PM PST

Cream Horns Pastry Puff


Bahan-bahan
2 keping pastry puff 8 x 8in
Acuan Horn
Gula Pasir
1 biji kuning telur + sedikit air untuk sapuan
Filling Buttercream
250gm krimwell
50gm mentega
130gm gula aising - ayak
1/2 sudu besar golden syrup
1/2 sudu kecil butter flavour
Piping Bag dan nozzle
Cara-cara :
1. Keluarkan pastry puff dari peti sejuk dan biarkan beberapa minit supaya

lembut. Potong setiap keping pastry puff 8x8in menggunakan pizza cutter
kepada 8 jaluran setiap satu.

2. Ambil satu jalur dan tekan pada hujung acuan horn dan pintal hingga ke
atas. Jangan terlalu rapat jarakkan 1 in dari permukaan atas acuan
supaya senang di keluarkan.

3. Lekatkan hujung pastry dengan sedikit kuning telur supaya tidak


terbuka.

4. Sapu pastry horns dengan kuning telur dan taburkan dengan sedikit
gula pasir di atasnya.
5. Susun di dalam loyang yang di alas baking paper. Hujung akhir pastry
biar berada di bawah supaya tidak terbuka semasa di bakar.
6. Bakar di dalam oven yang di panaskan dahulu pada suhu 175C selama
15minit. Pasang kipas oven supaya puff masak dengan sekata.
7. Sejukkan dahulu sebelum di keluarkan dari acuan dan di isi dengan
buttercream.
Cara-cara :
1. Putar krimell dan mentega hingga kembang dan gebu. Masukkan gula
aising, golden syrup dan butter flavour putar hingga bergaul rata.
2. Masukkan ke dalam piping bag dan picit ke dalam pastry horns.

Cream Horns Pastry Puff


Kuih Buah Labu
Posted: 31 Jan 2015 01:04 AM PST

Kuih Buah Labu


Bahan-bahan
250gm isi labu yang telah direbus dan dilecek halus
200gm tepung beras pulut
1/4 sudu teh garam
2 helai daun pandan - potong 1 in untuk alas
Bunga Cengkih secukupnya untuk tangkai
Inti Kacang Hijau
150 kacang hijau tanpa kulit (rendam 1 jam)
100ml santan pekat KARA
50gm gula melaka
50gm gula pasir
1/4 sudu teh garam
Toskan kacang dan rebus dengan 1 cawan air dengan api kecil hingga
masak. Masukkan kacang ke dalam pengisar bersama santan, gula
melaka, gula pasir dan garam. Kisar hingga halus. Masak di dalam kuali

non-stick hingga kering dan tidak melekat di tepi kuali. Sejukkan dahulu
dan gentel bulat untuk di jadikan inti.
Cara-cara :
1. Satukan isi labu, tepung beras pulut dan garam, uli hingga menjadi doh
(air tidak perlu di masukkan kerana isi labu berair)
2. Ambil doh seberat 20gm, leperkan dan masukkan inti kacang di
tengahnya. Tutup kembali dan ambil lidi kecil dan lakarkan seperti bentuk
labu. Cucuk di tengahnya dengan bunga cengkih sebagai tangkai.

3. Sapu sedikit minyak pada labu yang telah siap dan alas dengan daun
pandan.
4. Kukus selama 5 - 8 minit hingga masak.

Kuih Buah Labu


Pasembor Kokdiang
Posted: 27 Jan 2015 05:04 AM PST

Pasembor Kokdiang
Sumber : Dapur Tanpa Sempadan@CMG
Bahan Kuah
200 g ubi kentang*
300 g ubi keledek oren *(*rebus empuk dan lecek halus)
200 g kacang tanah, goreng, buang kulit dan kisar
70 g bawang besar*
20 g bawang putih*(*kisar halus)
50 g gula merah / gula melaka
3 camca besar cili kisar (boleh tambah atau kurang)
60 ml jus asam jawa
1/2 liter air
60 ml minyak masak
Garam dan gula secukup rasa
Bahan Sampingan
200 g timun, potong halus
200 g sengkuang, kupas dan potong halus

200 g taugeh, buang ekor dan celur sekejap


5 biji telur, rebus keras, kupas dan goreng, belah 2 setiap biji
2 keping tauhu, goreng dan hiris
2 biji ubi kentang, rebus, potong dan goreng hingga perang
2 - 3 keping cucur udang, didadu*(*resipi dibawah)
Bahan Cucur Udang
100 g tepung gandum
1/2 camca teh soda bikarbonate
1/2 camca teh baking powder (resipi asal tak letak)
125 - 130 ml air rebusan kepala udang yg dikisar
Garam secukup rasa
Beberapa ekor udang (jika suka)

Cara-cara :
1. Kuah :- Panaskan minyak dalam periuk, tumis bahan kisar hingga
harum, masukkan cili kisar, tumis hingga terbit minyak. Tuang air dan
masukkan keledek, gula melaka, jus asam jawa dan kacang tanah. Tambah
garam dan gula secukup rasa. Masak dengan api perlahan sehingga kuah

pekat sedikit. Matikan api.


