Anda di halaman 1dari 15

Tajuk 1

PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

Sinopsis
Tajuk-tajuk dalam modul ini merangkumi pengertian pengajaran dan pembelajaran, serta
prinsip-prinsip pengajaran dan pembelajaran. Ia merangkumi peristiwa-peristiwa pengajaran
dan kaitan dengan jenis-jenis pembelajaran Gagne. Pengetahuan ini akan membolehkan
guru-guru memahami dengan lebih baik

prinsip-prinsip pengajaran dan pembelajaran

seperti dikemukakan oleh Ewell dalam mengorganisasikan pembelajaran.

Hasil Pembelajaran
Setelah selesai membaca modul ini, diharap anda dapat:
1.

Menjelaskan pengertian pengajaran dan pembelajaran

2.

Menyatakan prinsip dan jenis-jenis pembelajaran Gagne

3.

Menunjukkan perkaitan antara pengajaran dengan pembelajaran

Kerangka konsep tajuk-tajuk modul ini

Pengajaran dan
Pembelajaran

Konsep Asas

Prinsip-Prinsip

Peristiwa Pengajaran

Pengajaran dan

dan Pembelajaran

Pembelajaran (Ewel)

Definisi
Pengajaran &
Pembelajaran

Penglibatan aktif
Perkaitan dan Corak
Konstruktivisme
Pembelajaran
informal
Pengalaman langsung

Situasi
Mendesak
Maklum balas
berterusan
Suasana yang
menyeronokkan

Kemahiran
Intelek

Sikap

Maklumat Verbal

Kemahiran
Motor

Strategi Kognitif

Refleksi

1.1

Pengertian Pengajaran dan Pembelajaran

Pengajaran merupakan satu proses di mana peluang disedia untuk murid


menghasilkan suatu perubahan yang agak kekal melalui penglibatan dalam
pengalaman yang disediakan oleh guru. Pengajaran boleh dihuraikan sebagai satu
cara untuk menyediakan pelajar

dengan

pengetahuan dan kemahiran yang

diperlukan untuk berfungsi dengan baik. Secara praktisnya, pengajaran merupakan


suatu yang

diagnostik dan

preskriptif.

Guru menilai keperluan-keperluan

pembelajaran

yang spesifik dan mengaplikasikan

strategi-strategi serta aktiviti-

aktiviti yang sesuai untuk pelajar. Ini merupakan faktor penting dalam pengajaran.
Secara ringkasnya, pengajaran ialah :

melibatkan diri dalam pembelajaran dan pertumbuhan sepanjang hayat

menghormati kanak-kanak dan remaja-remaja

berkongsi pengetahuan

membimbing, mengarah, memudahcara, mengasuh dan merancang

menentukan matlamat untuk diri dan pelajarnya

menghadapi cabaran-cabaran peribadi dan professional

menyalurkan budaya dan nilai nasional kepada orang ramai


(Noriati, Boon, dan Sharifah (2012)

Definisi definisi pengajaran berdasarkan ahli psikologi yang lain:

Pengajaran didefinisikan sebagai satu proses interaktif, melibatkan classroom


talk yang berlaku antara guru dan murid serta berlaku semasa aktiviti
dilaksanakan ( Amidon,E & Hunter,E., 1964 )

Pengajaran
adalah satu pertembungan antara seorang personel yang
berpersonaliti matang dengan seorang yang kurang matang dalam proses
membentuk pendidikan untuknya. ( Morrison, H.C, 1926)

Pengertian pembelajaran
Pembelajaran merujuk kepada perubahan dalam tingkah laku subjek atau tingkah
laku berpotensi dalam suatu situasi yang diwujudkan oleh pengalaman-pengalaman
berulang subjek dalam situasi tersebut. Ini berlaku jika perubahan tingkah laku tidak
dapat diterangkan berdasarkan asas kecenderungan respons subjek, kematangan
atau keadaan sementara seperti letih lesu, mabuk, desakan dan sebagainya (Bower
dan Hilgard, 1981)

Mengikut Slavin( 2005) pula, pembelajaran merupakan perubahan dalam seseorang


individu akibat daripada pengalaman. Manusia mula belajar sejak ia dilahirkan dan
semua pembelajaran ini berkait dengan pengalaman.
Definisi di atas tentang pembelajaran mempunyai tiga komponen:

Pembelajaran mencerminkan satu perubahan dalam potensi suatu tingkah laku.


