Anda di halaman 1dari 44

W

KAMPUS BAHASA
ANTARABANGSA,
KUALA LUMPUR

PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU


PENDIDIKAN JASMANI DAN KESIHATAN
2013
SEMESTER 3

TAJUK :
PERKEMBANGAN ASPEK SOSIAL
KOD KURSUS:
PKE 3101
PENDIDIKAN KESIHATAN SEKSUALITI

SEOW KEAN SING


700904065155
NAMA PELAJAR

CHUA KOK KIAN


661024-01-6049
MOHAMAD ANUAR B.ZAINAL SEPRI
680423-05-5401

TARIKH SERAHAN

: 23.3.2013

NAMA PENSYARAH

:EN. HAMZAH BIN SARIMUN

Kandungan

1.
2.
3.
4.
5.
6.
7.
8.

Muka surat

PENDAHULUAN
IMEJ KENDIRI
TINGKAH LAKU SEKSUAL REMAJA
SEKSUAL SEMASA KANAK-KANAK DAN REMAJA
PERGAULAN DAN PERHUBUNGAN
KEHAMILAN KALANGAN REMAJA
PEMBUANGAN BAYI
RUJUKAN

Pendahuluan :
1

2
3
5
8
10
14
21
34

Perbincangan tentang seksualiti patut dimulakan dengan kesedaran


bahawa topik ini dianggap sensitif oleh kebanyakan orang terutamanya
bagi masyarakat timur. Informasi yang diperolehi ini telah dirujuk secara
meluas oleh jawatankuasa yang terdiri daripada pendidik, pakar kesihatan,
wakil agama dan organisasi bukan kerajaan (NGO) yang terlibat dalam
pendidikan seksualiti untuk remaja.

Definisi Seksualiti :
Seksualiti adalah aspek yang normal dalam proses perkembangan
setiap remaja. Seksualiti adalah proses sepanjang hayat bermula dari
kelahiran sehingga akhir hayat. Setiap individu adalah makhluk seksual.
Seksualiti setiap individu dibentuk oleh nilai kendiri yang dipengaruhi oleh
keluarga, rakan, media, agama, budaya, persekitaran dan undang-undang
masyarakat. Seksualiti bukan sekadar hubungan seks tetapi ia meliputi
perasaan, emosi, pemikiran, tingkah laku sebagai seorang wanita atau
lelaki, identiti seksual dan orientasi seksual. Ia juga berkaitan dengan
peranan dan identiti gender, imej diri, luahan perasaan kasih sayang dan
keintiman kepada individu yang kita pilih serta kesejahteraan kesihatan
seksual dan reproduktif yang menyeluruh.

Anda mempunyai hak seksualiti untuk :


Berasa bahawa tubuh badan anda adalah dalam kawalan anda .
Memahami dan meluahkan perasan anda . Memilih bagaimana untuk
mempamerkan seksualiti anda sambil menghormati diri sendiri dan orang
lain. Memilih untuk mengadakan hubungan dengan seseorang dan
menentukan jenis hubungan tersebut. Walau bagaimanapun, apa tindakan
yang remaja lakukan hendaklah tidak membinasakan diri atau orang lain.
Remaja mempunyai hak seksual yang turut merangkumi hormat dan
2

tanggungjawab terhadap diri sendiri dan juga orang lain (Rights, Respect
and Responsibilities).
Prinsip Tanggungjawab Seksual :

Mempunyai tanggungjawab terhadap diri sendiri, keluarga,

agama, budaya dan masyarakat.

Mendapatkan maklumat serta pendidikan seks yang jelas dan

tepat.

Melindungi diri dan pasangan daripada penderaan emosi,

mental, fizikal dan seksual. Tidak menunjuk kuasa atau mengawal


perhubungan.

Menilai kebolehan diri serta mengawal diri semasa membuat

keputusan

mengenai

aktiviti

seksual.

Menghormati

hak

dan

keselamatan pasangan anda.

Sentiasa menjadikan perhubungan yang harmoni dan saling

menghormati. Berkomunikasi dengan terang & jujur. Berkompromi


bila perlu dan mengaku salah jika sepatutnya.

Mendapatkan bantuan dari ibu bapa, guru atau pihak yang

menyediakan perkhidmatan sekiranya anda mempunyai masalah


berkaitan seksualiti.

IMEJ KENDIRI

PERASAAN SEMASA KITA MEMBESAR

Pengenalan

Pengeluaran hormon sebelum akil baligh bukan sahaja menghasilkan


pertumbuhan fizikal yang jelas dapat dilihat. Ianya juga mencetuskan perkembangan
emosi dan psikologikal. Semasa ini, emosi dan cara berfikir remaja berubah. Perubahan
emosi ini adalah normal dan sihat walaupun kadang kala kelihatan tidak begitu mudah
dilalui. Remaja mula membentuk identiti dirinya sendiri. Perubahan emosi ketika akil
baligh perlu berterusan ke arah kematangan emosi orang dewasa. Perubahan emosi
remaja lelaki dan perempuan iaitu peningkatan pengeluaran hormon mengakibatkan
khayalan di kalangan kebanyakan remaja. Terdapat kesedaran diri tentang seksual yang
memuncak. Pengeluaran air mani di kalangan remaja lelaki semasa tidur, dikenali sebagai
nocturnal emission atau mimpi basah kerap berlaku ketika ini. Adalah juga normal jika
tidak mengalaminya. Remaja lelaki dan perempuan mengalami kebangkitan syahwat
dengan hanya melihat atau berdekatan dengan seseorang yang mereka minati. Mereka
mungkin tidak memahami pengalaman yang mereka lalui ini merupakan perasaan
seksual. Fantasi atau khayalan seksual selalu berlaku. Umumnya remaja lelaki dan
perempuan lebih meminati antara satu sama lain semasa akil baligh. Di samping minat
terhadap seks dan kerap memikirkannya, adalah juga normal jika remaja tidak
memikirkan tentang seks, terutama pada peringkat awal akil baligh. Akil baligh
merupakan masa mood berubah-ubah bagi kebanyakan remaja. Keadaan tidak selesa dan
memikirkan sangat tentang perubahan pada tubuh dan perasaannya mungkin
menyebabkan stres (tekanan).
Mood cepat berubah dan tidak dapat diramal. Menangis kerana perkara kecil kerap
berlaku di kalangan remaja lelaki dan gadis dan ini bukanlah sesuatu yang memalukan.
Berkongsi perasaan dan kerisauan dengan keluarga atau rakan-rakan dapat membantu.
Mereka lega apabila mendapati rakan-rakan mereka juga mempunyai perasaan dan
4

kerisauan yang sama. Peningkatan perasaan untuk bebas merupakan sebahagian dari
perkembangan normal peringkat remaja. Remaja kerap mengalami perubahan kelakuan
(dari kematangan kepada kelakuan seperti kanak-kanak). Hubungan dengan ibu bapa
mula berubah apabila remaja mula menekankan keinginan untuk bebas, kadang kala
menyebabkan masalah dan konflik.
Perubahan konsep kendiri
Konsep kendiri ialah persepsi seseorang terhadap dirinya. Ini termasuk persepsi
tentang kebolehan, ciri-ciri, sikap, perangai, penampilan, matlamat dan kebaikannya.
Ianya mencerminkan suatu kuasa yang mengarah tingkahlaku seseorang kerana setiap
insan berkelakuan selaras dengan konsep dirinya sendiri. Jika remaja merasa dirinya
positif dan berkeyakinan, dia akan bertindak secara positif. Sebaliknya jika dia merasa
tidak cekap, dia akan bertindak secara negatif, dan mengukuhkan konsep dirinya sebagai
seorang yang tidak berkebolehan. Selalunya remaja takut hendak mencuba kerana
merasakan dirinya tidak mampu untuk melakukannya. Konsep kendiri terbentuk melalui
interaksi dengan orang lain. Dari reaksi orang lain terhadap individu dan pujian yang
diberikan terhadap usahanya, remaja membentuk konsep siapa dirinya yang sebenar dan
kebolehannya untuk mencapai matlamat. Sehubungan dengan ini, reaksi orang penting
dalam hidupnya, akan mempengaruhi pembentukan konsep kendirinya. Konsep kendiri
umum, sementara, sosial dan ideal seseorang remaja berubah apabila dia bertambah
matang.
Perubahan esteem diri
Esteem diri berkait rapat dengan harga diri. Ia merangkumi pandangan sebenar
terhadap diri sendiri sebagai seorang insan dan mengetahui tempatnya dalam masyarakat,
keluarga, rakan-rakan, jiran tetangga dan lain-lain. Dalam keadaan melampau, esteem diri
boleh menimbulkan rasa megah, manakala kurang esteem diri boleh menghasilkan rasa
tidak berharga. Kuncinya ialah keseimbangan. Terlalu memfokuskan kepada diri sendiri
menyebabkan seseorang menjadi sombong, dan menghalang untuknya berkerjasama
dalam perhubungan. Sebaliknya, harga diri yang sangat rendah, membuatkan seseorang
5

tidak boleh berinteraksi secara bebas dan bertanggungjawab dengan orang lain di rumah,
sekolah, tempat kerja dan dalam masyarakat.
Remaja ialah tempoh kehidupan yang mana imej diri semasa kanak-kanak
berkembang meliputi visi hidup ketika remaja. Pengalaman hidup remaja berkembang,
merangkumi bidang yang diminati dan pencapaiannya. Memahami diri sendiri dalam
perhubungan dengan orang lain, pembentukan kendiri secara tepat dan positif, adalah
penting. Ianya memberi kesan terhadap kejayaan diri dalam konteks keluarga, di sekolah
dan di mana jua.
Perasaan cemas
Remaja merasa cemas terhadap perubahan tubuhnya. Soalan yang
kerap ditanya ialah:
Adakah saya normal?
Apa yang sedang berlaku kepada saya?
Mengapa ianya berlaku kepada saya?
Bagaimana saya berbanding dengan remaja lain?
Remaja juga merasa cemas dengan perlakuan sendiri:
Merancap (masturbation)
Perlakuan seksual dengan teman sama jantina
Perlakuan seksual dengan teman berlainan jantina
Perubahan emosi semasa akil baligh .Remaja perlu memahami dan mengatasi perubahan
emosi yang mereka akan hadapi.
Khayalan, idola, cinta
Teman berlainan jantina
Malu, terlalu memikirkan tentang diri sendiri
Bertanggungjawab terhadap diri sendiri dan orang lain
Mengenali dan menangani perasaan diri dalam keadaan yang berbeza
6

