Anda di halaman 1dari 5

Frog VLE | Bina website peribadi

Setelah melalui proses update pada bulan Jun 2015, kini Frog VLE membenarkan
penggunanya berkongsi site yang dibina ke seluruh dunia berbanding sebelum ini. Dahulu, kita
(pengguna Frog VLE) faham bahawa site yang kita bina hanya dapat kita kongsikan dengan
warga sekolah kita sahaja. Ini mendatangkan masalah kepada guru-guru yang berpindah
sekolah.
Seorang rakan saya sendiri mengalami sendiri kesulitan tersebut apabila beliau pindah ke
sekolah baharu dan terpaksa meninggalkan semua site pembelajaran yang telah dibina di
sekolah lama. Senang kata, beliau terpaksa bermula dari 0 di sekolah baharu untuk membina
semula site.
Kini, dengan feature terbaharu Share Public on the web, mungkin masalah tersebut dapat
diatasi. Site yang telah dishare kepada public on the web akan boleh dilayari oleh sesiapa
sahaja walaupun bukan pengguna Frog VLE. Ianya akan menjadi seperti websites biasa yang
sering kita layari di world wide web.
Jadi, dengan itu, kita boleh mengambil peluang untuk menerbitkan site kita ke world wide web
sebagai website peribadi kita. Walaupun ada platform blogspot, wordpress dan sebagainya,
sebagai pengguna yang telah ada basic membina site, baik kita gunakan Frog VLE sahaja
sebagai platform kita.

Langkah 1
Bina site seperti biasa. Gunakan widget yang ada seperti yang anda pelajari semasa kursus
Frog. Masukkan juga image, video supaya lebih menarik.

Setelah selesai membina site, klik pada Share seperti gambar di atas.
kamal | pkg ampangan

Langkah 2
Klik butang Share

Langkah 3
Masukkan tags dan keywords (perkataan berkaitan yang menggambarkan site kita). Setelah itu,
klik Next.

kamal | pkg ampangan

Langkah 4
Pada paparan seperti di bawah, klik Change.

Langkah 5
Klik Public on the web.

kamal | pkg ampangan

Langkah 6
Sekarang, kebenaran acces sudah bertukar kepada Public on the web. Seterusnya, jom kita
edit URL (alamat) website peribadi kita. Klik Edit.

Langkah 7
Taipkan nama yang bersesuaian. Pastikan anda tidak jarakkan antara perkataan. Seeloknya
tidak perlu panjang sangat. Setelah itu, klik Done.

kamal | pkg ampangan

Langkah 8
Sekarang, URL (alamat) laman web kita telah bertukar. Alamat inilah yang kita akan gunakan
untuk melayari website peribadi kita kelak. Boleh juga kongsikan alamat ini dengan rakan-rakan
melalui Facebook, whatsapp dan lain-lain. Akhir sekali klik butang Share.

Untuk layari website peribadi kita, buka browser (Google Chrome, Internet Explorer dsb) dan
taipkan alamat website kita tadi pada kotak url dan tekan enter.

kamal | pkg ampangan

Anda mungkin juga menyukai