Ia tidak secara automatik membawa kepada satu perubahan tingkah laku. Kita
harus dirangsang agar dapat menterjemahkan pembelajaran ke dalam tingkah
laku.

Perubahan-perubahan tingkah laku yang disebabkan oleh pembelajaran tidak


sentiasa kekal. Oleh kerana pengalaman-pengalaman baharu, tingkah laku
yang telah dipelajari tidak dipamerkan.

Perubahan tingkah laku disebabkan proses-proses selain daripada


pembelajaran. Sebagai contoh, tingkah laku kita boleh berubah kerana motivasi
bukan pembelajaran. Anda belajar
untuk mengelakkan kegagalan dan
ketakutan anda memotivasikan anda untuk belajar. Perubahan tingkah laku ini
adalah sementara: apabila keadaan motivasi berubah, tingkah laku juga
berubah. Oleh itu, anda akan berhenti belajar apabila anda tidak rasa takut
tentang kegagalan peperiksaan. Berhenti belajar adalah suatu contoh di mana
keadaan sementara menyebabkan perubahan tingkah laku.
Kunjungi perpustakaan untuk mencari rujukan mengenai persoalan Adakah
pembelajaran itu kekal?

1.2

Prinsip Prinsip Pembelajaran Ewell


Prinsip prinsip pembelajaran merupakan dasar-dasar yang menerangkan bagaimana
pembelajaran boleh berlaku secara efektif. Secara umumnya, kesediaan untuk
belajar, keinginan untuk belajar untuk menemui dan mengumpul pengetahuan,
belajar secara eksperiential, pembelajaran secara aktif dan penyusunan dan
pemeringkatan isi merupakan beberapa prinsip asas dalam pembelajaran.

Namum begitu, perbincangan akan menggunakan prinsip-prinsip pembelajaran yang


dikemukakan oleh Ewell(1997). Ewell (1997) telah membentuk satu model yang
menggambarkan prinsip-prinsip pembelajaran dan ini mempengaruhi penguasaan
pengetahuan, perkembangan kemahiran dan kompetensi apabila diaplikasi dalam
bilik darjah.
Lapan prinsip yang diadaptasi daripada model Ewell (1997) terdiri daripada yang
berikut:

(a) Penglibatan Aktif


Pelajar perlu melibatkan diri secara aktif dan mengambil bahagian dalam
pengajaran guru.

Pengetahuan tidak disampaikan

langsung tetapi pelajar

harus

kepada pelajar secara

boleh mereka dan membina pengetahuan.

Mengikut Ewell(1997,p.6), the learner is not a receptacle of knowledge, but


rather creates his or her learning activity actively and uniquely

Cara

pembelajaran jenis ini amat berbeza dengan model pengajaran tradisional iaitu
kuliah atau pengajaran langsung.

Bruner(1961) mencadangkan pelajar melibatkan diri secara aktif dengan bahan


pembelajaran akan dapat mengingat kembali maklumat. Pelajar bukan sahaja
bertingkah laku secara aktif tetapi Mayer(2004) mencadangkan

pelajar harus

aktif secara kognitif.

Murid bukan

sahaja menerima maklumat secara pasif tetapi mereka perlu

diberi tugasan yang dapat memberi peluang mereka meneroka bahan maklumat
selain memimpinnya kearah pemahaman dan pembelajaran. Dalam proses ini,
pelajar dapat

menyelesaikan

masalah serta mengemukakan cadangan,

memberi pengertian baharu terhadap


menghubungkait

sesuatu topik

apa yang telah dipelajari

dan

berkebolehan

ke pada konteks yang baharu(

Ewell, 1997)
Contoh aktiviti-aktiviti pembelajaran aktif terdiri daripada:

(b)

Perbincangan dalam kumpulan kecil


Adakan diskusi atau forum secara online
Pembelajaran koperatiif seperti think-pair-share dan pembelajaran
jigsaw
Latihan bertulis seperti one minute paper untuk pelajar meninjau dan
membuat penilaian dan rumusan bahan pembelajaran.