Pengaruh antara minda dan badan


Aktiviti fizikal yang lasak dan rehat sebagai cara bersantai
Mengetahui bila dan bagaimana untuk bersetuju dan sebaliknya
TINGKAH LAKU SEKSUAL REMAJA
Masalah seksual remaja dekad ini sudah menjadi satu perkara yang amat
membimbangkan. Lebih membimbangkan remaja kini terlibat dengan salah laku seksual
seawal usia 11 tahun. Justeru, artikel ini dilaksanakan bertujuan mengenal pasti sama ada
remaja perempuan cenderung melakukan hubungan seks di atas dasar cinta atau nafsu.
Pengumpulan data melibatkan satu kajian fokus terdiri daripada lapan orang penghuni
Asrama Bahagia Kampung Pandan. Analisis kandungan tema telah digunakan dalam
mencari makna terhadap isu ini. Dapatan kajian menunjukkan remaja perempuan
cenderung melakukan hubungan seksual untuk mendapatkan cinta dan kasih sayang
daripada pasangan. Namun, perasaan cinta tersebut mampu berubah menjadi keinginan
seksual atau nafsu apabila remaja mula aktif melakukan hubungan seksual bersama
pasangan. Pengkaji juga mendapati remaja turut cenderung mendefinisikan hubungan
seksual sebagai cara untuk menyatakan perasaan cinta dan kasih kepada pasangan. Dalam
masa yang sama, kajian ini turut mencadangkan beberapa alternatif dalam usaha
membendung salah laku seksual di kalangan remaja kini.
Sexual problems of young teenagers this decade have become a matter of
great concern. More worrying youth are currently involved with sexual misconduct at the
age of 11 years. Thus, this study was conducted for the purpose of identifying whether
teenage girls tend to have sex on the basis of love or lust. Data collection involved a
focus of study consisted of eight inmates Hostel of Asrama Bahagia Kampung Pandan.
Theme content analysis was used in the search for meaning to this issue. The study
showed that young girls tended to have sex to get love and affection of the couple.
However, the love could turn into sexual desire or lust when youth began to become
sexually active with a partner. Researchers also found that teenagers were likely to define
sexual intercourse as a way to express feelings of love and gratitude to the couple. At the
7

same time, this study also suggests several alternatives in order to curb sexual misconduct
among teens today.
Trend masa kini menampakkan isu dara atau keperawanan sudah tidak
begitu relevan dengan fenomena remaja hari ini. Malah, remaja-remaja kini juga aktif
melakukan hubungan seks lebih dari seorang pasangan. Sebagai contoh, kajian oleh
Schutt-Aine dan Maddaleno (2003), mendapati 50 peratus remaja di Amerika di bawah
umur 17 tahun aktif melakukan hubungan seksual. Selain itu, kajian terhadap masyarakat
peribumi pula oleh Wendy et al. (2006) terhadap 16 5 remaja American Indian yang
berusia lingkungan 13 hingga 18 tahun di Minnesota mendapati bahawa 40 peratus
remaja yang berusia lingkungan 13 hingga 15 tahun dan 69 peratus remaja berusia 16
hingga 19 tahun melakukan hubungan seksual. Dalam masa yang sama, kajian ini juga
melaporkan remaja yang terjebak dengan aktiviti seksual di usia awal remaja terdedah
dengan tingkah laku berisiko seperti pengambilan dadah dan alkohol. Maka tidak
hairanlah jika di Malaysia juga mengalami permasalahan yang sama.
Disebabkan gejala seks bebas remaja ini semakin meningkat dari masa ke semasa, maka
isu ini telah menarik minat ramai pengkaji untuk menjalankan kajian terhadap tingkah
laku seksual remaja sebagai sumber maklumat untuk merangka intervensi yang sesuai
bagi mencegah dan menangani permasalahan ini. Di barat, pengkaji cenderung
menumpukan kajian mereka mengenai isu kesihatan seksual remaja (penyebaran penyakit
kelamin) dan isu kehamilan diluar nikah. Kajian yang telah dijalankan oleh Miller et al.
(2000) mendapati tiada laporan menunjukkan remaja-remaja dalam kajian mereka
dijangkiti HIV. Namun, sembilan orang remaja disahkan dijangkiti penyakit-penyakit
kelamin lain (STD) seperti genital herpes, gonorea, sifilis, genital warts dan clamydia.
Mereka juga melaporkan 33 orang remaja perempuan pernah hamil dan sembilan orang
daripadanya mempunyai lebih daripada seorang anak.
Kajian juga banyak dilakukan untuk melihat bentuk tingkah laku seksual
yang dilakukan oleh remaja-remaja seperti seks oral, seks anal dan seks vagina, dalam
melihat persepsi mereka terhadap bentuk-bentuk hubungan seksual tersebut. Seperi kajian
yang telah dijalankan oleh Bonnie et al. (2005), ke atas 580 pelajar perempuan
8

lingkungan usia 14 tahun melaporkan peratusan pelajar melakukan seks oral lebih tinggi
daripada seks vaginal iaitu sebanyak 19.6 peratus. Kajian ini juga mendapati remaja lebih
cenderung melakukan seks oral berbanding seks vaginal kerana mereka berpendapat seks
oral lebih selamat dari sudut kesihatan dan masih boleh diterima dari sudut moral serta
nilai kepercayaan mereka. Selain itu, terdapat banyak juga kajian yang dijalankan untuk
melihat hubungan di antara aktiviti seksual remaja dengan salah laku devian seperti
pengambilan dadah dan alkohol. Sebagai contoh kajian yang dijalankan oleh Wilson et al.
(2010) di empat buah sekolah menengah di Nova Scotia mendapati terdapat hubungan
yang signifikan di antara depresi, aktiviti seksual dan penggunaan dadah.
Disebabkan gejala seks bebas remaja ini semakin meningkat dari masa ke
semasa, maka isu ini telah menarik minat ramai pengkaji untuk menjalankan kajian
terhadap tingkah laku seksual remaja sebagai sumber maklumat untuk merangka
intervensi yang sesuai bagi mencegah dan menangani permasalahan ini. Di barat,
pengkaji cenderung menumpukan kajian mereka mengenai isu kesihatan seksual remaja
(penyebaran penyakit kelamin) dan isu kehamilan diluar nikah. Kajian yang telah
dijalankan oleh Miller et al. (2000) mendapati tiada laporan menunjukkan remaja-remaja
dalam kajian mereka dijangkiti HIV. Namun, sembilan orang remaja disahkan dijangkiti
penyakit-penyakit kelamin lain (STD) seperti genital herpes, gonorea, sifilis, genital
warts dan clamydia. Mereka juga melaporkan 33 orang remaja perempuan pernah hamil
dan sembilan orang daripadanya mempunyai lebih daripada seorang anak.
Kajian juga banyak dilakukan untuk melihat bentuk tingkah laku seksual
yang dilakukan oleh remaja-remaja seperti seks oral, seks anal dan seks vagina, dalam
melihat persepsi mereka terhadap bentuk-bentuk hubungan seksual tersebut. Seperi kajian
yang telah dijalankan oleh Bonnie et al. (2005), ke atas 580 pelajar perempuan
lingkungan usia 14 tahun melaporkan peratusan pelajar melakukan seks oral lebih tinggi
daripada seks vaginal iaitu sebanyak 19.6 peratus. Kajian ini juga mendapati remaja lebih
cenderung melakukan seks oral berbanding seks vaginal kerana mereka berpendapat seks
oral lebih selamat dari sudut kesihatan dan masih boleh diterima dari sudut moral serta
nilai kepercayaan mereka. Selain itu, terdapat banyak juga kajian yang dijalankan untuk
9

melihat hubungan di antara aktiviti seksual remaja dengan salah laku devian seperti
pengambilan dadah dan alkohol. Sebagai contoh kajian yang dijalankan oleh Wilson et al.
(2010) di empat buah sekolah menengah di Nova Scotia mendapati terdapat hubungan
yang signifikan di antara depresi, aktiviti seksual dan penggunaan dadah.
Terdapat juga kajian-kajian yang dijalankan bagi melihat pengaruh gaya
keibubapaan ke atas salah laku seksual remaja. Sebagai contoh kajian yang dijalankan
oleh Nagamatsu et al. (2008) ke atas 1268 pelajar sekolah menengah lelaki dan
perempuan di Jepun mendapati bahawa pantauan dan perhatian daripada ibu bapa
melambatkan remaja perempuan terjebak di dalam aktivti seksual. Namun begitu, tidak
banyak kajian yang dijalankan terhadap sebab mengapa remaja terjebak di dalam
hubungan seksual sebelum nikah terutamanya di Malaysia. Sedangkan, kajian-kajian
seperti ini penting untuk mendalami keinginan dan pertimbangan remaja pada kali
pertama menyerahkan tubuh mereka kepada pasangan. Terdapat satu kajian yang
dilakukan oleh Salamatussaadah Abd. Ghafar (2010) terhadap remaja hamil di Taman Sri
Puteri Kuala Lumpur berkenaan dengan keinginan mengadakan hubungan intim dan
kesannya kepada remaja. Hasil dapatan kajian ini mendapati remaja hamil memberi
makna mengenai hubungan intim, cinta dan seks menurut pandangan mereka secara
berbeza-beza. Manakala, motif mereka melakukan hubungan intim adalah untuk
mendapatkan kasih sayang, perhatian, kebahagiaan, keseronokan dan keselamatan
daripada pasangan.
Sejarah Perhubungan Seksual
Kesemua responden mengakui bahawa mereka mengalami konflik
perhubungan di dalam keluarga sehingga mewujudkan tekanan yang tinggi dan
menyebabkan mereka mengambil keputusan untuk keluar mencari ketenangan. Namun,
ketenangan yang mereka impikan telah menjerumuskan mereka ke dalam kancah
permasalahan sosial;
...Memang boleh dikatakan setiap masa dia orang bergaduh. Yang tak tahan bila naik kaki
tangan. Saya kesian dengan mak saya. Sejak itu, saya dah mula ambil dadah untuk
10

hilangkan tension. Bagi saya, keluarga saya banyak sangat masalah. Sebab itu, saya mula
terpengaruh dengan kawan-kawan...
(Responden 5)
Hampir kesemua responden turut menyatakan bahawa mereka tidak
mendapat sokongan dan kasih sayang yang secukupnya daripada ibu dan bapa serta tidak
mempunyai hubungan yang mesra dengan adik-beradik yang lain. Hal ini menyebabkan
timbul perasaan ketidakpercayaan di antara ahli keluarga menyebabkan responden lebih
memilih untuk mempercayai rakan-rakan berbanding keluarga.
Seksual semasa kanak-kanak dan remaja
Perubahan penting berlaku pada semua peringkat kitaran hidup
insan. Ianya bermula dari konsepsi (persenyawaan) sehingga ke akhir
hayat, namun perubahan tertentu yang penting berlaku pada peringkat
tertentu dalam hidup seseorang insan. Ini khususnya berlaku semasa
peringkat pranatal, bayi dan remaja. Kanak-kanak dan dewasa merupakan
organisma yang terus berkembang semasa hayatnya dan dengan yang
demikian, perkembangan tidaklah berhenti dengan bermulanya peringkat
dewasa.
Pembahagian kitaran hidup
~ Permulaan Perkembangan pranatal dan kelahiran
~ Bayi Bermula dari kelahiran hingga umur 2 tahun
~ Awal kanak-kanak Umur 2 hingga 6 7 tahun
~ Pertengahan kanak-kanak Umur 6 7 hingga 11 12 tahun
~ Remaja Umur 11 12 hingga 19 20 tahun
~ Awal dewasa Umur 20 hingga 40 45 tahun
~ Pertengahan dewasa Umur 40 45 hingga 65 tahun
~ Lewat dewasa 65 tahun ke atas
~ Permulaan
11

