Anda di halaman 1dari 14

WAJ3107:Seni Dalam Pendidikan

TAJUK 1

KONSEP DAN LATAR BELAKANG

Faedah yang diperolehi melalui pembelajaran Seni Dalam Pendidikan ialah:


1.

Pengalaman optima melalui seni membawa kepada keyakinan diri


dan kemahiran belajar.
Selaras dengan sains dan teknologi, Seni Dalam Pendidikan dapat
membantu membina keupayaan bagi menangani perubahan pesat yang
sedang berlaku pada hari ini. Pengalaman yang diperolehi melalui seni
sememangnya dapat mempengaruhi kehidupan kita. Contohnya, dari segi
warna yang kita suka dan warna baju yang kita pakai. Warna yang lembut,
terang ataupun gelap dapat mempengaruhi emosi dan tindakan kita terhadap
sesuatu perkara atau tindakan. Apabila kita menggunakan pilihan warna yang
lembut, ianya dapat memberi keyakinan dalam diri kita. Keyakinan akan
membuka minda untuk mendapatkan kemahiran yang kita pelajari.

2.

Memperkembangkan

kemahiran

meneroka,

pengalaman

dan

ekspresi.
Pengetahuan tentang teori-teori kesenian dapat membantu kita
mengembangkan lagi tahap kemahiran yang sedia ada. Pengaplikasian teori
dalam pembelajaran dapat membantu kita memudahkan lagi proses
pengajaran dan pembelajaran. Contohnya, warna boleh menggambarkan
peribadi dan tingkah laku seseorang undividu.

Justeru itu, kemahiran

meramal tingkah laku akan dapat dikenalpasti.


3.

Menggalakkan pembelajaran seumur hidup secara menyeluruh.


Kreativiti semulajadi akan meransang proses pembelajaran. Ini
menjurus kepada keperluan masyarakat yang kompleks dan kompetitif. Seni
banyak

dihubungkaitkan

dengan

personaliti,

sosial,

ekonomi

dan

kebudayaan. Oleh itu, seni mampu mempengaruhi kita dalam membina sikap,
keperibadian dan kemahiran intelektual mengikut kesesuaian masyarakat
masa kini. Seni dapat memupuk displin diri, mengukuhkan esteem kendiri
dan menggalakkan kemahiran berfikir dalam proses pengajaran dan
pembelajaran dengan lebih berkesan dan berterusan dan menyeluruh. Inilah

WAJ3107:Seni Dalam Pendidikan

yang dikatakan seni yang dapat menggalakan pembelajaran seumur hidup


secara menyeluruh.
4.

Belajar cara belajar-aplikasi informasi secara berkesan.


Integrasi seni dengan pelajaran lain melengkapkan lagi perkembangan
otak kiri dan otak kanan, pada masa yang sama kanak-kanak belajar secara
aktif dan menyeronokkan. Melalui seni, kita dapat mempelajari cara orang lain
berfikir, bekerja

dan

mengekspresi

kendiri.

Justeru

itu, seni

dapat

mempengaruhi kita untuk membuat keputusan dalam pelbagai situasi.


Pemerolehan ilmu seni dapat mambantu kita belajar dengan lebih
menyeronokkan dan mampu mengembangkan potensi individu dalam
meneroka, hubungkait idea dengan objek dan di antara pemikiran dengan
perlakuan kita.

5.

Penghubungkait, gerah hati, celik akal dan kecergasan Lateral

Leaps
Bidang seni pendidikan menjurus kepada pengetahuan yang berupaya
meningkatkan kebolehan dalam memahami dengan gerak hati, membuat
taakulan, berimaginasi dan kepantasan dalam membentuk ekspresi dan
komunikasi. Seni juga adalah penghubungkait anatara kecergasan otak dan
kesan tindakan seseorang. Ianya memberi keupayaan dalam kemahiran
berfikir seperti menyelesaikan masalah, membuat analisis, sintaksis dan
penilaian melalui perasaan, ekspresi dan imaginasi.