Perkaitan dan Corak


Pelajar mempunyai peluang menentu, menguji dan membina corak dan
perkaitan apabila mereka membina makna daripada situasi pembelajaran.
Proses kognitif ini "involves actively creating linkages among concepts, skill
elements, people, and experiences" (Ewell, 1997, p.7).
Pelajar

dapat

mengadaptasi

terhadap konteks pembelajaran baharu dan

tugasan dengan mengkait, mengorganisasi dan menggunakan pengetahuan


4

dan kemahiran yang telah dipelajari ke dalam struktur-struktur baharu. Apabila


diberi tugasan, pelajar mendekatinya dengan membanding beza , memurni
dan memilih daripada apa yang murid tahu untuk menyelesaikan masalah.
Murid boleh menghubungkait dengan pengetahuan sedia ada dan murid juga
membuat

perkaitan tentang bagaimana

maklumat

boleh digunakan pada

masa depan. Tambahan pula, jika diberi satu konteks pembelajaran yang
spesifik, murid boleh menggunakan pola-pola yang diketahui untuk menyusun
semula serta mengektrapolasikannya secara bermakna di dalam situas baharu.

(c)

Pembelajaran Informal

Pembelajaran merupakan sesuatu


dimana-mana sahaja
sepanjang masa,

yang tidak formal dan boleh dipelajari

serta pada mana mana masa. Semua murid belajar

bersama guru atau tanpa guru. Pembelajaran informal

merupakan pembelajaran implisit, iaitu

memperoleh

pengetahuan

akibat

interaksi secara langsung atau melalui pelbagai cara daripada rakan sebaya
dan fasilitator selain daripada apa yang diajar secara eksplisit.(Ewell,1997b)

Secara umumnya, pembelajaran boleh berlaku dimana situasi sahaja, Peluang


untuk belajar tidak semestinya berasaskan sekolah. Pelajar boleh mengenal
pasti dan belajar dalam apa jua situasi pembelajaran dan ia tidak perlu
dilaksanakan dalam bilik darjah. Misalnya, lawatan sambil belajar di mana
pelajar berpeluang

berinteraksi dengan persekitaran bertujuan untuk

meneroka dan belajar.

Mengikut Noriati, Boon dan Sharifah Fakhriah, 2012) guru boleh mewujudkan
kawasan di sudut pembelajaran untuk pelajar bermain pelbagai permainan
tradisional di mana murid akan diberi peluang untuk bermain dalam kumpulan
kecil dan belajar memanipulasi serta belajar cara bermain dengan betul.
Dalam

situasi

sedemikian,

murid

belajar

secara

informal

bagaimana

berinteraksi dengan rakan serta cara bermain alat-alat permainan tradisional


yang tidak diajar oleh guru.

(d)

Pengalaman Langsung
Mengikut Ewell (1997) pembelajaran langsung merujuk kepada learning-bydoing,
iaitu murid
akan belajar jika mereka melakukkan aktiviti
5

pembelajaran secara langsung. Murid-murid diberi peluang pembelajaran untuk


melibatkan diri secara aktif. Pengalaman langsung dapat membantu pelajar
meneroka dan memperoleh pemahaman dan mencipta suatu idea. Kadang
kala pengalaman lepas mempengaruhi murid untuk mempunyai tanggapan
yang kurang tepat. Pengalaman langsung
boleh membantu dalam
memperbetulkan pemikiran murid (Halpern,&Associates,1994 dalam Ewell,
1997). Dengan pengalaman langsung, murid diberi peluang untuk menguasai
pengetahuan dan kemahiran dengan memerhati secara langsung objek atau
fenomena yang ingin dikaji.

Rehat seketika dan buat renungan:


Fikirkan beberapa contoh aktiviti pembelajaran langsung yang dapat
dilaksanakan oleh anda dalam mata pelajaran pengkhususan anda.

(e) Situasi Mendesak


Pembelajaran optimum cenderong berlaku jika murid berhadapan dengan
masalah tertentu yang perlu diselesaikan mengikut kemampuannya. Oleh yang
demikian guru boleh menyediakan pembelajaran yang kompleks dan mendesak
untuk meminta murid meneroka pelbagai penyelesaian yang boleh diguna
pakai serta inovatif. Guru juga boleh menyediakan pelbagai peluang untuk
melibatkan murid dalam pelbagai kemahiran serta memberi jangka masa sesuai
untuk pencapaian penguasaan kemahiran. Tambahan pula, guru mewujudkan
situasi di mana murid boleh menggunakan pengetahuan dan kompetensi lepas
sementara mengadaptasi

kepada keadaan baharu. Antara cara termasuk

mewujudkan satu situasi yang kompleks dan bermotivasi agar merangsang


perhatian dan usaha untuk mencari penyelesaian dan pastikan keputusan yang
diperolehi boleh diaplikasi untuk kehidupan harian murid.