2. Cucur Udang :- Bancuh semua bahan2, kecuali "udang". Panaskan
minyak, rendam sudip leper dalam minyak panas, 1 minit. Angkat dan
letakkan 1 - 2 camca besar adunan cucur atas sudip tadi dan baringkan
seekor udang atasnya. Masukkan dalam minyak panas, dan bila cucur
kelihatan tembam, tanggalkan dari sudip. Masak hingga kuning keemasan,
angkat dan toskan (kalau suka, boleh masukkan sedikit taugeh dan daun
kuchai dalam adunan cucur udang). Gunakan api sederhana, kalau api
kuat, nanti cucur hangus dan dalam tak masak. Buat hingga siap.
3. Untuk Menghidang :- Susun semua bahan rojak atas pinggan sesuai,
kemudian tuang kuah secukupnya.

Pasembor Kokdiang

Rojak Mee Kuah Pasembor


Ayam Black Pepper
Posted: 04 Aug 2015 06:07 AM PDT

Ayam Black Pepper


Bahan-bahan
5 ketul ayam
2 sudu besar kicap manis
2 sudu besar sos tiram
1 sudu kecil serbuk lada hitam kasar
- Gaul bersama ayam dan perap selama 30 minit.
Sos Black Pepper
6 ulas bawang merah - ditumbuk
2 ulas bawang putih - ditumbuk
1 inci halia - dihiris
1 sudu serbuk lada hitam kasar
2 sudu besar sos tiram
4 sudu besar kicap manis
5 biji cendawan butang - dihiris
1/2 cawan air

1 sudu kecil tepung jagung - bancuh dengan sedikit air


Garam dan gula
Minyak untuk menumis
Cara Penyediaan :
1. Goreng ayam hingga masak. Angkat dan ketepikan.
2. Tumis bawang merah, bawang putih, halia dan lada hitam hingga naik
bau. Masukkan cendawan dan biarkan sebentar.
3. Masukkan sos tiram, kicap manis, air dan bancuhan tepung jagung.
Masak sebentar hingga nampak pekat.
4. Masukkan ayam yang di goreng dan gaul hingga rata.
5. Perasakan dengan secubit garam dan sedikit gula

Tart Nenas Hitam


Posted: 09 Jun 2015 09:24 PM PDT

Tart Nenas Hitam


Bahan A
250 gram gula perang
300 gram mentega tawar
Sebiji telur (kuning dan putih) grade B
1 kuning telur
1/4 sudu teh garam
Bahan B
30 gram tepung jagung
425 gram tepung gandum
30 gram serbuk coklat hitam
30 gram susu tepung
Jem nenas secukupnya - gentel bujur
Penyediaan :
1. Satukan bahan A dan pukul hingga sebati menggunakan senduk kayu.
2. Masukkan bahan B dan gaul hingga menjadi doh yang lembut.
3. Masukkan ke dalam acuan tart gulung dan tekan. Letak inti nenas dan
gulung.
4. Hias mengikut suka.
5. Bakar di dalam oven yang di panaskan dahulu pada suhu 150C selama
25-30minit.

Nota : Serbuk coklat hitam mempunyai rasa yang pahit, sukatan boleh
dikurangkan dan dicampur dengan serbuk koko biasa..
Udang Mayonnaise / Mayonnaise Prawn
Posted: 04 Apr 2015 08:13 PM PDT
Udang Mayonnaise / Mayonnaise Prawn
Bahan-bahan 20 ekor udang sederhana - buang kulit, tinggalkan ekornya
sedikit garam dan serbuk lada putih 2 biji putih telur 3-4 sudu besar tepung
jagung 1 sudu kecil bijan hitam - untuk taburan Bahan Mayonnaise 5 sudu
besar mayonnaise 1 sudu besar susu pekat manis 1 sudu besar madu 1
sudu besar jus lemon - Satukan semua bahan, gaul rata. Penyediaan : 1