Kehidupan insan bermula dari satu sel. Sel tunggal ini


membahagi berkali-kali dan membesar dengan begitu pantas sehingga
membentuk seorang bayi yang sedia untuk dilahirkan ke dunia. Pada ketika
ini, kesihatan ibu sangat penting. Ibu memerlukan
sokongan suaminya supaya ia dapat menikmati keadaan yang stabil dan
bahagia.
Mendapatkan perkhidmatan perubatan juga begitu penting.
~ Peringkat bayi Bayi tidak boleh menjaga dirinya sendiri. Mereka
bergantungsepenuhnya kepada ibu bapa mereka bagi memenuhi keperluan
asas untuk hidup. Bayi membesar dan berkembang dengan pantasnya
sehingga di akhir peringkatbayi, mereka boleh berjalan, berlari, menyuap
makanan sendiri dan boleh berkomunikasi.
~ Peringkat kanak-kanak
Pada peringkat ini, kanak-kanak telah memahirkan keupayaan fizikalnya
berjalan,
berlari, skip, melompat, menyuap makanan, memakai pakaian dan
sebagainya. Mereka
mula memasuki alam persekolahan dan di akhir peringkat kanak-kanak,
mereka telah
tamat pendidikan rendah. Di peringkat ini juga mereka mempelajari
mengenai
masyarakatnya, terlatih dalam tabii kesihatan yang bertanggungjawab
seperti kebersihan
diri dan keselamatan jalanraya.

~ Remaja

12

Seorang remaja tersepit di antara dua peringkat perkembangan, tidak lagi


dianggap kanakkanak tetapi belum lagi mencapai kedewasaan. Peringkat
ini terbahagi kepada tiga dan mungkin bertindih:

PERGAULAN DAN PERHUBUNGAN

Pergaulan bebas punca hubungan terlarang


PERNAHKAH kita terfikir atau memahami bahawa dengan menjaga batas
pergaulan seharian di pejabat, kita boleh mendapat habuan pahala daripada Allah dan
keharmonian rumah tangga kekal terpelihara
Melalui pengamatan dan pembacaan masa kini, kita dapati fenomena perhubungan
sumbang (zina) antara isteri orang dengan suami orang sudah mula membarah dalam
masyarakat Islam kita.
Kadangkala situasi yang memungkinkan berlakunya fenomena itu wujud tanpa
disedari. Kata kunci terhadap perkara ini ialah kerana kita tidak sensitif terhadap
pergaulan di pejabat. Budaya menjauhi zina tidak lagi menjadi slogan dalam diari
pergaulan kita.
Adakah kerana kesibukan dalam tugas pejabat yang memerlukan lebih banyak masa
untuk diluangkan di pejabat hingga lepas waktu kerja?
Sememangnya kadangkala keadaan itu tidak dapat dielakkan. Cuma wanita harus lebih
peka ruang yang menyebabkan timbulnya fitnah.
Kerja yang bertimbun memaksa wanita berada di pejabat lebih daripada waktu biasa.
Selalunya akan ada seorang dua rakan sejawat yang sama-sama terbabit dalam urusan
kerja berkenaan atau ketua pun terpaksa memberi tumpuan untuk menghabiskan kerja
yang mendesak. Bayangkan sekiranya rakan sejawat atau ketua itu seorang lelaki (tidak
13

kira sudah beristeri atau tidak). Jika sudah, maka sudah tentu akan lebih parah. Sedikit
sebanyak interaksi dan ruang lingkup kerja sebegitu, jika wanita pula tidak berhati-hati,
maka amat malang bagi wanita berkenaan.
Mula-mula mungkin keluar makan bersama atau makan nasi bungkus saja di
pejabat. Kemudian, sering berbual dan berbicara. Timbul rasa selesa bersama, tempat
luahan hati pelbagai masalah, sama ada masalah keluarga, peribadi atau ipar duai.
Jika wanita tidak pandai menjaga diri, maka sudah tentu akan melarat sehingga
menimbulkan bibit perhubungan yang tidak diduga. Perkara dua insan ini mungkin
berlarutan dan begitu ketara sehingga menjadi bahan gosip pejabat.
Memang tidak dapat dinafikan wanita penyumbang sumber tenaga manusia yang
besar dalam pembangunan negara.Wanita memang perlu berganding bahu dalam
melaksanakan tugas di samping tidak mengabaikan tugas asasi di rumah.Oleh itu, wanita
berkerjaya harus mengetahui beberapa perkara sebelum ia keluar menjawat sebarang
jawatan.
Di samping itu, lelaki juga perlu memahami adab pergaulan kerana menjaga adab
pergaulan lelaki dan wanita adalah tanggungjawab bersama.Tetapi sebagai wanita yang
cerdik dan bijaksana, kita perlu melakukannya kerana kalau bukan kita yang
memulakannya, siapa lagi. Kita boleh mengawal diri tetapi tidak boleh mengawal apa
yang ada di dalam diri orang lain. Oleh itu, kita mulakan dengan diri kita dulu.

Beberapa panduan berikut harus jelas difahami.


> Niat ikhlas keredaan Allah SWT
Wanita berkerjaya haruslah mengikhlaskan niat dan meletakkan fokus sebenar mengapa
ia memegang sesuatu jawatan. Yang utamanya ialah kerana ingin mendapat keredaan
Allah SWT dengan berhubung terus dengan masyarakat dan melaluinya boleh dijadikan
14

contoh teladan seorang muslimat sejati. Antara lainnya juga ialah keluarnya wanita
bekerja itu agar amanah tidak diserahkan kepada orang yang tidak layak diberikan
amanah berkenaan.
> Isteri yang dihormati
Seharusnya wanita berkerjaya harus sentiasa menjaga akhlaknya sebagai seorang
isteri yang setia dan berperibadi tinggi. Jangan sekali-kali mengkhianati keizinan yang
telah diberikan oleh suami untuk melakukan perkara yang boleh menimbulkan fitnah.
Perlu diingat bahawa bertepuk sebelah tangan tidak akan berbunyi. Kuasa untuk
mengatakan tidak berada di dalam tangan seseorang wanita itu. Jika berlaku gejala
gangguan seksual, maka banyak cara dan saluran yang boleh dilakukan untuk
mengatasinya.
> Ibu yang dimuliakan
Wanita berkerjaya yang mempunyai anak sudah tentunya tahu apa itu perasaan kasihan
belas, sifat timbang rasa, pemaaf, berhikmah apabila berbicara. Sebaik mungkin sifat
keibuan ini jelas terpancar di dalam tindak tanduk berurusan sama ada dengan rakan
setugas, orang bawahan atau orang luar pejabat.
Dengan itu akan timbul rasa hormat dan jika ini berlaku, pekerja bawahan terutama akan
rasa senang untuk melakukan tugas secara suka dan rela tanpa perlu dipaksa serta di araharah. Pendek kata, jadilah ibu yang boleh dijadikan contoh (walaupun tidak mungkin
dapat meraih anugerah Ibu Mithali), yang ke hadapan dalam hal pendidikan,
pembentukan akhlak dan tempat rujukan dalam hal menangani permasalahan berkaitan
anak.
> Kerjaya bukan jalan keluar mengatasi kebosanan
Amat malang sekiranya wanita berkerjaya beranggapan bahawa keluarnya ia bekerja
15

ialah jalan mudah untuk mengelak atau melarikan diri daripada tugas seorang suri rumah
yang dianggapnya sebagai membosankan.
> Kedudukan di sesuatu tempat kerja adalah aset
Wanita berkerjaya perlu sedar bahawa dengan dia memegang sesuatu jawatan itu, maka
dia adalah seorang yang memang boleh diharap, malah mempunyai mutu kerja tinggi. Ini
bermakna organisasi di mana ia berada akan merasakan kehilangan seseorang yang amat
berharga jika ia tiada. Dalam lain perkataan, ia harus menjadi pekerja cemerlang,
bukannya liabiliti.

> Perlu ada suasana nasihat menasihati


Masyarakat sekeliling seharusnya memberi perhatian dan perlu memberi kata-kata
nasihat. Oleh itu, wanita perlu ada rakan wanita lain yang ikhlas nasihat-menasihati.
Surah Al-Asr seharusnya dijadikan panduan dalam amalan.
Jagalah sepenuhnya agar tidak berada dalam suasana yang menyebabkan fitnah yang
menimbulkan kecurigaan. Kadangkala wanita lain agak cemburu dan selalu suka
menjatuhkan antara satu sama lain. Paling tidak, ada yang suka melihat perkara sumbang
ini berlaku dan menjadikan rakan sebagai bahan gosip panas semata-mata. Kita
seharusnya menjauhkan wanita yang tidak boleh dibuat kawan seperti ini, tetapi ini
adalah bahan cerita lain yang mungkin boleh diteliti dalam penulisan lain.
> Wujudkan persekitaran komunikasi yang baik dalam rumah tangga
Peranan suami juga tidak kurang pentingnya. Suami memang sibuk dengan
urusannya. Adakah suami wanita berkerjaya mengambil berat, suka mendengar luahan
rasa hati isteri? Oleh itu, komunikasi rumah tangga menjadi keutamaan.
Suami isteri harus dapat menyelami sanubari masing-masing tanpa perlu mencurahkan
16

pada orang lain, apatah lagi suami orang atau isteri orang.
Suami isteri kenalah semarakkan semula api cinta yang telah terbenam dalam sekam
dimamah usia perkahwinan. Jadilah teman berbicara dan telinga yang mendengar untuk
pasangan masing-masing. Sebagai kesimpulan, sekiranya wanita dwi-kerjaya dapat
menghadam beberapa perkara yang disebutkan, maka sudah tentulah Allah akan
melindungi setiap wanita yang ikhlas menyumbang di luar rumah untuk mendapat
keredaan-Nya, membantu menegakkan agama-Nya, kerja tidak menjadi sia-sia malah
diberi pahala dan ganjaran. Dalam masa yang sama, keluarga akan terpelihara, sejahtera
dan sentosa, amanlah masyarakat daripada fitnah dan negara akan dapat terus maju
membangun. Jika tidak, maka persoalan harus ditanya pada diri wanita sendiri. Adakah
lebih baik kita menyumbang di dalam ruang lingkup rumah kita saja?