(f) Maklum balas


Maklum balas merupakan maklumat yang diberi kepada individu-individu
mengenai

kesesuaian

tindakan

serta

respons

mereka.

Maklumat

ini

membolehkan murid untuk menyemak pencapaian serta memantau kemajuan


pembelajaran. Mengikut Guskey (2001) maklum balas harus diagnostik,
preskriptif dan sesuai dengan tahap pembelajaran murid.

Peranan maklum

balas dalam proses pembelajaran bukan semata-mata pemerosesan maklumat


tetapi ia seharusnya mempengaruhi proses-proses afektif dan motivasi pelajar.
Maklum balas merupakan satu aspek penting untuk menambahbaik prestasi
pelajar.

Pelbagai maklum balas dapat diperolehi di dalam bilik darjah. Guru memberi
murid input secara lisan atau bertulis. Rakan sebaya juga memberi maklum
balas kepada rakannya. Selain itu, murid mendapat maklumat balik tentang
cadangan-cadangan

penambahbaikan

untuk

membantunya

membaiki

prestasinya.

Secara rumusan, maklum balas yang kerap sama ada sebagai pembetulan
atau insentif adalah perlu daripada guru serta rakan sebaya sepanjang proses
pembelajaran supaya pembelajaran akan berkekalan. Jika tidak ada maklum
balas serta peluang untuk latihan, kemahiran-kemahiran yang dipelajari dengan
baik boleh hilang begitu sahaja.

(g) Suasana yang menyeronokkan


Ewell(1997)

menerangkan

persekitaran pembelajaran yang menyeronokkan

adalah konteks budaya dan interpersonal yang menyediakan banyak interaksi,


pelbagai

tahap sokongan peribadi dan mewujudkan banyak peluang

pembelajaran (ms 10). Kebanyakan daripada pembelajaran jenis ini bercorak


kumpulan dan secara lisan.

Satu persekitaran menyeronokkan boleh dibentuk dengan guru

memastikan

suasana bilik darjah kondusif dari segi fizikal dan psikososial. Susunatur meja
dan kerusi bersesuaian dengan aktiviti yang ingin

dilaksanakan akan

mewujudkan satu persekitaran yang merangsang penglibatan murid.

Tambahan pula, persekitaran emosi bilik darjah dipengaruhi suara dan intonasi
guru, gaya kepimpinan guru, sikap, kemesraan, kawalan kelas dan penggunaan
ganjaran dalam bilik darjah. Suara guru yang jelas, berintonasi dan tidak tegang
dapat mewujudkan suasana yang selesa dan tenang. Ini akan menggalakkan
pelajar bermesra dan berinteraksi dengan guru.

Gaya kepimpinan guru mempengaruhi suasana emosi bilik darjah. Contohnya


guru yang demokratik akan menerima idea murid secara terbuka, menggalakkan
murid untuk menyoal dan memuji mereka dengan baik. Hal ini mewujudkan
suasana emosi yang menyenangkan dan tenang.

Manakala, kepimpinan

autokratik akan menyebabkan murid berada dalam keadaan tertekan kerana

tidak ada tolak ansur dari pihak guru, sentiasa dimarahi atau dikritik dan murid
kurang berpeluang untuk memberi pendapat. Guru yang berkepimpinan laissez
faire pula memberi kebebasan kepada murid untuk melakukan apa sahaja tanpa
batasan akan mewujudkan suasana bilik darjah yang tidak selesa dan tidak
terkawal. Oleh itu, guru perlu berkeyakinan, riang, dan mempunyai ciri kecindan
untuk mewujudkan suatu suasana yang merangsangkan pembelajaran murid.
Keadaan sebegini tidak menekankan pelajar sehingga menjejaskan prestasi
mereka.

Persekitaran sebegini menyumbang kepada interaksi dan komunikasi berkesan


dalam kalangan individu. Pembelajaran berkesan akan berlaku melalui aktivitiaktiviti yang melibatkan interaksi dalam suasana harmonis dan menyeronokkan.
(h) Refleksi
Refleksi merujuk kepada cara memikirkan mengenai pendidikan yang melibatkan
kebolehan membuat pilihan yang rasional dan pada masa yang sama
bertanggungjawab ke atas pilihan yang dibuat.(Ross,1987)

Maksud refleksi ialah proses memikirkan atau merenung kembali pengalaman


dan implikasinya terhadap diri kita.