WAJ3107:Seni Dalam Pendidikan

Faedah mata pelajaran Seni Dalam Pendidikan kepada seorang pendidik dalam
proses pengajaran dan pembelajaran.
Seni dalam pendidikan adalah untuk membantu perkembangan menyeluruh
dan seimbang setiap insan dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani selari
dengan Falsafah Pendidikan Negara. Seni dalam pendidikan bermatlamat untuk
menyediakan guru permulaan sekolah rendah dengan pengetahuan dan kemahiran
untuk mengintergrasikan aktiviti Seni Visual, Muzik dan Pergerakan dalam proses
pengajaran dan pembelajaran pelbagai bidang matapelajaran lain. Melalui aktiviti ini,
ianya akan dapat mendorong kanak-kanak menggunakan imaginasi, ekspresi, inkuiri
dan kecerdasan pelbagai.
Integrasi seni dalam pendidikan akan mambantu dan memudahkan lagi guru
dalam

melaksanakan

proses

pengajaran

dan

pembelajaran

dengan

mengaplikasikan teori-teori pembelajaran dalam proses tersebut terutama di sekolah


rendah.
Faedah dan kepentingan seni kepada seorang pendidik:
1.

Melahirkan guru yang kreatif, inovatif, peka, berpersonaliti yang


seimbang, berketrampilan dan professional.
Menurut Leonardo da Vinci iaitu seorang seniman, jurutera, anatomis
dan saintis menyatakan bahawa dengan penghayatan seni yang betul, ianya
akan memotivasikan kita untuk menjadi seorang guru yang kreatif, inovatif,
peka, berpesonaliti yang seimbang, berketrampilan dan professional. Guru
yang kreatif dan inovatif mampu menarik perhatian atau tumpuan pelajar
untuk belajar dengan lebih yakin dan berkesan. Contohnya melalui aktiviti
seni visual, muzik dan pergerakan, guru dapat membantu murid-muridnya
melibatkan diri secara aktif dalam pembelajaran dan mendorong kanak-kanak
menggunakan imaginasi, eksperesi, inkuiri dan kecerdasan kepada muridmurid dan ini akan lebih menyeronokkan murid-murid tersebut.

WAJ3107:Seni Dalam Pendidikan

2.

Membantu guru melaksanakan dengan mudah proses pengajaran dan


pembelajaran.
Seni membantu para guru dalam memahami diri dan persekitaran.
Aktiviti

seni

visual,

muzik

dan

pergerakan

memudahkan

proses

menghubungkait semua benda dalam alam ini. Dengan demikian, seni dapat
membantu untuk mengaktifkan proses pembelajaran dan perpindahan
pembelajaran.
3.

Guru senang mencapai objektif atau matlamat.


Integrasi seni visual, muzik dan pergerakan dengan pelajaran yang lain
membantu dalam mengimbangkan perkembangan otak kiri dan kanan.
Quadrant Concept (1991) oleh Hermann menunjukkan perkembangan otak
kiri dan kanan, menyatakan bahawa seni membantu pemikiran yang rasional
dan intuitif seseorang terutama untuk guru agar mereka dapat menjalankan
proses pengajaran dan pembelajaran dengan berkesan. Justeru itu, dengan
pengetahuan tentang keistimewaan seni, guru senang mencapai objektif dan
matlamat dalam pengajaran dan pembelajaran.

4.

Guru dapat mempelbagaikan teknik dan strategi dalam pangajaran


dan pembelajaran.
Dalam Teori Kecergasan Manusia, Gardner (1983) mengesyorkan
bahawa terdapat tujuh jenis kecergasan tetapi kebanyakkan sekolah memberi
penekanan kecergasan linguistik dan matematik sahaja. Kecergasan lain
mungkin akan hilang. Teori ini menyokong seni perlu diberi peranan yang
penting dalam kurikulum, ini kerana manusia memperolehi pengetahuan
melalui pelbagai kecergasan dan juga melalui perbagai teknik pengajaran.
Oleh itu, guru hendaklah menggunakan pelbagai teknik dan strategi
serta kelebihan diri untuk menggalakkan murid mencapai objektif kendiri
dalam melancarkan lagi proses pengajaran dan pembelajaran.

WAJ3107:Seni Dalam Pendidikan

Pendidikan Seni menyarankan strategi pembelajaran yang bersepadu.


Dalam setiap kegiatan seni perkara seperti pemupukan nilai dan pemahaman
unsur seni dihubungkaitkan dengan kemahiran asas seni. Cara bekerja yang
teratur, cermat dan selamat dalam proses membuat sentiasa ditegaskan.
Setelah mengikuti kurikulum Pendidikan Seni di sekolah rendah murid boleh:
1.