KEHAMILAN KALANGAN REMAJA


PENGENALAN
Perangkaan Jabatan Pendaftaran Negara bagi tahun 2000 hingga Julai 2008
mencatatkan lebih 257,000 sijil kelahiran didaftarkan tanpa catatan nama bapa. Ini
bermakna secara purata 2,500 kes anak luar nikah direkodkan setiap bulan atau hampir 84
kes setiap hari. Pecahan kes kelahiran luar nikah mengikut negeri antara tahun 2000
hingga 2008 menunjukkan 70,430 anak luar nikah didaftarkan. Selangor mencatatkan
bilangan paling tinggi iaitu 12,836 orang bayi. Ini diikuti Perak (9,788), Kuala Lumpur
(9,439), Sabah (8,435), Negeri Sembilan (4,108) berbanding Sarawak (617) manakala
Terengganu 574 orang saja. Pendaftaran mengikut etnik pula menunjukkan Melayu serta
Bumiputera Sabah dan Sarawak paling tinggi iaitu 20,949 orang bayi, India 19,581 dan
Cina 18,111. Pecahan mengikut agama adalah 30,978 Islam, 18,085 Hindu, 17,236
Buddha dan Kristian 3,395 orang (Portal berita UKM, Jun 2010).

17

Takrif hamil luar nikah ialah mengandung sebelum berkahwin di mana


kewujudan hubungan seks di antara dua pasangan yang tidak mempunyai pertalian nikah
yang sah. Remaja hamil luar nikah tergolong umur di antara 13 hingga 18 tahun. Menurut
Unicef (2008) mendapati remaja yang tergolong dalam hamil luar nikah terdiri daripada
umur 13 hingga 19 tahun. Fenomena ini amat membimbangkan individu, keluarga,
masyarakat dan negara dalam membina negara bangsa beretika dan rakyat yang
mempunyai jati diri. Fenomena ini tidak selari dengan cabaran keempat yang digariskan
dalam mencapai Wawasan 2020 bagi mewujudkan masyarakat bermoral, beretika,
warganegara yang kukuh nilai agama dan kejiwaan serta mempunyai etika paling tinggi
(Nazri Muslim & Nasruddin Yunus, 2006). Malaysia memerlukan rakyat yang bermoral
tinggi dan berakhlak terpuji bagi menghadapi globalisasi dan bersaing dalam pasaran
global. Bagi mencapai hasrat kerajaan, Kementerian Pelajaran Malaysia mengorak
langkah membawa pelajar ke arah pembentukan insan bertanggungjawab dalam
merealisasikan wawasan 2020 (Jamaludin Ahmad & Sidek Mohd Noah, 2001). Dalam
keghairahan menuju negara maju, tanpa disedari ramai remaja yang tercicir dalam arus
pendidikan. Keciciran dalam arus pendidikan boleh menjerumuskan pelajar dalam
pelbagai masalah sosial antaranya ialah aktiviti salah laku seksual atau hamil luar nikah.
Manakala pemantauan dan penglibatan ibu bapa dalam memotivasikan pelajar dalam
pendidikan juga tidak diberi perhatian yang serius. Bahkan keluarga juga merupakan
punca remaja terlibat dalam salah laku seksual sehingga hamil luar nikah . Kestabilan
keluarga sukar dikekalkan dalam tempoh masa yang panjang membina kesejahteraan
keluarga. Modenisasi dan kesibukan dalam menjana kewangan keluarga boleh
menjejaskan hubungan sesama ahli keluarga sehingga boleh menimbulkan pelbagai
masalah dalam keluarga sehingga keluarga itu tidak sejahtera. Ahli keluarga merupakan
elemen yang penting dalam menjaga kestabilan keluarga tersebut. Walau bagaimanapun
kestabilan keluarga ini sukar dikekalkan dalam tempoh masa yang panjang. Ini kerana,
faktor kesibukan dan kemodenan sedikit sebanyak menjejaskan hubungan sesama ahli
dalam keluarga sehingga menjadikan keluarga itu tidak sejahtera.

18

Ahli keluarga lebih mementingkan materialistik berbanding dengan hubungan


kekeluargaan yang lebih penting dalam mencapai objektif kehidupan sesebuah keluarga
(Selvaratnam, Nor Aini & Norlaila 2010). 133 Pengaruh rakan sebaya juga merupakah
salah satu faktor penting remaja terjerumus dalam kes hamil luar nikah. Pada usia awal
remaja, mereka mudah dipengaruhi oleh rakan sebaya dalam pembinaan keperibadian diri
dan pencarian identiti diri. Malangnya, pertemuan dengan rakan sebaya yang bermasalah
dan suka melakukan aktiviti negatif mengajak remaja melakukan perkara di luar batasan
keagamaan dan norma masyarakat. Misalnya berkunjung ke disko, pusat hiburan,
pengambilan dadah dan melalukan seks bebas. Permulaan dengan aktiviti bebas boleh
menjerumuskan remaja hamil luar nikah sehingga terpaksa membuang bayi mereka.
Menurut Hashim et al. (2008), remaja yang mengandung luar nikah terpaksa membuang
bayi kerana terdesak, rasa malu, takut bagi mengelakkan rahsia mereka terbongkar
daripada pengetahuan ibu bapa dan masyarakat. Remaja juga takut akan diambil tindakan
undang-undang terhadap mereka menyebabkan fikiran buntu dan terus ambil langkah
mengugurkan atau membuang bayi yang dilahirkan.
Media massa juga boleh mempengaruhi remaja dalam melakukan aktiviti salah
laku seksual. Pengaruh media massa yang tiada sempadan misalnya internet membantu
remaja memudahkan mereka melayari alam siber yang tidak sepatutnya. Perasaan ingin
tahu dalam golongan remaja menyebabkan mereka mudah terlibat dalam aktiviti hamil
luar nikah kerana tidak tahu masalah yang perlu dihadapi di masa depan. Mereka seronok
melayan cinta sehingga terlanjur melakukan seks (Rafidah, 2001). Punca peningkatan
jumlah remaja yang hamil luar nikah dan pembuangan bayi disebabkan kecanggihan
teknologi di mana bahan lucah dalam internet boleh dicapai dan mudah untuk disebarkan
(Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, 2010). Berdasarkan statistik dan pelbagai telah
membuktikan punca remaja terjerumus dalam fenomena hamil luar nikah. Oleh demikian,
kajian ini meneroka pengalaman remaja yang melalui hamil luar nikah dan
sejauhmanakah perhubungan remaja dengan ibu bapa dalam menghadapi masalah hamil
luar nikah.
OBJEKTIF KAJIAN

19

Tujuan kajian ini adalah untuk meneroka pengalaman remaja hamil luar nikah yang
tinggal dalam institusi sehingga lahir bayi mereka dan memahami perhubungan remaja
hamil luar nikah dengan ibu bapa mereka dalam krisis penjagaan anak remaja.
KAEDAH KAJIAN
Pendekatan kualitatif dipilih untuk menjawab persoalan kajian berlandaskan latar
belakang subjek kajian, yang sukarela sedia berkongsi pengalaman mereka, dipilih secara
pemilihan bertujuan mengikut kriteria yang ditetapkan. Tema yang menjelmakan
(emergent) dalam data kajian mempunyai banyak maklumat yang terselindung
terutamanya tentang masalah hamil luar nikah dalam kalangan remaja. Seramai 6 remaja
telah ditemu bual sesuai dengan kriteria pemilihan responden yang tergolong dalam
kalangan awal remaja terdiri daripada yang berumur antara 13 tahun hingga 17 tahun.
Lokasi kajian dijalankan di Taman Seri Puteri Cheras dengan kerjasama Jabatan
Kebajikan Masyarakat Malaysia. Analisis kajian yang digunakan adalah proses menyusun
data untuk ditafsirkan. Menyusun data bererti mengumpulkan dalam pola, tema dan
kategori untuk memahami makna sesuatu fenomena. Interpretasi data yang digunakan
untuk menggambarkan perspektif atau pandangan pengkaji,
bukan untuk mencari kebenaran. Beberapa strategi dalam kajian kualitatif untuk kesahan
dalaman data yang boleh digunakan iaitu: 134 memanjangkan masa penyelidikan,
triangulasi, semakan kembali dengan responden (member checks), pengamatan jangka
masa lama dan penilaian pakar. Kesemua strategi ini adalah untuk mengurangkan
pengaruh atau bias pengkaji.

HASIL KAJIAN DAN PERBINCANGAN


Profil Responden dan Ibu bapa
Keseluruhan responden berumur antara 13 hingga 17 tahun. Majoriti responden
berbangsa Melayu dan hanya seorang sahaja yang berbangsa India berumur 15 tahun
20

berpendidikan sehingga darjah lima sahaja. Seorang responden Melayu juga mempunyai
pendidikan sehingga darjah 6, 2 responden dapat menamatkan tingkatan dua dan dua
orang lagi tingkatan tiga. Responden A telah berhenti sekolah dalam usia 13 tahun,
mengandung 6 bulan ketika temu bual dijalankan dan bercadang untuk meneruskan
pengajian selepas melahirkan anak. Responden C pula berbangsa India berumur 15 tahun
tidak berminat untuk meneruskan pendidikan. Beliau menyatakan bahawa tidak pandai
membaca, jadi malas untuk bersekolah. Reaksi responden F pula mendapati bahawa
minat untuk belajar luntur apabila keperluan untuk mencari kewangan bagi membantu
ibu menambah pendapatan keluarga menjadi keutamaan berbanding bersekolah. Bilangan
adik beradik yang ramai iaitu 10 orang ahli keluarga di mana responden merupakan anak
yang ke 6. Bilangan ahli keluarga yang ramai juga merupakan punca remaja mencari
kasih sayang di luar rumah kerana mereka kurang mendapat perhatian dan dipinggirkan
(Zarinah et al., 2002). Perbandingan antara bandar dan luar bandar menunjukkan bahawa
responden A, C dan E tinggal di kawasan bandar seperti Shah Alam, Ampang dan
Setapak. Manakala responden B, D dan F tinggal di Maran, Segamat dan Jelebu.
Latar belakang keluarga responden menunjukkan bahawa responden B dan E
tinggal bersama keluarga tiri. Responden B menyatakan bahawa ibu kandung meninggal
dunia semasa beliau berumur 10 tahun. Begitu juga dengan responden D menceritakan
bahawa beliau tinggal dengan ayah tiri setelah kematian ayah kandung sejak umur beliau
dua tahun. Kedua-dua remaja tidak mempunyai perapatan dengan ahli keluarga
menyebabkan mereka mencari kasih sayang di luar rumah yang menyebabkan mereka
terjebak dalam salah laku seksual. Sebalik responden F menyatakan bahawa ibu bapa
beliau telah bercerai sejak tujuh tahun yang lalu semasa berumur 11 tahun. Sejak menjadi
ibu tunggal, ibunya terpaksa bekerja keras mencari nafkah untuk adik beradik yang
ramai. Ibu beliau juga tidak dapat mengawal kesejahteraan keluarga kerana memikul
pelbagai beban penjagaan bersendirian. Responden A dan C pula mempunyai ibu bapa
tetapi sering pulang lewat malam dan kurang memberi perhatian terhadap keluarga.
Hubungan anak dan ibu bapa yang renggang menyebabkan remaja berani keluar
dan melakukan aktiviti salah laku seksual. Keruntuhan moral juga dipengaruhi oleh cara
21