Ia adalah satu usaha bermakna untuk

menjiwai proses pengajaran dan pembelajaran, membantu kita mengimbangkan


kepercayaan kita dengan keperluan pelajar. Apabila kita membuat refleksi, kita
menjadi lebih sedar dan kritis mengenai amalan kita sendiri dan sebagai
kesannya, proses pendidikan dipertingkatkan.

Amalan refleksi dapat merangsang kemahiran penilaian kendiri yang memberi


tuju hala tentang apa yang telah capai dan apa yang perlu ditambah baik.
Kesemua ini akan mengakibatkan penindahan pembelajaran ke situasi baharu
serta memberi impak jangka panjang (Bransford et al., 1999). Situasi
pembelajaran berkesan memerlukan tempoh masa untuk berfikir. Murid membuat
refleksi terhadap dirinya sebagai pembelajar apabila mereka menilai proses
berfikir yang digunakan untuk menentukan strategi yang terbaik untuknya.
Renungan:
Buat refleksi tentang pengalaman anda di sekolah. Bagaimana guru
menggalakkan melibatkan secara aktif di dalam aktiviti bilik darjah.
Sejauhmanakah ia memberi impak dan pengalaman pembelajaran kepada
anda?

1.3

Peristiwa Peristiwa
Pembelajaran Gagne

Pembelajaran

dan

Kaitan

dengan

Jenis-Jenis

Gagne mengutarakan lapan fasa pembelajaran dalam proses pembelajaran iaitu:


Peringkat I Motivasi
Motivasi merupakan satu elemen penting dalam mendorong pembelajaran. Motivasi
merupakan prasyarat yang diperlukan untuk pembelajaran berlaku. Zindi, Peresuh
and Mpofu (1995, p.111 dalam Commonwealth of learning,2002) mendefinisikan
motivasi sebagai satu proses atau kuasa dalaman organisme yang mendesak
sesuatu untuk bertindak. Maka pembelajaran akan berlaku jika seorang pelajar itu
bermotivasi.
Peringkat II Memberi Perhatian
Pembelajaran akan berlaku jika murid menumpukan perhatian kepada pengajaran
yang disampaikan. Oleh itu, guru harus memastikan strategi yang digunakan dapat
menarik

perhatian murid

termasuklah

sepenuhnya kepada pengajarannya.

Antara cara

proses pembelajaran harus menarik dan menyeronokkan pelajar,

penglibatan pelajar secara aktif dalam aktiviti pembelajaran, penggunaan bahan


pengajaran yang

merangsang naluri ingin tahu murid

dan menghubungkaitkan

pembelajaran baharu dengan pembelajaran lepas serta menggunakan illustrasi yang


konkrit dan menarik.(Noriati et. al,2012)
Peringkat III dan IV Perolehan dan Ingatan
Dalam proses pembelajaran, guru perlu memastikan maklumat yang disampaikan
disimpan di dalam ingatan jangka panjang murid. Maka, guru perlu menggunakan
kaedah pengajaran yang dapat membantu murid dalam proses mengingati apa yang
diajar. Sebagai contoh, guru boleh menggunakan bahan bantu mengajar seperti
gambar, video klip dan bahan visual untuk memudahkan pemahaman dan ingatan
murid.
Peringkat V Ingat kembali dan Retrieval
Pada peringkat ini, maklumat yang disimpan di dalam ingatan jangka panjang akan
diingat kembali dan digunakan oleh murid.
mengesan maklumat yang disimpan dan

Retrieval merujuk kepada proses

disalurkan kepada kesedaran pelajar (

Yelon & Weinstein ,1977 IN Noriati et.al, 2012). Justeru itu, guru perlu mengambil
kira pengalaman murid semasa menyediakan bahan pembelajaran agar murid dapat
membuat perkaitan pengalaman baharu dengan pengetahuan sedia ada murid.
9

Pemeringkatan

bahan

pembelajaran

secara

sistematik

akan

memudahkan

pemahaman dan maklumat diingat kembali dengan mudah oleh murid.