Melibatkan diri dalam kegiatan seni secara aktif, kreatif dan


menggembirakan.

2.

Menajamkan daya persepsi melalui pancaindera.

3.

Mengenali unsur-unsur seni dan olahannya serta dapat menggunakannya.

4.

Mengembangkan kemahiran asas dalam pelbagai kegiatan seni

5.

Membiasakan diri membuat rekaan seni dengan teratur, cermat dan


selamat.

6.

Memupuk nilai-nilai kerjasama, yakin diri dan bertanggungjawab.

7.

Menyedari dan menghargani suasana seni dalam persekitarannya dan


kaitannya dengan keselesaan hidup.

8.

Melibatkan diri dalam kegiatan seni sebagai kesenggangan yang


berfaedah.

9.

Mengenal dan menghargai asas-asas seni dan kraf serta budaya tanah
air.

WAJ3107:Seni Dalam Pendidikan

TAJUK 2

KANAK-KANAK DAN SENI

Semasa sekumpulan kanak-kanak sedang bermain Sembunyi Sembunyi (Hide


and seek), cuba perhatikan perkara-perkara berikut:
1.

Bagaimana mereka menguruskan permainan ini.


Permainan ini boleh dimainkan oleh seberapa ramai yang boleh.
Seorang penjaga masa dan seorang pencari dipilih. Anggota yang lain akan
menyembunyikan diri mereka. Sebuah loceng hendaklah disediakan. Hakim
bertindak sebagai pemerhati kepada pencari untuk memastikan pencari tidak
membuka mata atau melihat keadaan sebelum pencarian dimulakan. Hakim
juga akan memberikan markah kepada pencari berdasarkan kepada berapa
orang yang dapat dicarinya. Pencari akan membuka mata apabila ahli-ahli
yang lain sudah bersembunyi dan bersedia untuk dicari olehnya. Loceng
diletakkan di satu tempat dan tidak boleh dibawa.
Permainan ini ada syarat tertentu iaitu jika pencari berjaya menjumpai
penyembunyi seramai lima orang dalam masa 10 minit, maka penyembunyi
pertama yang dijumpa oleh si pencari maka dia akan menjadi pencari pada
permainan yang seterusnya. Sebenarnya masa dan jumlah orang yang dapat
dicari adalah bergantung kepada hakim yang mengambilkira bilangan ahli
yang bermain pada permainan tersebut. Bila si pencari menjumpai ahli yang
bersembunyi, dia akan menyebut nama dan berlari ke arah loceng lalu
membunyikannya.

2.

Bagaimana menyembunyikan diri mereka.


Mereka

akan

mencari

tempat-tempat

yang

strategik

untuk

menyembunyikan diri mereka. Tempat tersebut dirasakannya sesuai, jauh dan


susah untuk dicari oleh si pencari.

WAJ3107:Seni Dalam Pendidikan

3.

Tindakan-tindakan yang diambil oleh orang yang mencari.


Pencari akan memerhati persekitaran dan berusaha untuk mencari
pemyembunyi setepat, secepat dan seramai yang mungkin dalam tempoh
masa yang telah ditetapkan oleh hakim.

4.

Ekspresi mereka apabila mereka ditemui.


Biasanya,

apabila

pencari

dapat

mencari

atau

menjumpai

penyembunyi, ekspresi muka mereka akan menggambarkan kekecewaan


kerana mereka sangkakan tempat persembunyian mereka agak strategik.
Mereka juga menunjukkan ekspresi muka yang terkejut kerana si pencari
berjaya mencari dan menjumpai mereka terutama kepada penyembunyi
pertama yang telah dijumpai oleh si pencari.
Sembilan Keinginan Asas Kanak-kanak
1. Keinginan untuk bergerak
Kanak-kanak suka mengambil peluang untuk bermain dan melibatkan
diri dalam sebarang kegiatan fizikal. Contohnya melibatkan diri dalam
sebarang perlumbaan atau lumba lari.
2. Keinginan untuk berjaya dan diiktiraf.
Kanak-kanak bukan sekadar ingin berjaya tetapi inginkan kejayaan itu
dihargai. Contohnya, kanak-kanak yang mendapat markah tinggi akan dipuji
dan dipamerkan kertasnya di khalayak ramai, atau lukisan murid yang cantik
akan ditampal di sudut dinding dalam bilik darjah sebagai satu pengiktirafan
dan penghargaan.
3. Keinginan untuk diterima oleh kumpulan sebaya dan sebagai ahli dalam
masyarakat.
Kanak-kanak inginkan mereka diterima, disanjung, dihargai dan
dihormati oleh orang lain. Contohnya, kanak-kanak sanggup berkongsi
permainan supaya dapat diterima oleh rakan sebaya atau dalam masyarakat
sekelilingnya. Oleh itu, mereka akan diterima, disanjung, dihargai dan
7