gaya pengawasan dalam kalangan ibu bapa terhadap perubahan tingkah laku dalam
kalangan remaja (Ummi Khaltum, 1995). Komunikasi dua arah amat berkesan dalam
membendung aktiviti salah laku seksual di mana remaja menjadi rakan kepada ibu bapa
(Hashim et al., 2008). Dalam situasi begini anak-anak lebih mempercayai ibu bapa
berbanding rakan sebaya. Remaja juga akan menjadikan ibu bapa sebagai tempat rujukan
jika berdepan dengan masalah. Luahan hati beberapa remaja hamil luar nikah
mengatakan bahawa mereka tidak mendapat perhatian dan kasih sayang kerana ibu bapa
sangat sibuk dengan tugas harian. Ibu bapa seharusnya menjadi 135 model bagi anakanak, malah kesibukan dalam berkerjaya bukan halangan dalam memberikan kasih
sayang dan perhatian yang cukup bagi mengawasi dan menjaga anak-anak remaja supaya
tidak terjebak dalam aktiviti salah laku seksual. Responden D meluahkan perasaannya
seperti berikut:
... tak cerita pun masalah kat mak ....saya hanya menangis... kalau saya cerita pun kat
mak saudara sebab lebih rapat dengan dia....
Sebaliknya responden C dan E pula akan meluahkan segala perasaan mereka kepada
kakak berbanding dengan ibu bapa. Pada pandangan mereka, ibu bapa kurang memberi
perhatian dan sering tidak ada di rumah menyebabkan mereka tidak rapat dengan ibu
bapa. Kesibukan dalam kerjaya ibu bapa menyebabkan mereka sering tidak berada di
rumah. Hampir semua responden menyatakan bahawa ibu bapa tidak pernah meluangkan
masa untuk membuat apa-apa aktiviti hujung minggu bersama anak-anak. Majoriti
responden lebih kerap keluar bersama kawan-kawan berbanding keluarga sendiri.
Pengaruh rakan sebaya dan Internet
Masa terluang remaja lebih banyak bersama kawan-kawan menyebabkan mereka
banyak terpengaruh dengan salah laku seksual dalam kalangan remaja. Pertemuan rakanrakan yang mempunyai latar belakang masalah keluarga yang sama menyebabkan mereka
cuba mencari kelainan dalam aktiviti harian. Hampir kesemua responden mendapat
pengetahuan seks melalui rakan sebaya semasa melangkah ke tingkatan satu. Responden
E menyatakan bahawa:
22

... saya mengetahui mengenai seks masa form 1 la ...sebelum tu tak lagi ...masuk sekolah
menengah startlah...
Sebaliknya responden A pula menyatakan bahawa rakan sebaya juga sering bercerita dan
bertukar pandangan mengenai aktiviti seks yang menyebabkan responden ingin tahu
perkara tersebut. Manakala bagi responden B dan responden C pula adalah seperti
berikut:
... ada juga kadang main tukar CD dengan kawan ... kawan beli CD seks dan tukar-tukar
dengan saya.
Sejak umur 12 tahun, saya mula kenal kawan-kawan... keluar bersama ... mereka ajak
tengok video semua...mula masuk menengah lah ... duduk asrama ... ramai kawan
bercerita benda tu lah.

Sebahagian responden juga menggunakan laman sesawang untuk akses gambar


porno dan lain-lain bahan lucah. Kebanyakan remaja leka bersembang (chatting) di laman
facebook, twiter, myspace dan sebagainya mengenai hubungan seksual dan bahan lucah.
Menurut responden B bahawa:
... dapat dari internet ... akak buka kedai komputer...lepas tu saya selalu pergi dan search
benda tu lah. Sikap remaja yang menginginkan keseronokan dan kurang pengawasan
dalam aktiviti mereka menyebabkan remaja lebih bebas dalam mengakses laman
sesawang lucah dan sebagainya. Kematangan remaja juga masih kurang untuk menilai
baik dan buruk sesuatu perkara menyebabkan mereka lebih terdedah kepada masalah
salah laku seksual. Sternberg dan Barnes (1988) mencadangkan teori psikologi cinta.
Keberahian adalah komponen motivasi dan rangsangan dalam hubungan. Dalam
hubungan seksual ia melibatkan keinginan romantis, tarikan fizikal dan hubungan
kelamin. Cinta remaja akan berakhir diperingkat pertama dan kedua iaitu berahi dan
hubungan intim kerana peringkat ketiga adalah mengambil tanggungjawab dalam
menjaga hubungan. Remaja tidak boleh mencapai ke peringkat seterusnya kerana belum
boleh menjalankan komitmen penjagaan terhadap orang lain.

23

UNFPA Resource Kit: World Population Day 2008 mendapati bahawa punca hamil
luar nikah dalam kalangan remaja di negara membangun antaranya adalah kurang
pendidikan seks, perilaku seks remaja yang terpengaruh dengan dadah atau alkohol,
tekanan rakan sebaya yang menceburi aktiviti seks bebas, penggunaan salah kontrasepsi,
kemiskinan, rasa kendiri yang rendah, perselisihan faham dalam rumah atau keluarga,
cita-cita pendidikan yang rendah dan sebagainya. Kajian Siti Salwani (2009) mendapati
bahawa salah laku seksual yang dilakukan oleh 105 responden daripada 124 responden
adalah disebabkan terpengaruh dengan pornografi. Selain itu, perasaan ingin tahu,
paksaan atas dasar cinta terhadap pasangan, pelbagai bahan lucah dan sebagainya
mendorong remaja terlibat aktiviti salah laku seksual. Manakala Mohammad dan Suria
(2005) menyatakan bahawa remaja kurang maklumat mengenai risiko seks dan sering
mencuba tanpa memikirkan impak kesihatan serta masa depan diri mereka.
Penekanan Agama dan Nilai Moral Keluarga
Pegangan agama dan nilai moral merupakan kompas kehidupan seseorang individu
tua atau muda. Seseorang yang berpegang kepada agama akan memastikan baik dan
buruk sesuatu perkara sebelum bertindak untuk melakukannya. Sebaliknya dalam kajian
ini mendapati bahawa hampir semua responden tidak berpegang kepada agama sebagai
landasan hidup. Majoriti responden yang ditemu bual mengabaikan solat, walaupun
pesanan dan nasihat telah diberikan kepada ibu bapa bagi menjalani kehidupan harian.
Apa yang lebih membimbangkan adalah ibu bapa tidak menghukum atau mengambil
tindakan jika anak-anak tidak mahu mengerjakan sholat. Responden dan E menyatakan
seperti berikut:
... mak ayah memang tegur bab agama... mereka jaga ... mereka marah lah kalau tak
solat... tapi kalau tak buat... mak ayah tak marah, diam je... tak cakap apa pun.
... mak marah juga kalau tak solat, tapi banyak kali cakap... saya tak dengar... jadi mak
tak ambil kisah pun.
Hubungan silaturahim antara ibu bapa dan remaja tidak berjalan dengan lancar
menyebabkan arahan ibu bapa tidak diambil kira oleh remaja. Remaja tidak menghormati
pandangan dan nasihat ibu bapa yang menyebabkan komunikasi tidak berkesan dalam
24

kalangan remaja yang melakukan salah laku seksual. Sebaliknya komunikasi berkesan
antara ibu bapa dan remaja akan menghasilkan tahap keyakinan diri yang tinggi,
peningkatan pencapaian, afektif dan kesihatan mental yang baik dalam kalangan remaja.
Dalam suasana begini, remaja boleh menerima pandangan positif dan negatif dalam
kalangan ibu bapa serta remaja juga boleh menyesuaikan diri dengan lebih mudah. Ibu
bapa tidak boleh membiarkan awal remaja untuk menentukan jalan hidup mereka,
seharusnya mereka dibimbing dan dipantau dengan penuh kasih sayang bagi
mengelakkan diri remaja terlibat dengan aktiviti bercorak seksual sebelum remaja
berkahwin.
Ibu bapa atau penjaga perlu berwibawa dan peka kepada perubahan tingkah laku
dalam kalangan remaja. Mereka perlu diberi galakan, rangsangan dan bimbingan melalui
pendekatan disiplin yang asertif dan tidak kasar. Ibu bapa juga perlu berinteraksi secara
positif dan menyemai emosi yang bersesuaian bagi membantu remaja mengawal diri
mengikut peraturan keluarga dan komuniti. Hart dan Hilton (1988) menyatakan bahawa
kekurangan kasih sayang dan ikatan emosi dalam kalangan keluarga boleh meningkatkan
kemungkinan kehamilan dalam kalangan remaja.