Peringkat VI Generalisasi
Pengaplikasian maklumat yang diingat kembali dalam situasi-situasi baharu berlaku
pada peringkat ini. Proses pemindahan pembelajaran telah berlaku dan sesuatu
pengajaran dianggap sebagai berjaya jika murid dapat mengaplikasi apa yang telah
dipelajari dalam situasi yang lain didalam atau diluar sekolah.
Peringkat VII Prestasi
Pada peringkat ini, pembelajaran telah berlaku jika murid menunjukkan perubahan
tingkah laku atau prestasinya dapat diperlihatkan. Gerak balas murid dapat
menunjukkan bahawa pembelajaran telah berlaku. Melalui soalan-soalan yang
dikemukakan oleh guru boleh memperlihatkan gerakbalas murid dan ini merupakan
indikator berlakunya pembelajaran.
Peringkat VIII Maklum balas dan Peneguhan
Dalam peringkat proses pembelajaran ini, maklum balas diberi tentang apa yang
telah pelajari oleh murid serta maklum balas diberi sebagai motivasi setelah murid
mencapai objektif pembelajaran. Berdasarkan gerak balas murid terhadap soalan
soalan yang dikemukakan oleh guru, maklum balas tentang prestasi mereka
diberikan. Maklum balas bertujuan untuk memaklum tentang prestasi pelajar serta
penambahbaikan yang perlu dilaksanakan. Maklum balas guru harus semerta untuk
murid membuat tindakan selanjutnya.

Jenis Pembelajaran
Pengetahuan mengenai proses pembelajaran Gagne yang dijelaskan di atas amat
relevan dan berguna kepada setiap guru. Maka, semua jenis pembelajaran Gagne
seperti kemahiran intelek, kemahiran verbal, kemahiran psikomotor

atau

sikap

mengikut proses pembelajaran yang sama. Seperti yang dikemukakan oleh Gagne,
terdapat sembilan langkah pengajaran (events of instruction).

Gagne, Wager, Golas, dan Keller (2005: 195 ) mengemukakan sembilan peristiwa
pengajaran dan kaitannya dengan proses pembelajaran

10

Peristiwa Pengajaran

Kaitan dengan Proses Pembelajaran

Menarik Perhatian

Penerimaan corak-corak impuls neural

Maklum pelajar tentang objektif

Meletus satu proses kawalan eksekutif


(executive control)

Merangsang ingatan kembali


pengetahuan sedia ada/pembelajaran
lepas

Retrieval pengetahuan sedia ada dalam


ingatan jangka pendek

Mengemukakan bahan rangsangan

Menekankan ciri-ciri untuk persepsi


pilihan (selective percepttion)

Memberi bimbingan pembelajaran

Pengekodan semantic ; klu untuk


retrieval

Menggalakkan Perlakuan

Meletus organisasi respons

Memberi maklum balas tentang prestasi Menentukan peneguhan


Menilai prestasi

Meletuskan retrieval; memberi ruang


untuk peneguhan

Merangsang penyimpanan dan


Memberi klu dan strategi-strategi untuk
pemindahan
retrieval
(diterjemah daripada Gagne et al.,2005:195)

Gagne(1985) mengemukakan lima jenis pembelajaran utama termasuk:


(a)
(b)
(c)
(d)
(e)

Kemahiran intelek
Maklumat verbal
Strategi-strategi Kognitif
Kemahiran psikomotor
Sikap

(a) Kemahiran Intelek


Kemahiran intelek merujuk kepada pengetahuan prosedural dan setiap murid
belajar berinteraksi dengan persekitaran dengan menggunakan simbol. Dalam
proses ini, bahasa lisan digunakan untuk menghadapi

persekitaran secara

simbolik. Pada peringkat permulaan, membaca, menulis dan menggunakan


nombor

adalah jenis-jenis simbol asas yang dipelajari. Apabila pembelajaran

berlanjutan, simbol digunakan secara kompleks untuk membeza, menggabung,


mengklasifikasi, menganalisis dan mengelompokkan objek,

peristiwa dan

simbol-simbol lain.(Noriati et.al 2012).


Mengikut Gagne, pembelajaran bermula daripada yang mudah ke tahap yang
kompleks. Pembelajaran tahap tinggi bergantung kepada pembelajaran pada
tahap rendah. Gagne telah menggariskan lapan jenis tugasan pembelajaran:

11

Pembelajaran Isyarat : Individu belajar untuk memberi respons umum


terhadap sesuatu signal.