WAJ3107:Seni Dalam Pendidikan

dihormati kerana kesanggupan mereka untuk berkongsi permainan dan


mereka dianggap tidak kedekut.
4. Keinginan untuk bersaing.
Kanak-kanak suka bersaing untuk memperlihatkan kemahiran dan
kekuatan fizikal yang setara dengan rakan-rakan sebaya. Contohnya, kanakkanak memanjat tangga atau jaring secara beramai-ramai untuk menunjukkan
kekuatan, ketangkasan dan kekuatan fizikal mereka.
5. Keinginan ketangkasan fizikal dan sebagai daya penarik.
Kanak-kanak gemar kepada aktiviti fizikal dan membentuk penampilan
diri atau harga diri untuk menyesuaikan dirinya dalam masyarakat.
Contohnya, kanak-kanak akan merasa bangga dan gembira apabila
mendapat tempat pertama dalam apa jua permainan yang sukar. Kejayaan itu
akan menjadi sumber penarik kepada kanak-kanak yang lain.
6. Keinginan untuk meneroka.
Kanak-kanak gemar melibatkan diri dalam sesuatu kegiatan yang luar
biasa tetapi menyeronokan. Contohnya, kanak-kanak melibatkan diri dalam
kerja-kerja amali atau eksperimen. Aktiviti ini membolehkan mereka
memperolehi pengalaman baru. Keadaan ini amat memberi keseronokan
kepada mereka.
7. Keinginan untuk pencapaian kreatif.
Kanak-kanak gemar mengalami perkara baru melalui aktiviti kreatif.
Contohnya, kanak-kanak yang menyertai pertandingan mereka cipta seperti
membuat rumah dengan menggunakan bahan-bahan kitar semula atau
menjadikan bahan buangan yang dikitar semula dan menjadikannya bahan
baru untuk kegunaan manusia. Mereka merasa satu penerokaan baru wujud
dalam minda mereka.
8. Keinginan untuk meluahkan perasaan melalui pergerakan.
Kanak-kanak gemar aktiviti yang memberi peluang untuk meluahkan
idea mengenai diri dan persekitaran mereka. Contohnya, kanak-kanak yang

WAJ3107:Seni Dalam Pendidikan

menari dalam pelbagai bentuk rentak muzik. Jika muzik itu rancak atau kuat
mereka akan menari dengan rancak mengikut irama yang dimainkan.
9. Keinginan untuk kefahaman.
Kanak-kanak mempunyai keperluan dan ingin mengembangkan
kefahaman dan ingin mempelajari perkara baru. Justeru itu mereka dapat
meneroka, menyentuh dan merasai pemikiran serta interaksi mereka dengan
persekitaran. Contohnya, dalam permainan main peranan. Main peranan
memerlukan lakonan yang baik untuk menunjukkan watak yang dipegang
seperti watak ibu, bapa, doktor, guru dan sebagainya.

Mereka dapat

memahami keadaan dan menyelami pemikiran sebenar dan sterusnya


menjiwai watak tersebut.

WAJ3107:Seni Dalam Pendidikan

TAJUK 3

IRAMA, WARNA DAN RUANG

Ubahsuai warna di dalam bilik darjah, agar suasana lebih menarik untuk
belajar.

Catkan dengan warna yang lembut dan boleh memberi ketenangan.

Adakan sudut-sudut yang tertentu seperti sudut Bahasa Melayu, Sains dan
sebagainya yang dicatkan dengan warna yang berlainan dan menarik perhatian
murid.

Warna langsir mestilah agak terang berbanding dengan warna dinding, untuk
menampakkan lebih keceriaan.

Meja mestilah dilapik dengan kertas warna yang menarik dan dilekatkan
plastik di atasnya agar murid lebih ceria, bersemangat dan selesa untuk belajar.