KESIMPULAN DAN CADANGAN


Keseluruhan responden mempunyai masalah perhubungan dengan ibu bapa di
mana remaja lebih banyak bergaul dan menghabiskan masa bersama kawan-kawan
berbanding ibu bapa. Lingkungan umur remaja ialah 13 hingga 17 tahun terlibat dalam
hamil luar nikah. Pengaruh rakan sebaya yang menyebabkan mereka terlibat dalam hamil
luar nikah. Rakan sebaya juga dijadikan tempat mengadu dan menghilangkan tekanan
menggantikan ibu bapa. Persekitaran tempat tinggal remaja juga menyebabkan mereka
mudah terjebak dalam aktiviti salah laku seksual. Hampir semua responden tinggal di
kawasan flat perumahan PPR. Dari aspek gaya keibubapaan mendapati bahawa kurang
pengawasan, kurang kawalan, aktiviti harian anak-anak amat bebas dan kurang mendidik
anak dalam aspek keagamaan. Bahkan kesibukan ibu bapa dalam mengejar harta dunia,
25

kurang komunikasi dengan anak-anak dan jarang berada di rumah serta kurang sokongan
sosial merupakan antara punca kehamilan luar nikah.
Beberapa cadangan dapat dikemukakan melalui kajian ini untuk membantu pihak
yang berkepentingan bagi menangani masalah hamil luar nikah semakin berleluasa dalam
kalangan remaja adalah seperti berikut:
i. Peranan ibu bapa - ibu bapa adalah tulang belakang dalam pembinaan keluarga yang
sejahtera. Maka komunikasi adalah salah satu alat yang penting dalam memperbaiki
hubungan yang renggang dalam keluarga. Pemantauan bagi setiap aktiviti remaja di mana
ibu bapa mengambil tahu pergerakan anak-anak supaya dapat kenal pasti rakan sebaya
mereka. Ibu bapa juga perlu mendidik anak daripada aspek keagamaan supaya mereka
kenal baik buruk sesuatu perilaku, memberi nasihat dan tunjuk ajar kepada anak-anak.
Ibu bapa juga perlu meluangkan masa bersama anak-anak, keluar bersiar-siar atau
berkelah sekurang-kurangnya sekali dalam tiga bulan bagi merapatkan hubungan
silaturahim dengan anak-anak.
ii. Peranan remaja pengaruh rakan sebaya merupakan faktor penting punca remaja
terlibat dalam aktiviti yang tidak sihat. Bagi generasi remaja kini, rakan sebaya
merupakan rujukan utama dalam pembinaan sahsiah dan tingkah laku mereka. Remaja
kini lebih banyak berbincang mengenai permasalahan harian bersama rakan sebaya bukan
dengan ibu bapa. Bahkan mereka menghadapi masalah untuk berkongsi masalah harian
bersama ibu bapa kerana lompang generasi. Peruntukan masa kualiti bersama keluarga
juga amat kurang kerana remaja kini lebih banyak menghabiskan masa dengan rakan
sebaya berbanding dengan ibu bapa. Remaja perempuan sering merujuk rakan sebaya
untuk mendapatkan pandangan dan bimbingan bagi penyelesaian masalah. Kesilapan
dalam pemilihan rakan sebaya ini boleh membawa mereka ke arah perkara-perkara
negatif misalnya ponteng sekolah, mencuri, merokok, melepak di pusat membeli belah
sehingga boleh merosakkan sahsiah remaja tersebut. Maka pendedahan awal mengenai
pemilihan rakan sebaya yang baik dan pemantauan ibu bapa mengenai rakan sebaya

26

remaja adalah amat penting bagi mencegah remaja terdedah kepada aktiviti salah laku
seksual.
iii. Peranan komuniti - pergaulan bebas perlu ada pengawasan komuniti setempat.
Komuniti tradisional Malaysia perlu diamalkan kembali di mana ambil tahu mengenai
anak jiran adalah amat penting dalam meningkatkan sokongan sosial dalam membina
generasi remaja yang sihat dan sejahtera. Konsep ambil tahu anak jiran bukan sematamata menjaga tepi kain orang tetapi masing-masing komuniti setempat perlu mengawasi
anak-anak supaya tidak terlibat dalam aktiviti salah laku seksual. Jika komuniti bandar
dan luar bandar dapat mengamalkan konsep ambil tahu anak jiran dalam aspek positif ,
maka pelbagai masalah sosial dapat dikurangkan dan dicegah lebih awal. Komuniti
setempat perlu mereka program kejiranan remaja yang selamat terutama dalam
masyarakat bandar dan pinggir bandar.
iv. Peranan Guru - guru kaunselor sekolah perlu mengambil tindakan segera berkaitan
masalah salah laku seksual dalam kalangan remaja. Kementerian kesihatan dalam
memberi penerangan tentang impak hamil luar nikah dalam kalangan pelajar-pelajar
sekolah menengah, bagaimana boleh mengelak daripada terjebak dalam aktiviti salah
laku seks. Kerjasama dengan JAKIM boleh memberi penerangan daripada aspek agama
dan sebagainya.
v. Peranan Kementerian - JKMM perlu mengkaji semula Taman Seri Puteri Cheras agar
perancangan program mengikut kesesuaian zaman dan perkembangan remaja masa kini.
Program keusahawanan dan pendidikan kemahiran perlu diterapkan bagi membantu
remaja yang telah tamat tempoh dapat menjalani kehidupan lebih bermakna.
vi. Peranan Media - lebih banyak drama dan kuliah motivasi bagi ibu bapa dan remaja
dalam menangani masalah krisis remaja dengan cara yang lebih berkesan. Dalam
masyarakat yang sederhana status sosioekonomi, media massa elektronik atau cetak
memainkan peranan penting dalam memberi kesedaran kepada masyarakat. Kempen

27

yang berterusan dalam media ini dapat memberi pendedahan holistik kepada kalangan
remaja dan ibu bapa mereka.

PEMBUANGAN BAYI
Isu Pembuangan bayi yang semakin hari semakin banyak dilaporkan
di dada akhbar dan paling menyayat hati terdapat bayi yang tidak berdosa
bukan saja dibuang, malah dibakar. Menurut pandangan Anitayahya (2007),
pengguguran dan pembuangan bayi membawa maksud penamatan proses kehamilan
sebelum cukup bulan (sembilan bulan untuk manusia) yang mengakibatkan kemusnahan
janin. Pandangan yang diberikan oleh saudari Anitayahya ini membuktikan bahawa
pembuangan bayi ini merupakan satu jenayah yang boleh dianggap sebagai jenayah berat
dan teruk. Selain itu, definisi dari saudari Anitayahya turut memaparkan kesan negatif
kepada ibu sekiranya proses kelahiran dalam melahirkan anak tidak mengikut kaedah
yang betul.
Mengikut Kamus Dewan Edisi 4, halaman 208, perkataan buang bermaksud
mencampakkan, melemparkan, menghapuskan, dan menghilangkan. Perkataan bayi
bermaksud anak kecil yang baru dilahirkan oleh si ibu. Manakala, makna pembuangan
bayi pula adalah perbuatan mencampakkan atau menghapuskan anak kecil yang tidak
berdosa ke merata-rata tempat tanpa ada sifat berperikemanusiaan. Definisi yang
ditakrifkan dalam kamus Dewan ini menjurus ke arah menerangkan makna pembuangan
bayi yang lebih jelas. Maksud yang diberikan ini mampu memberi lebih kefahaman
kepada pembaca untuk mengetahui lebih mendalam tentang masalah pembuangan bayi
ini.
Akta yang terlibat didalam kes pembuangan bayi ialah Di bawah Akta
Kanak-kanak 2001 (Child Act) Bab 3 Kesalahan Berhubung Dengan
Kesihatan Dan Kebajikan Kanak Kanak. Seksyen 31 iaitu penganiayaan,
pengabaian, pembuangan atau pendedahan kanak-kanak. Di Malaysia, kes
pembuangan bayi dilihat berlaku semakin menjadi-jadi. Dianggarkan bagi
tempoh 2008 hingga 2009, sebanyak 181 kes pembuangan bayi dilaporkan
28

di Malaysia, manakala 60 kes direkodkan sejak awal tahun 2010 hingga


12/8/2010. Malah masalah ini dari hari ke hari semakin bertambah di negara
tersebut.

Berikutan

itu,

Kabinet

Malaysia

telah

memutuskan

kes

pembuangan bayi disiasat sebagai kes bunuh atau percubaan membunuh


bagi memastikan perbuatan tidak berperikemanusiaan itu menerima
hukuman berat. Kes bunuh disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun
Keseksaan (Akta 574) yang membawa hukuman gantung sampai mati,
manakala kes percubaan membunuh mengikut Seksyen 307 kanun sama
membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun. Sebelum ini, semua kes
pembuangan bayi disiasat mengikut Seksyen 31 Akta Kanak-kanak 2001
yang boleh dihukum denda maksimum RM 20,000 atau penjara 10 tahun
atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.

2.0 FAKTOR-FAKTOR PEMBUANGAN BAYI


Pada zaman abad ke 21 ini, Malaysia merupakan sebuah negara yang
pesat membangun dan bersedia dalam menongkah arus pemodenan dan
globalisasi. Kini, nama Malaysia begitu terkenal di mata dunia. Namun
begitu, di sebalik kegemilangan ini, masyarakat Malaysia masih dihantui
satu penyakit sosial yang sudah lama bersarang dalam kalangan
masyarakat Malaysia, iaitu masalah pembuangan bayi. Biasanya, golongan
remaja yang sering terlibat dalam kes pembuangan bayi di Malaysia. Di
bawah ada beberapa faktor pembuangan bayi :
2.1 Kurang Didikan dan Kefahaman Agama
Faktor utama berlakunya permasalahan ini ialah kurangnya didikan
dan kefahaman agama. Kekurangan didikan agama yang merupakan
panduan dan pedoman hidup remaja telah menyebabkan mereka hilang
haluan dalam kehidupan dan seterusnya terlibat dalam gejala-gejala negatif
29

seperti pergaulan bebas dan sebagainya. Remaja yang melibatkan diri


dalam gejala pergaulan bebas antara lelaki dan perempuan sudah
semestinya menjalinkan hubungan di luar tabii. Hal ini telah menyebabkan
remaja perempuan mengandung sebelum ada ikatan yang sah. Dalam
situasi tersebut, remaja yang hilang pegangan agama tidak teragak-agak
untuk membuang dan meninggalkan anak mereka selepas dilahirkan. Lebih
teruk lagi, ada segelintir remaja membunuh dan membakar bayi yang
mereka lahirkan semata-mata mahu menghilangkan bukti hasil hubungan
sulit mereka. Sikap negatif mereka ini telah menimbulkan seribu tanda
tanya kepada masyarakat tentang kewibawaan mereka dalam memacu
Malaysia ke arah pemodenan pada masa hadapan.

2.2 Pengaruh Rakan Sebaya


Selain itu, pengaruh rakan sebaya juga menyebabkan masalah kes
pembuangan bayi dalam kalangan remaja berlaku. Rakan-rakan yang
negatif tidak teragak-agak mengajak remaja untuk melakukan perkaraperkara di luar batasan agama dan norma masyarakat seperti pergi ke
tempat hiburan, menghisap dadah, melepak, melakukan pergaulan bebas
antara lelaki dan perempuan, dan sebagainya. Remaja yang terjerumus
dalam kancah-kancah negatif tersebut, tanpa segan silu melakukan
hubungan seks rambang dan akhirnya menemui jalan buntu apabila
mendapati bahawa dirinya mengandung. Dalam keadaan yang terdesak,
mereka terpaksa membuang bayi mereka demi mengelakkan maruah diri
dan keluarga tercemar.
2.3 Sikap Masyarakat
Di samping itu, sikap masyarakat yang suka mengkritik dan
menghukum turut menyebabkan masalah pembuangan bayi ini berlaku.
30

Apabila seseorang remaja perempuan melahirkan anak luar nikah, sudah


pastinya masyarakat setempat menghina dan memandang serong padanya.
Secara tidak langsung, remaja perempuan itu juga pastinya dianggap
menjatuhkan maruah keluarganya. Remaja perempuan berasa tertekan
dengan bebanan yang ditanggung seorang diri tanpa sokongan daripada
pelbagai pihak. Demi menjaga imej sendiri dan juga keluarga, remaja
tersebut mengambil jalan mudah dengan membuang bayinya ekoran
bimbang dipandang jijik dan hina oleh masyarakat. Jalan mudah yang
diambil mereka membuktikan bahawa mereka memerlukan bimbingan dan
sokongan daripada masyarakat untuk menyelesaikan masalah yang
mereka alami.

