Anda di halaman 1dari 16

Pertimbangan Semasa

Mengumpul Data
MOHD

LUTFI AZMIR BIN TAN NAZIS


MUHAMMAD AZRAF HANIF BIN MOHD NOR

Penyelidikan Tindakan: Pertimbangan


Semasa Mengumpul Data
Pensampelan,

kesahan,
kebolehpercayaan, bias
Pensampelan dan bias
Kesahan:
- Kritikan luaran (keaslian data)
- Kritikan dalaman (ketepatan data)
- Data triangulation
Kebolehpercayaan
Etika

generalisasi data

Sampel Kajian
Sampel

kajian pula ialah responden-responden


kajian yang dipilih untuk mewakili sesuatu
populasi. Penetapan populasi kajian adalah
penting dalam kajian disebabkan populasi
akan menentukan bagaimana dan berapa
ramai sampel yang akan kita pilih serta
perbelanjaan kajian.
Sebagai contoh, kajian tentang keperluan
murid-murid untuk meningkatkan pencapaian
akademik mereka di sekolah luar bandar
tertentulah berbeza daripada kajian tentang
keperluan murid-murid luar bandar di
Malaysia.

Kebolehpercayaan dan Kesahan


"Kesahan"

dan "kebolehpercayaan"
merupakan dua aspek yang berbeza
daripada kepercayaan kajian. Isu isu
yang berhubung dengan kepercayaan
kajian ialah dari segi:
(1) alat yang digunakan dalam kajian;
(2) proses mengutip data; dan
(3) kaedah analisis data.
Rumus yang dipakai adalah:
kebolehpercayaan dan kesahan,
keduanya berorientasikan proses.

Jenis Kebolehpercayaan dan


Kesahan
Terdapat

tiga (3) jenis


kebolehpercayaan; iaitu
kestabilan (stability), kesetaraan
(equivalence) dan ketekalan
dalaman (internal consistency),
seperti yang ditunjukkan dalam
Rajah 5.4.

Tiga jenis kebolehpercayaan

Kebolehpercay
aan
Kestabila
n

Kesetara
an

Ketekala
n
Dalaman

Kestabilan
Ukuran

ketekalan mengikut
peredaran masa bagi sampel yang
sama iaitu alat kajian berkenaan
boleh digunakan sepanjang masa.
Kesetaraan
Ukuran kesetaraan antara skor
bagi dua ujian yang setara iaitu
ujian yang berbeza tetapi
mengukur kandungan yang sama.

Ketekalan
Ukuran

ketekalan antara skor


separuh daripada ujian dengan
skor separuh lagi ujian bagi ujian
yang sama.
Alat ukur dikatakan mempunyai
ketekalan dalaman apabila
semua item mengukur konsep
dan gagasan/konstruk yang
sama.

Jenis kesahan
Terdapat empat (4) jenis kesahan,
iaitu
kesahan kandungan (content
validity),
kesahan hubungan kriteria
(criterion-related validity),
kesahan konstruk (construct
validity) dan
Kesahan muka (face validity).

Kesahan Kandungan
Kesahan

kandungan ialah ukuran


sejauh/setepat mana sesuatu ujian dapat
mengukur kandungan bidang yang hendak
diukur. Kesahan kandungan sesuatu ujian
adalah penting dalam kajian disebabkan,
sekiranya kesahan kandungan rendah
maka markah ujian yang diperoleh tidak
menunjukkan keupayaan sebenar
responden bagi kandungan yang diukur.
Kesahan kandungan boleh ditingkatkan
dengan membandingkan item-item ujian
dengan objektif dan kandungan bidang.

Kesahan Hubungan Kriteria


Kesahan

hubungan kriteria terdiri daripada dua (2) bentuk, iaitu


kesahan serentak (concurrent validity) dan kesahan ramalan
(predictive validity).
Kesahan serentak ialah sejauh mana sesuatu alat ukur itu
berupaya menghasilkan skor yang mempunyai hubungan
dengan skor yang dihasilkan oleh alat lain yang diambil
serentak. Contohnya, satu ujian dibina untuk mengukur perkara
yang sama, dikatakan lebih mudah dan lebih cepat digunakan
berbanding dengan ujian sedia. Kesahan serentak boleh dikira
dengan mencari korelasi antara dua skor ujian-ujian ini.
Kesahan ramalan pula ialah sejauh mana sesuatu alat ukur itu
berupaya menghasilkan skor yang mempunyai hubungan
dengan skor yang dihasilkan oleh alat lain yang diambil
kemudian. Contohnya, satu ujian dibina untuk mengukur
pencapaian Matematik, dikatakan dapat meramal keputusan
SPM Matematik. kesahan ramalan boleh dikira dengan mencari
korelasi antara skor ujian dan gred M.

Kesahan Konstruk
Kesahan

konstruk ialah ukuran


sejauh/setepat mana sesuatu ujian dapat
mengukur sesuatu konstruk/gagasan
berasaskan teori psikologi tertentu.
Contohnya, alat yang dibina untuk mengukur
konstruk "rajin" sepatutnya dapat mengukur
konstruk ini dengan baik. Kesahan konstruk
boleh ditingkatkan dengan memahami
maksud konstruk tertentu (misalnya, maksud
"rajin") dan mengetahui ciri-ciri orang yang
mempunyai konstruk ini (misalnya, ciri-ciri
orang yang "rajin").

Kesahan Muka
Kesahan

muka bukanlah kesahan seperti yang


dijelaskan, tetapi lebih kepada suatu alat/ujian
"nampak pada permukaannya" dapat
mengukur apa yang hendak diukur. Contohnya,
bagi alat yang mengukur konstruk "rajin", kita
sepatutnya nampak item-itemnya berkait
dengan ciri-ciri orang yang "rajin". Kesahan
muka akan memberi keyakinan kepada
responden terhadap item-item yang hendak
dijawab, bagaimanapun, kesahan muka
mempunyai kelemahan tertentu, disebabkan
responden boleh meneka jawapan yang
"positif" kepada konstruk yang hendak diukur.

(b) Triangulasi
Triangulasi

merupakan satu konsep yang


digunakan umum dalam aktiviti lapangan,
membuat peta, navigasi dan latihan militer.
Dalam sains sosial, triangulasi digunakan
untuk tujuan pengesahan. Dalam
triangulasi juga, beberapa strategi
pengutipan data digunakan untuk
mengukur sesuatu konsep.
Masalah berkaitan kebolehpercayaan dan
kesahan boleh dikurangkan melalui
triangulasi.

Denzin (1978) mengenal pasti


empat (4) kategori triangulasi:
1.

2.

3.

4.

Triangulasi data yang melibatkan pengutipan


pelbagai jenis data untuk menyelidik fenomena
yang sama.
Triangulasi penyelidikan yang melibatkan
pelbagai pemerhati berbanding dengan
pemerhati tunggal untuk menyelidik fenomena
yang sama.
Triangulasi teori yang melibatkan
penggunaan Iebih daripada satu teori untuk
menyelidik fenomena yang sama.
Triangulasi kaedah yang melibatkan
penggunaan pelbagai kaedah untuk menyelidik
fenomena yang sama.

Kajian

kajian kualitatif, mustahak bagi


kita menggunakan teknik yang
berbeza untuk mengumpul data. Kita
juga perlu menggunakan strategi yang
berbeza untuk menyelidik fenomena
yang sama. Untuk memperoleh
kebolehpercayaan dan kesahan, kita
tidak boleh mengenepikan
penggunaan triangulasi, sebab cara ini
dipercayai Iebih berkesan jika
digunakan dalam kajian kualitatif.

Anda mungkin juga menyukai