Pembelajaran Rangsangan-Respons: Pelajar memperolehi satu


respons yang tepat terhadap rangsangan yang didiskriminasikan.
Rantaian: Satu rantaian dua atau lebih perkaitan rangsangan- respons
dikuasai
Assosiasi Verbal : Pembelajaran rantaian yang dalam bentuk verbal
Pembelajaran Diskriminasi: kebolehan untuk membezakan antara satu
ciri objek daripada objek lain. Sebagai contoh, pelajar dapat
membezakan antara b dengan d
Pembelajaran Konsep: Kebolehan untuk mengkasifikasi objek dan
peristiwa mengikut ciri-ciri tertentu.
Pembelajaran Hukum: Satu peraturan adalah satu rantaian dua atau
lebih konsep.
Penyelesaian Masalah: Pelajar berkebolehan menggabung beberapa
hukum/peraturan yang mudah untuk menghasilkan sesuatu.

Gagne telah mencadangkan tugasan pembelajaran untuk kemahiran intelek boleh


disusunatur dalam hierarki mengikut kesukaran: mengenal pasti rangsangan,
menjana respons, mengguna

istilah, diskriminasi,

mengaplikasi hukum dan menyelesaikan masalah.


hierarki

ialah

membentuk

konsep,

Perkara penting dalam

mengenal pasti prasyarat yang harus disempurnakan untuk

memudahcara pembelajaran pada setiap peringkat. Hierarki pembelajaran ini


merupakan asas untuk menyusunatur pengajaran agar murid dapat menguasai
kemahiran secara sistematik.

(b) Maklumat Verbal


Kemahiran verbal merujuk kepada kebolehan individu menyata sesuatu fakta
atau satu set peristiwa secara lisan, atau secara bertulis. Gagne mendefinisi
maklumat verbal sebagai mengetahui sesuatu atau declarative knowledge
(Gagne,1985 :48). Dalam pembelajaran, sebelum murid dapat membuat
demikian, murid perlu mempunyai kemahiran intelek untuk

menyebutkan

pernyataan. Guru perlu menarik perhatian murid kepada ciri-ciri penting sesuatu
yang ingin diajar dan menyampaikan maklumat dalam chunks dan mengekod
pembelajaran secara bermakna. Bimbingan diberi untuk membantu murid untuk
menyebut atau menyatakan sesuatu fakta atau idea secara verbal.

(c) Strategi Kognitif


Mengikut Gagne(1985), kemahiran-kemahiran di mana pelajar dapat mengawal
dengan sendiri proses-proses dalaman iaitu memberi perhatian, belajar,
12

mengingat dan memikir

sesuatu. Strategi kognitif dirujuk sebagai proses

pemerosesan maklumat.
Dalam proses memperoleh kemahiran intelek, pelajar perlu menguasai strategi
untuk mengaktif serta menguruskan pembelajaran, ingatan dan menggunakan
kemahiran sendiri. Jika pelajar menguasai kemahiran dalam memberi perhatian
( salah satu strategi kognitif), pelajar dapat mengaplikasikan kemahiran ini dalam
semua mata pelajaran tanpa mengira kandungan. Justeru itu, pelajar perlu
menguasai pelbagai strategi seperti strategi mengingat, strategi berfikir dan
strategi mengingati kembali yang telah dipelajari. Sebagai contoh, strategi
mengingati boleh dibuat melalui penggunaan mnemonic kata

kunci dan

pemetaan konsep serta penyusun awal ( Tan et al.,2003; Woolfolk, 2004 seperti
dalam Noriati et. al.,2012).
Guru dapat membantu pelajar menguasai strategi kognitif dengan menunjukcara
strategi kepada pelajar disamping menyediakan pelbagai situasi untuk mereka
melatih strategi tersebut sehingga mereka menguasai strategi tersebut. Guru
juga perlu memberi maklum balas yang bermakna terhadap penggunaan strategi
kognitif tersebut dari aspek keaslian dan kreativiti.

(d) Kemahiran Psikomotor


Kemahiran ini merujuk kepada kebolehan individu melakukan sesuatu perlakuan
dengan menggunakan otot-otot manusia.Jenis pembelajaran ini memperlihatkan
individu berkebolehan melakukan perlakuan secara tepat, dan betul dengan
pergerakan otot. Antara contohcontoh adalah apabila murid-murid mula belajar
dalam kemahiran psikomotor seperti menulis huruf dengan pensil dan kertas,
bermain, melompat atau berlari dan sebagainya.