2.4 Sikap Ingin Tahu Remaja


Faktor yang terakhir adalah sikap remaja yang ingin mencari sesuatu
yang baru atau sikap ingin tahu. Sikap ingin tahu tentang sesuatu memang
wujud dalam diri remaja. Biasanya, mereka gemar mencuba sesuatu yang
baru. Setiap perkara yang dilarang, itulah yang ingin diterokai oleh mereka.
Remaja berfikiran bahawa mereka menjadi lebih matang sekiranya
mencuba benda yang jarang dilakukan oleh orang lain, lebih-lebih lagi seks
rambang. Mereka juga beranggapan bahawa diwaktu usia remajalah
mereka patut berseronok dan bergembira sehingga melakukan perkara
seperti seks bebas ini. Sikap remaja yang ingin mencuba sesuatu ini
sebenarnya tidak mengetahui baik dan buruknya serta akibat yang bakal
diterima mereka. Sebagi remaja yang matang, mereka mestilah berfikiran
rasional dan bijak dalam menilai sesuatu perkara supaya tidak menyesal
dikemudian hari. Bak kata pepatah, sesal dahulu pendapatan, sesal
kemudian tiada gunanya.

31

3.0 KESAN MASALAH PEMBUANGAN BAYI


Pembuangan bayi pada hari ini telah memberi kesan dan impak yang
begitu besar dalam masyarakat. Remaja merupakan aset utama dan
penting negara pada masa hadapan, memainkan peranan yng besar dalam
pembangunan negara. Kesan jangka panjang dan jangka pendek pasti
berlaku seandainya remaja pada hari ini tidak tahu cara terbaik untuk
membentuk dan memuliakan akhlak mereka. Kesan-kesan pembuangan
bayi boleh diklasifikasikan kepada beberapa bahagian seperti kesan
kepada bayi, ibu yang melahirkan, keluarga remaja perempuan yang
terlibat dalam pembuangan bayi, kesan kepada masyarakat dan juga kesan
kepada negara itu sendiri.

3.1 Kesan kepada Bayi


Bayi merupakan anugerah Tuhan yang paling berharga kepada
pasangan suami isteri tetapi, bayi juga menjadi bebanan kepada pasanganpasangan kekasih yang telah terlanjur dan tidak bersedia untuk memikul
tanggungjawab di usia yang masih mentah, yakni usia remaja. Akibat
daripada hilangnya sifat kemanusiaan dalam diri, bayi-bayi telah menjadi
mangsa dan kesannya, semua bayi ini hidup tidak mengenali dan
mendapat kasih sayang daripada ibu bapa kandung mereka. Bayi-bayi ini
juga terpaksa memikul gelaran anak luar nikah sepanjang hidup mereka
walaupun mereka menjadi mangsa keadaan dalam masalah ini. Tambahan
lagi, bayi-bayi ini masih kecil lagi dan tidak mengerti apa yang sedang
berlaku kepada mereka. Apa yang lebih teruk lagi, mereka dibuang tempattempat yang terpencil dan jauh daripada pandangan masyarakat sehingga
menyebabkan bayi-bayi yang tidak berdosa ini meninggal dunia.
Sebagai contoh, baru-baru ini di Melaka, seorang bayi lelaki dijumpai
mati dalam keadaan yang sungguh menyayat hati. Mengikut sumber dari
32

pengarang utusan Malaysia, Rizanizam Abdul Hamid (2010), mayat bayi itu
ditanam berhampiran Sungai Melaka selepas dikatakan meninggal dunia di
Taman Melaka Baru, Batu Berendam. Apa yang lebih mengejutkan lagi, bayi
tersebut adalah anak kepada pasangan remaja yang baru berusia 15 dan 19
tahun. Siasatan polis mendapati bayi lelaki yang cukup sifat itu masih
hidup ketika dilahirkan selain terdapat beberapa kesan lebam di bahagian
kepala. Kejadian seperti ini cukup jelas membuktikan betapa kejamnya
insan yang bergelar remaja yang tidak tahu menghargai pemberian dari
Tuhan.

3.3 Kesan kepada Ibu Bayi


Kesan yang kedua pula adalah kesan kepada ibu bayi berkenaan
atau lebih tepat lagi pesalah. Hal ini kerana, sewaktu pesalah melahirkan
anak, mereka tidak berada dalam keadaan dan situasi yang selesa dan
mengizinkan. Tanpa persediaan yang rapi, pesalah ini pastinya mengalami
jangkitan kuman yang serius, kecederaan semasa melahirkan anak, dan
juga kehilangan darah yang banyak. Majoritinya, mereka melahirkan anak
dengan menggunakan kudrat sendiri tanpa pertolongan daripada pihak
hospital dan pihak lain. Selain itu, pesalah juga sudah semestinya
mengalami pelbagai masalah dalam diri seperti kemurungan, hilang
keyakinan diri, dan juga masalah emosi. Hal ini akibat daripada perbuatan
mereka sendiri yang sememangnya salah dari segi undang-undang, agama,
dan negara.
3.4 Kesan kepada Institusi Kekeluargaan

33

Di samping itu, akibat daripada pembuangan bayi juga, berlakunya


keruntuhan institusi kekeluargaan. Apabila institusi sesebuah keluarga itu
runtuh, keharmoniaan dalam kekeluargaan juga turut terkena tempiasnya.
Hal ini disebabkan, ibu bapa berasa malu mempunyai anak yang sebegitu
rupa tingkah lakunya. Mereka menganggap anak seperti ini telah
menconteng arang ke muka mereka. Apa yang mereka bimbangkan adalah
jiran sekeliling mereka yang pastinya memandang serong dan negatif
dengan keluarga mereka. Disebabkan masalah pembuangan bayi juga,
masalah penceraian berlaku. Ibu bapa remaja yang terlibat dengan
perbuatan yang tidak bermoral ini bergaduh dan menyalahkan sesama
sendiri kerana tidak pandai mendidik dan memelihara anak sehingga anakanak yang lain terpaksa menanggung akibatnya. Sebagai ibu bapa,
janganlah terus menyalahkan anak-anak mereka tetapi membantu dengan
memberi sokongan dan panduan untuk meneruskan hidup.

3.5 Kesan kepada Masyarakat


Kesan

yang

seterusnya

adalah

kepada

masyarakat.

Kes

pembuangan bayi yang berlaku telah menjejaskan imej masyarakat


sekeliling. Mereka pastinya berasa malu dan kecewa dengan apa yang
berlaku. Sudah semestinya remaja dipersalahkan dalam kes ini kerana
biasanya, remaja merupakan golongan terbesar melibatkan diri dalam
kegiatan ini. Kerana nila setitik, rosak susu sebelanga. Peribahasa ini
bertepatan sekali dengan situasi yang berlaku ini. Masyarakat telah
menerima akibatnya hasil daripada kegiatan tidak bermoral ini dan secara
tidak langsung telah menimbulkan persepsi orang luar tentang kredibiliti
masyarakat setempat dalam membendung kes-kes seperti daripada
berlaku.
4.0 CADANGAN DAN LANGKAH-LANGKAH MENGATASI

34

Perbuatan membuang bayi di merata-rata tempat adalah satu


jenayah yang amat zalim dan keji serta lebih hina tarafnya daripada haiwan.
Malah haiwan lebih baik daripada itu kerana mengasihani dan memelihara
anak dan sanggup mati demi keselamatan dan nyawa anak-anak. Inilah
kesannya apabila rohani seseorang tidak diisi dengan ajaran agama.
Langkah yang lebih berkesan perlu diambil oleh semua pihak untuk
membendung gejala sosial itu agar tidak ada lagi anak-anak luar nikah
yang dilahirkan terbiar dan tidak mendapat kasih sayang yang sewajarnya.
4.1

Peranan Ibu Bapa


Bagi mengatasi masalah ini dari terus berpanjangan, para ibu bapa

seharusnya
memberi perhatian, kasih sayang dan bimbingan yang penuh kepada anakanak mereka lebih-lebih lagi pada peringkat remaja. Manusia perlu
memenuhi keperluan peringkat asas atau keperluan hayat atau fisiologi
terlebih dahulu sebelum timbul keperluan peringkat berikutnya iaitu
keperluan keselamatan. Seterusnya, keperluan kasih sayang dan diikuti
pada peringkat berikutnya, keperluan peringkat kendiri. Peringkat yang
terakhir adalah sempurna kendiri. Berdasarkan teori ini kasih sayang
diletakkan pada peringkat ketiga di mana memberi gambaran bahawa
penghargaan dan kasih sayang sangat penting kepada manusia lebih-lebih
lagi diperingkat remaja. Sekiranya ibu bapa kurang atau tidak memberi
kasih sayang yang secukupnya maka anak-anak akan mencari kasih
sayang tersebut dari orang lain seperti rakan sebaya. Oleh itu, ibu bapa
mestilah memainkan peranan yang penting dalam membentuk sahsiah diri
anak-anak mereka supaya tidak terjerumus ke lembah maksiat seperti seks
rambang, pergaulan bebas, dan sebagainya.
4.2

Peranan Sekolah
Selain itu, pihak sekolah juga memainkan peranan dalam mencorak

sahsiah peribadi remaja daripada terjebak dengan gejala ini. Menurut


35

pandangan Karen Yong (2006), dalam penulisannya yang bertajuk masalah


sosial tiada penghujungnya, pihak pentadbiran sekolah perlu mewujudkan
Sekolah Bebas Gejala Sosial dengan mengadakan pendidikan secara
komprehensif

melalui

kurikulum

dan

ko-kurikulum

di

sekolah/IPT,

intervensi, latihan guru dan penglibatan ibubapa. Pendidikan ini adalah


elemen penting dalam strategi pencegahan dan sekolah merupakan
institusi penting bagi melahirkan masyarakat Malaysia yang bebas dari
gejala sosial. Kementerian Pelajaran telah diberi tanggungjawab bagi
mengenalpasti, merancang dan melaksanakan segala program dan aktiviti
tindakan berhubung dengan pendidikan pencegahan masalah sosial di
peringkat sekolah, Institusi Latihan Guru dan IPT untuk mewujudkan
pemikiran generasi muda supaya menjauhi gejala sosial, menyediakan
alternatif-alternatif berfaedah yang dapat mencegah daripada terlibat
dengan gejala sosial dan mewujudkan suasana sekitar yang menjadikan
masalah sosial itu dibenci dan jijik (Khoo Kay Kim dan Alias Mohammed
1937).
4.3