Peranan warna dalam kehidupan harian

Warna boleh mempengaruhi emosi contohnya, bila memakai baju lembut atau
garang atau terang.

Warna dapat melambangkan peribadi dan tingkah laku seseorang.

Warna boleh memberi motivasi dan semangat kepada kita.

Warna memberi ketenangan dalam kehidupan.

Warna boleh menceriakan suasana sekeliling.

Ruang
Ruang memainkan peranan yang penting dalam menjalankan sesuatu
pergerakan. Pergerakan akan menjadi lebih lancar dan selesa sekiranya kita
melakukannya di tempat yang luas kerana terdapat banyak udara dan senang untuk
bergerak dengan bebas. Pergerakan yang dilakukan di tempat yang sempit dan
dalam berkeadaan duduk menyebabkan kita merasa tidak selesa kerana tidak dapat
bergerak dengan bebas. Cara pernafasan kita juga tidak lancar.

10

WAJ3107:Seni Dalam Pendidikan

Menurut Howard Gardner dalam teorinya iaitu Teori Kecergasan Manusia


(1983) menyatakan bahawa ruang kecergasan melibatkan kebolehan melihat dunia
dengan lebih tepat. Kecergasan ini termasuklah untuk menjadi lebih peka terhadap
warna, garisan, rupa, bentuk dan yang berkaitan dengannya. Justeru itu, pergerakan
juga melibatkan pemikiran kita contohnya, sekiranya kita bersenam di tempat yang
luas dan mempunyai udara yang segar seperti di taman atau di padang, kita akan
merasa lebih selesa dan secara tidak langsung keadaan akan mempengaruhi
pemikiran kita. Kita akan merasa tenang dan segar dan puas.

11

WAJ3107:Seni Dalam Pendidikan

Bunyi
Suasana Waktu
Rehat
Pergerakan
manusia

Bunyi yang
didengar

Bunyi bersiul

Susunan peralatan
Berjalan

Warna makanan,
minunan & alatan

Meja teratur

Hijau

Bunyi bercakap /
menjerit

Berlari

Kerusi kurang
teratur

oren

Bunyi ketawa

Bersentuhan

Pensil berselerak

putih

Bunyi berjalan

Bertepuk tangan

Buku tidak kemas

merah

Bunyi berlari

Berdiri tegak

Kasut tidak teratur

jernih

Bunyi tepukan

Berlari anak

Tong sampah
rebah

coklat

Bunyi ronyokan
kertas dan plastik

Menoleh kiri dan


kanan

silver

Bunyi benda
terjatuh

Berpusing badan

Biru tua

Mengangguk
kepala

Hitam

Bunyi mengunyah
makanan

Bunyi menyanyi

Memegang
sesuatu

12

WAJ3107:Seni Dalam Pendidikan

TAJUK 4

DERIA DAN SENI

AKTIVITI

JENIS DERIA

Melukis gambar pemandangan dan warnakannya.

Pelajar membuat pergerakan berdasarkan peristiwa


Pelajar

Lih
at dan sentuh

dalam gambar tersebut.

mengekspresikan

suasana

Lih
at

dengan

menggunakan alat-alat muzik.

Lih
at, sentuh, dengar
dan rasa

Mendengar bunyi alat-alat muzik dan suara


manusia.

De
ngar

Pelajar bertindak balas dengan pergerakan


yang sesuai dan menggambarkan dalam bentuk seni

Ra
sa dan sentuh

visual.

Membolehkan

pelajar

untuk

meninjau

tekstur dan kontur sesuatu permukaan.

Lih
at dan rasa

Pelajar menutup mata dan menyentuh


sesuatu objek yang diedarkan oleh guru seperti
kertas pasir, fabrik benang bulu dan kapas.

Se
ntuh dan rasa

Pelajar membanding bezakan sentuhan


yang

dialami

dan

mengekspresikan

melalui

pergerakan.

Se
ntuh dan rasa

Membuat latihan melalui pernafasan.

Melakukan

pergerakan

dengan

menggunakan

imaginasi anda untuk menunjukkan bau harum, udara

13

Hid
u
Lih

WAJ3107:Seni Dalam Pendidikan

nyaman dan kemudian melukiskan imej visual


mengikut sepertimana yang diekspresikan.

14

at dan hidu

Anda mungkin juga menyukai