Biskut Red Pearl / Red Pearl Cookies


Posted: 30 Mar 2015 05:11 PM PDT
Biskut Red Pearl / Red Pearl Cookies Sumber : Cendana Kasih Bahanbahan 150gm mentega 150gm tepung gandum 75gm gula kastor 60gm
cornflakes - ramas kasar 50gm coklat chips 25gm almond nibs 1sudu teh
esen vanila 1/4 sudu teh emplex Hiasan : Ceri merah, dihiris
memanjangCara-cara : 1. Kacau mentega, gula, dan esen vanila
menggunakan sudip kayu hingga sebati saja. 2. Campurkan semua bahan

Tart Nenas Rosalinda


Posted: 29 Mar 2015 05:44 PM PDT
Tart Nenas Rosalinda Bahan-bahan 250gm mentega 40 gm gula kaster 1
sudu besar susu pekat manis 1 biji kuning telur 1 tsp esen vanilla 370 gm
tepung gandum 30 gm tepung jagung Jem Nenas - Siap guna boleh di beli
di pasaraya Cara-cara : 1. Satukan mentega, susu pekat dan gula, pukul
hingga berkrim. Masukkan kuning telur dan esen vanila, gaul hingga sebati.
2. Masukkan tepung yang diayak. uli

Tart Nenas Terbaik


Posted: 28 Mar 2015 11:16 PM PDT
Tart Nenas Terbaik Resipi Asal : Ady Greatsworth Olahan : Puteri Manja
FB Bahan-bahan 250gm mentega 3 sudu besar sudu pekat manis 1/2 sudu
teh esen vanila 1 biji kuning telur 40gm tepung jagung 370gm tepung
gandum Jem nenas siap pakai - boleh di beli di pasaraya Sapuan - 1 kuning
telur + sedikit susu sejat + setitis pewarna kuning telur Penyediaan : 1.
Ayak tepung gandum dan tepung

Cendawan Sos Tiram


Posted: 28 Mar 2015 05:26 PM PDT
Cendawan Sos Tiram Bahan-bahan 1 packet cendawan tiram - siat 1/2 labu
bawang besar - potong baji 3 ulas bawang putih - cincang 1 in lobak merah
- hiris halus 1/2cm halia - hiris halus 1 tangkai cili merah - hiris 4 sudu
makan sos tiram 2 sudu teh tepung jagung dibancuh dengan 2 sudu besar
air sedikit minyak masak untuk menumis Penyediaan : 1. Panaskan minyak
di dalam kuali dan tumiskan
kek Keju Black Forest Dingin / Chilled Black Forest Cheesecake
Posted: 19 Mar 2015 01:26 AM PDT
Kek Keju Black Forest Dingin / Chilled Black Forest Cheesecake Olahan
dari Majalah RASA Dasar Biskut : 200gm biskut coklat / oreo buang krim kisar halus 100gm mentega cair tanpa garam - Gaul rata hingga boleh di
kepal. Masukkan ke dalam loyang loose base 7 atau 8in, tekan padat dan
simpan di dalam peti sejuk selama 30 minit . Bahan A: 200ml UHT dairy
whipping cream 250gm cream keju

Biskut Keju Cornflakes / Cornflakes Cheese Cookies


Posted: 14 Mar 2015 09:34 PM PDT
Biskut Keju Cornflakes / Cornflakes Cheese Cookies Bahan-bahan 150gm
mentega 80gm gula perang 30gm gula pasir 1 biji telur 1/2 sudu teh esen
vanila 1/2 sudu teh emplex 150gm parutan keju cheddar 150gm tepung
gandum Saduran : 150gm cornflakes - ramas kasar Cara-cara : 1.