Pencegahan sebelum berlaku


Pencegahan merupakan strategi jangka panjang yang bertujuan

mencegah seseorang daripada terlibat dengan gejala yang tidak sihat


seperti pergaulan bebas lelaki dan perempuan, dan sebagainya. Walaupun
gejala ini bermula dengan masalah individu tetapi jika tidak dibendung
ianya

akan

memberi

kesan

yang

mendalam

kepada

keseluruhan

masyarakat sekitarnya. Masalah pembuangan bayi boleh diklasifikasikan


sebagai salah satu jenayah yang paling kritikal di Malaysia. Sehubungan
dengan itu, semua pihak mestilah bekerjasama dalam mewujudkan
kesedaran tentang kesan dan bahaya pembuangan bayi.
Di samping itu, mereka juga perlu merangsang penglibatan seluruh
masyarakat setempat dalam usaha memerangi masalah pembuangan bayi
yang semakin meruncing ini. Setiap individu, keluarga dan masyarakat di
satu-satu kawasan perlu bekerjasama dan mempunyai peranan dalam
36

pencegahan gejala ini dan memastikan kawasan mereka bersih daripada


gejala sosial ini. Pemimpin-pemimpin masyarakat setempat juga perlu
tampil ke hadapan bagi membantu kerajaan dalam melaksanakan programprogram seperti pencegahan pergaulan bebas di kawasan mereka. Strategi
jangka panjang ini juga untuk mewujudkan kesedaran kepada semua
lapisan masyarakat bahawa pergaulan bebas membawa mudarat kepada
diri, keluarga dan masyarakat.
4.4

Bantuan kepada ibu-ibu yang hamil luar nikah


Akhir sekali, anak-anak remaja yang hamil luar nikah mestilah

dibantu bagi menjalani pemulihan yang bukan sahaja menyediakan


bantuan menjaga ketika mereka hamil tetapi yang paling utama ialah
membina kekuatan dalaman serta rohaniah. Hal ini penting bagi menjamin
kesihatan si ibu dan juga anak yang bakal dilahirkan. Sekiranya penjagaan
rapi dibuat, gejala pembuangan bayi mungkin dapat dikurangkan walaupun
tidak sepenuhnya. Semua pihak digesa agar turut serta dalam memberi
bimbingan dan bantuan kepada kaum lelaki dalam usaha mendidik
golongan tersebut untuk tidak mengambil kesempatan terhadap wanita.

5.0 STATISTIK PEMBUANGAN BAYI


Statistik pembungan bayi juga menunjukkan peningkatan yang
ketara dari tahun ke tahun dan bukanlah sesuatu yang boleh di banggakan
bagi Malaysia sebagai sebuah negara islam. Statistik dari Jabatan
Kebajikan Masyarakat (JKM) mendapati purata tiga bayi dibuang setiap dua
minggu di negara ini sepanjang 2007 hingga April lalu, membabitkan 312
kes. Pengarah Institut Sosial Malaysia (ISM), Mohamed Fadzil Che Din,
berkata perangkaan itu mungkin lebih tinggi kerana ia yang disenaraikan
itu hanyalah kes yang dilaporkan kepada JKM.

37

Kemudian, Statistik kes pembuangan bayi dikeluarkan Polis Diraja


Malaysia (PDRM) pula menunjukkan 396 kes dicatatkan dari 2005 hingga
tahun lalu. Ia menunjukkan trend peningkatan walaupun ada penurunan
pada 2007. Sebanyak 67 kes dilaporkan pada 2005, 83 kes (2006) yang
menurun kepada 65 kes pada 2007, 102 kes (2008) dan 79 kes (2009).
Sebilangan besar individu yang terbabit dalam kes pembuangan bayi
berusia antara 18 hingga 25 tahun, 20 kes membabitkan individu berusia
bawah 18 tahun, 33 dilakukan individu 25 tahun ke atas, manakala 403
individu lagi gagal dikesan peringkat umur mereka. Daripada jumlah 396
kes itu, 137 kes membabitkan pembuangan bayi lelaki, 102 bayi perempuan
dan selebihnya tidak diketahui jantina.
Berdasarkan statistik Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) bagi 2000
hingga 2008 pula, 257,000 kanak-kanak didaftarkan tidak mempunyai nama
bapa. Lebih menyedihkan bagi tempoh 1999 hingga 2003 saja, 44 peratus
anak yang tidak mempunyai nama bapa adalah anak orang Islam iaitu
30,978

daripada

70,430

kanak-kanak

yang

didaftarkan.

Dalam

perkembangan berkaitan Ketua Jabatan Obstetrik dan Ginekologi dan


Pakar Runding Kanan HKL, Datuk Dr J Ravindran, berkata kes wanita
melahirkan anak luar nikah di hospital terbabit mencatatkan peningkatan
pada tahun ini berbanding tahun lalu. Tahun lalu 392 wanita melahirkan
anak luar nikah. Daripada itu, 62 adalah berumur bawah 18 tahun. Pada
tahun ini terdapat penambahan kes iaitu sehingga bulan Julai, terdapat 301
kes termasuk 34 kes bawah umur 18 tahun,.

6.0 KESIMPULAN
Setelah meneliti dan mengkaji tentang permasalahan pembuangan
bayi, terdapat banyak aspek yang boleh dikaitkan dengan masalah ini
seperti punca-punca

masalah,

kesan-kesan daripada
38

masalah, dan

langkah-langkah mengatasi. Antara punca-punca masalah pembuangan


bayi adalah kurangnya didikan agama dalam diri, terpengaruh dengan
rakan sebaya yang mempunyai moral yang negatif, sikap masyarakat yang
suka mengkritik dan menghukum individu yang terlibat tanpa usul periksa,
dan sikap remaja yang suka mencuba sesuatu yang baru. Semua punca ini
membuktikan betapa ampuhnya jati diri seseorang dalam meneruskan
kehidupan yang penuh cabaran ini.
Selain itu, kesan-kesan daripada permasalahan ini juga patut
dititikberatkan.

Hal

ini

kerana,

melihat

kepada

kesan-kesan

yang

diperhatikan, pastinya negara Malaysia tidak mampu untuk terus bersaing


dengan negara lain disebabkan golongan remaja terus hanyut dengan
masalah sosial ini. Kesan jangka panjang dan jangka pendek pasti berlaku
sekiranya remaja pada hari ini tidak tahu cara untuk membentuk dan
memuliakan akhlak mereka sendiri. Antara kesan-kesan pembuangan bayi
adalah seperti kesan kepada bayi yang dibuang, kesan kepada ibu yang
melahirkan, kesan kepada institusi kekeluargaan, dan juga kesan kepada
masyarakat.
Akta yang terlibat juga sudah menerangkan bahawasanya telah
diperuntukkan di bawah akta yang terlibat didalam kes pembuangan bayi
ialah Di bawah Akta Kanak-kanak 2001 (Child Act) - Akta 611 seksyen 31.
Berikutan itu, Kabinet Malaysia telah memutuskan kes pembuangan bayi
disiasat sebagai kes bunuh atau percubaan membunuh bagi memastikan
perbuatan tidak berperikemanusiaan itu menerima hukuman berat. Kes
bunuh disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan (Akta 574) yang
membawa hukuman gantung sampai mati, manakala kes percubaan
membunuh mengikut Seksyen 307 kanun sama membawa hukuman
penjara maksimum 20 tahun. Sebelum ini, semua kes pembuangan bayi
disiasat mengikut Seksyen 31 Akta Kanak-kanak 2001 yang boleh dihukum
denda maksimum RM 20,000 atau penjara 10 tahun atau kedua-duanya
sekali jika sabit kesalahan.

39

Kesimpulan yang dapat dibuat mengenai kes pembuangan bayi ini


ialah semua pihak haruslah bekerjasama untuk menangani masalah ini.
Jika salah satu pihak tidak mengambil tahu, masalah pembuangan bayi ini
akan terus menjadi semakin serius.

LAMPIRAN

JADUAL
PEMBUANGAN
BAYI DI SELURUH
MALAYSIA

40

LAMPIRAN GAMBAR-GAMBAR BAYI YANG TELAH DIBUANG

41

RUJUKAN
BUKU
Kamus Dewan Edisi 4. 2005. Edisi baru. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Khoo Kay Kim dan Alias Mohammed. 1937. Masalah Sosial Dan Politik Di Malaysia.
Kuala Lumpur: Gateway.
Karen Yong (2006), dalam penulisannya yang bertajuk MASALAH SOSIAL
TIADA PENGHUJUNGNYA
Hart, B. & Hilton, I. 1988. Dimensions of personality organization as predictors of
teenage pregnancy risk. Journal of Personality Assessment, 52(1), 116-132.
Hashim, K. Mohd Fahmi Mohd Syed & Syed Mohamed Syafeq Syed Mansor, 2008.
Keruntuhan Ahlak dan Gejal Sosial dalam Keluarga: Isu dan Cabaran. Fakulti
Pendidikan, UTM, Skudai, Johor.
Jabatan Perangkaan Malaysia. 2001. Laporan Banci Penduduk dan Perumahan 2000.
Jabatan Perangkaan Malaysia, Kuala Lumpur.
Jamaludin Ahmad & Sidek Mohd Noah 2001. Pendekatan Alternatif Menentukan
Kesahan dan Kebolehpercayaan Modul Program Maju Diri, Jabatan Pendidikan Selangor.
Jurnal PERKAMA, . 9(22).
Laporan Jabatan Siasatan Jenayah, Polis Diraja Malaysia, 2010. Mohammad Yaacob &
Zuria Mahmud. 2005. Tingkah laku seks di kalangan remaja Melayu di Lembah Klang,
Seminar Seksual Kebangsaan, Fakulti Pendidikan Universiti Malaya

INTERNET
42

Wikipedia (2011). Hukuman mati di Malaysia. Diperoleh daripada


http://ms.wikipedia.org/wiki/Hukuman_mati_di_Malaysia.
Berita Harian (2010). Tangani kes pembuangan bayi. Diperoleh daripada
http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Tanganikesbuangbayi/Ar
ticle
Rohaniza Idris dan Umi Nadirah Abdul Rahman (2010). Empat lagi kes
buang bayi. Diperoleh
http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Empatlagikesbuangbayi/Articl
e
Anitayahya. 2007. Pengguguran dan Pembuangan Bayi: Definisi pembuangan bayi.
Diperoleh daripada http://pengguguranbayi.blogspot.com/
Abdul Halim Abdullah. 2010. Koleksi Berita Buang Bayi: Remaja Tanam Bayi.
Diperoleh
daripada http://inijalanku.wordpress.com/berita-baru/mayat-bayi-ditemui/

SURAT KHABAR
Rizanizam Abdul Hamid. 2010. Remaja Tanam Bayi. Utusan Malaysia, 17 Mei: 17.

43

Anda mungkin juga menyukai