Anda di halaman 1dari 4

Mengenal Nombor (MTE3101) 2012

4.0 TEOREM ASAS ARITMETIK


4.1 Pengenalan
Teorem Asas Aritmetik memberitahu kita hubungan antara nombor komposit
dengan nombor perdana. Teorem ini menyatakan bahawa nombor asli boleh difaktorkan
secara unik sebagai hasil darab nombor perdana dalam cara yang unik.
Sebelum kita faham Teorem Asas Aritmetik dengan lebih dalam kita perlu faham
terlebih dahulu beberapa definisi penting yang akan dibincangkan di bawah.
i.

Definisi Nombor Perdana


Nombor perdana adalah integer positif p, dimana p > 1 (p lebih besar daripada 1)

jika ia hanya boleh dibahagi oleh nombor positif 1 dan p (dirinya sendiri).
Contoh :
2

11

Dalam perkataan yang lain, nombor perdana adalah nombor yang mempunyai
hanya dua faktor sahaja.
ii.

Definisi Nombor Komposit (Composite Number)


Nombor komposit adalah integer q, di mana q > 1 dan boleh dibahagi dengan

nombor lain selain 1 dan dirinya sendiri.


Dalam 10 integer positif pertama, 2,3,5,7 adalah nombor perdana dan 4,6,8,9,10
adalah nombor komposit (composite number). Integer 2 adalah satu-satunya nombor
perdana yang genap (even).

41

Mengenal Nombor (MTE3101) 2012


4.2 Definisi Teori Asas Aritmetik :
Mana-mana integer yang lebih besar daripada 1 sama ada nombor perdana boleh
ditulis sebagai hasil darab nombor perdana yang unik.

Kita juga dapat melihat bahawa Teori asas memtemetik ialah hubungan antara
nombor komposit dengan nombor perdana.Gambar rajah di bawah dapat menunjukan
hubungan tersebut.

Untuk memahami teori asas aritmetik ini dengan lebih jelas , mari kita melihat
satu persatu daripada definisi teori ini.
"Mana-mana integer yang lebih besar daripada 1 " ertinya nombor 2, 3, 4, 5, 6, ...
dan sebagainya.
"... hasil darab nombor perdana.." bermakna bahawa nombor perdana di darab
bersama-sama.Oleh itu, dengan mendarabkan nombor perdana, nombor bulat yang lain
akan terhasil.
Contoh: nombor 30.
2 3 5 = 30
Ya, 2, 3 dan 5 adalah nombor perdana, dan apabila didarabkan bersama mereka
menghasilkan 30.
Dengan itu kita dapat katakan bahawa Nombor perdana adalah seperti blok binaan
asas bagi semua nombor.(Dapat digambarkan melalui kaedah visualizing prime
number using block)

42

Mengenal Nombor (MTE3101) 2012


"... hasil darab nombor perdana yang unik." ertinya terdapat hanya satu (unik) set
nombor perdana yang akan terbentuk.
Contoh:
Kita hanya akan dapat menunjukkan bahawa 105 dibuat oleh nombor perdana 3, 5 dan
7:
3 5 7 = 105
Tiada nombor perdana yang lain akan dapat menghasilkan 105 !
Sekiranya terdapat pengulangan nombor perdana dalam faktor sesuatu nombor ia
boleh ditulis dalam bentuk notasi eksponen.
Contoh :
3
280 = 2 x 2x 2 x7 x 5 ( 2 x 7 x 5 )

4.3 Pokok Faktor


Bagi menghasilkan faktor sesuatu nombor dalam bentuk nombor perdana
kaedah Pokok factor adalah kaedah yang efektif.
Contoh :
42
2

21
7

Gambar rajah di atas menunjukkan pokok faktor bagi 42. Pokok faktor ini dibina
dengan mencari satu faktor dahulu dengan menggunakan peraturan. Setiap faktor itu

43

Mengenal Nombor (MTE3101) 2012


mungkin nombor perdana atau komposit. Jika nombor itu komposit teruskan
pemfaktoran sehingga ia tidak dapat difaktorkan.
Jadi,

42=2 x 7 x 3

Dengan demikian , dapatlah dirumuskan bahawa,


Jika m adalah nombor komposit, maka terdapat nombor perdana p1 , p2 ,..., pn dengan
keadaan
m = p1 x p2 x ...x pn
Ini dipanggil pemfaktoran perdana bagi m.

4.4 Peta minda

Teorem
Asas
Aritmetik

Pokok
Faktor

Definisi
42
Faktor
perdana

Unik

21
7

44

Anda mungkin juga menyukai