Satukan tepung, parutan keju dan emplex. 2. Pukul mentega dan gula
hingga berkrim. Masukkan telur dan esen vanila.
Pastry Puff Sosej
Posted: 13 Mar 2015 08:56 PM PDT
Pastry Puff Sosej Bahan-bahan 1 paket square pastry puff KAWAN 1 paket
sosej - potong 2 setiap satu Parutan keju cheddar secukupnya Sapuan : 1
kuning telur + sedikit air dan susu sejat Cara : 1. Lembutkan sebentar
pastry puff pada suhu bilik. Potong 2 1/2 x 2 1/2in setiap satu. 2. Ambil
satu keping dan letak 1 keratan sosej di tengahnya. Tabur dengan serbuk
lada lada hitam jika suka.
Biskut Oat Blackcurrant / Oatmeal Blackcurrant Cookies
Posted: 12 Mar 2015 08:17 PM PDT
Biskut Oat Blackcurrant / Oatmeal Blackcurrant Cookies Sumber : Chef
Yuda Bustara @ Urban Cook AFC Bahan-bahan 120gm oatmeal ( 1 1/2
cawan) 100gm tepung gandum (1/2 cawan) 90gm raisin (1/2 cawan
blackcurrant atau kismis) 1/2 sudu teh soda bikabonat 1/2 sudu teh garam
85gm mentega tawar (6 sudu makan) 100gm gula perang (1/2 cawan)
60gm gula pasir (1/4 cawan) 1 biji telur grade A 1 sudu teh
Puding Kek Tiramisu / Tiramisu Pudding Cake
Posted: 09 Mar 2015 11:46 PM PDT
Puding Kek Tiramisu / Tiramisu Pudding Cake Sumber : FB Atie Sweet
Chocbakeries Olahan K1 Bahan Dasar Kek 250gm chocolate sponge mix
185gm telur (tanpa kulit) 50ml air 75gm mentega cair 1 sudu teh esen
vanila 2 sudu teh chocolate emulco Satukan semua bahan kek kecuali
mentega cair. Putar dengan kelajuan tinggi selama 5-6 minit hingga
kembang. Masukkan mentega cair dan putar perlahan
Lontong Goreng
Posted: 05 Mar 2015 05:26 PM PST
Lontong Goreng Sumber : Dapur Tanpa Sempadan@CMG Bahan-bahan 6
biji ketupat segera atau lontong 10 ekor udang saiz sederhana,
dibersihkan 1/2 keping dada ayam, hiris memanjang* 1/2 camca teh lada
hitam*(*digaul rata dan perap) 8 biji bebola ikan, belah 2 setiap 1 3 batang

jejari ketam, potong 3 setiap 1 2 biji telur, dipukul sedikit 2 camca besar cili
kisar 1 camca besar sos cili 1 camca
Kuih Dangai
Posted: 03 Mar 2015 09:22 PM PST
Kuih Dangai Sumber : Cooking Is My Passion Bahan-bahan 2 1/2 cawan
kelapa parut muda 1/2 cawan gula halus 1 cawan tepung pulut 1/4 sudu
teh garam K1 guna acuan pukis Cara-caranya : Gaul semua bahan hingga
rata dan peroi. Jangan berketul2 pastikan kelapa tidak basah. Panaskan
acuan dan masukkan campuran kelapa tadi hingga penuh. Jangan ditekan
padat, biarkan peroi di dalam acuan.
Sardine Puff
Posted: 02 Mar 2015 09:06 PM PST
Sardine Puff Bahan-bahan Pastry Puff KAWAN 4x4in 1 biji kuning telur +
sedikit susu sejat untuk sapuan Inti Sardine 1 tin kecil sardine atau
mackerel - hancurkan isinya 1 labu bawang besar - belah 2 potong nipis 2
ulas bawang putih - cincang halus 1 sudu besar cili kisar sedikit perahan
jus limau nipis sedikit garam minyak untuk menumis Tumis bawang putih
hingga perang, masukkan cili
Chocolate Lasagna
Posted: 23 Feb 2015 02:51 AM PST
Chocolate Lasagna Sumber : FB Resipi Ringkas Bahan A: (Dasar Biskut
Oreo) 36 ketul oreo dikisar (ambil krimnya sekali) 6 sudu besar mentega
cair Campurkan kesemua bahan di atas dan gaul rata. Masukkan ke
dalam loyang atau acuan, tekan padat dan simpan di dalam peti sejuk.
Bahan B: (Cream Cheese) 250 gm cream cheese 1 cawan Dairy UHT
whipping cream 60 gm gula kastor 2 sudu besar
Lontong Johor
Posted: 22 Feb 2015 03:33 AM PST
Lontong Johor Sumber : CMG@Dapur Tanpa Sempadan Bahan-bahan
Kuah Lodeh 8 tangkai kacang panjang, hiris serong 2 keping tauhu,
dipotong kiub (nak goreng sedikit pun boleh, tapi cm tak goreng) 50 gram
fucuk @ tauhu kering, potong kecil dan rendam hingga lembut 1 batang

lobak merah saiz sederhana, dipotong seperti anak mancis 1 biji


sengkuang saiz kecil, dipotong seperti anak mancis 3 keping
Kobis Goreng Mamak
Posted: 15 Feb 2015 06:52 AM PST
Kobis Goreng Mamak Resepi Asal: Mamak Haji Roslan Sumber : Kak Nor
Sajian Dapur Bonda Bahan-bahannya: (anggaran makan untuk 10 14
tetamu) 1 biji kobis anggaran 1 kg 1 sudu besar pes halia bawang putih 3
ulas bawang putih dihiris halus 3 ulas bawang kecil dihiris halus 3
tangkai daun kari dilurut daunnya sudu kecil serbuk kunyit 1 sudu kecil
jintan putih 1 sudu besar serbuk cili 1