Apabila individu dapat menyusunatur pergerakan secara menyeluruh dan


dilaksanakan dengan baik, serta menepati masa dianggap sebagai telah
menguasai kemahiran psikomotor. Kelicinan dan ketepatan masa dalam
perlakuan menunjukkan bahawa perlakuan ini mempunyai tahap tinggi dalam
organisasi dalaman. Maka adalah kebiasaan sesuatu kemahiran psikomotor
akan bertambah baik dari segi ketepatan masa dan kelancaran melalui latihan
berterusan melalui satu jangka masa panjang.( Noriati et. al,2012).

13

(e) Sikap
Sikap merujuk kepada keadaan dalaman yang mempengaruhi pilihan tindakan
peribadi terhadap objek, orang perseorangan atau peristiwa.(Gagne,1985).
Penekanan adalah kesan sikap terhadap tingkah laku iaitu pilihan tindakan
yang dilakukan oleh individu. Hasil daripada perlakuan atau tingkah laku akan
merupakan tanda rujukan tentang sikap individu. Demi memupuk sikap yang
diingini, guru perlu kaitkan kejayaan dengan sikap tertentu, kaitkan juga sikap
dengan model yang disanjungi ramai serta sentiasa mengaturkan

tindakan

peribadi dikaitkan dengan sikap yang diingini. Disamping itu, maklum balas
diberi kepada perlakuan atau prestasi yang berjaya.
Secara umumnya, tindakan setiap individu amat dipengaruhi oleh sikap. Sikap
boleh dipelajari daripada pelbagai cara dan dapat dikuasai melalui pengalaman
yang berjaya, pemerhatian orang dihormati dan berpengalaman. Guru harus
memberi maklum balas kepada murid yang berjaya melaksanakan tugas agar
dapat mengekalkan tingkah laku yang diingini.
TUGASAN TERARAH
Kaitkan peristiwa-peristiwa pengajaran Gagne dengan merujuk kepada
jenis-jenis pembelajaran Gagne.

1.4 Rumusan
Tajuk ini membincangkan

tentang konsep pengajaran dan pembelajaran, prinsip-

prinsip pembelajaran dan jenis-jenis pembelajaran Gagne. . Secara kesimpulan, setiap


jenis pembelajaran memerlukan keadaankeadaan

dalaman dan luaran yang

berlainan. Juga dalam setiap jenis pembelajaran ini sembilan peristiwa pengajaran
harus dilalui. Tajuk ini penting kerana guru perlu mempunyai kesedaran tentang prosesproses yang berlaku dalam minda murid dan kaedah untuk digunakan untuk
memudahcara pembelajaran konsep dan kemahiran secara optimum.

14

Rujukan :
Amidon,E. & Hunter,E.(1964).Student teaching :Cases and Comments:New
York:Holt,Rinehart & Winston.
Ewell, P. T. (1997b). Organizing for learning: A point of entry. Draft prepared
for discussion at the 1997 AAHE Summer Academy at Snowbird. National
Center for Higher Education Management Systems (NCHEMS). Retrieved
from http://www.intime.uni.edu/model/learning/learn_summary.html
Gagn, R. (1985). Conditions of learning New York: Holt, Rinehart and Winston
Gagne , R. M., and Briggs, L. J. (2005). Principles of Instructional Design (2nd
ed.). New York: Holt, Rinehart and Winston.
Morrison, H.C.(1926).The practice of teaching in secondary school. Chicago:University of
Chicago Press.
Noriati, A.R. , Boon, P.Y., Sharifah Fakriah.(2012). Murid dan alam belajar(kemas kini).
Shah Alam:Oxford Fajar Sdn Bhd.
Slavin, R.E. (2005). Educational psychology: Theory into practice.Englewood
Cliff: Prentice Hall Ltd.
Tan, O,S., Parsons,R.D.,Hinson,S.L.,Sardo-Brown,D.(2003). Educational
psychology. A practitioner-research approach(An Asian Ed.). Singapore:
Thomson Learning.
Woolfolk, A. (2004). Educational psychology (9th ed.). Boston: Allyn & Bacon.
Yelon, S. C., and Weinstein G. W. (1977). A Teachers World:Psychology in the
Classroom. New York: MacGraw Hill.

15

Anda mungkin juga menyukai