Nasi Goreng Nenas


Posted: 14 Feb 2015 01:37 AM PST
Nasi Goreng Nenas Bahan-bahan 2 mangkuk nasi sejuk - di leraikan 5
ekor udang atau isi ayam dadu kecil 1 biji telur - kocok sedikit 2 ulas
bawang merah - potong dadu 1 ulas bawang putih - cincang halus 1 in
carrot - potong dadu 3 biji cili padi - potong kecil 2 tangkai daun bawang potong kecil 1 hiris nenas - potong kecil 1 sudu besar sos ikan 1 sudu
besar kicap cair 1 sudu kecil serbuk

Chocolate Cherry Ball


Posted: 13 Feb 2015 12:39 AM PST

Chocolate Cherry Ball


Bahan Kek Coklat Moist
25gm serbuk koko *
60gm gula kastor*
100ml susu sejat / susu cair*
50gm minyak masak / minyak jagung*
60gm susu pekat manis*
1 biji telur - pukul hingga berbuih
40gm tepung gandum
1/4 sudu teh soda bikabonat
1/4 sudu teh baking powder
Bahan B
50gm cream cheese (suhu bilik)
1/2 sudu besar mentega
- Putar hingga lembut
Bahan C

Marashino cherry bertangkai secukupnya


150gm coklat masakan - potong kecil, cairkan secara double boil
Loyang 7 (alas dasar dan di gris minyak kelilingnya)
Cara-cara :
1. Satukan semua bahan-bahan bertanda* di dalam periuk, kacau di atas
api perlahan hingga licin dan tidak berketul. Tak perlu sampai mendidih,.
2. Biarkan suam sedikit, masukkan telur yang di pukul tadi sedikit-sedikit
sambil di kacau dengan hand whisk hingga rata dan sebati.
3. Tuang ke dalam loyang dan kukus di dalam pengukus yang di panaskan
terlebih dahulu selama 40 minit dengan api sederhana hingga masak.
4. Sejukkan dahulu kemudian ramas hingga hancur. Masukkan bahan B
sedikit demi sedikit dan gaul hingga boleh di kepal.
5. Ambil sedikit adunan, bulat dan leperkan. Letak cherry di tengahnya.
Buat hingga habis dan simpan sebentar di dalam peti sejuk.
6. Cairkan coklat masakan secara double boil, celup bebola cherry hingga
rata, tabur dengan hiasan jika suka.
7. Biarkan coklat sejuk dan mengeras.
Onde-Onde / Buah Melaka
Posted: 10 Feb 2015 07:03 PM PST

Onde-Onde / Buah Melaka


Bahan-bahan
250gm tepung pulut
50gm tepung beras
1 ketul gula melaka di potong kiub kecil
5 helai daun pandan di kisar bersama 250ml air** (di tambah atau di
kurang mengikut kesesuaian adunan)
sedikit pewarna hijau
1/2 tsp garam
kelapa parut muda di gaul dengan sedikit garam
Cara-cara :
1. Satukan tepung pulut, tepung beras dan garam. Masukkan jus pandan
dan pewarna hijau sedikit demi sedikit dan uli sehingga menjadi doh yang
tidak melekat di mangkuk adunan.
2. Masak air hingga mendidih. Ambil doh sebesar ibu jari, leperkan dan
letak potongan gula melaka di tengahnya. Bulatkan kembali dan rebus di

dalam air mendidih tadi. Biarkan adunan timbul di permukaan air, angkat
dengan penapis dan golekkan ke atas parutan kelapa parut.
Apam Mawar
Posted: 10 Feb 2015 02:37 AM PST

Apam Mawar
Bahan-bahan
250gm tepung gandum
1/4 sudu teh baking powder
150gm gula kaster
2 biji telur
1/2 sudu kecil ovalette
200ml susu cair
50ml minyak masak
1/4 sudu teh garam
Pewarna dan perisa yang di sukai

Acuan mawar - gris dengan sedikit minyak


Cara-cara :
1. Ayak tepung, garam dan baking powder.
2. Pukul telur, gula dan ovalette hingga putih dan gebu. Masukkan tepung
berselang seli dengan susu cair sambil di putar hingga bergaul rata.
3. Masukkan minyak, gaul rata dan bahagikan kepada 2 bahagian,
masukkan perisa dan pewarna.
4. Tuang ke dalam acuan 3/4 penuh. Kukus selama 10-15 minit dengan
api perlahan supaya tidak merekah.

Anda mungkin juga menyukai